Wednesday, 22 May 2013

Gadis Bond nan hijau,...

21 Mei 2013, hari baru di ofis aku..
Sebab ape?
Sebab, datangnya menteri n timbalan menteri baru.. perginya menteri n timbalan menteri lama.. humm

Kalo minggu lepas aku dok sibuk ngan persiapan nak sambut mereka yang baru... yang paling penting bab dokumentasi nota itu...
21 Mei 2013 (Selasa) plak hari kejadian....lagi laa macam2 halnya nak kena setel n smooth

Kalo minggu lepas, perancangannya gadis bond pakai biru,,.
Tup2 hari Isnin di kala aku tiada di ofis.. katanya pakai hijau laa pulak...
Yang kelakarnya, daripada minggu lepas lagi..big2 boss dah buat pesanan khas kepada gadis2 bond
Katanya "warna tu jangan meriah sangat, pakai tipis2 sajer..."
Ropanya... pesanan ikhlas nan berterus terang ialah "gadis2 bond..jangan mekap tebal2 hari kejadian itu!'
Wakaka...terus aku gelak...! *yer laa, mana ada pakai mekap tebal2 selama ni pun,,,kennnn*

Pagi2 buta aku datang ofis dengan pakai selendang hijau aku ni
Selendang kasual ini kupakai datang ofis kali ni
Iyalah ... hijau katanya..


Apekah ini?
Ya,, inilah dia namanya aksi iron tudung di bawah mejaku, ahaha
Iyalah, jam 9.00 pagi tup2 kudapat tudung nan hijau ini
Katanya kena pakai tudung korporat ini wahai gadis2 bond
Ya, 21 Mei 2013..sejarah aku terbongkok2 bawah meja iron tudung,,hihi
*sib baik kubawak iron ke ofis*

Tadaaa, inilah dia wajah gadis2 bond nan hijau 
Yang penting senyum.. senyummm... hihi
*padahal masa ni, kaki dah lenguh tunggu mereka yang tak sampai2!*

Wajah2 gadis bond yang ceria lepas setel ceremony Part I
Sementara tunggu Press Conference selesai
Apelagik.. harus posing lagi..
*yer.. bukan senang nak tengok pakai sedondon nan hijau ni..kenn*

Akhir sekali, setel jugak ceremony Part I & II itu
Harus laa bergambar bersama team..
Well done my friends!!! Setel jugak ceremony itu
Yang penting...everything in order n smooth!

Ya... itulah dia sedikit corat coret ceremony penyerahan tugas itu
Macam biasalah.. part protokol mokol ni...kena laa uruskan..hohoho

P/S : Tiba2 teringat tudung n tie korporat nan merah menyala di kala DPA dulu.. hihihi. How time flies....

Thursday, 16 May 2013

Kisah pemandu terlampau....

Situasi : Traffic light merah di satu jalan yang ada tiga lorong. Lorong kiri untuk kereta jalan terus n belok ke kiri, lorong tengah untuk kereta jalan terus ke depan dan lorong kanan untuk kereta yang hanya akan belok masuk simpang belah kanan.

Di mana aku?
Ya, aku dalam kereta aku yang berada di lorong kanan sebab nak masuk simpang ke kanan.
Oleh kerana traffic light merah, aku pasang lagu kuat2 sebab tengah layan lagu 'where i belong' linkin park.
Sambil2 tu aku turunkan cermin muka sebab nak belek keningku yang gatal tiba2. 

Tengah2 syok dok belek kening, tiba2 aku dengar bunyi hon dari belakang kereta aku. Apekah?
Punya laa aku confused, aku bersalah ke?? Ke aku silap dengar? 
Aku tengok traffic light masih nyala lampu merah untuk belok ke kanan, tapi lampu untuk jalan terus memang hijau. Pelik plak aku. Tak puas hati, aku tutup radio.... ya ampun, kereta belakang itu memang benar2 tengah hon aku. Punyalah kuat hon tu...apa masalahnya? Aiyooo... Tak puas hati, melalui cermin belakang, aku nampak laa pemandu lelaki dengan seorang awek dok sebelah kirinya. 
Apehal ni brader??? Memang lampu merah, takkan la aku nak jalan.

Tengah aku dalam mode 'kepelikan' tu, time tu jugak lampu trafik merah untuk lorong aku dah pun bertukar hijau. So, aku jalan n belok la ke kanan. 

Pastu aku pusing la tengok kereta belakang aku tu, pun bergerak. N guess what?? Mamat tu jalan terus. Ohoooiii..what de heck???? Hishhh, memang kurang asam punya orang.  Dia yang salah lorong, boleh pulak main hon2 orang bertalu2. Walhal pada masa tu, lorong tengah memang kosong. Hadoiih, orang macam ini pun ada ke?? Kalo kata sengal.. kang marah pulak...tapi, memang sengal pun!! haih..ape daaa..

Tapi, aku tergelak laa jugak sebab tengok mamat tu dah termalu sendiri.... dengan banyak mata dok memandang dia n aweknya. Memang aksi terlampau la... kekekeh.

P/S : Aku ialah seorang yang tidak guna hon kereta. Btw, kalo nak jalan terus, jangan sibuk dok beratur lorong kanan yang sah2 hanya akan belok masuk ke simpang kanan.  Wat malu aje laa kawan...

Akhirnya dah boleh tido lena

Akhirnya semalam barisan Kabinet baru Malaysia dah pun diumumkan n mereka dah pun selamat angkat sumpah pagi tadi. Yang paling hot n menjadi sebutan especially kepada para gadis n mak budak ialah sape lagi kalo bukan Rembau Most Wanted Boy, KJ laa sape lagi. Ahahaha! Agaknya pasnih penuh laa KBS itu dengan para gadis yang nak mencuci mata tengok KJ kat cafe n kat gym. Hihihi. Yang keje gomen pulak, masing2 nak keje kat KBS. Wah, penangan sangat si KJ ni....hehehe. *mesti lelaki2 semua rasa jelly kennn!*

Pastu orang2 besar kat opis aku lak akhirnya dapat laa menarik nafas lega n dah leh tido lena sebab igauan ngeri tak jadi kenyataan. Akhirnya menteri baru yang akan datang boleh diharapkan untuk to be cool macam the previous one. Yang tak cool ialah aku la, dari semalam dok terkocoh2 dengan persediaan nak menyambut beliau. Huhuhu. Tapi, so far...everything smooth.

Untuk personal plak, akhirnya aku dapat tido lena lepas 2 minggu korbankan masa tido n masa sosial demi research itu. Yeay!! Tak sabar nak tido puas2..syok owh. Tengkiu jugak kepada my big2 bos sebab bagi cetusan idea kt aku di saat2 akhir. Yesss, you are the best boss! Tak sangka saje2 bukak citer for open discussion membuahkan hasil..hihi. Your point of view really help me alot! 

Ok...tak sabar nak balik umah..nak kembali tido awal...yippie! Tak sabar jugak nak kembali bercergas sihat di kala petang n swimming di kala malam. Work life balance uolsss...haruss!!

Tuesday, 14 May 2013

Teambuilding 2013...hoo

Mode : Kepanasan di kala malam .. huhuhu.. *global warming melanda*

Weekend itu hari aku kan kena pegi out station lagi..
Kali ni bukan untuk memerah otak bermesyuarat, berbengkel
Tapi kali ni untuk menguji tahap kecergasan fizikal n kecerdasan akal...
Ya.. kali ni pergi kursus teambuilding 2013... pegi dengan separuh rela hati, sebab paper itu yang belum siap.. huhu

Oleh kerana lokasi kursus kali ni ialah tempat yang terpencil n jauh ...makanya aku ikut jer rombongan cik kiah ke sana...malas pulak nak drive.
Dan oleh kerana otak dah membayangkan akan berada di tempat yang ala2 kat hutan gitu..kali ni memang aku pecah rekod...
Pecah rekod sebab bawa bagasi yang paling minimum... hanya bawak beg sandang, t-shirt, siap tinggal wallet (hanya bawa IC, lesen n sedikit duit)...dan..dan..yang paling penting, bawak set skincare yang basic saja... no make up set at all! *dalam hati, hebat..hebat.. boleh aje pun! huhu*

Program 3 hari 2 malam kali ni, 90% aktivitinya ialah outdoor. Macam2 la cabarannya.. hasilnya pagi Isnin..bangun tido dengan badan sakit2....huhu.

Oleh kerana banyak aktiviti outdoor, makanya kebanyakan masa..aku takde la bawak henponku yang merangkap kameraku..huhu. Tapi, ada laa skit gambar untuk diabadikan dalam belog ni. hehe.

Semua wajah ceria gitu..
Haa..ini aktiviti di kala pagi selepas subuh..
Merentas laluan di pinggiran laut yang membiru..
Hoh,..canteknya lahai... 

Beberapa snapshot sepanjang program
Lokasi kali ni di Sekin Hotel & Resort
Resort yang dikelilingi oleh laut nan membiru dan perkampungan melayu
Kawasan ni memang terkenal dengan hasil laut yang fresh
Makanya, hari2 laa kitorang makan seafood kat sini
Memang mewah n walla! 

Ini pulak group aku sepanjang cabaran kat sana
Nama group kitorang kali ni "Buku Lima"..ahaha
Ini wajah2 ahli "Buku Lima' sebelum beberapa ahli dicuri oleh group lain, hehe
Pendek kata.. memang layan laa! 

Ini gambar di majlis penutup
Ahah..what a surprise!!
Ropanya ada sesi penganugerahan..lahai, tak tau laa pulak..kann!
Teambuilding 2013 ni menyaksikan aku dinobatkan Peserta Wanita Terbaik
Ahahah.... tergezut ai tau... tapi, bila dah announced.. terus lari ke depan ambik hadiah
 TQ all the judges yang menilai kitorang sepanjang 3 hari 2 malam ni
Yess..yess..yess.. hip, hip horrayyy! TQ guys.... 

Ya..itulah dia sedikit kisah di Teambuilding 2013...
Semoga semua teammembers bertambah mesra, geng n bertambah baik kualiti mutu kerja masing-masing.
Yang penting, semua sama-sama menyumbang kepada kecemerlangan organisasi...

Apapun, memang enjoy program kali ni. Terbaek!

P/S : Big big boss aku tiba2 datang dekat aku n kata aku mencipta hatrik nampaknya kali ni. Iyalah, baru kuingat... Teambuilding yang lepas pun aku dinobatkan Peserta Wanita Terbaik. Ahahaha.. once again.. TQ guys. *humm, agaknya kali ni sebab gaya Gangnam style tu agaknya, hihihihi ;P *

Friday, 10 May 2013

Packing lagi ...

Ok... jap lagi nak packing lagi
Away again from my home sweet home...
Di kala tengah bergelut nak menyiapkan paper untuk diri sendiri
Alamak!! Kena out station lagi di kala hujung minggu ni...
Hummm..

Biasa excited jer pegi program yang pengisian macam ni
Kali ni sebab otak tengah fokus dengan hal research itu
Maka kali ni rasa...alaaaa, nape pada waktu ini??

Macam mana pun, kena jer layan
Harap program kali ni best!

Rolling into the deep... hooo!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...