Thursday, 29 December 2011

Menanti Parcel dari Sweden .. yeay

(mode : 2.30 pagi. sejuk. menaip dari bawah selimut merahku yang menyebulungi ku kepalaku di katil ini..huhu. )


Petang tadi,balik dari ofis..terus saya tertido..lena sungguh. Celik mata, jam dah pun 11.10 malam. Humm, terus bangun dengan malasnya n mandi. Pegi dapur, panaskan air...minum susu. Lapar pn ada, ingat nak buat muffin kiwi itu, tp rasa mcm 'iyo o' laa plak. So, hanya menyediakan roti bakar mentega sajer.. Hummm,, sedap jugak tatkala sejuk ni (perlu stay up kejap utk keringkan rambut yg basah......)


Sebenarnya saya ini memang tengah tak sabar..menantikan Parcel ke-2 saya dari Sweden itu. Hari-hari check ngan Pos Malaysia, ke manakah gerangan parcel ku itu???

Tadaaa, Parcel pertamaku...datang dari bumi Sweden owh... ai like, suka suka sangat.

Sangat excited bila melihat isi kandungannya ... ini berbalut cantek + 1 lagi barang yg ai suka sangat. Hoho, so excited! (owh, best kan bila dapat hadiah.. haha)

Okeh, Parcel pertama memang dah dapat. Skang tunggu Parcel kedua plak. Dah check tadi ngan Pos Malaysia...it's on d way. Agaknya besok sampai...yeay, tak sabarnya nak tengok parcel yg cantek itu.

Till then, nak tido dulu. Ngantuk. (Rambut sudah kering n esok nak bangun awal owh...*wpun rasa malas sangat nak gi ofis tatkala hujung tahun camnih, huhu* )

Monday, 26 December 2011

When u feel like u're G.I.V.E U.P


Pernah tak korang rasa korang benar2 rasa give up??
Feel hopeless.. Feel no more ahead?? Feel like u already lost urself??

These lately, itulah yg saya rasa........
Lagi2 dah hujung tahun 2011 ni..
Humm, shud i continue till d 2012???

I know, if i give up... i can't go a day without.. humm
But,,, mybe i can try to learn facing d world without ....

I miss my old me... my realself...
Ila that like to be happy go lucky always...
Ila that like to be joking n laughing...
Ila that always luv to be happy, smiling n fun to be with.
Ila that wake up with full energy in d morning.....
Ila that always enjoy every moments of her life..

At d office, hanya ada seorang sahaja yg perasan perubahan saya yg tidak lagi seperti ila yg dia kenal dulu... Well, a bit surprised bila dia keep on sms me... nape ila muram skarang ni?? N keep on remind me to smile. Humm, memang tak sangka bila ada orang yg memerhatikan kita. Mybe kerana dia pernah menjadi seorg yg closed to my best buddy long time ago???

Should i give up now??? .........

Why people changed???

P/S : I just wondering, is it obvious that i changed n looked not happy like before?? Hummm??

Tangkapan dari Penang... (kisah Penang lagikkk!!)

Macam biasa lah..
Kalo ke mana2 pasti lah ada hasil tangkapan yang dibawak balik kan.. hehe

Hari tu gi Penang (penang lagikkk!!!) .. pun balik membawa hasil.
Kali ni pegi Penang sonok owh.. sbb ada org bawak gi jenjalan.. yeay!!
Itu yg best kalo kita ramai geng.. hehe... leh laa menumpang ke sana sini.. hihi.

Sebenarnya, saya suka pegi Penang.. lots of nice places to visit..
N lots of foods we can enjoy.. nasi kandar beratur, char kuew teow,pasembor, laksa nyum2.. n lain2,

Bab makan2 sajer pn dah sonok mcm2..
Places to visit pun mmg mcm2... syok owh..!
N tak sah kalo tak pegi, mesti laa Pasar Malam Batu Feringghi itu..ahah
Tiap kali pegi nite market tu, teringat plak kenangan gi Bangkok dulu.. I Like!
N kalo diperhatikan, mostly barang2 yg dijual kt nite market tu datangnya dari Bangkok
Ahah,, ai tau uols... sbb ada kebanyakan barang2 tu ai dah selamat beli kat Bangkok dulu,.uhmm..

Malas nak citer lebey2..
Mari lihat hasil tangkapan saya kt Penang itu hari..

Tangkapan 1 : Tadaaa, sarung kusyen baru utk tahun baru 2012 okeh. Humm, warna hitam putih kehidupan tetap ada okeh....

Tangkapan 2 : Ahah, new tablerunner for my dining table... terus sambar 2 set tuh. Humm, masih tema hitam putih kehidupan....menten dgn tema ini...haruss menten!

Tangkapan 3 : Kata pegi donia penuh Dvd,.makanya, sempatlah menapau berbelas2 keping DVD utk dibawak balik.. hehe. Malam tadi dah layan citer tuh owh.. huh, seram2 citer pasal Dr. Hannibal Lecter tuh owh. Sume citer2 box office yg oldschool yg sy beli kali ni... *hoh, daku terjebak sama dlm xtvt ini wahai Ab, Madey n Tantie oiii*


Itu jerlah hasil tangkapan saya dari Penang kali ini, haha. Jeruk2 mana?? Humm, mintak maap lah,....saya tak minat jeruk2 tu sume. Tak bagus utk kesihatan katanya. Tapi kan, urus setia ada laa jugak bagi sebungkus jeruk kat kitorang. Boleh laaa...hehe

Ahah, kisah Sabah akan menyusul...tunggu!!!

Friday, 2 December 2011

Apa Dato' Dr Fadzillah kata tentang diri saya???

Salam semua n holla back to my lovely blog (humm, miss my blog very much...)

Nampak tak gambar di atas??? Kalo nak tau itu orang ialah Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, pakar kaunseling n motivator Malaysia yang tidak asing lagi. Syukur kerana saya terpilih untuk jadi peserta (many thanx to my boss for choosing me..uhumm)..actually ini kali ke-2 saya jadi peserta sesi ceramah bersama beliau. Kali pertama dulu, masa saya masih budak Matrikulasi..heee.

Kalo dulu saya sebagai seorang budak sekolah, skang sebagai seorang pegawai di agensi kerajaan. Pendekatan beliau mmg lain, tp ada benda yg dulu saya dengar masih ditekankan oleh Dr. atau beliau suka membahasakan dirinya PAKCIK..hahaha :D. Sempoiii okeh....ai like!

Sungguh seronok sesi pagi itu sebab beliau mengajar kita cara mengenali diri n ajar perkara yg very basic in our daily life (pretty sure mesti tak diajar kat tempat lain, hehe...so lucky kan??)

Macam mana nak kenal karakter orang??? Macam mana nak kenal diri kita??? Humm, yg pertamanya berdasarkan tarikh lahir, keduanya berdasarkan tapak tangan n jari, ketiganya kedudukan tahi lalat kita, yg keempatnya daripada tulisan / tandatangan kita.

Nak tau apa kata Dr.Fadzilah Kamsah tentang saya berdasarkan kajian 35 tahunnya itu??
1. Saya lahir 11 Julai - Saya seorang yang lembut hati n tenang
2. Garis tapak tangan - Saya tergolong orang2 yg luar biasa n sifatnya banyak membantu / menolong orang
3. Kedudukan jari - Saya seorang yang pandai berjimat & pemurah
4. Kedudukan tahi lalat - Saya seorang yang banyak menolong ibu bapa & keluarga

Apa kata saya??? Hummm, mestilah kagum sebab Dr. yg tak pernah kenal saya boleh membuat penilaian sebenar tentang my innerself. Mostly apa yg ditafsirkannyya adalah benar...owh, terharu plak rasanya bila ada somebody yang leh tau karakter sebenar kita...hee.

Kesimpulannya?? Sebenarnya, setiap orang ada ciri2 yang jelas pada fizikal masing-masing ... n itu sebenarnya menggambarkan dalaman orang tersebut. Maha Kuasa Allah kerana telah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian..Alhamdulillah..
Ada sesapa nak tau rahsia diri korang?? Humm,, len laa saya share apa yg saya dah belajar tuh. seronok tau!!!

So, lepas ni apa transformasi yg kita perlu buat n amalkan?? Let me share okeh :
1. Sentiasa doa & solat
2. Memaafkan semua orang setiap kali sebelum tido
3. Tido hendaklah mengiring ke kanan
4. Senyum (10 saat) n doa bila bangun dari tido
5. Buang air kecil dengan betul (lelaki tak boleh kencing berdiri okeh..!)
6. Buang air besar dengan sempurna
7. Sarapan dengan pisang / buah (sangat bagus utk perut yang kosong..)
8. Makan buah sebelum makan nasi
9. Masuk rumah baca Bismillah (3x), bagi salam n langkah masuk dengan kaki kanan
10. Segala yang baik lakukan di kanan (contohnya pakai jam tangan di sebelah kanan)

Ok, itu jer yg saya nak share n kekalkan dalam blog saya ni. Boleh laa rujuk in d future...!
Hope these will benefit u guys... cos sharing is caring rite???

Till then, chow... n adios. Gudnite.... Semoga tido kita aman malam ni.

P/S : Bila Incik Mat (kaunselor di ofis saya) yang dok sebelah saya dalam dewan dengar apa yg Dr. kata tentang saya, komen Incik Mat ialah saya ni seorang yg ideal..beruntung sape yg dapat! Hehehe, saya gelak ajer. Hummm, sebenarnya Incik Mat bukan orang yang pertama cakap begitu.........tapi, entahlah...kadang saya ada terfikir, adakah kebaikan hati saya dihargai??? Oppsss ila, mesti sentiasa bersangka baik n optimis ok. Chaiyok!! Heee

Wednesday, 2 November 2011

Cucur kangkung bilis di tengah malam buta..hoho


Nampak tak gambar di atas?? Apekah itu?? Ya, itu ialah sejenis cucur.
Cucur itu memang kegemaran saya waktu kecik2 dulu..cucur kangkung bilis.. best owh..

Ahah, kalo nak tau cucur ni saya buat tatkala jam menunjukkan 12 tengah malam.
Humm..dah tido n baring2... tiba2 jer rasa lapar cucur.
N tiba2 teringat cucur kangkung ni. Apelagik terus bangun n buat laa. Kejap aje pun..
(dah gaya mcm orang tak sempat2 nak makan esok pagi kan?? hehe)

Actually cucur ni mama saya yang selalu buat time dolu2... kiranya resepi mama saya la..
Asal usul mama saya buat cucur kangkung ni takdek laa pulak saya tau.. huhu.

Nak buatnya pun senang laa sangat..
Potong nipis 2 ulas bawang merah n sedikit sayur kangkung.
Lepas tu masukkan sejemput ikan bilis.
Masukkan lebih kurang 2 cawan gandum, 1 sudu teh serbuk penaik, sedikit garam n gula.
Masukkan sedikit air dan gaul semuanya sehingga sebati.
Panaskan minyak n gorenglah ia sehingga warna keemasan  n garing.

Dah siap, leh makan begitu sahaja atau cicah dengan sos cili. Nyum..nyumm.
Sungguh best makan tatkala melayan TV. hehe.

P/s : Makan larut malam ni agaknya akibat terbiasa 6 kali makan masa stay kat hotel tatkala kena out station agaknya. Huhu.

Monday, 31 October 2011

Oreo cheese cake .. nyumm nyumm

Di hari Ahad yang nyaman..
Tiba-tiba, teringin laa plak nak buat cheese cake.
Tapi yang peliknya, teringin nak buat oreo cheese cake!
Dah 2-3 hari dok rasa nak buat oreo cheese cake ni.. uhumm.

Lagi pun, nak buat cheese cake nih pun sangat laa senang.
Tengok bahan, sume ada kat dapur tu.. So, apelagikk.. godek n buatlah.
Ohooo, petang Ahad jadi petang baking untuk saya.. hoho.


Tadaaa, ini rupa oreo cheese cake itu sesudah kuar dari oven.. uhumm.
Kali ini saya ikut nasihat editor majalah masakan itu, kekalkan ropa oreos supaya tekstur nampak menarek di dalam kek. Humm, persoalannya..menarekkah begini?? Haha ;P


Okeh, ini rupanya bila dah dipotong. Macam ropa marble cake pn ada kan. Hehe. Bila dah potong, masukkan kembali dalam peti sejuk. Esok pagi, leh bawak ke ofis makan bersama geng2.


Opps, korang nak tau ke camne cara nak buat oreo cheese cake yg senang dibuat n nyummeh dimakan ni???

Jom kita lihat kekdah untuk membuat seketul kek ni.

Bahan2 :
12 keping biskut oreo (dihancurkan kasar2)
500 gm krim keju (cheese cream)
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur ayam
700 ml susu segar
200 gm gula kastor
200 gm whiping cream

Cara2nya:
1. Susunkan biskut oreo yang telah dihancurkan di dalam loyang pembakar.
2. Pukul krim keju sehingga halus n gebu.
3. Masukkan esen vanila, gula, telur, susu segar n whiping cream.
5. Pukul sehingga sebati.
6. Tuangkan campuran cheese cream ke atas biskut oreo tadi (tuang perlahan2 n sedikit2 gunakan senduk, baru hasilnya cantek. Kalo tuang terus dari mangkuk adunan n ganas2 cam saya; hasilnya akan jadi seperti kek saya dalam gambar di atas. Hahahaha. Tapi, terpulang laa nak tekstur camne..hee)
7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga masak (depends on oven masing).
8. Bila masak, sejukkan seketika. Masukkan dalam peti ais untuk rasa lagi nyummeh sebelum dipotong.

Komen saya:
Humm, saya sangat menyukai cheese cake. Tapi say suka cheese cake asli berbanding oreo cheese cake ni. For varities of cheese cake, bolehleh buat oreo style ni sekali sekala. Err, lagi satu my tips ialah kalo tak suka manis mcm saya ni..bolehlah dikurangkan sedikit gula dalam resepi di atas kerana whiping cream n biskut oreo tu sendiri sudah sedia manis.

So.. kengkawan sume. Selamat mencuba resepi mudah lagi ringkas tapi sedap ni. Nyum..nyumm.

Monday, 24 October 2011

My 1st blueberry tartlet...yeay, i made it!

Yeay.. finally i made it!
Humm..my home really smells good with d blueberry tartlet ..
That's y i love baking....cos it always make me feel good...ahah.

Sungguh seronok rasanya bila dah bjaya merealisaikan hasrat nak baking membaking ni..
Tapi, memang sungguh dugaan baking kali ni.
Sebab, pada masa yg sama..saya sibuk tgk Pretty Little Liars ni..
Sempat jugak tengok Mr. Popper's Penguin..n citer melayu bertajuk 'Bini-biniku Gengster' itu..hehe

Ok, dekat bawah ini adalah hasil baking saya pada hari ini, hehe. Panas2 lepas baking tu terus siap ngap tu..haha. Sebenarnya ini ialah 1st time saya buat blueberry tart ini setelah melihat my fre yg bernama Che Siti Noor itu yg telah membuatnya dengan sungguh comel.

Humm, not bad laa kan hasil pertama saya ini kan...

Ok, ini ropa kulit tart yang dah siap diadun cantekk.

Huumm, bila kulit tat yg dah siap masak tu sejuk, boleh laa fill up dgn blueberry pie filling ni..

Akhir sekali, paipkan cream cheese filling n hiaskan laa atasnya ikut suka hati, haha.  Kemudian, bakarlah ia sehingga masak..nyumm..nyumm.

Ok, frens. Itu sahaja yg saya nak share kali ini. Mata sudah mengantuk nih. Sangat2 mengantuk. Esok keje..n for sure lah kebizian melanda. Huhuhu.

Till then...ta daaa..

Wednesday, 19 October 2011

Jari jemariku ...

Holla frens...

 

Kali ni kisah jari jemariku..

Korang ada jari tak??

Mestilah ada kan..jari tangan dah 10 , campur lagi 10 jari kaki.. hehe

 

Macam2 kegunaan jari...

Kalo takdek jari, mestilah skang ni saya pn takdek laa nak dpt menaip laju2 utk blog tchenta nih kan.. hihi

 

Owh, fasal jari ni... Humm, kalo nak tau saya suka tengok jari orang.

N saya pn boleh tpikat kt seseorang hanya kerana jari...

Well, i do adore those yg ada jari n kuku2 yang cantek...

Biasa kalo tgk jari orang, ada aksesori yg dinamakan CINCIN..

Humm, as for me.. saya tak suka pakai CINCIN.. sbb saya rasa jari saya tidak cantek apabila memakai cincin..

Makanya saya selalu meminta agar cincin itu silalah ditukarkan kepada gelang tangan or rantai tangan sajer..ahah

But dun worry, saya ini bukanlah jenis pencinta Bling..bling accesories itu termasuk laa segala mak nenek brooch itu.

 

Alamak, saya sudah melalut,,

Kisah entri saya kali ini sebenarnya nak bagitau.. saya mempunyai jari jemari yang sangat sensitif pada kulit

Baik kepada kulit saya, atau kulit orang lain2 itu..

Kalo ada ketidaklicinan atau something yg block di pori2 itu, maka jari jemari ini sangat aktif menjalankan peranannya...

Akibatnya, kulit yg tiada blemish itu akan menjadi blemish skin... arrghh... JERAWAT muncul..

Humm, sebenarnya saya nak bagitau JERAWAT yang muncul adalah akibat jari jemari ini yang nakal.. huhu

 

So, make sure jari jemari jangan selalu sangat berada di muka.. lagi2 kalo jari yang kurang hygiene itu,,

Kalo tidak, JERAWAT jahat akan menyerang dan akan meninggalkan parut hodoh.. huhu

 

P/S : Sebenarnya sedang tensen kerana daguku diserang seketul jerawat..a.rgghhh!

Tuesday, 18 October 2011

Chaotic days



Mode : pause dr keje jap (huhu)

Ok, kehidupan di ofis lately ni so chaos. Humm, sib baik jugak kensel o/stn minggu ni, kalo tak lagi parah. Huhu.

Oleh itu, setiap malam, haruslah tido awal utk dpt rehat yg cukup. At least, bangun pagi tiada mata panda. N apabila rehat cukup, chaotic day dapat ditangani. Uhumm.

Sebenarnya entry ini just nak tunjuk that crunchy white whole hazelnuts from ritter sport. Penggunaan otak hingga ke tahap gaban menyebabkan rasa lapar tahap 5 pada jam 11 ini. Walhal pagi tadi dah selamat 1 bungkus nasi lemak owh. (Nasi lemak itu sangat sedikit n telahpun dibakar oleh daya metabolisme saya yang memuncak ini. Huhu.

Ok, sekian terima kasih. Sambung keje yg pause tadi (sambil jari tekan button PLAY).

P/s : kesian saya, lately ni la jugak rasanya tidak mendapat cukup kasih syg dpd beliau yg bz itu. Huhu. (Sob.sob)

Sunday, 16 October 2011

Triple choc ice blended n sotong goreng tepung



Happy sunday frens! Buat ape tu?

Ok, saya plak baru siap buat triple choc ice blended n sotong goreng tepung.

Ini juadah a.k.a lunch yg sempat saya sediakan sebelum outing jap lagi. Sebelum outing, mestilah isi perut kenyang2 supaya jap lagi leh terus fokus shopping..yippie.

Pagi td dh bfast just with salad, fruits n milo. Ok la, kenyang lg. So lunch, xperlu heavy sgt. Lg pn, kejar masa nh. Ahah.

Ok guys..sekian dulu. Nak makan jap n bsiap.
Daa...

Saturday, 15 October 2011

Bila dah lama tak blogging...

[Mode : Dont disturb --> rite now i'm on my marathon watching Pretty Little Liars..uhumm ]

Semalam saya baru balik dari o/station (again!) kat Melaka...
Saya ini memang failed skit bila balik dari o/station..
No. 1 yg perlu dibuat bila kembali dari o/stn, mestilah TIDO!!
Kerana apa?? Sebabnya ialah bila o/stn tu, malam hari for sure otak saya juga perlu bekerja, normally up to 10 pm.
So, balik jer dari Melaka petang semalam.. otomatik saya terus tido... humm, rechargebale time!! Humm.
(bila otak n badan penat , saya mmg dah tak kisah hal2 lain yg boleh mengganggu emosi...)

Hari ni ialah Sabtu....owh seronok rasanya dapat bertemu Sabtu yg normal..
Rasa mcm dah berkurun tiada weekend yg normal....but i'm glad today is the day...ahah.
Hari Sabtu adalah saya isytiharkan sebagai hari berehat di rumah; selfcare n homecare day!
Selfcare maksudnya hari membuat facial di rumah, manicure n pedicure @home.. n also my HairDay..
Homecare maksudnya hari saya membuang segala habuk, mengilap segala cermin yg ada espc dining n coffee table..., menyapu rumah n paling penting, mestilah mengemop rumah. Pendek kata hari sabtu hari rumah saya berbau haruman Rose.. humm, wangi! Baru laa rasa sonok nak lepak umah..tul tak?
Rumahku, Syurgaku..that's d concept!

Pagi2 buta hari ni, saya bangun sediakan breakfast yg berupa bihun goreng seafood sempena kedatangan tetamu yang tak dijangka. Tapi, ok laa. Sebenarnya saya suka bila ada tetamu yg datang bertandang..rasa meriah skit rumah. Kalo tak, just me n him... humm.. It's feel great to have more than two having breakfast together.

Apelagikk hari ni?? Just a lazy day..spending d time with my bro n watching movies, reading magazines, eating chocolates n icecream..Facebooking, emailing. N now, blogging while watching d Pretty Little Liars.

So..itu saje malam ini. Next time harus blogging with supporting pictures. (buhsan kan entry tanpa apa2 gambar nih..hehe)

P/S : I guess that i need to keep myself busy for d whole day until I close my eyes for d next day. That's d only way for me to no more thinking 'bout something emotional. Perhaps!!

Wednesday, 12 October 2011

baby..please don't let me go

"Please Don't Let Me Go"

Where do I begin?
Should I tell you
How bad I need you know
You're underneath my skin
But I'm confused

My head is spinning all around
I waited so long
I need to know, darling
What is on your mind


Normally I try to run
And I might even want to hide
'cause I never knew what I wanted
'til I looked into your eyes
So am I in this alone?
What I'm looking for is a sign

That you feel how I feel for you


Baby please don't let me go
Baby please don't let me go
Baby please don't let me go
No, please don't let me go
Baby no, no, no, no

What else can I say?
My heart is beating double time, yeah
And do you feel the same?
Don't leave me in the dark, no
But baby don't put out this spark, no
I waited so long
I need to know, darling
What is on you mind

Caught in the inquisition
Under these conditions
I need a definition
Is it love that we're sharing?
Show me that your caring
You see my fascination
Tell me I'm not mistaken
Give me the information I need

Wednesday, 5 October 2011

Banyaknya urgent!


Hukhuk. Kesian belog kesayangan saya yg dh nak tumbuh lalang ni.

Buku pelan strategik 5 kilo ni nak kena baca jugak, tiba dilantik jadik ketua aktiviti. Apacer? Tambah pulak menda2 yg kena diteliti sampai juling. Penentu idup mati psm akan datang ni.

Moral of d story : saya sibuk bulan ini. Sekian terima kasih! (Kesibukan ini menyebabkn tiba2 ada rasa lonely n kerinduan melampau di kala hujan lebat n sejuk ni. Mode : sentimental.)

- Via mobile blogging on d go! -

Thursday, 22 September 2011

Late nite ayam masak merah



Tadaa. Nampak tak tu. Ayam masak merah siap dimasak pada jam 11.30 mlm. Ahah.

Tiba2 jer teringin nak buat bila teringat jiranku nye spesel request for my coming open house (err, mybe makan2 je sbnrnya hehe). Wahai fizry, im practising to make d best ayam masak merah for u. Wakaka

In my next jom masak entry, I akan share d resipi okeh. Nyummeh.

Go to go. Nak late nite heavy supper nih. Chow

Sunday, 18 September 2011

1st trial : Ayam Lemak Bakar F&N


Harlo frens.. pekabar?? Weekend buat ape tu??

Humm, hari ni ahad saya dok lepak umah sajer.. sakit kepala pulak rasanya..
Maybe sebab semalam dah seharian sampai ke malam dok berjalan kan..uhumm..

Adik teruna saya si Mark Cairo Cronik pn takdek kat umah..almaklum tengah horey2 bercuti kat negara China sana.. (huhu,,jeles ai tau..takpelah, janji dapat baju selai pn jadiklah.. hee)

Bila dok kat umah sorang2 ni, mcm2 laa idea nak buat..
Mula2 baca layan TV..tengok rancangan memasak, pastu baca majalah..pastuh belek buku resepi..
Humm...sekali terjumpa plak satu resepi dalam buku resepi lama saya tu..
Resepi tuh sumbangan daripada F&N..namanya Ayam Lemak Bakar..
Tertarik dengan gambar ayam bakar yang nampak sedap tuh..apelagik saya cubalah buat.
Mudah aje pun.. humm,

Bahan-bahan :
3 ketul peha ayam
1/2 bijik bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 inchi halia (dikisar)
1 sudu teh kunyit
1 sudi teh serbuk jintan manis
1/2 cawan susu sejat F&N
2 sudu kecil air limau nipis
Sedikit garam n gula
1 biji cili merah (untuk hiasan)

Cara memasak :
1. Campurkan susu sejat F&N dengan bahan yang telah dikisar, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, air limau nipis, garam n sedikit gula...kemudian gaul hingga sebati.
2. Masukkan ayam yang telah ditoskan airnya ke dalam bahan perapan n perap selama 1/2 - 1 jam.
3. Bakar ayam di dalam oven pada suhu 180 degree selama 40 minit.
4. Ayam yang telah siap dibakar dihiaskan dengan cili merah yang dipotong nipis.


Amacam?? Senang kan kengkawan.
Bila saya makan kan, humm..rasanya lebih kurang ayam masak lemak tu..
Cuma kaedahnya saja yang kali ini dibakar.
Apapun, entry Jom Masak saya dah pn bertambah resepi baru..
Next time kalo terlupa kekdahnya, bukak saje belog saya nih utk rujukan.. heee..

Till then, jumpa lagi di lain entri. Chow..

Friday, 9 September 2011

Sardin Roll Salut telur


Harlo Frens..
Humm, korang mesti pernah lalui keadaan di mana roti gerdenia saiz panjang tu masih banyak lagi wpn esok dah tarikh luput kan??

Humm, mesti letih kalo roti yg byk keping tu nk wat roti bakar jer,,lagi2 laa dok kat umah pn berdua.

So,,ape kata buatlah sardin roll salut telur.
Best owh.. satu lagi alternatif kalo dah buhsan makan sandwic..ahah

Jom buat Sardin Roll salut telur... (utk 2 org makan)

1. Canaikan 8 keping roti gardeni bagi nipis. (make sure potong bhgn tepi sebelum canai)
2. Pukul 1 bijik telur ayam bersama sedikit garam.
3. Buatlah intinya; ambil seketul sardin Ayam Brands yg sedap tu n campurkan dengan 1 ulas bawang merah, 2 biji cili padi merah n sepotong tomato yg telah dipotong dadu. Kemudian masukkan 1 sudu kecil mayones n sos cili. Akhir sekali masukkan sedikit garam n gula.
4. Masukkan inti ke dalam kepingan roti dan gulung. Pastu kelimkan hujungnya supaya tidak terbuka. Buat utk semua 8 keping roti tu.
5. Celupkan sardin roll kita tadi tu dalam telur yang telah dipukul.
6. Gorenglah ia sehingga warnanya cantek keperangan gitu.
7. Sedia utk dimakan. Hee

Ok tak kengkawan?? Senang kan. Jom buat utk minum pagi atau minum petang.
Memang nyummeh n mudah dibuat.

Till then.. chowww

My homemade kueh raya tahun ini

Harloo frens..
Nampaknya baru sekarang ni sy sempat nk blogging..
bulan posa hari tu mmg tak sempat...raya, lagi2 laa tak sempat.. hehehe

Nak raya hari tu kan..saya kuarkan lah hidanglah sume kueh raya yg saya buat sndiri..
Humm..ada plak yg tak caya saya laa yg buat sndiri sume tuh..
sib baik ada adik saya kt umah yg jadi saksi sy mmg buat sendiri kueh raya tu okeh..
moralnya saksi kejadian sangat laa penting..hehe

Jom tengok my homemade kueh raya yg sempat saya buat...

 1. Biskut Makmur, aman sentosa..hee
 2. Biskut semperit daisy
 3. Kueh siput
 4. Tat Nenas (my mom feveret, siap simpan tuh.. huhu)
 5. Biskut coclair full cokelat
 6. Popia cornflakes susu ala batang buruk (this is my fav..crunchy..nyumm)
7. Mini muffin chocolate chips..spec for d kids 8. Kuih ros berbijan (also my fav..crunchy..)

Ahah...8 jenis yg saya buat sorang2 okeh. Pastuh kueh raya lain kat umah saya tuh siap ditunjuk oleh adik saya ie bahulu n biskut kacang hijau..sedap jugak.

Korang plak camne? Banyak tak kueh raya?? Ada lagi tak??  Heee..

P/S : Saya mula start wat kueh raya sendiri nih masa umur 14 tahun..n masih tetap suka buat sendiri sampai skang. Memang kepuasan tuh lain owh bila ada org suka makan, ahah. Tapi kan, saya suka buat jer kueh2 tuh sume.. tapi tak bape suka nak makan. Hehehe

Thursday, 25 August 2011

- PERCAYA PADAKU -



berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

Saturday, 6 August 2011

Canteknya mereka.. uhummm..

KPI saya untuk Ramadhan kali ni ialah untuk pegi solat terawih setiap malam..uhummm
Insya allah..amin!
Itu yang bestnya bila umah dekat sangat ngn umah...nak pegi, anytime pn boleh.. hee

Bila pegi surau tu kan..
Wah..saya jumpa ramainya wanita yang cantek2..
Humm..saya suka tengok okeh.. saya yang wanita ni pun terpesona.. apetah lagi kalo kaum lelaki yg tengok.. hehe (err..tak pasti ler kalo lelaki pn fikir mcm saya, hee)

Bila pegi surau kan.. saya suka tengok wajah2 jemaah wanita..
Humm..sejuk mata memandang tengok wajah2 mereka yang suci tu..
Saya suka tengok natural beauty camtu okeh..
Masing2 dengan wajah bersih tanpa mekap, even bedak pn skit tak pakai..
Kulit muka yang licin, mulus....bibir pn merah tanpa secalit pn lipstik..
Wah... saya suka.. terpesona tengok ramainya wanita yg comel n cantek semulajadi..tanpa mekap
Natural beauty camnilah baru dikategorikan sebagai cantek... betul tak???
Suka..suka..suka tengok mereka yang cantik semulajadi tu...
Sape cakap artis jer cantek??? hah..betulkan kenyataan itu ya..

P/S : Teringat lak dolu2 sebelum jadi wanita bkerjaya..saya pn seorang yg natural beauty..tak perlu mekap..kulit licin, bibir dah semulajadi merah. But now..semua itu sudah ilang...huhuhu. Terasa diri pn tak cantek..hukhuk. Persoalannya ialah.. adakah mekap2 tuh sume faktor kepada kerosakan kulit??? Kita pakai sebab nak cantek kan?? huhu

Friday, 5 August 2011

Jurnal posa.. apekah???

Selamat puasa hari ke-5 kepada semua..
Semoga semua sihat sejahtera untuk mengejakan ibadah kepadaNya.. insya allah

Humm..saya pasti sempena posa nih kan, korang2 pun mesti berubah idup seharian kan..
Samalah kita.. hehe

Saya kan..ape tau..??
Jurnal posa saya ialah yg pertamanya saya ubah waktu keje.. skang masuk WP1 okeh,.. jam 7.30 pg - 4.30 ptg..ahah (tapi setiap hari saya akan balik paling awal jam 5.20 petang..paling lewat kul 5.40 petang, setakat hari ni laa).

Bila balik umah :
1. Terus ke dapur... masak nasik n keluarkan lauk basah (ayam, udang etc tu) dari freezer supaya ianya lembut.. hehe
2. Sementara tunggu nasik masak, lauk basah itu lembut...cuci muka, tukar baju, .. then terus Solat Asar
3. Dah siap perkara no. 2, terus gi dapur; pakai apron n siapkan laa sume juadah bukak posa..
4. Hidang juadah atas meja, duduk n tunggu azan. Maka, berbuka posalah namanya...
5. Dah kenyang..apelagikk..time basuh segala macam mak nenek pinggan mangkuk, kuali, periuk n cuci dapur.
6. Setel no. 5, terus masuk bilik .. mandi n solat Maghrib...
7. Bersiap-siap n terus gi surau utk solat sunah terawih (best laa, tahun ni pegi jalan kaki jer.. umah dekat sgt2 ngn surau.. yeay....)
8. Balik dari surau, sampai umah biasanya jam 10.20 malam. ..terus bukak TV jap. Layan kejap dalam 20 minit (mode rest laa ni kununnya kan..ahah)..lepas tu, masuk bilik...apelagikk.. TIDO laa.. haha (penat owh.. kena tido awal..)
9. Kul 4.50 pagi.. alarm mesti bunyikk tau.. apelagikk..bangun ler. Cuci muka bagai..terus gi dapur.
10. Masuk dapur.. masak ler....ahah. Biasanya kul 5.30 pg saya n dia itu akan bersahur. Biasa makan n lepak2 sehinggalah azan bunyi.
11. Dah kenyang, angkat pinggan mangkuk ke dapur. Operasi cuci2 services laa lagi..ohoo.
12. Kul 6 pagi, iron baju keje. Dah siap..terus mandi n solat subuh.
13. Acara bersiap2 pegi keje laa pulak. Mekap2..dah melawa sume.. humm, gerak gi ofis.
14. Jam7.10 - 7.15 pg.. gerak pegi ofis (almaklum umah pn skang ni dekat ngan ofis.. hehe)
15. Masuk kat ofis, humm. bekerjalah selama 8 jam 45-50 minit.
16. Ulang balik sume rutin tuh ya..hhehehe

So...begitulah jurnal posa saya kali ini. Huhu.
Tunggu jurnal posa sempena weekend lak camne.. haha.
So korang lak camne??? Samakah??? Takkan kot??

P/s : Semalam kan..first time saya bukak posa sorang2 tau... huhu
Makanya, simple ajelah juadah berbuka saya.. (lagipun, rasanya bulan posa nih mcm lagi gumuksss jer? hehe)

 1.  Menu utama : Kuew teow goreng seafood.. (thumbs up kpd diri sndiri ila.. hahaha)
 2. Puding mangga yg nyummeh n kurma madu (ini yg paling penting)
3.Ahah, inilah set berbuka hari ke-4, siap ada cucur bilis okeh (teringin sangat!).
Tiada dalam ini gambar; Jus Ribena

Okeh kengkawan sume.. setakat ini dulu citer saya hari ni.
Owh..lupa lak nk bgtau.. semalam kan ada org tu tgk belog saya, dia tak caya saya masak sume nih sendiri.. hahaha :D.
Kepada semua... percayalah..takdek satu pn belik kt kedai ya.. Hehe

Thursday, 4 August 2011

Lama ke kejap????

Setelah hari ke-4 berpuasa.. Humm, saya dah leh wat time motion study kt dapur okeh.
Hahaha.

Hari pertama :
1 jam masa diambil untuk siapkan juadah
Menu utama ialah Ayam Penyek...
humm, suka sangat sbb 1st time buat kan.. mcm2 nak kena perap..ahah

Hari kedua :
40 minit masa diambil
Menu utama ialah Ayam Percik.. hooh
Yang ini masa lama skit sebab ada proses masak ayam bersama kuah.. n then bakar
(bakar ayam jer dah 20-30 minit)


Hari ketiga :
35 minit saje masa diambil (sebab balik umah dah lewat..kul 6.30 ptg baru sampai okeh..)
Menu utama ialah Ayam Masak Kari, Ayam Goreng Kunyit, tempe goreng n tauhu goreng..n ulam
Humm..memang menyelerakan.. uhum..

Ini kari ayam yang dimasak pada hari ke-3 posa... humm, best dimakan taruk sambal (nyummeh)
 
Kesimpulan time motion study ni ialah.... tema minggu ini ropa2nya sume AYAM... hoho
Next week kena laa seafood lak temanya.. i like..
 
So, korang lak camne?? Ape temanya???

Wednesday, 3 August 2011

Nak makan macam2 laaa bila posa ni..

Hari pertama puasa saya telah berjaya buat Ayam Penyek in d house.. hehe (yeay..)

Hari kedua pulak apekah??? Almaklum laa IR (ila ramliey) ni..memang suka hover bla nak masak2..

Jom tengok :

 ini namanya ayam percik... hummm

 ini plak namanya Acar masak...

Dari kiri; sup kosong (saya suka sup!), ayam percik, kurma madu, acar masak
Tiada dalam gambar : puding mangga n sunquick oren mandarin yg bestttt!

Humm.. hari ni nak masak ape plak yer??
Nak cari resepi rasa mcm tak sempat nih..
Almaklum ler saya sibuk berbengkel nih haaa..

Korang ada suggestion ape yg best nak buat juadah berbuka???
Humm..tp sy terfikir hari ni nak buat sejenis kueh tradisional.. yeay!

Terawih dan Moreh...


Alhamdulillah..
Hari ni dah hari ke-3 kita berpuasa..
Solat Sunat Terawih pun dah 3 malam kita kerjakan,,,

Kalo zaman kecik2 dulu..memang suka sangat laa pegi masjid untuk terawih..
Yg pertamanya seronok dapat jumpa geng2..
Time rest terawih tuh, leh bercerita ngan geng2..syok owh..
Lepas tuh paling best.. lepas terawih leh makan kuih2 yg sedap... humm, moreh mmg suatu yang dinantikan..haha :D
Pastuh yang lagi bestttt...abes terawih, leh main2 ngn geng2 keliling masjid,,, ini mmg syok.. haha
Bila on d way balik umah.. singgah laa kat kedai akak2 yg jual keropok, cucur udang, kerang, rojak.. huh..best owh dpt makan makanan yang hanya dijual time bulan posa nih..

Hooh..memang nostalgia abes bila ingat kenangan zaman kecik2 dulu..
Seronok sangat... (memang zaman kanak2 zaman yg plg menggembirakan.. hee)

Bila dah besar... especially sekarang nih..
Bulan Ramadhan dinanti utk rebut peluang beribadat semaksimum yang mungkin..
Terawih dinanti untuk sama2 berjemaah di surau / masjid...mengimarahkannya ke tahap maksimum...
Skang ni, yang diharapkan adalah keredhaan Allah jua.. itu keseronokan yang dikejar bila dah dewasa ni

Moreh???
Humm.. moreh memang tetap ada menanti para jemaah selepas sajer solat terawih..
Tapi,.. masing2 memandang sepi jer juadah terhidang..masing2 nak balik cepat.. termasuklah saya..

Terawih dan moreh?? Memang sinonim..
Tapi antara dulu dan sekarang.. memang perspektif kita berbeza
Satu dari  kaca mata seorang kanak2..
Satu lagi dari kaca mata seorang yang bergelar insan dewasa..

Apa pun..  Selamat Berterawih kepada semua ... Insya Allah

Tuesday, 2 August 2011

Akhirnya saya tau rahsia itu.. hihi

Semalam kan hari pertama puasa...
Alhamdulillah hari pertama puasa dah berjaya dilalui dengan baik..
Cumanya dekat opis tuh.. rasa kemalasan melanda selepas bermiting n miting,, hoho

Psstt.. korang nak tau tak
Saya kan sebenarnya dah tau rahsia di sebalik kesedapan Ayam Penyek.. haha
Sape2 yang suka layan Nasi Ayam Penyek Wong Solo tu mesti tau camne tahap kesedapannya kan..
Humm.. siap leh teringat2 tu (err.. ketagihan kah ini????)

Semalam, saya balik agak lewat laa dari opis..
Humm. sampai umah, sib baik laa adik teruna ku itu dah pn masak nasik (bagus2...ada gak gunanya dia balik awal.. jeles sbb opis dia suma balik kul 4 sempena posa).

Well.. walaupun dah lewat... dengan tak melengahkan masa..
Saya telah berjaya.. untuk pertama kalinya berjaya membuat Ayam Penyek!
yeay.. finally homemade ayam penyek was in d house.. :D
Saya rasa sungguh seronok kerana dah berjaya buat... Yeay, pasnih... nak makan Ayam Penyek, leh laa buat sendiri.. tak kira pagi, siang atau malam. Haha
Memang agak mudah jugak sbnrnya nak menghasilkan ayam penyek ni.

Resepinya akan saya share dalam next entry Jom Masak saya.. ahah. Nantikan!!

Okeh, kalo sape tak tau Ayam Penyek.. gambarnya seperti kat bawah ni :

Monday, 1 August 2011

Tong gas.. owh tong gas

Huhu..
Okeh.. mlm ni saya nak declare..
Sebelum ni saya bgtau umah baru saya di tahun 2011 ini ialah di wilayah P.
Humm,.. sebenarnya yg dimaksudkan adalah W.P Putrajaya..
Ahah, kalo dah putrajaya tuh.. sah2 laa saya ni org gomen.
okeh.. mmg saya bangga saya org gomen..
saya tau adik2 saya pn tumpang bangga... haha
n kengkawan saya pn of cos laa bangga dorang org gomen..
bukan senang tau nak masuk keje gomen nih.. hehehe

Sebenarnya, hari ni genap laa 7 bulan saya dok kt putrajaya ni,..
Memang saya happy jadi penduduk Putrajaya ni.
Tapii... hari ni saya agak geram laa...
Iyalah... punyalah susah tau..
Genap 7 bulan , hari ni jugak laa tong gas memasak kat umah saya tuh abes... aduhai, susah betul!
Pegi dekat kedai runcit kt umah tu dia kata tong gas abes...then, dia bagi ssatu no kontek. Hepi ler sekejap.
Bila dah kontek..oh no, out of coverage!!! (huh, tensen).
Pastuh masukkan status abes gas tuh dlm Facebook, ada laa yg bg no kontek (yeay la sekejap). Bila kontek, dia cakap "mintak maap la kak, hari ni byk sgt order.. jam 8 mlm baru abes..". Huhuh... sungguh sedih saya ini,

Tak puas ati, saya google laa dlm internet.Keje saya hari ini ialah cari penghantar tong gas. Godek punya godek..takdek laa owh. Tensen. Yang saya jumpa, adalaa satu blog org tu yg citer psl tong gas memasak. Huhu

Akhirnya, saya suh jer adik teruna saya tu pegi beli tong gas petronas yang baru. Sebab last beli gas, org tu dtg bawak tong gas warna biru (esso punya)..suka2 hati dia jer. Oleh kerana saya dah kehilangan tong gas hijau (petronas saya tu)..akhirnya beli lagi satulah. Senang, in case of emergency...dua lebih baik dr satu.

Kesimpulannya...Putrajaya ni dh bandar elit.. manusia pun ramai. Tapi, penghantar gas memasak takdek. Yang ada 2 company tuh jer. Jadi, saya amat mengalu-alukanlah sesapa yg nak wat bisnes delivery gas memasak ke umah ni.

Tadi google jumpa ini.

Humm...Petronas pn hantar tong gas memasak ek?? Bagus nih. Tapi, kalo Petronas kt Putrajaya yg sgt banyak tuh takdek servis ni, humm.. takdek maknanyer jugak. (huu...sungguh kesian kt orang2 yg suka memasak mcm saya ni.. huhu)

Err...di kesempatan ini, saya jua nak ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Semoga Ramadhan ini yang terbaik untuk kita. Insya Allah.

Tuesday, 5 July 2011

Uhumm.. Chicken Boxing

Holla!

 

Ada tak sesapa berpuasa ketika ini??

Kalo yang perempuan memang ramai laa berpuasa kan, almaklumlah setiap bulan mesti laaa ada time keuzuran tu

Walau pun orang kata ada pil untuk tidak uzur, tapi..rasanya baiklah kalo kita ni kekalkan yang alami, tul tak??

Kalo lelaki posa sunat tu bagus.. jgn cakap ada lelaki pn uzur tak bertempat..hoho.

So, sape2 yang masih belum ganti posa tu atau pun lupa dah ganti ke belum, meh laa kita berpuasa...sempat lagi, ehehe ;P

 

Petang semalam bukak posa, saya buat chicken boxing okeh!

Hehe..akhirnya home made chickin boxing in da house! Yeay.... :D

Hummm.. senang sangat laa buat chicken boxing tu wahai kengkawan.

Rangup n nyummeh..

 

Bahan perapan ayam

6 kepak ayam (chicken wing)

Serbuk lada sulah

Serbuk lada hitam

Serbuk cili / paprika

Sedikit garam

Sedikit bawang putih yang ditumbuk halus

 

Bahan salut ayam

Tepung kentang (potato flour)

Sebijik telur ayam (dipukul)

Serbuk roti (bread crumbs)

 

Bahan sos

2 sudu mayoness

2 sudu sos cili

1 sudu sos tomato

(*Semua bahan dicampur dan digaul sebati & sedia untuk dihidang)

 

Kaedah memasak

1.       Yang pertama penting ialah skills menjadikan chicken wings itu kepada boxing chicken,,(wachaa..dush..dush). Senang saje, patahkan tengahnya n tarik ke bawah hingga berketul, buangkan tulang yang kedua itu. (senang kan??)

2.       Chicken wings tuh diperap dgn semua bahan perapan buat seketika (nak cepat, 15 minit pn dh ok)

3.       Kemudian, celup ayam satu persatu dalam potato flour, kemudian celup dalam telur dan akhir sekali celup dalam serbuk roti.

4.       Gorengkan semua ayam itu dalam minyak yg panas (pastikan api jangan terlalu besar..nanti ayam tak cukup masak)

5.       Bila dah garing dan berubah warna keemasan, angkat dan toskan.

6.       Hidangkan bersama sos yang telah dibuat tu.

 

 

So kengkawan, camne? Senang kan nak buat chicken boxing ni? Heheh.

Next acara memasak saya ialah chicken boxing jugak tapi style lain pulak okeh.

So.. tunggu......

 

Till then, chow n adios.

Friday, 24 June 2011

IKHLAS TAPI JAUH




Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh...
Jauh...

P/S : Tiba-tiba rasa suka lagu nih... hoho. Layan.....!

Monday, 20 June 2011

Snowglobe dari Turki..yeay!


Holla!

Hari ini kan, pagi2 hari lagi saya seronok n ceria.
Really made my day la. hahaha :D

Tau kenapa??
Sebab sungguh tak sangka, seseorang yang baru balik dr oversea itu dah hadiahkan saya seketul snowglobe dari Turki kepada saya! Yeay..seronoknya.. ai like.. ai like.

Humm.. sungguk tak sangka i was on d list! Yeay..
Sungguh terharu ok..sbb sgt tak sangka dpt surprise mcm ni dpd dia..huuhu
Yg paling terharu ialah...
Humm, dia tau saya suka sangat ngn snowglobe... n dia tau sy pengumpul snowglobe sume tempat2 menarik..hihi.

Ohoho..best kn perasaan dpt surprise camni..
N paling best rasa sbb sungguh tak sangka ada org yg concern dgn apa yg saya suka.. hohoho. Gembira okeh....

Kpd miss intan yg baru pulang dari umrah itu...thank you very much. Hehe

p/s : kan sonok kalo org yg dekat dgn kita selalu wat surprise mcm tu. hihi. always waiting for. hee

Saya tak suka bila...

Holla !

Malam ni saya ada satu cerita jer...malas nak panjang2 sbb saya rasa saya penat n saya pn dh ngantuk tahap gaban dah ni.

Saya just nak citer kisah keta kesayangan saya, my baby WTD itu.
Most of the time, saya hanya berdua sahaja ngn my baby itu.
Jarang sangat nak ada penumpang sebelah atau penumpang belakang..
atau penumpang penuh.
Biasa kalo penuh pun, time balik kg,.. hulala bersama family.

My baby WTD itu, sama kisahnya dengan my baby WNP dulu..
most of d time.. mmg berdua saje. Susah senang bersama..(cheewah ayat!).

Saya tak kisah kalo ada yg menumpang my baby itu.
Tapi... saya sangat tak suka bila yg menumpang itu kurang skit etikanya.
Huhuhu..

Yang paling saya tak suka sangat2....
Bila orang yg naik sama itu membuat kekotoran di dalam my baby itu.

#1. Tinggalkan tisu2 yg digunakan utk mngelap peluh, hingus or wht so ever kekotoran di dalam keta saya. (Geli okeh saya nak kutip itu semua! tp, terkecuali utk my family okeh!)
#2. Sorokkan sampah sarap di bawah seat tempat duduk cthnya bungkusan nasi, mee, or wht so ever. (Petang tadi, sy menjumpai plastik bungkusan di bawah seat itu..sudah berbau2 n berserangga...*geram owh*)
#3. Mengetip kuku di seat belakang dan kuku2 itu telah bersepah2 dengan jayanya di seat belakang itu. Huhuhu
#4. Botol2 minuman diselit2 dalam poket belakang seat depan itu. (Letih makcik ni nak mengutip n membuangnya...)
#5. Bila saya terjumpa lipas dlm keta saya itu! Argghh. Itu tak lain tak bukan mesti berpunca dr kekotoran itu semua!

Hummm.. sbnrnya entri ini saya tulis utk melepaskan kegeraman saya petang tadi itu. Seperti biasa, saya hanya akan menyelongkar membuang semua sampah sarap kekotoran itu time kat Shell,,sambil2 refill petrol itu. Huhu.. geram owh!

Sekian,...

P/S : Sila membawa keluar sampah sarap n kekotoran itu semua spt sy yg akan berbuat demikian bila menaiki keta org lain. Please behave. Pls jgn suka2 hati sorok smpah yg berbau2 itu..kalo tak nak buang, just let me know..so i'll aware bout that! (sy mintak maaf sbb sy ini mudah sgt utk muntah for those disgusting thing.. huhu)

Monday, 13 June 2011

Kerja dari rumah di hari minggu...

Holla Frens..

Kali ni entry tanpa gambar boleh??? huhu
Tak sempat sangat nak blogging ni.

Ok, just nak bgtau.. saya baru selesai bekerja dari rumah ni.
Kul 12 malam tepat saya stop, kena tido pulak.

Demi event untuk esok hari ni..humm, sanggup bekerja dari rumah okeh!
Sanggup tak gi mana2 pun weekend ni tau! Simpan energy untuk esok.. hoho.
Dah laa takdek boss (sbb sndiri kena jadik boss)..
Tambah plak big boss pun takdak..
Makanya, pandai2 laa esok ni wahai cik ila..
pandai2 laa berhadapan dengan key es yuuu..

Humm,,,kalo nak tau esok rombongan org besar2 dari jay pee eay, kem n SUK akan datang bertandang. Huh, pening2 bila kena jadik host nih.
Details event tu nanti laa sy citer okeh.

Apapun, hopefully sume akan berjalan dengan lancar esok..
Untuk malam ni.. mohon tido dengan lena wahai mata!
Esok kena bangun awal.. gerak awal ke ofis.. huhu

Till then .. chow!

Thursday, 9 June 2011

Nak tido lena tak?

Holla Frens....

 

Humm, hari nih saya just nak cerita macam mana untuk dapat tido yg nyenyak

Tapii..tips ni berjaya untuk saya lah, tak tau ler kalo orang lain jadi lain plak

Hahaha :D

 

Biasanya saya akan tido sangat lena...tak dengar ape2 dah.. memang tak tergugat la dengan menda2 lain

Keadaannya ialah seperti berikut (huh, ayat..tak tahan.. hihi) :

 

#1. Bila seharian kat ofis telah bekerja keras..banyak guna otak untuk berfikir. Pastuh plak balik dari ofis lewat. Humm, seriously memang confirm...balik umah, otak memang tak fikir lain. Otak akan fikir nak rehat jer. Buatlah ape pun, minum nescafe...tengok TV...sume tak jalan. Yang akan jadik pada malam itu, ada laa yg tertido depan TV..tertido dengan keadaan yang tidak proper (kata omputeh..)

 

#2. Bila malam tu, dengan suka hatinya pegi berenang. Berenang ++ berendam...hehe. Kalo saya pegi berenang...sah2 akan berada dalam air hampir 2 jam (bayar kan...so, kenalah betul2 punya main air tu.. hihi). Balik umah jer...belum pape lagi..sah2 terus tido. Terus ke alam mimpi dengan jayanya sampai esok pagi. Hohoho.

 

#3. Bila kena out station 3-4 hari (huh, tensen). Yer laa, bila out station tu..maksudnya kena bekerja lebih daripada kebiasaan. Maksudnya ialah bekerja , berbengkel sampai ke malam.. kadang boleh sampai 11- 12 tengah malam. Habis jer o/stn .. sampai umah jer.. memang lepas dendam yg tak cukup tido tuh. Hahaha :D.

 

#4. Bila sebelum tido tu, sangat rajin sapu cammomile oil for deep sleep. Lepas tuh, pakai perfume yg wangi. Humm, confirm tido dengan nyaman n lenanya. Hah, yg ni memang tido yg paling sangat disukai..feveret punya. Sebab ini memang dalam keadaan bersedia n properly memang nak tido. Hehe.

 

Humm, ape lagik ek?? Setakat ni, itu jer kot faktor yg paling utama?? Nanti kalo teringat, saya tambahlah.. hahaha (boleh??).

 

But..a big NO , NO  untuk menda2 yang boleh menyebabkan saya tak tido sampai ke pagi. Apekah???

 

#1. Bunyi orang berdengkur. Huhu. Saya sangat mintak maap kepada sesiapa yang berdengkur. Pengalaman mendengar orang berdengkur ni memang buatkan saya stress. Memang takleh tido malam. What a nightmare..horror! tapi, saya ada tips yg Abah saya ajar ie. Kalo ada orang berdengkur, maknanya dia tido dengan keadaan yang tidak proper. Mungkin urat tersimpul, hehe. So, kena betul2kan kedudukan kepala dan lehernya. Insya allah tidak berdengkur lagi. So far, memang menjadik laa bila saya buat untuk adik2 saya. Hehe.

 

#2. Bunyi jiran sebelah umah dok mengetuk2, menukul2 dinding umah dia or what so ever tuh. Huh... sangat tensen. Rasa mcm mahu ketuk jer. Hahaha. Nak tak nak, terpaksa laa tutup telinga dengan pape yg patut. Huhu.

 

#3. Membuka laptop itu dan melayari internet; fesbuking or bloging. Memang tak tido sampai 5 pagi laa jawabnya. Haha :D

 

#4.  Mendengar radio atau lagu2. Ahah, ini pun satu kepantangan. Jawabnya memang takleh tido. Kenapa takleh tido?? Sebab sibuk nak menyanyi sama.. Hahaha :D. Lagipun, dulu masa sekolah..Ustazah pesan; jangan dengar lagu2 atau tutup telinga dengan walkman masa nak tido tuh. Hee.

 

So.. itu sajelah yg saya nak share hari ni. Hee.

Sebenarnya malam tadi saya tido tak sedar ape, tak sempat nak blogging tau. Itu ler alkisahnya. Hihi.

Till then,... chow.

Wednesday, 8 June 2011

Fenomena B.S.B.

Holla frens..

Pekabar??? Gud morning semua ...

 

Sape suka tengok 8TV ShowDown 2011???

Sape suka angkat tangan mcm saya!! Sebab, saya suka sgt tgk budak2 tu menari dlm Showdown... Humm, rasa cam nak menari sama jer.. hihihi ;P.

 

Kalo sape tengok last week nyer performance... tema dorang ialah NKOTBSB.

Maksudnya genre muzik boy band dari 2 gergasi boy band satu ketika dulu, yg pernah mencetuskan fenomena. Sape lagi kalo bukan New Kids On The Block n Backstreet Boys. Yeay.. suka.suka.suka :D.

 

Yang saya nak citer nih psl BSB.

Huh, tengok dorang menari lagu BSB masa Showdown tuh.. huh, mmg otak pun flashback ler ke zaman fenomena BSB dulu. Hahaha :D.

 

Kalo nak tau...saya ni suka sangat BSB.

Minat abes lah org kata. Minat BSB sbb suara dorang sangat best; masing2 ada keunikan tersendiri. Pastu suka sangat dorang menari. Pastu dorang pun masing2 good looking laa kan. Pendek kata, orang suka BSB sebab dorang pakej la. Mana leh lupa nama dorang sume; Kevin, Howie D, Nick Carter, A.J n Brian. Best kan dorang!!

 

Dulu..sume album dorang saya beli.. masa zaman kaset tuh.

Sanggup owh. Nak tido malam pn harusss laa layan dulu lagu2 especially dlm album Millenium tuh. Pastuh yg tak boleh tahan, kalo kat PC tu... memang penuh ngan video klip dorang n of laa skrin monitor penug ngan gambar dorang. Hahaha :D.

 

Humm.. memang nostalgia laa zaman dorang tgh glamer dulu.

Tapi.. sampai skang ni, saya tetap suka lagu dorang tuh.

 

Korang lak ada minat boy band cam saya?? Hahaha :D

Tuesday, 7 June 2011

Tips melipat kain yg berkesan..

Holla frens..
Tadaa, saya muncul lagi..
Ingat azam saya?? 1 hari 1 post okeh.. haha

Ok..pertamanya saya nak tanya espc kpd ladies out there..
Korang suka buat keje rumah?? Keje rumah yg mana korang paling suka buat?
Keje rumah yg mana pulak korang paling sangat tak suka??
oppss, sebelum tu..keje rumah yg dimaksudkan dlm ini cerita bukanlah keje dr ofis ato sekolah yg dibawak balik ke umah utk disiapkn yer!! itu topik lain kali okeh.

Kalo saya kan.. kalo citer bab keje rumah, memasak sy paling suka..bersih2 umah, sapu2 umah, mop2 umah bagi wangi..itu mmg no problem. Saya suka, asal umah bersih n sedap mata memandang. Lagipun, saya sangat tak suka habuk2 itu..hoh (yg letihnya, umah skang ni mudah benar berhabuk..).

Bab cuci2 toilet bg kilat?? Uhmmm, itu pn no problem. Inspirasi dari citer Needing You lakonan Andy Lau n Sammy Cheng tuh. Cuci2 n gosok2 itu leh jadi satu terapi okeh.. hahaha :D.

Tapiii.... bab melipat kain baju! Huh, yg satu ni memang kelemahan saya laa! Tengok baju tak berlipat yang bertimbun tu boleh jadi tensen n stress.. huhu. Sakit jiwa dibuatnya. Bab melipat bajulah benda yg paling saya tak suka.. huhuhu. Tapi,tetap nak kena dibereskan jugak. Betul tak kengkawan?? Paling tensen bila berminggu2 kuar o/stn.. jwbnya bertimbun2 laa baju nak kena basuh.
Kalo dulu, solution pertama saya.. senang jer..hantar jer dobi, senang. Baju harum semerbak.. n yg penting sume dah siap iron n berlipat. Tinggal masuk dlm wardrobe saje. Mudah kan?? Hehe.
Solution kedua ialah, tak payah lipat.. sume baju masa sidai tu guna jer hanger. Bila angkat, gantung terus jer kt dlm wardrobe atau rak. Masalahnya, almari nak gantung2 baju sume dh padat...pastuh hanger makin lama makin dh takde, nak kena beli baru plak. Hahaha.

So..apekah tips melipat kain yg berkesan? Melipat kain ni perlu ada motivasi yg tinggi. Nak tau cara saya?? Ini tips saya utk kengkawan.. hahaha :

DON'T RULES
#1. Jangan kumpul2 baju kotor terlampau banyak. Basuh baju setiap 2 hari. So, tak banyaklah baju yg perlu dilipat tu kan? Hehe
#2. Jangan tangguh2 lipat baju. Lepas angkat jer, terus lipat. Kalo letak dulu kt bakul, atau atas katil atau atas sofa..humm, alamat potensi utk menimbun n menggunung tu sgt tinggi. Ahah.

DO RULES
#1. Lipatlah kain sambil tengok TV. Pasti menjadi aktiviti lipat kain tu. Confirmed! Especially tengah2 iklan kt TV tu kan. So, takdeklah rasa buang masa sgt dok melayan TV semata tu kan.
#2. Masa basuh baju tu, make sure taruklah softner yg wangi2 n banyak2 skit. Sebab, saya suka sgt mencium kain baju yg saya angkat atau lipat tu. Sambil2 lipat, cium bau yg baju yg wangi. Best tuh! Humm, motivasi diri sndiri okeh!.

So..amacam?? ok tak tips dari saya tu?? hahaha :D.
Itu la caranya saya memotivasikan diri sndiri dlm menjayakan aktiviti melipat kain kat umah. Yang paling penting n paling bermotivasi, basuhlah baju dengan kuantiti yg kita rasa memang akan mampu melipatnya dengan jayanya setiap kali diangkat.
(yer laa, kalo tgk kain baju yg menggunung tau membukit tu.. huh, tensen wooh).

Itu sahaja tips saya utk korang. Korang ada lain tips?? Leh laa share sama. Hehe. Motivasi okeh.

Last but not least, saje tepek kekdah lipat baju utk korang spt gmbar di bawah. Hahaha :D (jgn marah..kui..kui)



P/S : Ada orang upah parttime maid utk buat keje2 melipat baju ni. But as for me, i dont like the idea to have a stranger in my home. Humm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation