Sunday, 23 January 2011

Ayam goreng paprika

Harloo semua..
Yeah..ruangan Jom Masak kembali lagi.. hehe
As always..cooking is my passion..cooking is my therapy..hehe

Semua orang suka makan ayam goreng kan????
Ayam goreng lak ada macam2 jenis ayam goreng; ayam goreng kunyit, ayam goreng rempah.. n bla..bla..bla lagik laa..
Saya pun dah agak lama tak buat ayam goreng (kunun2 elakkan makanan bergoreng laa sgt)..

Untuk dinner tadi..akhirnya saya buat ayam goreng spesel (dah lama tak buat)..
Namanya ayam goreng Paprika...Senang ajer nak buatnya wahai kengkawan. Saya pun dah ingat2 lupa mana saya belajar resepi ayam goreng paprika ni.

Apapun, skang ni saya nak share macam mana buat ayam goreng paprika yang senang dibuat n sedap dimakan..hehe.


1. Perap ayam selama lebih kurang setengah jam (tapi, kalo 15 minit tu pn dah sedap). Bahan2 utk perap ayam ni ialah 4 ulas bawang putih ditumbuk halus, sedikit serbuk paprika, sedikit serbuk kari ayam/daging, sedikit serbuk lada putih, sedikit garam, sedikit minyak bijan (minyak sayuran pn boleh aje) dan paling penting sedikit tepung jagung. Caranya ialah :
- gaulkan semua bahan2 campuran tu biar sebati kecuali minyak n tepung jagung
- lepas tu baru campurkan minyak n gaul lagi
- akhir sekali, barulah dimasukkan tepung jagung, gaul sehingga sebati n biarkan selama setengah jam (sebenarnya lagi lama perap, lagi best)

2. Ahah, lepas dah diperap mengikut masa ditetapkan tu..bolehlah digoreng ayam tu. Pastikan digoreng dengan kaedah deep fry ya (sila guna minyak yg banyak..). Bila dah bertukar warna keemasan tu (n gerenti masak)..angkat dan toskan minyaknya.

3. Taraa, inilah dia hasilnya. Ayam goreng paprika yg rangup dan sedap dimakan begitu sahaja (cecah sos cili) atau pun makan dengan nasik.

So...kpd kengkawan yg nak cuba buat ayam goreng lain skit selain rasa kunyit n garam tuh.. boleh laa cuba buat ayam goreng paprika ni. Sedap!! Pasti akan jadi feveret. ..hehe (inilah feedback mereka2 yang dah makan ayam goreng paprika saya ni..hehe)....(^_^)

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation