Friday, 15 April 2011

Daku didera tombol itu.. huhu

Inilah ropa tombol degil yg mendera saya, akhirnya ditumpaskan jua. Huhu



Holla frens!



Kali ni saya citer psl hari ini dalam sejarah saya. Ianya berkenaan tombol pintu seperti gambar di atas. Dalam sejarah perkhidmatan saya, pada tarikh 14042011, inilah kali pertama saya terpaksa EL a.k.a cuti kecemasan a.k.a emergency leave. Kalo dikutkan takrifan EL ni untuk cuti kecemasan atas sebab2 bencana alam. Saya pulak bukan bencana alam...tapi bencana diri..hehehe.

Mari kita lihat kronologi kejadian yg membawa saya kpd EL akibat didera tombol itu :

13042011 (Rabu) - Saya tiba di rumah kira2 jam 9.15 malam selepas penat berjalan2 carik pasal di Alamanda itu. Dengan gembiranya masuk umah sbb berjaya capai KPI nak balik umah sebelum 9.30 pm sbb malam rabu adalah malam utk menyaksikan Showdown 2011, my fav show okeh. N lagi satu hati girang rasa nak berfesbuking.

- Terus pegi ke tv itu, carik remote n bukak tv terus ke chanel 8TV. Humm, showdown lum start. Leh laa ONkan dulu my lappy..FB time ya (err, rasa sonok sbb ada geng2 baru yg leh dilayan lately ni..plus dlm mood gembira dgn gmbar2 kt al-Kabab n Briyani tu)

- Menapak ke master bedroom yg merupakan bilik tido sy yg hakiki, terus pegang tombol sbb nak bukak pintu n ambik my lappy itu. Sekali bila pulas, alamak..keras n takleh pusing langsung. Owhhh TIDAAAAK!! Bilik saya itu TERKUNCI okeh..alamak, camne leh terkunci ni? huhuhu. (isshh, ni mesti kes tertekan kunci tombol bilik saya tu). Masih dlm mood tak pecaya terkunci tombol pintu bilik, sbb mmg selama berada di rumah baru ni..mmg tak penah lagi laa mana2 pintu bilik dikunci. Sbb, mmg tak perlu nak kunci2 tu semua..huhu

- Frust betul laa, dah laa panas. Mula laaa keluarkan balik semua skills bukak pintu yg pernah dibuat di kala kt asrama, masa zaman student dulu. Mula2 cari kad..bukak wallet n tengok, kad apekah yg sanggop dikorbankan. Alamak, sume kad bank..n sume kad yg penting. Nak tak nak, akhirnya saya dengan tak berapa rela hati..ambik laa kad ahli Audrey saya tu..huhuhuhu. Sorry laa aweks seksi kt kad tu yg terpaksa digoreskan melalui pintu (iishh, kena pegi Audrey..mintak kad baru..uhmm). Tapi, cobaan itu tak berjaya. Hanya kad Audrey itu sahaja yg berjaya dirosakkan, huhu.


- Next, cara McGywer or siri2 intelligence yg lain. Cari sepit, klip or whtever laa. Bukak beg dokumen sy tu, belek punya belek sampul kecik..yesss, ada klip kertas. Makanya, terpaksa laa dikorbankan klip kertas itu utk dimasukkan ke celah lubang kunci. Godek punya godek smbil dengar (ceh, mcm terer,.,..hahaha)..akhirnya tetap tak berjaya! huu..frust lagik !


- Next, guna kaedah yg pernah digunakan oleh tuan umah saya masa kata Taman Sri Mewah itu. Ambik tukul n ketuk dekat lubang kunci tombol itu. Masa tn umah saya buat dulu, mmg hebatlah,..sekali ketuk, terus berjaya bukak tu. Dah laa siap kuar api..takjub sungguh saya di kala itu. Kali ni, saya pulak try. Ketuk dah sama,..tapi tak kuar percikan api pn?? N sah2 laa memang tak berjaya. Hohoho. Frust nya (di kala ini, Showdown yg tgh battle pn dah tak terlayan.. huhu)

- Next..letih sungguh rasanya. Terus baring ke sofa, layan showdown dulu. Dah laa panas..lum mandi okeh (baju sume n peralatan mandi manda sume dlm bilik air kt dlm bilik tido sy tu..humm). Tiba2 teringat kt jiran sy yg prihatin, sape lagi kalo bukan FIZRY AZMIER yg cute itu,hehe. Terus SMS dia kot2 laa dia ada kekdah lagi hebat nak bukak pintu yg terkunci. Dia terkejut n ckp, patutlah GELAP bilik saya tu.Hahaha :D (comel ajer si fizry ni, hehe. pihatin okeh..haha). Saya hargai laa jasa baik dia bg khidmat nasihat itu..tp masalahnya, sume kekdah yg dia cakap tu sy dah try. Akhir sekali dia cakap "Cik Ila, mungkinkah kunci bilik saya boleh guna untuk bukak pintu bilik Cik Ila?"..hahahaha :D, saya terus gelak dpt sms dia itu. Humm, fizry oh fizry...sounds so cute laa.. hehe. Thanx anyway.. heehe (dlm hati saya, mmg tak mungkin sama..huhu)

- Next, saya pegi dapur..mengemas kt dapur sbb dah tensen kn. Lepas2 kemas kt dapur..tiba2 teringat teknik SUDU yg penah saya guna dgn jayanya utk bukak pintu di rumah lama. Terpaksa laa dikorbankan 1 lagi sudu comel saya itu, huhu. Godek punya godek..tak berjaya jugak. Arghh, letih laaa. Dah laa panas.

- Akhirnya, saya jenguk kt ampaian..ada towel saya itu n ada baju tido itu. Humm, terus gi 2nd bilik air.. mandi guna shower yg tak best tu. Uhmm, lepas mandi terus lepak lagi depan TV. Sebab rasa letih dah nak layan deraan tombol pintu itu. Then, terus layan berSMS mengisi masa lapang. Tgk jam, dah kul 2 pagi. Huh, camne ni??? Akhirnya saya terlelap di sofa depan tv itu. Dah kul 5 pagi..baru terjaga n masuk tido kt bilik ke2. Humm, sib baik cukup lengkap keperluan tido. Humm.


14042011 (Khamis) - Celik mata, alamak...dah kul 8.30 pagi...haih, camne ni?? Badan rasa letih n penat jugak gara2 mengerjakan tombol pintu mlm td tu n sakit jugak sbb telah menghempap pintu itu dgn badan yg keding ini. Hahaha. Bangun tido ngn tensen, sbb sah2 takleh nak gi keje..baju keje sume kt dlm bilik saya yg terkunci tu. Bangun try lagi godek2 tombol pintu itu. Tetap FAILED! huhu

- Kul 9 pagi, hantar SMS kat esyubi, kat cc gayah n kat eo Pn Mala..memaklumkan bahawanya saya terpaksa EL sbb nak menguruskan pintu bilik yg terkunci kt umah. Lepas tu sambung godek pintu lagi..hissh, tensen. Setengah jam lepas tu, esyubi saya reply sms saya tu "Nak tolong buka???".. Humm, esyubi ni serius ke main2??? huhu.

- Lepas tu ada laa insan yg prihatin, tanya keadaan saya pagi itu (agaknya mencari sy kt opis takdek kot??). Dia pn bg cadangan laa jugak. Uhmm, tgh menimbangkan cadangan dia itu. Saya teringat kt incik kontraktor itu, carik nama dlm henpon..huh, sib baik ada. N tima kasih laa kt Incik Faizal dr Farima yg telah memberi solusi terbaik. Katanya, pegi laa jumpa Mantainance..dorang leh bukakkan pintu itu. Yeay!!! Gumbiranya saya...hip hip horay.

- Terus mandi, tp baju nak pakai lak takdek. Humm, kt ampaian ada laa baju kurung..humm, bolehlah. Lepas mandi n bersiap, terus pegi ke pejabat Maintainance itu. Yeay.. sib baik dorang ada. Masa tu jam dah pun kul 11.30 pagi. Dorang kata kena wat report. Lepas setel, saya kembali ke umah n tunggu kedatangan team penyelamat saya tu. Hahaha

- 11.40 pagi, 2 orang budak Maintainance tu muncul dengan 1 beg peralatan McGywer dorang. Terus dorang tunjuk bakat ala McGywer. Waouh, saya pn apelagi..dok tgk laa dorang wat keje..kunun nak blajar laa cara tu. Sekali, dorang pn failed. Hahaha, malu ler tu. Akhirnya, dorang guna kaedah yg paling tiptop ie. menjahanamkan / merosakkan tombol pintu yg ada tu. Punyalah complicatednya tombol pintu itu, dorang pn hampir surrender..berpeluh2 kerjakan tombol tu. Akhirnya, selepas 35 minit..mereka berjaya memusnahkan tombol degil itu n membuka pintu bilik saya. Yeay!!! Lepas tu..mula operasi pasang tombol yg baru. Akhirnya 12.35 tengahari, baru laa siap semuanya.

- Setelah berjaya, terus masuk bilik..ambik my lappy..bukak Fesbuk n terus post kat wall psl kejadian hari ini. Humm, nampaknya saya dah tak masuk ofis melebihi 4 jam. Makanya, mengikut peraturannya...maka hendaklah saya bercuti rehat pada hari itu. Call ofis, bgtau saya terus EL pada hari itu. Hohoho. Sekian, kisah tombol degil yg mendera saya itu. Hehehehe. Korang lak camne?? Pernah alami peristiwa yg sama seperti saya??? Sadis sungguh rasanya kan?? Huhuhu.

Moral of d story : Lepas ni, silalah simpan kunci bilik di tempat yg senang untuk diambil tatkala berlaku kecemasa seperti ini lagi. Hoho

3 comments:

  1. hahaha mcm2 kes la ko ni beb tp tombol ni mmg nak kena tgk jgk brandnya. yg kat umah ni tgk2 mcm cap ayam jgk.

    ReplyDelete
  2. hahaha..kesian kt aku ni tau.. huhu. Mcm2 dogaan sejak2 akhir nih.. ehehe. Humm, tombol umah aku tu rasanya bukan cap ayam... cap ape tah?? hahaha

    ReplyDelete
  3. ADA KAEDAH UNTUK BUKA TOMBOL PINTU NI KALAU TERKUNCI TANPA MEROSAKKANNYA. KAT BELAKANG TOMBOL TU BIASANYA ADA SATU LUBANG BULAT YG KECIL MUAT2 MATA PEN. LUBANG TU DIGUNAKAN UNTUK MENAGGALKAN TOMBOL YG BOLEH PUSING TU DARI BAHAGIAN YG STATIK KAT PINTU. CARANYA DENGAN MENJOLOK MATA PEN KE DALAM LUBANG BULAT BELAKANG TOMBOL TU, SEBELUM TU KENA PUSING2 DULU TOMBOL TU SUPAYA AKAN NAMPAK MCM SATU PLATE BESI LOCK TOMBOL TU, BILA DH NAMPAK TEKAN PLATE BESI TU SEHINGGA MASUK KEDALAM SIKIT, PASTU TARIK KELUAR TOMBOL TU SAMPAI TERCABUT. AKAN NAMPAK KAT DLM ROD BESI KAT DALAM YANG KAT PINTU TU, PUSING SAJA ROD TU DAN PINTU PUN BOLEH BUKA. PAS TU TOMBOL TU BOLEH PASANG SEMUA SEPERTI ASAL.

    ReplyDelete

Ada nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation