Sunday, 30 January 2011

Nasi goreng crispy tempura nugget



Sudah 2 hari hujan turun tak berhenti2 di wilayah P ini...
Biasa kalo hujan, saya taknak kuar dari umah...dok umah lagi bagus..
tapi malam tadi saya terpaksa jugak kuar menjelajah dari Wilayah P ke BBB (semata2 mencari tiket pulang utk adik saya tu..)..humm...BBB pn hujan jugak lah!

Oleh kerana hari hujan, makanya tengahari tadi .. saya memasak goreng2 ala kat kedai tu,..hehehe. Mulanya saya tak plan pun nak masukkan kisah nasi goreng ni dalam ruangan Jom Masak saya..so, takdeklaa gambar2 spjg proses memasak itu (sebelum n semasa memasak)..yg ada hanyalah gambar selepas dimasak. Errr..sbnrnya sendiri teruja dgn nasi goreng itu.. hahaha ;P.

Okeh kengkawan..kali ni saya nak share buat Nasi Goreng Crispy Tempura Nugget.
(wauh,...nama cam hebat kan??? hihihi..originally from my kitchen okeh).

Bahan-bahannya :
Nasi putih 3 mangkuk kecik (khas utk 3 orang makan)
2 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih
3 bijik cili padi merah
1 bijik cili merah (utk hiasan : potong 3, buang bijiknya dan mayang halus..)
3 bijik cili padi hijau (utk hiasan)
Segenggam ikan bilis (dicuci dan ditoskan, sedikit utk ditumbuk n lain2 utk digoreng)
1 batang frankfurter ayam (dibelah dua n dipotong serong)
Sedikit kobis (potong bentukkan 4 segi, akan dpt lebih kurang semangkuk)
1 bijik telur ayam
6 ketul crispy tempura nugget jenama Ayamas
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing dan angkat.
2. Sementara tunggu ikan bilis tu garing, bolehlah tumbukkan bawang merah, bawang putih, cili padi merah dan sedikit ikan bilis yg telah ditoskan airnya (errr, nak guna blender rasa tak berbaloi sbb sikit sangat kan.. hehe)
3. Minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi digunakan untuk menumis campuran bawang yang telah ditumbuk. Tumis sehingga wangi (uhmm..wangiiiii)
4. Selepas itu, masukkan frankfurter ayam yang dah dipotong. Kacau rata.
5. Masukkan telur, biarkan seketika dan kacau rata (mcm buat telur mata tu..lepas tu kacau kasi dia hancur..)
6. Masukkan kobis, kacau & goreng sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan 3 bijik cili padi hijau sebagai hiasan semata2 (tak perlu potong, ketuk etc)
7. Masukkan nasi putih & kacau rata. (Sementera itu, di kuali yang lain...boleh panaskan minyak dan goreng 6 ketul crispy tempura nugget sehingga garing keemasan. Angkat dan ketepikan).
8. Setelah nasi tadi dah dikacau rata, masukkan sos tiram dan kacau lagi sehingga sebati.
9. Kemudian, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing dan kacau rata.
10. Masukkan sedikit garam n sedikit gula (silah rasa nasi goreng itu...kalo tak cukup masin..sila tambah garam lagik...)
11. Akhir sekali masukkan laa cili merah yang dah dimayang halus sebagai hiasan.

Cara menghidang :
1. Masukkan nasi ke dalam mangkuk kecik dan letakkan di dalam pinggan.
2. Letakkanlah crispy tempura nugget, sedikit sos cili n mayonis (jika suka)
3. Untuk hiasan lain..bolehlah letak timun / salad n taburkan bawang goreng(mesti lagi mengancam..hehe).

Ok..kengkawan. Selamat mencuba buat nasi goreng ini.

P/S : Makan nasi goreng panas2 di kalan hujan ni memang syok..hehe. Err, kombinasi bawang putih, bawang merah n ikan bilis yang ditumbuk memang memberikan satu rasa yang best. One more thing is...i luv Ayamas products! hehehe

Sunday, 23 January 2011

Ayam goreng paprika

Harloo semua..
Yeah..ruangan Jom Masak kembali lagi.. hehe
As always..cooking is my passion..cooking is my therapy..hehe

Semua orang suka makan ayam goreng kan????
Ayam goreng lak ada macam2 jenis ayam goreng; ayam goreng kunyit, ayam goreng rempah.. n bla..bla..bla lagik laa..
Saya pun dah agak lama tak buat ayam goreng (kunun2 elakkan makanan bergoreng laa sgt)..

Untuk dinner tadi..akhirnya saya buat ayam goreng spesel (dah lama tak buat)..
Namanya ayam goreng Paprika...Senang ajer nak buatnya wahai kengkawan. Saya pun dah ingat2 lupa mana saya belajar resepi ayam goreng paprika ni.

Apapun, skang ni saya nak share macam mana buat ayam goreng paprika yang senang dibuat n sedap dimakan..hehe.


1. Perap ayam selama lebih kurang setengah jam (tapi, kalo 15 minit tu pn dah sedap). Bahan2 utk perap ayam ni ialah 4 ulas bawang putih ditumbuk halus, sedikit serbuk paprika, sedikit serbuk kari ayam/daging, sedikit serbuk lada putih, sedikit garam, sedikit minyak bijan (minyak sayuran pn boleh aje) dan paling penting sedikit tepung jagung. Caranya ialah :
- gaulkan semua bahan2 campuran tu biar sebati kecuali minyak n tepung jagung
- lepas tu baru campurkan minyak n gaul lagi
- akhir sekali, barulah dimasukkan tepung jagung, gaul sehingga sebati n biarkan selama setengah jam (sebenarnya lagi lama perap, lagi best)

2. Ahah, lepas dah diperap mengikut masa ditetapkan tu..bolehlah digoreng ayam tu. Pastikan digoreng dengan kaedah deep fry ya (sila guna minyak yg banyak..). Bila dah bertukar warna keemasan tu (n gerenti masak)..angkat dan toskan minyaknya.

3. Taraa, inilah dia hasilnya. Ayam goreng paprika yg rangup dan sedap dimakan begitu sahaja (cecah sos cili) atau pun makan dengan nasik.

So...kpd kengkawan yg nak cuba buat ayam goreng lain skit selain rasa kunyit n garam tuh.. boleh laa cuba buat ayam goreng paprika ni. Sedap!! Pasti akan jadi feveret. ..hehe (inilah feedback mereka2 yang dah makan ayam goreng paprika saya ni..hehe)....(^_^)

BBB yang dirindui.. hohoho



Pejam celik..rupanya dah 2 minggu saya bermastautin di rumah baru saya di Wilayah P..
Maksudnya sudah 2 minggu jugalah saya meninggalkan BBB yang penuh dengan kenangan tu..espcially kenangan manis laa.

Di rumah lama itu genap 3 tahun saya menetap di situ....uhmmm...pendek kata semasa edisi wanita bekerjaya, dah 4 tahun laa saya di BBB. Kalo nak kira zaman study..uhmm..lagi laa lama. Dari zaman matrikulasi sampai laa saya konvo 1st degree tuh. Uhmm,.pendek kata ... banyak kenangan saya membesar n dewasa di BBB ni.

Baru 2 minggu di Wilayah P...tiba2 malam tadi saya rasa nak ke BBB. Kebetulan malam tadi di BBB ada pasar malam. So, saya jadikan alasan ke pasar malam yg pada saya paling best itu utk ke BBB. Drive dari Wilayah P ke BBB...saya sengaja lalu jalan yg akan melalui banyak tempat2 yg ada sejarah n kisah manis kepada saya. Huhuhu..sedey laa pulak...sobsobsob. Bila jalan ke BBB tu, saya leh ingat sume citer2 idup saya. Haih....apesal tah sepanjang drive ke sana saya dilanda blues mode. Ohoo.. Sib baik laa ada adik saya kat sebelah wat layan borak...(dia baru sampai ke rumah baru saya..n saja bawak pusing2 sama).

Akhirnya saya tiba ke pasar malam BBB tu. Uhmm, baru saya seday betapa lamanya saya tak datang...gara2 idup yang busy..semua bahan2 basah saya beli dekat kedai segar Hs.Nada dekat umah saya di BBB itu. Saya sebenarnya paling suka membeli lauk pauk, sayur-sayuran n buah-buahan dekat pasar malam atau pasar berbanding beli di hyper/supermarket..sebabnya mestilah lebih segar kan. Uhmmm..

Dah beli lauk basah, sayur, buah, lauk kering..saya saja laa ajak adik saya tu pusing ke sebelah gerai2 yang jual benda lain pulak. Bagi laa dia peluang jelajah pasar malam yg besar ni.

Tiba-tiba...huh, hati saya berdegup kencang sebab ... sebab saya terjumpa wajah yang dah lama saya nantikan..wajah yang selalu tertanya2 ape yang dia buat skang. Oh, tidak...kenapa malam ni saya terjumpa dia ni..huhu. Nampaknya ini kali kedua saya dia terserempak slps majlis itu di wilayah P minggu lepas. Haih, buatkan saya terkenang kisah dolu2 sajer. Kaget juga bila terserempak mcm ni. (err..tak sangka dia ni pun pegi pasar malam???? humm..tiba2 saya rasa suka...maksudnya dia bukanlah menjaga standard sgt mcm yg digambarkan oleh org lain itu.. hoho)

Hummm...slps bertahun tak jumpa..ditakdirkan malam tadi saya terserempak dgnnya. Padahal selama ni mmg kitorg dok kat BBB...tp, sekali pun tak penah terserempak. Uhmmm, malam tadi tu saje nak dijadikan cerita (errr...itu agaknya sebab saya tiba2 rasa teringin nak ke BBB kot??). Imejnya dah berubah...tiada lagi stylenya yang bling2..tiada lagi gaya yg smart sentiasa..kulit pn dah tak seputih n scerah dulu...gaya rambutya pun dah lain (nampak lagi sempoi) dah pakai spek laa tu skang ni..pendek kata stylenya dah berubah..begitu juga riak wajahnya. Mungkin sebab status dah berubah agaknya??? Nampaknya dia dah pn menjadi seorang daddy... saya gembira tengok caranya melayan his kid...so lovely, hohoho. (Huuu,,,dia dah menjadi seorang daddy...)

Kejadian terserempak dgn wajah yang sekian lama dinantikan itu sekali lagi buatkan saya dilanda blues... sepanjang perjalanan balik dari BBB...layan blues ajerlah, dalam keta senyap jer..yg bunyi hanya lagu2 dr Red.fm. (mesti adik saya itu pelik dgn saya yg tiba2 blues itu...huhu, sori laa dik ya...). Macam2 yang terimbas dlm fikiran saya sepanjang malam tadi.

Kalo Jason Derulo dlm lagunya kata 'What If...?"
Saya pulak kata... "Kalau lah .... "
Tapi memang betul...masa tak akan dapat diputar kembali ke beberapa tahun yang dulu itu....... huhuhu

Thursday, 20 January 2011

Garlic Nan n Tandoori itu...




Hummm... dah berkurun rasanya saya tak blogging...
Aduyai...panjang citernya kalo nak citer sebab musababnya tu.. hoho... (humm, nantilah citer lain okeh..)

Pagi tadi di hari cuti thaipusam ni, saya brunch dengan Garlic Nan n Tandoori Chicken seperti yang korang leh tengok dalam gambar di atas, hehe. Sangat laa sedap Garlic Nan n ayam tandoori itu..hoho. Akhirnya, saya dapat menikmati kembali roti nan feveret saya. Bukan senang nak jumpa roti nan yg sangat sedap n marvellous seperti yg saya dapat ni.

Kalo nak tau...saya memang sangat suka makan roti nan. Tapi...dolu2 saya suka beli kat satu kedai di BBB itu. Memang sangat best..yer lah, yang tukang buat tu memang pandai buat...original mari katakan. Hummm...malam2 jer saya suka lepak kat kedai itu. Roti Nan itu kan bagus juga untuk diet,,, roti n ayamnya dimasak dengan kaedah bakar. Tak melibatkan minyak..itu memang bagus. Nak dijadikan cerita, pada satu hari saya ke kedai itu....tapi malangnya roti nan sudah tidak dijual lagi sebab pembuat roti nan itu sudah berhenti dari kedai itu. Makanya....sejak itu, saya sudah tidak makan roti nan lagi...huhu. Ada laa beberapa kali saya try makan roti nan kat tempat lain..tapi, tak sesedap roti nan yang saya suka itu. Akhirnya...saya stop makan roti nan...(hoho..sampai begitu sekali ketaksuban saya itu terhadap roti nan...hihi).

Tahun 2011, saya sudah berhijrah dari BBB ke sini, ke wilayah P pulak. Uhmmm, tak sangka ropanya dekat wilayah P nih saya boleh jumpa kembali roti nan yang sangat sedap...yeay! Setelah try roti nan biasa, garlic nan, cheese nan... hummm, kesimpulannya yang paling sedap tetap garlic nan. Garlic nan sedap...cecah pulak dengan kuahnya yg spesel... makan pulak dengan ayam tandoori yg super sedap... fuuh...memang nyummy laaa. Hari ni makan, hummm..kenyang sampai ke petang.

Sape lagi suka makan roti nan macam saya ni?? Sila angkat tangan... hehehe. Haaa, kalo teringin nak try roti nan especially garlic nan yang sangat sedap..lain daripada lain.. boleh laa try makan roti nan itu kat kedai Haji Tapah di P16. Hummm... memang best. Nak beli..kena pegi awal skit daripada kul 10.00 malam. Kalo lewat skit..kejap kuahnya abes.. kejap ayam tandoorinya abes..pendek kata boleh dapat roti nan itu..tapi, pakejnya tak lengkaplah.. hehe.

Roti canai n roti boom VS Roti Nan??? Humm..sudah pasti roti nan laa yang jadi pilihan. Bagus untuk kesihatan n diet. Fuh,,,lepas penat berenang....lepak pekena roti nan pulak...perghhh, memang best lah...! Layannn... hehe :D

Sunday, 2 January 2011

Tetamu pun kena behave skit!



Hari ke-2 tahun 2011 nih saya nak bukak topik tetamu..
Tak kisah laa tetamu tak diundang ke tetamu diundang ke..pendek kata namanya tetamu..
Kita sebagai tuan umah haruslah mengalu2kan kedatangan tetamu.. n melayan mereka / dia dengan sebaiknya... betul tak kengkawan??? (betul laa kan.. sah2 punya). Ini dinamakan adab melayan tetamu.

Tapi...mcm mana pulak ngn tetamu tu sendiri??? Mestilah tau adab n tatasusila jugak kalo bertandang ke umah orang tuh...wpun tuan umahnya sangat laa bhemah n baik hati.. n tak kisah. Kalo datang mesti disambut dengan senyum ceria n ayat "make it urself at home.. "

Saya ni boleh dikategorikan sebagi seorang host yang baik (memang pun, mereka pasti setuju)... Tapi, bila kebaikan kita dibalas dengan perbuatan yang menyakitkan hati kita... sape tak geram...bengang...grrrrr !

Kisahnya si J ni suka sangat datang bertandang kat umah saya...dolu2 dia akan kontek saya bila nak datang. Tapi.. skang ni sejak2 adik saya si Mat ni stay ngan saya... si J lebih suka kontek adik saya ni je. Kadang2 terkejut laa jugak, bila saya kuar bilik..tup2 si J ni dah ada dok melepak..haih. Takpelah..as long as umah saya tak bersepah..fine! Lepak laa..nak layan CD / DVD ke.. nak layan TV ke...

Dolu2 saya rajinlaa masak2 n makan2 bila si J n adik saya ada di umah. Now saya dah mcm tak sempat, pandai2lah kalo nak carik makan tu. Masalahnya skang ni..bila depan2 saya...memang laa sangat behave. Sekali bila saya masuk bilik atau saya tido atau saya takdek kat umah..abes segala mak nenek makanan2 dalam peti sejuk tuh. Aiyoh!! Ropanya kaki melantak...sampai abes semuanya,..huhu. At last saya malas nak beli mcm2 utk top up makanan dlm fridge tuh (kebetulan saya asyik out station n bz sangat...memang tak sempat nak makan kat umah pun..). Yg menareknya, time saya kat bilik kerana wat keje atau tido.. time tu laa dia senyap2 masak segala bagai yg dia suka tu. Haih.....

Itu satu hal laaa, hari ni yang buat saya bengang sangat ialah... saya baru perasan, koleksi snow ball saya yang dari obersea itu sudah lesap! Owh, apekah??? Takkan tiba2ghaib??? Koleksi snow ball kesayangan saya sumenya saya letak di ruang tamu..selama ni elok jer di situ, tup2 sudah hilang di tahun baru ini. Sebabnya last week ianya masih ada di situ. Sakitnya hatiku... kalo ya pn berkenan,, n ambik.. ko ambiklah yg local punya...at least leh laaa ai beli yg lain. Ini yg kat obersea itu yg dikebasnya...haih, jawabnya ntah bape abad lagilah baru leh kembali semula ke negara itu. Huhuhu..sedey nih tau..snow ball kesayangan saya sudah lesap!!!

Owh sakitnya hati saya ni...ini bukan kejadian pertama. Saya ingat dia sudah insaf!! Itu kisah koleksi di ruang tamu. Ada jugak koleksi2 dari obersea n local saya simpan jer dalam bilik ke-3, ada yg saya simpan dalam kotak, ada dalam bungkusan cantek, ada dalam beg. Yang geramnya, si J ni punyalah takdek behave..suka hati dia pegi selongkar barang2 saya dalam bilik itu. Geramnya!!!

Koleksi 1 : Topi / CAP (mcm2 dari cap ofis, function2 smpailah ke golf cap)
Walaupun saya ni pakai tudung, tapi...saya banyak simpan topi n CAP yang cantek2 wat collection..ada laa nilai sentimentalnya. So then, saya susun cantek kat bilik ke-3 itu. Sekali pada satu hari, tiba2 dia suka hatinya pakai n topi2 tu sume dah berubah kedudukan.Argggghhh, geramnya!!! Hoiii...itu aku punya lah, aku tak kira...pulangkan!! At last sume topi2 tu sy simpan dalam bilik tido saya (siap masuk dlm cupboard...no display anymore). Tapi... saya ada laaa bagi 1 topi tu kat dia.. dah dia berkenan sangat kan... uhmmm.

Koleksi 2 : Beg-beg (mcm2..beg galas, beg sandang, beg doc, beg baju)
Beg2 itu mmg banyak...juga saya simpan wat collection di bilik ke-3 itu. Sekali pada satu malam, dia nak blah dari umah saya.. saya nampak dia dah menggunakan beg sandang warna oren yang saya baru menang satu permainan nih. Hadoih lah....geramnya!!! Ok fine...dah dia nak sangat...saya bagi jer. Sekali lagi, pada satu hari yg lain.. saya masuk ke bilik ke-3 itu. Eh??? Apekah?? Sume doc2 n nota2 yg saya simpan dalam satu beg doc dok bersepan kat lantai. Owh apekah kejadian ini?? Ropanya si tetamu kurang asam ni dah rembat beg doc saya tuh... Hadoih, sabor ajelah. Dia ingat saya takmo ke beg tu?? Helooo, kalo dah nak sangat...silalah bgtau...ada berlambak lagi. Nape yg aku simpan barang tu jugak yg ko ambik. Ape ke sengal laa sangat!!!!!! Grrrrr...

Koleksi 3 : Unwrapped souvenir from Bangkok (memang sungguh2 kesayangan ni) Last year saya pegi Bangkok...memang saya ada beli souvenir yg unik2 n cantek..mostly adalah perhiasan rumah. Tapi masa balik dari bangkok saya sangat laa sibuk dengan dunia ofis,.. ditambah pulak saya belum ada idea nak setup balik umah saya untuk deco2 ngn semua tu. Koleksi dari bangkok tu, ada laa perhiasan kayu jati yang bertingkat2 special for perfume candles (paling mahal dibeli...kayu jati oiii!)...lepas tuh ada 5 set kotak yg colorful dipenuhi bunga lilin n kayu perfumes itu, 3 bijik pasu bunga ukiran tangan juga dari kayu yg cantek, set meja makan kristal yg memang sangat unik n bekas utk letak bunga / buah2an n utk letak jajan yg juga set kayu jati yg cantek. Semua barang2 dari Bangkok tu saya simpan dalam satu kotak...tiba masanya saya akan guna utk deco2 umah saya. Sekali, pada satu hari saya sangat terkejut bila tengok perhiasan kayu jati bertingat itu dah keluar dari kotak itu...dah berada atas kabinet dalam bilik ke-3 itu. Fungsi sebenarnya utk taruk perfume candles tiba2 dah jadik lain. Sungguhj terkejut, sebab ditaruknya 6 pasu kecik pokok kaktus saya tu n disusun atas perhiasan kayu jati bertingkat itu. Hadoih.. ai sungguh marah...terus ambik semua koleksi2 kesayangan saya tu.. bawak masuk bilik. By the time, saya bebel kat adik saya...lenkali bagitau kat si J tu..jgn coba2 nak selongkar barang2 saya kat dalam bilik ke-3 tu..itu bukan barang2 stor yang nak lupus.. tapi semuanya koleksi kesayangan saya. Memang saya sangat HOT!!! Grrrr..

Koleksi 4 : Set amenities yang saya kumpul dari hotel (hasil out station n bercuti)
Set amenities tu saya mula kumpul dari tahun 2005. Memang unik sangat..ada macam2 jenis...ada mcm2 warna..ada mcm2 bentuk..ada yg saya kumpul hasil gathering bersama besfren yg keje private itu..hoho. Mulanya semua set amenities tu saya susun dengan canteknya di ruang tamu di atas satu rak...memang cantek laa sangat bila bersusun mcm tu. Tapi..bila barang dah bertambah...plus pulak adik saya datang stay bersama saya. Maka, saya korbankan laa rak itu..utk kegunaan yg lebih penting. So, semua set amenities tuh saya masukkan dalam beberapa kotak n simpan di bilik ke-3 tu juga. Geram jugak bila set amnities saya tuh pun ada yg kena kebas. Haih..

Koleksi 5 : Set cawan2 perhiasan (sumber mcm2 termasuk laa gi dinner n kenduri)
Set cawan n labu sayung saya susun jer dekat ruang tamu jugak. Kan comel bila disusun macam tu. Tapi bila tengah2 kemas umah nak bersihkan habuk.. boleh laa pulak cawan2 ku itu berisi ngan habuk rokok??? Hadoih.... sakitnya hati. Dia ingat itu cawan2 perhiasan tuh semua ashtray ke?? Hishhh,..geramnya. Suka hati dia jer.. helooo...this is my home, not yours. So, please behave. (n actually rite now.. u're not welcome here). Now, saya dah tetapkan peraturan ... in my home, no smoking okeh. Kalo nak smoking jugak,,,silalah berbuat demikian di bilik ke-2 a.k.a bilik adik saya. Make sure tingkap sume bukak kasi angin masuk n pintu bilik tutup. Kalo tak, mau satu umah bau asap...

Koleksi 6 : Majalah2, buku2 ilmiah, n segala mak nenek buku / bahan bacaan
Haaa.. ini jer the only collection yg selamat dari jadik bahan tetamu no manners nih. Haih,,,kalo tak.. mau hangin satu badan nih. Grrrrr

So.. itu sahaja luahan perasaan saya dalam belog saya malam ni!
Saya dididik dari kecik oleh mak bapak saya untuk sentiasa behave bila bertandang ke umah orang. Usahkan nak sentuh..pandang pun tak boleh tau.
It's so unfair when there are unbehaved guest in your home.
Harusss lah diingat..tetamu pun kenalah menjada adab n tatasusila bila berada di rumah orang.. tak kisahnya sape orangnya hatta tuan umah itu adalah sedara kamu yang terdekat sekalipun.

P/S : Saya dah warning adik saya,,, utk tahun 2011..jangan sesekali dia cuba nak ajak si J tu datang lagikk kat umah baru saya atas apa alasan sekali pun. Kejadian hari ini dah cukup buat saya sakit ati.. n now dia dah masuk dalam list orang2 yang harusss saya IGNORE!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation