Thursday, 28 April 2011

KENAPA SEKAT JUALAN NASI LEMAK DI SEKOLAH



KENAPA SEKAT JUALAN NASI LEMAK DI SEKOLAH ????

Oleh MOHAMAD GHAZALI ZAINAL ABIDIN

KENYATAAN akhbar Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini amat mengelirukan dan seperti mempunyai agenda tersembunyi yang tidak pasti dari mana maklumat beliau perolehi sehinggakan nasi lemak tiba-tiba menjadi 'musuh negara'.

Tidak dinafikan kandungan dalam sajian nasi lemak yang dipelbagaikan bagi menambah keenakannya telah menimbulkan banyak sebab-musabab penyakit sehingga dikatakan 'ia' sebagai pembunuh senyap bagi penduduk di Malaysia. Apakah benar hanya nasi lemak yang menjadi hidangan wajib di waktu pagi rakyat Malaysia dilabelkan amat berbahaya? Bagaimana dengan roti canai, mi goreng yang ada dijual di sekolah tidak berbahaya dan kurang cepat 'memanggil' penyakit?

Kerajaan seharusnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan di media kerana setiap kenyataan yang dikeluarkan terutama oleh Kementerian Kesihatan boleh mendatangkan spekulasi yang lebih buruk.

Yang bermain di fikiran kebanyakan orang awam ialah, apakah kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah membuat kajian menyeluruh terhadap bahayanya memakan nasi lemak? Apakah kajian telah dibuat di setiap sekolah di negara ini?

Yang menjadi kemusykilan, kenapa Kementerian Kesihatan tidak menyekat semua jenis makanan ringan (atau jajan) yang digemari kanak-kanak daripada dijual di negara ini? Adakah kerana pengusaha makanan ringan tersebut daripada kaum bukan Melayu?

Cubalah Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan pengharaman untuk semua jenis makanan ringan daripada dijual di sekolah, pasti beliau dihentam dari segala sudut oleh masyarakat bukan Melayu.

Harus diingat, jika ingin mencegah sesuatu penyakit mestilah dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyalahkan satu jenis punca sahaja.

Jika Kementerian Kesihatan boleh mengarahkan setiap kotak rokok wajib meletak gambar-gambar mengerikan akibat menghisap rokok, maka tidak salah jika diletakkan amaran pada bungkusan makanan ringan akibat kekerapan memakan makanan tersebut.

Iklan-iklan di akhbar atau di media elektronik juga harus disyaratkan meletakkan perkara yang sama iaitu memaklum bahayanya memakan makanan ringan ataupun mengharamkan sebarang pengiklanan makanan ringan agar kanak-kanak tidak terpengaruh dengan jenis makanan tersebut.

Saya bukan hendak membela penjual nasi lemak atau pengusaha kantin sekolah tetapi cara kerajaan menangani masalah ini tidak tepat dan hanya mewujudkan 'kambing hitam' sahaja. Sedangkan punca-punca kegemukan tidak datang daripada satu sebab dan hendaklah dibincang bersama dengan pakar-pakar pemakanan secara lebih kerap dan diumumkan hasil kajian itu kepada rakyat. Barulah rakyat boleh menilai dari mana punca kegemukan kanak-kanak sekolah.

Bukan dengan tiba-tiba hanya nasi lemak dijadikan 'ukuran' punca kegemukan kanak-kanak sekolah. Cukupkah kandungan nasi lemak yang dimakan lima kali seminggu pada setiap pagi, boleh menyebabkan kegemukan? Apakah kanak-kanak tidak makan di rumah selepas balik dari sekolah?

Rakyat Malaysia sudah selalu tertipu dengan kajian yang dibuat pihak tertentu misalnya dahulu heboh isu pemakanan gula-gula getah, setelah hampir berbelas tahun memakannya barulah diumumkan berbahaya jika dimakan berterusan. Kenapa setiap makanan yang dijual tidak dibuat kajian lebih mendalam sebelum dibenarkan dijual?

Pesanan saya, jangan terlalu tergesa-gesa menyekat sesuatu. Kalau ingin mengharamkan sesuatu makanan atau minuman, haramkan dahulu minuman dalam tin dan botol serta teh tarik kerana ia memang secara terang mempunyai kandungan gula yang amat tinggi yang boleh mengakibatkan banyak penyakit.


Ila Ramliey : Rencana di atas adalah petikan daripada akhbar Utusan Malaysia. Untuk renungan bersama.

P/S : Saya suka sangat makan nasi lemak. Memang saya suka dari kecik sampai sekarang. N akan suka sampai bila2. Saya suka semua makanan tradisi Melayu. Orang2 dulu kala makan makanan inilah, tapi rasanya tiada masalah kesihatan. Pada saya, yang penting tau hidup dengan seimbang... makan hover, kenalah bersenam pun hover. Banyak mana yang dimakan, banyak itulah kalori yang perlu dibakar! Oleh itu... mari bersenam, amalkan cara hidup sihat.

Tuesday, 26 April 2011

Apa nak buat dgn duit yg banyak???



Holla frens...

Pekabar sume?? Humm...spt biasa, bila di kala larut mlm camni, baru ler saya ni tiba2 dpt ilham nak menulis dlm belog saya ni.

Just nak tanya laa kan. Kalo korang tiba2 dapat duit yang banyak??? Apa yg korang akan buat dengan duit itu?? Hummm???

Saya kan, kalo dpt duit yang banyak.. Humm, 1stly..mesti laa mulut melopong tanda takjub n tak pecaya je tiba2 dapat duit sedebuk yg 10 kali ganda dpd gaji sebulan kita tu. Hehe. Tenyeh mata banyak kali..aii..betul ke duit byk ni??? Ke dorang yg salah kira?? Hehe.

Teringat lak 1st time dpt duit yg banyakkkkkk dulu.. bila lagi, time withdraw duit dr akaun yg selama ni beku laa. Wah..heaven tul masa tuh, 10% for sure laa guna utk enjoy...yabeda bedooo... self treats okeh.huaha...

Okeh, kalo saya tiba2 dpt duit yg bykk kan..berikut adalah my wish list :

1. Mula nak gi butik, nak pilih baju2 yg cantek2 itu...n of cos design kena laa nmpak lain dr yg lain..hehe (owh..dah lama tak shopping baju yg smart casual / ladies tu..uhumm).

2. Mula nak nak pegi cari handbag yg gorgeous gitu...huhu, teringat lak..dulu, hobi saya ialah membeli handbag baru..skang ni, tak terbeli sbb byk design yg tak berkenan di hati. Kalo beli handbad...perkara yg perlu dilihat dgn teliti ialah..mesti laa kena ada at least 3 compartment yg best. 1st nak taruk wallet, 2nd nak taruk beg mekap n 3rd nak taruk kunci keta, henpon n of cos hand sanitizer + baby oil itu. Hehehe.

3. Mula nak masuk kedai2 kasut. Owh, heavennya... kasut casual, kasut keje, selipar, sandal heels... pn dah lama tak beli. Asyik masuk kedai.. tapi tak jumpa yg best dipakai...harapkan cantek pn takdek maknernya kalo tak selesa dipakai. Pilihan kasut saya, mestilah ianya cute..heelsnya pulak mesti runcing n ringan. Baru best n seksi..kui..kui.

4. Mula nak beli set mekap baru. Kebetulan pulak..skang ni set mekap pn memang kena beli lain. Hehehe. Harus diingat yer, set mekap pn ada expiry date nya. Bila tiba masa utk lupus..haruslah dilupuskan walaupun takde laa pakai mana pun. Hoho..

5. Hummm, yg ni pun penting jugak. Harus laa membeli set penjagaan rambut yg baru.. sbb set sedia ada tunggu masa untuk digantikan. Walaupun ianya sedikit mahal..tapi berbaloi...hehehe. Rambut kan mahkota wanita, so haruslah dijaga dengan sebaiknya. So far, ai sangat suka produk rambut ai ni.. tahan utk 5-6 bulan ya. I like!

6. Lagi ialah..membeli set bilik tido yg baru...nak buat camne, saya ni sukakan perbezaan. Kalo lama2 dengan warna yang satu..atau corak yg satu..terasa buhsan laaa lak.. hehehe (errr...wpun kadang ini bukanlah keperluan sgt pn..huhu)

7. Terasa nak beli set deco2 utk rumahku ini...uhmm...byk lagi ruangan kt umah saya ni yang perlu dihias. N suka sangat perabot2 yg comel n urban. Konsepnya, modern style ya...

8. As a reward to myself.. duit yg banyak itu haruslah dilaburkan sedikit utk akvtiviti bersantai. Bercuti2 ilangkan stress otak ni.. huhu. Humm, dah lama tak gi vacation. Last vacation yg best ialah di Bangkok itu. Last year lgsung tak gi mana pun.. busy banget! huhuhu (plus plan hancur gara2 isu tersebut..)

9. Nak bagi hadiah kpd my mama n abah. Tanda saya menghargai pengorbanan mereka selama ini. Uhmm... dah lama jugak tak bagi hadiah kat dorang. Err..nak bagi ape yer??? Kena fikir2kan ni..ahah.

10. Tak lupa juga...nak beli swimming suit yg baru la, hehe. Baru laa syok nak berenang2 dgn girangnya.. Ala mermaid gitu.. hahaha. (almaklumlaa, swimming suit ku itu walaupun sangat bagus n tahan lama.. tapi, dah lama sangat.. mcm dah berkurun tak penah tukar2 lagi..hoho).

Uhmmm.. ape lagi ya?? Rasanya itu sajer kot??? Sonok kan, bila kita tiba2 dpt duit yg banyak ni. Lagi2 unexpected sebanyak itu yg kita dapat. Tapiiiii, bila dh dpt duit yg banyak ni... Zasss, dgn pantasnya cukai pendapatan pun ada laa bahagiannya. Huhuhu, tapi takpelah..hasil kpd negara.

So...kalo tgk senarai di atas, banyaknya nak kena kuar duit ya?? Baru dapat banyak... sekejapa aje nak dihabeskan.

Ishh... tak bleh2 ... kali ni pn harus guna 10% sajer..
Yang lain2.. masuklah AAA Esss Beeee. hehehe (mari kita gandakanya... wang besar..wang besar!!!)

Thursday, 21 April 2011

Malam kejiwangan



Holla frens!

Korang buat ape malam ni?? Ada banyak aktiviti best ke??
Baguslah kalo wat aktivit best.

Humm..malam ni saya melayan jiwang jer..
Melayan jiwang dengan dok dengar lagu Akim bertajuk Menunggu ni ntah bape ribu kali ulang dah (wauh..sah2 laa kedengaran sungguh tidak logik kalo beribu2 kali kan..hihi).

Bila kenaa mood jiwang tuh..nak tak nak kena laa layan perasaan jiwang nih
Kalo dah kena mood jiwang camni..memang keje lain xjadi dah.. huhu.

Tapi kan, tak sangka lak budak Akim AF7 ni berbakat besar..pandai cipta lagu upanya..
Hoh..saya suka laa org yg pandai cipta lagu n pandai lak nyanyi dengan suaranya yg sedap itu..mcm Akim nih..Yuna.

Humm..bestnya bila ada org nyanyi lagu khas untuk kita kan?? N kan best kalo saya nih dah tahap terer giler main instrumen..boleh laa saya wat lagu khas utk yg special.. siap nyanyi sendiri kt orang yg special tuh. Mesti terharu abes..huhu (ah sudah .. mood jiwang ila sudah bertukar ke mood berangan tak hengat!! hoho,layankan ajelah.. hihi)

Bila cakap psl wat lagu ni.. tiba2 teringat lak kt gitar biruku itu... Sudah berkurun saya tidak memetik gitar kesayangan saya tuh. Busy sangat laa katakan sblm ni. Hopefully lepas ni saya boleh meneruskan hobi saya memetik gitar itu di masa santai.. huh, layannn...

Ok laa frens.. time for jiwang mode is now ended.
Okeh ila, sekarang waktu iron baju..cuci muka..jgn lupa smyang isyak.. n tido..
Till then.. gudnite everybody!

Friday, 15 April 2011

Daku didera tombol itu.. huhu

Inilah ropa tombol degil yg mendera saya, akhirnya ditumpaskan jua. Huhu



Holla frens!



Kali ni saya citer psl hari ini dalam sejarah saya. Ianya berkenaan tombol pintu seperti gambar di atas. Dalam sejarah perkhidmatan saya, pada tarikh 14042011, inilah kali pertama saya terpaksa EL a.k.a cuti kecemasan a.k.a emergency leave. Kalo dikutkan takrifan EL ni untuk cuti kecemasan atas sebab2 bencana alam. Saya pulak bukan bencana alam...tapi bencana diri..hehehe.

Mari kita lihat kronologi kejadian yg membawa saya kpd EL akibat didera tombol itu :

13042011 (Rabu) - Saya tiba di rumah kira2 jam 9.15 malam selepas penat berjalan2 carik pasal di Alamanda itu. Dengan gembiranya masuk umah sbb berjaya capai KPI nak balik umah sebelum 9.30 pm sbb malam rabu adalah malam utk menyaksikan Showdown 2011, my fav show okeh. N lagi satu hati girang rasa nak berfesbuking.

- Terus pegi ke tv itu, carik remote n bukak tv terus ke chanel 8TV. Humm, showdown lum start. Leh laa ONkan dulu my lappy..FB time ya (err, rasa sonok sbb ada geng2 baru yg leh dilayan lately ni..plus dlm mood gembira dgn gmbar2 kt al-Kabab n Briyani tu)

- Menapak ke master bedroom yg merupakan bilik tido sy yg hakiki, terus pegang tombol sbb nak bukak pintu n ambik my lappy itu. Sekali bila pulas, alamak..keras n takleh pusing langsung. Owhhh TIDAAAAK!! Bilik saya itu TERKUNCI okeh..alamak, camne leh terkunci ni? huhuhu. (isshh, ni mesti kes tertekan kunci tombol bilik saya tu). Masih dlm mood tak pecaya terkunci tombol pintu bilik, sbb mmg selama berada di rumah baru ni..mmg tak penah lagi laa mana2 pintu bilik dikunci. Sbb, mmg tak perlu nak kunci2 tu semua..huhu

- Frust betul laa, dah laa panas. Mula laaa keluarkan balik semua skills bukak pintu yg pernah dibuat di kala kt asrama, masa zaman student dulu. Mula2 cari kad..bukak wallet n tengok, kad apekah yg sanggop dikorbankan. Alamak, sume kad bank..n sume kad yg penting. Nak tak nak, akhirnya saya dengan tak berapa rela hati..ambik laa kad ahli Audrey saya tu..huhuhuhu. Sorry laa aweks seksi kt kad tu yg terpaksa digoreskan melalui pintu (iishh, kena pegi Audrey..mintak kad baru..uhmm). Tapi, cobaan itu tak berjaya. Hanya kad Audrey itu sahaja yg berjaya dirosakkan, huhu.


- Next, cara McGywer or siri2 intelligence yg lain. Cari sepit, klip or whtever laa. Bukak beg dokumen sy tu, belek punya belek sampul kecik..yesss, ada klip kertas. Makanya, terpaksa laa dikorbankan klip kertas itu utk dimasukkan ke celah lubang kunci. Godek punya godek smbil dengar (ceh, mcm terer,.,..hahaha)..akhirnya tetap tak berjaya! huu..frust lagik !


- Next, guna kaedah yg pernah digunakan oleh tuan umah saya masa kata Taman Sri Mewah itu. Ambik tukul n ketuk dekat lubang kunci tombol itu. Masa tn umah saya buat dulu, mmg hebatlah,..sekali ketuk, terus berjaya bukak tu. Dah laa siap kuar api..takjub sungguh saya di kala itu. Kali ni, saya pulak try. Ketuk dah sama,..tapi tak kuar percikan api pn?? N sah2 laa memang tak berjaya. Hohoho. Frust nya (di kala ini, Showdown yg tgh battle pn dah tak terlayan.. huhu)

- Next..letih sungguh rasanya. Terus baring ke sofa, layan showdown dulu. Dah laa panas..lum mandi okeh (baju sume n peralatan mandi manda sume dlm bilik air kt dlm bilik tido sy tu..humm). Tiba2 teringat kt jiran sy yg prihatin, sape lagi kalo bukan FIZRY AZMIER yg cute itu,hehe. Terus SMS dia kot2 laa dia ada kekdah lagi hebat nak bukak pintu yg terkunci. Dia terkejut n ckp, patutlah GELAP bilik saya tu.Hahaha :D (comel ajer si fizry ni, hehe. pihatin okeh..haha). Saya hargai laa jasa baik dia bg khidmat nasihat itu..tp masalahnya, sume kekdah yg dia cakap tu sy dah try. Akhir sekali dia cakap "Cik Ila, mungkinkah kunci bilik saya boleh guna untuk bukak pintu bilik Cik Ila?"..hahahaha :D, saya terus gelak dpt sms dia itu. Humm, fizry oh fizry...sounds so cute laa.. hehe. Thanx anyway.. heehe (dlm hati saya, mmg tak mungkin sama..huhu)

- Next, saya pegi dapur..mengemas kt dapur sbb dah tensen kn. Lepas2 kemas kt dapur..tiba2 teringat teknik SUDU yg penah saya guna dgn jayanya utk bukak pintu di rumah lama. Terpaksa laa dikorbankan 1 lagi sudu comel saya itu, huhu. Godek punya godek..tak berjaya jugak. Arghh, letih laaa. Dah laa panas.

- Akhirnya, saya jenguk kt ampaian..ada towel saya itu n ada baju tido itu. Humm, terus gi 2nd bilik air.. mandi guna shower yg tak best tu. Uhmm, lepas mandi terus lepak lagi depan TV. Sebab rasa letih dah nak layan deraan tombol pintu itu. Then, terus layan berSMS mengisi masa lapang. Tgk jam, dah kul 2 pagi. Huh, camne ni??? Akhirnya saya terlelap di sofa depan tv itu. Dah kul 5 pagi..baru terjaga n masuk tido kt bilik ke2. Humm, sib baik cukup lengkap keperluan tido. Humm.


14042011 (Khamis) - Celik mata, alamak...dah kul 8.30 pagi...haih, camne ni?? Badan rasa letih n penat jugak gara2 mengerjakan tombol pintu mlm td tu n sakit jugak sbb telah menghempap pintu itu dgn badan yg keding ini. Hahaha. Bangun tido ngn tensen, sbb sah2 takleh nak gi keje..baju keje sume kt dlm bilik saya yg terkunci tu. Bangun try lagi godek2 tombol pintu itu. Tetap FAILED! huhu

- Kul 9 pagi, hantar SMS kat esyubi, kat cc gayah n kat eo Pn Mala..memaklumkan bahawanya saya terpaksa EL sbb nak menguruskan pintu bilik yg terkunci kt umah. Lepas tu sambung godek pintu lagi..hissh, tensen. Setengah jam lepas tu, esyubi saya reply sms saya tu "Nak tolong buka???".. Humm, esyubi ni serius ke main2??? huhu.

- Lepas tu ada laa insan yg prihatin, tanya keadaan saya pagi itu (agaknya mencari sy kt opis takdek kot??). Dia pn bg cadangan laa jugak. Uhmm, tgh menimbangkan cadangan dia itu. Saya teringat kt incik kontraktor itu, carik nama dlm henpon..huh, sib baik ada. N tima kasih laa kt Incik Faizal dr Farima yg telah memberi solusi terbaik. Katanya, pegi laa jumpa Mantainance..dorang leh bukakkan pintu itu. Yeay!!! Gumbiranya saya...hip hip horay.

- Terus mandi, tp baju nak pakai lak takdek. Humm, kt ampaian ada laa baju kurung..humm, bolehlah. Lepas mandi n bersiap, terus pegi ke pejabat Maintainance itu. Yeay.. sib baik dorang ada. Masa tu jam dah pun kul 11.30 pagi. Dorang kata kena wat report. Lepas setel, saya kembali ke umah n tunggu kedatangan team penyelamat saya tu. Hahaha

- 11.40 pagi, 2 orang budak Maintainance tu muncul dengan 1 beg peralatan McGywer dorang. Terus dorang tunjuk bakat ala McGywer. Waouh, saya pn apelagi..dok tgk laa dorang wat keje..kunun nak blajar laa cara tu. Sekali, dorang pn failed. Hahaha, malu ler tu. Akhirnya, dorang guna kaedah yg paling tiptop ie. menjahanamkan / merosakkan tombol pintu yg ada tu. Punyalah complicatednya tombol pintu itu, dorang pn hampir surrender..berpeluh2 kerjakan tombol tu. Akhirnya, selepas 35 minit..mereka berjaya memusnahkan tombol degil itu n membuka pintu bilik saya. Yeay!!! Lepas tu..mula operasi pasang tombol yg baru. Akhirnya 12.35 tengahari, baru laa siap semuanya.

- Setelah berjaya, terus masuk bilik..ambik my lappy..bukak Fesbuk n terus post kat wall psl kejadian hari ini. Humm, nampaknya saya dah tak masuk ofis melebihi 4 jam. Makanya, mengikut peraturannya...maka hendaklah saya bercuti rehat pada hari itu. Call ofis, bgtau saya terus EL pada hari itu. Hohoho. Sekian, kisah tombol degil yg mendera saya itu. Hehehehe. Korang lak camne?? Pernah alami peristiwa yg sama seperti saya??? Sadis sungguh rasanya kan?? Huhuhu.

Moral of d story : Lepas ni, silalah simpan kunci bilik di tempat yg senang untuk diambil tatkala berlaku kecemasa seperti ini lagi. Hoho

Monday, 4 April 2011

Babai Criminal Minds Team..huhu

Holla frens...!

Hummm..di kala malam isnin ni... saya tengah tengok citer feveret saya di 8TV, apelagi kalo bukan Criminal Minds! Humm, malam ni adalah malam terakhir citer ni untuk season ni..huhuhu. Kalo nak tau saya sangat suka Team FBI dalam Criminal Minds ni okeh. Sume watak saya suka.. sume ada kekuatan tersendiri. Bila tengok citer ni, humm.. saya pun terasa smart macam dorang. Owhh..saya sangat suka untuk kelihatan mcm watak dorang.. looked Profesional n Smart (bijak) with good looking. Huh...

Tapi akhirnya malam ni terpaksa laa saya ucapkan gudbye kt my team ni.. humm, tunggu next season laa pulak nak tengok ejek Hotchner, Prentis, Dr. Reid, Penelope n sumelah.



Walaupun Criminal Minds nih dah say babai kat saya...tapi, saya sangat teruja nak tengok team NCIS baru dalam Season 7... yeay! Tak sabarnya nak tunggu next Monday. Tak sabar, tak sabar n tak sabar....!!! Pasti dengan citer yg lebih hebat n mantap. Citer ni pulak saya suka sebab dia tonjolkan personaliti Orange mcm saya. hehehe. Wat keje ngan giler2 style n sense of humor... but at the same time, keje sume dapat setel dengan jayanya. Uhumm..pendek kata kreativiti dalam melaksanakan tugas lah.. hehe.



Apelagikk yg saya tak sabar??? Tinggal lagi 2 hari ... tak sabarnya. Yeay...akhirnya Showdown 2011 dah kembali! Tis is my favourite show @8TV okeh. Wauh..tak sabar nak tengok battle dorang kali ni. Huh, masih teringat grup favourite saya last season..hoho. Hopefully, 2011 ni grup2 yg lagi hebat muncul..yeah!




Humm.. pehal pun... I want to say luv u 8TV...u're my favourite TV channel ever!! Thanx for d great shows in tis April 2011. Hehehe. Akhirnya dok melekat depan tv tiap malam laa saya.. hahaha. Takpelah, demi citer2 feveret..sanggop!! Ahah...

So frens...what's ur favourite TV show??? Share laa... hehe

Sunday, 3 April 2011

Nasi Ayam ABP..hee



Hahaha...kat TV3 skang ni Usop sotong tengah nak umumkan Bintang Paling Popular ABPBH 2010.."kita bakor jer".. hahaha :D.

Humm..sementara tunggu dorang announce pemenang Bintang Paling Popular tuh.. saya nak bagitau bahawasanya sempena APBBH ni, saya dah buat Nasi Ayam .. haha. Sanggop semata2 nak makan sambil tengok ABPBH.

Wooh.. tu dia dah announce dah... seperti diramalkan...pemenangnya ialah Saheizy Sam..hahaha.. Best...best.. dia mmg lawak sungguh bila berlakon.. I like..!!!! (Sooo, next entry laa saya kongsi mcm mana nak buat nasi ayam tu ya..walaupun takleh laa nak lawan nasi ayam pak lias warisan tu.. hee)

Ni dia Sam pemenang itu.. hehe. Tahniah..!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation