Wednesday, 25 May 2011

Cinta budak sekolah..




Holla frens..
Mesti korang time ni dah slamat tido kan???
saya pulak baru lepas really really late supper..hehe
(lapor banget...nak wat camne..makan ajerlah solutionnya..hee)

Malam ni tiba2 saje saya teringat pasal 'cinta budak sekolah'..
Orang kata 'cinta monyet'... tapi omputeh kata 'puppy love'..
humm.. bukan ke 'cinta monyet' kalo dialih bahasa ke omputih maksudnya 'monkey love'??? haha.. whtever laa...
yg penting definisinya ialah cinta di kalangan budak2 sekolah.. biasanya budak2 sekolah menengah laa kan.. hehe.

Biasalah zaman sekolah, mudah sgt nk crush kt someone..especially kt student2 popular.. humm, dah laa cantek or ensem.. popular laa plak. Memang jadi igauan laa sape2 yg lengkap pakej nya tu..hihi. (err, sy di zaman sekolah pn rasanya glamer jugak,,,hihi,,perasan plak! wakaka.. tp cikgu itu panggil 'si comel'! hihihi ;p )

Zaman sekolah pn saya ada laa 'cinta budak sekolah' ni. Mula2 jual mahal..akhirnya menjadik jugak..hihi.

Sebenarnya kan.. skang ni baru sy perasan (*sedar)...sebenarnya, 'cinta budak sekolah' itu tulus. Takdek maksud selain betul2 fresh crush kan?? Ikhlas tanpa ada niat yg lain2 mcm 'cinta org dewasa' nih. Humm...bila dikenang balik, memang sonok!

Oh ila.. kenapa tiba2 flashback zaman sekolah tu???
Humm....tp mmg, zaman sekolah byk kenangan yg sonok utk dikenang.

P/S : Psst... korang, ada tak 'cinta budak sekolah' yg korang masih kontek smpai skang?? mybe as fren???

Tuesday, 24 May 2011

Tak pandai nak majuk..



Lately nih saya mudah betul terasa hati..mudah betul nak majuk2..humm, mudah sangat rasa sensitif..huhu.

Tapi biasanya perasan tu muncul bila malam sebelum nak tido..
Takpun dari pagi sampai laa tengahari...
Pastuh mesti hasrat nak majuk n kecik hati tu hilang..
Takpun kalo ianya terjadi dari pagi smpai petang.. mesti malam dah tak jadik..

Humm...perasaan tuh jadi pulih sndiri..
Iya ke?? Menciklah bila kunun2 nak majuk or kecik ati or marah skit2 tu tak menjadik.

Kerana ape??
Kerana hakikatnya..alamak, saya memang tak pandai nak majuk or marah lebih2 .. huhu
Sebab kalo ada perasaan majuk or marah or kecik ati or sensitip bagai..humm, alahai rasa tak bestnya hari.

Dunia yg tidak ceria adalah dunia yang tidak best..
Biarlah hidup seharian ceria...skit2 episod hati yg vulnerable tuh..humm, biarkanlah.
Haruss ceria sentiasa ila.. harusss!
(ayat sentiasa memujuk diri sendiri)

Sunday, 22 May 2011

Pretty Little Liars.. uhumm

Holla frens...

Pernah dengar pasal Pretty Little Liars??
Humm, orang kata inilah dia citer 'Desperate Housewives'for teens.
Citer Desperate Housewives tuh kan citer feveret saya..
So, citer Pretty Little Liars ni pun dah mula menarik perhatian saya.


Ahah, kalo dalam Desperate Housewives; kita ada 4 orang housewives yg best ie Lynette, Gabby, Susan n Bree... dalam Pretty Little Liars pulak kita 4 orang remaja yg semuanya cun n vouge gitu ie. ada Spencer, Hanna, Aria n Emily (n of cos saya paling suka Aria yg comel itu...suka sangat!).

Kalo dalam Desperate Housewives citer asalnya adalah berkenaan misteri pembunuhan Marie Alice, dalam citer Pretty Little Liars ni pulak pasal misteri kehilangan best fren dorang nama Alison yg ropanya mati dibunuh. Humm, best..best.tak sabar nak tunggu next episode.

N baru saya tau, rupanya Pretty Litle Liars ni ropanya adaptasi daripada novel2 tulisan Sara Shepard. Humm...tiba2 jer rasa nak pegi cari novel bersiri itu. huhu..haruss!




Tadaa...inilah dia 4 watak yg comel, cun n vouge!

Pengsan tak hengat di hari sabtu..

Holla frens...
How are u guys???

Hari sabtu ni, saya terpaksa membatalkan semua program hari sabtu ni..hohoho.
Semuanya gara-gara saya yang pengsan tak hengat di hari sabtu ni..dari pagi sampai laa ke awal malam ni..huhu. Sesudah subuh, saya tertido lagi... Kul 9 pagi terjaga, tapi tertido lagi. Pastuh bangun dah tengahari..nak mandi, leh pulak tertido lagi..huhuhu. Dah lepas mandi..smayang zohor sume, lunch time. Lepas makan, tertido lagi.. Bangun, bukak TV..tertido lagi depan TV. Humm..ambik my lappy, online fesbuk..tgh2 fesbuking..leh tertido lagi. At last kul 6.30 ptg baru laa betul2 terjaga yg sebenarnya. Huh, mmg parah laa 'pengsan' kali ni..huhu.

Kenapa pulak saya boleh pngsan di hari sabtu nih?? ahah..itu yg jadi persoalannya.
Mestilah bersangkut paut dengan aktiviti hari jumaat itu..huhu.

Hari Rabu-Jumaat saya out station ke port dickson..tiba2 last minute kena gi kursus audit dalam itu, memang kacau laa program saya. Kalo dah kursus, sah2 la waktu malam kena kacau, masuk kelas .. siap ada asainmen bagai, humm tak cukup tido dibuatnya. Lepas org solat jumaat, bertolak balik dari PD ke putrajaya sebab dapat arahan suh masuk ofis (huu..malas tul!!). Sampai ofis dah kul 4, roger member dlm miting tu..dia kata takyah masuk laa sbb miting dah nak abes. Yeay..gembiranya. Terus balik ke umah sebab rasa penat sangat. Sebelum balik sempat ler ke warisan menapau Kue teow n mihun sup sebagai bekalan tenaga untuk malam.

Sampai umah dah kul 5 ptg, mmg rasa harus tido owh..penat sangat! Akhirnya tido, dekat kul 7 baru ler terbangun. Bangun jer lapor banget, terus makan dengan lajunya (sib baik dah tapau..kalo nak masak, mmg tak sempatlah). Makan laju, mandi laju, smayang maghrib pn laju, bersiap lagi lajuuu, on d phone pn cakap laju2 jer .. n plg penting drive keluar pn ngn amat lajuuuu.. dah mcm fast n furios gayanya..haha!

Nape kes sume laju?? Ahah, mestilah kena rushing sbb kul 8 mlm dah kena berkumpul kat Bowling Alamnda tu, ada tournament b.p.s.m laa. Walaupun penat, tetap laa kena pegi dgn jayanya. Tahun lepas sayalah juara, nmpak gaya kali ni mesti tak dapat pertahankannyalah..penat owh! Antara gambar2 nya ialah :




Uhmm, inilah dia 'social team' di lane 5 - 6 malam tuh. Dengan big boss, kena laa main tahap biasa2 sajer (hahah, alasan!!)

Lagi aksi posing oleh ahli Lane 5-6, ai biasalah merah membara gituu..hee

Main bowling tak hengat, kul 10.30 malam jugak la baru abes. Sonok sangat, sbb kitorg betul2 konker itu boling dari Lane 1 sampai Lane 10. Memang betul2 havoc!! Mana taknya pemain jer dah 40 orang, tambah lagi ngn ahli keluarga..memang meriah abes lah! chayok..! We're d team members ever..!

Memang sungguh penat laa main boling tuh n of cos lapar balik!! Lepak makan kt McD sampai 11.20 malam. Lepas tuh berlari ke pawagam laa pulak, sebab 11.30 malam my favourite movie is wating for us..yeay!! Kali ni, tengok 3D hokeh.

Kapten Jack Sparrow, Angelica, Blackbeard n of cos laa d beautiful mermaids tu tarikan utama. Citer ni memang bestlah! tak sia-sia berjaga malam ni, hehe.

Akibat sume aktiviti2 hari jumaat di atas, saya telah tido malam pada jam 3.15 pagi sabtu.Humm, begitulah kisah di sebalik saya yang pengsan di hari sabtu tu. Mana tak penat kalo dah itu aktivitinya kan. Tak pasal2 dapat gelaran keluang woman lak dlm fesbuk hari ni..hehe. (alaaa...dah lama tak late nite show camnih,..okehlah kan? huhu)

Oppsss, saje nak tunjuk jugak..
Last week saya gi main boling jugak, tapi..kat Midvalley. Bersama ngn geng2 K.I.M.U..itu pun layan jugak! thanx guys sbb tak lupakan saya.. kui, kui. Enjoy!


Okeh itu saja kisah dalam entri kali ini.. jumpa lagi.



(huh, saya berharap sangat saya akan blogging lebih kerap..i wish okeh!)

Sunday, 15 May 2011

Setelah lama tidak blogging..

Holla frens...

Humm.. dah petang ahad ni, rasa mcm malas nak gi mana2.. nak lepak umah jer..
Pastu teringat lak dah lama tak blogging kan.. uhmm..

So, sempena rajin blogging hari ni..
Saya just nak tunjuk ape yg saya rajin masak untuk weekend ni.Ahah!

Semalam...sabtu, 14 Mei 2011 :


Taraaa, tema semalam adalah jagung okeh. Untuk menu minum malam pada hari semalam, saya buat bubur jagung n cucur jagung. Memang best bila lama tak makan nih. Patutnya, buat untuk minum petang..tapi, dari pagi sampai ke petang..saya outing laa plak hehe. Teringin punya pasal...minum malam pun jadiklah.. hehe.

Hari ini, Ahad 15 Mei :


Humm, hari ni pulak teringin laa sangat nak makan nasik dagang. Makanya saya buatlah nasi dagang n gulai ikan tongkol. Owhh, gembiranya saya. Selepas lama teringin nak buat nasi dagang..akhirnya saya berjaya jugak buat. Niat nak buat nasi dagang dah lama terbengkalai sebab takde beras nasi dagang tuh. Kalo nak beras tu, jawabnya tunggu beli kt kelantan ajerlah..hoho. Nak kirim kt orang pn, sapekah??? Akhirnya, hari ni saya buat nasi dagang style terengganu punya..beras siam campur dengan beras pulut. Yeay... berjaya!! Sukanya.. uhmm, nasi iti sgt la sedap.. makan begitu sahaja pn nyummeh. Yeay.. bangga pulak rasanya setelah berjaya membuat pembaharuan dalam membuat nasi dagang kesukaan saya nih. Suka memang laa suka, tapi...takleh laa makan selalu..haha.

So, korang lak ada suka wat mcm2 mcm saya di hari minggu ni???

Friday, 6 May 2011

Kisah seorang adik yang.... *oppss*

Holla frens...!

Walau pn skang ni saya masih idup dalam chaos... kunun hidup super duper busy.. tapi, tak kira! Malam ni saya mesti blogging utk new entry... harusss. Tiba2 tadi saya dapat 1 idea penceritaan. Hihihi

Untuk makluman semua, saya ada seorang adik lelaki...kat umah saya panggil dia abe Mat, nama glemer dia kt fesbuk Mat Cairo Cronik (ntah hape laa motip nama fesbuk dia tu, sy pn tak tau..hehe). Dulu saya stay single saje..dok umah pn sorang2. Sejak dia dh graduated n dapat keje lak kat Puchong..dia dok bersama kakaknya nan seorang ni ..tak lain tak bukan sayalah orangnya...hehe. Pejam celik, pejam celik.. dah setahun rupanya dia dok bersama ngn saya. Uhumm.

Adik saya ni ada satu yang kelakarnya. Kadang-kadang ada kawan2 dia suka add sy as fren kat fesbuk tuh. Bila saya approved kawan2 dia sbg fren (atas dasar mutual frennya adalah adik saya),,, adik saya nih mesti marah kawan2 dia tu. Dia marah kawan2 dia yang request nak add saya as fren. Dia siap warning kawan2 dia, jangan coba2 nak komen2 kat fesbuk saya. Hahahaha :D.

Adik saya ni ada ramai kengkawan. Ada sekali tu, dia terpaksa bawak balik kawan kat umah sbb kawan ofis dia tuh dah takde tempat lain nak dituju. So, saya sebagai tuan umah bagi laa pengecualian kpd dia untuk bawak membe balik umah saya ni (almaklumlaa saya ni masih single lady okeh...not married yet, so..bab2 bawak geng ke umah ni, saya mmg sgt strict!). Bila hari tu dah datang umah, besoknya tup2 kawan dia ni add sy as fren. Oleh kerana budak ni dah penah datang umah, saya accept laa as fren. Bila adik saya tau, mmg dia warning kawan dia tu..jgn lebih2. Hahaha :D.

Pastuh, yg terbaru ni..ada lagi kawan dia yg add saya. Saya pn tgk mutual fren ialah Mat Cairo, saya accept la. Pada satu hari, saya terONLINE chatting function kat fesbuk (biasa saya biarkan OFFLINE sbb tak suka nak chatting bagai ni). Budak yg merangkap kawan adik saya nih terus menyapa saya... yg tak tahan mengAYAT tuh...hahaha. Saya tak reply pun, just pandang jer dia mengAYAT. Ropa2nya... budak tu ingat saya nih adik kepada Mat Cairo! Hahahaha, terus saya tergelak *pengsan mode*. Patutnya beria dok add saya, nak mengayat ropanya...yg kelakar sy nih dia ingat muda belia...hihihi. Terus saya citer kat adik saya si Mat Cairo tu...dia pun gelak.. hahaha :D. Adik saya cakap, siaplah mamat tuh...mmg kasanova sejak zaman universiti. Hihi.. Lawak laa pulak bila ingat dialog budak tuh "Hai adik mat cairo!" ---> Hihihih, mmg sangat lawak pada saya. *pitam*

Uhumm..uhummm. Wauh, adakah saya kelihatan begitu muda belia di pandangan mata kawan2 adik saya??? Ahahaha.. memang kelakar.

Pastuh adik saya nih kunun hensem banget. Pastuh budak2 ofis dia ramai yg minat dia.. kunun dia tu seiras si Shahir juara AF8 tu...wakaka :D. Humm, makin perasan laa adik saya nan seorang nih. Bila adik saya ni letak gambar2 dia bersama saya kat Fesbuk, mesti aweks tuh sume ingat saya ni gilfren adik saya. Wakakaka...sekali lagi *pengsan mode*..hihi! Puas laa adik saya dok menerangkan siapa saya. Wauh,..wauh..sampai begitu sekali. N adik saya nih jugak mesti tensen kalo jalan ngn saya, sbb aweks tak berani nak ngorat.. ingat saya nih gilfrennya. Hahahaha ;D.. sungguh sonok mengenakan adik saya itu. Hehe.

Alamak, panjang pulak entri pasal mengutuk adik saya ni. Wahai Mat Cairo, mintak mahaplah yer sbb menjadikan kamu sebagai subject matter dalam ini cerita.... Hehe. Jangan marah... wakaka :D.

Uhumm, ini gambar saya bersama adik saya si Mat Cairo di hari konvokesyennya pada Oktober 2009.

Ahah, ini pulak beliau yang dimaksudkan dalam ini cerita..salah satu profile pic nyer kt Fesbuk. Hihi ;P (Hensemkah beliau??? Confused, part mana yg sama ngn Shahir AF8 tu? Ahahaha....;D )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation