Tuesday, 5 July 2011

Uhumm.. Chicken Boxing

Holla!

 

Ada tak sesapa berpuasa ketika ini??

Kalo yang perempuan memang ramai laa berpuasa kan, almaklumlah setiap bulan mesti laaa ada time keuzuran tu

Walau pun orang kata ada pil untuk tidak uzur, tapi..rasanya baiklah kalo kita ni kekalkan yang alami, tul tak??

Kalo lelaki posa sunat tu bagus.. jgn cakap ada lelaki pn uzur tak bertempat..hoho.

So, sape2 yang masih belum ganti posa tu atau pun lupa dah ganti ke belum, meh laa kita berpuasa...sempat lagi, ehehe ;P

 

Petang semalam bukak posa, saya buat chicken boxing okeh!

Hehe..akhirnya home made chickin boxing in da house! Yeay.... :D

Hummm.. senang sangat laa buat chicken boxing tu wahai kengkawan.

Rangup n nyummeh..

 

Bahan perapan ayam

6 kepak ayam (chicken wing)

Serbuk lada sulah

Serbuk lada hitam

Serbuk cili / paprika

Sedikit garam

Sedikit bawang putih yang ditumbuk halus

 

Bahan salut ayam

Tepung kentang (potato flour)

Sebijik telur ayam (dipukul)

Serbuk roti (bread crumbs)

 

Bahan sos

2 sudu mayoness

2 sudu sos cili

1 sudu sos tomato

(*Semua bahan dicampur dan digaul sebati & sedia untuk dihidang)

 

Kaedah memasak

1.       Yang pertama penting ialah skills menjadikan chicken wings itu kepada boxing chicken,,(wachaa..dush..dush). Senang saje, patahkan tengahnya n tarik ke bawah hingga berketul, buangkan tulang yang kedua itu. (senang kan??)

2.       Chicken wings tuh diperap dgn semua bahan perapan buat seketika (nak cepat, 15 minit pn dh ok)

3.       Kemudian, celup ayam satu persatu dalam potato flour, kemudian celup dalam telur dan akhir sekali celup dalam serbuk roti.

4.       Gorengkan semua ayam itu dalam minyak yg panas (pastikan api jangan terlalu besar..nanti ayam tak cukup masak)

5.       Bila dah garing dan berubah warna keemasan, angkat dan toskan.

6.       Hidangkan bersama sos yang telah dibuat tu.

 

 

So kengkawan, camne? Senang kan nak buat chicken boxing ni? Heheh.

Next acara memasak saya ialah chicken boxing jugak tapi style lain pulak okeh.

So.. tunggu......

 

Till then, chow n adios.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation