Sunday, 20 May 2012

Ayam Penyet in da house ... !!!

Haluuuu kengkawan...especially my officemates tuuu...
Kalo kat ofis tu, geng2 tu sume memang peminat Ayam Penyet Wong Solo
Kalo lama tak pekena, memang resah laaa... harus pegi pekena, hahaha :D. Tul tak???
Bab kata Fizry...kitorg ni adalah penyumbang keuntungan kepada Pakcik Wong tu, hee

Saya plak cam biasalah, kalo dah suuukaaaa sangat kat satu2 makanan tu....
Haruss laaa saya carik resepi n mesti laaa nak try buat sendiri.
Haaa, bukan ape ... kalo laaa tiba2 teringin nak makan time tengah malam ke, takpun tiba2 kedai tu tutup ke... boleh laa buat sndiri kan... heee ;P
Paling utama, kalo dah pandai buat tu... leh laa jamu famili n kengkawan kat umah, ahah!

So, tadi luncheon....saya dah selamat buat Ayam Penyet... hooo
Actually, saya dah banyak kali buat ayam penyet tu kat umah
Cuma kali ni, saya nak tunaikan janji kat kengkawan.... share which recipe of ayam penyet that i used, hee espcially d nyummy sambal!! Sharing is caring rite.

Sebelum saya share resipi tu, jom tengok hasil Ayam Penyet in da house itu.... :)

Sebelum makan,... mari menghidang dulu...... *nak jugak deko2 yg comel...hee*

Close up ropa ayam penyet...nampak kriuk2 yg rangup tu?? Lagi sedap kalo dapat ayam dara macam kat kedai jual tu kan, baru laa dagingnya lembut n manis..


Close up terung sambal... terung ialah sayuran feveret saya espcially terung sambal bilis tu, nyummeh
 Ini yang paling mahal dalam set ayam penyet...apelagikk, sambal itu lah. Kalo sambal sedap, maka sedaplah hidangan ayam penyet tu. Humm, bila buat sendiri... baru tau nape sambal tu sedap n cantek warnanya. Kalo nak tau, penggunaan gula merah dalam resepi sambal ni menimbulkan satu rasa yg sedap n warna yang cantek. Try laa buat kengkawan, mesti uols suka! Homemade sambal, finally is yours....tul tak?

Last but not least, masukkan dalam pinggan. Sebelum ngap, harussslah ambik gambar lagik. Hee

Perut memang kenyang sangat bila dah makan sepinggan nasi ayam penyet ni. Hoho

Dan seperti dijanjikan dalam ruangan Jom Masak saya sebelum ni..
Saya nak share kat sini resepi Ayam Penyet yang saya rasa paling similar tu ayam penyet wong solo itu *just my opinion la! sebab, agak lama jugak laa saya search resepi terbaek utk buat ayam penyet ni... heee*

P/S : Harap2 uols yg rajin masak tu suka resepi ni... haiittt! Credit to www.resepi4u.com for d best recipe!


Resepi Ayam Penyet

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara masak :
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara Masak :
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Untuk Sup-
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tahu Goreng-
2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Selamat mencuba.

6 comments:

  1. salam ilass... nk tanye gula merah tu pkai banyak mana? nk try resipi ilass ni..

    ReplyDelete
  2. wsalam... tQ sudi singgah ke belog ilass.
    gula merah tu pakai yang bentuk gula pasir tu ya. 3 sudu besar dah cukup.
    Sedap sambal dia nih. cubalah!

    ReplyDelete
  3. sambal sedap tak kalau makan dgn nasi putih..

    ReplyDelete
  4. sambal tu kalau makan dgn ulam dgn nasi putih sedap x?

    ReplyDelete
  5. sharifah azwa : thanx singgah belog ilass. Sambal tu memang sedap. Boleh aje nak makan ngan nasi putih biasa n cecah ulam. Tapi, kalo makan dengan ayam goreng lagi sedap.

    ReplyDelete
  6. wahhhh....terliur dah ni. harini nak buat la tuk buka pose nt..:)

    ReplyDelete

Ada nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation