Friday, 22 June 2012

Late nite cooking : Rojak Tauhu

Holla frens..

Those yang geng fesbuk saya, mesti dah tau hasrat saya sejak hari isnin lepas..
Nak buat Rojak Tauhu.. nyumm ..nyumm
Tapi,... dari hari Isnin sampai Rabu... banyak sangat agenda makan2 yg lain...
Sampai tertunda hasrat nak buat Rojak Tauhu yang diidamkan itu.. hummm

Akhirnya malam tadi, pada jam 10.30 malam.. akhirnya i made it!! Yeay...
Dah tengah malam buta baru ler teringat nak buat, leh makan sambil tengok TV n surfing d net..
Humm, sekejap aje nak buatnya pun.. very simple to prepare... but, asa usual it's yummy!

Inilah dia my homemade Rojak Tauhu.. simply delicious!! Rojak ni kombinasi tauhu goreng, keropok ikan goreng, taugeh, timun n kuahnya yg nyummeh..

Actually, saya buat menu ni ikut Resepi dari Rubiah Suparman, alaa.. pelakon dolu2 tu..
Menarek sangat bila tengok dia buat kat Restoren Puteri miliknya itu... dalam rancangan Nona last week.hoho..

Tapi, untuk entri ni saya just nak share resepi yang saya ambik dari http://maklangzainab.blogspot.com. Humm, resepi ni mcm best. 


Bahan-bahannya :
8 keping tahu, digoreng
1 biji timun, dihiris
250 gram tauge, bersihkan

Bahan untuk kuah :
300 gram kacang tanah, digoreng ]
10 biji cili padi ] ditumbuk halus
3 ulas bawang putih }
¼ cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 sudu teh kicap
3 sudu besar petis
½ cawan air Asam jawa sebesar
Sedikit garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
  1. Gaulkan bahan-bahan yg ditumbuk halus dengan gula merah, gula pasir, kicap dan petis hingga rata. Masukkan air asam dan rasakan.
  2. Tahu dipotong nipis, timus dihiris. Susun cantik dengan tauge dan hanya tuang kuah bila mahu dimakan.


Uols pun leh try, simple sangat...

P/S : Teringat rojak feveret saya zaman kecik2 dulu, dia ada mee kuning, ada ayam, ada cucur udang, ada keropok... hoh, best sangat!! *Teringin laa plak*

No comments:

Post a Comment

Ada nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...