Wednesday, 29 February 2012

Swimming n Roti Boom...ape kaitannya??

Gambar rotiboom yang dicedok dr enjin carian pakcik google...

Roti Boom seperti gambar di atas adalah satu makanan yg lazat apabila pembuatnya pandai membuatnya jadik nyummy n best..
Ape kaitannya dengan swimming???

Hoh... malam selasa ialah malam saya gi swimming lalala....
Dah mcm itik jadiknya ke sana ke mari di dalam kolam itu..hehe

Malam tadi saya berenang dekat sejam jugak laa sementara menunggu si CK yang kata nak join itu..
tapi akhirnya dia hanya berjaya meng'itik'kan dirinya selama 10 menet sahaja.. hahha :D

Abes berenang, CK ajak saya lepak2 makan... lapar katanya..
Okehlaa saya pn layan ajerlah... menuju ke Haji Tapah..

Hummm... tiba2 teringat dah lama tak makan roti boom.. roti canai... n segala mcm roti yg ditebar2 itulah...

Berenang kan satu aktiviti yg memang menyebabkan kita letih n rasa nak tido jer...
Bila dah pekena roti boom.. hummm, mmg alamat laaa...
Tapi,,,,seriusly... roti boom itu mmg lazat laaa.. tak cukup seketul owh... hehe

Bila lepas swimming , pekena roti boom... makanya malam tadi, sampai umah... terus tertido dengan jayanya.. hohoho...
Humm....tak sempat nak layan blogging n fesbuking... huhu

P/S : Malam ni pun melayan kepenatan lagi... yeah, bowling time bebeh!

Tuesday, 28 February 2012

Penangan lagu MEK; Weh Weh Wok... owh tidak!!

Waoh, unbelievable..!!! Sungguh tak ku percaya .. hoho.
Gara-gara citer MEK tu, mmg sungguh penangannya tau tak..

1) Lagu Weh Weh Wok tu dah macam bhantu oiii...

Otak saya dok teringat2 kat lagu tu, itu yg sanggup google kat youtube dgn gigihnya. Akhirnya jumpa, Yess! Dah jumpa tu satu hal laa pulak, bila dah haplod kt belog ni...kejenya asyik dok ulang dengar laa plak!  Hari ni seharian kat opis saya dok pasang lagu ni jer.. hahaha. Mintak maap laa wahai fendy...mesti awak pun lalok dengar lagu yg saya pasang nih kan??? haha, sabar ajerlah.
*humm, mesti fendy pelik.. saya bukan stakat dengar n nyanyi yg mana reti...plg tak tahan siap dok gelak, hahah* Serius owh,, lagu ni memang klakar...
Paling klakar sebab ada rapper tu weyh... hihi

Ingatkan bila dok depan pc / lappy jer saya leh ternyanyi2 *humming jer pn, sbb melodi dia catchy n menarek*. Ropanya kan, dok dalam keta drive pegi n balik keje pn dok nyanyi2 melodinya tu.. haha. Siap tak pasang radio / dvd dlm keta tu sbb nak humming lagu ni nyer pasal..  hahha.
* Kalo mama saya tau, mesti dia pelik.. apehal laa anaknya ni tiba2 kemaruk dengar lagu dialek kelate, haha*

2) Waoh..belog saya tiba2 hot tau!

Bila tengok statistik belog saya, halamak..tiba2 kaget, terpana n kagum sbb tiba2 hits hari ni sampai 200 lebih owh. Hoho, terharunya ai.. Ropanya sume sebab entri saya pasal drama MEK ni. Bila diselidik, ropanya ramai yg google carik lagu MEK. Hahhaa :D. Best kan???

N hari ni, entri MEK ni tiba2 dah jadi 3rd ranking dlm list 10 hot entries saya, kalah entries lama tu, ahah.


Hahaha..gitulah betapa berhantu nya citer MEK ni.
Tak sangka drama MEK yg klakar n sempoi lakonan Remy Ishak n Nur Fathia ni ramai yg suka...walaupun ditayang kat TV1, hihi. (Skang kan mana laa ada orang nak layan sangat TV1.. err, termasuk laa saya ni, hihi)

P/S : Syok kan bila ramai yg tiba2 jenguk belog kita. N ada pulak geng bloggers yg terus add kita kt fesbuk. heee *motivasi nih..hip hip, chaiyok ila*

Sunday, 26 February 2012

Drama MEK ..haha, lawak



Malam tadi sebenarnya dah nak tido awal..
Pegi ruang tamu kunun2 nak tutup TV, sekali tertekan TV1
Masa tu tengah on drama lakonan Remy Ishak n Nur Fathia... mcm pelik plak sbb scene masa tu masing2 tengah kecek kelate.. hahaha
Boleh bayang tak camne Nur Fathia yg jelita tu n Remy Ishak hero pujaan malaya tu kecek kelate??
Hahaha.. memang lawak laa..
Terus tak jadi tido saya ni tau...

Ropanya citer tu tajuk MEK..
Mek tu dilakonkan oleh Nur Fathia tu laa... memang sesuai laa watak dia jadi org kelate; putih, lawa n lemah lembut.. hihi.
Scene citer ni kebanyakanya di Pasar Siti Khadijah n di Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Yang paling menarik perhatian saya ialah scene Remy n Fathia kat sawah padi, di bawah pokok kelapa.. nyanyi lagu 'Weh wek Wok'.... seriusly, inilah first time dengar lagu dialek kelate ni.
So cute laa bila dengar lagu ni...tengok pulak gaya Remy n Fathia tu.. hihi.
Apapun uols cuba laa dengar lagu dlm youtube tu, comel n kiut kan..
'Weh weh wok' kalo ditranslate maksudnya 'hey awak'... hihi

Humm, rasanya inilah first time saya tengok drama Melayu sambil tersengih dari awal hingga akhir.
N dah akhir citer tu, lagilah bertambah sengih. Nak tau nape??
Haaa.. sebabnya lokasi drama tu ialah di kampung tanah tumpah darahku.. satu kampung di daerah Pasir Mas...hahaha
*tiba2 rasa bangga, sebab chantek lah tempat tuh... hihihi*

inilah dia nur fathia sebagai MEK .. hehe, comel kan??


P/S : Hoh, nape ai mcm baru sedar di sekeliling kampungku banyaknya sawah padi yg chantek menghijau.... humm, next balik kg nak ambik gambar banyak2 laa..hee.

Ohoii..mana nak cucuk ni???

Hari sabtu ialah untuk rehat2 kan otak n badan..
Tapi, pagi tadi terpaksa bangun pagi2 buta mcm nak pegi opis mcm biasa..
Sebab?? ahah, sekali lagi siri OBB muncul..

Masa lunch time, saya bukak citer psl segala macam katun / anime feveret all d time..
kuarlah ninja turle, moero attack, dragon ball, shin chan, komik hongkong alam perwira n mcm2 lagilah
huh..nostalgia beb bila ingat2 balik katun2 kesukaan kita tu..

Dah abes lunch, masuk balik kelas..
Kunun dah mula nak start serius utk bkerja dgn tekunnya..
Terus saya kuarkan external harddisk saya tu, yerlah sume maklumat dlm tu.

Sekali, bila tgk kt PC monitor..takdek laa tempat cucuk USB..
Dah puas pusing monitor tu n belek atas bawah depan belakang, port USB takdek laa. Camne wei??
Dah give up terus saya bertanya dgn kuatnya, "incik daniel....kt mana saya nak cucuk  ni?? takdek pn port???"
Sekali en daniel jawab dgn nada tensen, "kat bawah tu laa cucuk"...
Pastu sekali ngn satu kelas gelakkan saya, siap cakap "hey ila, org kampung mana ni?? dah tak tahu nak cucuk kt mana. Itulaj...katun lagi...hahaha"

Hahahaha , saya terus bantai gelak.
Ropanya PC tu masih guna CPU saiz besar dabak tu.... !
Huhu, manalah saya perasan. Hey uolsss, PC saya kt opis adalah flat screen n CPU compact dekat screen tu. ...hoho.

Hahaha, rasa macam pelik pulak bila cucuk USB dekat CPU besar yg berada di hujung kaki anda. hihihi ;P

sila lihat gambar di atas : nampak kan CPU di kaki anda?? hahaha ... naseblah, hihi


p/s : moralnya, kena pegi opis di kala hari sabtu mmg menderakan jiwa laaa .. nak cucuk USB pn dah tak reti...hahaha :D

Saturday, 25 February 2012

Orang Melayu tidak peduli?

Orang Melayu tidak peduli?

Saya ingin menarik perhatian ramai mengenai sikap orang Melayu sekarang yang sudah tidak peduli, tidak mahu ambil tahu, tidak kesah, tidak ambil 'pot' sehingga menyebabkan mereka ketinggalan dalam banyak hal.
Apa yang berlaku amat menyedihkan kerana ini akan membuat kita akan terus ketinggalan ke belakang. 

Banyak contoh depan mata dapat kita lihat, malah tabiat ini lebih terserlah diamalkan generasi muda kita:

* Sebagai warganegara mereka tidak peduli mendaftar untuk mengundi, tidak kesah dengan hala tuju negara.

* Tidak peduli dan ambil tahu apa yang berlaku, malah ramai tidak membaca untuk mengetahui apa berlaku di sekeliling, banyak masa dibuang di talian internet, malah mudah untuk mempercayai apa terdapat dalam pengisiannya, tidak kesah dan ramai percaya serta menerima isi kandungnya bulat-bulat.

* Tidak peka dengan persekitaran di mana mereka berada dengan membuang sampah merata-rata selepas ada sesuatu majlis, pesta dan ceramah.

* Tidak peduli dengan peraturan dan undang-undang ketika memandu, menunggang motosikal, contohnya apabila sampai persimpangan lampu isyarat, ramai melanggar lampu merah, malas hendak tunggu hingga hijau. Kejadian ini terjadi di merata-rata tempat di Malaysia.

* Tidak peduli anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen di kampung dan ke sekolah, malah tidak peduli memakai topi keledar untuk menjaga keselamatan diri.

* Ramai yang tidak peduli dengan penjualan tanah milik orang Melayu di kampung dan juga di pekan kecil kepada bukan bumiputera. Orang Melayu di pejabat tanah tidak peduli tanah tergadai. Ini berlaku di seluruh Malaysia.

* Tidak peduli membiarkan anak-anak yang sepatutnya bersekolah mengutip derma atas nama masjid, madrasah dan sekolah tahfiz. Mereka sekarang ini terdapat di R & R, stesen minyak, depan bank, pintu pasar raya, malah sekarang ini disediakan resit. Mereka ini mengutip derma hingga tengah malam.

* Tidak peduli dengan iklan haram jual ubat kuat, pinjaman wang ah long dan iklan jual rumah oleh ejen haram, iklan urut juga sekarang ini terdapat merata-rata, tidak ada tindakan, siapa kesah?

* Tidak peduli dengan kedatangan ramai warga Afrika atas alasan belajar dan melancong, siapa peduli mereka sudah mula berniaga di jalanan dan malah membuka salon rambut dan barangan keperluan mereka di pasar raya.

* Tidak peduli berpolitik sehingga sanggup mengadai agama Islam yang suci demi untuk berkuasa di dunia ini.

* Tidak peduli, sanggup memberi sokongan kepada Israel kerana untuk kuasa.

* Bangsaku tidak peduli hingga sanggup menjual Islam dan maruah untuk kuasa dan wang. Bangsaku tidak kesah apa yang dia kata dulu hingga mengkafirkan orang.

* Tidak peduli dulu Negara Islam sekarang Negara Kebajikan, apa kesah kalau boleh ke Putrajaya bersama-sama pihak terang-terang anti Islam.

* Tidak peduli dangan fitnah, caci mencaci bangsa sendiri di hadapan bukan Islam asalkan dapat sokongan mereka untuk menang.

* Ada mahasiswa universiti yang tidak bersyukur dengan sumbangan yang diberikan untuk menimba ilmu, malah ada yang tidak peduli sanggup baring di atas jalan dan berdemonstrasi.

* Tidak peduli tanah di bandar dan pinggiran pekan dijual dan tidak kesah bangsaku terus hilang dan tinggal jauh dihujung kampung.

Ramai bangsaku yang masih tidak peduli, mereka terlupa apa yang terjadi hari ini akan dihadapi oleh anak cucu kita nanti. Pandanglah jauh ke depan demi agama, bangsa dan negara

Artikel ini saya ambik daripada ruangan Forum Utusan Malaysia.
Untuk  renungan bersama. Renung-renungkan.

Friday, 24 February 2012

Panduan Kempiskan Perut, Peha



Ahah, saya suka nak share nasihat daripada Kevin Zahri ni..

Ingat ya... aktiviti kardio semata2 seperti joging, sit up, dll exercise itu tidak akan berjaya untuk membuang lemak.
Paling penting, adalah mengawal diet seharian; pastikan kalori masuk adalah kurang daripada kalori keluar.. so that, lemak2 di bahagian badan akan dapat dibakar.

Jom kita dengar video Kevin Zahri ni untuk dapatkan body yang chantek dan diidamkan. Uhumm..

Thursday, 23 February 2012

Korang pn gatal ek??

(Gambar hiasan : Ehsan pakcik google..makacih)

Soalan malam ni.
Korang pun gatal ek??
Waoh..soalan tak hengat kan?? hihi
jgn marah dulu..
Ini serius nyer pertanyaan tau..

Lately ni selain berenang, saya rajin laaa bersenam n berlari2 anak n wat sit up.
Selalunya kan, bila dah lepas bersenam n lepas berlari2 tu kan..mesti saya rasa gatal yang banget!
Pastu mulah tergaru sana tergaru sini..
Tapi garu menggaru itu biasanya di tempat unwanted lemak laa..
Cam kat perut, kat peha ... memang gatal lah.

Sebenarnya kan,.. gatal2 tu orang kata itu tanda lemak2 badan kita dipecahkan akibat aktiviti senaman kita.
Itu maknanya lemak2 tuh berjaya dipecahkan n seterusnya akan disingkirkan.
Humm.. begitulah! Betul ke uols??

Errr.. jgn cakap saya sorang jer rasa gatal camtuh.. haha
(so far, org2 lain pn mcm tu jugak laaa.. hohoho)

p/s : kalo swimming, takdek laa rasa gatal2 .. rasa lapar n nak tido dgn jayanya adalah.. hihi

Lawak mat saleh...

Pagi tadi saya ada miting yg serius....
Serius tu maknanye dgn bosses2... n sy cam biasa merangkap s/u mesyorat itu..

Sekali terkeluar pulak kisah lawak mat saleh datang mesia... hahaha :D

lawak 1 :
Sorang mat saleh dihidangkan dengan sekeping capati yg di atasnya diletakkan kuah2 dhal dll tu. Sekali mat saleh tu makan sume kuah dhal n kuah2 yg lain kt atas capati tu. Dah abes makan sume kuah2 tu, dia campak buang capati tu.

Tau kenapa?? sebabnya dia ingat capati tu pelapik kpd masakan itu a.k.a kuah2 dhal tu sume.
Hahahaha, lawak kan.... hadoii..


lawak 2 :
Sorang mat saleh makan nasi lemak yang dilapik dengan daun pisang. Sekali, dia bukan makan nasi lemak tu sajer... ngan daun pisang tu sekali dia makan.. siap cakap nape salad mesia ni keras??
Hahahaha :D.
Ropanya mat saleh tu ingat nasi lemak tu siap pakej ngn salad i.e daun pisang itu.


Hahahaha, lawak kan??
Ni laa 1st time saya dengar lawak gaban dr bosses2 camnih.
Tapi serius, masa dengar lawak tu..terpaksa laa sy behave, kunun2 tak gelak......
Kesian owh,.. sy terpaksa menahan gelak itu selama 2 jam.

Abes jer miting, terus masuk bilik n ingat balik lawak2 tu. Pastuh bantai gelak .... hahaha :D
Baru puas ati leh gelak dengan jayanya.. haha. Tadi masa tengah2 mandi pn leh bantai gelak lagi bila teringat,. hihi.

P/S : haih, sape laa yg reka lawak2 ni???  tp.. seriusly, just made my day! hihi

kepak ayam oh kepak ayam... lawak lah

Tadi saya pegi lunch dgn fizry..d cute boy in d office
Kitorg pegi laaa satu restoren [dot][dot][dot]
Kat restoren ni ramai pekerjanya adalah bangla...

Kitorang order laa nasik ayam sorang satu..
Kemudian saya bagitau mamat tu... saya nak bahagian kepak ayam,
Tunggu punya tunggu dia datang hantar sepinggan nasi ayam kat saya..

Mari ikuti perbualan saya dengan mamat itu :

Saya : Saya nak ayam belah kepak la..
Mat bangla: Itu lah dia..
(saya tengok dalam pinggan itu ada peha ayam a.k.a drumstik)
Saya : Ini peha ayam laa, saya nak kepak ayam..
(mat bangla dah buat muka pusing2 tanda tak pasti apa yang silap)

Sekali fizry bangun n pegi tunjuk yg mana satu kepak ayam..
Baru ler dia bagi saya sepinggan nasi ayam dengan ayam bahagian kepak..
Hahahaha... :D
Baru tau, mat bangla tu tak tahu apa itu kepak ayam..

Haha.. lawak tak?? lawak kan??

p/s : haih, itu lah susahnya bercakap dgn org yg tak paham bahse kita... huhu

Sayang kan tangan..

Kata orang, sayang anak ... tangan-tangankan...

Ya ke??? ah tak kisah laa iya ke tidak..
Tapi.. korang yg ladies ni mesti sayang tangan kan..
Humm.. mcm tu laa jugak saya..

Entri ni saya just nak share my review on healthy hand & nail..
Humm.. sebenarnya saya nak share psl produk Vaseline healthy hand & nail conditioning..
Haaa, kalo sebelum ni saya just pakai losyen..

Tapi.. bila vaseline keluarkan produk khas untuk tangan ni.. terus laa try..
memang best..dah saya ni suka produk Vaseline espcially vaseline petroleum jelly tu..humm

Kenapa best??
1. sebab dia mmg melembapkan kulit yg kering
2. sebab baunya memang wangi... *uhmmm, wangi*
3. sebab dia menjaga kuku supaya sihat dan kuat..
4. sebab bentuknya yang comel n senang dibawa ke mana2,,, apelagik, masuk dlm henbeg ler


So skang ni, benda wajib yg dibawa bersama ke mana2 sahaja di dalam henbeg ialah seperti gambar di bawah :



Wednesday, 22 February 2012

Terukir Di Bintang




Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti… kan
Kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti… kan
Kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

P/S : Sedap kan lagu ni... ai suka. humm

Mengubah kembali hidup...........semasa weekdays

Tahun 2011 yg dulu....dh mcm2 dilalui dlm hidup..
Bila diingat2 balik, kadang ade benda2 tu just not worth it to be made!
Hummm..to, org kata menyesal pn tak guna .. kan?

Rasanya belum tlambat nak mengubah kembali hidup pd tahun ini..
Kembali utk ke arah yg lebih baik.. a better me, rite?

1. Kembali fokus di tempat keje.
Means, waktu keje...kita keje lah. Tkenang waktu dulu, work smart, really smart! Hal-hal personal tu (eg sedey2 n emo2 tak tentu pasal) takyah laa nak dikenang2 waktu keje, n make sure tidak mempengaruhi prestasi n attitude kt opis. N..paling penting...pegi opis 30 minit lebih awal...8 jam kt opis tu guna utk keje saje. Then, tepat pd waktunya leh laa cabut dgn jayanya. Dok opis lama2 sampai lewat petang sampai lewat malam pn tak guna jgk kadang2 tu... (err, kecuali URGENT case la)

2. Istirehat yang cukup
Dah takmo tido lewat2 malam. Paling lambat, jam 11 malam dah masuk tido. Tido kena berkualiti sebab esok paginya nak kena bangun awal.

3. Dinner seawal jam 8 malam
Humm, skang ni rutin dah start berubah. Balik jer dari keje, terus cuci muka n terus mandi. Kemudian, cepat2 siapkan makan malam. Lepas jer maghrib, dah leh makan dgn amannya sambil2 dengar berita.

4. Iron baju keje awal2
Rutin baru, baju keje diiron utk setiap 2 hari... lepas jer dinner, terus iron baju sambil 'lalala. *baju keje tak leh iron banyak2 sbb pilihan warna akan difikirkn dlm tempoh 24-48 jam sebelum keje, hehe*. Lagi pn, lepas makan takleh dok terbungkang depan tv terus, kenalah buat aktiviti2 cam menyapu umah atau iron baju tu kan.

5. Tengok tv n layan internet kejap2 ajer
Sambil tengok tv tu, ada 2 benda boleh dibuat...lipat baju, atau pn layan internet tgk2 apa2 yg patut. Tv ni takleh dilayan sangat, mmg takkan abeh sume citer2 tu...hoho.

6. Exercise n jaga pemakanan
Humm.. mcm entri sy sebelum ni, sy nak fokus exercise yg boleh mengempiskan perut, ahah. Pilihan saya; swimming, sit up n skipping. Lepas tu, kalo bab makan...banyakkan makan buah, minum air limau nipis lepas makan, elakkan minum ais (macam mama saya itu, hoho), elakkan minum manis2 n skang sedang berusaha elakkan makan benda bergoreng terlalu banyak (owh, mampukah daku???).

*ala, dah jam 11 lebih laa, patutla ngantok! kena tido dulu laa....*

p/s : sila lihat gambar di bawah


Humm, hari tu tengok borang permohonan pertukaran ni. Rasa tahun ni macam nak bertukar laa. Rasa macam nak bertukar jauh dari sini... to a new place where nobody knows me. Tapi, permintaan mamaku supaya kembali ke hometown pn mungkin boleh diconsiderkan *humm, mampukah daku hidup dlm suasana itu?? hoho*. Apapun, long way to go.....! *sigh*

Tuesday, 21 February 2012

Sit up n limau nipis.. apekah??

Hari tu saya browse n google info2 mcm mana nak dapatkan perut yg flat..
perut yg flat dalam erti kata lain perut yang TIDAK BUNCIT...hehehe

Kurus lain.. perut flat n tidak buncit tu lain tau..
Walaupun kita kurus, tak bermakna perut kita tak buncit..ha..jgn tak tau

So..skang sy nak share mcm mana untuk hapuskan perut yg buncit..
Saya just pilih kaedah yg paling senang saya nak amalkan n buat..
Yg pelik2 tu.. ah, malas ah nak buat...huhu


1. Kena rajin buat senaman sit up...
Haaa, time2 tengah dengar2 lagu atau tengok tv tu.. leh laa buat exercise ni. Bagus untuk kempiskan perut katanya.. Humm,, harus rajin lah..!


2. Minum air limau nipis
Lepas makan 3 hidangan utama (breakfast / lunch / dinner)... amalkan laa minum air limau nipis..
Sib baik laa sy ni jenis orang yg suka beli stok limau nipis n limau kasturi. Selain guna untuk masak, leh guna untuk kempis2kan perut. haha :D

So... marilah kita sama2 kempiskan perut. Owh, perut yg flat mmg idamanlah. hoho

P/S : Ada orang kata, nak lagi senang.. guna jer Losyen halia/limau Mustajab tu. Haha, melompat kepanasan lah uols. *tapi, ai tak suka...sbb, tak suka bau2 spesies obat2an mcm tu...*

Monday, 20 February 2012

Skin condition at 30's

Sebenarnya saya teringat satu ketika dulu..
Ketika kulit wajah saya di tahap terbaek satu ketika dulu..
It was fair, smooth.. licin n gebu sampai org suka nak cubit2 n tanya apekah rahsianya.. humm..
Masa tu terasa diri pn chantek.. hihi
Tp..masa tu sy ni kategori seorang yg sgt disiplin dlm penjagaan wajah
cleansing, toning, scrubbing / peeling, masker, n pakai krim mlm... mmg tip top

Tapi skang, baru saya perasan..
Bila umur dh masuk 30'n.. kulit wajah jadi sensitif sangat..
Mudah sangat kena rashes n redness...
Sensitif sgt... huhu. n hasilnya kulit wajah dh tak licin, blemish here n there..
Bila kulit dh tak seperti dulu.. diri pn terasa mcm tak chantek lagi.. huhu
For me, kulit yg cantek adalah kulit yg sihat n licin without make up..

Kadang2 terfikir jugak nape kulit wajah dh jadik sensitip yer???
Kalo pegi o/stn...sah2, bila balik..mula laa wajah ada kesan2 baru..
sebabnya?? sebabnya ialah...keje smpai lewat mlm.. nk bila balik bilik, terus terlelap tanpa mencuci muka...huhu

Humm.. mulai sekarang, harus kembali menjadi seorang yg disiplin dlm penjagaan kulit especially kulit wajah.. N plg penting, jaga jari2 dr rajin bermain2 di kulit wajah...euuww..

Sblm sy stop, sy just nak share 1 produk yg rasa sangat best lah...



Ahah, inilah dia produk dari Shu Uemura... humm, dh lama tpikat..akhirnya hujung tahun lepas sy berjaya beli.. Bila guna cleansing oil ni, humm..rasa best sgt. Mcm magik. Sekali sapu jer, sume kesan mekap hilang... I luv tis product so much. Smoga sy akan lagi rajin n berdisiplin dlm mengembalikan kuli wajah yg dulu. Less is more, kulit yg cantik naturally lebih bermakna dr cantek kerana wajah penuh mekap. Hee

P/S : Skang rajin membaca psl penjagaan kesihatan di usia 30'an. heee

Tuesday, 7 February 2012

Cuci mata n cuci wallet di Wakaf Che Yeh

Uhumm..uhumm..
Saya baru jer balik dari Wakaf Che Yeh tau..
Alaa, tempat yg glamer kt bumi kelantan ni kalangan pengunjung / pelawat ...

Actually, dah bape hari dah berniat nak datang wakaf che yeh balik kg kali ni..
tapi.. asyik kensel jer sbb ramai sangat manusia especially time weekend..parking penuh owh!!
dah bape kali pegi .. lalu jer.. n akhirnya pegi tempat lain..sbb malas nak buang masa carik parking

Apapun, akhirnya.. yesss, akhirnya.. malam ni ai berjaya masuk ke parking itu... hip hip horray!!!

Wah..bila dah lama tak pegi .., masuk jer dah rasa sonok sangat..
Sebabnya.. sangat happening owh..
Happening ngn orang.. n happening ngn barangan2 yg dijual tu..
Sonok sangat ngan kemeriahan peniaga2 melayu ni.. heee

Malam nih sajer borong produk2 Ombak Rindu katanya..
okehlah..oleh kerana saya dalam mode ombak rindu jugak, makanya saya n famili sakan laa membeli belah,...huh,..rambang mata dibuatnya,,heee. Sekali sekala beli barang2 camnih, sonok gak..hee

Nak tau ape lagi yg sonok datang wakaf che yeh ni??
Hehe..selain sonok cuci mata tengok barang2,,, mata pun sonok gak dapat cuci mata tengok tauke2 kedai yg comel2 n ensem2 itu..hihi  ;P

Ok...itu jer kali ni .. till next entry okeh.. daaa. Gudnite uols!

gambar tak sempat nak snap malam ni, makanya pinjam gambar dr pakcik google.. hee

Friday, 3 February 2012

Kupinang kau dengan Bismillah...

Semalam kan cuti hari wilayah...
So, petang semalam berkesempatan laa tengok TV al-Hijrah..
Bukak jer terus tertengok citer indonesia bersiri 'Kupinang kau dengan Bismillah'

Bila dah layan rasa citer tu mcm best laa jugak *huh, tiba2 tertarek ngan citer dari seberang nih..hoho*

Bila google2 kt internet.. ropanya ada 1 lagu tuh tajuk 'Kupinang kau dengn Bismillah' nyanyian Pasha Ungu n Rossa.. dua2 penyanyi ni memang best kalo nyanyi sama, mcm lagu ' Terlanjur Cinta' tu. Lagu tu rupanya OST citer bersiri ni..

Humm..nampaknya cam ada potensi jer daku ini akan balik awal setiap hari  dari opis nak tengok citer nih.. hihi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation