Tuesday, 31 July 2012

Berapa banyak JAM daa...


Pepatah mengatakan "Masa Itu Emas"
Itu yang kita belajar sejak sekolah rendah dulu kan??
Takleh hidup kalo takdek jam kan??
Jam dinding, jam meja, jam tangan, jam tido, jam henpon lagik..

Just nak tanya, ada bape banyak jam dalam idup korang seharian??
Ehehe, saya tanya sebab just nak survey ada tak orang macam saya ni.
Ahahaha

Dalam hidup saya seharian, ada banyak jam *banyak ke??*
Banyak jam bermakna banyak laa WAKTU yang disetkan.
Hihi

1. Jam dinding kat dapur : 
Jam ni penting untuk tugasan masak memasak saya. Owh, memasak harus peka dengan masa okeh. Waktu yang diset untuk jam dapur ialah 5 minit cepat daripada jam dinding kat ruang tamu. Sebabnya bila masak, senang nak timing sebelum citer2 feveret kat TV tu. Haha. Bila bulan posa ni pun lagi berguna, haruslaa awal skit disiapkan.

2. Jam dinding kat ruang tamu
Jam ni 5 minit cepat daripada waktu jam Malaysia. Sebabnya 5 minit sebelum citer feveret start, dah tercongok depan TV. Ahahaha. N  lagi satu, bagi cepat skit masuk tido.. Hoho

3. Jam dinding kat bilik tido
Jam ni plak cepat 15 minit daripada jam waktu Malaysia. Sebab?? Kegunaan penting ialah untuk tujuan bersiap pegi keje. Hal ehwal keje atau nak kuar mana2, harus dok tengok jam dalam bilik ni jer. Baru laa leh punctual pada waktu. N rasa selamat skit... kalo incase terlewat tu, sebenarnya masih lum terlewat.
Tapi... ada 2 kejadian yang dah berjaya membuatkan saya lewat pegi keja gara2 jam ni tau. Tensen!
Tau nape? Sebabnya pada 2 kejadian tu, jam itu dah lewat 10 minit daripada waktu Malaysia. Haha.
Semuanya gara-gara low baterry. Sib baik laa tersedar.

4. Jam tangan
Jam tangan saya bertujuan untuk mengejar punch card. Haruslah diset ikut waktu punch card ofis. Senang nak ejas masa in case pape jadik. Humm. So far, bagusss.
Err, dah lama tak tukar jam tangan. Macam nak tukar jam barulah sempena dapat duit bonus raya ni. Hehe *wink.wink*

5. Jam keta a.k.a my blue haze baby
Jam keta saya pulak diset 5 minit lebih awal daripada jam tangan saya. Hehe. Motif?? Ntah nape, saya pun tak ingat nape set 5 minit cepat daripada jam tangan. Hehehe

6. Jam henpon
Ahah, inilah satu2nya jam saya yang diset ikut waktu Malaysia yang standard. Sebab? Ahah, jam ni lah yang saya guna sebagai alarm untuk pape urusan ie alarm bangun tido, alarm reminder untuk pape task. Tapi kan.. sebab utama ianya diset ke waktu normal Malaysia ialah kerana untuk memudahkan saya menunggu azan. Nak solat kena laa tunggu azan yang mengikut jam yang betul. Tak gitu?

Begitulah kisah 6 jam dalam kehidupan saya. Hehe.
Ingat nak taruk gak jam dalam bilik air., tapi.. rasa hover n melampau laa plak. Hahahaah

So korang camne??
Set jam korang lak ikut waktu negara mana?? Hihihi

Till then, sekian cerita saya di kala tengahari ini... ubat tido ni...
*satu kerugian laa kalo tido di siang hari, hee*

Chowww... n Daaa

P/S : Jam 2.30 jap lagi nak kena gi meeting laa plak. Meeting di kala bulan posa ni leh mengantuk dibuatnya. Humm

Kerana sayang...

Kerana sayang, hati kita gembira
Kerana sayang, hati kita ceria
Kerana sayang, hati kita tenang
Kerana sayang, kita bahagia

Kerana sayang juga, hati kita gelisah
Kerana sayang juga, hati kita pedih
Kerana sayang juga, hati kita sakit
Kerana sayang juga, hati kita geram
Kerana sayang juga, hati kita kecewa

Sapekah yang bersalah?
Perasaan sayang itu?
Atau diri kita sendiri yang salah?

*sigh* mode jiwa kacau...

Monday, 30 July 2012

Jurnal Posa : Hari Ke-9 / Paprik owh paprik

Holla frens!
Walaupun saya dah ngantuk, tapi gagahkan diri untuk memblogging n layan NCIS ni..hoh

Hari ni saya balik lewat lagi dari ofis..
Menyetelkan tugasan itu... patuh kepada deadline itu..
Hoho

Kul 6.30 petang rasanya baru saya masuk dapurku yang terchenta itu

Malas nak cakap banyak, jom tengok masakan sempoi untuk bukak posa petang tadi..

Ini kebanggaan saya hari ni, hehe.
 Akhirnya hari ni dapat jugak buat kueh Buah Melaka atau nama glamernya Onde-onde itu. Hee
Suka sangat sebab berjaya siapkan dalam tempoh 10 minit sebelum berbuka, hahaha.
Puas hati dapat makan sendiri uli, sendiri rebus n sendiri gaul kelapa. Hehe
Terasa original beb..hee. Dapat buat lebih kurang 20 bijik yang comel
Berbuka tadi saya jer dah makan 8 bijik, adik terunaku makan 3 bijik.. n balance ada lagi dalam peti, jap lagi atau esok sahur leh makan lagik...hoho


Kebanggaan ke-2 saya, mestilah hidangan utama hari ni ie Paprik Daging & Ayam
Inilah dia hidangan super pantas dan berkhasiat.
Segalanya dah ada dalam 1 hidangan; ayam, daging, sayur2an... humm, best kan :D

Last but not least, hidangan penaik selera; Ikan Kembung Goreng Rangup n Telur dadar tomato
Hari ni, ikan goreng sekor sajer sebab ianya besar n elakkan pembaziran.
Akhirnya, ikan itu yang jadi rebutan sebab ianya rangup owh..best!
Satu lagi hidangan yang tidak nampak dalam gambar itu ialah ulam timun n terung celur..nyum,nyum


Resepi untuk ditepek kat belog saya hari ni ialah :

Resepi Paprik Ayam & Daging (untuk 2 orang)

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan 3 ulas bawang putih yang diketuk kasar. Goreng hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam n daging yang telah dipotong kecik. Biarkan seketika sehingga empuk.
3. Masukkan 2 batang serai yang dah diketuk.
4. Masukkan sedikit sos tiram, sos tomato, sos cili n kicap. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan 3 batang kacang panjang (atau 5 batang kacang buncis) dan setengah batang carrot yang telah dipotong nipis (bentuk bintang boleh, bentuk panjang pun boleh, hee). Gaulkan seketika.
6. Masukkan sedikit air, garam n gula. Kacau sebati.
7. Masukkan 5 bijik cili padi yang diketuk dan  1 biji cili merah potong nipis. Kacau seketika,
8. Akhir sekali, masukkan setengah bijik bawang besar yang dipotong bulat dan 4-5 helai daun limau purut yang dipotong kasar.
9. Biarkan seketika dan angkat. Siap.

Yer, itu sahaja cerita saya dalam entri Jurnal Posa malam ni.
Buhsan kan?? Kisah masak n makan jer. Hehehe :D

Dun worry, entri lebih bernas akan muncul. Nantikan.

Till then, chowww... n Daaa..


P/S : Alhamdulillah, stakat ni azam pertama saya dalam bulan Ramadhan ni dah tercapai. Bagus..bagus. Berusaha lagi Ila. Chaiyok.. aja2 fighting. Haiiitt!

Jurnal Posa : Hari Ke-9 / Segalanya S.E.A.F.O.O.D

Jam waktu ini : 11.56 pm (sudah hampir larut malam maa...)

Holla frens..
Malam ni saya lewat skit memblongging Jurnal Posa saya..
Sebabnya??
Ahah, balik dari terawih tadi.. saya terus mandi lama2 sebab malam ni my shampooDay
N skang, rambutku tengah dimanjai dengan hairmask... *humm, kena tido lambat la skit .. tunggu rambut kering ni...*

Seperti yang telah saya sebutkan dalam entri pagi tadi *yg penuh hangin itu..*
Untuk juadah berbuka puasa saya hari ini ilah temanya Segalanya S.E.A.F.O.O.D
Hoh, penuh semangat tuh pegi membeli lauk basah pagi tadi.. bagus, sebab ianya segar bugar

Antara sebab kenapa tema seafood ialah buhsan owh dok makan ayam jer
Lagi satu ialah sebab otak dok teringat n terbayang jer menu yang last makan dekat Ana Ikan Bakar Petai itu.. hihihi

Jom lihat gambar, .. yuk!

Oppps, btw.. entri nih rasanya saya tujukan khas kepada Fiza, Hawa n Susue..
Ahahaha, nanges ler korang tengok nih.. hihi ;P

Inilah ropanya juadan bertemakan segalanya seafood itu,, hehe
Hari ni dah tiada air tebu, tapi.. ada air milo, haha
Patut laa pelik, nape laa kenyang semacam.. humm..

Tadaaa, close up skit..hihi
Hidangan 9 Ramadhan hari ni terdiri daripada (ayat skema la plak..xoxo)
Ikan kembung bakar + air asam, sayur kailan ikan masin, lala masak cili n sotong celup tepung yang crunchy... humm, so nyummeh!
Kenyang owh.. 'lalala

Dan.. inilah dia menu utama; my signature for today was this nyummy Butter Prawn
Yeay.. akhirnya dapat jugak buat Butter Prawn ni setelah sekian lama tertangguh
Saya suka menu ini sebab ianya simple, mudah n cepat dimasak.
Seperi biasa; masakan saya haruslah yang simple but nyummy n delicious
Nice to see n nice to eat!! walla...!


Untuk hari ni, saya nak share resepi mudah, cepat lagi lazat itu..

Resepi Butter Prawan (untuk 2 orang)
1. 10 ekor sederhana saiz digaulkan dengan sedikit garam, sedikit white pepper n 1 sudu besar tepung kastard.
2. Goreng udang sehingga garing. *kalo tak suka garing, it's ok kalo memadai ianya dah masak n tepung kastard tu dah cuku garing*
3. Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar marjerin.
4. Kemudian, masukkan 3 sudu besar susu cair, 2 sudu besar susu tepung, sedikit garam + gula.
5. Masukkan 10 biji cili padi yang telah dihiris nipis dan 2 tangkai daun kari yang dicarik2 *huh, daun kari itu baunya sedap owh!*
6. Kacau sehingga naik bau yang lazat itu.
7. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati.
8. Angkat dan hidangkan.

Catatan khas : Tadi saya masak modified skit sbb susu cair n susu tepung sudah abes.. makanya saya guna sedikit susu pekat manis campur dengan susu segar. N it was nice.. much more nice .. hihi. Hey uols, harus diingat.. kita harus kreatif bila memasak okeh. :D

Ahah, camne??
Senang kan kaedah memasak Butter Prawn. Hee
Cubalah uols.. pasti tertawan. Keh,keh..

Oklah, itu sahaja jurnal posa saya kali ni.
Takbleh tido lewat2 sangat laa uols.. kang tak bangun sahur lak saya.. hehe

Till then, jumpa lagi dalam entri Jurnal Posa saya esok..

Chow n Daaa....

P/S : Hari ni kan, pelik betul laa. Merata saya cari susu cair.. tapi semua kedai yang saya pegi abes bekalan susu cair. Owh apekah?? Sume susu cair dah dibeli oleh peniaga2 kueh raya n pembuat kek kah?? Huhu... 

12.25 am ... 30 Julai 2012

Sunday, 29 July 2012

Hisshh.. pagi2 dah geram, spoil tul!


Saya ni baru sampai umah..
Baru balik dari pasar...
Pagi2 buta tadi saya dah bangun, mandi n terus kuar gi pasar basah...
Pagi2 buta pegi pasar semata2 nak beli seafood yang fresh.. ahah
Yer, ini kerana tema juadah berbuka posa saya petang karang ialah S.E.A.F.O.O.D ... hoho

Tapi,...
Mood yang bagus n baik tiba2 spoil jer.. grrrr..
Tengah2 saya drive balik umah tadi tu, boleh pulak ada satu keta proton warna biru (model ape ya yang sebelum persona tu?? )... daripada lorong tengah, boleh pulak tiba2 meluru laju ke lorong kanan tiba2!
Dia datang terus macam nak bang keta saya dari sebelah kiri..
Hoh, saya yang sangat terkejut terus slowkan keta n biar dia yang ke depan!!
Huh, sib baik.. nyaris eksiden keta gua tadi.. kuang hajar betoll!!

Eeeiiii.. geramnya gua!!!
Nasib baik laa bulan posa.. gua cool okeh..
Haih, nape laa gua ni bukan spesies suka hon..hon..hon..
Haih... kalo orang lain dah lama kena hon keta sengal tu..
Heloo.. lu reti bawak keta ke tak?? Seng..al!

Btw, saya sempat tengok muka driver sengal tuh..
Cess, sorang pompuan sengal yang kunun bergaya ngn spek hitam di pagi hari ni..
Hissh.. hangin jer gua tau!
Sib baik teringat Ustaz Don pesan; kalo pape cakap jer 'Aku puasa"
Saksi2 kejadian, keta belakang minah tu n keta belakang saya sume pandang2 jer minah tu, sume muka geram kat minah tu.
Yer laa skit lagi memang bang n eksiden.. serius!!
Orang pakat geleng2 kepala jer.. huh

Haih.. selamat laa ko pompuan.. ! Nampak laa tadi terhegeh2 lari..
Kuang hajar tul! Sib baik laa gua ni bukan spesies kawan gua yang akan kejar lu sampai dapat!!
Memang kena sekolah skit minah tuh!

Masuk kali ni, dah bape kali tau saya hampir eksiden
Sumenya gara2 manusia2 yang bawak keta so careless
Please laa, kalo ko nak careless pikir dulu.. jangan sebab ko, orang lain kecelakaan...! *Denggg*
Spesies2 manusia yang suka terjah dari mana2 simpang pun satu hal.. tak berhenti dulu tengok kiri kanan...! Main redah jer masuk.. hisshh!

Baru jer cakap pasal Malaysian Rude Bad Habits .. hari ni dah jumpa lagi

Nasib baik laa gua ni bukan jenis baran ya..
Gua cuba fikir rasional.. maybe minah tu main redah sebab tak nampak blindspot dari side mirror kot?

Okeh, sekian, bebelan saya pada pagi ini.

P/S : My blue haze baby tu memang dah bape kali hampir kena bangg tau!! Sib baik laa stakat ni saya berjaya elak.. Harus lebih berhati2 di lain masa. Harusss!

Jurnal Posa : Hari Ke-8 / Simple but nice ... hee

Holla frens..
Sabtu lepas kita start posa,..
Skang dah Sabtu ke-2 kita dalam bulan Ramadhan ni kan???

*mode : tensi di perenggan ini, sebab kena taip balik semua.. tadi dah 3 perenggan tau saya taip.. pastu, tiba2 jer hang.. mencik tul! n now.. kena laa ingat balik ape yang taip tadi... hohoho*

Hari ni saya dok plan macam2 nak masak..
Dah terbayang menguli tepung nak buat Kueh Melaka a.k.a onde2 itu..
Pastu sudah berkira2 nak buat nasi tomato atau nasi arab..
Lepas saya smayang Asar, tiba2 adik terunaku itu balik dari bershoping sakan..
Almaklumlah dia dah dapat gaji n bonus raya.. hohoho..
Orang tengah gumbira dapat duit banyak.. maka dia pun membeli laa macam2 juadah untuk berbuka
Humm.. saya pun hepi jugak.. sib baik laa saya lum start masak...

Tapi kan.. walau pun dah ada juadah berbuka hasil tunjuk n bayar itu
Saya tetap akan masak jugak.. haruss masak setiap hari okeh, walaupun simple
Baru laa itu dinamakan Jurnal Posa saya.. hehehe

Jom lihat apekah...

Tadaaa.. inilah juadah berbuka hari ini
Simple jer kan?? But ... so nice.. hehe
Humm, hari ni...masih ada air tebu.. *tapi, tak sebest semalam*

 Tiga menu di atas adalah menu tunjuk n hulur..
Semuanya dibuat di kedai yer.. hihi.
Hari ni teringin jugak nak buat puding karamel tu, ..tup2 ada yang belanja.. bagus2!
Btw, sanggopal itu apa nama rasminya ek?? Hihi
Itu nama saya yang panggil sejak dari kecik.. ahahaha :D

Home made menu by myself : Bihun Goreng Singapura
Oleh kerana adik teruna saya tu dah bawak balik ayam percik satey yang manis tu,
makanya saya terus fikir apekah menu untuk mix n match
Dan.... akhirnya saya memilih untuk buat bihun ini
Takyah pegi Singapore pun, leh gak makan bihun ni kan?? Hihi ;P

Saya ni suka masak sesuatu yang sedap ... tetapi senang n mudah untuk dibuat
So, kali ni.. saya nak share resepi Bihun Goreng Singapura ni dengan korang..

Resepi Bihun Goreng Singapura
1. Bihun direndam dengan air suam supaya lembut. Kemudian toskan.
2. Setengah bijik bawang besar / 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dikisar atau ditumbuk lumat.
3. Campuran bawang tersebut dimasukkan dengan 1 sudu besar udang kering yang dah dikisar / tumbuk.
4. Potong bulat 3-4 ekor sotong dan potong dadu seketul daging ayam *saya guna bahagian dada ayam. Boleh juga masukkan sedikit udang jika mahu..*
5. Setengah batang carrot dipotong panjang n nipis.
6. Panaskan minyak dan tumis campuran bawang seketika. Kemudian, masukkan daging ayam+sotong n masukkan carrot. Goreng seketika sehingga layu.
7. Masukkan bihun dan kacau seketika. Lepas tu masukkan serbuk lada hitam dan garam. Kacau sehingga sebati.
8. Akhir sekali, masukkan sedikit daun ketumbar. *tadi saya hanya guna 2 batang daun sup, sebab daun ketumbar takder.. hoho*.
9. Angkat dan boleh dimakan. Untuk hiasan, taburkan bawang goreng n white pepper.

Ahah.. amacam??
Simple kan resepi ni? Tapi serius, bihun ni memang senang sangat dibuat n tidak perlu guna banyak bahan perisa.

Begitulah tema juadah hari ke-8 ini, Simple but Nice.. hehe

Till then, jumpa lagi uols..

Chow, n .. Daa.

P/S : Saya berharap sangat supaya azam saya sempena bulan Ramadhan ni dapat dicapai. Hohoho.


Saturday, 28 July 2012

Terdetik dalam hati ... uhmm

*kali ni entri tanpa apa2 gambar pelengkap cerita...*

Sepanjang Ramadhan ni, saya rajin laa pegi surau malam2 untuk solat sunat terawih
Setahun hanya sekali kan, so.. haruslah rebut peluang ni
Mana laa tau kot2 ini Ramadhan kita yang terakhir..
Huu, takde sape tahu bila ajal masing2 kan??

Bila kat surau tu.. macam2 orang yang kita jumpa
Ada yang muda, n ada yang tua...

Bila saya perhatikan yang tua itu solat... *yer, saya sempat perhati, sebab kadang lepas isyak kat umah, baru ler saya join solat sunat terawih itu....uhmm*
Apa yang saya perhatikan, haih..susahnya makcik2 tu nak solat...
Yerlah orang tua kan... susah nak rukuk, susah nak sujud,.. bangun dari sujud pun susah..
Huu.. terdetik dalam hati, kesiannya makcik2 tua tu.. nampak macam terbatas sedikit walaupun dorang mmg berniat ikhlas untuk beramal ibadat. Humm

Rasa macam insaf pun ada dalam hati ni..
Yer laa, kita yang muda ni patut jadikan itu pengajaran
Time muda n sihat ni lah patutnya kita beramal ibadat banyak2..
Ketika masih sihat, muda, gagah, takdek masalah pape...patutnya masa ni lah kita rebut semua peluang tu..
Takkan nak tunggu dah tua kerepot atau usia 40 tahun ke atas baru nak berubah n buat ibadat?
Yer... saya insaf sendiri... huhu
Rasa sedey dengan diri sendiri pun ada.. huuhu

Ntah kenapa, tiba2 terdetik dalam hati saya...
Tak tau ler cita2 atau impian baru saya...sebab tiba2 ianya datang.. hukhuk
Saya rasa, macam nak mati awal di masa muda ni jer...
Sebab rasa macam tak nak berbuat dosa n menambah dosa lagi..
Baik kepada diri sendiri n kepada abah ku itu.. huhuhu
Ampun ya abahku, sebab anak perempuan yang berbuat dosa.. abah ketua keluarga yang menanggung
Huk..huk..

Humm.. ntah laa
Itu yang terdetik di hati saya... apekah???
Tapi, saya tau... ajal, maut, pertemuan, rezeki,..tu sume adalah rahsia Allah.

P/S : Tapi saya percaya, those sape2 yang ada nak kecik.. sure mereka berharap supaya tidak pergi dulu. Kesian pada anak2 kan?

Beza Otak Wanita n Lelaki... Apekah??

Mode : Tengah tunggu masker di mukaku ini kering. Hoho. *hari sabtu ialah hari selfcare okeh,  Facial DIY-day ...hehehe n self manicure, uhumm*

Saya baru baca artikel pasal beza otak lelaki n wanita ni dekat fesbuk..
So, saya pun nak share jugak..
Haruss laa share n tepek di belog saya.. hehe.
Jom baca...
Human Brain Analysis - Man vs. Woman......A MUST READ! MUST SHARE

1. MULTI-TASKING
Women - Multiple process
... Womens brains designed to concentrate multiple task at a time.
Women can Watch a TV and Talk over phone and cook.
Men - Single Process
Mens brains designed to concentrate only one work at a time. Men can not watch TV and talk over the phone at the same time. they stop the TV while Talking. They can either watch TV or talk over the phone or cook.

2. LANGUAGE
Women can easily learn many languages. But can not find solutions to problems. Men can not easily learn languages, they can easily solve problems. That's why in average a 3 years old girl has three times higher vocabulary than a 3 yeard old boy.

3. ANALYTICAL SKILLS
Mens brains has a lot of space for handling the analytical process. They can analyze and find the solution for a process and design a map of a building easily. But If a complex map is viewed by women, they can not understand it. Women can not understand the details of a map easily, For them it is just a dump of lines on a paper.

4. CAR DRIVING.
While driving a car, mans analytical spaces are used in his brain. He can drive a car fastly. If he sees an object at long distance, immediately his brain classifies the object (bus or van or car) direction and speed of the object and he drives accordingly. Where woman take a long time to recognize the object direction/ speed. Mans single process mind stops the audio in the car (if any), then concentrates only on driving.

5. LYING
When men lie to women face to face, they get caught easily. Womans super natural brain observes facial expression 70%, body language 20% and words coming from the mouth 10%. Mens brain does not have this. Women easily lie to men face to face.
So guys, do not lie face to face.

6. PROBLEMS SOLVING
If a man have a lot of problems, his brain clearly classifies the problems and puts them in individual rooms in the brain and then finds the solution one by one. You can see many guys looking at the sky for a long time. If a woman has a lot of problems, her brain can not classify the problems. she wants some one to hear that. After telling everything to a person she goes happily to bed. She does not worry about the problems being solved or not.

7. WHAT THEY WANT
Men want status, success, solutions, big process, etc... But Women want relationship, friends, family, etc...

8. UNHAPPINESS
If women are unhappy with their relations, they can not concentrate on their work. If men are unhappy with their work, they can not concentrate on the relations.

9. SPEECH
Women use indirect language in speech. But Men use direct language.


10. HANDLING EMOTION
Women talk a lot without thinking. Men act a lot without thinking


Amacam??
Adekah uols bersetuju dengan artikel ni??
Hee...
For me, ada benarnya n ada tidaknya... i think so... ;P

P/S : Tapi, saya rasa saya ni much more masculin type than feminin. Bab gaya berfesyen maybe ai feminin, tapi.. rasanya bab behaviour, rasanya saya lebih macam lelaki. Hehehe. Yer laa, sejak kecik bergaul ngan geng2 lelaki kan.. boyish behavior tuh.. ahah. Err, that's why ai tak berapa nak boleh masuk sangat ngan ladies yang terlalu bersopan santun, lemah lembut n lemah gemalai.. *arrghhh, rasa lemah jer..huhu*

Jurnal Posa : Hari Ke-7 / Gaya orang balik lambat .. hoho

Holla frens..
Jurnal posa saya disambung lagi untuk hari ke-7 Ramadhan..hoho
*tahun ni bertekad untuk menjurnalkan kisah hari2 Ramadhan sampai cukup sebulan..hoh, mampukah ko wahai ila??? hihi*

Tazkirah sebelum terawih tadi kisah tanggungjawab kita untuk mengimarahkan masjid
Nak nak  plak surau yang saya pegi untuk terawih nih dah berjaya dinaiktaraf menjadi masjid
Alhamdulillah, dah leh guna untuk wat solat jumaat... Humm, suka laa dorang tu sume kan,,,

Untuk jurnal posa, cam biasalah.
Tak sah kan kalo tak masukkan gambar menu berbuka..

Well, hari ni saya balik lambat sangat dr ofis...
N singgah pegi pasar lagi..
Sampai umah dah kul 6 lebih.. huhu

Selesai solat asar, terus masuk dapur.. humm, masa tu dah pun jam 6.45 petang
Ape nak masak ni?? Huhu
Oleh kerana masa suntuk, maka gambar di bawah menceritakan segalanya.. hehe

Inilah dia juadah berbuka puasa saya hari ini.
Err, murtabak n air tebu tu sume kedai made okeh... *adik saya laa yg beli tu..*
Tapi kan, serius .. air tebu sangat lazat... sungguh pure owh! Nikmat betul
Kacang buncis goreng with telur, Ayam masak lemak cili api dan Ayam Goreng..
Lauk pauk itu hasil masakan pantas saya.. huhu *terpaksa...*

Ahah, dalam masa yang sangat singkat.. pikir punya pikir
Akhirnya 3 hidangan tu jer yang saya sempat buat..
Seperti biasa kalo waktu dah suntuk, saya akan memilih lauk yang berkonsepkan rebus sahaja mcm masak lemak, kari n lain2 tu. Jimat masa uols, masuk n campak2 dalam periuk... n it's done!

Sementara masak lemak tu siap, masa tu laa goreng ayam yang dah siap diperap dengan kunyit, halia n garam. N masa tu lah jugak potong bawang n kacang buncis. Goreng n siap.
Simple je kan?? Tapi... takpe, adanya ayam goreng itu..penaik seri untuk makan. Nyum..nyum!

Ok, sekian jurnal posa hari ke-7 tahun ini.

Jumpa lagi esok! Daaa..

P/S : Yeay...esok dah sabtu. Seronoknya! Leh laaa ketidoran.. hehehe ;P

Friday, 27 July 2012

Orang Malaysia kurang ajar?? Benarkah??

Tiba2 saya teringat pagi Selasa, 24  Julai 2012 yang lalu..
Tatkala saya pagi2 buta itu meredah jemm di pagi buta, pegi KL untuk GTP 2.0 Roadmap tu

Seperti biasa, daripada layan drive sorang2.. saya bukak channel feveret saya Red 104.9
Talkshow pagi2 buta itu sape lagi kalo bukan Sarimah n Lil Kev
Menarek topik itu, bila Sarimah yang separa mat saleh n separa melayu tu sungguh emosi bercerita pasal topik dalam The Star pagi itu.. Top 10 Rude Malaysian Habits!
Ahah!
N ramai ler d callers thru yg sama2 bagi pendapat. Yess, ai memang setuju bab isu itu.
Dulu dah pernah masuk Reader Digest pasal bad habit orang Mesia kita yang yakin boleh ni..

N pagi tadi,bila bukak fesbuk
My fren, Fiza (yess, awaklah Pizza Zakaria..hihih ;P) .. share d snapshot from The Star itu.
Makanya, saya pun nak share jugak 10 Rude Malaysian Habits!


Sila klik gambar di atas untuk imej yang lagi besar ya!


Apekah yang disenaraikan itu??
1. Rude and unsafe driving
2. Not obeying signboaards
3. Snataching a parking lot while someone else is waiting for it
4. Not giving up seats for pregnant women or elderly people
5. Not allowing passengers out of puclic transport 1st before entering
6. Talking loudly on their HP in the public areas
7. Not holding open / elevatos doors for people after them
8. Not saying 'Thank You'
9. Inconsiderate practises
10. Being late!

Dalam 10 senarai tu, saya sangat bersetuju orang Malaysia kurang asam skit bab no. 1, 2, 8,9 dan 10.

No. 1 : Memang geram kan bila ada mamat / minah / pakcik pakai kopiah yang kurang hajar on d road. Bawak keta macam bapak dia punya jalan. Tensen owh bila jumpa manusia macam ni. Please laa, tolong laa berhemah skit!

No. 2 : Yang ni memang sangat setuju. Kalo signboard tulis 'Jangan buang sampah di sini' , haaa..kat situ lah dia buang sampah. Kalo signboard 'Jangan merokok' ..haa, kat situlah jugak dia nak merokok. Hey, semua premis Kerajaan adalah kawasan larangan merokok okeh. So, please laa.. yang koje nye pn dah nama orang gomen sendiri.. please follow d rule okeh! Lagi satu yang saya bengang, bila tak reti2 nak baca signboard, belok kiri ke kanan... nak jugak dok di lorong yang salah.

No. 8 : Bab ucap terima kasih ni memang payah sungguh laa nak jumpa skang ni, especially di kalangan generasi baru ni. Ape salahnya be nice, senyum n ucap terima kasih kan? Tak lenguh pun mulut tu ucap terima kasih. Paling2 tidak.. senyum la.

No.9 : Tabiat yang takbleh diterima  ni pun saya setuju sangat. Memang geram kan bila pegi parking lot kat mana2 shopping complex tu, kita nak masuk parking takleh.. sbb ada troli tengah landing baek kat parking tu. Takpun bila kita nak reverse keta, tiba2 jer leh ada troli block. Adoih, satu hal plak kita nak kuar keta n alih. Denggg! Bab toilet bowl pun sama.. especially toilet duduk tu. Memang kena bagi kelas skit kat orang2 ni, camne nak guna toilet yang betul. Kalo toilet duduk tu, why not after u used that, please laa wipe skit bagi kering macam mana uols guna tu. Kalo nak mencangkung, guna laa toilet cangkung yer.. takyah laa susah2 panjat toilet bowl n cangkung atas tu.

No. 10 : Being late! Ahahaha, ini adalah tabiat yang paling sukar dikikis. Itu yang timbul Janji Melayu tu. Yang paling takleh blah, bila tanya kat mana, dijawabnya ngan ayat best On The Way ni! Padahal OTW dia tu masih kat dalam umah.. huhuhu. Haru kan?? *Tapi, ai kadang2 lambat pegi opis..sbb tak terbangun pagi.. takpun perut meragam.. hoh, tensi! saya rasa sungguh bersalah bila lambat pegi opis okeh.. huhu*

Yang no2 lain tu camne?? Ahah, yang no2 lain tu..maybe ada segelintir Malaysian yang buat kan.
Tapi, saya tidak begitu ya. So..that's y saya taknak memboikot sama no2 lain tu. Humm.

So uols lak camne??
Ada tak ur bad habits dalam Top 10 Rude Malaysians Habits tu??
Haa, mengakulah... n silalah berubah!
We can change okeh!

Sekian, bebelan saya di kala tengahari Jumaat ini.
But... this is something that needs to be ponder okeh..!

Till then...Jumpa lagi..
Choww


P/S : Baru perasan, dah agak lama belog saya ni tak kuarkan entri2 yang bernas untuk sama2 difikirkan. Asyik citer pasal makan n makanan jer kan?? Hee. Sori ya uolss, lenkali kita wat forum okeh.


Official mobile blogger dah ada..yeay

Holla frens...

Saya seronok sebenarnya sebab akhirnya application rasmi blogger dah ada..hehe.

Kalo sebelum pakai smartfon ni..saya suka guna henpon untuk blogging. Masa tu guna Blogging On The Go.

Lepas tu bila pakai smartfon ni kan, Blogging On The Go dah takleh pakai. So, kalo guna mobile...saya just blogging via emel n then send to my blog.

Sekarang..ahah, lagi seronok.
Application Blogger from pakcij Google dah ada..yippie ;-)

Sekian...entri percubaan via my sematpon... Tengah excited ni okeh.. Hahaha..

Till then...choww uolss


Jurnal Posa : Hari Ke-6 / Simple jer berbuka .. ahah

Holla frens ...
Dah hari ke-6 Ramadhan kita ya... kann?? *pinjam 'kann' Pali yg kunun kacak tu, hehe*
Macam mana??
Semoga Ramadhan kita kali ni lebih baik dr yg lepas.. insya allah. amin.

Tadi saya hampir terlewat join terawih owh...
Gara2 hari ni hari bersyampooo... biasalah kalo shampooDay ni memang lama skit
Tunggu rambut kering lagi.. hoho, lama tu

Hari ni kat ofis, jam 9.00 pagi sampai kul 11.30 pagi.. saya join ceramah Ustaz Don yg stylo, kool n rowk itu.. best owh beliau itu. Cool! Hehe
Dah naik opis kul 12 tengahari..sentuh2 laa pape keje yg patut..
Petang plak.. aiyoh...taktahu nape rasa diri ini penat semacam jer.. huhu
Penat itu menyebabkan rasa mengantuk owh
*agaknya betul2 penat kot??*

So... oleh kerana hari ni hari yang penat n hari bersyampoo sedunia..
Maka, juadah berbuka posa hari ni saya buat very d simple one laa..
Sebab semalam, dah berlaku pembaziran... hari ni kena simple2 sajer..

Jom lihat apekah?

Pembuka puasa hari ke-6 Ramadhan : Kurma
Humm, start makan dengan kurma dulu.. pastu terus minum air mango juice a.k.a mango kotak sebenarnya pun..hihi.

Hidangan utama : Mee goreng basah yang tak berapa nak basah...hee
Ahah, berbuka kali ni memang sempoi... simple tapi segala khasiat ada di dalamnya.
Jangan risau, protein, vitamin, karbohidrat semua ada kat dalam ni.
Mee goreng ini saya taruk sedikit sayur sawi & kobis, daging & ayam dan telur.
Rasanya pedas2 manja yang nyum nyum.. makan panas2 memang perrghh!

Menu dessert 6 Ramadhan : Pengat pisang
Lepas makan mee goreng yang pedas2 manja tu kan,
kita makan plak lawan pedas itu... ie manisan.
Kombinasi manis pisang, gula melaka n sagu.. memang mantap!
Ntah kenapa kali ni, saya betul2 suka pengat pisang.. hahaha :D

Ahah, 3 hidangan sajer uols.
Simple tapi cukup segala khasiat yang diperlukan ya. Balance diet laa ni kan??? hehehe ;P

Resepi Pengat Pisang

1. Panaskan santan bersama 2 helai daun pandan.
2. Bila dah mendidih, masukkan 1 keping gula melaka, 3 sudu sagu n gula.
3. Bila dah agak2 sagu dah ngam2 nampak cam mantap.. masukkan pisang yang dah dipotong kecik2
4. Renihkan seketika dan angkat. *saya hanya guna 2 bijik pisang yang panjang)

Mudah kan kengkawan???
Itu resepi yang saya nak share kali ini.

Btw, Nape sungguh simple juadah berbuka kali ini wahai ila??
Ahah, ini kerana disebabkan oleh rasa kejemuan sajer makan nasik sepanjang 5 hari Ramadhan yang lalu. Nasi setiap kali berbuka n setiap kali bersahur. Mana tak buhsan .. kannn?
Sebab lain penyedap rasa ialah..kerana; kali ni tiba2 berhajat untuk makan mee goreng n pengat pisang itu sambil menonton TV.. apelagi kalo bukan nak melayan Dejavu Di Kinabalu itu!
Hahahahaha :D.

Huuuu.. dah banyak laa missed citer Dejavu Di Kinabalu ni...
Mana sempat nak tengok kann.. dah citer tayang time orang sibuk bukak posa.
Apapun saya suuuuka sangat tengok Aqasha yang lomantik itu... hee
Suka rambut dia yang smart, suka suara dia yang best.. n paling penting suka gaya dia .. hoh!!!

Ok laa uols.. sekian dulu penulisan saya sesudah bersahur 7 Ramadhan ini
(actually entri ni separuh taip malam tadi.. pastu tertido depan TV. N separuh lagi sedang ditaip sekarang... on my bed...hehehe )

Till then.. chow n daaa..

P/S : Tengah dok mengatur jadual berbuka puasa bersama geng2 plak lagi 2 minggu. Haruss diejas masa dengan bijak ni. Nak bukak posa ngan geng cergas sehat, geng xnre, hosting party oppss... bukak posa ngn geng2 opis kat umah ku. Lagi?? Bukak posa ngn my partner xplorace. Hoh banyaknya!!! Heheheeh

Thursday, 26 July 2012

Nape macam penat semacam je???


Nape ni??
Hari ni rasa penat semacam jer... rasa tak larat semacam jer??
Nape ek??

Sungguh tak bermaya rasanya ni.. huhu
Apekah??
Adakah sebab terlebih tido??
Atau pun kurang tido??

Padahal pagi tadi dah dengar ceramah yang best daripada Ustaz Don yang glamer tu..
Tapi kan, Ustaz Don memang kool, stylo n rock okeh..
Berbeza dengan Ustaz Don yang selalu saya lihat dalam rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don kat TV alHijrah tu.
Kalo kat TV, imej dia berjubah n berserban putih..
Ini pagi tadi datang pakai suit okeh.. so cool... n smart..haha

Okeh ila, sila sambung keje... 
Haruss keje dengan tekun kasi siap... haittt!

P/S : Jawabnya petang nanti, simple ajerlah masak untuk berbuka. Hoho

Jurnal Posa : Hari Ke-5 / Oh .. Nasi minyak

Holla frens...
Ape khabar semua... ?
Very good morning to all of u... :D

Biasanya jurnal posa dalam belog ni, saya akan taip n bercerita lepas balik dari terawih
Kunun rilex2 depan TV sebelum masuk tido kan..

Tapi, untuk jurnal posa hari 5 Ramadhan ni, saya taip n bercerita sesudah sahur 6 Ramadhan
Sebabnya??? Ahah, malam tadi.. lepas terawih, saya terus masuk  bilik..
Lepas bukak je telekung, saya terus mendakap bantal ku itu..
Dan... akhirnya... saya tertido terus dengan jayanya dalam lautan PINKish itu.. hohoho..
Lena pulak tu... heee. *akhirnya kul 4.30 pagi terjaga.. terus laa bangun sahur..*

Seperti dijanjikan kepada Rocky n Fiza... n geng2 lain
Meh laa tengok apekah juadah berbuka 5 Ramadhan saya..

Ahah, untuk jimatkan masa penceritaan .. inilah dia hidangan bukak posa saya pada 5 Ramadhan
Set nasi minyak uolsss... ahah. 
Nasi minyak berserta Ayam Masak Merah dan aksesorinya Acar Tumis.hoh.
N manisan plak.. huh, sangat banyak okeh... 
Ada cempedak goreng, akok pandan & jagung dan...Samosa
TQ to abe matku sayang yg pegi membeli belah balik dari opisnya ... haha
*at last, satu pembaziran.... banyak banget dia beli.. huhuhu.. dah laa saya tertido lepas terawih..*

Dan inilah dia Air Kelapa Muda.
Ohoo.. sungguh nikmatnya minum air ini yang sejuk selepas makan kenyang..
Fuhh.. sungguh sayugia rasanya.. !

Itulah dia juadah berbuka puasa saya yang sungguh ringkas dan padat..
Kalo nak tau.. set nasi minyak itu saya siapkan dalam masa 40 minit sahaja
Kejar masa okeh.. sebab semalam petang balik lambat dr opis akibat 'ditahan' oleh mereka yg berkuasa..hihi

Hey uolss... nak resepi Nasi Minyak tak??
Ai tau, Hawa...Fiza...Sue.. n uols nak tau kan resepi itu??

I luv to share with u guys...

Resepi Nasi Minyak 

1. Beras basmathi dibersih dan direndam 20-30 minit. Kemudian toskan.
2.. Sebijik bawang besar, 3 ulas bawang putih n 1inchi halia...semua dimayang nipis
3. Panaskan 2 sudu besar minyak sapi.
4. Masukkan 1 ketul kulit kayu manis, 2 ketul bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih n 3 bijik buah pelaga. 
5. Masukkan semua hirisan bawang n halia. Tumis lebih kurang 2 minit. *humm, wangi*
6. Masukkan beras basmathi itu.
7. Masukkan lebih kurang setengah tin susu cair F&N, serbuk lada sulah, sedikit air asam limau nipis, garam n gula. Masukkan air 2 kali ganda beras. Kacau.
8. Letak atas rice cooker. N biarkan sehingga masak.
9. Bila dah masak. Taburkanlah bawang goreng.

See. Senang kan uols??
Itu ialah basicnya. Kalo nak lagi sedap macam saya buat. Tambahkan kismis ke dalam nasi itu. Uhumm.
Sila guna susu cair F&N ya. Sebab ini resepi adalah tunjuk ajar F&N kepada saya. Hahaha ;P

Till then, jumpa lagi uolss,..
Chow n Daaa...

P/S : Saya sangat suka beras basmathi. Sedap n lazat n panjang. Hee. Kat umah saya, memang lengkap segala macam jenis beras. Harus ada beras basmathi, beras pulut, beras herbafonik, beras siam (kegunaan hari2) n beras perang (untuk buat nasik dagang). Heee. Harus lengkap... baru syok nak masak pape bila teringin. Hehehe

Wednesday, 25 July 2012

Tak sampai hati la kan... huhu


Holla frens...
Hepi working on fasting hours! hee

Ni nak tanya korang pernah tak ada pengalaman cam saya ni...??

Hari tu kan bebeday saya... N skang lak dah bulan Ramadhan
Masa bebeday saya itu hari.. banyak laa dapat wish besday kat henpon n jugak alam fesbuk
Saya terharu okeh ngan ingatan dorang itu... huhu
Tapi... masalah problemnya ialah... nombor henpon yang appear tu saya tak kenal owh..
Untuk cover line, saya ucap terima kasih ler.. kunun2 tau sapekah beliau-beliau itu.. hihi
Padahal, memang saya tak tau sape gerangan...

Ni ucapan salam Ramadhan pun sama, ada dapat via sms, via wassap, via fesbuk...
Tapi sekali lagi, huhu... nombor tak dikenali muncul
Berbuat baik juga.. balas salam Ramadhan jugak n say tQ...
Hakikatnya dalam hati tertanya2 siapakah gerangan beliau itu..

Bukan ape uolss.. saya tak sampai hati okeh..
Tak sampai hati sangat nak tanya sapekah beliau.. malu pun ada.. hihi
Yerlaa beliau-beliau itu kemain lagi simpan nombor henpon saya... siap wish bagai
Sekali, saya ni tak simpan no dorang... huhu
Maapkan lah daku ini.. sebab hari tu nombor banyak ilang laa, henpon saya kan problemo itu hari.. huhu

Yang tak tahan, bila tanya anonymous itu 2 hari lepas sapekah beliau.. beliau jawab boipren lama saya
Hahahah.. pandai ko mengenakan aku yer wahai Pojan.. hihihi

So uols camne???
Tak sampai hati kan nak tanya sape mereka yang baik hati yang ingat kat kita kan?? Kan??

Sekian, ekspresi diriku hari  ni.. huhu

P/S : Bukan lupa tapi tak ingat. Hehehe

Bila ila pegi KLCC .. hooh!

Holla frens...
Tada.. ila muncul lagi.. hehe
Kali ni bawah entry My Work ... hihi

Pagi tadi dalam entri lepas subuh saya tu, kan saya ada bagitau saya kena o/stn..
Ala.. pegi KL jer pun.. but to be exact,...Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Ada ape pegi sana??
Humm.. saya, bos n Rocky kena wakil bahagian laa pulak..
Pegi ke Government Transformation Programme (GTP) 2.0 RoadMap itu... hoho
Maka, pegi laa saya pagi buta tadi tu... meredah jemm ke KL...
*teringat plak dulu, masa stay kat KL.. saya meredah jemm ke Putrajaya..hee*

Bila dengar kena gi KLCC, saya suka jer.. hehe
Yerlaa KLCC kan tempat feveret saya shoping... ahaha..
KLCC ialah tempat saya shoping blouse... saya suka,.. sbb kat sana design nyer cun n baru..!!
Mostly koleksi blouse saya memang beli kat KLCC .. *aitt ila, citer kisah baju laa plak..hee*

Pegi GTP tu..mak oih, ramainya umat manusia dalam Dewan 1-2 tu... huhu
Bila Dato' Idris Jala bagi speech..hooh, ramai banget orang ... tapi, penat owh...berdiri 1 jam .. huhu
Kerusi dah tambah pun tak cukup..
Slideshow Dato Idris Jala tu menarek..saya suka.. smart.. tapi, kacau betul laa kat dewan tu guna spotlight.. terasa macam kat konsert plak..sakit mata ai tau...
Lagi satu faktanya ialah.. KSN pun ada.. ahah.. *patutlah...*

Lepas jer perasmian, sume jemputan pegi tengok booth
Ala2 gallery walk pun ada.. Umat manusia, hoh ramainya..
Sebelum keluar, masing2 bagi ranking yg mana inisiatif NKRA yang terbaek..
Btw, saya suka Sistem My Teksi kat Lembah Klang tu.. next leh try test, betul2 efektif ke?

Me with Rocky .. my new partner at d office
Rocky ni dah sebulan kat ofis, lum kenal officemates...haha. Bila saya suh dia mix around, dia cakap dulu culture dia kt KKM memang camtu, masing2 pegawai buat hal sendiri.. *alohai, ada gak camtu.. buhsannya idup kat ofis camtu.. baik jadi robot..haha*

Dah datang sini.. ramai laa jumpa kengkawan. Yer la, sume Kem kena hantar wakil kan..
Sonok gak bila dapat jumpa geng2 batchmates, jumpa ex-bosses, jumpa kawan2 lama.. n jumpa lain2 geng2 ku yang banyak tu.
Dalam ini gambar, ini one of geng OBB.. tapi, dia orang JPSM ler..



Humm, dah alang2 sampai KLCC ni.. parking pun kat KLCC..
Makanya, sesi shoping moping tuh haruslah ada.. hahaha
Actually, dah berbulan2 saya tak gi KLCC... 3 bulan kot??
Dah kebetulan datang ni, takleh lepas peluang.. hee

Mana pegi??
Ahah, yang pertama haruslah masuk Isetan tu.. pastu baru jelajah tempat lain
*teringat plak masa dok KL.. boleh kata hari2 lepak KLCC ngan geng.. hee*

Shoping kali ni tak lama laa, nak balik plak kan.. kalo tak jalan jemm

Hasil tangkapan saya kat KLCC ??
Tadaaa


Inilah dia 2 beg / plastik yang membuktikan hasil shoping saya itu
Seperti biasa, tiada istilah window shoping kalo dah datang .. hee
Suka.suka.suka..

Inilah produk rambut saya.. hah, jangan tak tau..sampai KLCC pegi beli ya
Bukan ape, salon rambut feveret saya kat Bangi tu dah tutup or move out..
Keciwa betul bila Maria n Kim dah takdek..huhu
Terpaksa laa cari hairstylist yang lain.. hukhuk...
N nak beli shampoo pun susah.. sib baik ler ada kat KLCC..
Nampak gaya pasni, untuk treatment rambut.. kena gi KLCC ler..

Demi rambut.. sanggup saya mencarik betul2 L'oreal Paris nye cawangan
Tak semua salon rambut ada jual tau.. sebab hanya yang berlesen jer ada jual
Walaupun saya bertudung, penjagaan rambut itu sangat penting bagi saya..
The circle must be complete.. syampoo, conditioner, masker, tonik n serum...
Saya ialah spesies yang sangat menjaga rambut .. since zaman kecik dulu tau..
Selepas wajah, rambut laa mahkota yang paling disayangi.. hihihi ;P

Hoh, ngantok laa..
Kena tido dulu ah.
Kepala dah denyut2 ni...

Chow dulu .... jumpa lagi
Daa

P/S : Saya sayang rambut saya...hohoho. N saya suka tengok fesyen rambut yang cun2.. leh laa saya buat jugak. Hee. Err, bau bunga rampai camne yer kengkawan?? Hahaha


Jurnal Posa : Hari Ke-4 / Entry lepas berbuka

Hola frens !
Slamat berpuasa hari ke-4 Ramadhan..
Macam mana puasa stakat ni??

Alhamdulillah, hari ni saya masih terus berterawih
Humm, tazkirah hari ni bagus...
Sape kata hanya orang kaya jer boleh bersedekah ???
Sebenarnya ada banyak kaedah untuk bersedekah walaupun kita ni bukanlah kategori kaya atau banyak duit... *humm, tambahkan pengetahuan....*

Kisah berbuka posa hari ni??
Apekah temanya??

Ahah, tema berbuka posa saya hari ni ialah Nasi Berlauk
Sebab tiba2 rasa teringin nak makan nasik berlauk.. nyumm,,nyumm

Jom lihat gambar..

Menu 1 : Kari Ayam
Actually kalo kita ada waktu yang tight, pilih laa jenis menu yang bersifat rebusan macam ni
Lagi ok daripada jenis bergoreng...goreng2 lama kan ambik masa.. uhmmm

Menu 2 : Daging Bakar
Humm, biasa kalo kita makan daging bakar.. mesti ada air asam kan..
Tapi, oleh kerana tema saya Naasi Berlauk.. maka tak perlu air asam tu sume..
Nanti dia tak ngam.. hee

Menu 3 : Ulam timun dan Sambal
Ahah, inilah watak utama Nasi Berlauk..
Harus ada sambal ini... bila makan..gaul nasi dengan kuah kari + sambal ni..
Perrghh.. lazat okeh. Lagi lazat kalo ada ayam goreng sebenarnya.. baru kaw!
Tapi hari ni, saya tertido laa..huhu.. so, takdek laa ayam goreng.. ganti dengan daging bakar...uhmm


Hari ni manisan saya tak buat untuk berbuka
Sebab just berbuka denga kurma n air soya.. dah cukuplah kan...hee


Ok..sekian entry jurnal posa hari ke-4 saya..
Esok nak masak ape ek??
Cam buhsan dah makan nasik.. hehehe


Till then, jumpa lagi  in d next entry
Chow n daaa

P/S : Kalo kat kampung ku nan terchenta, malam2 lepas terawih...adalah masa untuk menikmati macam2 makanan yang lazat,..cucur, kerang rebus, rojak, keropok, cholek.. humm, bestnya! Nak kena buat ni..hoho

Tuesday, 24 July 2012

Jurnal Posa : Hari Ke-4 / Entry lepas subuh

Holla frens..
Dah bersahur dengan jayanya???
Baguslah begitu??? Sahur awal ke lambat2kan??


Ini gambar alarm yang saya set dekat henpon saya yang canggih ni

Melewat2kan sahur kan bagus.. tak gitu kengkawan??
Nampak alarm jam henpon saya???
Kalo sebelum bulan posa ada 2 layers sajer,..
Untuk bulan posa, tambah 1 more layers... jam bangun sahur....hehe

Tapi, pagi ni... huhuhuhu
Hari ini dalam sejarah tau..

1. Bangun pada jam 5.20 pagi..
2. Paling cepat masak.. 3 minit sajer.. Sebab?? Goreng telur dadar sajer.. hahaha
(huhu..sib baik laaa dah ada lauk pauk yang banyak tu.. tinggal panaskan sajer..)
3. Makan dengan pantasnya... 5-10 minit sajer Sebelum waktu imsak. Paling penting, minum air banyak2... hirup sup banyak2.. hahaha :D

Tu lah dia kisah kelam kelibut pagi ini...
Adik teruna saya yang dah sahur kat luar bebel2 sebab saya kunun sajer terover lewatkan sahur.. huhu
Pastu saya cakap kat dia,... dia tu kalo kakak nya ni tak bangun, dia pun tak bangunlah..
hahaha..

Actually kelewatan berlaku pada sahur ini,..
Sebab????
Of cos laa sebab lewat sangat tido malam tadi..
Dekat kul 2 pagi okeh??

Ape ko buat wahai cik ila??
takdek ape pun,, tersangkut ngn online laa plak..
Haih, lenkali.... harusss tido awal.... harusss. Haittt!

Sekian entri yang serba pantas dari saya.. 5 minit jugak! Haha

Till then, daa....
Got to go first... Nak kena gi KL ni.. heheh

P/S : Biasa saya tak suka gi o/station. Tapi, hari ni... saya suuuukaaa sangat! Yeay..

Monday, 23 July 2012

Jurnal Posa : Hari Ke-3

Holla frens!
Camne hari ke-3 Ramadhan uols???
Yer laa, hari ni kan merangkap hari pertama posa kat ofis.. ahah
Mesti ngantuk banget kan?? Hee

Seperti biasa, saya bangun untuk masak sahur jam 4.40 pagi..
Gagah bangun untuk masak..hehe
Sahur pagi tadi just masak Ayam Bawang Putih, Sambal Tumis Tempoyak cecah ulam timun n abeskan sotong masak lemak cili api tu. Humm, ulam2an memang menyelerakan lah!
Lepas sahur, memang saya tak tido... terus bersiap untuk gi keje
N hari ni baguss betullah, saya sampai ofis jam 7.40 pagi... best datang awal kan..
Confirm bulan posa ni, punch card takkan merah, hihihi.

Kat ofis hari ni, rasa dunia berseri sungguh.. hahaha
Sebab tu, jiran saya dok dengar saya dok gelak n nyanyi sajer.. ahahaha

Tadi gi terawih...lain plak..
Rasa ngantuk sajer..hoho. Sib baik laa masih mampu bertahan....alhamdulillah
Balik terawih, pekena kopi aik cheong yg kaw itu sajer...best owh bila dah disejukkan.. humm
Imam terawih pun so far, baguss.. saya suka gaya dia. Hee

Seperti dijanjikan kpd Rocky, menu juadah berbuka akan saya tepek kat belog ni
Untuk tatapan beliau.. haha.. tak gitu Rocky???
Jom tengok apekah??

Manisan 3 Ramadhan : Sira Pisang
Komen saya : Tak berapa kaw sebab tak jumpa jenis pisang yang sepatutnya tu, plus lupa plak daun pandan dah abes..hehe. Tapi, tetap abess... hehe

Menu utama1 : Sup Campur
Boleh, tengah2 prepare bahan nak masak... tiba2 jer leh tukar ke Sup Campur ni.. hehe. Nyum, nyum

Menu utama 2 : Daging Goreng Kunyit
Humm, kalo dah ada sup campur.. harusslah digandingkan bersama lauk yang sepatutnya.
Barulah lengkap hidangan ala makan kat kedai siam.. hihi

Menu sampingan : Tomato scrambled eggs
Humm, ini menu pun terpaksa ubah last minute sebab masa dah tinggal 10 minit sebelum berbuka
Ape taknya, start masak pun dah kul 6.40 ptg..hee. Ila owh ila!


Btw, hari ni kan tiba2jer saya dapat 1st customer yang nak order tartlet saya tu..
Ahaha... Ntah ler, kalo saya buat.. adalah. Hee

Pasal request membe2 untuk saya buat sesi berbuka puasa kat umah saya pun harus difikirkan, syok tu bukak posa sama2. Saya suka jer jadik host!! Hee
Request geng cergas sehat saya plak... set berbuka posa berbumbungkan langit yang cerah n nyaman
Hahaha.. harus kita jayakan ya wahai Pali n Tantie! Harusss.. haitttt!


P/S : Perasan tak, pinggan mangkuk yang muncul dalam belog saya ni sumenya putih kan?? Ahah, haruslah..konsep kat dapur saya ialah putih n biru. So, koleksi set pinggan mangkuk jenuhlaa carik yang putih biru saje tau.. Termasuk laa hiasan2 kat dinding sume tu. *konsep ler sangat..ahaha ;P *

Sunday, 22 July 2012

Jurnal Posa 2012 : 2 Ramadhan

Holla frens!
Masuk tido awal ek?? Esok nak keje kan.
Humm, saya pun berazam tido awal.. jap lagi harusss tido..hohoho

Alhamdulillah, terawih 2 Ramadhan ni dapat saya pegi lagi
Malam ni cipta sejarah, saya tak pakai jam tangan
Henpon?? Lagi laa tak kuasa nak bawak..
Serius, bila takdek jam tu.. rasa lebih tenang n fokus... sonok plak rasanya...
Kalo tak sebelum ni, skit2 tengok jam.. terasa lama je...huhu
*padahal, kalo gi shoping baju n kasut tu...3 jam memilih tu dah confirm! terawih sejam lebih skit takkan takleh tahan wahai ila...!*

Balik terawih, menjamu diri sendiri dengan homemade Bubur Kacang Hijau yang lemak berkrim tu, hee

Untuk manisan 2 Ramadhan ni, saya buat Bubur Kacang Hijau. Memang buat untuk makan lepas terawih, sbb tu masak lepas makan berbuka. Hee *ala2 supper time o/stn laa plak, hee*

Buat bubur itu banyak juga, sengaja...sebab otak fikir, leh buat eskerem mesia.
Oleh kerana takdek plastik panjang tu, taruk dalam bekas comel yang saya buat dadih..
Esok leh makan lagi..hehe


Untuk juadah berbuka puasa, hari ke-2 ni...pun simple sajer...
2 jenis menu ajer pun, ++ 1 menu yang brought forward dari sahur pagi itu.. hehe


Menu 1 : Ikan cencaru sumbat belakang.
Suka makan ikan cencaru sumbat ni, tapi nak kena jaga laa, sebab bahan yang disumbat tu mudah terkeluar time goreng.

Menu 2 : Sotong masak lemak cili api.
Masukkan sedikit kacang panjang...so, takyah masak sayur lain. Mudah kan?


Puasa tahun ni, azamnya nak simple2 segalanya
Takleh hover masak...takleh hover berborong...
Takleh hover layan TV...
Sumenya kena konsep wasatiyah gitu..ahah :D

Ok frens, jurnal ke-2 Ramadhan tahun ni, cukup dulu...
*padahal entri lain dah ada dalam kepala otak ni..haha*

Marilah tido awal..
Nanti baru semangat bangun sahur..ahah

P/S : Hari ni cipta sejarah, apabila abah ku call...katanya ada surat saman. Hahaha, finally my baby WTD pecah rekod nakal. Ropanya ai kena speed trap owh.. Yang bestnya, thru MyEG tu, PDRM siap bagi rekod gambar speed trap tu. Hohoho. Nakal juga my baby WTD tu yer. Tapi, perjalanan saya ke Le Grandeur Johor itu hari memang laju banget.. kejar masa katakan. Err, boleh claim ke?? haha *tetap takleh lawan rekod my baby WNP itu..saman berderet..hahaha*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation