Friday, 31 August 2012

Blogger addicted : Coding HTML

Tadaaa.... nampak tak header baru belog ai ni???
Besar dabak laa gamaknya.. kah,kah,kah

Dah lama aku tak buat coding kat belog aku..
N dah lama aku tak ubah design n template belog aku.
Kalo dulu... rasanya setiap 6 bulan..mesti aku ubah ropa dan penampilan belog aku
Kalo dulu, tema pilihan aku.. mestilah tema warna feveret aku... PURPLE
N ianya mestilah ada unsur2 smart n elegan...
Yang penting ianya tidak over!! Ahah

N malam ni, boleh pulak aku start mengcoding header aku...
Akhirnya aku taruk gambar... setelah lama aku berkeputusan untuk tidak taruk gambar dekat header belog aku ni...
Apapun, aku suka hasilnya.. cuma skang ni aku nak adjust dia nyer margin skit..
Too big i guess.. hihi

Pasal template plak.. aku rasa aku akan menten dengan belog hijau menawan aku ni
Bukan ape.. belog Ilass d blogger dah sinonim dengan hijau alami ni..
Orang pun dah kenal aku sebagai pemilik belog hijau nan menawan.. hihi

Till then.. until d next blogger addicted's label

Daaa...

Merdeka : Karanganku yang terbaik! Hehe

Dalam mood n tema merdeka ni kan, petang2 ni tiba2 aku teringat kisah zaman kecik2 aku dulu
Sonok pulak bila teringat.. Hee
 
Korang sume ingat tak bila kita mula2 belajar buat karangan??
Ahah, mestilah kita semua mula masuk darjah 4 / 5 kan??
Aku suka bila aku mula masuk darjah 4, di kala usia 10 tahun itu.
Tau sebab apa?? Sebab itulah bermulanya zaman kegeniusan n kegemilangan aku... hehe
Mulai darjah 4, bermula Ujian Bulan Januari itu.. aku selalu dapat no. 1 dalam kelas..
Cikgu aku masa tu namanya Cikgu Shukri suka kat aku sebab aku student dia yg bijak
N beliau adalah cikgu kesayangan aku zaman sekolah rendah... *haih, dah ke manalah cikguku itu, balik Kedah ke??? humm*
 
Masa aku darjah 5, Cikgu Shukri itu masih jadi cikgu kelas aku.. dan dia juga merangkap cikgu Bahasa Melayu aku...
Masa aku darjah 5... aku selalu dapat karangan terbaik dalam kelas... yeay, aku suka bila diiktiraf gitu.
Karangan terbaik aku bermula dengan sebuah karangan bertajuk "Aku sepasang kasut"
Punyalah gabra kena panggil ke depan, ropanya kena baca karangan aku itu depan kelas..hahaha
Lepas baca.. barulah tau karangan itu karangan terbaik! Yeay...
 
Zaman kecik, aku ni selalu advance skit daripada budak2 baya aku yg lain
Bila cuti hari merdeka masa aku darjah 5 tu kan, pagi2 aku bangun mengadap TV
Pastu aku tengok laa perarakan merdeka dari awal sampai abes...hohoho..bagus betul! hihihi
Kemudian, bila kelas bermula esoknya tu... kitorang diberi tajuk karangan "Sambutan Hari Kebangsaan". Budak2 kelas aku semua merungut dapat tajuk tu. Tapi tidak aku...haha
Wah, itu sudah bagus.. apelagikk, aku terus laa buat karangan berdasarkan perarakan yang aku tengok tu.. hahaha.. banyak betul idea aku...best owh mengarang.. tak cukup 1 setengah muka surat. Hee
 
Bila hari dikembalikan karangan itu, wah... sekali lagi..Cikgu Shukri umumkan karangan aku adalah karangan terbaik bagi tema kemerdekaan itu!!! Hahaha
Pastu cikgu suh budak2 lain contohi aku..lenkali kena laa tengok sambutan Hari Kebangsaan itu.
Best sangat!
 
Best sangat bila diingat zaman aku sekolah rendah itu... sebab masa tu aku berada dalam ranking terbaik sekolah. Best bila asyik dapat no. 1 jer dalam kelas. N jadi pelajar kesayangan cikgu. Hihihi.
 
Zaman sekolah rendah dulu, aku kategori budak pandai n terbaik dalam Bahasa Melayu, Matematik n Bahasa Inggeris.... Sonok bila jadi budak contoh n budak kesayangn cikgu. Masa tu ada sorang jer pesaing aku yang selalu tak puas hati bila aku dapat no. 1. N dialah yang asyik berebut no. 1 dengan aku. Kalo dia no. 1, aku dapat no. 2.. Hehehe.
 
N, guess what??? Aku masih berhubung dengan budak itu sampai skang.. Terima kasih Fesbuk! hihi.
N dia, tetap ensem macam zaman kecik2 dia dulu. Hihi. Ghaz, awaklah orang yang dimaksudkan itu. hihihihi ;P

P/S : Sonok betul bila teringat zaman sekolah dolu2. Sonok bila jadi yang terbaik! Hehe

Thursday, 30 August 2012

Bila hari-hari baju raya... !! ahahaha

[Mode : Mukaku penuh sapuan masker yang menunggu kering. Niat asal, sambil tunggu kering masker ini...aku blogging entri baru malam ni. Sekali...aku dok layan main game menguji tahap IQ aku ni ie game Diamond Island 2 ni. Syok owh game ni, betul2 menguji tahap kegeniusan IQ aku ni.. uhumm! ]



Minggu lepas raya ni bagus betul laa aku ni kan, pegi ofis...hari2 pakai baju raya. Ahah.
Wah, memang banyak sungguh baju raya aku tahun ni. Hehe

Dialog hari Isnin - Aku memakai baju kurung moden warna merah jingga itu.

Dia : Humm.. ni baju raya ke? Tak pernah nampak pakai?
Aku : Ahah, memang baju raya. Tapi..baju raya 2 tahun sudah. Ahaha

Dialog hari Selasa - Aku memakai baju kurung Pahang bertemakan biru warna korporat

Budak dari departmen lain : Haih Cik Ila, cantek baju. Baju raya ke?
Aku : Ahah, ini baju Ombak Rindu ok. Baju ni dah pakai sebelum raya la. Hehe

Dialog hari Rabu - Aku memakai baju pesak gantung warna bright peach hasil kain hadiah yang dibeli dari Guangzhou oleh Che Mat

Farah : Hai, Cik Ila. Wah, ni pakai baju raya ke?? *tegur beliau yang nampak aku kat bilik esyubi*
Aku : Takdeklah, takkan laa pakai baju raya datang opis. Hehe
Farah : Owh, ingat baju raya. Tak pernah nampak pakai.
Aku : Wah, bagusnya camni. Hari2 orang ingat saya pakai baju raya. Hehe.

Tantie geng cergas sehatku : Wah Ila, pakai baju raya ke ni? *tanya beliau sewaktu kitorg luncheon*
Aku : Wah, ko dah orang keberapa dah hari ni cakap aku pakai baju raya beb. Hahahaha
Tantie : Ya ke? Ingat baju raya.

Ustazah : Wah Cik Ila, canteknya baju. Baju raya ke ni?? *katanya kagum bila terserempak ngan aku kat surau itu*
Aku : Ishh, mana ada. Baju ni jarang pakai. Hehe
Ustazah : Lahai, ingat baju raya. Cantek sangat.
Aku : *kembang kuncup jer rasa hidungku, huahahaha*

Dialog hari Khamis : Sudah tentu hari aku pakai batik

*errr, dialog belum ada.... tunggu lah harinya esok, kahkah*
tapi, rasanya..semua orang dah hafal baju batik aku kan!! hehehe

Dialog hari Jumaat : Hooray, cuti Hari Merdeka uolsss!! 31 Ogos! hohoho

*sah2takdek dialog....kehkehkeh*



P/S : Ni yang bagusnya bila pakai baju yang dah lama tak pakai n jarang2 dipakai. Hari2 orang akan ingat kita pakai baju baru kan?? N bila lepas raya ni, mesti orang dok ingat kita pakai baju raya. Untongg lah. Ahahaha :D

Wednesday, 29 August 2012

Amboii...siap ada tutorial bukak Twitter ko!

Malam ni ntah camne aku boleh tertekan TV1..
Aku macam pelik sebab yang ditayang masa itu ialah cara-cara membuka akaun Twitter, macam mana guna Twitter, macam nak follow n macam mana nak ada followers.
At the end, ropanya moral of d story ajaran guna Twitter itu adalah untuk tweet,,tweet kat @najibrazak n #merdeka55.
Humm.. itu motipnya.. nak kumpul 50 juta tweetters...ohoo
Amboii..kelass ko... bukan senang nak ada ajaran social network cenggitu..
Kalah fesbuk uolss... humm..
Apapun, memang hebat kan penangan social network ni!
 
Jom tweet..tweet...
Just following people or grown ur followers??? Humm??
 
Aku lak tak bape nak gemar tweet.tweet ni.. humm.. Pada aku tak best sangat pun.
Mostly yg ada akaun twitter ni sebab nak follow artis2 kesayangan dorang.. kunun leh nyembang secara live la kan??? Well, mcm biasa.... pd ai... apa yg ada pd artis??
 
Aku mula kenal Twitter ni tahun 2007 walaupun kalo ikut sejarahnya twitter ni launched 2006.
Sama jugak dengan Facebook,... aku mula join tahun 2007.
Tapi masa tu, serius buhsan dowh.. sebab kat Malaysia masa tu fenomena Tweet..tweet n Facebook agak lambat... seingat aku yg glamer masa tahun tu hanya Friendster n Myspace..
So.. tweeter n fesbuk aku masa tu just sekadar akaun.. nak geng pun takdek org yg leh digengkan..
Tahun 2008 tu laa baru aku start mengaktifkan kembali FB bila ramai dah reti guna.. ehehe
 
Tapi, for social network.. pilihan utama aku since 2007 itu ialah blogging n aktif sebagai forumer..hee
Cos i like to blog.. i luv writing... uhumm,,,
Cuma dolu2 corak penulisan aku lebih kepada ekspresi diriku, much more bout what i was feeling .. all about my opinion on somethin issues....
N not to reveal bout how do i look, who is my family, my friend etc. N masa tu pun aku lebih suka guna medium bahse omputih, kunun WORLD laa kan. ahahaha ;P
 
Yg best jadik forumer tegar plak,.. hey... from that medium, me n my buddies still friend until now yeah... Not just on d screen buddies, but we're close friends..hehe. Hey, that's u guys that i mentioned here.. u, Lan Bulp n Aidil!!! *ok pakcik Lan, ko menuntut aku blanje ko dekat Redwok kan??? ok..ok.. tunggu! hee*
 
Sekian, kisah social network... terlebey suda... padahal nak citer psl tweet.tweet jer. Keke
N my akaun tweet.tweet?? Humm, tak payah laa diwarwarkan pun.. aku bukan artis..hihi!

 
Till then.. chowww....
 
P/S : Malam ni aku terpaksa blogging sebab aku sedang menunggu rambutku kering. ShampooDay but at late nite. Apekah? Btw, i miss u Maria. Where are u?? U are d only best hairstylist ever! I want u for my hairdo. Huhuhu...

Tuesday, 28 August 2012

Sib baik aku bukan pemarah ok....

Situasi 1 : Satu petang di kaunter cashier di Jeyjey.
 
Aku menolak troli yang penuh dengan barangan baru untuk umahku ke kaunter itu dan beratur. Di depan aku ada sorang pakcik tengah buat bayaran. Dekat belakang aku pulak, ada Incik Segak dengan beberapa item di tangannya. Tengah2 tunggu turn aku, tiba2 datang sorang mamat chinese yg agak remaja terus beratur di depan pakcik yang tengah buat payment itu.
 
Aku : (dalam hati : agaknya mamat chinese tu ingat beratur dari arah sana ke? tp, takkan dia tak nampak kitorg tengah beratur ni??)
 
Bila pakcik tu dah setel bayar, tiba2 cik cashier itu terus entertain mamat chinese yg baru datang itu. Aku yang tengok ni pelik, tp menten kool lagi.
 
Incik Segak : Eh, bukan patutnya turn akak ke bayar??? *ohoi, pakcik Incik segak ni panggil aku ahkak ok...walhal terang2an aku lagi muda dari dia tu....hukhuk*
 
Aku : Yer, memanglah. Patutnya dia entertain kita dulu. Que dari arah sini, bukan sana. Takpelah.
 
Mamat chinese : Sory...sory ya! *dia mintak maap kat aku tanda bersalah sebab dia macam baru sedar dia dah potong que*
 
Then, masa aku tengah bayar. Tiba2..
 
Incik Segak : Dik, lenkali u kena tengok laa customer betul!! Mana boleh u layan customer macam ni. Orang lain dah lama tunggu. Bila u buat macam tu, u dah menggalakkan orang potong que. Kena laa hormat orang skit! *suara tinggi okeh! *
 
Aku terkejut banget Incik Segak itu sound budak cashier itu. Alahai, kesian la pulak aku tengok budak cashier tu. Dah laa kecik n kurus, makin kecik laa pulak. Tapi... dia hanya mampu terdiam kena marah. Humm, apapun customer is always rite,...kan???
 
Sib baik laa ahkak ni bukan pemarah orangnya dik!! kalo tak, bukan Incik Segak tu aje... ngan ahkak2 ni sekali sound sama kamu yer....
 
 
Situasi 2 : Petang tadi di gerai menjual bawang, rempah ratus n macam2 lagi bahan kering dapur.
 
Oleh kerana lepas raya, memang stok bahan kering n bahan basah kat dapur aku licin. Alahai, camne nak masak2 kalo lapar di kala petang n malam kan. So... agak banyak benda aku beli. Bila dah bagi semua barang tu kat mamat peniaga tu, dia pun mencongak laa dengan jayanya.
 
Pada masa yang sama, aku perasan brader kat sebelah dia pun turut menyemak dok mencongak sama.
 
Mamat peniaga : Ok kak, semuanya 16 hengget! *sambil dia menyerahkan plastik2 berisi barang2 tu kepada aku*
 
Brader penyebuk : Eh, ko kira balik. Mana 16 hengget. *sambil mulut dia kira2 harga dengan kuatnya*
 
Mamat peniaga : Sori ya kak, meh saya kira balik *sambil dia tarik balik barang2 tu, n start conteng ngan marker plak*. Ok kak, 16 hengget. *katanya dengan yakin*
 
Aku : Ok, ni 16 hengget, *aku ambik semua barang2 tu n masukkan dalam beg shoping barang dapur aku tu. N start nak blah dari situ*
 
Brader penyebuk : Eh, ko ni. Aku dah kira semua barang tu bukan 16 hengget. Barang tu sajer dah 10 hengget, yg tu plak 2.80..bla..bla.bla. *mamat ni memang sangat tidak puas hati*
 
Mamat peniaga : Akak, bagi balik barang tu kak. Lagi sekali saya nak kira,
 
Aku : Haih, bape kali nak kira ni?? Tadi kan dah kira??? *Adoiii, aku dah mula tensen ni! tapi aku kuarkan balik semua barang2 tu dari beg shoping aku....tensen. N tengok adik peniaga tu mengira*
 
Mamat peniaga : Yer, kak. Memang 16 hengget. *dia berkata dengan kuat tanda protes kat brader penyebuk tu*
 
Brader penyebuk : Hey, barang tu bukan 2 hengget ke?
 
Mamat peniaga : Yang ni harga dia 2.80 la!!
 
Brader penyebuk : Hah, cakaplah 2.80 tadi.
 
Aku : Sediakan laa kalkulator ok. Baru senang nak mengira! Ni asyik dok salah kira jer. *suara aku dah bunyi tensen n geram. grrrr*
 
Mamat peniaga : Sori ya kak.
 
Hadoih... bape menet masa aku terbuang kat situ. Ape ke sengal laa mamat dua ketul tu. Huh, sib baik aku ni bukan jenis baran ok! Kalo orang lain, aku rasa dah kena sound dah mamat dua ketul tu. Boleh pulak dok bertekak dua orang tu. C'mon la....nak meniaga wat cara nak meniaga. Kalkulator tu bape hengget jer pun.. ape daa!
 
Kadang2 tensen bila berdepan dengan orang2 macam ni kan. Sib baik laa aku bukan pemarah n panas baran ok. Kalo tak...hoh, sendiri mau ingat la.
 
P/S : Kadang aku malas nak layan sangat situasi2 cenggini. Tapi harus diingat, setiap orang ada limitasinya. Walaupun aku bukan jenis pemarah, tapi rekod aku stakat ni ialah.. aku pernah blah dari satu restoren tanpa bayar pape pun atas order yang tak puas hati itu. Restoren yang lembap pun sama, aku dah pernah blah dari situ sebab lama sangat tunggu makanan tak sampai2. Huh
 

Lalok lepas seminggu cuti raya ..hoho

Bila aku celik mata pagi tadi..
Yang aku leh rasa ialah sejukkkk!!
Terus tarik2 selimut ku yg tebal itu.. syok owh!
 
Sekali, tiba2 aku cam terpinga2 .. "hey, hari ni hari Ahad ke Isnin?? Masih cuti rayakah aku?"
Tiba2 teringat... "alamak, hari ni dah keje laa oiiiit!! aduhai"
Terus aku mencari henpon aku yang merangkap alarm ku itu..
Ropanya ada dalam selimut itu... huhu..
Nape alarm ku tak bunyi pagi ni??? Arrghh, stresss.. stress bila tengok jam dah 7.45 pagi...!!
Adoih, aku mamai... hari apekah ini???
 
Terus aku lompat bangun dari tilam empukku itu...
Arrghh... mandi ila mandi....!! *Jangan cuak.. be cool....*
Aduhai..... betul2 aku tak terbangun pagi ni.. huhu
Maapkanlah aku wahai boss.. huhu.... aku betul2 tak terjaga... *mencikkk!!!*
 
N pagi tadi... aku masuk opis dah macam orang yang masuk 8.30 pagi...
Huk,huk.
 
Ok....aku akan ganti semua masa2 opis yang aku dah tercuri itu... huhu

P/S : A bit surprised when i just find out that somebody google for my pictures. Ahaha. What for??? Is it my pictures in this blog not enough for u??? Hummm.... *whatever!* Btw, masih lum terlambat kita semua bermaaf2an sempena bulan raya ni kan???

Wednesday, 22 August 2012

Filem JIWA TAIKO yang HAMPEH

Hari ni hari ke-3 Raya bersamaan 21 Ogos 2012 (Selasa)...
Hari ni aku tak gi beraya ke mana pun...sebabnya ialah; ohooo..umahku tak putus2 dikunjungi tetamu
Ahah, sape lagi kalo bukan anak2 sedara mamaku itu..
Inilah dia kalo mempunyai mama yang merupakan anak bongsu kesayangan..
Sahihla mamaku itu menjadi Maksu kesayangan...hummm

Kalo dulu, umahku ini meriah dikunjungi semua adik-beradik n anak sedara n cucu nenekku
Yer, itu plak kerana nenekku itu ialah anak yang sulung ...
So.. begitulah..

N aku seperti biasa, kalo orang datang bertandang,,,, akulah chef d mission kat dapur itu
Hari ni bihun gorengku itu yang jadik hidangan utama...humm
Kesimpulannya hari raya ke-3..siang hari adalah hari melayan tetamu bertandang..

*amboiii..panjang pulak intronya sebelum masuk ke topik sebenar, hehe*

N malam ini adalah malam menengok TV sedunia oleh aku n adik2ku...
*perhatian : rekod baru, raya ni aku tak tengok TV langsung..sehinggalah malam ni..uhum*
Lepas gelak2 tengok citer Jangan Pandang2 yg bolehlah dikatakan lawak..
Kitorang pasang DVD, sambung tengok Mael Lambung..
Well, mamat Zizan Raja Lawak tu memang kelakar kan?? Humm, baru ku tau..ahaha

Pastu, adik perempuan bongsuku a.k.a Kakak... tiba2 ajak tengok citer JIWA TAIKO
Filem lakonan Remy Ishak, Diana Danielle n Fizz Fairuz, arahan pengarah Ombak Rindu, Osman Ali

Sudahnya, kitorang satu umah ni tengok citer ni sambil dok mengutuk citer hampeh ni
Serius, citer ni memang hampeh...langsung tak paham ape moral of d story nya tu
Langsung tak menunjukkan budaya masyarakat Malaysia, bangsa Melayu n beragama Islam
Pendek kata, memang rosak laa citer ni...

Haih, padanlah ramai yang kutuk citer ni masa habis tayangan dekat pawagam dulu
Ropanya, memang hampeh pun .. n wajar dikutuk!!

P/S : Kalo la aku ni dalam Lembaga Penapisan Filem, mesti aku tak luluskan citer ni.. hampeh!

Saturday, 18 August 2012

Pelik tapi benar...macam taknak raya pun ada kan?

Dari pagi tadi lagi aku dah dok pikir entry pasal ni! Haruss dimasukkan .. harus diekspreskan..
Tadi masa borak ngan geng cergas sehat.... kitorang pun ada discuss pasal menda ni
Nak raya tahun ni terasa agak pelik sedikit... sungguh!

Aku bagitau dorang, aku rasa pelik skit nak hadapi raya tahun ni sebab :

1. Aku tak semangat langsung nak raya, d mood is not there!

2. Aku tak pasang lagu raya langsung... serius, langsung tidak. Sama ada pasang di PC dekat opis atau kat umah, dalam keta..langsung tak dengar cos i xdengar radio melayu! N bila dengar lagu raya dekat restoren atau kedai, langsung tak excited. Feel just like nothing... humm

3. Aku tak tukar duit raya langsung. Tahun ni, aku takdek laa merasa beratur panjang kat bank semata2 nak tukar not RM1. Yer, langsung tidak..kerana pada hematku..angpau raya yang berisi duit kertas itu masih ada dalam kotak comel di bilikku itu. *harap2 ada...*

4. Tidak beli baju raya yang khusus untuk raya. Serius, memang takde semangat langsung. Biasa baju rayaku mesti dibeli dengan niat ianya akan jadi baju khusus for dinner or other function. Tapi, kali ni.. aku just beli baju baru dengan niat ianya akan jadi baju opisku yang baru. Tudung baru? Of cos langsung tak beli.

5. Tidak bershoping sakan membeli hadiah persalinan baju baru untuk adik bongsuku sayang yg 2 orang itu ie utk kakak n adik. Tidak membeli baju melayu untuk abahku. Tidak pilih sampin untuk dorang, tidak sebuk pilih langsir baru untuk mamaku. Langsung aku rasa letih nak buat semua tu. At the end, aku bagi jer duit kat mamaku untuk tetapkan sendiri tema apekah tahun ini. *so this year, tidak menjadi tahun yang aku menyebuk nak tentukan segalanya...huu*

6. Sepanjang bulan posa, setiap hari aku memanjat tangga setinggi 16 anak tangga x 4 pusingan itu. Yer, posa kali ni langsung tiada xtvt jog. So, aku pilih exercise naik tangga setiap pagi. Itu pasal aku kurus kot? Haha

7. Tahun ni aku buat kueh raya paling skit, tapi..paling gempak comel n sedapnya n modennya.

8. Yang terakhir,..yang paling pelik antara semua ialah; apehal aku masih bekerja pada hari 28 Ramadhan ni??? 2 hari nak raya uolss. Aku sndiri macam tak percaya yang aku pegi keje lagi pada hari Jumaat yang lengang ni. Hohoho. Apekah??? Kenapa aku tak apply cuti yer? Cuti raya aku adalah paling skit tahun ni.. 3 hari sajer..! Biasa, 4 hari sebelum raya...aku dah selamat balik kampung owh!

9. Oppps, one more tertinggal! Tahun ni jugak aku tak buat sebarang e-kad raya n tak hantar kad raya via pos cam tahun2 sudah. Ucapan raya pun langsung laa aku takdek buat kt opis tu. Humm. apekah?

Itulah perkara pelik aku buat dalam nak hadapi raya tahun ni.
Humm.. agak pelik laa pada aku.
Seriuss, langsung aku takdek semangat n excited macam tahun2 sebelum ini.
Mengapakah??

P/S : Mama n adik2ku pelik, apekah benar aku ini balik di malam raya??? hoho

Friday, 17 August 2012

Jurnal Posa : Hari Ke-27 / Resah gelisah kat ofis

Hari ke-27 Ramadhan, ohooo.... aku tidak bangun sahur, huhu
Betul2 aku tido terlajak ... celik mata dah kul 6 pagi..
Terus bangun bersiap awal.. sebab pagi itu aku nak kena ammend skit slaid n write up untuk presentation itu
Presentation yg diminta dibuat last menet oleh urus setia...hoho
*tp.. sure la ai happy cos my esyubi sendiri turun padang present highlights KPI's itu... yeay!*

Lepas jer presentation itu.. terus larikk naik ke aras 13 wisma itu
Yess...rushing for another meeting.... *masing2 dah ilang tumpuan nak meeting, hoho*
Abes meeting jer... sibuk photoshoot plak...
N another half day.... dah takdek mood nk bkerja...
Tumpuan dah terjejas sbb dorang2 yg start cuti hari ni dah start wat gerakan mintak ampun mintak maap..haha :D

Aku plak?? Ape jadik??
Ahah, mood nak bekerja dah larikk..
Tinggal mood resah gelisah bila teringat my esyubi kata weolsss sonok sbb gaji baru dah masuk, bonus dah masuk..
Hoho, ini memang merisaukan.. serius!!

Apelagikk, terus bukak my Maybank2u itu..
Harus buat catuan dengan segera.. kalo tidak... hoh,,, parah! *kalo balik kampung, ai memang sangat rajin belanja macam2 ok.. cashflow laju macam air. Tapi.... as always still wajah Kool!*
Dah petang, sonok.. akhirnya misi menyelamatkan kewanganku berjaya

1. Pindah itu duit masuk ASB *harusssss*
2. Pindah itu duit masuk akaun penyelamat *wajibbb*
3. Bayar segala macam bil !! *lega....huh*
4. Tinggal amaun yg dikehendaki dalam akaun semasa untuk sesi shoping moping sepanjang cuti raya.. humm

Petang 27 Ramadhan 1433H..
Saya n geng berbuka di sini :

The Gardens Cafe
Kitorang berniat nak makan ala carte, tapi ropanya yang ada hanya buffet
Tapi.. ok laa buffet hanya RM39.90..not bad laa kan?
Food di sini as always, tidak mengecewakan..sedap..! Baik western or malay food


Balik dari makan sedap itu.. sekali lagi, aku terus tertido...huhu
Rosak program aku nak wat tambahan kueh raya.. hehe
Takpe, hari ni leh wat cupcakes yg comel n nyummeh itu...... harusss!

P/S : Sonok jugak sebab dapat duit raya hasil kueh rayaku... yeay!

Thursday, 16 August 2012

Seronok laa dorang... hohoho

Hari ni kelihatannya hari yang menggembirakan untuk kebanyakan orang...

1. Dorang suka sebab dah dapat gaji.... dah laa dah dapat bonus itu hari. Hohoho
2. Member2 ku yang mohon HLP itu ramai yang berjaya. Tahniah uolss... Ai tumpang seronok n bangga. *humm, nanti jangan lupa bagi sampel proposal ek...! nak jugak terjangkit aura tu..hehe*
3. Member2 ku dah ramai yang balik kampung... hoho. Untongggg laa. Dapat cuti awal. Kan??
4. Mak2 n bapak2 budak lak gumbira sebab sekolah dapat cuti awal tahun ni. Wah, terus balik kampung kan??
5. Yang mana ada anak tu, wah.. masing2 dah dapat angpau raya daripada auntie n uncle yang baik hati ni. Hehehe

Saya pun gumbira jugak.. sebab :

1. Yeay... pembentangan pagi tadi sungguh berjaya. Tengkiu to my esyubi yang hadir mempresent. So smooth n of cos laa terbaeeekk! *tak sia2 ai balik lewat petang semalam... uhummm!*
2. Hari ni sesi photoshoot kad raya my opis. Ahaha.. sesi hantar kad raya elektronik laa uolss.
3. Dapat kad raya konvensional via pos itu daripada my buddies... Yeay. tengkiu atas ingatan.
4. Dapat fridge magnet comel dari Korea itu... aneonghasayo. Tengkiu Najo!. Like.like.like *nanti lepas raya, saya bagi awak kueh raya berbalang2 ek!! hihi*

Walau pun gumbira...
Hakikatnya.. hati n otak dah tak ingat keje...
Dok ingat nak balik kampung jer ni.. hehehe ;P

P/S : belum teringin nak wat ucapan raya lagikk!. tungguuuu

Jurnal Posa : Hari Ke-26 / Purple owh i luv it... n blueberry nyummeh

Hari ke-26 Ramadhan 1433H, seperti dijanjikan ... pegi berbuka posa ngan Fizry
Kali ni repeatttt Black Canyon okeh... *padahal aku dok teringat2 Mango Salad yang nyummeh itu... haha*
Dah gosip2... citer2... sambil2 sibuk wassap ngn Pali yang tidak berapa kacak itu *hahaha*
Makan2.. minum2.. akhirnya... kul 9 lebih .. baru ler aku sampai umah..

Dah sampai umah.. niat hati nak baring2 aje sebelum mandi sbb hari ini syampooDay aku
Sekali... terlelap... langsung tido tak ingat donia...
Celik mata dah jam 11.00 malam...
Bangun apelagik terus bertapa dalam shower.. mandi n syampooo
Dah malam buta baru nk sibuk tunggu kering2 rambut..
Sambil tu..seperti biasa time 12 malam ... layankanlah ulangan Tanyalah Ustaz itu ...
Dah abes Tanyalah Ustaz.. rambut pun dah kering. baru tiba2 datang rajin nak buat kueh raya.. haha

Jam 1.00 pagi.. dengan penuh kerajinan aku mula buat kueh raya bertemakan warna feveretku PURPLE
Sonok tau wat kueh ni..... macam terapi .. hehe *agaknya rasa damai tu sebab pasang bacaan ayat quran kot?? rancangan bersama Ustaz Dr. Daniel. Btw, ai mmg suka kalo Dr. Daniel ni bagi ceramah, best!*

Kul 3.30 pagi.. siaplah proses buat adunan, bakar, deco n masuk bekas... n... cuci segala peralatan

Akhirnya.. here is my Blueberry Tart ... comel n nyummeh *ai bangga sangat ngn ini tart okeh...*


Ahah, ini dinamakan proses mendeko my Blueberry Tart itu..
Deco with white choc... so creamy n nyummeh...n cute!

Ini pulak proses membotolkan my Blueberry Tart itu..
Dapat 2 balang, 1 balang penuh kerajinan masukkan dalam cawan kertas yang kiut
1 balang lagi, macam ni sajer.. *sebab bajet nak makan..hehe*

See.. rajinkan aku di tengah malam buta itu..??
Kemaruk nak feeling FEFEL di kala pagi buta yang nyaman.. hehe

P/S : Operasi kueh raya masih akan bersambung hari ini. Khas untuk kueh2 yang takleh tahan lama... uhumm. Haih, kalo tahun2 lepas..waktu2 macam ni, aku dah selamat balik kampung okeh. huhu

Wednesday, 15 August 2012

Seriuss....kurusnya aku

Last 2 weeks jumpa CT DJ.. dia sangat terkejut bila tengok aku "sapekah di sebelahku ini?? sungguh kecik!!"

Last week, adikku datang umah.... siap terkejut jugak "apesal kurus ni??? kurus sangat ni, tangan pun dah melidi"

Last week terserempak dengan Shima-beb kat Alamanda after office "lama tak jumpa ko ila. Ya Allah, nape ko kurusss sangat ni??? muka pun dah cengkung?? "

Last week jugak lepak ngan mak ekan, aku tanya dia... nape sume orang cakap aku kuruss ek?? Sekali dia kata "a'ah laa ila. Ko memang kurus laa. Muka pun cengkung..."

Reaksi aku dengan mereka itu??
"ya ke?? itulah, ramai tegur aku kurus. Biasalah.. aku sibuk ngan urusan keja. Ke sana ke mari kan..."

Partner aku kat ofis plak kata, "tang mana buleh kurus ni ila?? padahal suka makan, suka masak....ape sebenarnya??"

Tapi... hari ni bila aku pakai baju kebaya merah ini :


 

Huhu, baru aku sedar... bahawasanya aku sangat kurussssss!!!
Arghhhh..!!

Baju kebaya ini biasanya kalo aku pakai... ala seksi rasanya sebab betul2 ngam body
Tapi... ini bila pakai, baju itu sangat longgar berkali2 ganda...
Even lengan aku pun longgar ... uhukkss

Kalo last timbang berat aku 45.9 kg... agaknya skang ni bape ya berat aku??
Haruss kena buat timbangan ni....

Hummm.. nape aku kurussss ya??
Aku rasa aku tau.... aku rasa ini sebab pergolakan jiwa dalam diri aku laa..
Otak aku sakit agaknya skang ni... huuu

P/s : orang lain sibuk susah hati sebab gemuk... aku pulak susah hati sebab kurussss. Huhuhu. 

Tuesday, 14 August 2012

Jurnal Posa : Hari Ke-25 / Ketam, ketam owh Udang... nyumm

Hari ni patutnya aku bukak posa kat luar
Macam aku dh bgtau dalam entri aku sebelum ni, minggu ke-3 n ke-4 posa adalah hari2 aku bukak posa kat luar ngn geng2. kalo diikutkan memang jadual setiap hari adalah full..
Tapi hari ini... tiba2 keinginanku terhadap ketam sangat melampau..
Kat ofis, jam 11 pagi tu .. otak aku dok terbayang2... bestnya kalo dapat ratah ketam..nyumm..nyumm
Sekali teringat, hari ni aku ada sesi bukak posa kat luar...tema hari ni, segalanya western
Humm,..apekah??

Sekali roger geng...tiba2 plan bukak posa kat luar terpaksa ditunda ke hari khamis ini..
Ada hal yang tidak dapat dielakkan... *padahal, kes2 setelkan kueh raya itu..hee*
Dalam hati aku cakap 'yess', dapat makan ketam laa jawabnya..haha
Laju jer cakap kat geng..its ok kalo nak tunda.. since tempat tu takdelah kitorg booking pun..humm

Akhirnya,...yeay.. dapatlah memenuhi hasrat nak ratah ketam ini hari... walla

Tadaaa.. inilah dia menu feveret daku : Ketam Masak Cili Berkrim..
Walla, memang puas hati dapat ratah ketam yang lazat ni...nyummeh!
To Rocky, see....ai mesti buat apa yg cakap, hehe
Resepi sangat mudah untuk dibuat..
Seperti biasa, tema masakan ai mestilah 'Easy to cook, but...so delicious to eat!'...nyumm


Ahah, ini dia pelengkap sesi ratahan semasa sesi berbuka tadi
Hoh, Udang Celup Tepung ... also my favourite ever!
Kalo dah temanya seafood, harusss ada udang ya..
Sungguh enak dimakan begitu sajer....takde sos pun takpe, hee

Ok. sekian saje dulu entri Jurnal Posa malam ni untuk hari ke-25 Ramadhan 1433H
Jumpa lagi dalam entri akan datang... Daa

*hoh, harus bersiap siaga untuk sesi uli menguli my homemade raya cookies....ahah. Humm, tema malam ini ialah...purple my favourite n warna warni kehidupan...hee. Btw, hari ni banyak pulak org yg nak tempah kueh rayaku itu....tp, thn depan laa jawabnya uolss...huhu*

P/S : Alaaa...malam ni last episode my favourite TV Show... Desperate Housewives. Harusss takleh lepaskan episod ini. Huhuhu


Kalo aku bukan seorang pekerja gomen

Tadi sonok pulak borak2 ngan WA pasal aktiviti jual kueh raya beliau itu..
Humm. tak menang tangan ek??? Siap tak cukup stok tu, hehe
Untong laaa..! Raya ni bleh laa bagi banyak duit raya

Bulan posa ni memang banyak laa munculnya bisnesman/bisneswoman kueh raya
Even ada tu tak reti pun buat kueh raya,.. tapi kalo jual still claim homemade kueh raya
Ingat homemade tu maksudnya dia buat sendiri.. ropanya kueh raya yg dibuat kat umah.. bukan jenis buat kat kilang tu.. 
Ohoo, begitu.. baru ku paham.... uhumm

Aku pun ada orang yang berminat nak tempah kueh raya ngan aku...
Tapi... tak berani laa aku nak ambik order... yerlah, idup memang busy kan.. lum campur ngan out station lagi
Kalo adik pompuan aku ada, maybe bleh laa jugak ambik order espcially from those yang suka kueh buatan aku tu.. hehe *peminat ai okeh..hihi*

Pastu mulalah terpikir, kalo laa aku ni bukan pekerja gomen ...

1. Aku nak bukak cafe ala2 secret recipe gitu. Pastu aku buat laa segala cookies n cakes yang best2 n jual. Mesti syok kan. All food with my own signature, huuu.. bestkan? This is my passion...luv it, luv it. *Kalo bisnes ni bila dah pencen (opsyen awal?) nanti pun ok jugak.. kann??*

2. Aku nak ada bisnes katering. Hoh, ini pun best. Takyah bukak restoren, yang penting perkhidmatan katering. Dapat order jer, masak n hantar. Chef nya mestilah tidak lain n tidak bukan aku sendiri. Wakaka. *humm, teringat pulak masa cuti raya kat hometown aku beberapa tahun sudah, .. aku siap buat mini katering okeh.. Masa tu dapat order daripada cikgu sekolah, buat mee kari untuk jamuan raya peringkat sekolah. Wah... best betul aku rasa masa tu. Syok ah!*

Pendek kata, aku suka apa yang berkaitan dengan passion aku. Baru ler semangat sentiasa. Hoho.
Hoh, adekah aku ini tengah berangan??
Berangan ke cita2???
Hee :P

P/S : Dulu, aku selalu teringin nak ada salon rambut sendiri. Jadik hairstylist.. sebab dulu aku suka bab2 potong rambut, buat rambut... Tapi, skang ni aku rasa kemahiran aku dalam hal ehwal stylist rambut sudah semakin tumpul. Huhu. *Jaga rambut sendiri sudah...*

Jurnal Posa : Hari Ke-24 / Raya Cookies in da house....!

Mode : Tengah tunggu bunyi ovennya berdenting... tanda kueh raya ku itu sudah masak dibakar. Ahah (penulisan pada jam 10.30 malam, 13 Ogos 2012)

Akhirnya, muncul juga entry pasal my homemade kueh raya tahun ini.. hehe
This is d real homemade cookies for raya... ahah

Balik daripada Melaka tengahari tadi, terus otak aim nak buat projek kueh raya itu..
Lepas pegi ngantor incik nuffey ke umah bujangnya itu.. n antar ct noor ke ofis, sempat laa jugak pegi ke BBB..kunun nak membeli tambahan deco untuk kueh rayaku...
Sekali, mak oiii.. jalan jemm owh.. sangat sesak.. hadoih..satu kerugian plak rasanya bila sangkut camtu
Almost 2 hours i was there, stucked in my own car...huhu

Akhirnya....sampai umah kul 2.30 pm..
Dah smpai, sempat lak terlelap seround..hee
Akhirnya...kul 4.30 pm baru ler start operasi wat kueh raya.. hehe

Jommm tengok kueh raya ku ...

*sambung menaip... pada pagi Selasa, 14 Ogos 2012*

Tadaaa.. itu dia 1st batch tart gulung nenas sedia untuk dibakar...
Humm, comel n gebu.... hee

Ahah, ini dia ropa cookies yang telah berjaya disiapkan
Sementara tunggu yang lain siap dibakar, ambik gambar dulu.. heee

Untuk 1st round... ai dah berjaya buat 2 balang tart gulung nenas n 2 balang choc chips cookies. Hahaha... :D

Operasi akan disambung lagi pada hari ini, 25 Ramadhan 1433H.

Next kueh raya...................tunggu kemunculan bergambar..hoho

Till then.. chowwww

P/S : sekali lagi aku tensen ngn internet. rasanya ini memang sindrom demam raya melanda. internet pun jadi down.. *sigh*

Monday, 13 August 2012

Stalker a.k.a malaun yang kurang bijak itu

Ada dulu selama beberapa hari, adalah sorang stalker a.k.a malaun anonymous yang selalu call aku
Kunun dia ada unfinished business dengan aku.. n tak puas hati dengan aku
Tapi, seperti biasa.. mintak maaplah.. tak kuasa aku nak layan

Aku ni kalo nombor2 tak dikenali atau pun private no atau pun anonymous no. memang aku ignore jer
Tapi kan, kalo dah tahap macam menggugat keamanan aku, aku akan save no si malaun itu elok2

*malaun = gelaran yang aku guna untuk manusia2 yang menyusahkan aku*

Nak dijadikan citer, malaun itu ada wassap jugak...
N ntah camne, hari jumaat itu hari .. aku rajin pulak nengok2 list contacts wassapku itu...
Tup2 no si malaun itu dah pun elok ada picture profilenya... ahaha, sungguh kurang bijak kan?

N memang tak silap perkiraan aku... memang betul pun dia itu
Si dia itu yang cuba carik masalah ngan aku walhal tak tau ape isu...

Biarkan si luncai itu dengan labu2nya...

To that stalker... it is comfirmed that u're d one who try to ruin my life..
U're lucky that i'm just cool.... n am not from d spesies who like to amok like crazy... huh
For now, let bygones be bygones....


P/S : Aku takleh terima kalo ada cubaan nak kambinghitamkan aku atau persalahkan aku atas salah orang lain. Serius! N to that somebody, pls do responsible for what u've done. Put the blame to others will not solve ur problem. Last but not least, stop pretending .............

Sunday, 12 August 2012

Citer pontianak a.k.a vampire yang karut...

Aku skang ni tengah tengok citer puntianak a.k.a vampire lakonan Collin Farrel.. tajuknya Fright Night
Malam tadi n petang tadi pun aku dok tengok citer vampire jugak...tajuk Rise of the Lycans..
Petang semalam pun citer vampire jugak..apelagik kalo bukan Twilight tu..
Hadoih,,,
Ropanya dekat Fox movies minggu ni ropanya tema Pontianak...
Hampeh betul rasanya...

Aku bukannya minat nak tengok.. tapi 'tertengok' sambil2 online ni..
N supaya tidak la sunyi sepi bilikku yang besar ni...

Tapi... bila dah sambil2 tengok ni kan..
Aku dok pikir.. nape laa orang buat citer gini..
nape ada yang minat citer gini.. adohai... karut laa semua ni...
Ntah hape2 jer... buang masa jer layan citer2 gini
Takdek moral of d story langsung..... karut sekarutnya..

Kesimpulannya citer2 puntianak a.k.a vampire nih memang takdek pekdahnya dok layan
Selain buang masa... n melayan kepercayaan2 karut mat saleh tu sume..
Rosak akal budak2 kalo tengok...

P/S : Baik aku layan kartun Oggy n The Cockroachers tu, lagi sonok. Dah laa kelakar, release kejap stress otak aku ni.

Jurnal Posa : Hari Ke-22 / Sahur n berbuka di hotel uolss..

Mode : Masih tensen dari jam 10.00 pm 11 Ogos sehingga la petang ini, 5.16 pm Ahad 12 Ogos 2012. Sebab internet di bandar Melaka ini sangat slow tahap gaban.... *sigh*. Penceritaan masih guna ayat malam tadi, dah malas nak ubah ke mode hari ini.


Aku skang berada di Avillion Legacy Melaka... baru berada di sini kira 1 jam 10 minit yang lalu (read : waktu ketibaan 9.15 pm, 11 Ogos 2012)
Actually aku dah jejak ke sini dah 3-4 kali rasanya
Tapi hari ni nape tah rasa macam jauh banget n berpusing2..gara2 memfollow 2 GPS ku itu.. hoho

Sebenarnya aku ini agak kuciwa tiba2 kena o/stn ni ... dah minggu last orang nak raya..
Tensen owh..
Mula2 kena o/stn kat Allson Klana Seremban sajer..
Sekali short notice, hari Khamis petang tu baru dapat makluman tukar tempat n agenda..
Aiyooo.. memang aku malas laa nak datang bumi Melaka ni...huh..
Tapi kerana tugas, ikut ajer lah..
Kali ni datang kerana misi Transformers itu..hoho..

Buhsan punye pasal.. mula lah aktiviti nakal tapi berfaedah dibuat, hihi
Apelagikk..posing sana sini laa.. sendiri ambik gambar, sendiri posing..hee

This is my keycard  holder... agak comel laa dengan kombinasi warna tu


Jat da da, posing ambik gambar sendiri depan mini bar..hehe
Sebenarnya banyak gambar yang aku ambik untuk promote ini hotel kat uolss..
Tapi....apekan daya..2 gambar ni jer berjaya dihaplod...*tensen stress owh ngn internet kat sini..*


Tadi masa in grup discussion perah otak.. sempatlah kitorang bergosip pasal hotel ni

1. Intenet kat sini memang super duper lembab.. tak kira pakai Meksis or Selekom. Aku yang pakai dua2 ISP ni pun memang tensen,...huhu. Tak tau laaa ape masalahnya.. sangat lambat nak loading. Nak haplod?? Humm, lagilah..mimpi aje... huhu

2. Juadah sahur kat sini telah berjaya buatkan dorang2 menitik air mata. Sangat sadis ok, rasanya menu kat umah lagi sedap n varities. Sampai ketua sekretariat pun siap buat luahan perasaan supaya mintak hotel tambahkan menu. Humm, sib baik laa malam tadi ai pegi beli set Chicken Foldover n Chicken Porridge McD. Kalo tak mau ai pun bersedey sama.. huhu

3. Ekon kat hotel ni especially kat dewan itu sangatlah tidak power. Panass owh. Huhu, betul2 dugaan di bulan posa ni. Dah laa kena memerah otak, kepanasan laa plak dalam dewan tu.

Oklah.. malas plak nak wat ulasan panjang2.
Takut ini entri pun takleh nak post...huhu.

N...harusslah tido kejap sebelum pegi bukak posa jap lagi.

Till then, chowwww...


*owh ok....entri asal nak promote hotel,dah jadik entri mengkritik n mengomen hotel ini,,,*


P/S : Kat sini ada plak geng dok mengajak layan movie itu... owh, harus bertahan ila.. harusss! Dark Knight katanya sangat best yer?? Dah laa malam ni ada The Bourne Legacy. Huh, dugaan!

Mengasah otak di hari minggu....hoho

Ohooo..hari ni hari ahad. Biasa masa ni aku tengah syok tido berbungkuskan selimut tebalku itu. Takpun, tengah bergolek melayan katun atao rancangan memasak kegemaran aku.

Tapi....pagi ni, pagi2 buta aku dah bangun mandi okeh.
Pagi ni dah nak kena menumpukan otak utk urusan keje ni. Aiyoooo....

Dah laa kat sini...buat aku tensen dari malam tadi. Internet sangat laa lembab walaupun berada di tengah2 bandar. Kusut betul bila entri aku pasal hotel ni dok terbengkalai dari malam tadi n still tersimpan sebagai draf. Nak haplod gambr penuh warna warni tu asyik failed sajer dari malam tadi sampai pagi ni....huu. *tensen jadinya ai ni kalo ada isu melibatkan internet*

Ok....skang nak kena dengar taklimat laa sebelum masuk grup untuk sesi pecah otak. Huhu

Till then.....chowwww

Me @Avillion Legacy Melaka - 8.30 am, 12 Ogos 2012


Friday, 10 August 2012

Naik moto pun nak main SMS .. alahai!!

Petang semalam aku agak rushing ke sana ke mari..
Pagi pegi bertugas protokol mokol untuk majlis TPM itu, pastu balik tu terus antar itu amoi pegi opis, pastu plak terus shoot pegi cari bahan2 untuk sesi potluck iftar ini hari (read : host mmg bz kan..), pastu berkejar balik antar barang2 itu ke umah... harus laa masuk peti sume bahan2 segar itu.
Pastu rushing balik opis plak.. sbb aku nak kena attend meeting itu kul 2.30 petang lak.
Huh, sib baik laa aku ni superwoman.. *hahaha*

Pendek kata, semalam itu hari yang sangat bz laa.. 
Harus bijak atur waktu n kejar masa

Tengah2 rushing tu kan.. aku ni hangin betul ngan sorang mamat motor ni..
Dah laa ko bawak slow, pastu skit2 kiri..skit2 kanan, skit2 tengah..
Aiyooh, tensen owh.. sebab ko dah menghalang laluan aku,,, hisshh...*grrrr*
Nak kata mabuk, takkan laa,..bulan posa ni kan...

Dapat jer peluang aku potong mamat tu.. terus aku pandang dia.. nak tau gak macam mana muka mamat tu
*mode geram okeh*
Tau ape mamat motor tu buat??
Tengah main SMS uolss... adoiii laa, mana aku tak hangin...
Even aku yg bawak keta pun aku tak layan SMS...
Hisshh... bawak motor pun leh main2 henpon???

Pelik kan??
Paling penting... hottt rasanya dalam hati.. *dah laa semalam panas terik... lagi ler panass*

So, kepada sesapa yang bawak motor tu.. kalo rasa tak sayang nyawa sendiri.. tolong respek life orang lain
Bawak motor macam dia sorang jer atas jalan tu..
Please behave okeh...
Kalo ya penting SMS / call itu, please berhenti laa dulu kat mana2!!

P/S : Aku jugak hangin kepada mana2 minah / mamat yang bawak keta slow macam orang berchenta.... walhal keta belakang berderet. Tapi, agaknya memang betul berchenta laa tu sebab ropanya slow itu sebab minah / mamat itu dok sibuk ngan henpon.. sama ada bergayut atao pun main SMS ... ceh!

Thursday, 9 August 2012

Bila Muka Buku jadi Buku Resepi.. hahaha

Bila tengok2 timeline Fesbuk aku skang ni
Dan lebih menjadi2 di kala bulan posa ni..
Fesbuk aku tu dah ropa Buku Resepi sajer gamaknya..
N ramai pulak yang mengiyakannya.. hahaha :D

Fesbukku kini penuh warna warni gambar segala mak nenek makanan n masakanku yg kelihatan enak2 belaka.. wakaka
Dah laa ada gambar, siap resepi pulak kan uollss..

Okeh..okeh..
Pasnih aku akan coba mengembalikan Fesbuk ku yang dolu..
Yang penuh ngan citer2 menarek.. ahahaha
Err, tapi kan... bukan bab makanan pun menarek ape??? ahaha

tau.. uolss terus teringin kan?? kan?? kan??? ;P

Ahah, comel kan Buku Resepi Fesbukku.. hehehe


Okehlaa uolss...
Ai nak bersiap2 kuar gi iftar dah ni...
Chowww...

*maybe citer iftar petang ini akan kuar dalam entri malam karang...hoho*


Protokol owh protokol

Haih...buhsan betul bila kena jaga protokol mokol bagai ni..

Pagi2 buta dah datang okeh.

Tapi yang sonoknya boleh laa tengok wajah2 menteri besar n menteri kabinet secara live.

Kitorang ni kunun wajah berseri...bukan gumbira bertugas tp gumbira dengar citer raya..haha

*mode jiwa buhsan, bila nak abes ni?*


Wednesday, 8 August 2012

Bila dah minggu ke-3 posa..hoho

Bila dah minggu ke-3 posa ni kan..
Time sahur jer bangun lambat2...
Pastu nak makan berat dah takdek mood
Akhirnya pilih minum fresh milk, makan kurma n crackers sajer... humm

Bangun sahur, tetap bangun sahur..
Kena gak ambik berkat bersahur tu kan..

Pastu kan...
Bila dah lepas sahur tu, tunggu azan Subuh
Dah lepas jer smayang Subuh... hoh, tanpa berlengah terus melompat masuk dalam selimut comforterku yang tebal itu... *yerla, pagi2 kan sejuk...hihi*
Pastu tido... tunggu alarm bunyik jam 6.20 pagi
Bila alarm bunyi,.. tangan terus tekan SNOOZE...
Pejam mata lagikkk okeh... kemudian alarm bunyi lagikk 6.30 pagi..
Kali ni baru betul2 bangun...
Tenung almari baju n pilih baju apekah nak pakai gi keje itu hari.. *serius, buhsan yang sesangat tengok baju keje okeh,... buhsan ngan baju kurung tu sume... huhu, teringat keje private dulu..leh berfesyen macam2.. hee*
Pastu iron baju n mandi..........

Kul 7.35 pagi baru gerak gi opis....

Humm, pendek kata.... buhsannya... Apekah??
Adekah korang pun mengalami krisis buhsan macam saya ni???

P/S : Sebelum ni, rajin tengok TV rancangan2 Islam lepas bersahur...sambil2 tunggu azan Subuh n sebelum bersiap gi keje. Sekarang... hoh, sendiri mau ingat lah!!

Hidup tiada makna tanpa c.i.n.t.a ??

Pagi ni, datang2 keje jer.. si Rocky dah bawak khabar duka tentang anak buahnya
Terkejut bila dia bagitau anak buahnya meninggal petang semalam.. eksiden!
Huu.. gerunnya bila dengar
*ai memang takleh tahan skit dengar bab2 eksiden ni... tak sanggup!*

Bila dia risik punya risik.. tengok Fesbuk anak buahnya itu
Alkisah.. ada luahan rasa pasal kecewa putus c.i.n.t.a
Hidup takdek makna bila cinta tiada...
N mungkin itu menyebabkan jiwanya kusut.... n kecelakaan itu terjadi

Humm.. bila dengar camtu
Tiba2 teringat tentang diri sendiri..
Yeah.. i've been through d sorrow as well as him
N that moment that's what i felt!
N i also had d moment losing d focus on d road,,,,
*luckily... nothing bad happended! syukur...*

P/S : Manusia lemah kerana cinta. Benarkah???

Jurnal Posa : Hari Ke-18 / All Black Canyon... jomm

Mode : Mampu ke nak tunggu tengok n sokong @pocketrocketman membawa balik emas pertama Malaysia??? *ngantuk banget nih*

Holla frens !
Seperti yang dah saya bagitau.. 2 minggu terakhir Ramadhan ni, takdek lagi ketuk2 Ramadhan kat dapur umahku sempena bukak posa.. hee
Bukan ape, untuk entri minggu ini dan akan datang.. saya akan tepek gambar2 juadah berbuka posa saya hasil ketuk2 di dapur orang plak.. janji bagi duit, jadiklah ketuk2 itu.. hee

Untuk hari 18 Ramadhan.. jom ikut saya Jalan2 Mari Makan saya dekat restoren Black Canyon Cofee..

Tadaaa... inilah dia hidangan berbuka posa untuk kitorg berdua semalam..
Orang kiri kanan depan kitorg sume kagum... sebab nampak 2 orang jer tapi order gaya makan 4 orang, hahaha..

Menu feveret 1 : Mango Salad
Yess, recommended uols... sangat marvellous.. sampai nak menitik air mata dek kerana holla sedapnya! Hee
Best sangat.. inilah dia kerabu mangga yang paling lazat pernah saya makan.... tambah sedap sebab ianya ada gajusss.... nyummeh!

Menu feveret 2 : Golden Purse
Yer, appetizer ini memang sangat sedap owh... ada 6 ketul... sorang makan 3 ketul
Hoh, makan ini sajer pun dah kenyang.. best.. 
campuran inti daging yang sedap n pencecah yg best!
Good combination..ahah

Menu Feveret 3 : Mocha Chips
Ahah, ini dessert sedap... juga pilihan saya.. kekeke
Bila dah abes makan, makanan yang pedas, grill, goreng itu sume.. penyudahnya dengan ini
Perghhhh, memang terbaekkk! Ai suka kombinasi mocha. cokelat, choc chips, n wafer itu,,
Humm.. tak cukup rasanya bila kongsi berdua ni.. hihihi ;P

Main meals oleh Tantie : Fried Rice with... (alamak, lupa menu laa plak...hehe)
Yang ini, harus beri kredit kepada 2 cucuk ayam grill yang sedap..
Rasa kombinasi tomato, lada benggala n paling penting .. sosnya yang lazat itu...
Hoh,,,, recommended uolsss

Main meals pilihan saya : Fried Noodle With Grilled Chicken 
Haaa.. yang ini hidangan penuh khasiat.. ohoo
Menu ni speselnya ialah, kalo order.. the dish is comes with the mushroom soup.. compliment okeh..yeay! like.like.like
Yeay..i luv mushroom soup n this is the best mushroom soup i've ever tried... ever!!!
Tapi... bila makan jer mango salad tu kan.. rasanya yang best tu terus tenggelam.. huhuhu

Sooo... begitulah kisah bergambar penuh warna warni... makan2 bukak posa kat luar...
Korang lak camne???

P/S : Entri ni dok tersimpan sebagai draf dari malam tadi. Tensen owh bila internet tiba2 super duper slow walaupun mode HSDPA... hummm.

Tuesday, 7 August 2012

Bukak posa situ sana sini ... hoh

Setelah 2 minggu makan hasil masakan sendiri kat umah
Ai tengok muka dia, dia tengok muka ai.. *dia = Che Mat a.k.a adik teruna ku itu*
Lama2 ai pun buhsan okeh.. hahaha ;D.
Jangan marah aaaa!

Kini... tibalah 2 minggu yang kunantikan untuk berjimba2 berbukak posa situ, sana, sini
N sesi lepaking di kala malam... hoho, best. best. best

Minggu ni Che Mat ku itu tiada di rumah, dia kena out station.. Yes. Yes. Yes. hahaha
So.. takdek maknenya ai melayan syahdu bukak posa sorang2 kan
Harusslah kekosongan itu diisi dengan sesuatu yang rowk n happening... ahah

Hari ni - Sesi berbuka posa bersama teman yg rowk , misi mencari sesuatu yang dah lama kepingin
Esok - Reserve utk berbuka posa berbumbungkan langit bersama geng cergas sehat *ohooi uols, roger2*
Lusa - Sesi bukak posa bersama my best buddies, CK, Zam, Ady dll lagi yg sungguh ramai itu!! Tak sabarnya!
Jumaat - Yeay, i'm hosting potluck iftar at my home sweet home. Can't wait for that laa uols.. Mari.mari.mari

Sabtu-Isnin - Berbukak n bersahur kat hotel uolss..
Selasa - Lalala... English ambience for me n WA... harusssss
Rabu - Berbuka posa di Merah Itu Cinta... feeling2 perjumpaan sebelum balik kampung, gituuuu
Khamis - ... (still reserve..keke)
Jumaat -  Berbuka posa meraikan bebeday geng cergas sehat bersama mak ekan.. 'lalala
Sabtu - ...
Ahad.. - Dah raya laaa. Heee

Berbuka kat umah atau kat luar... memang ada pro n kontra nya
Tapi, yang penting ... semuanya enjoy!!!

P/S : Tapi.. sesi jimba2 takleh lama laa.. sebab, sesi baking membaking laa pulak menanti ku kat umah tu. 'lalala. Seronok tau wat kueh raya ni. *terus teringat adik2ku...walaupun menyemak buat kueh sama, tapi itulah yang best...huhu*

Monday, 6 August 2012

Shhhh... ini rahsia tau!!!

Situasi : Perbualan antara aku dan si A.

A bercerita kisah B dekat aku. Aku pun melopong laa mendengarnya. Kemudian A memberikan ucapan penutup ;

A : Hah, kisah ni B citer kat aku sorang jer tau Ila. Ko jangan lak citer kat orang lain. Ni rahsia tau!!
Aku : *mode tekejut* Owh, ya ke? Ok, ko dun worry.. rahsia orang memang selamat dengan aku!

(Dalam hati aku : Hey, ko ni memang tak amanah la beb. Orang tu citer kat ko sebab dia percaya kat ko, tapi...apehal lak ko citer kat aku lak? Aku ni iyo O jer dengar kisah ko tu. Serius, pasnih jangan harap aku nak citer rahsia aku kat ko. Aku tak percaya ko, okeh)

Serius, aku tak paham dengan spesies orang camni.
Nape ko suka berjanji, tapi ko tak tepati ek??
Nape ko sanggup pegang amanah, walhal ko tak berupaya untuk melaksanakan amanah tu.
Serius, aku heran ngan orang2 macam ni.

N tak pasal2 plak aku pun terjebak sama menjaga amanah orang itu.

Tapi, dun worry.. aku berani gerenti yang rahsia sesiapa sahaja selamat dengan aku.
Aku berani kata aku amanah dalam menjaga rahsia orang.
Dan... aku juga seorang yang 'berat mulut' untuk cerita rahsia aku kepada orang lain.


P/S : Adakah aku bermasalah kalo aku kata aku tak percaya orang 100%. Pada aku, segala luahan rahsia, hanya kepadaNya aku mengadu. Hati lega, rahsia selamat. Insya allah.

NEVER FORGET ...

P/S : Cedok ini daripada Fesbuk itu. Betul. Ai sokong kata-kata di atas. Totally agreed!

Rasa macam loser bila ..

Bila kat umah kan, saya rasa saya adalah a loser bila saya dok melepak depan TV tanpa berbuat pape
Kalo citer yang berfaedah atau saya minat takpelah jugak, ini tah hape2 citer
Menciknya bila setelah lama dok bermalasan atas sofa merah ciliku itu, di depan TV itu tanpa buat pape
Huh, satu kerugian yang amat rasanya..
Iya.. pada saya, menengok TV itu adalah satu pembaziran n kerugian masa kita

Kalo tengok TV semata, saya rasa sangat loser bila :
1. Kain baju saya yang dah diangkat dari jemuran itu masih belum lagi dilipat dan disimpan di dalam almari
2. Coffee table, dining table, TV kabinet, meja solek, cermin, perhiasan dalam umahku sumenya berhabuk
3. Dinding umah, kipas, lampu..bersawang2an n berhabuk n dinding itu ada makhluk yang ku tak suka.
4. Banyaknya bil2 atau perbelanjaan umah yang masih belum dihapdet dalam my monthly expenses
5. Dapurku yang kusayang itu tidak berkemas
6. Lantai umahku tidak bersapu ... n karpet umahku tidak bervakum
7. Toilet umahku macam dah nak berlumut... arghh, tak suka

Ya.. tengok TV semata adalah satu kerugian... buang masa jer kan.

So, kalo tengok TV jugak..harus buat benda lain seperti :
1. Blogging / surfing internet
2. Baca magazines / buku
3. Buat cookies / cakes
4. Buat kira2 for monthly expenses
5. Lipat kain... *sambil lipat, sambil cium kain baju.. best owh, wangi bau sabun n softener*

Korang lak camne??
Suka tengok TV?

P/S : Teringat plak satu Taiwan Show tu, pendedahan mengenai perempuan cantek tapi pengotor. Hissh, camne laa boleh ada pompuan camtu? Harap muka jer comel tapi pengotor..yarkk!

Jurnal Posa : Hari Ke-16 / Cherry Berry owh...

Pada hari 16 Ramadhan 1433H, adalah hari saya tidak memasak untuk berbuka posa
Sebabnya ialah, pada hari Ahad semalam.. saya telah pegi sesi shoping moping bersama adik saya
Yang akhirnya, sesi shoping moping itu sangatlah meletihkan sehingga saya post kat Fesbuk n entri dekat belog ni, ...serius, saya dah taknak terjebak ngan sesi shoping moping di kala raya sales itu.
Serius.....!!!

Oleh kerana petang 16 Ramadahan itu sangat kalut mencari baju, tudung etc lagi utk raya, dengan menjelajah sangat banyak tempat.. akhirnya, kitorg termiss booking untuk makan bukak posa.
Semua restoren yg kitorang pegi Full House.. !! Semua meja dah full reserved.
*huhuhu, kuciwa ku*

Akhirnya, tinggal satu opsyen sajer... ie Bazaar Ramadhan depan PKNS itu
Nak tak nak, kitorg pun pegi laa bazaar itu untuk pertama kalinya..
Kitorg plan, beli air n makanan ringan2 sajer.. n lepas tu, kitorang akan makan berat dekat restoren yang best lepas smayang maghrib

Tau ape kitorg beli??
Ahah, terus pegi menempet kat gerai 3 orang adik beradik yang cantek n ensem, putih melepak yang jual popia basah / kering n sata n otak2. *serius, dorang memang beautiful siblings, i guess siblings*
Lepas tuh kitorg beli air tebu..

Kemudian, kitorang makan kat keta.. ala2 sesi piknik di parking terbuka itu.. hoho
Ropanya, banyak jugak keta2 lain yang buat cam kitorang...hoho, meriah uolss
Bila dah melantak sata yang boleh dikategorikan sedap itu, n sedut sume air tebu n makan popia mahal yang sangat biasa itu (ai buat lagi sedap tau!)... kitorang memang kenyang tak hengat. Full house! takleh masuk sebarang makanan lagik...!
N itulah makanan kitorg berbuka, .. lepas tu pegi umah adik saya itu, smayang maghrib n saya balik laa ke my home sweet home.

Tau ape jadik??
Pagi tadi saya kena cherry berry (read : Cirit Birit)... sakit perut sangat owh! huhu, sampai nak sahur pun dah tak lalu.
Terus SMS adikku, tanya adakah dia pun sakit perut?? Dia cakap, daripada malam tadi dia asyik kuar masuk toilet,,kena cherry berry jugak!

Moral of d story : Sila serik untuk beli makanan dekat bazaar Ramadhan itu, walaupun yang meniaga itu adalah sangat kacak n jelita. 

Sekian.

Sunday, 5 August 2012

Tobat, dah tak nak dah...

Aduss, sakitnya kepalaku..
Rasa berdenyut-denyut dah ni...huhu

Err, sebenarnya daku ini baru balik dari sesi shoping moping raya...
Adoihh... sampai sengal otak n segala tulang aku nih..
Serius, pasnih aku dah tak nak shoping raya camni

Azam aku yang baru untuk raya tahun2 akan datang...ialah, siapkan segala persiapan raya seawal-awalnya.... jangan terperangkap dengan sesi shoping moping di kala raya sales ni..
Adoihh, sakit kepala.. kaki sakit... tak tau bape kilometer kaki ni dah berjalan selama 4 jam tu..hoh

Hasil tangkapannya taklah seberapa tapi penat tu yang banyak..
Penat sebab bersesak ngan manusia yang ramai,...
*err, hasil tangkapan hari ini berupa 2 pasang baju raya yang comel, sepasang highheels yang cun owh i luv it, brooch kecik2 yang banyak n bedak raya, kekeke*

Hoh, seriously.. aku bukan ila yang dulu lagi.. yang suka n enjoy sesi shoping moping n berebut n bersesak di tempat orang yang ramai itu..
Aku skang ialah ila yang hanya sukakan sesuatu yang peaceful..tidak serabut.. n maukan keadaan yang tenang...ahah
*napelah utk shoping raya ni ai leh terjebak ngn sales itu? kalo sales2 hari biasa, mintak maaplah..jangan harap ai nak pegi*

As for now, ai hanya suka n enjoy bershoping2an di kala orang tidak ramai... gituuu

Ok laa, nak mandi laa kejap.. sakit kepala ni.. huhu

P/S : Samalah dengan hidup ni, yang aku dah bagitau kat mereka itu. Aku hanya nak kehidupan yang tenang n sederhana. Kalo banyak duit tapi hati sesak, otak kusut, jiwa kacau... pun tak guna kan? *peace*

Rindunya.... huu

Akhirnya WA sampai ke kampung halamannya yang terchenta
Niat nak berbuka n bersahur bersama ngan parents dia tercapai...walaupun macam2 hal jadik all the way back tu... Tengok dia dok membebel2 dekat Fesbuk, aku just wassup dia "jangan marah2. kool okeh. dugaan bulan posa tu. yg penting ko slamat sampai."

Malam tadi, dia sambung wassup ngan aku... katanya sonok dapat posa kat hometown
N malam tadi dia dengan sonoknya citer kisah dia nak kuar makan cholek *cholek = sejenis makanan negeriku yang terchenta, ala2 rojak... tapi super duper nyummeh...hoh, best owh!*

Serius, dengar dia bercerita tu.. buat aku rasa rindu banget nak berposa kat kampung..
Bestnya...!!! *walaupun, kadang2 aku masih tak dapat terima hakikat aku dah 5-6 tahun berpindah dok kawasan kampung itu, yg aku sebenarnya ala2 mencik lifestyle orang kampung itu yang rata2 kaki semak ngn life idup orang lain. note: dulu aku membesar di kawasan sub-urban, so dah sebati ngan cara hidup ala2 org bandar kan..*

Serius, aku wendu sangat bila teringat kenangan posa zaman kecik2 dulu
Nostalgia abes... serius rindu abess..
Mana nak jumpa suasana cam gitu especially malam yang meriah
Kuar ngan geng2.. pegi menempet kat kedai2 akak yang jual cholek...kerang..keropok.. n macam2 lagi makanan yang super duper best itu bila dah abes terawih..
N hey...zaman kecik dulu, mama aku pun pernah buat percubaan bukak gerai yer, hihi
Masa bulan posa itu, aku pun tolong mama aku jual tauhu sumbat yang lazat itu, keropok, kerang rebus yang nyummeh,... best owh! *tapi, sebenarnya aku tak suka idup meniaga nih, ntah.. aku rasa meniaga direct camtu bukan jiwa aku.. walaupun aku sedar dapat duit banyak, hee*

Serius, aku rindu sungguh..
Rasa macam skang jugak nak balik kampung.. bestnya.. hoh..
Tapi.. nampak gaya macam balik raya ajelah nanti...

*humm, next week aku o/stn lagik di kala weekend itu. redha. *

............

Realistik.........

*mode :layan kartun Ben 10 di pagi ahad. tapi pelik plak, nape cite lain?? sms adik aku yg peminat tegar cam aku, dia cakap kul 11 pagi laa. tiba2 kuar iklan Ben10 kat tv,..kul 11 pagi la. Hoh, aku mamai lagi pagi ni, skang citer voltron. Actually, pagi ni aku sakit kepala...malam tadi tido kul 2 pagi kot?? n aku terlambat bangun sahur.. jam 5.30 pagi baru bangun ...... sib baik imsak jam 5.42 pagi. yg penting aku pantas n tidak panik. spt biasa aku tetap kool!*

Actually dah agak lama aku simpan draf entri tajuk r.e.a.l.i.s.t.i.k ni dalam kotak pemikiran aku,.

Skang aku cuba bertegas dengan diri sndiri, ko harus realistik ila... haruss!
Di mana ila yang idupnya penuh dengan prinsip dulu??
Hanya kerana satu titik itu, aku goyah...aku keliru... aku kusut
N enoughh..... enough is enough...

Skang ni, apa yg aku buat ... satu jer aku perlu pikir.... realistik
Kalo satu2 benda tu dah nampak tak realistik.. haruss ignore sajer
Cukuplah otak aku kusut... hati aku sakit .. cukup

Be realistic ila...

P/S : Certain orang tak paham2 kan. Jangan sampai ko kelihatan terhegeh2 plak... opps, ko memang dah terhegeh2 dah pun. N ko pn harus realistik, wake up lah... Takkan nak bagi direct to d point tanpa tapisan, baru ko sedar akan hakikat???

Saturday, 4 August 2012

Taboo words... no.no.no

Saje nak buat ulasan pasal taboo words ni.
Maksudnya perkataan2 larangan atau yang tidak sepatutnya diucapkan; sama ada kasar, lucah, kuang hajar n etc yg hampeh2 belaka.

Aku terpanggil nak membelog pasal ni sebab apa yg aku pernah dengar, apa yang pernah aku baca kat belog2 orang.
Skang ni kalo orang2 generasi X, Y  bercakap sure tak lepas dpd perkataan giler, bangang, bab* etc
Tapi ada jugak generasi2 B a.k.a taraf mak bapak kita yg cakap style gitu

Masa aku kecik2 dulu... abah aku sangat garang owh!
Taboo words dalam umah aku di kala itu hingga skang ni ialah bodoh, bangang, gila, bengong, sepak, bab* lagilah larangan keras. Biasa kalo adik2 aku bergaduh sesama dorang, kadang ada laa salah sorang yg terlepas cakap.. N serentak dengan itu, kedengaranlah suara bak guruh gegak gempita marah dorang...huh, suara abah aku laa tu.
Pendek kata, segala bahasa kesat, kasar, kuang hajar takdek dalam kamus umah kitorg.
Begitulah ajaran yg kitorang adik beradik dapat sejak kecik.. humm

So, bila dah besar panjang ni...
Aku walaupun stylo kasar n macho ... tapi bab bahasa memang aku jaga la...
Telinga aku ni rasa macam umpama keta yang tersagat tu, rasa sakit dalam jer bila dengar orang berbahasa kasar, kesat, mencarut, kuang hajar etc
*Cuma geng yang sporting abess, mungkin aku leh accept gaya bahse dorang..*

N aku...
Memang takleh dengar orang cakap kasar or kesat.. serius, memang tak bleh.
Rasa ada sesuatu yang melekat kat pangkal jantung aku ni.. sesak rasanya..
Baca belog orang yang terbiasa guna  bahasa kesat tu pun aku agak rimas.. tp, layan jugak sbb belog itu best.. n bahse kesat dia tu pun takdeklah semua entri camtu... yg mana aku xnak baca tu, takyah laa baca kan.. ! Hee

Aku seperti biasa, seorang yang kool... tak berapa reti skit bab nak marah orang
Kalo ngan adik2 aku takpun ngn famili aku, senang jer aku tunjuk marah.. aku DIAM
DIAM tu bermakna seriuosly aku marah, kalo masih dengar lagi suara aku bercakap tu..itu maknanya aku masih membebel atau menegur.. humm

N to uols di luar sana, kalo marah tu.. guna akal laa skit
Jangan marah membuta tuli, dengan bahasa yang meletakkan ko serendah2 martabat...
Dan kalo bercakap, jangan bercakap sedap di mulut, ...
The way u act is the mirror of who u are!

P/S : Yang mana dah bergelar mak budak atau bapak budak, lagi laa kena behave. Serius, budak2 akan membesar mengikut cara dorang dibesarkan... apa yang didengar, apa yang dilihat. *huh, bukan senang nak pegang tanggungjawab sbg mak n bapak budak kan??*

*.........*

Jurnal Posa : Hari Ke-15 / Nasik Arab berempah..

Semalam 14 Ramadhan, dah missed satu entri gambar2 makanan... hehe..
Takpelah kan...

So, hari ni Jurnal Posa bergambar makanan muncul lagi
Kisah makanan 15 Ramadhan dapatlah ditepek gambarnya.. *err, mungkin yang terakhir kot???*
Next week kan minggu ai berbuka kat luar sajer.. hohoho
Nantikan kemunculan Jurnal Posa juadah kedai berbumbung okeh..

Opps. sebelum tu nak bagitau... azam bulan posa tahun ni, sama macam 2 tahun sebelum ni
Apelagikk, azam utama ialah No Bazaar Ramadhan ... ahah
Dah 3 tahun yer ai berjaya tidak jejak kaki ke Bazaar Ramadhan...
Selain serik dengan kejadian makanan yang tidak bagus, malas laa nak bersesak2.. buat penat jer!

Melalut plak ai ni..
Jom tengok juadah hari ni.. simple lagikk.. huhu

Hidangan pembuka posa... dari kiri; kueh paling warak ie Ketayap, kurma dan air laici...Humm
Tak tau nape, rasa sungguh kepingin sekali makan Ketayap.. hihi
Akhirnya, Ketayap in da house!!! hee

Ini pulak hidangan utama hari ni ie Nasi Arab Berempah dan Dalca Daging..
Kalo diikutkan, nasi arab ni tak perlu pun nak makan dengan lauk lain...sebab ianya memang nyummeh dimakan begitu sahaja. Yerlah, dalam nasik tu dah ada kepingan daging tulang rusuk, walla
Tapi, dek kerana kerajinan n rasa buhsan 1 hidangan jer, saya buat ler Dalca Daging.. ahah


Malam nanti, nak buat kueh raya yang pertama la. Hehe
Harap2 tidak ketidoran lah ai... hee.

Ok kengkawan sume..
Jumpa lagikk..

Till then... chowww!

P/S : Next week Maline nak datang, yeay. Katanya rindu ngan nasik arabku itu. Dah siap termimpi2 katanya.. ahahaha :D. Marilah..mari... nanti leh kita berjimba2.. *yeay*

Tiba-tiba teringat ......

Ramadhan tahun lepas, masih berbuka posa ngan nenekku yg terchenta...
Tahun lepas, aku sempat laa belajar buat ketupat tradisional itu
First time ever, akhirnya aku dapat belajar buat ketupat daun palas itu..
Akhirnya...!

Idea membuat ketupat itu pun ada daripada aku sendiri..
Since my mom memang tak reti buat ketupat daun palas itu.. nampaknya nenekku sahajalah harapan
Masih teringat betapa gembiranya nenekku itu sebab, ntah ape kes raya tahun itu..cucu2nya tiba2 request ajar buat ketupat daun palas...
Nenekku dengan tekunnya mengajar macam mana nak lipat n buat acuan daun palas tu
N finally camne nak masukkan pulut untuk jadikan ketupat..
Aku pun hepi.. finally, i made it okeh... *yeay*

Tapi.. itu tahun lepas..
Tak kusangka tahun lepas adalah tahun terakhir aku ada nenek.. huhuhu
Tahun ni, rayaku sudah tiada nenek yang selalu bangga akan cucunya ini
Tiada lagi penghibur kitorang... huhu

Al-Fatihah untuk arwah nenekku..
Semoga tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin!

*sob..sob*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation