Tuesday, 24 December 2013

Penunggu ofis

Hari kedua minggu terakhir disember tahun 2013 ni dapat tengok jalan lengang...parking kosong....dan kat ofis pulak, boleh bilang berapa kerat jer yang ada.

Aku pun sama.

Hari ni hari kedua masih setia di ofis tatkala orang lain bercuti.
Takpe..takpe, bagi peluang kat dorang dulu.

Bila jadi penunggu ofis ni ada pro n kontra jugak.
Yang bagusnya ialah tenang.
Yang tak bagusnya ...alahai, keje berlambak dan keje ada yang stuck sebab mereka yg seronok bercuti sakan tu. Huhu.

Hummm..penunggu pun penunggu la.

Btw...bila nak cerita trip ke borneo itu hari kat belog ni? Kesibukan melanda ni...nak blogging pun tak sempat. Hoho.

posted from Bloggeroid

Friday, 20 December 2013

20

Apa ada dengan angka 20?

Pada korang aku tak tau.
Tapi pada aku, angka 20 ialah jumlah hari cuti yang tak guna tahun ni.
Banyak tu. Huhu.

Biasa tahun-tahun sebelum ni, angka aku bercuti yang lagi banyak daripada baki cuti. Tahun ni terbalik la pulak.

Tahun 2013 ni banyak berjalan ke sana ke mari....tapi, banyak yang jalan-jalan kerana kerja. Cuti-cuti sendiri pulak banyak pergi masa weekend.

Hasrat nak bercuti tu ada tapi dah takde ruang nak selit dalam kalendar yang memang padat tu.

Makanya 20 hari itu simpan ajerlah untuk tahun depan dan masa depan. Hehe.

Humm...mode bercuti next week sudah datang... Horayh!!

P/S : hadoih..keje masih menimbun! dan, ada lagi yang menambah timbunan...huh!

posted from Bloggeroid

Wednesday, 18 December 2013

Kucing pun ikut naik flight...ohoho

Aku bukanlah seorang yang gemar pada kucing.

Kat rumah aku mana pernah ada kucing..dan aku pun tak reti nak layan kucing-kucing yang nak bermanja-manja ngan aku.

Tapi..balik dari Kuching, Sarawak ni jangan terkejut kalau ku kata ada kucing yang ikut aku naik flight merentas laut china selatan tu. Bukan seekor, tapi tiga ekor tau.



Hah, dalam gambar di atas ... Itulah dia 3 ekor kucing itu. Comel kan? Ini baru namanya kucing import yang tak payah nak jaga. Ahahaha!

Yeah..all of them just new addition to my my homedeco collection! Kekeke. Dah lama nak bawak balik..tapi asyik lupa jer. Humm, trip kali ni mana boleh lupa.

Will update more story of my trip at Kuching, Sarawak. More new stories to share yah...

To be continue...

P/S : i just miss my blog ....

posted from Bloggeroid

Tuesday, 10 December 2013

Bertingkat-tingkat...

Memikir nak kena outstation jauh..
Lepas tu pulak nak vacation yang lagiiii jauh dan lama....
Haih...dah macam tak cukup waktu ni.


Tambah rasa tak cukup waktu dan menggugat ketenangan bila tengok tugasan penulisan kreatif aku ni dan deadline masing-masing.

Aiyohh....memang tak cukup masa pejabat aku dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang ni. Hari-hari memang dah balik lewat tu....idea nan kreatif, jangan jual mahal padaku yah!

Kajian oh kajian..!!! Begitulah resamnya...hummm

Apapun...caiyok ilass caiyok!
Haruss setelkan semuanya sebelum pergi berjimba-jimba di hujung tahun. Haruss!

Mode counting days for year end vacation still on!! Hooorayh...!

P/S : serius..lagu aku paling benci n pening dengar di kala ini ialah botingket ..... huh
posted from Bloggeroid

Monday, 9 December 2013

Big bad wolf 2013 ..

7 disember 2013 (sabtu)

Sabtu ni aku dah set baik punya untuk pergi memanjakan diri...nak buat hair treatment dan facial treatment.

Lokasi memanjakan diri kali ni dekat the mines. Sekali, ku lupa skang ni minggu serangan Big Bad Wolf 2013.. Humm.

Dah alang-alang terjebak secara tak sengaja..maka, layan ajer laa serigala jahat itu.

Lepas selamat buat my new hairdo n hair treatment sambil manicure n pedicure + leg scrub...maka jalan-jalan usha buku serigala jahat itu.


Hasil pra-tuaian buku di BBW2013 itu, tak banyak....2 plastik besar saja. Oklah tu, ada jugak hasil lepas bertapa dari 8.30 malam sampai 11.30 malam. Hari kedua, orang tak berapa ramai sangat. Untung jugak aku, masuk parking dekat MIEC tu..terus dapat parking depan lif utama / lobi.


BBW kali ni berlangsung dari 6-15 disember 2013. Masih banyak masa lagi kepada sesiapa yang berniat nak mengurangkan bayar cukai pendapatan 2013 ni kan. Belilah buku banyak-banyak.


Penanda buku BBW tahun ni agak comel la. Daku memang kumpul penanda buku BBW ni.


Buku untuk pelengkap hobi aku.


Buku ala ilmiah.


Dan akhir sekali, buku cerita n manga untuk koleksi. Entah bila akan baca tak tau, tapi...manga tu memang yang pertama aku layan. Hehe.

Apa komen aku mengenai BBW kali ni?

Humm..pada aku, buku-bukunya lebih kurang sama dengan tahun lepas. Pada aku, BBW ni tak best sangat sebab buku-buku yang aku nak memang takde. Tapi..untuk parents nak beli buku kanak-kanak, memang bagus. Iyalah, buku-bukunya memang sangat murah. Apa yang aku nampak, novel-novel sangat banyak...tapi, aku tak minat novel..keke.

Untuk pra-tuaian di BBW ni, aku berjaya beli buku paling mahal berharga RM20 dan buku paling murah berharga RM1 sahaja. Best kan?

Kepada yang minat membeli buku..boleh la pergi...selamat bershoping.

P/S : kat BBW tu, banyak juga aku snap gambar..bila balik rumah, tengok-tengok takde pun? Humm
posted from Bloggeroid

Friday, 6 December 2013

Lawak pagi jumaat!

Hari ni hari Jumaat

Elok bersiap segala.. terus pergi kerja
Keluar dari kereta..terus jalan menuju ke lif nak naik ofis.

Masuk dalam lif sama budak-budak ofis seramai 4 orang..aku terus rapat ke tepi dinding
Tiba-tiba salah seorang tegur " Cik Ilass...zip baju tu tak tutup!!"

Reaksi aku :


Huhu... malunya..
Adohai.. nasib baik jumpa korang..
Kalau tak, buat free show laa saya hari ni.. huhu

Pastu gelak beramai-ramai..!!
Nasib baik jugak aku selalu kepit beg sebelah rusuk kiri,.
Takde laa nampak zip baju rusuk kiri ku yang tak tutup tu.. huhuhu


Moralnya.. nak keluar rumah, jangan tengok dari kaki ke atas saja..
Tengok jugak zip di mana-mana

Err..hari ni lupa plak aku pakai baju yang zipnya kat rusuk kiri..

Budak-budak yang tegur dah bantai gelak sama-sama aku.. keke
"takpe cik ilass.. putih..putih!!"

Hoii..korang!!! 'grrrrr

P/S : pernah jugak lupa nak zip jeans.. sib baik pakai baju labuh.. 'lalala

Thursday, 5 December 2013

Godaan semasa tekun bekerja...urghhh!

Bermula suku tahun keempat tahun ni hinggalah sekarang, Disember 2013... 
Boleh dikatakan hidup aku kat ofis sangat laa sibuk dan serabut..
Dengan banyak benda nak kejar disebabkan satu; aku dikejar orang dan dua; aku mengejar orang!
Dengan semakin banyak penulisan kreatif yang aku kena kerjakan...
Huh... mengeluh pun ada jugak aku ni.. hihi

Bila kena tekun bekerja ni.. ada saja godaan dan dugaan tau..
Godaan paling utama yang membahayakan tahap ketekunan dan kerajinan aku bekerja ialah satu saja
Tau apa?

Jawapannya; HANDPHONE!

handphone sekarang yang dah bertaraf smartphone..
semua benda ada di situ.. one touch jer!

yang paling menggangu perasaan dan sering menggoda aku ialah apalagi kalau bukan grup-grup wassap aku tu.. huhu
grup wassap bukan 1 bukan 2...
sepanjang masa dok bunyi ajer mesej masuk.. berdentam dentum

aku tak boleh tahan.. kulayan .. kuhanyut..
arrgghh.. ini tidak boleh jadi..

aku harus kembali kepada aku yang dulu.
handphone bukan faktor atau godaan kat aku..

makanya..
mula-mula aku silent mode ajer notification untuk grup wassap aku..
kemudian..
drastik lagi.. terus masuk drawer dari pagi sampai petang... hohoho

tenang ....

P/S : aku rasa kalau aku dah tak kerja kat sini, mesti aku boleh jadi seorang penerbit atau pengarang buku yang berjaya lepas ni. hehe. 

Tuesday, 3 December 2013

Park n Ride Putrajaya.. satu pengalaman

Alhamdulillah...akhirnya aku kembali ke wilayah ini dengan flight malam. Walaupun aku jenis jarang nak ambik flight malam..tapi cuti-cuti kali ni aku sengaja ambik malam punya.



Hujan sepanjang petang membawa ke malam menyebabkan flight yang membawaku ke KLIA lewat daripada jadual asal. Nasib baik 15 minit jer..huh.

Percutian 4 hari 3 malam kali ini telah memberanikan aku untuk guna perkhidmatan PARK N RIDE Putrajaya untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku sejak berhijrah kerja di Putrajaya di hujung 2005 / awal 2006.

Entah apa yang merasuk aku, petang jumaat itu aku kerja sehingga hampir 5.30 petang. Walhal flight aku jam 6.25 petang. Tak ke haru tu? Ku fikir..kalau nak drive ke KLIA, macam dah tak sempat. Makanya, aku nekad membawa my baby bluehaze masuk Park n Ride di Putrajaya Sentral.

Sampai jer, terus melompat keluar dari kereta...ambik bagasi, n terus lari ke ERL. Adoii...rasa sangat la tidak reti ngan sistem masuk ke ERL itu. Nasib baik ERL transit ke KLIA jam 5.32 petang. Sempatlah naik tren itu. Huhu.

5 minit sebelum jam 6.00 petang, tren sampai ke KLIA. Sekali lagi, terus lari sepanjang jalan menuju ke terminal A2. Sekali bila sampai A2, pintu semua dah tutup. Kuketuk-ketuk cermin kaca mintak masuk ngan pramugari tu. Sekali dia geleng-geleng kepala. Huu, sedihnya. Kupanggil dia lagi...baru dia datang dekat cermin tu siap tulis BANGKOK! Loh, pintu A2 tu nak gi ke Bangkok ke? Hoh..penatnya. Bila check dekat flight schedule tu...aiyooo, my flight dah tukar ke pintu B9! Huu...jauh tu!

Sekali lagi, terus lari heret bagasi aku ke B9. Fuh..berpeluh! Sib baik semua masih tengah beratur. Lega..lega. Akhirnya, dapat la naik flight itu dan sampai dengan jayanya.

Dan hari ni, sekali lagi ulangan naik ERL...kali ni dari KLIA ke Putrajaya plak. Tren gerak dari KLIA jam 9.52 malam, sampai kat Putrajaya jam 10.05 malam. Hoho..super pantas kan? Suka, ya saya suka sangat! Lagi pantas dari naik kereta ya. Hoorayh!

Lepas tu, hati yang berdebar-debar dok fikir apa khabar la my baby bluehaze dekat parking Park n Ride tu? Jalan laju-laju pergi ke parking di besmen itu...dari jauh nampak my babybluehaze. Alhamdulillah, kesayanganku itu sama macam seperti asal...SELAMAT n sihat sejahtera! *Dalam hati rasa kagum!*



Gambar di atas nak tunjuk tiket ERL dan kad parking di Park n Ride di Putrajaya Sentral itu. Humm..kagum ya.



Dan lagi kagum seperti bukti dalam gambar di atas. Parking selama 3 hari 4 jam dan 44 minit hanya dikenakan bayaran sebanyak RM14.00 sahaja!! Fuyooh...memang kagum tau! Kalau parking dekat KLIA mau kena RM144 untuk 4 hari. Dan fakta yang lagi menarik ialah, kadar bayaran ni lagi murah daripada parking dekat KLCC atau SOGO ya. Bagusss.....!

Kesimpulannya, bagusnya ada kemudahan PARK N RIDE di Putrajaya Sentral ni. Kadar bayaran murah dan yang paling penting...kereta kita terjaga. In sha allah selamat.

Humm..lepas ni boleh la guna kemudahan ni lagi. Jom kita sama-sama manfaatkan.

P/S : sib baik sempat sampai on time malam ni, kalau tak melepas cerita favourite malam ni..hoho. anyway, still counting days for my year end vacation! 'lalalala

posted from Bloggeroid

Friday, 29 November 2013

Babai duit plastikku !



Hari ini, 29 November 2013 (jumaat) .. Aku telah berjaya mencapai satu lagi visi n misi aku untuk bebas daripada terikat dengan hutang piutang dunia.

Akhirnya ... Selamat tinggal duit plastikku. Dah berjaya kututup akaun kredit kad aku tu. Yess...akhirnya satu daripada godaan dunia telah berjaya aku hapuskan.

Humm..lepas ni takde laa kalau shopping asyik nak swipe aje kan. Hoho.

Tapi...macam manapun...satu akaun kad kredit aku masih aku kekalkan. Haa..yang ini kena kekal guna atas justifikasi berikut :

1. Emergency case contohnya car breakdown ke, operation kat hospital ke ...etc
2. Booking tiket MAS or AIR ASIA secara online *haruslah..kan hobi suka vacation sana sini..hehe*
3. Keperluan out station ... Check in hotel pakai duit sendiri dulu atau refill petrol fulltank sebab nak jalan jauh kan.

Humm..rasa tenang jer hidup ini bila dah takde credit card. Hehe.

P/S : tapi...swipe credit card yang seronoknya boleh kumpul point..lepas tu redeem shopping voucher! Hooo...itu memang seronok!
posted from Bloggeroid

Thursday, 28 November 2013

'Bear In Mind' or 'Bare In Mind' ??



It's "bear in mind" meaning remember and take into account. 

One of the meanings of bear is to carry, or hold up or support. So, you can carry something or hold it in your mind. 

The only meanings of bare are in the context of lacking, including lacking clothes, decorations, or enhancements. 

On the lighter side... 

If you are imagining somebody naked, then it is bare in mind. 'humm..kate winslet in titanic...pufff'
If you are imagining a big furry omnivore, then it would be bear in mind. Hahaha.

P/S : Sama juga dengan nak ucap tahniah in English. Yang tepat ialah 'CONGRATS'.. bukan 'congrates'! Otherwise, just use 'congratulations'. Hee

Tuesday, 26 November 2013

Cili Padi ...sebuah cyber cafe



Bila pergi ke Bandar Baru Bangi, memang otak aku akan mengimbas macam-macam kenangan lama. Pendek kata, Bangi ialah tempat aku membesar dan menjadi dewasa. Dari zaman aku matrikulasi kat UKM sampai laa aku kerja sekarang ni.

Masa tahun kepujian aku kat UKM dulu...masa 1st semester tu aku dapat offer daripada fakulti itu untuk jadi demonstrator (tutor a.k.a pembantu pengajar kepada Prof) sambilan. Itulah pertama kali aku bekerja dalam sejarah hidup aku. Iya laa, abah aku mana pernah bagi aku kerja sebelum ni. Humm.

Bila habis 1st semester tu, rasa best sangat dapat duit sendiri daripada majikan pertama aku, UKM...hihi. Masa tu jugalah aku pertama kali ada KWSP. Syok owh...lumayan gitu! Masa tu laa aku dapat merasa gaji pertama yang nilainya beribu ringgit...best owh!

Bila 2nd semester pulak, subjek yang aku ambil tak banyak. Hummm, dalam fikiran aku..boleh laa aku kerja part time kat mana-mana. Dengan niat, nak cari duit poket sendiri..keke.

Bila aku ke Seksyen 1, BBB yang glamer dengan pasar malam n port makan tu...aku nampak satu papan tanda besar "Cili Padi Cyber Cafe". Mula-mula aku macam tergelak, cili padi? Pastu selamba jer aku naik tangga Cili Padi..n tanya macam mana nak kerja part time kat situ. Terus aku diberi borang, isi n hantar.

Beberapa hari lepas tu, aku dipanggil interview. Majikan aku tu nama Andrew, seorang Chinese guy yang ensem n smart. Keke. Kerja aku pun rileks jer, 3 hari seminggu jer pun. Bayangkan aku yang tak pernah masuk cyber cafe..tiba-tiba boleh pulak kerja part time. Humm...good good.

Aku yang paling junior, kerja sama 4 orang yang senior di situ; Yus si gadis ayu yang kerja sepenuh masa, Tajul si perasan handsome yg part time malam saja dari fakulti pendidikan UKM, Lan Bulp si mamat rock dari UiTM shah alam yang juga part time malam saja dan terakhir aku lupa nama, mamat dari fakulti teknologi maklumat (kot?) UKM yang aku sempat kenal 2 bulan sebelum dia hilang lesap berserta duit cili padi.

Cili Padi ni memang glamor sangat masa tu di BBB. Memang sentiasa penuh....dari budak kecik sekolah menengah sampai la orang tua. Humm.

Kalau sebelum ni aku macam tertanya-tanya..apa laa yang dorang dok lama-lama sangat kat CC tu. So, bila aku part time kat Cili Padi tu...baru la aku boleh kategorikan manusia yang masuk lepak kat CC ni.

Apekah?

1. Budak-budak sekolah yang pegi CC guna duit saku mak bapak bagi untuk main game. Alahai... *masa dulu game FIFA World Cup sangat glamer*

2. Budak-budak universiti / kolej yang terdesak nak print assignment dan cari bahan kat internet. Cili Padi ni bestnya sebab pakai printer laserjet punya. Uhumm..

3. Lelaki-lelaki desperate yang masuk CC sebab nak layan website porno. Dorang ni senang saja aku nak cam, masuk cili padi terus pilih PC kat dalam bilik dan kunun tersorok. Padahal dia tak tau, aku boleh nampak aktiviti dorang melalui pantulan cermin kat pintu bilik tu. Ciss! Satu lagi bila dorang terprint gambar porno tu...pastu tak mengaku print, walhal aku tau siapa yang print. Dengg!

4. Golongan remaja, dewasa dan lelaki-lelaki tua yang pergi CC sebab nak layan chatting berjam-jam via MIRC atau forum yang memang tengah top masa tu. Ya, aku masih ingat seorang pakcik tua rambut beruban yang setiap hari masuk CC sebab nak chat. Ahaha...apa-apa ajerlah.

Itulah 4 kategori manusia yang masuk CC sepanjang pemerhatian aku selaku sales coordinator kat Cili Padi tu.

Pernah aku komplen dekat management Cili Padi tu pasal aku tabiat pelanggan yang layan porno tu...aku cakap sekat laa website tu. Pastu bos aku cakap, memang tak boleh buat apa...sebab takde perisian khusus nak sekat. Humm. Iyalah sangat tu! Padahal aku tau, kalau dia sekat..sah-sahlah tak ramai customer datang malam-malam. Kann!

Itulah pengalaman aku jumpa macam-macam orang sepanjang aku part time dekat Cili Padi tu. Tak silap aku...sempatlah aku kerja selama 4 bulan kat situ sebelum semester kepujian terakhir aku tamat. Tamat jer semester, aku balik kampung untuk berehat n enjoy selama 3 bulan sebelum aku ditawarkan kerja sebagai tutor pulak dekat UKM tu. Hee. Lepas tu aku konvo...menggenggam segulung ijazah katanya..hehe.

Sekarang ni, aku rasa dah takde kot Cili Padi tu. Bangunan lot kedai tu masih ada...sama seperti zaman aku student dulu. Hehe.

Cili padi ...ow cili padi...

P/S : seronok bila terkenang saat-saat dulu...saat belajar menjadi dewasa dan indipendent...
posted from Bloggeroid

Monday, 25 November 2013

Gosok jangan tak gosok....!!

Malam tadi memang hari ini dalam sejarah la.

Rasa memang pecah rekod.
Dan juga jadi kaedah baru dalam urusan pendobian di rumah. Hehe.

Jangan tak caya kalo aku cakap fakta ini.
Malam tadi aku dah berjaya gosok (iron) sebanyak 22 pasang baju kurung / kebaya. Non stop tau.
Bape lama ambik masa? Ahah..tak lama. Dekat 2 jam jugaklah.
Lenguh memang takleh cakap la. Urat kaki plak rasa tegang owh! Hoho.



Walaupun lenguh...tapi, rasa puas hati sebab baju dah berjaya digosok semuanya bila masuk almari. Nampaknya almari baju khas untuk koleksi baju kurung / kebaya dah penuh...nak kena tumpang kat almari baju kasual la pulak ya. Hoho.

Nampaknya kaedah ni lagi bagus dan aku lagi suka berbanding lipat baju. Iya..harus diakui, aku memang tak suka nak lipat baju...huhu. Sebab tu kalau nak melipat baju, harus ada movitasi contohnya seperti berikut :




Hehe...kenal ni? Ahah..layan anime Keroro si katak hijau ni memang mampu buatkan aku bertabah kalo terpaksa lipat baju nan menggunung yang kebiasaannya terjadi bila banyak out station, hehe.

Oleh kerana banyak sangat gosok baju dan lipat kain sebelumnya tu, kaki tangan semua dah rasa lenguh. Perut pun lapar... Akhirnya mintak si teruna pergi beli KFC jer.



Yeay...upah kepada diri sendiri yang rajin iron baju berbondong-bondong! Sebenarnya, masa tengah gosok baju tu...kepala otakku tiba-tiba teringin nak makan colonial burger KFC. Nasib baik laa si teruna tu rajin nak keluar...hehe.

Kesimpulannya : rutin baru lepas ni dalam arena pendobian. Angkat kain baju dari ampaian..terus gosok dan gantung dalam almari. No more transit di mana-mana bakul! Hoho.
*AWAS : haruss diingatkan, aktiviti menggosok baju berbondong-bondong ini mesti guna steam iron!! kalau guna dry iron, huuu...daku pun tak mampu..3 pasang pun lum tentu oitt!*

P/S : 2 almari dah penuh ngan pakaian. nampaknya dah boleh masuk kotak mana-mana baju yang dah jarang pakai tu. kalau tak, takkan nak beli almari baru kot?
posted from Bloggeroid

Friday, 22 November 2013

Kemaslahatan tweet..tweet !!!

Pagi buta hari ni baru aku perasan...tiba-tiba saja belog aku ada entri baru yang aku tak pernah create.

Tau apa?

Hah...big invitation card to join my twitter!! Aiyoooo... Apekah??
Apekah kemaslahatan ini? Adoii..

Dah gaya macam gaya perayu undi pun ada. Hei...ku tak suka politik...n ku tak suka sume gaya yang ala perayu undi ni. Dan sekarang...tiba-tiba pulak aku dok invite semua orang join twitter... Oh, tidak!!

Apa lagi..ku terus bukak belog aku dan delete entri sampul besar twitter yang ada muka aku tu. What derr??

Rupa-rupanya...on behalf of myself, twitter dah sent invitation to twitter kat semua contacts dalam all links email accounts. Invitation tu dah dihantar kat emel-emel rasmi termasuk kat big boss aku...n kat emel semua contacts aku zaman tok kadok dulu-dulu. Aiyooo....buat malu aku jer twitter ni. Huhu.

Invitation tu dah dihantar minggu lepas...dan sekali lagi tengah malam tadi. Huhu. Kat belog dapatlah aku padam...yang dah dihantar kat emel orang tu, humm...harap abaikanlah saja.


Invitation ala-ala....hey guys, tolonglah join tweet aku! Mencikkk!!!

Akhirnya..pagi-pagi buta hari ni. Gagah aku mengerjakan setting twitter aku. Penyelesaiannya...ku dah removed semua links contacts via email account dan lain-lain apps tu.

Well... twitter aku adalah medan underground app aku di alam maya. Dan aku tidak berminat nak carik follower pun. Lagi penting, ku tidak berminat nak accept follower request dari orang yang aku tak kenal especially those fake people.

Apapun..kesimpulan yang aku dapat buat ialah, benda ni jadi bila aku update twitter app ni minggu lepas. Huhu.

P/S : tak boleh bayang reaksi big boss aku yang dapat big invitation card to twitter yang ada muka aku dok tersengih. Adoii...buat malu aje. Cisss!
posted from Bloggeroid

Thursday, 21 November 2013

Teguran bertempat...eh?

Akhirnya aku kembali jua ke ofis.

Oleh kerana semalam lepas balik out station aku berada dalam perkomaan suci...maka pagi ni aku rasa kelaparan amat. Iya..mungkin sebab aku tidak sempat makan malam sebab dah terbabas ketiduran sampai ke pagi.

Dan ya...kelam kabut pagi ni gara-gara kelambatan segala ie nak menggosok baju batik di hari khamis..hampir kelewatan untuk punch in. Keluar dari kereta, terus berlari naik tangga mengejar punch card. Hoh...memang buatkan aku kelaparan yang maha amat!

Turun ke kafe...kulihat mak oih...panjangnya beratur. Orang nak beli nasi goreng, mee goreng n segala yang goreng-goreng. Dan..memang sahih lagi pasti aku tak kuasa nak beratur sepanjang tu.

Terus...aku menyelinap ke tempat nasi lemak yang kosong. Cepat lagi pantas.

Tiba-tiba, seseorang mencuit bahu aku dari belakang. Ku pusing tengok seorang perempuan berspek yang beratur di gerai sebelah.

Perempuan itu : Awak kena la beratur. Orang dah lama beratur kat belakang tu!

Aku : Eh? Ini memang macam ni kat sini. Sape nak cepat..shortcutnya order nasi lemak. Dorang tu semua nak ambik goreng-goreng. Kan tokey? Kan Bad?

*aku menjawab teguran dia sambil carik sokongan tokey n budak di sebelah aku...yang mungkin pada perempuan itu, Bad adalah mangsa yang kupotong barisan..*

Tokey n Bad terus senyum mengiyakan.

Dan perempuan berspek itu terus terdiam.

Hummmm...

Takpelah... Aku ok jer.
Maafkanlah dia...dia tu yang baru datang ke kafe ni n tak tau sistem kat sini. Kot??

So...lenkali...tegur orang pun kena tengok tempat.

P/S : dalam hati aku...ape kehal la pulak dia ni???
posted from Bloggeroid

Tuesday, 19 November 2013

Power bank ... penting tu..

Mode : out station lagi yo!



Bagus betul ilass kali ni.
Datang out station kali ni...bila henpon abes bateri, baru sedar akan sesuatu.

Alahai... Charger tak bawak... Power bank pun tak bawak. Huhu.
Sib baik la ada charger dalam keta. Dah tu pulak takde kepala plug...nasib laa ada laptop kat dewan n bilik ni.
Kalau tak, haruss lah henpon ni kong 3 hari 2 malam. Hohoho.

Power bank ni penting owh..
Kalo gi program out door..memang harus bawak power bank comelku ni. Tengah program outdoor, sah-sah laa mana nak cucuk carik power kan.

Power bank pun dah macam-macam jenis skang ni. Tinggal pilih nak yang long life jenis macam mana jer.. Nak 6 kali cas...4 kali cas... Semua boleh.

Idopp power bank!

P/S: ohohoho...best ni kalau di kala ni tengah bercuti kat tempat ni...uhumm
posted from Bloggeroid

Sunday, 17 November 2013

Sardin masak lemak pedas

Hurray...rancangan jom memasak bersama ilass kembali lagi.
*ahad...biasalah, hehe

Lunch hari ni aku teringin sangat nak buat sardin masak lemak pedas ni. Dah lama teringin, akhirnya hari ni dapat jugak buat.

Ni dia rupa sardin masak lemak pedas hidangan tengahari tadi.



Dapat makan sardin masak lemak pedas dengan timun ni dengan nasi panas-panas memang sedap. Rasa lemak manis pedasnya memang walla....buatkan ku kemaruk dok hirup kuahnya saja. Slurrppp!! *huh...masih teringat rasanya yang enak tu*

Seperti biasa, menu pilihan aku haruslah simple ie mudah dimasak tapi sedap dimakan. Nyumm nyumm. So...harusslah tepek resepi itu di belogku ini.

Bahan-bahan (2-3 orang makan):
1 tin sardin (saiz sederhana)
5 biji cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
Setengah kotak santan pekat saiz kecil
Sedikit minyak untuk menumis

Cara masak :
1. Bawang merah, bawang putih, halia n cili kering dikisar. *kalau tak nak kisar, tumbuk pun boleh bawang+halia tu n cili kering boleh ganti dengan 1 sudu besar cili giling*

2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.

3. Masukkan sardin n kuahnya sekali. Kacau seketika. Kemudian masukkan 1 tin air (sukat guna tin sardin tadi). *kalau nak kuah banyak, tambah 1 tin air lagi)

4. Masukkan sedikit garam n gula. Biarkan merenih seketika.

5. Masukkan santan pekat. Kacau n biarkan sehingga mendidih.

6.optional : Boleh tambahkan setengah batang timun yang dipotong besar. Rasa kuahnya memang jadi tambah sedap. Biarkan seketika n angkat.

Ahah, camne? Mudah kan? Senang sangat n sedap dimakan.

Churalliya kata kalo cicah dengan kuih kodok sedap ni. Uhumm, kalo dihancurkan sardin tu...cicah dengan roti pun sedap. 'lalala

Lagi satu tips : saya tambahkan 5 biji cili padi merah sebab saya suka pedas.

So...kengkawan boleh laa cuba buat.

P/S : daku memang melayu sejati. tak boleh tinggal makan nasi setiap hari. sekarang ni pulak..dalam mode nak belajar masak macam-macam masakan melayu tradisi. bestnya..


posted from Bloggeroid

Thursday, 14 November 2013

Best ke berpakaian seksi??

Tiba- tiba nak bukak topik pasal ni bila dorang dok citer gossip retiss, kisah Lana Nordin yang seksi tahap gaban. Lepas tu bila peminat kutuk n tatbiah dia..dia maki hamun peminat dia.

Maka aku pun try laa google pasal minah nama Lana Nordin ni. Sebab, sah-sah aku tak kenal sape dia. Ok..memang seksi kalo tengok gambar-gambar dia ni. Tapi, seriously....aku tak pernah tau ada retiss nama Lana Nordin. Err, drama apa yang dia berlakon pun aku tak tau. Sah-sah la aku tak kuasa nak layan drama melayu ni....skrip sama jer kan.

Btw...best ke seksi??
Tak tau laa apa pandangan korang.

Pada pandangan aku, berpakaian seksi ni best. Ok, this is just my opinion.

Bila pakai seksi :
1. Rasa bebas..freedom yo!
2. Rasa seksi ...of course la kan, nak rasa apa lagi
3. Rasa macam menghargai diri sendiri
4. Rasa selesa, senang pergerakan..hehe
5. Rasa best... Motivasi untuk kekal selim...hoho

Rasanya kalo wanita ni..semua nak rasa seksi. Nak menjadi seksi.

Tapi, kalo dah Muslim tu..nak berseksi boleh....cumanya seksi tu terhad kat dalam rumah sendiri la. Tak gitu?

As for me, haruslah berseksi kalo kat dalam rumah. That's why sangat tak seronok kalo tiba-tiba ada stranger kat rumah...err, biasanya kat rumah parents selalu ada aje yang datang berkunjung. Potong!

P/S : best bila dapat bersama mereka yang seksi di bilik persalinan setiap kali pergi swimming...becos then, u know u also sexy...muahaha

posted from Bloggeroid

Wednesday, 13 November 2013

Swimming VS Jogging

Sejak akhir-akhir ni, aku lebih banyak jogging daripada swimming
Faktor cuaca malam nan hujan, sejuk n faktor kolam yang crowded menjadi sebab ku pilih joging

Seperti biasa, kalo joging..aku akan setkan berapa banyak kalori yang berjaya dibakar..
Biasanya aku akan joging sejauh 3.5 km dalam tempoh 20-30 minit
Hasilnya, pembakaran 100-115 kcal sahaja..
Humm..memang mengecewakan, sebab ku tau, jumlah makanan yang ku ambil..nilainya lebih tinggi dari itu
Kalo dari segi teorinya, kita sepatutnya memastikan jumlah kalori masuk adalah lebih rendah nilainya dari jumlah kalori keluar.
Iyalah, makan nasik lemak jer dah bape ratus kalori kan?

Dan..sebenarnya, aku ialah seorang yang tidak suka kepada senaman kardio yang berpeluh sakan di daratan
Berbeza dengan swimming, dok dalam kolam 2 jam pun aku sanggup...
Sebab apa? Sejuk dan pembakaran lemak lebih cepat terasa.

Melalui pembacaan aku via belog Kevin Zahri, ini tips beliau :

Berenang tu paling sesuai?

Jadi, apakah swimming sesuai untuk perut? Macam mana nak lakukannya?
  1. Senaman impak rendah. Anda tidak perlu risau dengan melakukan aktiviti di dalam air kerana impak senamannya lebih rendah berbanding berada di atas tanah seperti berlari,jogging atau aerobic. Sekurang kurangnya menggelakkan anda daripada mengalami kecederaan ketika melakukan senaman kardio yang lain.
  1. Gabungan kardio dan strength: Berenang bukan sahaja senaman cardio malah berenang ini juga adalah salah satu strength workouts. Pergerakan lawan arah yang dilakukan dalam air menghasilan rintangan yang tinggi, maknanya, anda berkelebihan untuk membakar lebih kalori dan menguatkan otot pada masa yang sama. Dan kawal intensity semasa berenang!
  1. Total body workout: Berenang juga senaman yang memberi kesan kepada otot otot dalam tubuh; daripada bahagian kaki ke tangan,dada, bahu dan perut(lower&upper abs). Anda menggunakan seluruh tubuh bila berenang dan cara ini lebih efektif untuk fat burning berbanding cara yang lain.

Senaman kardio lain?

Jadi tiada masalah untuk menggantikan senaman berenang dengan senaman kardio yang lain. Yang paling penting adalah tingkatkan pembakaran kalori berbanding pengambilan. Sekali sekala, buatlah sit-ups dan crunches untuk kekuatan otot anda!

Ok..sebenarnya, baru malam tadi aku dah kembali ke arena renang... setelah hampir 2 bulan tak terjun kolam.. ohoho. Memang best!

So...all my lovely friends, jom swimming!

N as a 'ratu tips' seperti gelaran geng kat aku, pasnih aku akan share mengenai Senaman Otot vs Senaman Kardio. Tunggu.......


P/S : tadi member aku nun di kuantan share kisah terbaru, ada perempuan yang meninggal gara-gara makan ubat kurus...3 jenis pil; antaranya acai beri. Uh, menakutkan kan? So kengkawan, please jangan pilih shortcut untuk kurus. As for me, dulu..kini..selamanya, memang tak percaya pada obat kurus.

Tuesday, 12 November 2013

Misteri bantal itu..

Masa aku sampai ke petak parking yang tiga tu. Hanya petak tengah yang kosong.

Macam biasa, aku suka masuk parking dengan stail reverse parking. Tengah reverse tu..daripada side mirror, ku nampak satu bantal kecik. Humm, bantal baby agaknya..bantal siapa punya ni? Ku agak mungkin tuan punya keta sebelah kanan kereta aku.

Makanya...aku pun undurkan kereta dengan hati-hati supaya tayar tak gilis bantal kecik tu. N yess, memang tak kena. Just nice, jarak lebih kurang 5cm dari tayar kereta aku.

Aku sengih...berjaya selamatkan bantal tu daripada digilis. Takpe jap lagi aku nak ambik n letak atas kereta sebelah kanan aku. Dia punya kot??

Sebelum kuar kereta, aku layan dulu geng dekat grup wassap. Dah puas berwassap n bergelak ketawa bagai selama 10 minit...baru aku keluar dari kereta.

Bila aku keluar dari kereta...guess what??
Bantal kecik tu dah takde....
Aikkk?? Pelik ni!!

Otak aku terus tertanya-tanya ...mana peginya bantal tu??
Kalo ada orang ambik...mesti orang tu lalu tepi kereta aku...tapi, mana ada pun.
Atau...aku yang tak sedar sebab sibuk dok gelak ketawa berwassap?

Humm...memang misteri.
Misteri bantal itu....!!!

P/S : hari ni ku masih tertanya-tanya. apekah???

Monday, 11 November 2013

Always love sunday....

Bukan stakat ahad... Ku memang suka weekend. Owh, weekend yang dinanti.

Bukan aktiviti tawaf shopping complex.. Bukan aktiviti berjalan ke sana ke mari.

Tapi...menikmati ketenangan buat aktiviti kesukaan di rumah nan manis. Aktiviti yang tak sempat nak dibuat di kala weekdays. Owh, syoknya dapat bermalasan di rumah. Heaven!

Hari ni macam Ahad yang lalu, lepas subuh...apelagi, keluar berjoging n menikmati udara sejuk nan nyaman. Memang best! Badan sihat..otak cerdas.


Ilass the restaurant's owner wannabe always loves sunday...n weekend. Of course, cooking time yah!!


Hummm...yang best bila weekend ni ialah dapat breakfast kat umah. Syok owh. Pagi ahad yang damai ni, breakfast kat umah dengan menu; nasi goreng kampung, sandwic makerel yang comel n honey lemon tea.

Lagi?! Harusslah dapat buat hobi-hobi yang lain. Baca majalah feveret..dengar cd lagu yang tak sempat nak layan..layan citer feveret. Memanjakan diri dengan DIY spa at home pun best. Tapi, nak urut badan tak dapat laa DIY kan. Hehe.

P/S : humm..bila agaknya nak gi body massage ni? Uh..bestnya kalo dapat layan urut satu badan head to toe ni..

posted from Bloggeroid

Wednesday, 6 November 2013

Babai ..



Babai Malaysia...
Hehehe

Balik ni nak makan ayam penyet la.
Jom CK.

'lalala

posted from Bloggeroid

Monday, 4 November 2013

Piala Malaysia 2013 .. this is pantai timur yo!



Game malam ni memang very d fight gitu.
Pahang memang mengasak aje...huh!

Tahniah Pahang... 1-0 hasil gol minit ke58...

Whatever it is....
THIS IS PANTAI TIMUR!!

posted from Bloggeroid

Thursday, 31 October 2013

Hospital / Klinik Kerajaan VS Swasta (private)

Semalam aku cipta sejarah
Untuk pertama kali dalam hidup aku, akhirnya aku menjejakkan kaki ke sebuah klinik kesihatan kerajaan. Ohoho.
Tahniah ilass...tahniah!

Selama ni aku hanya akan pergi ke klinik swasta.
Kalo demam teruk or sakit perut teruk, memang ku terus pegi ke klinik swasta nan satu tu.
Nak buat medical check up pun, ku akan pergi klinik swasta.
Check gigi 2 kali setahun, pun aku pergi ke klinik gigi swasta.

Seingat aku, last aku pergi hospital kerajaan ialah masa buat medical check up nak masuk universiti dulu. Itu laa last. Lepas tu pegi hospital kerajaan sebab melawat orang sakit. Hummm.

Bukan apa...aku ni spesies tak kuasa nak tunggu lama. Dah laa tunggu lama, pastu layanan plak endah tak endah. Macam bagus sangat pun ada, macam dia sorang yang penat pun ada n macam dia sorang jer yang sibuk pun ada.

Paling utama aku mengelak gi hospital / klinik kerajaan ialah sebab memang tak sanggup tunggu lama. Huhu .

Tapi semalam, pengalaman dekat klinik tu dah berjaya ubah persepsi aku terhadap klinik kerajaan pun sama dengan hospital kerajaan.

Petugas yang mesra alam n polite.
Proses yang cepat n sistematik.

Well...tahniah kepada semua petugas di klinik itu. Maybe lepas ni kalo ada apa-apa hal...aku akan pergi lagi?

Humm...bila nak buat medical check up diri sendiri ek? Kalo kereta kita boleh selalu check kesihatan enjinnya...enjin kita pun nak kena check jugak. Body nak pakai lama kan! Ehehe

P/S: tunggu lama sangat boleh sebabkan jiwa jadi stress....huh.

posted from Bloggeroid

Sunday, 27 October 2013

Hair beauty....

Hummm.. Ku dah tak ingat bila last pegi wat treatment rambut kat salon. Ntah dah bape bulan tak pegi jumpa mereka yang pakar. Agaknya dah 5 bulan kot?

Busy satu hal jugak. Tapi..rasanya sebab my favourite hairstylist tu dah gone. Yer... Sammy no longer at the salon...huhu. Talkative Sammy with superb skills. Miss u girl!

Dulu Maria...lepas tu Kim...lepas tu Sammy plak yang hilang. Aku ni plak spesies susah nak rasa serasi ngan orang lain. Sammy berehat panjang dari dunia hair beauty ni...katanya nak pegi round the world.

Girls n ladies out there mesti laa sayang sama rambut kan....orang kata aset berharga gitu.

Just nak share tips daripada Sammy yang ku dah apply sejak-sejak kenal dia. Apa tipsnya??

4 inchi !! Yer itu yang harus diingat. Kenapa 4 inchi?? Ok, ianya jarak dari kulit kepala. Kalo nak apply conditioner, masker atau apa-apa krim rambut...make sure sapukan pada rambut jaraknya lebih kurang 4 inchi dari kulit kepala. Pendek kata...selain syampu n tonik, jauhkan produk rambut yang lain daripada kulit kepala. Penting untuk kesihatan rambut n kulit kepala.

Hehe, tiba-tiba jer kan bukak topik hair beauty plak malam ni. Ahaha. Bukan apa, sekarang ni almost everyday i do my workout. So, bila dah workout tu...sah-sah laa berpeluh dari hujung rambut sampai hujung kaki. N harusslah rambut pun dicuci setiap kali lepas workout or swim.




Ahah, ini salah satu produk rambut yang wajib pakai bila lepas cuci rambut. Good for your hair beauty...nourish your hair. Thanx Sammy...u always know the best!!!




Hari ni pagi-pagi lepas subuh ku dah turun berjoging. Yeah...harus workout setiap hari untuk kekal cergas n cerdas. Paling penting..untuk rasa sentiasa bersemangat. Ahaha. Err, hari ni bakar 120 kcal jer hasil joging + briswalk..hihi. Tak puas hati, balik umah..sambung dengan house chores plak ..keke. Haiit!!! Semangat ilass...semangat!

Ok...sekian tips untuk malam ni. Harap berguna. Hee.

P/S : bila nak pegi salon ya...haruss pegi wat treatment n trimm rambut ni.... Uhhh

posted from Bloggeroid

Friday, 25 October 2013

Mexican chicken fajitas in tortilla wrap .. Nyummeh!

Malam tadi teringin sangat nak buat chicken wrap... Anything bout chicken wrap. Yer, dah lama sebenarnya teringin nak buat sendiri tortilla wrap ni.

Bila bukak buku resepi kesayangan aku tu..humm, resepi yang ada agak complicated bahan-bahannya. Kalo nak buat, kena kuar beli kat kedai. Huu...ingat i ni rajin ke nak kuar? Malas owh...

Prinsip memasak aku ialah kena kreatif guna bahan yg dah ada kat dapur...kekeke.

Akhirnya..ku bukak youtube. Tengok resepi chicken wrap. Akhirnya..tekak teringin nak makan mexican style punya. Konsep memasak aku ialah ianya mesti simple but so delicious to eat. Hummm

Dan..inilah dia hasilnya...




Memang sangat sedap yo!
Nak buat pun sangat senang.

Bahan-bahan :
Tortilla wrap | kali ni i guna onion n chive wrap (biasa original flavour)
Isi dada ayam | potong nipis /dadu
Capsicum |i guna warna merah n hijau
3 ulas bawang putih |mayang
1 biji bawang merah besar |mayang
Mix herbs | i just guna oregano n parsley
Fajitas seasoning powder atau boleh guna pepper / chili flakes | i guna hot chili n red pepper flakes
Tomato ketchup | tapi i guna cili sos sebab suka pedas
Serbuk jintan putih
Olive oil untuk menumis
Yogurt / sour creme | i guna mayonis sajer
Aksesori : any salad kalo suka n i guna butterhead lettuce yang crunchy

Cara masak :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sampai perang.
2. Masukkan bawang merah n tumiskan lagi sehingga layu.
3. Masukkan ayam n gaul rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan mix herbs, jintan putih, fajitas powder, sos tomato, garam, gula. Gaul rata n tunggu sehingga ayam masak.
5. Akhir sekali, baru masukkan capsicum supaya ianya kekal crunchy. Gaul rata n biarkan layu seketika.
6. Masukkan sedikit jus lemon n gaul seketika. Bolehlah diangkat. Yer...chicken fajita dah siap!
7. Tortilla wrap yang dah dipanaskan disapu sedikit yogurt / sour creme..letakkan salad pilihan...dan masukkan chicken fajita tadi tu. Lipat n gulungkan n potong dua. Siap!

Memang sedap n crunchy.
Best sangat makan di kala malam.
Ahah...sape kata takleh makan makanan mexico kat rumah?
U can do it at home .... Cubalah!

P/S : menu ni memang sangat mengenyangkan...boleh jadi pengganti nasi. btw...wrap perisa onion n chive ni memang sedaplah. humm...best lagi dpd original flavour.

posted from Bloggeroid

Thursday, 24 October 2013

Anda pelanggan, anda ada hak!

Hari itu...aku travel jauh. Jauh sangat. Penat. Kena pulak jammed bagai.

Akhirnya malam itu sampai juga ke daerah itu. Penat, letih n lapar.

Sebelum terus balik umah ku ajak CT singgah makan dulu kat satu restoren ni.

Aku order bihun sup sebab jam dah pun kul 11.00 malam. CT plak order menu lain.

Lama tunggu, akhirnya sampai jugak bihun sup tu.

Bila ku makan...ya ampun, serius...giler masam oh!! Adoih..tensi tau. Dah laa kita penat travel jauh...order lambat sampai...dah sampai camni plak ropanya.

Akhirnya kupanggil budak waiter tu. Kucakap kat dia, ku order bihun sup...bukan bihun tomyam or bihun masam. Kemudian, ku mintak waiter tu buat bihun sup yang lain. Si waiter tu pun ambik laa mangkuk bihun sup tu bawak ke dapur. Ya la, siapa yang nak telan kalo dah itu rupa n rasanya.

Iyalah...kalo meniaga buat laa cara meniaga. Jangan ambik senang n caca merba jer. Jangan ingat pelanggan akan terima bulat-bulat apa yang service dia bagi.

Setelah lama menunggu kali kedua...akhirnya datang jua bihun sup tu. Bila ku rasa, humm rasa masam tu ada kurang skit la.

Akhirnya ku makan skit jer sebab mood pun dah lari gara-gara bihun sup masam tu.

Moral of the story, kita berhak komen n komplen service yang kita dapat hasil apa yang kita bayar. Iyalah, kalo service bagus...sure lah kita mesti puji punya.

Apapun, ku salute semua owner / pengurus / pelayan restoren yang profesional.

P/S : teringat citer ni tatkala lepak kat restoren itu kelmarin....bila 'mak ekan' terkena situasi yang hampir sama.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 22 October 2013

Goyang

.....

Kalo tiada angin...
Masakan pokok kan bergoyang..

Ahaha...

Tapi banyak juga pokok goyang
Walaupun tiada angin

Sebab apa??

Iya...

Sebab kat bawah tu ada orang yang goncang..

Mana tak goyang kan?

Ahaha

P/S : tanya sama pokok...ape sebab goyang??

posted from Bloggeroid

Monday, 21 October 2013

Weekend's cooking : Kerutuk Daging

20 Oktober 2013 (ahad)

Penat travel jauh tak hilang lagi..
Tambah plak dengan penat baru semalam..apelagi kalo main boling itu.

Petang tadi lepas bangun dari ketidoran depan tv...terus laju jer tangan ambik majalah resipi kesukaan aku..100 menu berempah tradisional n moden. Segar terus mata tengok banyak menu makanan nan lazat. Arrghhh...so tempting meh!!

Tiba-tiba..mata dok berkenan kat resepi kerutuk daging..huu, sedapnya! Teringat laa plak makan kerutuk daging kat kenduri dulu-dulu. Aduh...takleh jadi ni. Haruss buat untuk dinner.

Rempah kerutuk kat umah dah ada...hasil balik kampung itu hari. Terus beli sebab teringin sangat nak buat sendiri. Daging pun dah ada. Yesss...boleh buat dengan lancarnya hari ni.



Tadaa...dipersembahkan Kerutuk Daging untuk dinner malam ni. Sukanya rasa hati bila berjaya buat sendiri. Best..best...menjadi! Lepas jugak rasa teringin nak makan ni. Hummm..not bad for first trial at my home sweet home.

Nak buat senang aje uols.

Bahan-bahan :
500g daging |potong kiub
500g santan pekat
4sb rempah kerutuk
2sb cili kisar
2sb kerisik
2sb kicap pekat
1sb gula melaka
6 ulas bawang merah |kisar halus
Minyak untuk menumis

Bahan tumis:
1 biji bawang besar |mayang nipis
2 ulas bawang putih |mayang nipis
2sm halia |mayang
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara masak :
1. Campur bawang kisar n rempah kerutuk
2. Panaskan minyak n tumis bahan tumis
3. Masukkan cili kisar n campuran rempah kerutuk. Kacau hingga pecah minyak
4. Masukkan daging n santan, biar hingga daging empuk
5. Masukkan kicap, kerisik, garam n gula melaka. Gaul sebati
6. Biarkan masak n angkat.

See...mudah kan?
Hanya 6 steps...then, kita boleh makan hingga menjilat jari. Nyumm nyumm!

Alhamdulillah...dapat jugak lepas gian nak makan n nak masak sendiri. Kalau tak..humm, ntah bila lagi dapat makan.

So..u guys pun boleh try buat. Slamat mencuba!

P/S : mamaku bawak beli rempah ratus dengan seorang nenek. Yang bestnya...nenek tu dah pun perturunkan ilmu memasak best turun temurunnya. Yeay..terima kasih nenek sebab turunkan ilmu n rahsia itu kat saya. Memang walla!

posted from Bloggeroid

Friday, 18 October 2013

Addicted to merempit di tengah malam

Sape sini minat manga / anime Initial D? Alaa...citer racing kete jepun tu.
Sape layan boleh laa geng ngan aku sebab aku memang suka anime ni.



Ahah, ini watak hero Initial D. Sekali keluar plak movie hong kong Initial D lakonan Jay Chou tu. Haruss laa layan kan. Tengok macam mana dia bawak tofu turun naik bukit sampil merempit di tengah malam tanpa sikit pun kemusnahan kepada tofu tu. Perrgh!

Ya..aku suka sangat citer kereta racing ni. Ya...aku kagum ngan skills driving n drift dorang yang hebat! Aku rasa game yang aku suka layan pun game racing kereta. Syok owh! Hahaha.

Sekarang ni serius, ku rasa ku dah addicted nak merempit di kala malam di jalan berbukit n selekoh mencabar tu. Rasa syok tu lain macam bila dapat challenge driving skills daripada tahap biasa. Huh...memang satu kepuasan.

Ini semua gara-gara dah start terjebak merempit balik kampung di tengah malam buta mulai 2 tahun lepas. Wakaka. Kadang ku rasa ku saja carik pasal n alasan untuk gerak malam.

Arrghh...camne ni??

P/S : pernah dulu hampir isi borang masuk contest jadi pelumba kereta wanita. leh masuk majalah kereta tu..hehe ;P

posted from Bloggeroid

Friday, 11 October 2013

2 n 3 piece suit pants ... Yeay!

Hari ni dah keluar pekeliling baru khas untuk pekerja gomen wanita..
Yeyeyeyeayy...
Aku yg tgh bercuti rasa melompat keriangan menyambut berita gembira ni... Yahuuu!





Yeay..pasnih leh laa pakai koleksi suit pants daku...

Baru laa pegawai wanita nampak profesional kat ofis..
N from now on no more baju kurung is seragam for gov officer!



Last but not least..bukti bergambar daku tengah bercuti!!! Makan-makan adalah acara wajib!!

Selamat bercuti semua.
Enjoy your weeend!

P/S: demam ni membuatkan hati kepingin makan macam-macam. hee

posted from Bloggeroid

Thursday, 10 October 2013

Jomm minum air!



Jomm kita minum air
8 gelas sehari ya...
Lagi banyak lagi bagus!!

Tapi ingat, air masak ya...bukan air manis.

Kalo kita demam....lagi banyak kena minum air masak.

*mode dilanda demam selesema..huhu*

P/S : bila dilanda demam...badan jadi panas. tapi...rasa sejuk tu ya ampun sampai ke tulang rasanya...huhu

posted from Bloggeroid

Tabung duit n jewellery box baru

Ada tak orang yang suka beli sesuatu barang sebab nak dapatkan bekasnya sahaja?

Masa kecik dulu pernah tiba-tiba abah aku bawak balik 2 bekas besar berisi mee segera Vit's perisa ayam. Aitt...pelik pulak rasanya sebab kalo diikutkan mana laa abah aku bagi anak-anak dia makan megi atau apa-apa mee segera ni. Ropanya kali ni dia beli semata-mata nakkan bekas nan besar n cantek tu. Tak pasal-pasal umah kitorang ada stok mee segera Vit's. *tapi..abah/mama aku takkan guna perencah dlm mee segera tu..banyak ajinomoto katanya. So..perencah akan tumis lain...*

Kali ni aku plak dah ada tabung baru untuk coins aku yang banyak tu. Iya, aku ini spesies tak suka bawak coins dalam wallet..dapat jer terus simpan kat umah. Bersepah coins kat ceruk umah sebab tabungnya takde..ahaha.

Jewellery box pun dah dapat yang baru. Comel plak tu. Takde lah main letak atas meja solek tu jer. Keke.




Inilah dia yang dimaksudkan. Comel kan tabung coins yang baru. Dahlaa cookies n shortbread ni semua ni sedap sangat walaupun makannya tak seberapa. Oleh kerana nak guna bekas dengan cepat...maka bawaklah ke ofis untuk dikongsi makan dengan kengkawan. Baru cepat abes.

Hummm... Pasnih nak beli ape plak ek? Apa lagi nak lengkapkan keperluan kat umah tu?? Kena window shopping ni...hee.

P/S : teringat masa sekolah dulu ... Semua sibuk nak tayang pencil case / box sape yang paling cun n kreatif...ahaha

posted from Bloggeroid

Wednesday, 9 October 2013

2 minutes workout!



Bak kata Kevinzahri :

" kalau yang ini pun anda tiada masa, i pun dah tau nak cakap apa lagi.."

Ahaha...

Jomm workout!
If u can't make it for 30 minutes a day..
Just do it for 2 minutes!!

**P/S : Eda said "beauty is pain" when i told her that i swim n jog to keep up my fitness n slimness. Hehe. Hey girls.. Jom join zumba! It's fun!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 8 October 2013

My baby bluehaze dah tak risau lagi..

7 Okt. 2013 (Isnin)

Hari ni aku kena duty dekat ICU
Humm..biasalah, bila ada big event .. adalah pakej protokol mokolnya,,,,
Pagi-pagi dah masuk ofis dulu..sebab baru teringat ada benda penting nak dibuat. Urgent!

Apekah??

Ya..baru aku teringat ... roadtax my baby bluehaze dah nak expired
Tarikh expired tahun ni elok laa plak nak raya haji .. huhuhu
Hujung minggu ni dah nak travel jauh sana sini..
Nak tak nak, pagi ni kena jugak setelkan.

Terus call my agent... kira i ni loyal customer beliau setiap tahun..
Call...mintak quotation insurans n roadtax. Setuju n bayar.
Katanya dalam masa sehari, roadtax ku akan sampai kat ofis.. ahah!

Huh...akhirnya...dah leh pegi ICU dengan senang hatinya....'lalalala

8 Okt. 2013 (Selasa)

Hari ni lebih kurang jam 11.00 pagi..
Tiba-tiba sesorang datang hantar postage..
Yeay... dah tiba!

Yeay...my roadtax dah sampai
Senang saja kan.. semudah 1-2-3
Now my baby bluehaze dah leh jenjalan jauh...
Sib baik tuan baby bluehaze teringat..kalo tak...sendiri mau ingat

Senang kan?
So..korang lak macam mana?
Prefer buat sendiri dekat myEG?? atau serahkan semuanya dekat agen insurans??
As for me, call jer agen insurans....in one step...semua setel!

P/S : My baby bluehaze skang warnanya dah jarang nak nampak dark purple metalic sejak-sejak suh si teruna tuh tolong hantar basuh. Skang ni warnya dah nampak dark grey metalic aje. Hohoho. *humm..keta pun nak purple..keke*

Piut ???

Sape pernah dengar perkataan piut?
Ok... Aku baru dengar perkataan ni hari ahad lepas masa tengok berita.
Berita tu pasal jemaah haji tertua dalam rombongan tabung haji.
Dalam berita tu kata makcik tua tu ada berapa orang anak, cucu, cicit dan piut.

Piut???

Ahaha...serius, ni kali pertama aku dengar. Baru kutau lepas cicit..panggilannya piut! Ohoho.

Ok..cuba kita susun reverse plak.

Anak
Emak
Nenek
Moyang
(.....??)

Err...lepas moyang kita panggil apa pulak ek???

P/S : agak failed dalam panggilan keluarga ni....huhu

posted from Bloggeroid

Monday, 7 October 2013

Weekend dan apronku...

Weekend ni akhirnya kembali berasapdapur manisku itu..hoho
Humm...terobat laaa rasa rindu mau masak-masak di rumah manisku...
Akhirnya....dapurku dah mengeluarkan aroma nan sedap n wangi masakan...hehe


Kembali menyarung apron nan biru ni di dapur manisku
Dah lama sangat rasanya tak rasa lepak santai di rumah sendiri 
tatkala hujung minggu macam ni 
Hoh...dapat dok rehat kat umah adalah heaven!

Sabtu....5 Oktober 2013

Spaghetti carbonara with shimeji mushroom
Ini menu utama di hari Sabtu yang damai..
Bila bukak peti ais, humm..tengok ada cendawan nan sedap ni
Otak apelagi, mula cari idea nak buat apa!
Terus kuarkan spaghetti, masak sampai 'al dente' n toskan
Potong cendawan..buat kuah carbonara
Curahkan kuah itu atas spaghetti  ...
N then...mamma mia, enaknya makan spaghetti di rumah 

Ahad .. 6 Oktober 2013 
Hari ni pagi-pagi dah bangun...
Humm..bestnya dapat golek-golek lama skit kat katil sendiri
Huh...rasa lama sungguh tak menikmati tido macam malam tadi...
Syok owh!

Masih rasa nak masak bukan-bukan..nak masak beragam
Ambik koleksi buku resepiku... ambik idea nak masak apa..
Humm..belek punya belek... malas plak
Akhirnya sendiri tanya hati nak makan apa...
Apelagi...terus ambik kunci keta n jomm shopping kat pasar!
Untong jugak hari ni pegi pasar pakai jersi merah Manchester United..
Nape untong?? Ahah..sebab dapat diskaun sebab penjual sayur tu pun fan MU.. ahaha... GGMU!
*betul laa orang kata, kenalan / geng baru mudah dapat kerana minat yang sama...kan??*

 Sweet n spicy grilled beef ribs
This is my own recipe... my special menu for our luncheon
Actually, i've got the idea to make this recipe after had that yummyliciuos dish during my vacation last year..hohoho
N yeah...i've managed to cook this menu several times... n hey, they love this!

Kailan Ikan Masin
Humm..this gonna be my all time favourite sayur!
That's why i already bought one big long tenggiri this year
Only to make this sayur ..
n for my Nasi Goreng Ikan Masin !
Green vege is a must on the table... we need vitamin yah!

Pisang goreng yang so rangup
Ini makanan yang teringin nak makan
Ini malam, makan sambil tengok citer korea..
Sebenarnya, malam ni percubaan buat pisang goreng ni pakai resepi taruk kapur
Yah...tak sedap lah! Kapur itu menukarkan warna bancuhan
Okeh..next time, haruss menten dengan resepi macam biasa..

Best dapat bau harum wangi makanan dalam umah sendiri...
Bau harum wangi masakan jiran pun dah leh buat kita syok..
Bau masakan sendiri.. kat umah sendiri..lagi lah syok kan!

Next agenda... kena menten makanan berkhasiat lagi seimbang..
Kurangkan oily food...!

P/S : kengkawan yang lately ni tegur aku yang dah lama tak tunjuk gambar masakan...harap puas hati dengan menu minggu ini ya. kekeke. memasak kan obat stress ai...so, mesti akan ada punyalah! hahaha

Friday, 4 October 2013

IQ test di pagi jumaat...



Agak-agak korang....
Berapa ya nombor petak parking tu?

Jawab jangan tak jawab.

posted from Bloggeroid

Thursday, 3 October 2013

Simple way to be a good leader..

1. Be a good listener !

2. Less talk, more substances.


simple tips from our smart milady....

posted from Bloggeroid

Fitrah 5 deria manusia...




1. Mata - nak tengok yang cantek...yang indah...yang lawa.

2. Telinga - nak dengar yang baik-baik.

3. Hidung - nak bau yang harum...yang wangi.

4. Mulut - nak makan sedap...yang lazat...yang enak.

5. Tangan - nak sentuh..pegang yang baik-baik....yang elok.

P/S : begitulah manusia....kita kena akui. sebab tu setiap orang ada favourable sendiri

posted from Bloggeroid

Panasss.....

Global : KISAH US SHUTDOWN


US shutdown yang dah masuk hari kedua ni.
800K US civil servants are now jobless....diarahkan bercuti tanpa gaji.
Penangan kewangan US memang akan memberi impak besar kepada negara-negara lain dunia.
Kes Obamacare saje dah mampu bagi krisis kat negara besar ni.
Hummm... Apa akan jadi kalo laa ini terjadi kata negara kita ya??

Dalam negara: LAPORAN AUDIT NEGARA 2012





Hummm...memang panas laa ramai orang bila keluar laporan audit ni. Dah hari ke3 ni...rasanya makin ramai yang bengang dengan laporan bab 'perbelanjaan berhemah' ni.
Well, bersedia untuk menjawab ajelah kepada semua yang terlibat.

Tapi kan...laporan pun kena tunjuk Wow factor yang dah dibuat oleh Kerajaan instead of teguran semata-mata. Pembuktian baik pun harus ditunjukkan kepada rakyat.

P/S : mintak dijauhkan daripada terjebak dengan benda-benda lagho donia ni.....huhu

posted from Bloggeroid

Wednesday, 2 October 2013

Owh dapur manisku.....!

Hummm...
Bila diingat-ingat balik, lepas raya puasa itu hari...memang kesibukan melanda yang amat.

Niat nak gathering raya kat umah pun tak kesampaian.

Huh, baru perasan...dah lama aku tak betul-betul gunakan dapur manisku tu.

Huhu....rindunya rasa nak masak beragam macam-macam.
Dah lama la jugak tak pegi pasar basah. Last sayur yang kubeli masa pegi Cameron Highlands itu hari kot??

Label Jom Masak dalam blog ni pun dah lama takde entri baru. Ini tak boleh jadi ni.

Humm...harus kurangkan lepak makan kat kedai ni. Bahaya..bahaya...nanti habis skills memasak aku kalo dibiarkan.

Miss the smells of those good cooking...the baking....nyumm..nyummm

P/S: skang ni hanya sempat minum madu aje kat umah....diet madu katanya...hee

posted from Bloggeroid

Tuesday, 1 October 2013

Salah ke kalau lelaki pun sibuk ber'selfie' ???

Pagi tadi bila aku bergegas ke parking basement....aku ternampak seorang lelaki di sisi kereta putihnya.

Nampak dia macam terkejut dengan kehadiran aku yang tiba-tiba. Owh, baru aku perasan...tangan dia tengah pegang henpon sambil beraksi gaya macho.

Lahai...tengah ambik gambar sendiri sorang-sorang ke? Ahahah....

Aku saja buat selamba kunun tak nampak ler apa dia buat. Mak oii...ropanya banyak snap plak dia dok ber'selfie' tu.

Kalo perempuan...tu perkara normal la. Kalo lelaki...jarang nak jumpa suka ambik gambar sendiri... Tul tak??

So...u guys yang lelaki rasa camne? Apa korang rasa bila tengok ada lelaki yang dok sibuk ber'selfie' sama ni??

P/S : tak salah..tapi bila benda jarang dibuat rasa macam pelik n kelakar. hihi. peace no war!!

posted from Bloggeroid

Obat bila kena kerja hari minggu...

Kerja sekarang bukan macam kerja dolu-dolu
Bila ada kerja yang penting yang perlu disegerakan ... jawabnya hari minggu laa yang kena dikorbankan
Humm.. begitulah..

Sabtu sampai Isnin semalam, aku memang out station lagi..
Humm.. kali ni aku pulak sebagai penyelaras.. nak buat camne.. memang kena setelkan tugasan ni dalam tempoh 3 minggu... Findings memang perlu disegerakan.

Well.. memang semua orang akan jiwa stress bila kena korbankan hari minggu... termasuklah penyelaras
Oleh itu kena ready dengan obat duka lara kepada diri sendiri dan kepada semua yang kena hadir
Oleh kerana kita yang buat kerja itu, bukan kerja itu yang buat kita.. maka, pandai2 lah kita survive..hoho

Apekah obat itu??

Obatnya ialah ini dia, haruslah pilih penginapan yang ada makan nan sedap
Obat kepada perut ialah obat kepada stress jiwa kacau.. keke
Gambar ni gambar hari terakhir kejadian..
Bread butter puding nan sedap... penutup luncheon semalam
Lain-lain menu...biarlah perut sendiri yang merakam kenangan
Ahahaha... :D
*yang penting, gue selaku penyelaras gumbira bila semua peserta gumbira!

Tiap malam bila habis jer sesi penuh stress... takde ape yang lebih penting kat otak
Dapat jumpa katil... ya ampun, rasa seronoknya!
Kelemahan aku bila pegi out station ialah; inilah dia
Sentuh bantal,,sentuh tilam.. terus lentok tak sedar ape... sampai ke pagi
Akhirnya lupa nak cuci muka sebelum tido
*stress pulak, balik out station...kulit muka dah ada akne..huhuhu

Eleh... sebenarnya entri ni just nak rakam yang aku sebenarnya kena pegi out station lagi!
Sekarang ni, tiap benda mesti nak rekod dalam belog.. kui kui kui

Humm,.. nak pegi meeting plak jap lagi ni...
*meeting lepas lunch memang sengsara...sengsara pada kelopak mata nan berat ni..hihi

P/S : Pegi mana-mana hotel, bilik tido tuh simple pun dah tak kisah.. janji makan sedap. Itu memang kriteria paling utama.. obat..obat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation