Wednesday, 27 March 2013

Ini memang bikin tensen....

Mari kita bayangkan suasana ini:

Bila kita nak mengejar masa untuk ke ofis di kala pagi  hari..
Kita sanggup skip aje rutin pagi yang tidak perlu... memang kejar masa

By the time, kita sampai kat parking ofis...
Yeah, lega... sempat lagi nak punch in... confirm selamat daripada kad merah

Bila dah depan lif, ohoooi... ramai yg sama2 menanti lif... masing2 kejar punch card...
Ok...lif pun berhenti laa di setiap aras... orang keluar masuk ofis masing2

Sekali, lif berhenti kat aras 7 ... 
takde orang keluar..tapi, ada orang masuk..
Kemudian orang itu tekan butang no. 8
Bila lif sampai aras 8... orang dari aras 7 itu keluar masuk ofis dia..

Argghhhh.. orang itu memang bikin tensen kan!!!
Semua pandang geram jer... buang masa orang jer... huh!

Ohoooooiii, setingkat ajer pun....ko naiklah tangga!!!
*grrrr,,,,,!!! hangin jer rasa ngan orang macam ni tau!..kan!*
kalo sekali takpe la, ini orang yang sama dok buat benda yang sama
Boleh tak jangan buat gitu time2 waktu puncak  nak punch card???
Kalo setingkat dua tingkat... guna ajer lah tangga.. exercise skit!! Ape daaa...

P/S : Daripada buang masa tunggu lif, setiap pagi aku akan naik tangga dari Besmen 2 ke Gfloor. Cepat skit!

Tuesday, 26 March 2013

Homemade cooking : Nasi Minyak n Ayam Masak Merah

Holla!!!
Sebenarnya entri ni nak post malam tadi...
Tapi.. kenyang perut punya pasal.. suka hati laa jadinya...
Heee.

Malam tadi.. entah kenapa rasa teringin sangat nak buat nasi minyak..
Mestilah sebab teringin nak makan nasi minyak secara tiba2 kan.. hehe
Kalo teringin tu rasa pada jam 6 petang - 8.00 malam takpelah jugak..
Ini.. buang tebiat, teringin n kemaruk nak makan pada jam 10.00 malam.. 
Hah, tau takpe..

Kemudian, jam 10.30 malam baru ler start masak *adoii,,, ini semua gara2 layan NCIS LA dulu..hee*
Tapi... best okeh... sebab beberapa puluh minit kemudian.. dah boleh makan...nyum nyum
Huuu.. bestnya....!!!! 

Tadaaa..inilah dia, 
Nasi Minyak n Ayam Masak Merah in da house!
Macam biasa, masak untuk dua orang sajer...
Humm.. sungguh sayugia dapat makan di tengah malam buta itu
Sangat laa very late dinner..kannn!
Tapi.. sungguh menjilat jari... n rasa tidak cukup nasi.. huh!

Sebenarnya kan..
Tau nape tiba2 teringin nak makan nasi minyak?
Ahah, ianya sebab stok beras siam kat umahku sudah abes... tunggu stok lum sampai2
Makanya... harus laa gunakan sepenuhnya 'koleksi' beras basmathi n beras herbafonik itu dengan sebaiknya.. Ahahaha! *konon alasan laa kan.. kekeh!*

Ya.. apelagik ek nak masak pakai beras basmathi ni?? 
Humm, nasi tomato pun sedap.. 
Nasi arab pun sedap..

Resepi nasi minyak??? Mudah sangat. Semudah 1,2,3 .. hingga 10. hee

1. Beras basmathi dicuci n direndam lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan.
2. Bawang merah, bawang putih n halia dimayang nipis.
3. Panaskan minyak sapi.
4. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga n bunga lawang hingga naik wangi.
5. Masukkan bawang n halia yang dimayang tadi sehingga layu n naik wangi.
6. Masukkan beras basmathi. Gaul sebati.
7. Masukkan sedikit white pepper, garam n air limau nipis. Gaul sebati.
8. Masukkan sedikit susu cair,sedikit air dan taburkan kismis secukupnya. Gaul seketika.
9. Angkat dan sambung masak menggunakan rice cooker. Tunggu sehingga masak.
10. Bila dah masak, taburkan bawang goreng.

Mudah kan?
Selamat mencuba uols!
Pasti sedap... nyummeh!

P/S : Masak beragam macam ni sekali sekala memang best. Humm.. nak masak ape lagi ek?? Nasi tomato? Nasi arab? huh.. nape laa banyak makanan sedap dalam dunia ni?? Hahahah. Err, nasi jagung pun sedap. Owh, tiba2 teringin nandos pun ada... Nak!!


Monday, 25 March 2013

Risiko kongsi alat solek / perkakas salon ..

*Note :
Hari ni aku nak kongsikan info mengenai risiko kongsi alat solek atau perkakas salon. Harussss share dengan semua. Kredit kepada Berita Harian atas artikel ini.


Tahap kebersihan, keselamatan penggunaan perkakas salun kecantikan masih diragui

Suatu ketika dulu terapi spa ikan begitu popular. Banyak salun kecantikan dan pusat spa menawarkan perkhidmatan berkenaan. Menerusi terapi itu orang ramai merendamkan kaki di dalam kolam air yang diletakkan berpuluh-puluh spesies ikan tertentu dikatakan mampu membuang kotoran dan toksin dalam tubuh. 

Namun, rawatan itu tidak lagi dilihat di mana-mana pusat spa selepas Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan yang boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air. 

Orang ramai pula mula sedar mereka tidak sepatutnya berkongsi dalam kolam sama untuk rawatan berkenaan bagi mengelak sebarang risiko jangkitan penyakit. 

Bagaimana pula kesedaran orang ramai dan pengusaha salun kecantikan terhadap tahap kebersihan, keselamatan, cara penggunaan perkakas, alat solek dan lain berkaitan rawatan dari hujung rambut ke hujung kaki? 

Pernahkah anda terfikir risiko menggunakan sikat yang sama ketika mendapatkan perkhidmatan di salun rambut? Menggunakan alat solek seperti berus, maskara, gincu, pemerah pipi dan bedak yang sama dengan pelanggan lain. 

Bayangkan, wajah cantik menawan selepas disolek juru mekap, kemudian rasa gatal, kulit sensitif, kurap dan sebagainya. Jurusolek juga tidak tahu status kesihatan individu yang disolek dan mungkin satu daripada 10 individu yang ditatarias menghidap penyakit berjangkit. 

Hakikatnya, rata-rata wanita mengunjungi salun kecantikan dan mendapatkan perkhidmatan jurusolek tidak mempertikaikan mereka menggunakan alat solek yang sama. Kita yakin mereka hanya memberikan saja wajahnya disolek. 

Ketika ini memang tidak ada peraturan mewajibkan semua bahan kosmetik, berus dan alat solek distrel. Justeru, tidak ramai yang melakukan pensterilan kepada alat digunakan kerana ia meningkatkan kos perkhidmatan kepada pengguna atau jurusolek. 


Oleh itu, sejauh mana jurusolek mengutamakan kebersihan dan keselamatan dalam setiap barangan yang digunakan. Berapa ramai kalangan jurusolek yang menggunakan alat solek seperti berus mekap, sikat dan pencukur pakai buang atau melakukan pensterilan terhadap peralatan yang digunakan untuk memastikan keselamatan pelanggannya terjamin? 



Jangkitan virus 

Istilah ‘double dipping’ atau celupan berganda adalah istilah yang diguna pakai oleh kebanyakan jurusolek profesional. Ia merujuk kepada tambah nilai produk yang sama menggunakan aplikasi lebih daripada sekali. 

Sebagai contoh, cecair maskara yang habis ditambah dengan cecair baru tetapi masih menggunakan berus dan tiub yang sama sebenarnya memberi risiko jangkitan kepada pengguna apabila bakteria yang sudah ada pada alat berkenaan dipindahkan kepada individu lain. 

Pencemaran silang dan jangkitan melalui berus dan alatan solekan sudah tercemar dengan mikro organism, bakteria, virus dan kulat daripada seorang kepada individu lain. 

Dengan mengetepikan amalan kebersihan khidmat solekan studio, spa, kaunter kecantikan sehingga kepada solekan pengantin mungkin boleh menyebabkan jangkitan konjunktivitis, blepharitis, impetigo, kurap, jerawat dan herpes.



Risiko jangkitan akibat mencelup alatan berulang kali (double dipping) 


  • Konjunktivitis (mata merah jambu) - penyakit radang yang menyebabkan mata kemerahan, gatal dan berair. 
  • Blepharitis - radang bakteria terhadap kelopak mata. 
  • Ulser kornea - menjejaskan penglihatan dan boleh menyebabkan buta. 
  • Herpes simplex - virus yang sangat mudah berjangkit mudah dipindahkan oleh berus bibir tercemar. 
  • Kurap - jangkitan pada kulit yang boleh membiak dengan cepat dalam produk seperti pemerah pipi. 
  • Impetigo - jangkitan kulit yang mudah berjangkit disebabkan bakteria staphylococcus, mudah dipindahkan melalui berus dan peralatan lain.

Saturday, 23 March 2013

Penangan Taiwan Massage.. hoho

Mode : Tengah layan TV...tengok MHI. Good morning uols!
 
 
Hari ni bangun pagi dengan penuh semangat n segar.
Rasa tido puan puas jer.
Humm.. best. Walaupun daku masih berada di perantauan a.k.a di luar daerah.
 
Petang semalam, aku n geng2 senasib sempat laa buat aktiviti sukahati..
Yer aktiviti sukahati haruss dibuat selepas penat memerah otak..kannn!
 
Aktiviti yang kupilih kali ialah... Taiwan Masssage! Ahah,.
 
Kakiku yang tengah diurut.. hoh, best owh!
Ini kali pertama aku try Taiwan Massage..
Syok jugak..
Paling penting..dia tak guna minyak
Tapi, krim losyen yang wangiiiiii..... suka,suka,suka
 
Semalam petang tu aku pilih '2 in 1 package' iaitu foot massage + shoulder massage
Nak buat body massage, lenkali laa kan.. hoho *masa singkat sangat, harusslah pilih yang berbaloi2*
Sesi diurut tu 40 minit foot massage, 20 minit shoulder massage...
Huu...bestnya bila kena di tempat2 yang memang lenguh tu.
 
Penangan kena massage ni memang amatlah terasa!
Malam tadi belum pape.. aku dah tertido dengan jayanya..... jam 9.00 malam tu
Sib baik malam tadi takde program.... kusss semangat..!
Bila celik mata, jam dah 2.00 pagi.. harusslah bangun mandi, cuci muka n solat.
Haih.. ilass oh ilass....... *harus disiplin cuci muka ya!*
 
Tapi kan, banyak2 massage yang aku pernah try; chinese massage, thai massage, taiwan massage, bali massage..
Rasanya kan... thai massage jugaklah yang paling best! hoho
 
Uols suka jugak ke massage dimassage ni...? Syok kan??
 
Ok laa.. aku harus bersiap untuk program ni,,
Daaa,,
 
P/S : Huh, tak sabar nak balik umah... yeay!

 

Thursday, 21 March 2013

Away from home.....

Di kala ini, aku berada beratus2 kilometer jauhnya dari umahku nan terchenta..
Selepas melalui situasi beratus2 kilometer di atas paras laut..
Tibalah aku kat sini..

Bila away from home n office ni..
Memang rutin aku akan berubah..

Antaranya...

Melawat butik?? Oh bukan, ini bukan baju di butik
Ini deretan baju2ku untuk seminggu out station di sini
Huh, memang tak pernah aku iron baju sebanyak ni
Blaus + skirt + kain + tudung... memang banyak!
Lenguh owh....tp, limited iron nya pasal... kenalah rajin
 
 
Petang semalam, itulah keje aku sepanjang petang bawak ke malam.
Iron baju keje untuk seminggu
Huh, memang dalam sejarah hidup aku laa ni pada Mac 20, 2013
Memang tak pernah aku iron baju sebanyak itu
Ya.. aku malas skit nak iron baju..
Iron baju paling banyak pun 2 pasang...
Sebab kalo hari2 biasa nak gi kerja.. lambat skit dapat ilham nak pakai baju mana gi ofis...
Ini sebab hotel kedekut iron.. jadilah aku seorang yg rajin.. hahahaha
 
Hummm, kalo kena out station.. lagi2 yang lama2 cenggini..
Memang banyak merubah rutin hidup..
Makan, tido, lifestyle..... humm
 
Eh.. leka plak aku..
Kena stop dulu.. nak bersiap untuk keje hari ni..
Daaa
 
 
P/S : Ingat lokasi hotel ni strategik... ropanya tidak! Arrghhhh... buhsan laaa aku kat sini. *huh*

Wednesday, 20 March 2013

Jongkaka ...

Hari ni bila buka pc pagi2... terus terpampang dekat skrin satu perkataan baru dari Dewan Eja
Perkataan itu ialah JONGKAKA..
Haa... korang tau tak apa itu jongkaka?

Dolu2.. bila arwah nenek aku sebut perkataan jongkaka ni... aku macam pelik
Perkataan apekah itu?
Bila aku tanya mama aku, itu panggilan untuk tukang hidang masa kenduri kendara
Biasanya yang buat kerja2 berat ni, kaum lelaki la..

Masa tu aku ingat itu adalah satu perkataan dalam dialek kitorang *huh, aku ni banyak tak reti perkataan2 dahulu kala ni... hukhuk*

Tapi, hari ni.. baru aku tau
Perkataan jongkaka ni dah pun wujud dalam Kamus Dewan.. ahaha

Mengikut Kamus Dewan,

JONGKAKA ialah :
- Orang yang mengangkat hidangan dalam majlis jamuan, pelayan jemputan, bentara.

So, lepas ni aku nak glamerkan laa perkataan ni.. hahahaha

P/S : Orang selalu tak percaya bila aku kata aku ni orang negeri itu. N orang negeri itu pun kadang2 tak percaya aku asal dari situ. Humm, apekah? Ya, kat umah...mama n abahku jarang nak keluarkan perkataan yang pelik2. Bila jer aku dengar perkataan pelik, mula aku tertanya2... apekah itu??

Sunday, 17 March 2013

Weekend's cooking : Spaghetti Aglio Olio in da house!

Mode : sedang layan MOBBED yang kelakar ni...hehehe. *tv show ni memang cool la...tak tahan gelak!*

Aku suka sangat makan Spicy prawns spaghetti aglio olio... memang nyummeh!
So far... aku suka makan itu dekat the garden yang sungguh english style itu

Kat umah biasa aku suka buat Aglio Olio with chicken...
Humm.. bestnya... aku memang suka aglio olio ni berbanding spaghetti bolognaise itu..
N aglio olio adalah sejenis pasta yang sangat simple but sooo nyummeh! *drool*

N gues what??
Tiba2 pagi semalam sekali lagi aku kena tag dekat FB.. kali ni dek mak ekan lak..
Gambar spaghetti yang dicucuk pada sosej...
Waoh.. looked so nyummeh! Mak ekan suh aku try buat spaghetti guna sosej itu..
Wah,,.. ini cabaran untuk aku ni.. ahahha! *of cos i want to try it immediately...hohoho*

So.. malam ni... tadaaa....
aku dah bejaya membuat spaghetti sosej itu..
aku pilih untuk add on spaghetti sosej tu dalam resepi aglio olio aku.. humm
Jom tengok!

My homemade dinner tonite :
Spaghetti aglio olio in da house!! yeay...
Ok, nampak tak spaghetti sosej yang aku maksudkan tu??
Untuk add ons sosej itu;
Aku just guna mushroom chicken cocktail sausages
Humm..pakai aje bahan2 dalam fridge aku tu
 
 
Macam mana nak buat?
Humm .. mudah sajer..
Aku akan kongsikan respi aglio olio itu dalam next entry okeh!
Percayalah... uols pasti suka punya.. hee
 
Till here... daaa
 
P/S : Huh, makan spaghetti ni memang betul2 mengenyangkan. Sangat!!! Humm, aku suka bila orang suka hasil masakan aku.. hee

Thursday, 14 March 2013

Kemaruk melanda di kala malam....

Mode : Baru lepas layan Revenge. Sambil2 tu belek buku Comfort Food kesayangan aku yg berwarna pink itu... kunun carik idea nak masak apa malam buta ni. Rasa macam nak masak beragam skit malam ni. *n akhirnya decide nak buat spaghetti aglio olio ala Rachel Ray sajerk*

Sebenarnya aku ni dah tahap buhsan nak makan makanan yang selalu aku buat..
Balik keje tadi tu, dalam otak aku... nak buat beef steak..nak buat beef steak..
Tapi..sampai sudah daging itu masih dalam peti..
Bila dah rasa lapar.. lagi laa bertambah2 rasa nak makan something yang jarang aku masak
Huuh.. teringinnya... rasa nak buat risotto pun ada.. uhuhhuhu

Ok.. sebenarnya sejak minggu lepas aku dok teringin nak buat menu2 seperti gambar di bawah ni :

Kiri : Chicken Fajitas
Kanan (atas): Homemade pancake
Kanan (bawah) : Buttermilk scones

Malam ni, nak buat Chicken Fajitas tu, bahan semua dah ada, termasuk tortillas yang aku dah buat stok kat dalam fridge tu...tapi, malas pulak nak perap 2-3 jam ayam2 tu....n sour cream pun takde ya... so KIV dulu.
 
Pancake itu adalah kesukaan sangat, janji nak buat pancake untuk breakfast n makan ngan geng2 kat ofis... Humm, sedapnya makan pancake dgn madu.. nyumm..nyumm. Tapi, bila tengok stok tepung... adohai..dah abes laa plak. Nak kena beli dulu.. huhu... *ya, aku ialah seorang yang tidak suka guna menda2 yg dah readymade...so, kurang berminat nak beli tepung pancake itu...best lagi buat sendiri dengan susah payahnya.. baru leh claim itu sendiri buat..hihihi*.
 
Scones ni makan di kala sejuk memang walla! makan dengan jem strawberry pun sedap.. blueberry pun sedap jugak kan? *huuuu.. tiba2 teringat saat makan red berries n blueberries n strawberries di puncak Gunung Tangkuban Parahu, Bandung tu. Itulah first time ever aku rasa aku makan buah berries yang yang sangat sedap.. fresh n manis sangat. Rasa yang sangat sweet itu hasil ditanam secara organik di gunung itu... uh, bestnya! *
 
Ok.. ini adalah menu yang aku harus buat minggu ni. Nak. Nak. Nak. Teringin sangat dah ni. Haruss laa buat kalo dah teringin kan...
 
Ok, skang aku nak stop dulu. Nak larikk masuk dapur.. nak buat spaghetti skit.... Lapar ++teringin. Rachel Ray telah mengajar satu resipi Spaghetti Oglio Alio yang sangat pantas untuk dibuat. Horayh!


P/S : Kalo dah tiba2 perasaan malas makan nasik melanda... humm, macam ni lah keadaannya. Rajin sungguh menelaah koleksi buku resipi...hihi. Carik idea okeh!

Wednesday, 13 March 2013

Out station : my bad habit n concealer itu

Mode : Lepak membaringkan diri di depan tv di rumah sendiri yang dirindui selalu. * home sweet home*

Seronoknya dapat kembali ke rumah ku nan manis ni..
Takde tempat paling best untuk lepak n santai selain kat umah ni..
Lagi2 bila dah lama dok kat hotel sebab diarah ke luar daerah 'out station'...
Mula2 best laa..lepas tu mula la aku rindu kat dapur n bau makanan2 ditumis tu semua... huu

Biasa masa out station memang kerja sampai ke malam...
Kemudian bermulalah bad habit aku kalo kembali ke bilik hotel di waktu malam..
Tau ape??
Haa... apelagik...cepat2 aku masuk bergulung dalam selimut nan tebal n layan citer kat tv
Sejuk kat hotel tu lain macam skit..
Mula2 mata aku ni layan laa tv.. lepas tu , humm.. tv yg tengok aku!!
Sudahnya time out station aku banyak kali tertido tanpa cuci muka ku nan bermekap...
Arghh..mencik tul! Lately ni itulah my bad habit....huh, grrr
Owh..ke manakah hilangnya aku yg berdisiplin dalam macam2 hal???

Akibatnya kena laa menanggung sendiri.. huhu
Bila bangun pagi, muka ku dah merah2 ... rashes n rednesss... ah, tak suka..
Kulit ku memang manja... bak kata mamaku kat kengkawan dia, anaknya nan sorang ni 'kulit lokek'
Bila aku tanya maksud 'kulit lokek', mamaku kata kulit manja nan teramat...kena gigit nyamuk pun dah bengkak semacam n merah...hihi....kalo kena cubit dek adikku nan nakal tu pun siap lebam owh!

Untuk wajah..sib baik ada magik ya..
Thanx kepada dunia kosmetik ni... ahaha
Concealer...! ya, itu jawapannya bila wajah dilanda redness n rashes...
Suka..suka..suka..! Kulit wajah nampak normal... yeay!
So.. sempatlah kulit wajahku recover balik ke asal.. humm...bagus kan...!

Ini contoh concealer
Ada banyak pilihan; liquid, cream and stick
Gambar ni contoh NARS concealer (credit to NARS cosmetic pic)
Aku pun suka pakai yang bentuk stick.. so, far paling mudah blend dengan kulit
Uols suka yang camne?
 
 
Di kala aku tengah2 kebosanan out station sorang2 di daerah itu..
Tiba2 aku dapat FB notification.. owh, ada orang tag aku kat satu gambar...
Tiba2 jugak terus aku tersengih di kala itu..
Huu.. i miss my home so much!
 

Dapur comelku di rumah manisku... huuu, rindunya
Ok, aku ditag dalam gambar ni...katanya, dapur dalam proses dikemas
@markcairo yang tiba2 rajin mengemas dapur comelku..hahaha
kagum pulak aku bila tiba2 dia mengigau rajin ni..hee
baguss laa kalo camni selalu, baru senang hati nak out station lama2.. kan
*mode : masih kagum tak sudah..ahahah*
 
 
Rumah adalah tempat terbaik untuk melepas segala penat lelah
Tempat paling best nak bersantai n nak melepak..
Most of all, dapur manisku itu ialah bahagian umah kesayangan aku.. selain bilik tido... hee
Humm, dah lama tak ajak kengkawan lepak makan2 kat umah...kannn!
 
P/S : Skincare product nan mahal pun tak bermakna kalo tak berdisiplin cuci muka. Ingat tu wahai ilass... hehehe. N..harus berdisplin minum minuman itu.. ohohoho.

Monday, 11 March 2013

Weekend yang penat ... xoxo

Mode : Layan result top 10 American Idol... yesss, finally my top favourite ladies dapat tempat top 5 itu. N yeah, sekali lagi aku berada di luar daerah.. n this time i'm alone, just wait to meet up the new people tomorrow. hummmmmmm *sigh*

Weekend ni ialah weekend yang paling penat aku rasa...
Balik umah.. memang tak larat nak watpe...
Terus rasa nak luruskan urat kaki jer... n nak baring jer..
Akibatnya, memang pengsan tak hengat donia.. tido seawal awalnya.. Huh, memang penangan!
Dah lama tak shopping bagai nak rak macam ni..
Last shopping tak hengat donia ialah masa pegi Bandung itu hari..
*humm, kain bandung nan banyak itu bila laa aku nak bawak gi tempah ek???*

Aku,.. kalo dah start shopping.. huh, memang tak hengat benda lain dah...
Dok kat fitting room sajer mau berejam.. lum lagi part dok pening2 memilih..hohoho
Ada orang kata, terapi wanita ialah shopping.. ahahhaa
Iya ke?? Ntah, aku suka bila perlu jer.. tapi, memang penat loh!
Kalo dihitung, entah bape kilometer dah aku tawaf dalam bangunan itu..hoho

Inilah dia antara hasil tangkapan
Nampak jer dua beg.. tapi, isi dalamnya.. hohoho, sendiri mau ingat lah
Huh, penat nak memenuhkan beg2 ni..

Shopping, shopping lagi... sampai leh dapat cash voucher camni
Syok kan! Leh guna nak shopping lagi
Err, tahun lepas .. simpan voucher sampai expired, haha
*Time aku nak redeem kad Bonuslink, time tu la aku lupa password
Tapi.. tak sabarnya nak tukar redeem cash voucher lagi, leh shopping lagi*

Dah penat tawaf, mesti lah lapar kan...
Ohoooii, ingat tak ramai orang..
Sekali, tempat2 feveret aku sume ramai orang yang amat
Pening owh!
Akhirnya lepak makan Assam Prawn ni..
Humm, sedapnya... walla!
Teringat2 makan ni sampai skang..simple but delicious..
Uols leh try menu ni dekat Miss Kwan's Tasty Recipes

Huh..kaki nan penat ni... kalo dapat urut mesti syok kan
 

Paling penting.. sebelum balik harus tapau ini...
My addiction to Pure Double Chocolate.. nyummeh!
Biasa aku suka nak lepak lama2 kat  Restoren Coffee Bean & Tea Leaf ni
Tapi... kat sini cawangannya dalam bentuk kiosk kecik jer
Nak lepak pun meja sume penuh...huhu
Tapi takpe, janji dapat lepaskan gian to PDC... hee
Large size dah boleh ilangkan gian..nyumm
 
 
Dah lama sebenarnya aku tak spend masa untuk shopping sakan ni...
Bukan apa, aku bukannya suka sangat nak sesak2 ngan orang ramai ni.. pening kepala jadinya
Tu pasal aku lebih suka shopping di waktu orang tak ramai... aman skit, kan!
 
 
P/S : Huu,,,skang aku rasa aku dah kembali addicted nak kumpul high heels yang cantek2 itu. Haruss. Dah boring pulak pakai wedges gi jalan2..hee. Nak kembali pakai heels ke mana2 sahaja...hoho.


Friday, 8 March 2013

What happens when....I sleep only 5 hours??

Getting too little sleep throws a wrench into your body's works. Studies show that a sleep debt lowers levels of the hormone leptin, which helps keep your appetite under control.

Implication: sleep too little, and there's a good chance you'll soon be overeating. Sleep deprivation also boosts your body's level of stress hormones, which prompt your body to send more glucose into your bloodstream. Too little sleep also makes your body less sensitive to insulin.

But that's just the beginning, folks. Research shows that sleeping too little shuts down the production of certain chemicals in the immune system that defend your body against germs. A 2009 study found that people who sleep less than seven hours a night are up to three times more likely to develop a cold.

Then there the immediate effects. When the alarm clock blares you out of a deep sleep, you're apt to start the day in  a sour mood. As the day passes, you're also likely to feel dull-witted and foggy. Studies show that well-rested people learn new information faster and have sharper memories. Short sleep slows your reaction time, too.

While some people can get by on relatively little sleep, most need seven to eight hours a night.

P/S : Thanx to Reader's Digest for this useful topic. Yeah, i'm a person who need 7-8 hours a night. If not, i'll start the day with 'not so me' mood. So, my aim right now is to sleep early at night.. n yeah, i'm still trying to change my bedtime as early as 10 pm everyday.!

Wednesday, 6 March 2013

Nasihat Kevin Zahri .. harus ikut!

Bila hati dok resah gelisah akibat pakai baju rasa ketat...
Akibatnya macam nafas pun tertahan2.. ahahah
Tadi.. aku kembali membaca entri post aku bertajuk Panduan Kempiskan Perut, Peha
Humm.. terus ulang tayang menonton Kevin Zahri pakar diet yang kacak lagi mantop itu..

Mengikut kevin Zahri, kaedah terbaik untuk kempiskan perut dan; atau peha ialah seperti berikut :

1. Senaman abs - melatih otot perut, bukan  buang lemak (ini optional..boleh laa buat!)
2. Senaman kardio - buang lapisan lemak yang cover abs yang tak cantek itu untuk bakar kalori yang berlebihan; dan kombinasi
3. Diet yang baik - masukan kalori daripada pemakanan itu hendaklah kurang dari kalori keluar, defisit itu menyebabkan badan akan membakar lemak pada keseluruhan badan .. then akan dapat body yang cantek n ngam!

So... diulangi... harus ada senaman kardio dan pemakanan yang sihat. Pemakanan yang sihat itu bermakna jumlah kalori pada setiap menu hidangan itu dalam kategori kalori yang sihat untuk tubuh. Harus diingat, makanan itu digunakan untuk proses metabolisme badan kita.

Untuk dapatkan badan yang langsing n sihat, elakkan perkara berikut :

1. Salah faham maksud 'diet' - tak makan langsung, sanggup dok menahan lapar dan dahaga. Huh, itu menyeksa diri namanya... no no no. Kalo tak makan, mana badan kita nak carik sumber untuk aktiviti membakar tu?? Kena makan tau...
2. Percaya pada minuman / makanan / pil kurus - humm, kalo dah makan tahap kalah makan untuk dua orang sekali makan, pastuh carik minuman / makanan / pil kurus yang kununnya ajaib itu... dengan harapan akan kurus dengan ajaibnya. Ini pun no no no. Ingat, harus ada senaman kardio uolss..haruss!

Last but not least..
Kesihatan diri sendiri adalah tanggungjawab diri sendiri..
Jangan kerana kita takde usaha untuk menjaga kesihatan diri... akan menyusahkan orang lain...
Tapi... kalo dah jatuh sakit tu... lainlah.. itu memang bukan bidang kuasa kita kan...
Orang kata sakit itu penghapus dosa.. insya allah.

P/S : Humm... kena pegi jumpa doktor gigi ni. Tahun lepas, boleh pulak aku miss jumpa doktor gigi... gigi pun nak kena check up tahap kesihatannya.. hee

Tuesday, 5 March 2013

Towards my work-life balance ...

Mode : Is watching PLL season 3. Still try to figure it out... who is 'A'?

Ada orang memang gila kerja.. workaholic sangat!
Sampai tak ingat umah, tak ingat makan, yg penting..keje..keje..keje
Aku juga pernah menjadi seorang yg gila keje..
Kuar keje di kala hari masih gelap gulita (matahari masih tido) n balik umah hari pun sudah gelap gelita (matahari kembali tido selepas seharian bertugas, kann!)
Tapi.. lifestyle sebegitu adalah tidak bagus.. kannn!

Hidup kita mestilah balance..
24 jam yang kita ada itu sebenarnya cukup untuk kita mengatur macam2..
yang penting.. hidup yang balance antara kerja, sosial, ibadat, kesihatan, tido, famili, hobi..
pendek kata work-life balance... towards our healthy lifestyle!
Tadi petang meeting pun, datin still highlight pasal work-life balance ... yeay, kita serupa!

Kalo dulu, aku akan spend weekend aku untuk joging n buat 'senaman ala yoga la sangat' bila balik dari kerja... tapi, paling aku suka buat house chores laa... humm
Kemudian, aku beralih kepada aktiviti berenang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..
Yeah, rasanya berenang aktiviti paling mudah nak dapat berat badan unggul n reshape your body, hee

Tapi,..lately ni aku jarang nak gi swimming.. kerap hujan kan... sejukkkk.. hehe
N baju renang aku pun nampaknya agak sendat untuk aku sarung..susah semacam nak sarung n nak tanggal.. kahkahkah.. *huu...nampak sangat aku dah bertambah berat badan...*
So.. sementara aku ada masa gi shopping swimming suit baru.. aku pilih untuk joging setiap hari..

Humm, ini snapshot workout diary aku.. Err, ini bukti siang tadi
Humm, so cool to track our best workout
Hari ni, aku joging sejauh 3.46 km... sasaran asal setiap hari, haruslah 3.5 km
At least 30 minit setiap hari, harusslah aku guna untuk workout!

Ahah, ini lak nak my lap diary...
Fastest lap tu memang aku lari bersungguh2...especially time layan lagu best
Slowest lap tu di kala penat berlari, saja jalan2 sambil layan lagu yang cool
Lagi best bila menikmati angin sepoi2 bahasa
N paling best mestilah menikmati pemandangan yang menarek..hee
 
 
So... sekarang ni, work-life balance adalah keutamaan aku...
Masa kerja, harus fokus pasal kerja... sharp jer abes waktu keje, kemas n shut down pc..
Workout itu satu kemestian.. harussss.. *aku ialah seorang yang vote for outdoor workout, bukan workout di gym*
 
Walau macam manapun, swimming tetap di hati. The best exercise ever! to loss your weight n to reshape your body! Hasilnya pun memang pantas... uhumm!
 
P/S : Ya.. aku dilanda kerisauan sebenarnya.. Baju aku sume dah ketat. Huh, rasa macam tak boleh bernafas bila pakai baju tu semua. Huhuhu. Selain hobi memasak aku tu, workout adalah pilihan terbaek untuk release stress n pilihan terbaek untuk lupakan masalah donia. 

Monday, 4 March 2013

Aku emo...sedih, marah, geram

Sejak hari Sabtu (2 Mac) itu lagi hati dah rasa sedih, geram.....emo
Emo sebab tak pasal2 pulak Lahad Datu, Sabah diserang dek penyangak Sulu *sultan kunun...sultan yang tak belajar sejarah!!*
Sedih n sayu bila wira negara kita dibunuh camtu jer.. kesian tengok isteri n anak2 arwah! huhu
Serius, aku geram n marah.. kat penyangak Sulu memang la
Satu lagi kat manusia2 rakyat Malaysia yang masih babitkan kisah politik dalam isu keselamatan negara ni
C'mon laa.. ini dah kes isu keselamatan negara..
Kes anggota PDRM kita yang terkorban kerana mempertahankan negara...
Boleh pulak ada yang kata ini sekadar lakonan????
Boleh pulak ada yang begitu sinis cakap ini semua konspirasi???
Tak kena kat batang hidung sendiri ... memang boleh cakap kan!!!

FOTO Mohd Radzi Bujang post @ Mytawau
akan anggota polis sedang menguruskan tiga drpd enam jenazah wira negara di Surau As Salam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang terkorban di Semporna untuk dibawa pulang ke kampung masing-masing, pagi ini...Al-Fatihah.

Please laa, jangan nak campur adukkan hal politik
Yang itu mengata yang ini
Yang ini pulak ambik point untuk modal serangan politik lagi *damn!*

Sekarang ni , kita sama-sama berdoa
Supaya semua ni cepat diselesaikan
Tanpa perlu ada lebih ramai yan perlu terkorban.. huhu

Penyangak Sulu tu memang tak sedar dek untung...
Negeri Sabah dah maju aman sentosa.. ada hati nak ambik
Dulu2 masa sebelum merdeka, taknak laa pulak dia perjuangkan
Ceh, Sultan Sulu laa kununnya! *grrr*
Gunting dalam lipatan yang dok berkeliaran kat Sabah tu, jangan ingat selamanya kamu bebas..
Memang tak sedar dek untong,..selama ni menumpang di bumi Malaysia.. masih tak reti bersyukur juga!

P/S : What ever it is, i hate politic!!!!

Friday, 1 March 2013

Siapa patut dipersalahkan..??

Pagi ni aku rasa aku telah memulakan hari dengan sangat mood yang tidak bagus..
Rasa, bad mood sangat ... huh *sigh*
Sebab apa??
Ya.. sebabnya dah memulakan hari Mac di ofis dengan warna merah... arrghh, mencik tul!
Tercalar kredibiliti rasanya..huhu. mencik.mencik.mencik!

Di kala tengah melayan mimpi2 yang tah hape2.. yang menyebabkan kepala n leher rasa sakit...
Billa celik mata.. arrrggggghhh!!! sudah kelewatan sangat!!
Arrghh... menciknya..! nape alarm henpon aku tak bunyi...??? huhu.. *ya, henpon aku mmg tengah problem..sekejap dia ada bunyi, sekejap dia takde bunyi..gara2 terhempas ke lantai dengan halaju yang cukup tinggi... huh, tensen!*

Bila dah on the road... arrghh, mula laa rasa kenapa laaa mereka2 ini drive ntah hape2,....bersantai la pulak di kala pagi... *huh, mode hati berangin....!*
Masa tu laa jugak rasa... hey... traffic lite, nape laa ko lama sangat merahnya???? dengggg!

Bila dah sampai ofis.... mula laa membebel, arrrggggh nape laa lif ni lembab..???
Dah kat dalam lif.. alahai... setiap floor berhenti... argghh, nape laa ramai sangat orang dalam lif ni?

Bila dah masuk itu kad dalam itu mesin..*kunun mode lega*...bila tarik kuar, aitttt..warna merah????
tengok jam kat tangan, belum lagi masuk waktunya.... Masa ni mula laa rasa mencik kat mesin tu.. mencik tau!

So.. mana yang lebih pemberat untuk aku salahkan??
1. mimpi yang hampeh;
2. alarm yang tak bunyi;
3. pemandu2 yang bersantai di kala waktu puncak;
4. traffic light yang lama sangat berwarna merah; atau
5. mesin itu yang patut dikalibrasi semula... *huh*

Sudahlaaa ilass.... sila salahkan diri sendiri...
So.. kesimpulannya.. semuanya sebab terlampau bergantung kepada henpon itu..
Now.. pegi kedai.. sila beli alarm clock yang boleh ringing sampai membangkitkan jiran sebelah umah!!
Ini tindakan yang harus diambil tindakan serta-merta!

P/S : Tapi........... aku paling bengang pagi tadi bila si kelisa itu suka hati memblock keta aku. Macam mana aku nak kuarkan keta aku? Agak lama aku tunggu, muncul laa tuan punyanya, .... muncul dengan muka takde bersalah langsung. Denggggg...! *hissshh*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation