Tuesday, 30 April 2013

Bila dilanda busy ... ada jugak untungnya!

Gambar hasil carian Google ..

Dua tiga menjak ni.. kehidupan ofis rasanya makin busy... huh, no work life balance !
Rasa macam segalanya tak sempat, dengan keluar dari ofis pun dah lewat
Humm, tak sempat nak bersosial, tak sempat nak exercise n swimming, tak sempat nak masak2 yang best

Tapi kan, bila busy ni.. ada jugak untungnya.
Apekah??

1. Bila dah busy sangat, otak letih ... badan penat. Bila balik rumah, mudahlah sangat nak tertido dengan jayanya. Yang bagusnya, otomatik akan tido awal... humm, tido pun cukup 8 jam owh...ahahah. Good.. good! Baik untuk mata, badan n otak.. kan!

2. Bila dah busy sangat, memang letih laa... lagi2 la kalo dah balik lambat, atau pun balik dah malam... humm, sanggup tu skip makan malam. Sebab, rasa dah takde mood nak makan, nak layan baring n lepak depan TV jer rasanya. Yang ni pun bagus, sebab ape? Hah, sebabnya ialah....biasanya minggu / bulan nan busy akan berjaya menguruskan aku. Yeah, kembalikan aku yang selim melim. See, baguskan! Tak payah nak diet mendiet tak tentu pasal.

3. Bila dah busy tahap gaban tu, aktiviti bersosial pun tak sempat la terutamanya bab2 melepak makan2 atau pun aktiviti bershoping2an. Yang ni pun bagus, sebab.. dapat laa saving duit aku. Hihihi. Yer la, kalo keluar outing tu.. sah2 laa duit pun akan mengalir dengan jayanya. Ada jer benda yang aku nak beli.

4. Bila dah busy, biasanya bil henpon aku pun mesti rendah...hehehe. Yer la, tak sempat nak layan sangat henpon ni. Huhu. Sorry guys! 

5. Bila dah busy sangat, memang terasa hidup kat ofis tu sangat fokus. Ahaha. Masa ni dah ignore segala macam akaun media sosial. FB, IG, Twitter, Blog n segala macam online tu...memang tak sempat nak jenguk n ambik tau. Tapi bagus jugak... tak kuasa nak tengok segala macam benda mengarut yang disebarkan terutamanya benda2 PRU ke-13 ni. Huh... memang tak kuasa! So, takde laa rasa rugi sangat pun.. humm

Ok.. itu jer dulu... 5 kebaikan kalo dilanda busy.
Korang lak camne? Banyak yang positif atau negatif?

P/S : Sempat tengok video buli dek budak2 perempuan pakai baju sukan sekolah tu. Haih, ape nak jadik laa ngan budak2 ni? Ganas tak bertempat tu pasal ape? Hissh, tak paham!

Monday, 29 April 2013

Reseach and proposal ...

Mode : Intellectual mode is taking its place at the top.


When it comes bout weekend .... Saturday and Sunday... the choice must be either one, not neither nor; to be pick as a day out. If I go out on Saturday, then.. I will stay and rest all day at home on Sunday. If I spend my  whole day at home on Saturday especially  doing  my 'DIY steam hair treatment'..n yeah, probably I will go out on   late evening on Sunday, just to feel the fresh air outside my home.. humm.
Same goes if suddenly there is a public holiday in the middle of the weekdays...

Yesterday was the day that I just spent the whole evening for something brain food....yeah, to do a research. I think it takes about a year gone since my last research on my halfway proposal. But this time, I think I need to finish what I've started. This year seems to be the right moment for me to allocate some of my precious time to do something benefit for my future.

Again, searching for the sources... for the input....for the right things......huh, a little bit,  just made my head dizzy...kekeke. This only the first step...just the beginning! Huh, can't imagine how to enter the world that I already left behind for many years. Humm...

Sunday, 28 April 2013

Kempen memasak di rumah ...

Tadi, sempat tengok Nona..
Ada satu slot khas kisah Chef Wan yang sedang sibuk dengan kempen gaya hidup sihat iaitu' kempen memasak di rumah'
Humm... bagus tu chef wan.... 
Bab ni memang aku sokong sangat! Macam aku sokong Chef Jamie Oliver dengan kempen 'Food Resolution' untuk fight obesiti dalam masyarakat moden skang ni.

Rasanya budaya lepak makan kat kedai makan / restoren ni berleluasa dalam masyarakat moden sekarang ni
Terutamanya keluarga yang kedua-dua mak n ayah sibuk bekerja..
Paling senang, bawak la keluarga makan makanan yang siap dimasak kat luar..

Zaman waktu aku membesar dulu, budaya makan kat luar ni pun takde la sangat dalam kehidupan keluarga aku.. kalau ada pun, sekali sekala jer.... tapi, bukan budaya
Paling2 pun, abah aku beli sarapan kat kedai pagi2... kemudian,  kitorang makan n berkumpul kat rumah saja..
Makan tengahari, makan malam.. kebanyakan masa memang kat rumah saja..
Masa kecik2 dulu..rasa seronok sebab, sebelum pegi sekolah pagi2...dapat sarapan ramai2 dulu
Balik dari sekolah, semua makan tengahari sama-sama...
Malam pun berkumpul makan beramai-ramai..
Seronok rasanya.... untung la aku, sebab mama aku suri rumah sepenuh masa.. 
Takde la kitorang anak-anaknya rasa terabai..
Yang paling penting...makanan itu adalah diyakini sihat n terjamin kebersihannya.

Azam aku, tradisi memasak di rumah itu adalah satu perkara yang harus aku kekalkan
Bak kata Chef Wan, kalo memasak tu....kena laa memasak dari hati , baru laa terasa nikmatnya masakan tu
Wahahaha...gitu sekali kan?
Cumanya, bab jalan2 cari makan tu haruslah jugak aku teruskan..hehe
Bukan apa, barulah dapat rasa masakan yang enak dan sedap n akhirnya dapat idea nak masak best2!
Hummm... baru laa menarik n pelbagai skit masakan kita kan... 

Akhir sekali... jom semua, mari kita sahut 'kempen memasak di rumah'!

P/S : Cooking is always my passion. Hobi aku ialah study pasal makanan2 sedap di seluruh dunia ni melalui buku, tv show, internet etc. N skang ni, aku tengah layan citer jepun best ni..tajuk 'Hungry'! best citer ni...kisah rookie yang terrer memasak n jadi chef kat restoren! Suka.suka.suka.

Thursday, 25 April 2013

Acknowledgement, appreciation & nomination

In the middle of my chaos in the office, suddenly i saw a letter on my table. What?? wawawah.. why at this time yah?? huhu...

But, reading word to words on the minutes just made me smile.... hihihi. Yeah, being recognised...being nominated...just made we feel; what a big acknowledgement and appreciation for all our hard and smart works for all these while. Even though, it just came not really at good time...but the way to show my big respect was ...hey, just fill up and complete all the requirements! Well..well..well...because of that suddenly surprise, i need to  ignore my important tasks for a moment... n actually it was not take a moment, but...almost my evening, huhu. Argghhh! yayaya, to bring back all my skills during my day at the private sector or during my struggle time as student.....huh, just so hard this time.

What ever it is, alhamdulillah.. i've managed to complete and submit right at the time. yippie! 
i wish, the luck will be mine...insya allah. 

anyhow....thanx a million to my big big boss for the 'urgent recognize task'. hihihi. 

P/S : yayaya... i know, nowadays i totally just forgotten all these things; which were all my big interest a few years back ... humm

You are what you eat !


Gambar yang relevan dengan cerita hasil carian Google


Over the past twenty years, a lot has changed and the foods that we eat are creating a sicker generation of children. As a result, we now have epidemic increases in diabetes, heart disease, obesity and cancer.
The commercialisation of nutrition has forced food companies to find newer, cheaper mechanisms to increase the shelf life of food, improve colour, taste and perceived nutritional value.  The result — a dietary system heavily laced with preservatives, artificial colourings and chemicals.
Processed foods are one of the greatest dangers to one’s overall health as they provide little actual nutritional value.  These foods are commonly loaded with unhealthy sugars, salts and fats that create inflammation, spike blood sugar and elevate blood pressure.


Intro di atas aku peti dari satu jurnal dari Dr. Cory Couillard.  You Are What You Eat!!
You are underweight because of yourself and if you are overweight, also because of yourself.
Nobody can change you but yourself.... yes you!

Antara sicker food yang dikenalpasti menjadi pilihan ramai orang dewasa ini ialah seperti berikut :

1. Mee segera
Mee segera yang senang dimasak cepat dimakan itu memang sedap kan..tapi, memang tidak bagus untuk kesihatan.  no.no.no! Ini kerana, pakej perencah yang disediakan tu memang sangat kaya dengan MSG dan mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Humm, see.. perencah yang sedap tu rupanya dikenalpasti sebagai common causes kepada tekanan darah tinggi dan buah pinggang. Mengikut kata Dr. penulis artikel tu, kalo teringin sangat nak makan mee segera..dinasihatkan supaya jangan makan perencah tu.  Humm, begitulah.

2. Sweets / Candy a.k.a gula-gula
Biasanya budak-budak suka makan gula-gula ni, tul tak? kandungan gula yang tinggi dalam gula-gula tu katanya amat tinggi kandungan lemak tepu dan large portion of the calories. Dah la takde vitamin n khasiat yang bagus, gula-gula juga tidak bagus untuk kesihatan gigi kita selain dikenalpasti pendorong utama kepada pertambahan berat badan (weight gain) dan penyebab keradangan. Small sweet packed tu mengandungi 234 calories, 25g sugar n 12g fat.

3.Minuman soda
Kajian menunjukkan minuman soda atau minuman bergas ni boleh menjadi punca kepada osteoporosis, obesiti, kereputan gigi n penyakit jantung. Huh, bahaya tu... ingat tu wahai penggemar Coca Cola, Pepsi etc.

Selain kandungan gula yang tinggi, soda juga mengandungi asid fosforik yang boleh menggangu sistem badan dalam menyerap kalsium; yang mungkin boleh menyebabkan osteoporosis dan juga akan meneutralkan asid dalam perut yang akan menyukarkannya menyerap nutrien dalam badan.

4. Kerepek / Jajan / Cekedis etc
Haa, yang ni pun sedap kan. Tapi kesedapan itu akan bertukar menjadi satu mimpi ngeri kalo kegemaran tu dah jadi regular or daily basis food kita. crips are typically high in fat and energy, which can raise the risk of weight gain and obesity.

5. Sugary cereals
As we know, breakfast is the most important meal of the day. Junk food, also known as sugary cereals in the morning can do more harm than good. *owh...aku baru tau fakta ini ya!*

Sekumpulan penyelidik mendapati daripada sejumlah 50 cereals yang diuji, 32 daripadanya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Even brands advertising themselves as healthy options tipped the scales. Kajian juga mendapati secawan cereals kanak-kanak mengandungi lebih banyak gula daripada 3 keping biskut. Humm..

So, kesimpulannya ialah berbanding sugary cereals, ternyata biskut lebih baih untuk dimakan oleh kanak-kanak di waktu pagi.
 
6. Processed meats a.k.a produk daging proses
Banyak daging proses dibuat menggunakan nitrat, nitrit, lemak trans, lemak tepu dan kandungan sodium n gula yang tinggi. Pengambilan daging proses ini juga dikatakan boleh mengundang kanser, hisshh...takut kan? Fakta yang lagi menakutkan ialah kandungan lemak trans dan lemak tepu yang tinggi dalam daging proses tu akan mensabotaj kita punya jantung dan ukur lilit pinggang...huh! waistline ni kan igauan ngeri bagi semua; baik lelaki ataupun wanita. tul tak? Ha, berapa saiz pinggang korang skang ni? hihihi

Owh ya..apa daging proses yang dimaksudkan tu? Banyak tau; antaranya ialah sosej, daging burger, kepingan daging sandwic n macam2 lagi yang lain tu.

7. Perasa dan pewarna tiruan
Haa,yang ni semua orang pun tau sebab dan akibat penggunaan perasa dan pewarna tiruan ni kan?? Semuanya digunakan untuk menjadikan sesuatu makanan tu nampak menarik walhal ianya tidak bagus untuk kesihatan. Uhumm.


Moral of the story; tubuh badan kita ni terbentuk hasil dari apa yang kita makan. Kita memang boleh enjoy semua makanan yang sedap-sedap tu, tapi kenalah ada balance diet kita sehari-harian. Diet bukan bermakna tak makan, tapi...ialah pemilihan makanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. 
Tapi, yang lagi penting.............jangan lupa exercise / workout everyday yer!

P/S : Orang-orang tua dulu yang hidup di kampung ...sihat n maintain jer kan. ye la, tak terdedah dengan segala macam makanan yang pelik-pelik... n paling utama, ada saja aktiviti mengeluarkan peluh walaupun dorang makan banyak. Tul tak? Macam manapun, untung gak aku ni..sejak kecik tak diajar untuk minat makanan2 seperti disenaraikan di atas tu.

Tuesday, 23 April 2013

Gossip girls sangatkah? Humm..

Gambar ihsan dari Google

Masa pause mode keja hari ni, aku n Emmet buka cerita pasal kisah sekumpulan perempuan yang ala2 gossip girls yang bila dok berkumpul dekat mana-mana restoren atau tempat, pastu saja dok cakap kuat-kuat n gelak berdekah-dekah kuat-kuat. 

Aku : Emmet, apa komen awak bila tengok group pompuan yang camtu? Seolah-olah dorang aje la yang ada big group? saja macam nak tarik perhatian pun ada. Apa pandangan awak sebagai seorang lelaki?

Emmet : Kalo saya? Humm, jumpa jer yang group pompuan macam tu, memang rasa menyampah la. Awak tu dah laa semua pompuan, buat pulak macam tu. Kalo gelak kuat2 takpe lagi, dah tu siap mengilai-ngilai. Paling nyampah, kalo topik yang dibincang tuh, tah hape2.. tak berkembang langsung. Huh. gossip girls laa sangat! 

Aku : Humm, kan!! Hishh, memang tak bleh blah la. Tak kuasa nak tengok n dengar dorang dok lalok camtu.


Aku n Emmet sajer bukak kisah tu, sajer nak dengar pendapat masing-masing. Teringat masa aku lepak kat SR itu hari, ada grup perempuan ni bikin panas sama ramai orang dekat situ. Haih, kot ya pun nak tarik perhatian kan... 

Ntah, pada aku.. kalo grup lelaki yang buat macam tu.. takde laa nampak pelik. Lelaki kalo borak pun lain. Kalo perempuan sama perempuan ni berjumpa dalam big grup, haih.. memang alamat laa.

Sorry to say la, sebab aku tak pernah lepak ngan a big group of ladies / girls. Kalo aku lepak, mesti mix lelaki n perempuan... Paling ramai kawan perempuan yang aku akan lepak pun 4 orang. Kalo lebih daripada tu, huh... mesti jadi lain.. minah kepochi pun ada gak. Err, aku pun tak bape pandai skit nak berkawan dengan perempuan2 yang so girly...arrrghh, rimasnya rasa. Huh. Sebab tu, kawan2 perempuan yang aku rapat..spesies yang cool n brutal jer. 

Apa pulak pandangan korang?
Apa komen bila jumpa sekumpulan perempuan ala gossip girls yang kepoh berkumpul?

P/S : Teringat zaman matrikulasi aku dulu, ntah macam mana coursemates aku masa tu semua perempuan. Arrgggh.. culture shock jap aku! Humm...

Monday, 22 April 2013

Antara ‘Freehold’, ‘Leasehold’ dan “Hak Milik Sementara”

Hari  ni tiba-tiba aku terpanggil untuk share mengenai tanah FREEHOLD dan LEASEHOLD.
Biasanya kalo aku survey rumah untuk dibeli dulu2  tu, aku akan tengok dulu status tanah tu, sama ada freehold atau leasehold.
Kalo kata leasehold, terus aku dah malas nak lebih-lebih tanya atau tengok rumah contoh. Humm.

Apa sebenarnya FREEHOLD dan LEASEHOLD tu?
Jom baca artikel yang aku pernah baca. Lain laa kengkawan aku yang keja kat jkptg tu, mesti hujung jari jer kan... humm.


FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal).    Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan).  Di dalam dokumen hakmilik muktamad (‘final title’), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim) seperti di dalam rajah di sebelah.  Geran merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakalaGeran Mukim merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.
Sebagai contoh, jika dokumen hakmilik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No. Hakmilik seperti GERAN 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hakmilik adalah seperti Geran Mukim 1234.

 LEASEHOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.  Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun.  Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti 30 atau 60 tahun.  Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh pajakan tersebut tamat?  Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri.  Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui/memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa.   Sekiranya anda merupakan pemilik tanah jenis pajakan, anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh pajakan tersebut semakin pendek (sekitar kurang 30-50 tahun) kepada Pejabat Tanah.  Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu dibayar untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya diluluskan.   Untuk negeri Selangor, adalah dimaklumkan pada tahun 2011 bahawa pemilik yang terus tinggal di hartanah berkenaan hanya perlu membayar RM1,000 sahaja berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran tersebut sehingga beliau menjual hartanah berkenaan.  Jumlah ini adalah tersangat kecil dan merupakan suatu tindakan yang baik dari kerajaan negeri tersebut.  Sebagaimana dokumen hakmilik kekal, pegangan pajakan juga mempunyai pengenalan tersendiri dalam membezakannya di dalam dokumen hakmilik.  No. Hakmilik muktamad bagi pegangan pajakan akan menggunakan PAJAKAN 1234 atau PAJAKAN MUKIM 1234 – merujuk cara yang sama seperti Geran.
Secara amnya kebanyakan tanah-tanah untuk projek perumahan pada masa ini adalah berstatus ‘Pajakan’ kerana ianya merupakan tanah yang ‘diberimilik’ oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan.  Hanya projek-projek perumahan terdahulu yang mana tanah sudah dimiliki oleh individu sahaja biasanya yang memiliki status pegangan bebas (kekal)


Kalo nak baca artikel ni dengan lagi terperinci, jom klik artikel tu di link kat bawah ni :
Antara ‘Freehold’, ‘Leasehold’ dan “Hak Milik Sementara”

So, kepada korang yang baru nak cari rumah... mungkin pengetahuan pasal ni berguna.
Kalo nak artikel yang lagi best, boleh klik link blog Mazidul Akmal Sidek nan glamor kat TV3 tu;

http://www.mazidulakmal.com/2012/02/mampukah-tapak-rumah-kita-dikekalkan.html

Ok.. sekian dulu entri aku tengahari ni.
Semoga memberi manfaat kepada semua.

P/S : Humm, tiba-tiba terfikir untung jugak laa orang tua aku yang ada tanah sendiri... Alhamdulillah. Tapi, bila disuruhnya aku balik buat umah kat kampung.. takde pulak aku nak balik. Ahahah. Nantilah, akan tiba satu masa. 

Wednesday, 17 April 2013

Roti doll Gunung Keriang yang nyummeh!!!

Mode : Baru lepas check in hotel kedua dalam minggu ini di bumi Kedah Darul Aman. Hohoho. Dari Alor Setar ke Sungai Petani....hebatlah!

Nampaknya minggu ni aku jadi orang Kedah noo.. ahahah..
Seminggu owh aku out station kali ni.. huhuhu

Dah 3 hari aku kat bumi Alor Setar, Kedah..
Mulanya aku ingat aku akan 'mati kutu' dah sorang2 kat Alor Setar ni..
Sib baiklaa dunia ICT skang ni canggih... TQ fesbuk yang telah menghubungkan aku n d geng.. yeay!
Syok laa bila ada geng untuk aktiviti jimba2 setelah penat bekerja kan!!
Dan.. paling penting... dapat geng baru dari jabatan di cawangan negeri merangkap penasihat aktiviti jalan2 cari makan di bumi Alor Setar.. yeah, uols memang terbaek lah!

Malam pertama sampai .. my geng, tuan pengarah bersama pilotnya dah bawak aku n SB pegi jalan2 cari makan kata restoren di puncak bukit di Wang Tepus sana.. cayalah! Tiba2 terasa macam berada di puncak Bukit Doga, Bandung..ahahaha... Huh, puas hati laa minum jus naga kata sana tu. Dah laa suasana lomantik di puncak bukit...lagu2 plak layan abes! hehe.. terbaek lah!

Hari kedua, geng baru dari jabatan itu bawak aku ke Gunung Keriang.. katanya nak perkenalkan aku kepada menu breakfast paling top kat Alor Setar,.. memang takde kat tempat lain.. hanya boleh jumpa di Alor Setar..namanya Roti Doll.
Huh,, dapat makan tu.. perrghhh,,,bestnya! Aku dah teringat2 n terbayang2 dah... sangat marvellous ok.

Tak boleh jadi, pagi2 buta tadi aku pegi makan lagi. Kali ni, aku haruss ambik gambar n promote kat forum social network aku. Ahaha. *err, sebenarnya aku tertinggal henfon aku kat pejabat itu pada kali pertama try ..hehe*

Tadaaa.. inilah dia Roti Doll Double
Kali pertama makan, aku order Roti Doll biasa
Kali kedua makan, terus mintak double ..hahah
Memang sangat best ya...!
Kuahnya yang lazat tu menjadikkannya so nyummeh!
Korang haruss coba tau!
The best breakfast in town.... only in Alor Setar

Haa..itulah dia kalo berjalan tempat orang ni
Mestilah ada aktiviti jalan2 cari makan
Nasib baik laa ada geng untuk diajak buat aktiviti itu..
Apapun, to geng baru jabatan itu; aidy..norcy.. uols memang terbaik! TQ atas layanan .. memang tuan rumah terbaek laa.. hehe

To my geng; tn pengarah n SB... uols memang cool! Baru laa syok leh lepak2 makan2.. kann!
Lenkali leh lepak sama lagi.. hohoho. 

Hari ni, hari pertama aku kat Sungai Petani.. Humm, mana port menarek nak lepak ya??
Korang ada idea?
 

P/S : Kalo pegi Alor Setar, untuk dinner... korang cubalah Iman Kuew Teow... Fuh, best kuew teow itu. *dah lama aku tak dok lepak2 menikmati langit malam...memang happening! ahahah* 

Sunday, 14 April 2013

Eksiden depan mata .. ngeri

credit to dreamstime.com n google for the image

Petang tadi, ketika sedang menunggu traffic light bertukar hijau di satu simpang empat
Pada waktu itu, kereta-kereta dari simpang kiri sedang bergerak
Mata aku begitu ralit melihat kereta, motor dll kenderaan masing-masing laju bergerak
Dan sekejap sahaja, laluan di depan aku dah lengang.. masing-masing kenderaan menunggu lampu hijau dari simpang depan, kiri dan kanan aku.

Tiba-tiba mata aku melihat sebuah kereta proton saga berwarna oren datang dari arah simpang depan, dipandu dengan sangat laju...
Dalam masa yang sama, aku terkejut apabila melihat sebuah motor dari simpang kiri pun turut bergerak dengan lajunya...
"alamak, aiseh..mana lepas motor tu." fikir aku dalam hati

Dalam masa sekelip mata sajer...motor tu dah selamat kena langgar dek kereta tu depan..
Aku yang dalam kereta dah menjerit.. takutt owh!!
Ya allah.. sekelip mata motor tu dah hancur.... bonet depan kereta tu pun terus remuk macam kertas..
Memang impak sungguh kuat, sebab motor n kereta..dua2 laju!
Adohai....nak nanges lak aku rasa bila aku tengok mamat motor tu melambung n tercampak ke depan
Mulut aku tak abes2 beristighfar panjang.... sabar ajerlah ya allah!
Orang ramai yang tengah tunggu traffic light hijau kat simpang kanan aku terus kuar dari kereta masing-masing sebab nak tolong mamat motor yang tengah mengerang kesakitan.
Aduh... aku rasa, mesti patah laa kaki kiri mamat tu....! Kesian...
Pemandu kereta proton saga oren pun turut keluar dari kereta.. dengan gaya marah!!
Aksi drama seterusnya aku tak tau macam mana sebab kereta aku dah kena bergerak, lampu hijau kan.

Aduhai .. memang hati aku berdebar-debar tak sudah. Ini kali kedua aku tengok eksiden depan mata.
Huh.. memang menakutkan.

Pada aku, mamat motor n mamat proton saga oren tu dua-dua salah sebab rasanya dorang kejar lampu kuning yang tiba-tiba dah tukar merah. Sebab ape? Sebab eksiden tu berlaku dalam masa 3 saat saja..lepas tu, lampu dah hijau di simpang tempat aku menunggu.Mesti dorang sepatutnya dah berhenti kan? Bukan memecut laju tahap gaban macam tu.

Moralnya, kalo traffic light dah tukar warna kuning... berhenti ajerlah kawan. Lampu kuning tanda untuk bersedia untuk berhenti...bukan bersedia untuk memecut mengejar lampu merah. Adohaiii...! Huh, peringatan untuk diri aku sendiri jugak. Huhu.

P/S : Tiba-tiba teringat insiden adik bongsu aku yang kena langgar ngan motor dek manusia mabuk, walhal adik aku berdiri tepi pagar umah aku jer. Sedih bila dengar suara adik aku menangis meraung bila mamaku telefon bagitau adikku kena langgar. Kesian adik bongsuku, tak pasal2 tulang betisnya patah gara2 mamat motor mabuk tu. Hissh, sib baik aku takde kat rumah masa tu, kalo tak...siaplah budak motor tu!!

Saturday, 13 April 2013

c.u.r.s.i.n.g


credit to google for the image

1. Tiba-tiba aku teringat kisah yang aku belajar masa sekolah dulu, kisah 2 ekor burung kakak tua yang pandai bercakap kepunyaan Ali.
Seekor diberi kepada keluarga A, manakala seekor lagi diberi kepada keluarga B.
Setelah beberapa lama, Ali pergi menjenguk 2 ekor burung kakak tua itu

Di rumah keluarga A, Ali sungguh gembira mendapati burung kakak tua tu berkata-kata yang elok-elok sahaja, seperti mana yang pernah dilatihnya.
Di rumah keluarga B, Ali sangat terkejut bila mendapati burung kakak tua itu mengeluarkan kata-kata kesat "xs@*xx#%!..." sedangkan dia tidak pernah melatih kedua-dua burung kakak tuanya sedemikian.

Setelah disiasat, Ali mendapati berbanding keluarga A, keluarga B rupa-rupanya sentiasa berbahasa kesat dalam kehidupan seharian.
Kesimpulannya, burung kakak tua yang tidak pernah berkata2 kesat pun boleh cursing disebabkan persekitaran sehari2... apetah lagi manusia.

=======================================

2. Kawan aku bercerita kisah anaknya yang berumur 4 tahun itu. Sejak anaknya dihantar ke taska dan bercampur dengan budak-budak umur 4-5 tahun tu, anaknya dah mula pandai cursing. Dia terkejut bila anaknya dah mula pandai cakap 'bodoh' kat orang sedangkan sewaktu anaknya di taska bersama anak-anak umur 3 tahun ke bawah..tidak pernah anaknya itu bercakap sebegitu. 

Kesimpulan yang kawan aku buat ialah akibat bercampur dengan budak2 yang sudah terbiasa dengan perkataan cursing , anaknya pun terikut sama. Sebagai ibu, memang dia risau dengan perubahan anaknya itu. Tapi kini, kawan aku tu dah pun selamat tukarkan anaknya ke taska lain yang tidak bercampur dengan budak2 berumur 5 tahun.
Persoalan di sini ialah, bagaimana anak-anak seusia 5-6 tahun boleh pandai mengeluarkan kata-kata cursing itu? *sendiri fikir-fikirkanlah ya uolss!*

=======================================

Cursing atau dalam bahasa melayunya ialah sumpah seranah dan perkataan-perkataan kesat adalah sesuatu yang taboo dalam masyarakat tak kiralah apa kaum sekalipun.

Aku memang pelik dengan orang yang dengan senang n mudah n tanpa rasa bersalah sumpah seranah sana sini. Adakah dorang rasa cool trendy bila suka hati sebut 'bangang, bodoh, gila, binatang, gila, *vavi ...dll lagi tu*?? Hello, ianya memang tidak cool langsung ok! 

Ada pulak spesies yang cuba meng'OK'kan kata2 kesat / sumpah seranah dia tu ikut dialek negeri masing-masing, kununnya kat negeri itu dan itu... menggunakan bahasa2 kesat itu adalah satu kebiasaan dan diterima ramai. Owh, please la.... itu bukan satu excuse la kawan. Please mind your words folks! Even brutal n masculine sekalipun... u guys tetap tidak cool kalo berbahasa kesat. Pelik kan dengan orang yang suka berbahasa kesat ni,...adekah itu bahasa hariannya di rumah?

Skang ni aku agak pening bila baca komen-komen kesat pasal satu2 topik dekat belog atau post dekat FB tu. FB dah macam jadi pusat virus bahasa kesat lagi2 laa di kala musim demam pilihanraya ni. Humm.

Lagi satu... marah pun bukanlah lesen untuk berbahasa kesat ya. Just remember, your real personality will occur and can be seen when u are mad!

P/S : Yang manis menawan, yang kacak rupawan pun terus orang tak respect kalo mulut takde insurans..apetah lagi yang biasa2 sajer. Kenn!

Friday, 12 April 2013

o.b.s.e.s.i


(obs├ęsi)
1. sesuatu yg sentiasa mengganggu atau menghantui fikiran seseorang: segera dapat saya tangkap semacam ~ dlm kepala teman itu;
2. keadaan terlalu memikirkan sesuatu.

Pernahkah anda obses terhadap sesuatu??
Orang kata diserang sindrom obsesi.

Kadang bila seseorang mempunyai obsesi terhadap sesuatu, dia akan mencari macam2 alternatif untuk menghilangkan rasa obsesi itu.

Apa pulak bezanya dengan fanatik?

Fanatik ni lain, maksudnya lebih kurang seperti berikut :

  • (orang yg) keterlaluan pd sesuatu pegangan atau pendirian (biasanya berkaitan dgn keagamaan): Hj. Samad sangat ~ dlm hal agama;


Biasanya orang fanatik ngan politik, artis, keagamaan, fahaman. Ini pun parah kalo seseorang tu dah taksub atau fanatik. Macam kat Mesia skang ni, fanatik terhadap parti / ahli politik.. sampai sangggup buat macam2 la terhadap lawan. Paling bahaya bila masing2 dah mula buat serangan individu. *huh, pening bila citer hal politik. malas nak layan* 

Berbalik kisah obsesi tadi...
Humm, pun parah jugak bila sesorang dilanda penangan obsesi ni
Dalam kepala otak dia.. memang dah takde benda lain... hanya perkara yang dia obses tu jer.
Bila dia dah obses... humm, dia dah tak pikir lain... macam2 dia akan buat.
Benda yang kita tak terfikir pun dia akan buat.

Akhirnya, kita pulak yang rasa rimas dengan dia yang terlampau obses... huh!
Seperti biasa, kita janganlah dok layan sangat.... Buat tak reti jer cukup.

P/S : Teringat citer zaman kanak-kanak dulu, kisah anjing dengan bayang-bayang. Tak boleh tengok orang lebih daripada dia...huh.

Thursday, 11 April 2013

Spam n Scam

Bila sebut Spam & Scam
Dua2 ialah berkaitan bahasa dalam dunia ICT ni

Biasanya scam ni lebih kepada fraud
Scam pulak macam-macam jenis
Kalau dulu scam atau fraud ni banyak melalui emel
Sekarang ni pulak dah banyak scammers via phone 
Semuanya tak lebih daripada  nak menyedut duit kita dengan cara mudah
Pendek kata scammers ni bijak, tapi... bijak nak perabihkan duit orang....
Trend sekarang ni ialah guna nombor fon oversea, biasanya dorang akan buat misscall sahaja
Once kita return call, ahah.. bersedialah kita untuk bakal kehilangan fulus-fulus kita ya
So... just watch out & beware guys! 
Just want to share, if u guys received any suspicious scam numbers...u should Google those numbers for confirmation... and u'll be surprised that there will be many reports about that scammers!

Spam pulak lebih kepada istilah untuk junk mails
Ini pulak biasanya spammers yang kerjanya suka hantar junk emails kepada sesiapa sahaja yang dia suka untuk promote barang dia nak jual atau kadang-kadang tu skim yang ntah hape2 ntah..
Paling bahaya, spam yang berisi virus. Kalau kita bukak, habislah PC kita... bersedialah untuk format semula.
So.. kalo kita dapat emel yang tah hape2 tu... secepat mungkin kita akan mark & kategorikan sebagai spam
atau dalam bahasa mudahnya, SAMPAH!
Spam jugak boleh digunapakai untuk fake emails / account ... kalo kita dapat tu, paling mudah masukkan saja dalam 'tong sampah' maya kita tu.

Bagaimana cara korang menangani SPAM n SCAM ni??
Kalo aku, seperti biasa... bakul sampahkan sahaja n ignore. Jangan sesekali layan atau cuba klik apa2 link.
Well... sampah tetap sampah.

P/S : Teringat kenangan aku menjadi tutor ICT kat UKM dulu...hohoho. Anyway, once i ignore something...forever i'll ignore. Nothing to do with me yah.....

Tuesday, 9 April 2013

Cikgu WeChat

Gara-gara WeChat itu...
Gara-gara kemain lagi aku promote wechat tu kat member2..
Tak pasal2 plak aku yang jadi tukang demo ... ahaha
Tiba2 terasa macam dah jadi pengajar wechat plak.. kahkahkah

So far, dah ramai kengkawan aku yang dah terjerumus dalam dunia wechat
Bagus..bagus... baru laa senang nak jerit2 jer.. kennn!
Lagi best, kalo rasa wendu sangat nak dengar suara sape2.... apelagik.. just voice out!
Seronok kan.. haha
Bila dengar suara masing2 via wechat... memang klakar.. ahaha

Yang terbaru,
Ada permintaan daripada kengkawan
Permintaan supaya aku buat entri tutorial wechat kat belog aku ni hah..
Humm.. ???
Ok gak idea itu.. especially kepada Sue... hihihi

Nanti, ada masa.. aku buat tutorial guna wechat dengan jayanya kat belog ini ya..
Waduh..waduh..masing2 sudah demam wechat nampaknya.. kahkahkah

P/S : Seronok bila dapat berkumpul beramai2.. bertekak2 suara .. walaupun ianya sekadar wechat! *nak jumpa n berkumpul secara live, haih...  ntah bila dapat cukup kuorum.. kenn!*

Tuesday, 2 April 2013

Jangan malukan Kerajaan Malaysia!

Situasi : Berurusan di kiosk KIPPAS.
Ada minah berbeg coach ni datang terkedek2 potong queue.
Pakcik depan aku tegur suh beratur.
Dengan muka berlagak.. Sound pakcik tu "Saya pegawai kerajaan".

Dah aku plak naik angen. 
"Habis awak ingat sy ni apa? Tukang sapu?? G kursus beratur kt INTAN dulu baru buat passport ye? Jgn malukan Kerajaan Malaysia".

Hamik ko amukan ablasa aku.
Tau pun terus blah.


Ahaha... ini petikan wall post FB oleh membe aku, ITS
Memang gempak abes laa membe aku nan seorang ni
Bak komen TSA kat post itu, "baru laa ini dinamakan kecoh bertempat!"... ahaha

Bravo..bravo..

Tahniah my fren!
Memang wajar ko bagi ajaran kat minah berlagak macam tu..
Memang ramai yg LIKE status hot si ITS  ni
N memang ramai yg turut komen...
Si ITS ni bagitau, apelagik... minah henbeg coach tu terus blah dengan muka merah padam
Ahaha... memang padan pun!

Seperti biasa, aku memang sokong bab ITS ni bagi ajaran kat orang2 macam ni

Apa komen korang tentang situasi ini?

Komen aku :

Manusia bila dia rasa diri dia bagus daripada orang lain...memang macam tu lah pe'el dia.
Memang perlu ada seseorang sedarkan diri dia itu, jangan pandang orang lain sebelah mata!
Harta n pangkat n beg coach itu tidak ke mana laa kawan.... zasss!

P/S : Masih teringat2 n terngiang2 saat ITS sound sorang pilot berlagak diva itu. I LIKE!.. ahaha.

Dilanda demam k.e.e.k & w.e.c.h.a.t

Terbaru ni rasa2 ramai orang dah dilanda demam ni..
Ahahaha..
Demam k.e.e.k and/or w.e.c.h.a.t... !!

Untuk orang yang gila gadget n apps macam aku ni..
Sah2 laa akan jadik orang terawal guna.. yess..yess .. yess
N guess what??
Juga aku telah berjaya meracuni mereka untuk install...demi komuniti geng...!! hooray! TQ n congrats guys... uols memang sporting, best n cool!
Bab2 gadget / apps ni.... aku memang nak jadi golongan mereka yg pantas n uptodate..keke

My top 12 fave apps on the go!!
Muka depan screen smartfon aku harus laa dihiasi ikon2 ini
Supaya senang, semua di hujung jari
Untuk kegunaan sepanjang masa, setiap hari, di mana sahaja
 
 
My review on k.e.e.k / w.e.c.h.a.t??
 
1. keek
App ni lebih kurang instagram, tapi ianya adalah video compilation. Nanti senang laa nak upload kat mana2 n share dengan geng / family. Syok kan?? Walaupun ianya adalah fenomena di kala ini, tapi.. aku tak gemar nak guna. Sebab apa? Sebab, aku tak suka video mideo ni sume.. hahaha.
 
Kepada yang suka, silalah install n guna.. jangan terpengaruh dengan review aku yang memang tidak menggemari video n youtube itu. Hee

2. w.e.c.h.a.t?
5 stars for this lovely n cool apps! Yeay...really into it. Demam weee, weee dah skang ni. Best sangat! Paling best...geng2 sume pun dah sanggup install n guna. U guys memang best! Sebest weeechat ini! Congrats kt adik aku si maline yg berjaya menunjukkan keseronokan berweeechat ni. Terpesona punya pasal, aku plak yang kemaruk install n guna n promote n ajak geng join sama.
 
So..so..cool! Hey guys, jom laa guna. U sure will love this app. Cool n best app, combination of whatsapp, push to talk, videocall, livechat...yess!! Now I don't need to remember the password of my Skype!! hahaha... Kalo masih tak tau ropa app ni, sila lihat iklan Lisa Surihani n Saheizy Sam tu. Itulah dia...mesti uolss terpikat nanti.. hehehe ;P
 
Amacam??
Tertarik tak??
Meh laa guna beramai2... syok owh! Hahaha

P/S : ICT n gadget lady macam aku ni haruss laa nak jadik orang terawal terjebak dengan menda2 alah ni sume. Hahahah. Tapi, kali ni kredit kat adik aku si maline yang tiba2 lebih advance daripada aku. Weee, weee... alert nampak?? Haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation