Tuesday, 28 May 2013

Goods and Service tax (GST), Government Tax & Service Charge

Lately ni macam heboh skit dekat negara kita ni pasal GST, atau nama panjangnya 'Goods and Service Tax'

Masing-masing keliru dengan cukai ni... tul tak?
Apa beza GST ni dengan Govent Tax (cukai kerajaan) dan Service Charge (cukai perkhidmatan)?

Biasanya kalo kita pegi makan kat restoren2 tu, mesti kita akan dapat bil yang ada tulis;
govt tax (6%) dan service charge (10%)
Kan?? ada kan??

Contoh bil yang ada tulis govt and service tax, total 16%

Govt tax tu biasalah cukai kerajaan yang dikenakan n akan dapat balik kepada kerajaan
Service charge pulak bayaran yang dikenakan oleh restoren tu untuk perkhidmatan aircond, wi-fi dll yang dorang bagi...
Itu yang biasa kita bayar kalo kita suka pegi makan dekat restoren2 yang kenakan caj ni..
Kalo tak nak kena bayar tu, pegi ajelah dekat warung atau kedai makan yang biasa2 jer.. janji sedap,kan!

Selama ni, memang itulah yang kita rakyat Malaysia bayar...

Pasal cukai GST pulak, negara kita masih belum pun kenakan apa-apa cukai itu wahai kengkawan semua..
Hah.. begitulah!
Jadi.. janganlah percaya kalo ada yang kata kerajaan dah pun membebankan rakyat dengan cukai GST ni, sedangkan belum ada apa2 implementation ya.!
GST dirancang untuk dilaksanakan di Malaysia untuk menggantikan govt & service tax tu yang telah digunapakai sejak berdekad-dekad lamanya. Maksudnya, GST bukanlah nak menambah satu lagi cukai kepada kita rakyat marhaen ni. Ahah!

National Consumer Complaints Centre head Muhammad Sha’ani Abdullah has said, “The government should create more awareness on what the GST is. The public cannot be blamed for their lack of understanding, and thus, their fears”. Sha’ani says that the GST will improve accounting, reduce tax fraud, and facilitate enforcement of the upcoming Anti-Profiteering Act.

Jadi, kita sebagai pengguna kenalah juga faham pasal cukai ni. Kita perlu tau apa yang kita bayar.
So far, govt & service tax ni kita hanya perlu bayar kalo pegi hotel....takpun pegi kat restoren2 yang kool itu. Bagi barangan yang kita beli pulak, kita semua rakyat marhaen sebenarnya telahpun membayar cukai jualan tu yang terselindung dalam harga barangan yang kita beli tu.

Itu saja sesi ' sharing is caring' kali ni. Semoga semua mendapat pencerahan sebagaimana aku ini.

P/S : Hari tu cukai pendapatan kuperlu tambah bayaran skit. Hummm, tahun ni nampaknya kena lagi banyak membeli buku n peralatan sukan, leh laa claim rebat. hihihi ;P. Apapun kita perlu sedar, hasil cukai itu adalah untuk pembangunandan pertumbuhan ekonomi negara.

Monday, 27 May 2013

Gucci Premiere .... my gucci gucci in da house!

Girls day out semalam (Mei 25) mestilah membuahkan hasil..
Mana boleh masuk butik keluar butik dengan tangan kosong kan... hehe
Sehari punya outing.....memang haruss ada shopping bag di tangan, hihi...

Malas nak highligt lain kecuali kegilaanku kepada perfume..yayaya
Terasa seperti Blake Lively ... Serena gossip girls, xoxo itu.. hihi
Yesss, akhirnya... akhirnya Gucci Premiere is mine! walla...........
Suka. suka. suka!
Suka sangat with my new eau de parfume in da house...hee
Bestnya.... 


Tadaaa, ini dia set lengkap Gucci Premiere... wuhuuu
75ml EDP, body lotion n tester
Ku bodek sales person tu, bagi la miniature set.. tapi..humm takdek
Akhirnya ku bodek lagi beliau.. 
Kalo takde miniature bagi laa satu set tester lagi..
Ahaha, akhirnya bodekan kuberjaya...hee
N satu set tester lagi itu kubagi pada Fiza....hadiah jadi geng shoping..hee
Enjoy ya Fiza..hehe  

Yeay...cantek kan botol Gucci Premiere ni
Yayaya..tambah satu lagi botol warna gold dalam koleksi perfumeku
Humm..best..best..best...
Segar rasanya... n of course laa wangiiiiiiii... hehehe 

Yer..akhirnya koleksi perfume yang dah nak abes isinya dah ada pengganti baru..!
Ku memang suka sangat Gucci!
Setakat ni, Gucci Rush always the best... walaupun botolnya tak cantek..hehehe

Humm...pasnih nak perfume ape plak ek???
Channel?? Ke Escada??

Korang lak suka perfume ape???

P/S : Jelajah butik itu hari leh laa sentuh n menggayakan produk2 itu. Huh, sib baik laa tak terbeli secara online. Humm.. sebab itulah aku memang tak suka kaedah membeli secara online. Never!

Cool restaurant review : The Manhattan Fish Market for our 'girls day out!'

Haluuu..haluu...haluuu..
Cuti 3 hari buat ape uolsss??
Balik kampung?? Pegi bercuti??? Humm, seronok tu ...!
Ke ada yang pegi Festival Belia kat Putrajaya??? Ehehee...

Cuti kali ni aku pilih untuk bersesi 'girls day out...yo'!
Bukan apa, rasanya dah lama takde sesi girl's outing... humm, memang dah lama la rasanya
Hari Sabtu semalam roger Fiza untuk berhorey2...
Sonok bila dah lama tak jumpa, last jumpa masa gathering kejap hari khamis lepas tu
Kiranya outing kali ni nak menyambung kisah yang tak sempat nak borak
Almaklumla, bila dah tak lagi jadi officemate kann!

Aktiviti 'girls day out' apelagi kalo bukan lepak2 di restoren yang cool, yang semestinya ada menu-menu yang nyummeh, baru laa seronok nak lepak lama-lama, kann!
Aktiviti wajib lain, haruslah sesi jalan-jalan masuk butik sana sini .... shopping time, ho yeah!

Untuk entri ni, aku nak fokus pada tempat lepak aku n Fiza semalam..lepak santai untuk sesi makan2
Entri ni khas kepada kengkawan aku yang belum pernah lepak kat The Manhattan Fish Market, ahah.
Restoren pilihan mestilah yang cozy, cool n tak sesak dengan orang..hoho

Itu dia, aku n Fiza ..kemain lagi banyak order kennn!
Humm, harusslah.. sebab banyak modal nak diborakkan ... ahaha
Boleh dikatakan semua menunya ialah so tempting
For those seafood lovers, mesti rambang mata...hehe
Aku? Mestilah suka banget...hantu seafood kann! 

Manhattan Flamming Seafood Platter ...
Saja pilih menu ni sebab nak makan banyak n nak dok borak lama..hehe
Varieties of seafood in one big plate...hehe
Memang kenyang banget,..yummy calamari, mussels, fish, flamming prawns, fries
Tambah kenyang sebab ada garlic herb rice...sedap
Paling gempak bila ejennya datang hantar platter ni
Datang sambil tunjuk aksi membakar udang2 tu dengan bunsen..hee
Nanti uols pegi, leh laa ambik gambar aksi itu, hehe
 

   
Gambar atas : Spicy seafood olio
Menu ni pilihan  aku, sebab...aku memang suka nak mencari the best aglio olio spaghetti
Humm, dan....olio ini memang nyummeh!
Gambar bawah : Creamy Mushroom Penne
Menu ini pulak pilihan Fiza
Hummmm...sedapnya lahai penne ni..memang walla!
Kalo order large size pun confirm boleh abes.. laju jer..sluurppp!

Begitulah menu-menu pilihan kitorang sempena lepak santai borak sampai ke petang ni..hee
Kalo ramai lagi yang datang, memang lagi meriah laa nampaknya menu atas meja kitorang ni..
Untuk minuman plak, aku pilih Sweet Alabama... Fiza pulak, Citrus Mint, dua2 ialah menu kategori 'LIKE'
Memang sedap..

Bila perut dah kenyang....hoh, baru laa semangat nak teruskan aktiviti shopping!!
Memang semangat abes la, dari butik ke butik tu kitorang terjah..hihihi.

To Fiza, humm Suesue dah bagi signal nak ikut kita pasnih...
Cuci mata, hati n perut katanya... ahahhaa..

Till here, daaa....
From me, the food lover... hee

P/S : Ku dah fikir menu ape akan kubuat untuk Arabian Nite party itu..hehe. Tunggu ya kengkawan.. ;P

Thursday, 16 May 2013

Kisah pemandu terlampau....

Situasi : Traffic light merah di satu jalan yang ada tiga lorong. Lorong kiri untuk kereta jalan terus n belok ke kiri, lorong tengah untuk kereta jalan terus ke depan dan lorong kanan untuk kereta yang hanya akan belok masuk simpang belah kanan.

Di mana aku?
Ya, aku dalam kereta aku yang berada di lorong kanan sebab nak masuk simpang ke kanan.
Oleh kerana traffic light merah, aku pasang lagu kuat2 sebab tengah layan lagu 'where i belong' linkin park.
Sambil2 tu aku turunkan cermin muka sebab nak belek keningku yang gatal tiba2. 

Tengah2 syok dok belek kening, tiba2 aku dengar bunyi hon dari belakang kereta aku. Apekah?
Punya laa aku confused, aku bersalah ke?? Ke aku silap dengar? 
Aku tengok traffic light masih nyala lampu merah untuk belok ke kanan, tapi lampu untuk jalan terus memang hijau. Pelik plak aku. Tak puas hati, aku tutup radio.... ya ampun, kereta belakang itu memang benar2 tengah hon aku. Punyalah kuat hon tu...apa masalahnya? Aiyooo... Tak puas hati, melalui cermin belakang, aku nampak laa pemandu lelaki dengan seorang awek dok sebelah kirinya. 
Apehal ni brader??? Memang lampu merah, takkan la aku nak jalan.

Tengah aku dalam mode 'kepelikan' tu, time tu jugak lampu trafik merah untuk lorong aku dah pun bertukar hijau. So, aku jalan n belok la ke kanan. 

Pastu aku pusing la tengok kereta belakang aku tu, pun bergerak. N guess what?? Mamat tu jalan terus. Ohoooiii..what de heck???? Hishhh, memang kurang asam punya orang.  Dia yang salah lorong, boleh pulak main hon2 orang bertalu2. Walhal pada masa tu, lorong tengah memang kosong. Hadoiih, orang macam ini pun ada ke?? Kalo kata sengal.. kang marah pulak...tapi, memang sengal pun!! haih..ape daaa..

Tapi, aku tergelak laa jugak sebab tengok mamat tu dah termalu sendiri.... dengan banyak mata dok memandang dia n aweknya. Memang aksi terlampau la... kekekeh.

P/S : Aku ialah seorang yang tidak guna hon kereta. Btw, kalo nak jalan terus, jangan sibuk dok beratur lorong kanan yang sah2 hanya akan belok masuk ke simpang kanan.  Wat malu aje laa kawan...

Akhirnya dah boleh tido lena

Akhirnya semalam barisan Kabinet baru Malaysia dah pun diumumkan n mereka dah pun selamat angkat sumpah pagi tadi. Yang paling hot n menjadi sebutan especially kepada para gadis n mak budak ialah sape lagi kalo bukan Rembau Most Wanted Boy, KJ laa sape lagi. Ahahaha! Agaknya pasnih penuh laa KBS itu dengan para gadis yang nak mencuci mata tengok KJ kat cafe n kat gym. Hihihi. Yang keje gomen pulak, masing2 nak keje kat KBS. Wah, penangan sangat si KJ ni....hehehe. *mesti lelaki2 semua rasa jelly kennn!*

Pastu orang2 besar kat opis aku lak akhirnya dapat laa menarik nafas lega n dah leh tido lena sebab igauan ngeri tak jadi kenyataan. Akhirnya menteri baru yang akan datang boleh diharapkan untuk to be cool macam the previous one. Yang tak cool ialah aku la, dari semalam dok terkocoh2 dengan persediaan nak menyambut beliau. Huhuhu. Tapi, so far...everything smooth.

Untuk personal plak, akhirnya aku dapat tido lena lepas 2 minggu korbankan masa tido n masa sosial demi research itu. Yeay!! Tak sabar nak tido puas2..syok owh. Tengkiu jugak kepada my big2 bos sebab bagi cetusan idea kt aku di saat2 akhir. Yesss, you are the best boss! Tak sangka saje2 bukak citer for open discussion membuahkan hasil..hihi. Your point of view really help me alot! 

Ok...tak sabar nak balik umah..nak kembali tido awal...yippie! Tak sabar jugak nak kembali bercergas sihat di kala petang n swimming di kala malam. Work life balance uolsss...haruss!!

Friday, 10 May 2013

Packing lagi ...

Ok... jap lagi nak packing lagi
Away again from my home sweet home...
Di kala tengah bergelut nak menyiapkan paper untuk diri sendiri
Alamak!! Kena out station lagi di kala hujung minggu ni...
Hummm..

Biasa excited jer pegi program yang pengisian macam ni
Kali ni sebab otak tengah fokus dengan hal research itu
Maka kali ni rasa...alaaaa, nape pada waktu ini??

Macam mana pun, kena jer layan
Harap program kali ni best!

Rolling into the deep... hooo!

Thursday, 9 May 2013

Sudah-sudahlah

Bila ada jer manusia yang semangat masih berkobar2 pasal kisah PRU13,...yang masih taksub nak berbahas pasal keputusan, yang masih ligat nak tunjuk gambar n video yang kununnya bukti kejadian.

Hummm, aku hanya buat tak reti jer. Malas aku nak respon apa-apa. Aku buat tak tahu, n buat tak dengar. Malas nak dilayan orang tak habis2 nak berbahas benda yang dah final ni.

Yang bagusnya, tau la pulak dorang diam. Ahahaha. Pendek kata, apa-apa cerita, post kt FB ke...tak payah laa kita terutamanya yang tak tau apa-apa ni sibuk nak join berbahas sama. Kalo masing-masing tak respon, ...mesti akan senyapnya. Lama-lama, senyap la tu. Tapi, kalo semua pihak masih galak nak tunjuk juara...sampai bila nak habis?

Sudah-sudahlah. Teruskan laa hidup macam biasa. Terima ajelah kenyataan.

Kat malaysia ni memang banyak musim dan pengikutnya. Macam kisah boikot McDonalds tu...beria laa masing-masing memboikot sebab masa tu kununnya musim kutuk Israel n support Palestin. Tapi...bila je musim marahkn Israel tu dah habis....elok pulak pegi sambung makan McD balik. Ahahaha. *fikir-fikirkan..*

So.....sudah-sudahlah.

Wednesday, 8 May 2013

Kami pun bayar cukai

Pagi ni terbaca kisah seorang kawan ni yang kena sound oleh orang yang kununnya dari sektor swasta. Claimed kununnya gaji pekerja kerajaan ni dibayar dengan duit cukai dorang. Jadinya, pekerja kerajaan ni kena bekerja ikut telunjuk orang yang kerja swasta atas sebab orang kerja swasta yang bayar cukai kerajaan.

Hello! Sedap2 rasa saja golongan pekerja swasta yang cakap macam tu! Jangan bila bercakap terlalu bongkak la kawan sedang yang hakikatnya pemikiran tu cetek ilmunya.

Kami pekerja kerajaan pun bayar cukai la! Aku sendiri pun bayar cukai. Tiap2 bulan kena potong gaji untuk cukai, kalau skit takpelah jugak. Takde la rasa berangin jer dengar statement orang2 bongkak macam tu. Kann!!

So,please.
Kami yang kerja kerajaan ni pun pembayar cukai. Pegi mana2 pun tetap kena bayar cukai perkhidmatan n cukai kerajaan!

Sekian.

Tuesday, 7 May 2013

Sweet hot peri-peri chicken in da house ! nyumm

Kalo ditanya, sape suka makan Nandos???
Mesti aku orang yang pertama angkat tangan, siap berdiri "me..me..me!!"

Ya, aku memang suka sangat makan set ayam Nandos, hot peri peri itu...
Lagi la kalo dah dapat makan masa masih panas2 tu... memang wallaweh!

Siapa kata tak boleh makan ayam Nandos kat rumah?? Boleh saja tau .... uhumm

Malam ni, entah kenapa rasa macam nak bakar2 ayam jer..
Kemudian, teringat laa nak buat 'Sweet hot peri peri chicken!'..

 Sweet hot peri-peri chicken
Haa, siapa kata tak boleh buat kat rumah?
Boleh ajer..hehehe
Memang sedap n nyummeh gitu!
Nampak macam overcooked kan? Tapi, memang lagi sedap camni.. walla!
 

Senang ajer nak buat kat rumah
Yang penting, ada sos ini.. Nandos Sweet Hot Peri-peri Sauce
Mana nak dapat? 
Ahah, boleh beli dekat mana2 restoren Nandos
Atau boleh jugak beli dekat Cold Storage
Lain tempat, err... tak pastilah pulak aku.. hihi

Ayam bakar kan bagus untuk kesihatan, berbanding kita goreng atau masak gulai..hee
 Sweet hot peri-peri chicken ni memang sedap dimakan begitu sahaja
Aku suka cecah dengan sos cili Life.. humm, memang kombinasi yang menarik.

Cara nak buat pun senang (resepi asal, guna kepak ayam sahaja, tapi mana2 pun sedap):
1. Perap ayam dengan sos sweet hot peri-peri n sedikit garam, pepper n lada hitam selama 20 minit.
2. Panaskan oven dengan suhu 220 darjah celcius.
3. Grill ayam tu selama 15-20 minit (balik-balikkan ayam setiap 5 minit atau ikut keperluan)
4. Angkat dan boleh makan dengan fresh salad. 

Ok, kengkawan.. selamat mencuba!
Memang sedap... walla!
Now... u can have ur own chicken Nando's at home!

Anyway... thanx Nando's for the best recipe ever! I Like...

P/S : Jam dah larut malam ni, owh tidak.. aku sudah terjebak dengan citer Grimm ni. Huhuhu.Ini semua gara2 anak teruna itu yang minat n promote dekat aku.  

Monday, 6 May 2013

Bila sudah fanatik n prejudis ..

Hari ni 6 Mei 2013, hari pertama selepas PRU13 pada 5 Mei 2013 selesai..
Semua orang pun sibuk jadi pengulas dan penganalisis politik hebat... kan!
Aku seperti biasa, suka dengar, baca n lihat ulasan para penganalisis hebat ni semua

Kalau penganalisis politik tu bertaraf Profesor, Doktor PhD atau memang kerjaya / latarbelakangnya memang Sains Politik... memang ulasan tu kita boleh pakai. Memang profesionnya begitu.
Setiap pendapat n ulasan adalah berdasarkan fakta dan ilmu. Itu memang kita harus respek.

Tapi.. bila yang dok bercakap bergegar sana sini hanya based on Facebook, atau blog, atau lain2 sumber tak sahih... humm, itu memang tidak boleh pakai. Hentam keromo n tidak puas hati itu hanya sebab mata n otak masing2 sudah kabur dek fanatik n prejudis. 

Aku pun malas nak ulas panjang2 n malas nak campur bab politik ni.

Cuma, aku kesian kepada semua kengkawan aku kat negeri2 yang berkorban tenaga dan masa demi menunaikan amanah sebagai petugas pilihanraya tu. Kerana prejudis manusia2 yang fanatik, usaha n penat lelah n pengorbanan n yang lagi penting amanah mereka senang2 telah diputarbelit dan dinafikan.

Kepada manusia yang fanatik lagi prejudis, petugas2 ini telah menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya. Fahami dulu bagaimana proses kiraan undi tu berlaku sebelum menyalahkan sistem itu.

 Kepada semua petugas pilihanraya, well done.

P/S : Kita bangsa merdeka. Hargailah wahai semua anak Malaysia.

Saturday, 4 May 2013

Karipap Sardin di Hari Buruh ..

1 Mei setiap tahun ialah Hari Buruh kan.
Makanya, 1 Mei ialah hari yang para pekerja rehatkan diri n elakkan diri dari membuat sebarang kerja-kerja ofis... humm, begitulah..

Di kala melepak merehatkan diri kat  rumah pada 1 Mei tu tiba-tiba tekak terasa nak makan sesuatu yang jarang-jarang nak dibuat kat rumah ni. Yer, teringin rasa nak menguli doh. Humm.
Bila masuk dapur, tengok ada sardin *yer, stok sardin sentiasa ada kat rumah...untuk buat sandwic kan!*
Tengok apa lagi bahan yang ada....owh, ada kentang 2 ketul. Humm, terus otak terfikir nak buat karipap sardin kentang... yess!

Apa lagi, terus la keluarkan semua bahan; gandum, marjerin, sardin, kentang, bawang n halia.
Mula-mula buat masak dulu inti kentang sardin tu.
Kemudian, buat laa dohnya. Biarkan sekejap n canai la ia sambil2 mata dok melayan TV.
So, 1 Mei itu hari... sambil layan TV, sambil buat karipap...hehehe. Tapi, memang layann!

Tadaa... inilah dia karipap sardin kentang saya
My homemade karipap bila dah siap kelim
Bab kelim karipap tu, memang aku suka sangat!
Ya.. sesuatu yang berseni harulah disukai..hehe 

Ini pulak rupa karipap sardin kentang yang dah siap goreng
Humm, buat skit saja.. tapi, dapat banyak laa jugak
Akhirnya, aku buat laa stok karipap frozen..hehe
Buat sarapan pagi katanya

Seronok dapat buat kuih muih tradisional melayu ni..
Aku memang suka la sangat... n selalu sangat nak belajar buat kuih muih melayu yang aku suka makan
Bukan apa, pelapis katakan...hehehe.  

Tapi, kalau karipap ni... aku sebenarnya lagi suka karipap daging keledek!
Lagi sedap n nyummeh!
Yer, karipap ialah makanan kesukaan ramai orang kan?

P/S : Dalam pada aku dok cerita pasal karipap homemade aku ni, syok jugak bila tiba2 jer dapat order dari orang yang nak pegi oversea gitu. Hehehe. Boleh ajer, siap!

Wednesday, 1 May 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation