Wednesday, 26 June 2013

Hujan yang dinanti ..

Mode : Kembali hepi sebab perut pun hepi. Err, masih kagum ngn abe mark yang masak ayam masak merah yang super sedap untuk dinner malam ni. Beliau kesian kot tgk daku yang sampai umah dari ofis tatkala dah malam. Serius, che mark...ayam itu super duper lazat! Wah, dah semakin pandai masak skang ni, hehe. Humm, tatkala macam ni rasa best sangat bila ada orang masak untuk kita kan...! Untong laa... hihihi ;P


Bercakap pasal hujan..
Dulu-dulu zaman kecik, aku memang suka tunggu hujan..
Best sebab boleh main hujan..
Dapat sentuh air hujan yang turun dari atap umah di kala dok anjung umah pun aku dah rasa seronok..

Pernah sekali aku ajak adik aku si maline pegi main air hujan sebab teringin tengok kengkawan main hujan.
Tengah2 syok mandi hujan lebat tu kat jalan depan umah, tiba2 dari jauh aku nampak abah aku datang ngn payung hitamnya tu..satu tangan pegang payung, satu tangan lagi sembungi kat belakang.
Tiba-tiba aku dapat spot, tangan abah aku bawak rotan...hahaha! Apelagik terus la aku cabut masuk umah
Kesian adik aku si maline kena rotan..kahkahkah *ahaha, lawak tul bila diingat balik...!*
Ya, aku suka main air.. aku suka sejuk!

Hari ni pulak...alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepadaNya  kerana memberi hujan kepada kita, Malaysia
Akhirnya hujan turun membasahi bumi yang panas n berasap gara-gara jerebu sejak minggu lepas
Dah memang tak tahan bila terasa hidup dalam asap bakar sampah jer gara-gara jerebu ni..huhu
Tapi..hujan ni semua orang lari... masing-masing elak kena titisan hujan
Ya..sebab air hujan ni berbahaya kepada kesihatan... hujan ni pun hasil proses pembenihan awam katanya..
Itulah....dunia sudah tua...dunia sudah penuh dengan pencemaran dan toksik
Air hujan dulu memang tak sama dengan air hujan sekarang.....*kesian budak-budak sekarang kann!*

 Akhirnya dapat jugak mask ni selepas berhari2 hidup dalam asap kan
tapi by the time dapat mask ni, kat luar hujan dah turun
Alhamdulillah syukur....hujan yang dinanti akhirnya turun ke bumi

 Keadaan teruk semasa jerebu..
Kalo dulu, pemandangan yang sama akan nampak lain
Akan nampak bukit nan hijau dan tasik nan luas
Kerana jerebu, semua tak nampak
Dasyat betul asap dari seberang ni..huh

 Pada hari jerebu teruk itu...tiba2 dapat gift..yeay
Ikan siakap 3 rasa ala finding nemo..n
Mercu tanda Brunei Darusslam akhirnya dapat ditampal kat fridgeku
Akhirnya pintu fridge dah penuh..yeay
Hey...thank you buddyz...CK n Ady
Ai suka sangat okeh... jatdada...

Itu ler sedikit sebanyak kisah jerebu di bumi Malaysiaku kali ni.. hee
Kepada semua....jangan membuat pembakaran terbuka okeh

Tatkala dapat hujan hari ni, daku pun dapat jgk berita gumbira..
Hummm...kena buat persediaan dari sekarang...
Next kena interviu lagi..hohoho. Di kala next week huru hara nak kena out station lagi
*tahun ni dah bape kali aku gi interviu ek??? hihi*


P/S :Tiba-tiba teringat, nak pegi international unit? ah, takmolah.... out station domestik skang ni pun aku tak larat...apetah lagi oberseee.No..no...no. Pegi obersee nak vacation seronok laa...hihihi.

Sunday, 23 June 2013

Jerebu owh jerubu.... hukhuk

8 hari aku out station....jauh dari rumah manisku.. punyalah wendu nak balik umah
Alih-alih dah sampai umah.. lain pulak jadinya.. humm

Dah terbiasa dari umah family kat kampung...siang hari haruslah bukak segala tingkap
Bagi angin n udara luar masuk... baru laa nyaman.
Humm, macam tu laa jugak kat umahku di sini..

Pagi Sabtu semalam, pagi-pagi hari dah bangun... bukak langsir...yer cuaca memang terang benderang
Elok jer bukak tingkap...haih, terus bau asap masuk..
Tak boleh jadi... terus tutup balik tingkap tu semua,,, huhu
Kiranya weekend ni dalam sejarah laa sepanjang aku dok kat umah ni,, umah terang hanya bukak langsir
Tingkap semua tutup....tak boleh tahan, asap bau terbakar tu...

Pagi-pagi tadi pulak, ingat nak gi joging...tapi, tak dapatlah..huhu
Memang dari tingkap bilik tidoku, boleh nampak tebalnya jerubu...*sigh*

Berita tadi dah senaraikan 8 syarikat Malaysia yang terlibat dengan pembakaran hutan di Indonesia tu
Dan sekarang, 8 syarikat tu sedang disiasat...
Pelik sungguh kan, setiap tahun tu rantau ASEAN ni kena jerubu... setiap tahun ya.. bukan sekali sekala
Dah tau setiap tahun ramai yang marah n komplen.. tiap tahun laa jugak jerubu ni jadik..
Takde peraturan yang jelas kah???
Tahun ni, Singapore n Johor laa yang paling teruk... Singapore memang marah sungguh
Yang kelakarnya boleh pulak negara yang menyebabkan jerubu ni kata komplen tu bersifat kebudak2an..
Humm...susah kan..

Harus ingat dunia kita ni memang ada sempadan... tapi, bukannya ada pintu atau tingkap nak halang asap semua tu datang kat negara kita kan?

Nampak gaya, dok umah ajerlah kita...
Kesihatan kena jaga..
Takkan nak pakai topeng pulak.. rimas owh!

P/S : Harap2 mesyuarat ASEAN berkenaan jerubu ni cepat-cepatlah dibuat, jangan tangguh lagi...satu keputusan harus dicapai untuk tangani jerubu yang berulang setiap tahun ni. Btw, pagi tadi aku nampak ada pulak orang leh bawah anak dia yang masih baby n usia 3-4 tahun tu pegi main kat open playgroung...aii takkan tak perasan asap tu semua? Pelik betul!

Cerita TV pukul 7 malam..apekah?

Dulu-dulu masa kecik, seingat aku...cerita TV jam 7 malam ni biasanya citer kartun
Aku yang memang hantu kartun ngan adik-adik aku memang dok melopong depan TV la
Mana boleh miss citer feveret kann..
Tengah-tengah syok tergelak tengok kartun, dengar laa suara mama n abah aku bising...suh tutup TV
Katanya maghrib2 tengok kartun, apa nak jadi?

Lepas tu, seingat aku...bila dah zaman student ie masa sekolah menengah n universiti
Banyak pulak citer TV pukul 7 ialah drama Hong Kong yang memang best-best
Time balik cuti kat kampung, hah....memang melopong depan TV la
Bila dah citer Hong Kong / Taiwan ni.. humm, mama aku sekali join sekaki layan ... iyalah citer best, hero hensem..heroin lawa... mana tak melekat depan TV
Sekali bila abah aku balik umah, semua menikus kena marah tengok TV time maghrib..huhu
*iya, abah aku ni garang skit orangnya.......hummm*

Tapi itu dulu laa... dulu tatkala aku rasa aku mesti join layan citer-citer hot ni
Iyalah zaman itu, internet belum berleluasa di tangan masa zaman skang ni
Masa tu, TV ajelah hiburan utama......
Skang ni tidak lagi... TV bukan keutamaan aku...

Isu yang aku nak higlight skang ni ialah, zaman skang ni... jam 7 - 8 malam tu lah pulak dok tayang citer melayu...  maka, ramailah yang melopong depan TV di kala jam itu
Agaknya stesen TV nak dapat high ranking penonton time jam tu kot?
Entah laa... aku memang tak paham..apekah?
Dulu seingat aku, citer drama melayu kat TV jam 6 atau 6.30 petang kan?
Entah laa... sebab aku memang tak layan TV dari jam 6 ke 8 malam tu.
8 malam pun bukak TV sebab nak tengok berita... (kecuali masa kecoh pilihanraya itu laa, buhsan politik!)


Dengan macam-macam rancangan realiti yg masing-masing sibuk bertanding nak jadi artis,
Dengan macam-macam citer Seberang kat TV... humm
Kecuali hal kartun n anime n bab kerohanian n bab berita semasa..aku rasa TV ni membuhsankan
*Mode rasa citer melayu kul 7 tu patut ditukar!*

P/S : Bila aku balik kampung, mesti turn adik-adik aku pulak buhsan dengan 'syarahan' aku pasal TV ni banyak membuang masa...hihi. Betul apa? Daripada melopong depan TV, baik pegi setelkan menda lain....pegi joging ke, masak ke atau apa-apa aktiviti sihat yang lain lah. Tapi, kalo nak melipat kain..harus depan TV atau layan lagu, kalo tak buhsan owh! hahaha

Friday, 21 June 2013

Budak asrama laa pulak..!

Mode : Tengah berselubung dalam selimut. Sejuk sangat dah ni. Huhu

Malam ni dah malam ke-4 laa aku jadi budak hostel ni. Huhu.
Terus teringat zaman student dulu... n zaman d.p.a dulu...........
Syok zaman jadi budak...zaman happening orang kata..hoho

Sekarang ni tengah layan citer 'Karipap' lakonan Gambit tu..
Ahaha, serius citer ni kelakar banget!
Genre filem yang aku suka memang macam ni.. ianya haruslah 'Light n Easy'..
Yer... aku suka filem yang light n easy, lagu yang light n easy...pendek kata semua yang light n easy
Filem2 yang heavy...atau yang berat n complicated nak faham..memang malas aku nak layan
Saja..malas nak berfikir.. Straight forward kan senang.. maksud pun sampai dengan jelas...

Drama fenomena skang ni di kalangan member2 aku dan ramai orang ialah ' Teduhan Kasih'
Humm..dah jadi budak hostel 4 hari ni, sempat laa tengok sementara nak gi dinner kat dewan makan
Tapi...humm, ntah laa tak minat nak tengok..sebab ianya genre heavy drama..
Lagi pun, aku memang jenis tak layan citer pukul 7-8 malam ni...

Owh, berbalik citer 'Karipap' tu...try laaa uols layan..
Kelakar laa jugak citer ni, sebab lawak slamber..keke
Humm..tiba2 rasa teringin nak buat karipap weekend ni.. huhu
Menguli doh buat kueh pun terapi jiwa jugak,. kenn!

 Menjiwai watak budak hostel
Makan jajan atas katil sambil tengok citer 'Karipap' nan kelakar
Memang itulah aktiviti di kala malam
Semestinya makan Super Ring, cekedis favourite aku zaman kanak2 riang dulu
Dulu, kini n selamanya.. hehe
*teringat pakai cincin super ring, kat jari2..pastu ngap..hihi*

P/S : Alamak..teringat plak keropok lekor tokbeng yang kutempah kata KT itu hari, esok boleh ambik...yeay! Gara-gara out station ke sini, mampu mengidam ajerlah....humm, tak sabarnya nak makan keropok ori from terengganu!

Thursday, 13 June 2013

Bila urat stress timbul...

Huh, minggu ni memang mencabar minda..
Dengan macam2 benda yang datang
Mencabar otak n rasa cool aku...

Tensi..tensi..tensi..
dan...kusut....arghhh!

Bila urat stress ni muncul...
Humm.. mulalah perangai lain macam ku muncul...

1. drive keta laju-laju .... sambil pasang lagu kuat-kuat yang boleh memecahkan gegendang telinga..hooh
2. mula rasa nak berpeleseran sajer.... nak melepak aje.. ku rasa ku perlu jenaka untuk gelak ketawa
3. ku mula rasa tak nak makan... ku mula escape makan.... yer mood makan aku lari...lari daripada aku...arggh!
4. ku rasa mau melalak... melalak.. melalak .. time ginilah ku mula cari kaki masuk karoksssssss.... lepaskan suara..lepaskan suara.. wakaka 
5. ku mula minum banyak air.. banyak air putih akan memenuhkan perut ku nan kosong...
6. yang ni parah.. sampai umah... tak semena-mena yang kumau hanya tido n baring....
7. ku mula benci mereka yang memekak , membuat bising................argghhh...itu gangguan liar di kala ku mau fokus!!!
8....
9...
10....

ok.. udah.. 
urusan resmi menanti aku........

P/S : jom laa mengenaaannnnnnnnnn !!!

Tuesday, 11 June 2013

Ada la tu sebabnya ...

Baru-baru ni aku dikhabarkan tentang seorang kenalan
Yang dikatakan telah memperkatakan sesuatu fakta yang hakikatnya bukanlah suatu fakta yang benar
Hummm...

Pada aku ... biarlah.. ada la sebabnya tu...
Kita yang tau kisah sebenar, diam-diamkan sajer.........
Mungkin ada sebabnya yang kukuh..
Tak perlu laa kita nak menimbulkan konfrontasi..walaupun ianya benar..

Yup..dalam sesetengah kes... sensitiviti kena laa jugak jaga
Itu pendapat aku la...
Jadi diamkan saja..

Ya..perempuan mana yang tidak inginkan zuriat dari rahimnya sendiri...
Isu tentang anak itu adalah suatu yang sensitif...jadi tak usahlah kita melanggar had itu.

Kadang-kadang dalam sesetangah perkara, ...memang ada la sebabnya.
Tak perlu kita persoalkan kenapa dan mengapa.

Just my 2sen.

P/S : humm...zaman kecik2 aku dulu...aku memang tak suka budak lain selain adik2 aku. dan yang kelakarnya aku siap benci n marah adik aku yang lain kalo ada yang suka melayan budak kecik lain selain adik kecik aku. ahaha. lawak bila difikir balik. iyalah...agaknya sebab aku ni ramai adik kot? jadi aku tak suka budak lain...kahkahkah.

Monday, 10 June 2013

Elakkan 'eye contact'

Eye contact ni memang perlu dalam komunikasi kita ... kann
Kalo dah pemalu sangat tu, kita paham laa asyik dok pandang bawah ajer..
Kalo kita bercakap, tak kisah laa antara dua orang atau lebih.. memang perlu eye contact ni

Tapi.. bila bab elakkan eye contact ni memang boleh buatkan kita geram..
Ahah,,, time bila tu??

1. time kita kat kedai makan atau restoren, punyalah kita ni dok panggil2 waiter tu sebab nak mintak menu, nak tambah order atau apa2 yang berkaitan. Boleh pulak dorang ni saja buat2 sibuk dengan saja elakkan eye contact . pastu dok pandang atas, pandang tempat lain...saja elak pandang kita yang dah lenguh angkat tangan atau lambai2 kat dia. geram tau...tau lah restoren awak tu sibuk itu hari, ramai pelanggan katakan. 

2. time kita nak mintak tolong kat seseorang, dia pulak macam tau jer hasrat kita tu. Cepat aje dia elakkan eye contact. Okla, kita paham laa... memang nak mengelat laa tu. Contoh memang banyak laa kalo nak sebut...ahaha. 

3. time kita jumpa sesorang yang kita kenal kat mana-mana. Kalo kita ni jenis peramah, memang termalu sendiri ler bila kita senyum atau lambai2 kat seseorang yang kita kenal...dia saja buat2 tak nampak... ahahah. Ok... paham, nak privacy ler tu... hehe. Tapi ada gak yang memang wujud keadaan seseorang yang kita pernah kenal dah berubah jadi seseorang yang sombong. Humm.. apekah?? 

Itu la dulu kot?? tiba2 idea yang banyak tadi hilang.. argghh, nak kena fokus benda lain plak ni.

Lenkali sambung lagi,,
Daaa

P/S : tapi kan... kalo ku jumpa seseorang yang ku tak suka, humm..memang sengaja laa aku elakkan eye contact atau sebarang komunikasi. bukan ape, lebih baik mengelak daripada sakit hati dibuatnya.

Wednesday, 5 June 2013

Aisshh... potong betul laa!

Kadang-kadang bila teringin nak makan sesuatu makanan yang sedap..
Nak tak nak kena laa beli kat kedai atau restoren atau gerai jugak.. kann!
Yer laa kadang-kadang, tekak kita pun nak gak makan masakan lain selain masakan kat umah, tul tak???

Bab menapau makanan ni biasanya aku akan buat time kat ofis atau hari bekerja la ...
Kadang kita tengah2 dok syok tak sabar nak makan tu..
Aiseh...pekerja yang tukang tapau tu memang 'potong' laaa!!
Terus jadi mood tak bagus nak menikmati makanan itu!

Tengah2 dok tapau tu, boleh pulak dia pakai tangan aje ambik itu ini..
Pastu aku tengok tangan tu skejap sentuh benda tu skejap sentuh benda ni
Pastu..elok lak sesedap rasa ambik makanan yang kita order itu pakai tangan itu...arghh!! Potong tau!
Kalo tangan itu kulihat dok basuh tangan sekerap mungkin, boleh laa dimaafkan..huhu

Kot ya payah nak ambik pakai sudu ...kan elok pakai ajer penyepit!
Dah tak payah nak guna sudu yang di'add on' ngan jari jemari kamu sebagai penyepit..
Hummm...

Ini yang rasa nak makan kat umah aje... huhuhu

Btw, nak tau tips makan kat kedai atau restoren?
Haa, tipsnya ialah.... jangan tengok dapurnya! Ahahaha

P/S : kadang-kadang mulut ini terus terang jugak dengan tokey kedai...lenkali pakai penyepit! yer, kepantangan aku orang main sedap jer pakai tangan sentuh makanan... huh..

Tuesday, 4 June 2013

What?? keberhutangan yang serius???

Seriau rasanya bila dengar bab orang yang mengalami keberhutangan yang serius.
Serius,.. apekah???

Berhutang demi gaya hidup mewah??
Kalah gaya retisss gitu...
Wah.. for me, that is nonsense!
Apekah??
Kali ni benar-benar pepatah 'biar papa, asal bergaya!' di depan mata.
What de???

Aku terkujat, tergezut, terkejut... memang laa..
Berhutang sebab nak beli henbeg harga ribu-riban
Berhutang ribu-riban semata-mata sebab nak holiday kat oversea??
Hoh... memang takleh diterima dek akalku yang waras ni...

Humm...what say uolss???
Boleh terima ke gaya hidup mewah yang ropanya hanya pura-pura ni??

P/S : sesungguhnya aku takut hidup dikelilingi hutang!

Sunday, 2 June 2013

Penyakit M.A.L.A.S

Penyakit yang satu ni memang parah kalo dah mulai melanda seseorang.
Kann!

Malas  berfikir - otak lembab
Malas makan -perut lapar
Malas masak - pandai2 la cari makan
Malas exercise - badan gemuk, perut boroi, badan lemah
Malas mengemas - bersepah jadinya
Malas bersegera - haih, makin banyak la tertangguh
Malas membaca - otak tak berkembang
Malas bersosial - kebuhsanan la kamu sorang2
Malas berkomunikasi - sakit hati orang lain itu
Malas  tido - ada ke?? mata panda la jawabnya ...
Malas senyum - dikata sombong
Malas mandi - ada ke? hoh, busuk laa kamu...ngeh ngeh
Malas main - tumpul la skill
Malas mengaji - lama2 lidah pun keras ..uh

Pendek kata, banyak penyakit malas ni... haih
Kalo dilanda penyakit malas ni... semua benda tak jadi... huh

Tapi,...kadang2 ada faktor yang menyumbang kepada rasa malas itu...
Sibuk melanda di ofis pun satu faktor... kennn!

Ok.. laa, nak pegi bersiap..
Tadi malas... hehehe

P/S : Hoh, busynya dua tiga menjak ni.... stress otakku. nak blogging pun tak sempat. bukan malas yer..huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation