Wednesday, 31 July 2013

Jurnal Posa 2013 : 20 & 21 Ramadhan \ Alhamdulillah

20 Ramadhan (Isnin)

Hari Isnin ialah hari 'monday blues' orang kata
Humm.. aku plak takde laa feeling blues tu sangat di kala setengah hari pertama tu..
Setengah hari kedua tu, ... barulah terasa monday blues..
Apa taknya...tiba2 kena masuk meeting petang itu
Alohai... meeting di kala petang nan lewat tu memang boleh bikin lemau... keke
Tapi.. alhamdulillah...sib baik laa meeting itu tak menjangkau 5.30 petang
Alaa.. tau, semua orang nak balik awal .. kenn!

Tapi bila ku sampai umah awal..
Boleh plak aku tertido masa tengah2 layan messaging... ayooooo....
Humm, dah terbabas tu.. bila tengok jam, dah 6 lebih.. agak lewat laa tu..
Terus laa masuk dapur..
Bila sibuk2 kat dapur.. tengok jam dah dekat kul 7... aittt, mana pegi si teruna nan sorang ni
Apesal tak balik lagi time ni...
Lepas tu tengok status dia kat fesbuk... humm, baru teringat .. dia kan out station
Aitt..sib baik. Kalo tak, sape nak makan aku masak banyak2 tu...?? heee

Juadah utama berbuka untuk seorang... simple lagi mudah
Ikan bakar cecah air asam n Pajeri terung
Kombinasi pedas masam n manis lemak... oklah tu
Sib baik sempat adjust kuantiti.. 
Kalo tak... mana nak abes... hihi
Alhamdulillah..rezeki hari ni!

21 Ramadhan (Selasa)

Selasa pagi nan sejuk tu tetap rasa semangat
Sebab ape??
Ahah...sebab aku rasa so excited nak bertemu wajah dengan Ustazah Dato' Siti Nor Bahiyah Mahamood itu
Iya.. dia ialah Ustazah Pilihan aku..
Setiap hari, mesti aku tunggu kemunculan dia dekat TV9 .. dia akan muncul dengan taglinenya "Maniskan Iman, Maniskan Senyuman"...
Ya.. aku suka sangat Ustazah...

Untonglah dapat jumpa secara live tahun ni..
Tahun lepas dia datang bagi ceramah.. aku kena out station
Kali ni dia datang sebagai panel untuk Forum sempena Nuzul Al-Quran
Alhamdulillah.. dapat jugak jumpa beliau...
Yang bestnya... kali ni aku jadi wakil VIP sambut beliau...
(nak wat camne, last minute big boss kena gi meeting....humm)
So.. Ustazah sampai jer...salam laa dengan aku dulu..
Huh,,, seronok rasanya.. hehe

Ini gambar yang sempat ambik dengan Ustazah
Kagum aku dengan Ustazah ni..sangat cantek lagi anggun.
Kecik molek jer orangnya... untong laa Ustaz.. hehe
Tapi.. aku lagi kagum dengan kehebatan beliau berbicara...
Sungguh bijak menyusun kata dan pantun...
Nak ambik gambar berdua dah tak sempat,,,,ramai sangat peminat beliau
Lagi pun, Ustazah perlu bergegas nak ke airport plak..huhu
Alhamdulillah,,,dapat jugak aku bertemu wajah secara live kali ni

Ok ... itulah kisah 20-21 Ramadhan kali ni..
Kena ekspress rakyat blogging ni..
Sanggup datang awal2 pagi hari ni sebab nak blogging. hahaha
Malam tadi...tak online langsung.. sebab sibuk dok melipat kain.. haha

P/S : Humm,,, bila dah 10 Ramadhan terakhir ni... dah mula rasa malas nak berbuka dengan makanan yang heavy2 cam nasik semua tu. Nak berbuka ala kadar n simple sahaja. 

Saturday, 27 July 2013

Jurnal Posa 2013 : 16 & 17 Ramadhan \ buffet hotel or homemade cooking?

16 Ramadhan (Khamis)

Hari ni sibuk ngan meeting di kala petang tu. Dalam hati, alamak..janganlah lewat abes. Kalo tak, rosaklah program ai petang ni nak berbuka dekat luar.
Punyalah kelam kelibut n excited nak balik bersiap ke iftar itu, terus kunci ofis laju-laju.
Ingatkan orang dah balik. Tengah drive balik tiba2 henpon dok berdering-dering laju..apekah?
Sekali...orang di hujung telefon bagitau ada orang terkunci.
Alahai...rosak program. Terpaksalah patah balik ke ofis.. huhuhu.
Sudahnya, lewat jugaklah aku balik dari ofis petang itu.
Apehal plak ai terkecoh-kecoh balik ni?? Ahah..apelagik, program berbuka dekat luar la. Hehe


16 Ramadhan; Palm Garden Hotel buffet Ramadhan
Kali ni pilih hotel ni sebab konsepnya yang kampung style
Kitorang yang kelewatan, sampai sana dah jam 7.20 malam
Meja dah reserved, tapi kedudukan tak strategik...uh
Frust jugak sebab makanan dah tinggal hujung2..alaaahai
Kambing golek nan sedap pun dah tinggal part tulang aje tau
So..makan ajelah apa yang sempat makan
Konsep sini memang tak tambah2 dah lauk tu...so, cepatlah abes
Gambar makanan tak sempat nak snap..so, snap laa muka sendiri ..keke

 
 17 Ramadhan (Jumaat)

Hari ni pun tiba2 kena masuk meeting ad hoc itu... humm, layan ajerlah.
Oleh kerana hari ni hari Jumaat, macam biasa aku akan balik lambat skit.
So...sampai umah agak lewat. Tengok umah kosong. Aii, pegi berbuka dekat luar ke?
Humm..bagus gak. Sebab, malas nak makan nasik rasanya hari ni. Teringin sangat nak makan rojak + cucur
So..layan la mandi manda n solat Asar
Kuar dari bilik, tup2 tengok si teruna tu dah balik.
Alaa.. nak makan nasik laa pulak.

Jam dah tunjuk 7.10 malam ketika aku masuk dapur
Humm, masak laa nasik n dah agak..memang tak sempat masak sebelum masuk Maghrib
Sudahnya..hari ni masak lauk selepas waktu berbuka.
Berbuka.. makan kurma n air sirap bandung saja dulu..hoho
Tapi...bila dah masak nasik, memang mengada laa skit ai bila nak masak lauk. Harusslah kan
Haruslah extravaganza gitu..

Menu 16 Ramadhan...alhamdulillah
1. Udang goreng mentega (saja tak nak buat udang mentega basah tu)
2. Asam pedas ikan cencaru (repeat!! sebab tiba2 teringin sangat nak makan lagi)
Puas hati laa dapat makan kat umah ni..hee
Penyudah berbuka..semangkuk kecik aiskrim macedamia coklat nan sedap.hoho 

Humm.. so far, masih berjaya masak di rumah.
Homemade cooking always my choice.
Bazaar Ramadhan or Param? Humm...macam biasa, tak minat nak pegi.
Bukan ape, letih laa bersesak2 kat Param tu untuk makanan yang lum tentu kena ngan selera kita kan.

P/S : Tengah layan Tanyalah Ustaz bersama Dr. Daniel ni. Humm, best kalo Dr. Daniel jadi panel...topik yang dikupas memang best. Kita sebagai Islam kena tau, sejarah peradaban dunia dan sains mostly dipelopori oleh ilmuan Islam, tetapi telah diputarbelitkan oleh Barat. Sudahnya kita lebih kenal yang ilmuan Barat berbanding pelopor sebenar dari Islam seperti Al-Khawarizmi, Al-Biruni dll. Insaf plak bila didedahkan bahawa orang barat mengkaji al-Quran untuk mengetahui kehebatan al-Quran dan Islam....sedangkan kita yang Islam ni, takde pun nak mengkaji. 

Friday, 26 July 2013

My signature dish : Ketam masak cili berkrim

Sebenarnya dah beberapa orang yang minta saya bagi resepi masakan ketam kesukaan saya tu
Ya, Ketam Masak Cili Berkrim...ini ialah my signature dish of crab
Kalo beli ketam jer, mesti saya akan buat menu ni..
Memang sedap untuk dimakan dengan nasi
N sedap jugak makan ratah begitu sahaja.. nyum..nyumm..

Inilah dia Ketam Masak Cili Berkrim
Nampak kan ketam yang so creamy itu... humm, so nyummeh!
Always my favourite...
Hari ni plak si Rai buat permintaan nak try masak Ketam Masak Cili Berkrim ni..
So,  untuk Rai... ini dia resepi masak ketam nan lazat ni...
Memang mudah dan cepat...paling penting...sedap sehingga menjilat semua jari tangan..haha

Bahan-bahan (untuk dua orang makan) :

(i) bahan untuk direbus
2/3 ekor ketam  
2 inci halia
1 batang serai (diketuk)

(ii) bahan untuk dikisar 
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji cili padi

(ii) bahan untuk sos krim
2 sudu makan sos tiram
3 sudu besar susu cair
Garam / gula secukup rasa
Daun bawang / sup untuk hiasan

Kaedah memasak :
1. Basuh ketam n belah dua sahaja bagi setiap ekor dan rebus bersama halia dan serai yang diketuk hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan sos tiram dan susu cair. Kacau rata.
4. Perasakan dengan garam n gula secukup rasa.
5. Masukkan ketam dan gaulkan seketika.
6. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang / sup sebagai hiasan.

Amacam? Senang kan?
Senang lagi mudah dan cepat dimasak. 15 minit dah boleh siap.
So..apelagi tunggu? Cubalah hari ini.

*Tips dari chef ilass : 
1. rebus ketam tu make sure jangan overcooked, nanti hilang manisnya isi ketam tu. pastikan air mendidih dulu, baru masukkan ketam sekejap. ya, ketam memang cepat masak. 
2. pastikan cili dah benar-benar masak, baru masukkan sos tiram n susu cair. kalo suka pedas, boleh tambahkan lagi cili padi tu. n kalo nak lagi banyak krim nan menjilat jari tu, boleh lebihkan kuantiti susu cair ... angkat bila dah nampak creamy. 

Kepada Rai, bila dah try buat menu ni.. jangan lupa kongsikan komen. Hehe
Yeah.. i'm proud of this recipe; my original signature dish.
Sharing is caring.

Selamat bersahur semua. Daaa.

P/S : Kepuasan memasak ialah bila orang suka makan n mula tanya apakah rahsia kesedapan itu...best tau! that's why i love to cook... that's why i love homemade cooking.

Thursday, 25 July 2013

Jurnal Posa 2013 : 15 Ramadhan \ jejak ke bumi Pahang

15 Ramadahan (Rabu).


Aku rasa hari ni ialah hari paling malas nak bersahur...
At last, aku dah terlewat bangun sahur... kul 5.20 pagi baru bangun..huhu
Dah lepas tu kemalasan tu berjangkit kepada malasnya nak iron baju gi keje
Lepas tu plak berjangkit malasnya nak pegi ofis awal2....
Pendek kata..semuanya lambat..

Bukan apa, hari ni aku kena pegi ke bumi Pahang untuk tugasan
Pegi pagi , balik malam..
Aduh..malasnya nak pegi jauh2 time bulan posa ni..
Paling malas mestilah nak drive jauh2 tu
Nasib baik laa my geng kt ofis tu dah deal ngn aku..dia drive..aku tumpang..hee
Untong laa...

Kul 11 kitorang gerak..sampai destinasi jam 1.00 tengahari..
Ambik kunci bilik masing2....apelagi..terus laa tido ...huh, ngantuk banget perjalanan tengahari nan panas tu
Pastu...sesi aku bagi ceramah kul 2.00 - 3.30 petang..
My geng plak, 3.30 - 4.30 petang...
Tiba2 kitorang wat keputusan untuk balik terus KL jam 4.30 petang tu..
Yesss.. memang kusuka sangat laaa..!! *nak balik....*
Malas laa nak balik malam..

Drive punya drive punya drive... jalan sesak banget kat KL...huh...
Akhirnya...aku berjaya sampai umah jam 7.00 malam
Sampai2 umah..ingatkan si teruna nan sorang tu takde...sebab aku dah pesan berbuka laa kat luar
Sekali sampai2 umah...dah bau harum.. amboi.. baru selesai masak udah galah rupanya dia...!
Yeay..bestnya...ku suka seafood...
Tengok2 ada ketam.. apelagi..terus aku plak ambik turn masak ketam.. hee..
Mana boleh tahan tengok my favourite itu....

Ni dia masakan paling pantas sebelum berbuka
Macam biasa, kalo ada ketam...sah2 laa aku akan buat my signature dish
Ketam masak cili berkrim...so nyummeh!
Udang galah nan comel tu plak si teruna tu yg masak
Humm, not bad... dah pandai masak skang..hihi
Enjoy laa ratah Udang Galah Sos Tiram Madu tu..
 
Sudahnya berbuka puasa 15 Ramadhan kitorang jadi sesi meratah seafood sedunia..
Kali ni takde kueh..
Berbuka dengan kurma...pastu soya ros..
Selebihnya.hadap ratah udang galah n ketam nan lazat itu..
Owh..heavennya rasa. Alhamdulillah

Yer... aku memang hantu seafood...
Memang takleh tahan punya.. haha

P/S : Dah abes makan segala..tiba2 si maline itu sampai ke rumahku. Alahai, langkah kiri lah kamu..hihihi. Tapi bestlah..meriah rumahku ni bila ada tetamu.

Wednesday, 24 July 2013

Epilog pokok manggis itu...huhu

Aku membesar di satu kejiranan yang padat di pinggir bandar (dulu maybe lebih tepat dipanggil pekan).
Kejiranan padat, kiri kanan n belakang umahku ada umah jiran-jiranku yang berbilang bangsa
Sebelah kanan umah, jiranku chinese sekeluarga..memang kamceng
Jiran deretan belakang umahku plak, ada jiranku Singh a.k.a 'Hindustan' sekeluarga
Selang sebuah umah dari umah keluarga Hindustan tu plak, ada keluarga India Muslim (masa dulu, aku tak tau pun istilah Mamak tu.......).
Jiran sebelah kiri umahku n deretan depan umahku n lain2 ialah Melayu ..
Pendek kata komuniti kejirananku masa tu berbilang bangsa...semua masing-masing akan beraya bersama bila tiba perayaan masing-masing.  

Oleh kerana keadaan kejirananku begitu..pendek kata, kitorang mana laa nak ada pokok-pokok buah nan besar ni. Kat laman tepi umahku, hanya ada pokok mangga kecik. Depan laman umahku plak, ada la pokok kelapa kecik tak berbuah yang abahku tanam.
Dok di kejiranan kat pinggir bandar ni, pendek kata semua buah yang dimakan adalah hasil beli kat kedai....hehe 

Bila cuti sekolah atau cuti raya... aku, mama n adik beradik aku semua balik kampung
Seronoknya lahai dapat balik kampung masa tu... Best sangat! Especially bila dapat jumpa sepupu2 ku..
Kampung tu sebenarnya umah nenek/atuk belah mamaku.... memang cuti sekolah, abah eksport kitorang balik kampung.... Iyalaa, bukan senang nak rasa ada kampung kan..

Kat kampung, baru laa aku dapat kenal macam2 pokok buah termasuk durian, dapat makan macam2 jenis ubi tatkala hujan nan sejuk sambil minum kopi panas.. owh, memang syok! 
Cuma satu benda jer yang aku tak suka bila balik kampung tu,.. apelagi kalo bukan kena mandi air perigi nan sejuk... n aku tak suka minum air perigi tu.. lain macam rasanya bila minum. Hehehe
Lagi satu yang aku tak suka ialah...masa kat kampung tu laa aku boleh kenal pacat ..ahaha.. *menjerit laa aku n adik2 aku yang memang jakun skit bab2 binatang hutan ni...geli okeh!*
Lagi satu yang syok bila balik kampung ialah; aku akan jadi bintang paling popular laa di kalangan budak2 kampung..hehe. *ntah, aku pun tak tau nape dorang plak excited tiap kali famili aku balik kampung..haha*

Epilog pokok manggis itu... bila nak kuar citer ni?
Ok, depan laman umah nenekku itu ada sepohon pokok manggis..
Aku rasa pokok manggis tu membesar seusia aku agaknya..
Pokok manggis nan unik... pokonya sebatang tanpa dahan n ranting....
Pokok manggis yang pernah ku ikut sepupu lelakiku panjat tapi, akhirnya tak reti nak turun..haha
Bila ku dah abes universiti, baru laa pokok manggis tu mula berbuah lebat... hoh, bestnya makan manggis dari pokok sendiri..hihi. Pokok manggis yang jadi peneduh depan laman umah nenekku...tempat aku n sepupu2 ku lepak di kala petang atau bermain..

Tadi.. adikku mesej via Wechat bagitau.. pokok manggis nan sebatang tu dah pun menyembah bumi...
Huhuhu...sedih pulak rasanya pokok kesayangan kitorang sekeluarga dah takde raya ni.. huhuhu
Pokok tu terpaksa dikorbankan, ditebang hari ni ... 14 Ramadhan...
Huhu, raya ni balik kampung dah takdelah pokok tu..
Dah tak merasa laa nak makan buah manggis yang memang lebat bila dah start berbuah..
Nostalgia tu pokok manggis tu..
Lepas ni dah takde tempat teduhan nak melepak di kala petang nak menikmati angin sepoi2 bahasa..

Sekian, epilog pokok manggis yang kini sudah tiada lagi..
Tiada lagi di dunia ini...seperti mana arwah nenek n atokku..

P/S : Sedih...raya ni tahun kedua arwah nenekku pergi. Rindu....

Jurnal Posa 2013 : 14 Ramadhan / owh bubur pulut hitam

Hari 14 Ramadhan (Selasa)... kat ofis, rasa sungguh low productivity..hoho
Hari ni satu hari aku dok menyiapkan conference report nan tebal tu...
Adoih..ngantuk pun satu hal..

Hari ni saja otak aku dok teringat2 bubur pulut hitam..
Humm, dah lama teringin kat bubur pulut hitam ni
Bubur pulut hitam ni memang favourite aku.. nyumm..nyumm
Kalo buat aiskrim malaysia pun memang sedap...... perrgghh
Tak bleh jadi ni... balik ofis kena buat ni..
Nak bubur pulut hitam, nak bubur pulut hitam... Memang dah tak nak lain dah... huhu

Balik umah, cepat-cepat mandi n solat..
Lepas tu terus terkam dapur masak pulut hitam nak buat bubur.. yeay!
Humm..rasa terharu pulak bila pulut hitam itu dah menjadi bubur kat atas dapur...... suka.suka.suka

 See, bubur pulut hitam nan lazat...
Best betul nikmati bubur ni especially bila bau aroma pandan n pulut hitam nan wangi tu
Tapi, dapat makan bubur pun..tetap nak makan nasi kan
Untuk lauk hari ni, simple saja.. mudah dan cepat
Sumber protein dengan vitamin; kari ikan bawal dengan bendi n terung
Lawan lauk berkuah plak kubuat special my homemade chicken fillet nan crunchy
Humm..simple but nice.. alhamdulillah

Puasa kali ni, kumasak memang dalam portion kecik..cukup untuk makan berdua, siap tambah
Almaklumlaa kat umah ni, lauk / sayur bring forward ke depan memang dah tak laku
So.. untuk elakkan pembaziran terutamanya dalam bulan yang mulia ni, semua masak dalam small protion for 2 pax, tapi...portion untuk tambah lauk atau nasi tu tetap ada. humm

Ok..itu dulu untuk Projek Jurnal Juadah Posa 2013 / My Coffee Table Book 2013 kali ini.

P/S : Bila nak taruk resepi-resepi my homemade cooking yang dorang dok mintak ni ya?? Ok, nanti ku cari masa ya.

Tuesday, 23 July 2013

Jurnal Posa 2013 : 13 Ramadhan

13 Ramadhan jatuhnya hari Isnin..
Kat ofis, memang sejuk...rasa nak berbungkus sajer
Bila dh pakai pashmina itu...rasa syok la plak...layan jer berbungkus..hihi
Kul 1 tengahari macam biasa, haruslah berhibernasi barang seketika di sofa biru itu sambil peluk bantal kecik....hee *syok owh!*

Bila dah syok wat keje, mmg tak sedar apa dah.. tengok jam dah kul 3.00 petang
Bila mau pegi solat Zohor...lahai baru tahu, bangunan ofisku takde air...dah hampir sehari!
Aiyoo..punyalah aku tak tau... hoho
Humm..bulan posa ni, aku lebih banyak terperap kat bilik opisku... *tekun wat kerja owh..haha!*

Kul 5.15 petang jer... apelagikk...balik umah laa.. hehe
Turn fokus kat umah laa plak..
Haruslah demi lengkapkan Jurnal Juadah Posa 2013 saya itu... hehe..
Kata nak buat buku koleksi masakan kan... hehehe *insya allah*
Hari ni punya tema...segalanya Sweet n Sour


Tema menu berbuka hari ni ialah 'Sweet n Sour'
Iya..hari2 harus menu yang berlainan...baru ada variasi
Menu utama: Asam Pedas Ikan Cencaru n Ayam Lemon Sos Thai
Humm, ikan cencaru ni memang sedap juga bila masak asam pedas
Isinya yang pejal tu memang ngam untuk masakan berkuah macam ni
Untuk yang sweetnya plak, semua hasil belian si teruna tu
Kueh talam seri muka perisa durian (padanlah warna kuning)
n.. agar-agar lemak santan
Pembuka berbuka; haruslah buah kurma n air soya saja


Ok.. sekian jurnal posa untuk 13 Ramadhan..
Humm.kejap jer masa berlalu kan..
Dah nak dekat setengah bulan kita berpuasa..
Kepada semua...selamat beribadat di bulan mulia... Insya allah.

P/S : Bulan posa kali ni, tekak terasa nak makanan melayu sejati saja. Takde minat nak makan masakan western ni. Humm.... *belum lagi kot?*

Monday, 22 July 2013

Jurnal Posa 2013 : Juadah posa

Lama tak tulis jurnal posa bab juadah berbuka / bersahur ni.
Tahun lepas, hari2 tulis..
Tahun ni pun haruslah laa teruskan.. cuma tak berapa nak sempat ajer. huhu.

Okeh... malam ni nak cuba marathon, dari 4 Ramadhan hinggalah hari ni, 12 Ramadhan..
Cepat betul msa berlalu kan.. nak2 lagi bila kesibukan melanda.

4 Ramadhan 

 Kuih tradisi negeri tanah tumpah darahku
Humm, apelagi..ajak mamaku cari kueh tradisi ni
Bukan senang nak jumpa, hanya ada time bulan puasa saje
Puas hati dapat rasa..
Next nak try buat sendiri laa pulak...
Resepi kueh2 ni semua perlukan telur yang banyak..


 Last day kat my hometown, terus langsaikan rasa kepingin macam2
Ku buat kueh 'butir nangka' yang harum tu
Paling penting, ada ikan pari bakar n kerabu perut..nyumm
Lepas terawih pulak, pekena kerang rebus..sambil sembang sampai ke pagi
Humm.. memang syok bila dapat berkumpul beramai2.

 5 Ramadhan 

 Balik dari hometown, dalam otak dah tak fikir pasal nak berbuka ngan apa
Sebabnya, hari ni hari spesel
Hari aku diraikan lagi sempena besday itu hari.. hehe
Untonglaa kan!.. tengkiu ya..
Buffet Ramadhan di Pullman Hotel Putrajaya memang cool
Tempat yang cool....Food pun sedap,not bad

 6-7 Ramadhan
 6-7 Ramadhan itu, ku kan sibuk bertugas
Bertugas bersama delegasi ASEAN di hotel itu
So, 2 hari itu.. buffet ramadhan hotel lagilah..
Humm, 1001 menu punya buffet..
Memang tak terdaya nak rasa semua...huhu
Selain busy, perut pun kecik... 
Yang ku aim, kambing golek lagi..
N apelagi, fokus dekat BBQ section ajer..
Yg best berbuka kat sini ialah...sempat laa jumpa my old buddy..
Hee.. hari ini dalam sejarah lagi!
Btw guys, buffet ramadhan di Royale Chulan KL ni memang best!
Juadah berbukanya dibuat ikut negeri; dari Perlis sampai laa ke Sabah
Dari Sabah plak, ada western food laa pulak
Memang layan........walaupun pengunjungnya ramai

 8 Ramadhan 

Tiada gambar.
Sebab?
Aku berbuka dekat Nandos sahaja....
Kali ni berbuka bersama Mak Ekan...
Lama tak jumpa ken....!

 9 Ramadhan 

 Balik dari ofis itu hari, otakku dah tak fikir lain
Nak buat kerutuk ayam ... yerlah, penat ku import rempah kerutuk itu
Sekali bila nak berbuka, macam2 laa pulak ada atas meja
Sate daging yang lazat, samosa, kuih pelita, air tebu
Huh,,tertewas dengan juadah hasil beli kat bazaar ramdahan yg dibeli oleh abe Mark
Akhirnya, kerutuk ayam itu makan skit jer
Selebihnya bawak ke sahur... hee

 10 Ramadhan 

 Azam itu hari ialah nak abeskan daging n ayam dalam peti
Akhirnya pilihan menu ialah daging sambal kicap, kailan ikan masin
Juadah sahur pulak, just a simple chicken soup...
Boleh laa..kan..
Err, kueh apa buat berbuka itu hari lupa la plak..hee
Macam mana ada kueh n air, tetap kurma kena jamah dulu

11 Ramadhan

 
Hari Sabtu untuk rehat nan panjang...
Pagi2 hari dah bangun.. bangun n fikir nak buat apa untuk juadah berbuka
Dah lama rasanya tak betul2 masak kat rumah sendiri
Dah puas fikir, dah puas belek2 koleksi majalah n buku resepi
Akhirnya, baru laa aku kuar pegi pasar..
Tema weekend ialah segalanya seafood.. humm
Suka betul dapat berbuka petang itu; ada air cendol, ikan bawal masak 3 rasa n paling spesel, butter prawn... alhamdulillah!
 
12 Ramadhan

Hari Ahad ni, masih teruskan dengan tema segalanya seafood
Tiba2 rasa teringin nak buat ikan bakar n cecah air asam
Humm, maka terhasillah ikan bakar n air asam itu.. 
Untuk variasi, buatlah jugak daging bakar untuk cecah air asam nan sodap tu
Ikan cencaru plak dibuat masak sambal...
Owh lupa plak pasal kueh homemade,..
Hari ni berjaya buat 30 biji kueh onde2 yang original homemade
Best bila boleh buat guna bahan2 segar; pandan n kelapa parut nan fresh
Barulah laa best abes.......!

Ok laa tu sajer marathon kisah juadah posa sehingga 12 Ramadhan ni..
Resepi2 hasil masakan aku, haruslah aku letak lepas ni...
Sharing is caring...rite??

Ok.. selamat bersahur semua...

P/S : Tahun ni cepat pulak Ramadhan berlalu....tup2 dah setengah bulan. Huhu. Harap2 dapat meneruskan terawih...insya allah

Friday, 19 July 2013

Teori 8 gelas air

*sumber artikel : berita harian 19 julai 2013 (famili)*

Ada orang kata, jangan minum air banyak-banyak bimbang perut menjadi kembung. Pesanan orang tua ini sering kali dijadikan pedoman terutama buat ibu bersalin ketika dalam tempoh berpantang kerana dikhuatiri badan naik mendadak ibarat belon selepas tamat tempoh itu.

Sedangkan Apa yang lebih mengelirukan, ada pula pendapat yang menyarankan minum lapan gelas air sehari untuk kesihatan dan kesegaran tubuh. Hakikatnya, air sangat penting dalam kehidupan manusia dan hampir 75 peratus air berada dalam otak manusia. Minum air yang sudah dimasak dengan kerap baik untuk membuang segala toksin. 


Malangnya, masih ramai yang tidak faham istilah minum air sebanyak lapan gelas sehari dengan lebih kerap. Pandangan itu diambil begitu saja tanpa memahami kaedah meminum air dengan tepat. 


"Jika pengambilan air tidak dilakukan secara berterusan kerana badan dan otak menjadi lemah. Ini kerana mereka yang minum air, walau hanya setengah gelas pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga."

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan tidak terdapat bukti saintifik yang menyokong teori lapan gelas sehari kerana sepatutnya kuantiti air diambil sekerap mungkin.

Dibimbangi apabila ramai percaya lapan gelas air sudah mencukupi, hanya kuantiti itu diambil pada waktu pagi dengan andaian jumlah lapan gelas itu sudah mencukupi. Jadi, tidak perlu lagi meneruskan minum air pada sebelah petang mahupun malam.

Ia mengundang bahaya jika pengambilan air tidak dilakukan secara berterusan kerana badan dan otak menjadi lemah. Ini kerana mereka yang minum air, walau hanya setengah gelas pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga. 

Oleh itu, jadikan minum air sebagai hobi. Pastikan minum air sebagai aktiviti harian walaupun diakui ia menyebabkan anda begitu kerap membuang air. Ia hanya beberapa hari kerana tubuh belum biasa dengan keadaan itu dan memerlukan masa untuk penyesuaian. 


INFO: Air

1) Jangan minum lapan gelas air sekali gus dan tidak mengulanginya sepanjang hari.

2) Kuantiti minum air bergantung kepada cuaca dan aktiviti anda.

3) Lebih banyak anda kehilangan air sepatutnya lebih banyak yang perlu diminum.

4) Jika minum terlalu banyak tanpa membuang air dibimbangi mengalami keracunan air atau situasi elektrolit tidak seimbang.

5) Air adalah penahan selera secara semula jadi.

6) Ingat, kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga.


Gejala kekurangan air dalam tubuh

Letih dan kurang tumpuan terutama - bagi tubuh yang mengandungi toksin kerana kekurangan air untuk mengeluarkannya.

Pening - Salah satu fungsi air adalah membuang toksin dari tubuh manakala otak manusia mengandungi 75 peratus air. Oleh itu, walaupun mengalami kekurangan air sedikit, ia berpotensi menyebabkan pening.

Sembelit - Air mampu melembutkan sesuatu yang pejal. Oleh itu najis yang keras boleh dilawaskan apabila air diminum secukupnya.

Air kencing kotor - Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia adalah penapis bahan buangan dari darah. Tanpa air, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.

Mulut berbau - Cecair tidak mencukupi di dalam mulut untuk membersihkan sisa makanan berisiko membiarkan bakteria di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau busuk.

Mulut kering - Situasi ini kerap berlaku apabila kurang minum kerana air liur adalah pelincir mulut. Penyahhidratan hanya mengurangkan jumlah air liur.



P/S : Aku seorang yang minum air banyak. Kalau kurang air, memang simptom2 gejala kurang air akan melanda diri..hoho. Kesan paling ketara, rasa dehidrate sangat lebih2 lagi bila bekerja dalam pejabat yang ber'air-cond'... Masa sahur, memang 1 jag air masak akan aku habiskan. Humm..

Thursday, 18 July 2013

Kesibukan melanda di awal Ramadhan..

Lama pulak rasanya tak update belog ni.. huhu
Balik dari bercuti, terus aku sibuk ngan event ASEAN...
Iya ... tahun ni turn Malaysia pulak jadi tuan rumah...
Humm.. mcm biasalah, sekali lagi bab protokol mokol  ni nak kena uruskan.. *sigh*

'Lesen' untuk aku n d geng berkeliaran sana sini dekat Royale Chulan KL

So.. dua hari bertapa dekat Royale Chulan..mana sempat nak bermedia sosial bagai
Tapi.. serius.. ku rasa berkurun laa tak update belog ni..
Tak update belog satu hal.. tak update geng2 pun satu hal..
Aiyoo...
Nak buat macam mana, dugaan bulan puasa tahun ni laa...

Actually, wakil2 ASEAN ni semua berkumpul untuk capai kata sepakat bagi menangani kes jerebu merentasi sempadan di wilayah ASEAN ni...
Begitulah...


P/S : Delegasi wanita dari Brunei memang cantek2 orangnya..suka tengok...kulit wajah nan pulus n style bertudung yang tersendiri..tak macam fenomena tudung tah hape2 kat Malaysia n Indonesia ni. Hee. *just my opinion...*

Friday, 12 July 2013

Jurnal Posa 2013 : Rindu yang bertaut

Alhamdulillah, Ramadhan 1 dan 2 dah pun selamat dilalui
Rindu yang bertaut??
Wakaka..dah macam tajuk drama melayu laa pulak, kennn! hihihii
Yer, Ramadhan yang dirindui
Ramadhan yang membangkitkan rasa rindu yang tak bertepi.............

1 Ramadhan

Rindu sangat nak berterawih,...alhamdulillah berjaya jugak pergi
Rindu sangat nak masak kat rumah sejak2 selalu sangat oust station ni
Selasa sehari sebelum puasa, sempat laa berborong apa yang patut kat pasar...*siap kena perli ngan Man tu, shopping kat pasar macam nak wat kenduri..hahaha ;P. well man...biasalah ;P *
Rindu suasana makan beramai2... humm, kat rumah dapat makan berdua pun jadilah


Gambar atas : Daging goreng kunyit n ayam tomato; juadah bersahur pertama Ramadhan
Gambar bawah : Dalca daging n daging sambal kicap;juadah sahur kedua Ramadhan
Sahur ni best kan..... barulah masing2 bangun awal pagi, hehe 






2 Ramadhan 

Kerinduan yang tak bertepi kepada keluargaku nan terchenta memang tak dapat nak control2 lagi dah
Bila nak puasa ni, baru sedar dah setahun lebih aku tak balik kampung
Padanlah rasa rindu sangat.... Ya, setahun yang menjarakkan aku dan mereka!

Seusai bersahur pada 2 Ramadhan...terus kukemas barang masuk bagasi
Terus bersiap segala...terus drive ke KLIA
Yeay...kampungku.....aku pulang!
Di pertengahan jalan antara mengantuk dan celik, ku snap gambar ini
Senyum..sebab dalam berapa minit jer lagi, ku akan jejak ke tanah tumpah darahku

Sampai je ke airport...yeay..mereka dah menanti aku
Owh..terharu sangat tengok wajah yang kurindui..mamaku
Terus kusalam tangannya n muah2 di situ...hihihi
*dalam hati, maafkanlah anakmu yang setahun menyepi dengan kesibukan duniawi...huhu*
Seronok....yer seronok sangat... Alhamdulillah, syukur akan nikmat ni!
Di bumi tanah tumpah darahku ni, mulalah teringat macam2 ...heee
2 Ramadhan jugak mempertemukan aku kembali dengan childhood frenku yang tiba2 muncul live tatkala otak aku teringat kat dia bila sampai pagi itu...hehe.

Red velvet cake on my birthday!
Thanx CT DJ for the lovely cake... nyumm..nyumm
Alhamdulillah, 2 Ramadhan hari kelahiranku
Selebrasi kali ni bersama keluargaku..
Bersama wajah2 yang kurindui..
I love u guyss!!!
 

Juadah berbuka 2 Ramadhan
Yeay.. i love u mom!
Mamaku sediakan semua makanan2 kegemaranku
Yeay.. u know the best ... that's why i love u... forever!
N lagi surprise n tiada dalam ini gambar ialah ayam percik hasil masakan kakchik kusayang
Terharu pun ada, wah...adikku dah pandai masak! Hehe...sedap!
Katanya dah nak start belajar masak.. n nak berguru ngan aku plak pasni..
Hehe..bagus kakchik bagus...!  

Yang lagi seronok ialah bila mamaku dah ready dengan sesuatu yang jadi favaourite aku
Humm, susah payah mamaku itu.... i appreaciated it so much.....!
Sungguh surprise bila mamaku dah beli tulang gearbox n urat keting...
Wah...bestnya! Mamaku sanggup belikan tu semata2 aku balik... walhal, bukan favourite beliau pun
Yess..ku suka..ku suka.... sangat!


Juadah sahur 3 Ramadhan tadi pagi..
Sup Gearbox in da house.....yeay!
Ini pulak hasil masakan aku... humm, dorang semua rindukan masakan aku
Huhuhu.. terharunya dapat berkumpul bersama di awal Ramadhan ni
Alhamdulillah...syukur nikmat Allah!

Kedamaian bersama keluarga memang takkan dapat ditukar ganti
Cintai keluarga selamanya............

P/S : Puas hati dapat peluk cium mama, abah n all my siblings. Rindu pada adik bongsuku yang kini dah tinggi melangit. Haih, anak teruna sorang nan manja tu. Punyalah lama dia tunggu kepulangan aku...heee. Ada janji yang harus ditunaikan... humm. Whatever it is, i love u guys till jannah! *Tiba2 teringat cerita mamaku pada mereka, anak2nya memang manja dan diajar manja. Humm, aku manja kah? ahahah*

Tuesday, 9 July 2013

Jurnal Posa 2013 : Terawih Pertama

Alhamdulillah...
Malam ni bermulalah episod Ramadhan 1434H
Dan malam ni juga aku berjaya terawih di masjid di kejirananku ni..
Tahun ke-3 aku bertemu Ramadhan ni di kejiranan ni... syok sebab masjidnya dekat saja..

Malam ni, saf lelaki n wanita penuh....iya, sama macam tahun2 sebelumnya..
Baguslah kan..
Semua golongan ada, budak kecik, remaja, orang muda n orang tua.. satu komuniti katakan..

Tapi, malam ni aku just nak rekod hari ini dalam sejarah aku
Malam ni, aku mula solat sunat terawih pada saf yang kedua terakhir dari belakang
Macam biasa, saf2 belakang ni boleh dikatakan mostly bawak anak kecik..
Anak2 kecik tu ada yang dok main kat belakang..... n ada jugak yang dok menempet kat tepi mak masing2 yang tengah solat...

Masa tahiyat akhir di rakaat kedua terawih...
Tiba2...aku diterkam dari belakang oleh seorang budak kecik..
Okeh, sah2 aku terkejut...n kusudah tidak kusyuk dengan 'serangan' itu
Aiyooo.. budak kecik tu bukan setakat terkam aku.. tapi, siap gomol n panjat aku yg tengah di tahiyat akhir
Alohai...siap kena tarik telekung..sampai nak bagi salam kanan n kiri pun tak dapek! huhuhu

Elok jer habis bagi salam, orang sebelah kiri aku dah gelak pasal budak kecik tu..
N pada masa yang sama, mak budak kecik tu panggil anak dia... sambil mintak maaf kat aku
Iya, anaknya dah silap terkam 'mak'...!
Humm...aku sengih ajelah...
Nak buat macam mana lagi? dah nama pun budak kecik..kan

Apa komen korang pulak pasal anak2 kecik yang amat aktif yang dibawa ke surau / masjid ni?

P/S : Iya, salah satu kelebihan aku ialah.....budak2 kecik mudah suka n melekat kat aku, hihi. Malam ni agaknya budak kecik tu datang dekat aku sebab aku pakai bedak baby johnson kot? hehehe ;P. * eh, tiba2 teringat kat baby Raziq, si hawa junior nan kiut tu.. hehe*

Krisis Mesir : Apa komen mereka ?

Pagi ni baca paper lagi
Kisah krisis Mesir lagi
Kejam!
Bila jemaah bangun dari rukuk pada rakaat kedua, semua kena bedilan machine gun dek askar Mesir
Kenapa dengan negara arab ni??
Mana hilang tamadun mereka??
Dah macam Zionis membunuh Palestin pun ada....sedih...

Antara komen rakyat Malaysia di akhir artikel berita Krisis Mesir itu

Jadi.. kita sebagai rakyat Malaysia kena ambil iktibar
Kena hargai keamanan yang kita ada sekarang
Marilah kita sama-sama menolak sebarang anasir jahat untuk menghancurkan negara kita
Ingatlah..kehancuran negara bermakna kehancuran generasi akan datang..

P/S : Selamat menyambut Ramadahan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan ini yang terbaik untuk kita.

Monday, 8 July 2013

Dunia yang menggila...

Aku dah lama tak tengok berita
Aku dah lama tak baca surat khabar..
Kalo dulu sebab aku benci politik
Sekarang ni pulak rasa gerun nak baca paper ngan berita2 yang pada aku memang gila!

Berita tadi tunjuk guru PK HEM dibunuh dengan 4 das tembakan, dekat rumahnya
Apa ni? Suka hati bunuh orang sana sini?
Ini samseng mana ni? Suka hati tembak orang sana sini?
Aiyoo..jadi cikgu disiplin pun dah kira pekerjaan yang berisiko tinggi ke??
Dah macam dah filem barat laa pulak aku rasa..

Pastu pagi tadi aku baca paper, kisah perlawanan bola sepak dekat Brazil
Satu lagi kegilaan melanda!
Pengadil permainan umur 20 tahun, pemain umur 30 tahun
Pemain tak nak dengar arahan pengadil, bergaduh ngan pengadil
Pengadil tak puas hati, keluarkan pisau n tikam bertubi2 pemain tu
Pemain tu mati dalam perjalanan ke hospital..
Gila kan? Pengadil apekah ini? Boleh ke bawak pisau masuk padang?
Pastu yang lagi gila ialah, bila kawan2 n saudara mara pemain yang meninggal tu serang pengadil tu
Bukan setakat serang, tapi bunuh terus beramai2...siap penggal kepala pengadil tu!
Yang lagi seram n gila, kepala pengadil yang dipenggal tu dipacak kat pacang di padang tu!
Adusss....apekah kegilaan manusia ni?
Dah kembali tidak bertamadunkah?

Dan yang lagi gila.. n buatkan kita sedih ialah apa yang jadi dekat Mesir sana
Presiden yang baik..kenapa pulak nak digulingkan? Kenapa pulak nak dirampas kuasanya?
Pastu sibuk nak naikkan boneka itu untuk jadi pemimpin! Memang boneka sangat!
Tatkala umat Islam nak menghadapi Ramadhan, mereka di Mesir bermandi darah
Sedih kan, bila umat Islam dibunuh sesuka hati... lebih2 lagi dibunuh semasa tengah solat!
Owh... memang dunia ini semakin gila!

Tiba2 terfikir generasi akan datang, yang mana mereka anak2 kecil pada hari ini... apa nasib mereka?
Pada aku, momokan TV tu semua penyebab semua kegilaan ni!
Tolonglah tapis TV kita...tolonglah tapis media sosial kita..
Sebelum dunia menjadi semakin gila... negara semakin maju..tapi, manusia di dalamnya sakit!

P/S : Dunia sudah tua............
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation