Saturday, 31 August 2013

Hari ini 31 0gos

31 Ogos 2013 (Sabtu).

Hari ni genaplah 56 tahun negaraku Malaysia merdeka.

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Malaysia tanah tumpah darahku.

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!

posted from Bloggeroid

Friday, 30 August 2013

Testing


Blogging on the go tetap jadi pilihan. Senang, mudah lagi pantas. Kalo tak dok tunggu edit pakai blogger for pc. Kadang-kadang malas jugak nak bawak netbook ke hulu ke hilir.

Ni nak try guna bloggeroid plak


Harap2 menjadi laa ....sebab app ni kena pakai html code ni semua.


P/S : Dulu terror sangat html tags ni, blogging pun semua pakai manual....almaklumlaa dulu ai kan tutor IT



posted from Bloggeroid

Thursday, 29 August 2013

F.A.K.E

Dalam dunia media sosial ni.. mesti korang ada perasan sesuatu
Pelik bila ada orang sanggup create fake account ..
Fake account semata-mata nak follow orang lain..
Kunun-kunun jadi follower
Walhal hakikatnya dia adalah hater sesangat!
Takdek keja lain ke selain nak sekodeng account orang...
Fake sangat..

Err...
Aku tak rujuk kepada sesape..
Cuma rasa kelakar bila tengok account retiss ni..
Yang fake follower dok bertekak bergaduh siap sumpah seranah bagai ngan real follower ni..ehehe
Retiss tetap restiss uols... takyah laa bertekak... buang karan ajer.

Apapun, stupidos laa sangat for those yang fake tu...
Dah takde keja...

P/S : tadi pun rasa kelakar bila tengok spesies fake yang sumpah seranah kunun benci yang amat kt skim yang kunun very d cream ni... fake sangat sebab hanya berani guna ANONYMOUS untuk mengomen kat belog kontroversi tu... 

The Conjuring ... N Lagu Negaraku

Malam tadi akhirnya berjaya jugak aku tengkok movie thriller kisah benar The Conjuring tu...

Sebelum show start, macam biasa laa akan ada iklan dulu. Kali ni ada iklan pasal pengorbanan tentera Malaysia...mungkin sempena tragedi Lahad Datu. Sejurus jer abes iklan tema merdeka tu, semua penonton dipohon untuk berdiri untuk menghormati dan menyanyi lagu Negaraku. Dalam cinema tu, leh nampak laa mostly berdiri megah menyanyi lagu Negaraku.

Tapi.....ada jugak laa manusia yang tak bangun pun. Rilex jer makan popcorn. Hummm, what to say??

Agaknya dia bukan warganegara kot? Hummmm.....

Berbalik kepada citer thriller The Conjuring tu. Memang best! Ahahaha... Best sebab apa? Ya,sebab aku leh menjerit dengan jayanya. Muahaha. Kata horror movie kan!. For this movie, i give 5 stars yah....

P/S : movie adaptasi kisah benar memang aku suka nak layan. uhumm.

Wednesday, 28 August 2013

Sentap... !!!

Semalam aku excited sangat ngan satu lagu ni...
Iya la.. ni semua gara-gara travel jauh weekend tu..
Bila aku travel jauh.. baru aku akan dengar radio
To be specific... radio melayu Era / Hot.fm
Radio-radio ni kan suka sangat ulang pasang lagu sama...
Bila aku dengar-dengar lagu nan satu ni.. wah, suka laa plak.. nice song!

So....semalam, dengan excitednya aku menggoogle cari lagu tu
Jumpa laa dia nya video klip....layan okeh!

Tengah-tengah dok layan tu...tiba-tiba ada budak datang menyampaikan pesanan..
Suh aku slowkan volume.....
Huhu..... sentap okeh! 
Time aku pasang lagu ni ada la plak teguran.....selama ni yang dok memekak tu takde plak nak tegur..grrr

Ok... terus slowkan n hilang mood...
Ya laa..my fault!

P/S : Tiba-tiba aku teringat bila ada budak yang comm aku tanya nape aku senyap skang ni. Well, inilah antara penyebabnya u. Buhsan la skema rama ni kan? Layan aje lah. 

Tuesday, 20 August 2013

Karisma

Ya....kusuka pada karisma.
Bukan karisma kapoor...
Tapi pada seseorang yang berkarisma.

Biarpun kau nampak muda dan mentah, tapi...kau nyata bijak dan matang.

Biarpun kau nampak senyap....tapi, nyatanya kau petah dan tegas berbicara.

Biarpun kau nampak biasa....tapi, kau nyata penuh pesona.

Karisma n pesona begitu mampu buat orang respek. Jangan hanya nampak gah pada luaran, tapi hancur bab kerja.

P/S : Less is more...

Sunday, 18 August 2013

Kalo berani..lawanlah yang setara !!!

Nak lempang n terajang orang tu...pilihlah yang sama saiz ngan badan n tangan ko
Ini apa barang lempang, sepak n terajang bini ko yang sah2 kecik molek lagi lemah...
Dayus sangat .......

Nak dera orang... deralah penjahat ke penyamun ke penyangak ke
Ini apa barang ko, mak bapak yang dera anak kandung sendiri...budak perempuan, 5 tahun jer pun
Inilah dia makbapak derhaka kat anak............ b*d*h!!!

Nak bedil, tembak, bakar .... seranglah pengganas yang sebetulnya..
Ini apa barang ko, tentera yang sepatutnya melindungi rakyat,,,,,,ko lak yang gi gilis,  tembak, bakar rakyat yang berlindung dalam masjid plak tu...
Boneka sangat!!!

Nak membuli...biarlah satu sama satu
Ini apa barang pegi buli sorang, tapi ko yang membuli 2-3-4-5 orang
Tak cerdik laa sangat!! nama jer pegi sekolah......

*sigh*

P/S : Dunia semakin hari semakin lapar darah... apa laa nak jadi?

Thursday, 15 August 2013

...... Ngantuk tahap gaban!

Hari ni hari khamis, hari kedua aku masuk kerja lepas raya. Mode lepas raya? Ya allah. Sabar ajelah. Mode kemalasan melanda.

Yang paling takleh tahan ialah, skit-skit ngantuk....terlelap terpejam mata....pastu tersengguk-sengguk...pastu terkejut sendiri. Owh, ...gaban ngantuk aku minggu ni.

Tolonglah...tolonglah pulihkan kemengantukan ni. Seronoknya lahai kalo dapat lentok kat sofa biru itu sambil dakap bantal itu. Huhu.

P/S : Yang tensennya bila waktu lunchtime karang, segar pulak mata ni. Arrghhh! *dush..dush...,*

Friday, 2 August 2013

Jurnal Posa 2013 : 23 Ramadhan \ Berbuka puasa ala Arab berhidang la pulak!

23 Ramadhan (Khamis)

Hari ni sekali lagi jadi hari berbuka posa kat luar..
Kali iftar bersama tantie & co.
Ahaha.. orang nak jemput... apelagik...haruss laa tak lepas peluang.. kenn! hihi
Yang jadi faktor aku nak pegi ialah ianya bukan iftar buffet ramadhan..
Yer laa, penat pegi buffet ramadhan bangi golf resort tak abes lagi oitt... hehe

Ke mana arah tuju aku n tantie & co. tu??
Kali ni dorang wat iftar kat tempat aku selalu lepak makan nasik arab
Ahah.. mana lagi kalo bukan di Al-Kabab & Biryani, Presint 14, Putrajaya...
Humm.. tempat jatuh lagi dikenang..apelagi tempat melepak.. kenn
Tapi.. ini first time aku berbuka posa kat sana...
Memang seronok laaa  bila well served ni.. duduk n tunggu sajer hidangan datang... baru tak penat
Nak borak pun best...

Untong laa ... hari ni takyah kuar duit poket sendiri
The company yang bayar semuanya.. semuanya okeh! hehehe
Pegi duduk.. tunggu makan datang.. hooyeah!
Bila orang dah sponsor..semua menu dah dipilih siap2.. good...good
Kombinasi chicken, beef n lamb
Menu kitorang untuk berbuka; fresh orange juice, chicken mendi rice,
beef pizza n gulai kambing masak ape tah...hee
Huh..memang mantop
Semuanya ialah menu feveret aku... untong laa!

Memang pantas n selesa ...siap leh layan TV lagi hah
Tapi... yang tak syoknya kat situ takdek surau..
Maka, takleh laa kitorang nak lepak beramah mesra lama-lama
Tepat jam 8.15 malam jer, aku n tantie without the co. dah selamat beredar dari situ
Bukan kitorang jer.. pelanggan2 lain pun dah selamat beredar
Yer.. masing-masing lari pegi cari masjid / surau
Alhamdulillah... setel... nasib baik jugak sekang ni masuk waktu Isyak dah lambat

Apapun, makan hidang lagi seronok daripada buffet
*hummm, padanlah mama aku asyik nak suh wat hidang ajer tiap kali kenduri kat umah....nak meraikan tetamu katanya...hehe!*

Abes cerita iftar

Skang nak jugak citer pasal kad hari raya...
Semalam untuk sejarah.. aku dapat kad raya...yeay!
Kad raya dari sahabat okeh!
Terharu rasanya.. sebab aku suka kad.. suka terima kad.. suka simpan kad.. suka wat koleksi kad
Yeay,.. tengkiu..tengkiu..
Err... kad dari menteri, timbalan menteri n pengurusan atasan semua tu dah awal terima,, tapi tak aci laa nak tunjuk kann.... hehe


Kad terbaru yang akan masuk dalam koleksi kad aku
Kan seronok kalo ianya ada bunyi2 lagu??
Hahaha... banyak songeh plak..orang dah bagi terimalah
Sungguh terharu okeh,!
Baca ucapan tu pun dengan bunyi gema,,gemaaa..gemaa
TQ buddy!

Okeh .. itu cerita 23 Ramadhan
Till here.... babai...

P/S : Seronok laa orang sume dah start balik kampung hari  ni. Jeles tau. Ai balik malam raya ... huhuhuhu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation