Thursday, 19 September 2013

sketch...sketch...sketch



jam 1830 skang ni..
akhirnya aku kena menjauhi pc itu...haruss jauh.

bila otak dah kusut n dh mula dilanda mental block ni...maka, jauhi pc...pasang muzik / lagu .... ambik kertas n start sketching the idea.

sketch...sketch..sketch... that' s all i need.

ok....tengah bertungkus lumus for this special task...need to be accomplished within these 3 weeks. *arrghh....stresss jap*

bila otak kanan dah buntu....haruss manipulate otak kiri. hummm.

korang camne ya kalo dh stuck in the middle of the process??

P/S : mengasah minda lepas semua pulang lebih efektif. my effective working hours just after they all left? what??

posted from Bloggeroid

Wednesday, 18 September 2013

Stupidity is not a disability!

Sekarang ni kebanyakan tempat n bangunan dah sediakan disabled parking...khas untuk mereka golongan orang kelainan upaya (oku).

Dan biasanya kereta mereka yang OKU ni ada pelekat khas masing-masing sebagai permit untuk parking dekat disabled parking tu.

Tapi senario yang biasa berlaku, disabled parking ni selalu digunakan oleh orang normal. Kalo keta tahap keta biasa2 takpe lagi. Ini tengok yang parking tu, jenis keta mewah tahap menjalar punya. Yalah, agaknya senang skit nak parking dekat disabled parking yang spacenya memang luas tu.

Tapi aku nak tergelak la bila nampak ada satu petak disabled parking ni diblock n ditampalkan notis. Aku ingatkan warning apekah, sekali ropanya.....

"STUPIDITY IS NOT A DISABILITY"

Ahahaha...agaknya tuan yang jaga parking tu dh bengang kot? Kekeke.

So...sebelum rembat mana-mana parking OKU tu...kena tanya diri sendiri dulu ...bodoh ke cerdik? Sebab bodoh bukan sejenis kecacatan ya.

P/S : kadang-kadang sentap juga bila kat jalan tiba-tiba je ada keta merempit tak tentu pasal. sekali, bila tengok keta....ada pelekat simbol orang lidi atas kerusi roda! hummm...itu plak camne citer?

posted from Bloggeroid

Wednesday, 11 September 2013

Get a life!!

Bila bukak fesbuk...biasanya akan tengok notification untuk diri sendiri.

Lepas tu tengok news feed. Skroll down n deep down....n down. Lepas tu tengok ada yang menarik, klik .....tengok citer details.

Lepas tu tengok pulak akaun seseorang yang dirasakan menarek. Pastu tengok profile..tengok album gambar. Belek lagi album gambar...pastu tengok komen. Pastu tengok sape komen...tengok aksi komen mengomen dorang.

Dah rasa abes berita 'menarik' kat akaun orang tu....move ke akaun or citer lain plak. Ulang lagi baca kisah orang. Orang tu plak takde laa plak kategori geng kita pun.

Pastu tengok plak details link yang dorang share kat fesbuk tu. Kalo isu hot, tengok lagi n baca komen yang beribu-ribu tu.

Tiba-tiba rasa lenguh dok hadap henpon tu semata-mata tengok fesbuk. Bila tengok jam, hummm..padan laa...dah sejam, sejam lebih ropanya dok hadap tu jer.

Huh.....what a waste of time. Banyak lagi benda boleh buat daripada hadap baca atau sibuk nak tau kisah orang kat fesbuk tu. Huhuhu. At last kerja lain tak terbuat sebab dah menyebok nak tau kisah orang walhal orang tu bukanlah yang rapat pun dengan kita.

Get a life la!
Better pegi bersosial yang sihat kat luar sana daripada sibuk ngan fesbuk tu. Especially those yang kat real life takdelah so that social ngan orang...tapi sebab alam maya takde orang yang nampak, sedap rasa jer dah ala keyboard warrior.

Dan lagi satu....kalo nak berguru pun, jangan nak berguru dengan fesbuk saje. Kalo nak berpolitik, jangan berpolitik based on citer fesbuk sajer. Pegilah berguru yang sebenar..pegilah cari buku yang sahih.

Hummmm...pegi layan bersukan menikmati udara nyaman lagi best daripada terperap menghadap henpon tu.

P/S : malas nak berdebat ngan orang yang berapi sebab sumber citer fesbuk sahaja..biasanya topik politik laa...ahaha. Dah laa i hate politic!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 10 September 2013

Kosong tiga lapan ribu lapan ribu .. Hey hey

Ahaha....
Bila time tengok tv kt umah, aku ngan si teruna nan sorang tu mesti dok gelak gaban tiap kali iklan 1MOCC tu. Hahaha....lawak seyh!

"kosong tiga lapan ribu lapan ribu..24 jam sehari....hey..hey" pastu kepala geleng-geleng manja. Adoih...memang tak bleh blah.

Lagi-lagi brader comel ni ... Hihi.




Aku ingat kitorang berdua jer yang fikir iklan ini sangat lawak.. Ropanya bila aku hashtag je kat twitt....weee, ramai banget yang kutuk. Hahaha. Baca komen dorang lagi kelakar...haha, sakit perut aku.

Dalam banyak-banyak komen, ada pulak yang kata..kalo lagu rentak catchy macam ni..mesti tak lain tak bukan lagu rekaan 'the fabulous kucing'... Hihi.

Sekali betul-betul cat farish muncul menambah perisa komen-komen dekat twitt.




Adoih...twitt cat farish lagi bikin lawak gaban. Ahahaha.

Yeah...lagu 1MOCC ni memang catchy....tapi video klipnya tu, ya ampun...kelakar oit!!

Idea asal sapekah agaknya yang bikin video ni. Hihihi.

Kepada sape yang no idea pasal iklan ni.....sila tengok kat tv atau youtube. Hayatilah. Hahaha
posted from Bloggeroid

Sunday, 8 September 2013

Hanyut dalam kedai buku..



Kulit buku tema kuning hitam ni memang menarik. Lagi menarik sebab ianya ialah sequel citer The Devil Wears Prada. Sape tak ingat citer yang box office bila diangkat ke filem dan dilakonkan oleh Anne Hathaway n Meryl Streep. Yeah, akhirnya ada jugak buku yang nak dijadikan obat tido aku..hihihi. Bedtime story yo! Tak sabar nak tengok the devil returns in this Revenge Wears Prada. Ahah.

Ok..itu ialah baru satu buku yang berjaya kubeli lepas hanyut dalam kedai buku tu dekat 2 jam. Aku kalo dah masuk kedai buku, memang tak sah kalo tak hanyut berjam-jam. Sebab tu adik aku tak minat nak follow aku masuk mana-mana toko buku.

Itu baru satu novel. Actually ku dah selamat beli 2 ketul novel. N novel lagi satu adalah 2 kali ganda lagi tebal dari novel kulit kuning hitam aku ni. Yang pasti, citer itu adalah citer yang mampu buat aku gelak ketawa geli hati. Ahaha. Apa taknya, satu citer dari the multi million copy bestselling author kayanya kenn! Hoh, harap-harap mata aku tak pejam terus laa bila baca novel ni sume...keke. Harapnya bukan bertahun-tahun nak leh abes baca. Ahahaha.

Tapi, hanyut yang sebenarnya ialah gara-gara mencari buku untuk projek khas aku tahun ni. Ehehe. 3 ketul terus berjaya ku borong. Hummm, harap2 projek khas aku tahun ni tu akan sukses. Haittt!

Ok laa .... Stakat ni dulu reveal buku baru.

P/S: sedang baca buku resepi.....nan buat homemade ice cream. teringin plak bila tengok dorang wat dalam G-thang semalam

posted from Bloggeroid

Saturday, 7 September 2013

Sabtu sudah datang



Sabtu bermakna hari kebebasan...hehe.

Sebab apa?
Sebab ianya adalah hari yang bolehkan aku tido lambat pada hari jumaat malam tu. N of cos laa boleh tido bermalas-malasan di hari sabtu.

Pagi sabtu yang beri peluang nak exercise di kala pagi yang nyaman.

Pagi sabtu yang syok untuk menikmati sarapan sambil layan citer kartun feveret kat tv. Hummm...dapat minum teh panas di kala pagi di rumah manisku adalah heaven.

Hari kemas-kemas umah manisku.
Hari bermalasan atas sofa; baca majalah kesukaan sambil layan tv. Memang syok.

Hummmmm....memang heaven dapat lepak kat umah sambil layan hobi n buat semua benda kesukaan.

P/S : Baru lepas tengok tv show G thang.... Humm, baru tau kaedah sebenar macm mana nk makan cupcakes yg comel tu. Ada etikanya ropanya. LOL! Appun, baru la tak comot makan cupcakes nan comel tu.

posted from Bloggeroid

Friday, 6 September 2013

Sepuluh budak hitam & seekor kambing...

Member jadi ketua organizer untuk event open house raya itu. Biasalah dah jadi organizer memang laa banyak benda nak kena pikir n nak kena handle.

Nak dijadikan cerita, sebelum start makan-makan itu, ada la sesi pembukaan n perasmian masjlis oleh vvip. Itu normal laa kan, dah kata event besar-besaran gitu.

Event makan dijadualkan jam 11.00 pagi. Tiba-tiba, pada jam 10.30 pagi...member aku ni didatangi sorang petugas. Katanya sekor kambing dah abes kena ngap, dah tinggal tulang!

Maka, terkejut gaban laa member aku ni n of cos darah dah menyirap naik. Malaun mana plak pelahap dah curik makan kambing sebelum majlis mula?

Bila tanya katerer yang tukang jaga kambing golek tu kata, ada 10 orang claim diri dorang adalah jemputan majlis. Dorang kena balik awal sebab ada urusan lain yang lebih penting. Kununya la. Oleh itu, dorang kena makan dulu kambing tu sebelum dorang balik.

Adoih...aku yang dengar citer member aku ni pun rasa geram. Dia lagi laa dah tahap sumpah seranah la. 10 budak hitam mana laa yang pelahap sangat tu? Sekor kambing dah dikerjakan dek dorang jer? Abes, yang lagi 350 orang jemputan kena kongsi lagi 2 ekor kambing?

Ahahaha...kelakar betul kan? 10 budak hitam tu dah kerjakan sekor kambing. Boleh plak habiskan sekor kambing dalam pada nak bergegas nak pegi urusan urgent lain tu. Alahai, ada jugak makhluk sengal tak hormat majlis tuan umah. Ahahaha....apa-apa ajelah.

Hummm.. Kita kalo pegi majlis jemputan orang, kita bukan nak pelahap habiskan semua hidangan atau tapau segala. Kita pergi sebab nak meraikan tuan umah dan bersosial dengan para jemputan. Tak gitu ke kekdahnya kan?

P/S : pegi majlis orang sekadar nak tunjuk muka kat tuan umah yang dah susah payah jemput kita.

posted from Bloggeroid

Deko-deko belog

Tadaaa....
Nampak kan, wajah baru belog aku.
Masih lagi nak mentenkan bab warna hijau tu.

Punyalah lama spend masa untuk deko n mekap belog aku ni. Yer laa, dah lama dah pakai template yang sama tu kan. Sekali sekala kena laa ubah.

Padahal niat asal nak ubah kepada dinamic view. Memang laa cantek n advance...tapi baru sekejap jer rasa takleh la. Rasa nak jugak ada view yang macam asal tu.

So...buat masa sekarang. Pakai lah dulu yang ini.

Lepas ni akan disambung deko-deko belog ni.... Hoho

posted from Bloggeroid

Tuesday, 3 September 2013

Minyak owh minyak...



2 september 2013 (isnin)

Di kala petang ini, geng2 dalam group chat semua heboh pasal kisah ron95 n diesel yang akan naik harga tepat jam 12.01 malam tu. Pastu masing dok meragui benar ke tidak...ahaha. Ada yang kata rumours ada yang kata betul.

Akhirnya dekat jam 5.00 ptg kuar statement terkini kat laman berita online. Katanya persatuan minyak rakyat jangan percaya..rumours jer semua tu.

Aku bagitau kat dorang betul ke tidak cerita harga minyak naik, aku tetap kena pegi isi minyak petang tu. Ya laa, tangki minyak keta aku dah nyala kuning bling bling...dah tahap nazak owh kosong takde minyak. Ahaha.

Lepas kuar ofis..apelagi. Terus pegi stesen minyak. Ya ampun...sesak owh. Ohoho...nampaknya ramai dah tu rumours harga minyak naik tu. Tengah-tengah tunggu turn nak isi minyak tu, bukak jer tweet dah ada berita terkini lagi sensasi seperti gambar di atas. Sah...minyak ron95 n diesel naik harga 20 sen. Ahaha.

Akhirnya...rumours dah jadi kenyataan. Untong laa aku jadi antara orang yang dapat sedut minyak ron95 harga murah 20 sen yang terakhir. Kekeke.

Tak sia-sia beratur di giliran no. 4 ...jimatlah isi minyak 20 hengget untuk seminggu. Wakaka.

P/S : first time terjebak dalam kesesakan di stesen minyak gara-gara minyak naik harga. hehe.

posted from Bloggeroid

Sunday, 1 September 2013

Movie review : Tanda Putera






Sekali lagi, selamat hari merdeka malaysia!

Masih dalam mode sambutan merdeka, maka tadi sempatlah tengok filem tema merdeka tahun ni iaitu Tanda Putera.

Mula-mula masuk wayang, humm...boleh nampak betapa banyaknya kerusi kosong. Takpe, bakal diisi laa tu tak lama lagi. Kann.

Sekali lagi, sebelum movie start...haruss bangun menyanyi n menghormati lagu Negaraku.

Komen aku pasal filem ni?
Hummm, ada pelakon yang bagus bawa watak tu macam Rusdi Ramli n Zizan Nin. Ada watak macam tak sesuai dibawa oleh pelakon itu contoh macam Bell Ngasri yang dah terbiasa melawak.

Lagi? Citer ni nak fokus pasal kisah Tun Abdul Razak n Tun Dr. Ismail. Tapi...macam kisah2 student UM tu perlu ke? Dorang tu kisah fiksyen atau sejarah yang benar-benar wujud tu.

Apapun, filem ni so far ok laa untuk merujuk kembali sejarah negara. Especially kisah Ketua Polis Negara termuda dilantik di era Tun Abdul Razak.

Ok uolss...selamat menonton filem tema merdeka ni n nilai sendiri.

Sekian.....daa.

posted from Bloggeroid

Nak kurus tapi tak nak exercise...boleh?

Orang selalu cakap aku untong sebab menten kurus....
Bila dengar orang cakap camtu....aku sengih sambil gelak...ahaha
Pastu dorang kata aku untong sebab walaupun aku suka makan banyak, tapi tetap menten kurus jugak.
Gifted laa sangat kenn...huhu.

Bila group chat ngn geng-geng,...topik nak menjadi kurus memang topik nan feveret especially di kalangan mereka yang satu masa dulu adalah berstatus kurus.

Masing-masing sibuk tanya n sibuk promote produk kurus. Topik utama, nak produk kurus yang takyah exercise. Persoalannya ada ke n boleh ke? Hummm...

Mengikut kata Kevin Zahri, kawal diet makan boleh jadi kurus dengan syarat cara hidup aktif. Macam mana tu? Kalo orang yang kerja pejabat ni agak susah laa kan .. Nak nak orang yang selalu kerja lebih masa... Balik umah, makan n tido n tengok tv aje.

Kalo orang kampung dulu-dulu, pagi makan nasik..petang makab nasi...malam pun makan nasik...banyak plak tu. Tapi badan menten kurus n steady. Sebab cara hidup dorang yang aktif contohnya membanting tulang 4 kerat kat sawah padi...kat kebun. Orang sekarang? Hummm...paham2 sendiri sajalah.

Pada aku.. Nak kurus kena usaha. Rajin-rajinkanlah diri tu pegi exercise. Kalo dah malas sangat, rajin-rajinkanlah diri wat kerja umah tu. Kalo skit-skit ternak lemak depan tv...memang takleh wat ape lah.

Adohai...apa ko melalut ni ilass?

Bukan ape...saje wat renungan kat diri sendiri. Hehe.
Aku yang semakin rimas bila rasa pakai baju ketat...nak bernafas pun payah oittt...hihi.

Minggu ni ialah minggu kembali aktif... Outdoor activities nan banyak menantiku...ahaha.
Work life balance konsepnya....kerja, kerja jugak...social life pun penting.

**P/S : swimming.....yoga...jogging.... hoyeah! n aku xcaya produk kurus....hoho

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation