Tuesday, 28 January 2014

Kalau..

Orang kata, jangan sebut 'kalau' to express your regret..
'Kalau itu... kalau begini' .. 'kalau begitu..maka takdelah begini'...'kalau kita tak itu..mesti tak macam ni'

Orang kata, tak guna menyesal dengan mula guna ayat-ayat 'kalau'..
Humm..pendek kata, perkataan 'kalau' tidak molek untuk kita guna untuk menunjukkan yang kita menyesal macam-macam.

Tapi...sebenarnya hidup kita ni memang penuh dengan 'consequence'nya..
Semua ada aturannya... kan?

Sebenarnya bila difikirkan semula..
Sebenarnya kita patut guna perkataan 'kalau' itu..
Guna 'kalau' bukan untuk menyesal.... atau bukan guna untuk berangan..
Tetapi..gunakan perkataan 'kalau' itu untuk sesuatu yang positif...
Muhasabah diri selalu dengan 'kalau'
So that... kita tak rasa hidup ini tidak adil untuk kita...

Bila kufikirkan semula consequence hidup ni...
Apa yang dah ada.. memang rasa bersyukur,,,semua ada hikmahnya,
Insha allah.........

P/S : kusuka lagu 'kalau aku kaya' nyanyian awi rafael n altimet. serius, aku rasa suara awi rafael suara paling seksi...muahaha... ;P

Tuesday, 21 January 2014

Kalau cuti weekend 3 hari...

Bulan Januari 2014 ni memang untung.
Untung kenapa?
Iyalah, sebabnya banyak sangat cuti umum. Hooreyh la kan!

Paling best bila cuti hati jumaat-sabtu-ahad.
Wah...rasa sangat la best!
Baru rasa betul-betul dapat rehat dan enjoy di kala weekend.
Seronok sangat bila ada banyak masa untuk buat segala yang kita suka...tidur nan cukup lagi lena. Paling penting, saat dapat bermalas-malasan dengan aman kat rumah.

Cuti thaipusam yang baru saja berlalu ni betul-betul membuatkan orang happy.
Kalau dekat fesbuk tu, masing-masing ada wajah ceria dan gembira dengan caption "kan best kalo cuti weekend 3 hari..!"

Ahaha...bestlah selagi dapat cuti free ni.

Tapi harus diingat, kemewahan cuti umum di tahun 2014 hanya pada bulan ini sahaja. Lepas ni lama la pulak nak dapat cuti umum. Hee.

Sekian, dapat jugak cerita rasa seronok cuti 3 hari. Hehe. Gambar-gambar kat instagram dah cukup buktikan betapa gembiranya ai....'lalala.

posted from Bloggeroid

Thursday, 16 January 2014

Red Velvet Cupcakes with luv


Malam sebelum cuti Maulidur Rasul itu hari, tiba-tiba jer dapat notification kat fesbuk
Ada komen daripada Anis. Wah..apekah??
Ropanya Anis teringinkan my homemade Red Velvet Cupcakes itu lepas tengok gambar cupcakes yang looked so nyummeh itu... heee.

Si Anis ni mak buyong yang tunggu kedatangan baby ke-4 dia
Humm, aku ni kalo mak buyong yang request..harusslah ku rasa takleh nak tolak
Susah tu.. kang meleleh air liur baby tu nanti..kekeke ;P

Makanya cuti maulidur rasul itu hari, malamnya dah memang khas untuk baking..uhum
Mula fikir nak design deco yang camne untuk mak buyong...
Akhirnya mari jugak idea itu...

A box of 12 pcs yummylicious Red Velvet Cupcakes
Khas untuk mak buyong Anis
Hopefully, Anis n baby like it!
N gambar ini telah bikin ramai kengkawan lain teringin! ahaha

Close up a cup of my lovely cupcakes
Merah itu cinta konsepnya kan
Kelihatan love di situ simbolik love from a mother to her child
Wah, gitu .... hehe

Bila tanya respons n komen mak buyong...
Wah, daku gembira mak buyong suka sangat!! love them to the bits yo!
Alhamdulillah,.. me just share what i love yah!
Yang tak tahan, mak buyong dah siap promote besar-besaran with highly recommendation..ahaha
TQ mak buyong!

Kepuasan di situ bila mereka suka makan apa yang ku sediakan. Hee

P/S : we need to choose a good food for our heath. uhumm!

Wednesday, 15 January 2014

Project 2014 : Happy Home Baking

Niat di hati nak sambung travelog ke Bangkok 2013
Tapi... hajat tetap tak kesampaian, sebab terfokus benda lain laa pulak sepanjang cuti weekend n cuti Maulidur Rasul semalam.

Kalo diikutkan aku memang suka baking...
Kalo zaman student dulu, memang kerap sangat aku membaking kek n cookies
Sekarang ni, aku lebih suka baking kalo ada special occasion.

Sabtu itu hari, 11 Jan 2014 ialah hari jadi anak teruna itu..
Pagi-pagi hari lagi my baby sister, si Kakak dah ajak aku pergi beli barang nak buat kek
Nak suruh aku buat kek lah tu kan... humm..

Makanya, hari Sabtu tu jadilah hari membaking sedunia.

 Tadaaa, inilah dia rupa kek hari jadi to anak teruna itu
Gembiranya bukan main si Kakak n of course si birthday man itu
Kek ni namanya kek mocha orea with the so impromptu deco
Ahaha... nampak macam kelakar tapi sangat comel

Bila ku upload gambar kek besday nan comel ni kat Instagram n Fesbuk, ramai la pulak yang Liked
Dan paling best, secara tiba-tiba...ada orang berminat nak tempah kek dengan daku..
Wahaha.. ini sangat bagus! Of course i suka sangat..
Sebab apa? Sebab i suka berkreativiti n berimaginasi... hehehe

Hari Ahad itu, dapat tempahan daripada my buddy, Ady 
Ahad baru order, tiba-tiba nak hari Isnin itu..
Ku tanya kenapa nak Isnin?? Lahai, ropanya besday dia... hihi
Okeh...demi besday boy... i ok sajer... n so excited
Kali ni beliau setuju nak order Red Velvet Cupcakes n Oreo Cheese Cupcakes...uhumm

Ini dia 3 kotak cupcakes untuk besday boy
Semangat tau i buat delivery
Kotak semua pun skit punya cun i deco..keke

From d box of oreo cheese cupcakes
Uhumm, this is my signature cake yah!
i love this cake, n guess what??
they all loved this cupcakes too... yippie!

Close up my Red Velvet Cupcakes
Ku sangat berpuas hati bila besday boy n rakan-rakan menyukai kek  ini
Alhamdulillah... nanti leh repeat order

So, 2014 special project daku ialah Happy Home Baking
Baking for special occasion yang boleh buatkan orang happy!
Baking is  my hobby... n of cos my passion.
Semoga lebih banyak baking project yang ku dapat buat tahun ni...
Seronok dapat berkreativiti ni.. n i suka benda yang cantek!

P/S : Humm.. tengah struggle cari waktu nak sambung travelog Bangkok.

Friday, 10 January 2014

Pak guard yang mengangkat tangan

Pagi ni seperti biasa bila masuk ke parking ofis, akan ada pak guard 2 orang yang akan menunggu di pintu masuk.

Dan seperti biasa, dorang akan angkat tangan dari jauh. Pagi ni aku rajin, maka ku turut balas angkat tangan.

Sebenarnya dah lama aku terfikir pasal rutin dorang dan pak guard-pak guard yang lain yang bertugas di pintu masuk bangunan atau kejiranan.

Perlu ke dorang angkat tangan kat semua pemilik kenderaan yang masuk ke premis tersebut? Angkat tangan adalah sebahagian daripada SOP dorang ke?

Yang kuperhatikan, bila pemilik kenderaan tu balas angkat tangan dan senyum...terus lepas masuk dalam premis berkenaan.

Kalo dekat kejiranan pulak, pak guard tu dah ada kat pintu masuk...tapi, pelik pulak bila orang pelik-pelik yang sah-sah bukan penghuni kejiranan tu boleh berkeliaran dan buat kegiatan pelik yang memang boleh bikin penghuni kejiranan takut, dan tak kurang yang hot.

So...perlu ke angkat tangan kat pak guard tu?

Entah, kadang aku memang malas nak balas angkat tangan tu sebab aku rasa tak perlu n tak membantu pun. Cuma, atas dasar budi bahasa masyarakat Malaysia ni...kadang ku angkat juga tangan dan senyum.

Hohoho...sekian topik pagi ni.

Nak smbung kisah vacation to Bangkok tu, kena cari masa free dulu. Sabar ya kengkawan.

P/S : Pak guard di Malaysia ni sinonim dengan kisah Mat Yo n wifenya itu..heehe


posted from Bloggeroid

Friday, 3 January 2014

Mistik di tahun baru 2014



Tahun baru memang meriah dengan kisah budak- budak baru masuk sekolah.

Tapi, tahun ni memang gempak dan ada ciri-ciri mistik gitu.

Pelik tapi benar, itulah dia... Kes budak-budak tersangkut kepala kat kerusi. Adoyai....ini memang serius kelakar

Agaknya bila masuk, kepala budak-budak ni elastik...bila nak keluar, hah tu dia..kepala masing-masing keras. Muahaha.

Mistik nan sebenar pada 1 Januari 2014 pun sedang melanda si CT DJ. Humm, harap-harap semuanya akan pulih seperti sedia kala.

Btw...kisah percutian hujung tahun 2013 akan dimasukkan dalam blog ni tak lama lagi. Haruslah kena masuk full story kan...

Daa...

posted from Bloggeroid

Thursday, 2 January 2014

Happy new year 2014



Selaku tuan punya blog, daku juga nak ucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua especially my family n friends.

Dan hari ni hari pertama bekerja di tahun baru!

What ever it is, a new day has come .... Let's rock the world!

What ever your resolution, just let iy begins. Let's bring it on!

Yeah....!!!

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation