Wednesday, 26 February 2014

Meeting malam hari di pejabat...hooo

Mode : Jam tunjukkan masa dah 9.30 malam dan aku, baru sampai umah dari ofis.

Hari ni, 26 Februari 2014 (rabu) ... satu lagi rekod baru aku dah cipta sepanjang aku kerja.

Hari ni untuk pertama kalinya aku meeting di ofis di kala malam hari. Hohoho. Meeting pulak memang satu meja bulat dengan big big big bos di ranking no. 1...berenam orang sahaja.

Meeting yang short notice perlu dibuat malam ni. Dah la aku baru masuk ofis hari ni selepas 3 hari out station. Hoh, manalah tak cuak ... dengan banyaknya ammenmend nak kena buat di saat-saat genting. Memang mencabar minda kreatifku, perut nan kelaparan korbankan lunch time dan paling mencabar pundi kencing...haruslah menahan diri owh. hahaha. Iyalah, di waktu genting ni...setiap saat adalah berharga. Masa mengejar kita yoow!

Apa pun, alhamdulillah syukur.... Berjaya jugak semua slaid n dokumen disiapkan sejam sebelum meeting itu. Paling penting, objektif meeting itu berjaya dicapai.

At the end of the day...segala penat lelah rasa berbaloi bila semua dapat difinalised dan top top top itu gembira dengan perjalanan short notice meeting ini.

P/S : kadang-kadang keadaan mendesak mampu membuahkan hasil yang terbaik sebab otak kita bertindakbalas dengan lebih kreatif... Uhummm

posted from Bloggeroid

Sunday, 23 February 2014

Out station 2014 kini bermula

Mode : Sedang menunggu flight untuk berlepas...sambil menikmati suhu sejuk di balai berlepas. Penumpang kelihatan agak ramai ni.



Hari ni 23 Februari 2014 (ahad). Nampaknya tak dapat la nak bermalas-malasan kat umah macam biasa. Hari bermulanya episod terbang sana sini untuk out station. Hoho. Demi tugas, saya yang menurut perintah sajalah kan.

Memikirkan kerja nan bertimbun kat ofis...meeting utama yang menanti minggu depan dengan persiapan yang belum 100% setel...haih, rasa ralat betul nak keluar ni. Walaupun 3 hari 2 malam saja...tapi, tetap terasa lama. *again, buhsan betul kalo kena out station ni di kala banyak benda urgent*

By the way, kelihatan dalam gambar di atas ialah beg comel yang tertulis 'made in japan'. Kini beg ni memang dah jadi beg wajib yang dibawa ke mana sahaja. Comel n convenient yo! Sejak ada beg ni, dah takde nak bawak wrinslet pink aku tu lagi. Hey, beg comel dari jepun ni haruslah dibawa ke hulu ke hilir..keke.

Next time aku gi travel mana-mana lagi, kena fikir untuk beli benda-benda yang boleh digunakan macam ni as souvenir untuk kawan-kawan. Senang owh..leh sumbat wallet, smartphone besar macam aku ni, tiket flight dan macam-macam lagi di situ.

Untuk tahun 2014... Am looking forward for my new travelling trip..hoho. Pegi tempat orang kerana urusan kerja mana enjoy kan. Hehe.

P/S : tatkala ini...harus diakui, aku memang rindukan banyak familiar faces especially my geng, my family n my old teammembers. I miss u guys....huhu

posted from Bloggeroid

Sunday, 16 February 2014

Hari yang panas

Sekarang ni cuaca panas sangat kan. Suhu di wilayah ini sekarang antara 24 hingga 33°C. Hoh...panas sampai aku rasa malas nak keluar rumah.

Bila tak keluar rumah, dalam rumah pulak terasa bahangnya. Satu rumah pasang kipas pun tak dapat nak redakan rasa bahang panas tu. Dan ya, rumahku memang tidak sesekali ku pasang aircond....kunun menyokong kelestarian alam sekitar n ozon la kan. Lagipun, aku tetap akan pilih cara konvensional dalam kehidupan seharian.

Semalam pagi-pagi dah keluar rumah...pegi tinggalkan my baby bluehaze bagi mereka yang pakar buat major servis dan mandikan kasi kilat yoow!

Cuaca panas sangat....memang tak tahan. Makanya...


Nah...ini untuk redakan panas tengahari itu.
Satu kaya yogurt kaya strawberi dan satu lagi yogurt kaya oreo.

Kemudian...


Tiba-tiba rasa nak mendinginkan tekak dengan something yang yummy di kala petang. Maka kubuat ini... Moist mocha chocolate cake. Hummm....seronok makan sambil bersantai menikmati angin dari luar.

Dan ... Malam pulak, selepas mandi untuk kali ke berapa ntah. Aku tetap nak sesuatu yang dingin n nyaman kepada tekakku.


Tutti frutti frozen yogurt lagi sekali menjadi pilihan. Sambil makan depan tv tengok cerita korea sambil fikir, lagi best kalau ini ialah Yogunz frutz..sebab pada aku yogunz frutz much more yummy than tutti frutti ni.

Korang pulak apa alternatif yang dibuat tatkala cuaca panas ni?? Pun suka layan aiskrim n yogurt macam ai? Hehe.

P/S : rasanya aku akan lagi kerap terjun kolam kot? Owh..bestnya dapat swimming n berendam lama-lama kat kolam nan sejuk itu.....!

posted from Bloggeroid

'Special Plan Zone'

Malam tadi, Sabtu 15 Februari 2014...rata-rata pelanggan Maxis yang guna Facebook kehairanan...termasuklah aku.

Kenap hairan?
Sebabnya ialah gara-gara sebaris ayat yang muncul di bahagian atas interface Facebook itu.




Special Plan Zone.
Itulah dia yang menghairankan ramai orang. Aku mula-mula tak perasan pun. Tapi, pelik bila aku nak buka link dalam post, tiba-tiba ada warning...kalo aku leave FB maka aku akan dikenakan normal charge for data plan. Hummm, aku pelik. Lepas tu, baru aku perasaan 'Special Plan Zone' itu.

Aku ingatkan memang ada special rate untuk FB yang Maxis bagi kat aku. Almaklumlah, aku baru ubah pakej mobile phone n data plan yang lebih menarik. Rupa-rupanya my friend dah kecoh kat wall FB nya. Hahaha. Eee, perasan plak aku.

Sepanjang malam tadi. Memang notification kat FB tu dok muncul aje. Hummm, layan ajerlah. Sekali pagi-pag i' hari ni, memberku inform yang itu rupanya ada kesilapan teknikal di pihak Maxis.

Ahaha... Semua itu poyo aje tau.

P/S : sekarang ni kalau nak joging, seawal pagi kena keluar. Kalau nak joging belah petang, selewat-lewat petang baru aku keluar. Bukan apa, cuaca sekarang panas sangat! Huh..mana tahan kan

posted from Bloggeroid

Tuesday, 4 February 2014

Untong jadi loyal customer Maxis

Cuti chinese new year tahun ni memang saja menguji aku tau!

Tak pasal2 smartphone kesayangan aku tu kong! Pagi sabtu itu, sempat guna henpon aku tu untuk layan lagu Kpop jer sambil2 sediakan sarapan pagi. Henpon daku itu memang dah tak berapa nak stabil sebab dah berapa kali asyik jatuh dengan halaju yang tinggi dari tempat yang tinggi. So,pagi sabtu yang sendu itu...henpon itu terus diam...no whatsapp,no call, no telegram, no instagram, no text dan segala macam lagi aps yang lain.

Yang paling parah ialah aku hilang semua sekali nombor contacts. My phonebook just gone! Backup phonebook pun tak boleh guna sebab hanya boleh diakses jika handphone itu dibuka. Masalahnya ialah handphone itu nak ON pun tak boleh ya. Huhu, sedih kan!

Makanya hari Ahad itu, terus jadi outing day dengan tujuan utama, nak beli smartphone baru. Bila dah dapat henpon baru nan canggih, lahai...tak boleh connect to internet plak. Arrgh, apekah yang berlaku. Ini tidak boleh jadi...dah la aku pelanggan data plan yang maksimum!

Terus pergi ke Maxis Centre untuk check, iyalah...dah tak senang duduk dibuatnya. Bila check, baru tau simcard aku tu dah rosak sebab kena potong kasi kecik untuk masukkan dalam slot sim handphone baruku. Loh, baru ku tau skang ni ada simcard kecik n simcard besar ya. Ahaha. Punyalah kudus daku ini. Hehe.

Kemudian, gadis Maxis tu bukan main kagum bila dia check akaun aku, rupanya dia tgh berurusan dengan maxis loyal customer. Ahaha. Terus dia bagitau satu rahsia. Rahsianya ialah aku layak dapat satu smartphone percuma. Atau...kalau ku tak nak yang percuma itu, ku boleh opt untuk pilih smartphone lain macam samsung galaxy note 3 dengan harga spesel. Wooo...terus aku tersengih kagum.

Oleh kerana aku dah ada henpon baru yang super canggih, maka..aku opt untuk ambik henpon percuma yang comel itu. Humm, barang free siapa tak nak kan.

Dah dapat henpon percuma tu, aku juga dioffer dengan pakej yang lagi menarik. Humm, bagus....ok la. Aku pun suka sangat, sebab aku sendiri pun tak pernah revise pakej plan yang aku langgan. Of course la daku pilih untuk benefit data plan n less call. Ah, nak cerita details malas la pulak kat sini. Hehe. Korang tanayalah Maxis sendiri ya.

Apa hal pu, ku just nak bagitau...daku gembira dengan Maxis sepanjang aku guna sejak dari zaman 1999/2000 dulu. Pengalaman guna roaming data plan kat oversea pun tidak mengecewakan. Maka, haruslah daku kekal sebagai pengguna Maxis yang setia... Gitu!

So....to Maxis.. Thank you for your good service and u guys also should be proud of me as your very loyal customer. Ahaha.

Tapi kan.. Moral daripada entri ini ialah.... Hey uols, ku dah ada henpon baru! 'lalala...

P/S : rasanya ini ialah henpon yang kelima aku tukar sejak dari zaman student dulu. Almaklumlah, aku ialah spesies yang hanya akan tukar baru kalau ianya rosak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation