Monday, 31 March 2014

MH370 : Doakan keajaiban

Masih terkesima dengan tragedi MH370
Setelah hilang jam 2.04 pagi 8 Mac 2014
Akhirnya 24 Mac, PM mengumumkan bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi

Al-Fatihah
Sedih mengenangkan keluarga mangsa; penumbang dan juga krew kabin
Lebih-lebih lagi terkenang Sofuan bila melihat paparan wajah kakak dan ibunya yang menangis
Huhuh...
Tak dapat dibayangkan perasaan mereka

25 haribulan malam itu, macam biasa masih lagi pulang lewat dari ofis
Sudah malam menjelma...terasa perlukan kopi sedap
Huh......coffee addicted dah daku ini...tatkala otak jammed 
Tatkala otak kusut dengan persiapan program itu
Caffee Mocha panas harus minum...peneman nak stayback malam itu
Sekali adik barista itu tinggalkan aku nota itu....
Huhuhu...terus rasa empati kepada mereka yang terlibat dalam MH370

 25 Mac 2014, semua suratkhabar hanya guna warna hitam putih...menggambarkan semua meratapi MH370

Antara kru kabin dan penumpang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi MH370
Al-fatihah kepada mereka terutamanya sahabatku di situ

Walau apapun, marilah kita mendoakan semoga ada keajaiban yang berlaku
Walaupun hari ini sudah pun tanggal 31 Mac 2014

#DoaUntukMH370

Monday, 24 March 2014

Terasa retisss la pulak...ahaha

19 Mac 2014 (Rabu)

Hari ni aku akhirnya selesai juga menguruskan projek sosial yang pertama di di sini tahun ni. Sambutan yang sangat menggalakkan! Paling penting, ianya sangat hapenning...sukses sangat!

Alhamdulillah....tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang sangat singkat dapat disetelkan. Tugasan pertama aku di sini selaku Project Manager...hooo. Walaupun sangat short notice tugasan ini tapi...Untonglah aku sebab dapat team yang sangat bersatu padu untuk jadikan event ni d success one in this new year 2014. Paling penting d Top 5 puas hati... *mode senyum lebar...hihi*

Dah habis event itu, ingat dah selesai la tugasan. Sekali bila time bersantaian menikmati hi-tea sambil layan live band show itu....tiba-tiba pulak d Top 5 tu suruh aku naik stage nyanyi.... Ahaha. Alahai....

Dalam keterpaksaan tu, naik ler jugak. Hoii nervous tau...sebab ni kira my first stage performance kat sini. Very d impromptu yah! Layannnnn....



Wee...terasa retiss sangat okeh! Top 5 semua dok memuji aku ...kagum aku yg layan menyanyi. Hahaha. Hoho, aku pun excited habis bila menyanyi dengan live band pimpinan Dato Mokhzani yo! Dato' Mokhzani genius musician yg selama ni aku tengok kat TV jer ya. Waoh...macam mimpi pun ada. Kehkeh.

Ahaha...ya, tak ramai yang tau. Aktiviti underground aku selama ialah layan Live Band ..hihi. Live band is cool yah!! Best sangat!

Hummm..kalo dulu aku lebih dikenali kerana stage performance bab menari, now dah ala-ala retiss kaki nyanyi pulak. Kekeke. Habislah aku pasnih. Just get ready ajerlah pasnih ...huhu.

P/S : kerana solo performance aku ngan live band tu,...wah...d Top 5 lagi kenal aku. hummm, that's good for a new comer. hee

posted from Bloggeroid

Tuesday, 18 March 2014

Malam tadi ...

mode : sejuk tahap beku dah ni kat ofis, hujan lebat rupanya kat luar sana. Alhamdulillah

Semalam, 17 mac 2013 (isnin)....ada lagi berlaku peristiwa hari ini dalam sejarah hidup aku.

Hari ni hajat di hati nak balik awal skit daripada biasa. Almaklumlah...dah sebulan rasanya hidup tak keruan gara-gara terpaksa stayback kat ofis sampai malam.

Sekali, jam 6.15 petang tu ...lif rosak la pulak... Tak dapat la nak balik. Takkan nak turun tangga? Tinggi tu.

Sementara tunggu lif diselenggara, duduklah kat ofis siapkan keje yang mana patut. Tengah serius tekun meneliti fail, tup2 jam 7 malam....black out la pulak. Bila call maintenance...ada gangguan litar.



Bila dalam gelap terkebil-kebil sorang dalam bilik....tengok view kat luar, amboiii canteknya malam. Apa lagi terus snap gambar ni.

Jam 8.00 malam, announcement dibuat lagi...total power failure di bangunan gah lagi cantek ni. Digalakkan semua untuk turun ke lobi.

What???

Huhu..akhirnya rekod baru dicipta. Akhirnya ku menapak turun dari my office ke basement parking keretaku dengan turun tangga setinggi 25 tingkat! Hohoho. Gempak sangat! Dah la 25 tingkat...turun tangga all the way tu pakai high heels owh! Sampai lobi muka masih cool n macho...pak guard dah tunggu bagi air mineral sebotol. Sambung 3 tingkat ke besmen pulak!!

Masuk je kereta, tu dia...menggigil kepala lutut yo! Hahaha. Dan dan tu jugak rasa lapar tahap gaban! Arghhhh..



Lapar punya pasal....terus gi lepak makan2 kat restoren itu sambil layan lagu-lagu oldies yang best. Chill!! Tapi....kaki masih lagi rasa gigil kepala lutut...hihihi. Menu chicken pangiamo n mocha expresso sambil layan oldies songs memang supercool!

Jam 10.30 malam sampai umah...lepak depan tv jap baca paper sambil cerita rekod hari ni. Ahahaha. Nak jugak cerita! Kekeke

Sekian...kisah malam tadi

posted from Bloggeroid

Saturday, 8 March 2014

Pray for MH370



Sebak dan sedih dengan insiden yang menggemparkan dan menyayat hati seluruh rakyat Malaysia.

Paling sedih sebab salah seorang penumpang itu ialah sahabat saya, Sofuan Ibrahim yang sepatutnya melapor diri untuk posting terbarunya sebagai assistant economic counsellor MITI di Beijing.

Baru malam tadi tengok statusnya di Facebook, gambarnya dengan ibunya yang tersayang.



Sebak rasanya bila tengok live perkembangan MH370 Hilang ni...bila namanya terpapar. Teringat kenangan semasa di bawah satu bumbung bekerjasama dulu. Huhu.

Apapun, sama-samalah kita berdoa Sofuan dan semua penumpang serta krew MH370 selamat dan dilindungiNya. Amin.

P/S : sedih dan geram bila ada yang tidak sensitif .... Masih nak jadikan insiden ni sebagai lawak n ada yg masih nak kaitkan dengan politik. Huh

posted from Bloggeroid

Tuesday, 4 March 2014

Rindu pada belog..

Masuk tahun baru 2014 ni... Dapat diperhatikan kurangnya aku menulis di belog aku.

Dah masuk bulan Mac 2014 ni...boleh bilang berapa kerat jer entri belog aku.

Ku memang suka bab menulis mengarang ni semua. Tapi...nampak gaya tahun baru ni banyak fokus kepada penulisan kreatif n serius kat tempat kerja. Serius punya penelitian yang ambik masa nan lama.

Bila dah balik kerja...otak dah penat. Tak sempat nak blogging apa, dah pengsan. Hohoho.

Nampaknya skang kena banyak guna blogging on the go ajelah. Nak bukak PC....even kat ofis pun dah takde masa nak on. Hidup aku skang meeting sana sini...takpun discussion...selebihnya dok go thru paper yang bermacam-macam itu.

Takpe....kerja itu ibadah. Harus bagi the best effort.

Harap-harap lepas ni dapat luangkan masa untuk belog pulak ...iyalah, projek home baking aku tu dah dah aku pilih untuk slowkan dulu....kekangan masa kan. Huhu

P/S : macam mana busy pun kehidupan, nilai konvensional harus menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian...uhumm

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation