Wednesday, 14 May 2014

KLIA 2

KLIA 2 dah mula beroperasi secara rasmi mulai 9 Mei 2014.
Untonglah Malindo Air yang jadi perasmi airport ni....!

Sebelum beroperasinya KLIA 2 tu, ku dah excited sangat dengannya
Sanggup tengok slot khas kt TV mengenai KLIA 2 yang canggih
Tengok dalam TV pun terus rasa tertarik...uhummm

Ya, konsep airport dalam shopping mall
Wowee,,, menarik kan?

Yang penting, tiada lagi konsep LCCT yang sangatlah tidak mesra alam!

KLIA 2 ni sejak dibuka secara rasmi, memang ramailah umat berduyun-duyun ke sana
Satu; sebab nak tengok kecanggihan airport baru ni
Dua; sebab banyak sales dekat sana...almaklum banyak outlets baru dah bukak
Tiga; sebab banyak port nak lepak santai.

Wah.. memang menarik!
So...mari kita jalan-jalan n  bershopping di KLIA 2 pulak....!

P/S : masih sibuk berulang alik ke KLIA sejak 2 minggu terakhir April hingga sekarang. woweee,,,makin bertambah laa point enrich cardku. yahuuuu!

Monday, 5 May 2014

Berlari-larian ke K.Kinabalu hingga ke Kuching

Sebelum memulakan taipan seterusnya...
Daku ingin ucapkan "selamat hari pekerja 2014!" kepada semua yang bergelar pekerja

Kerana bergelar seorang pekerja inilah..maka kali ini ku dah selamat berlari-larian dari tanah Semenanjung ke Kota Kinabalu, Sabah hingga  ke Kuching, Sarawak sana.

A day back-to-back meetings is exausting and overwhelming yo... hufff huff hufff!
Running from meeting to meeting just enough to burn me out!

Bermula dari tanah semenanjung terchenta ini, berlari-lari ke KLIA mengejar flight yang kuhampir terlepas gara-gara gagal online check in...tapi, nasib baik rayuan dengan muka manisku di kaunter itu berjaya membolehkan daku masuk...woweeee!

Cakap bab meeting memang laa penat, tapi macam mana pun..harus diselesaikan, keputusan harus final!
Selagi tak selesai, selagi itulah rasa tak aman tenteram event di sana minggu ini dan minggu depan.
Wawawah.. geng-geng daku dah pesan, kalau dah enrich card ku dah bertaraf gold, jangan lupakan dorang.
Ahaha...sangat laa kan!

Biasa kalau bab kena out station ni, kena fikirkan yang manisnya...
Yang manisnya ialah dapat laa sambil-sambil jalan-jalan cari makan.....woweeee!
Of course i am a foodie ... hee..betul kata syita...

Dah selamat touch down ke bumi KK, terus ke tempat hot di DBKK...
Di mana?? Ahah, itu dia...pergi makan goreng pisang hot in town...!
Di kala tengahari makan goreng pisang...isi perut dulu lunch sebelum masuk meeting
Yang tak tahan, siap bungkus bawak masuk meeting...jamu mereka semua...uhumm!

Dah habis meeting jam 4.30 petang tu, daku bersama big boss dan assistantku masing-masing dah lapar..
Pusing-pusing nak mencari kedai seafood spesel..
Dan akhirnya...kami singgah di stesen ikan bakar KK, restoren sempelang namanya..


Dah sampai KK, haruslah daku order air spesel ini
Tau apa??
Inilah dia my favourite drink in borneo... teh C special
3 layers tea ...walla!

Inilah yang dicari, ikan nan lazat
Kupilih ikan ini sebab nampak rupa macam siakap
Bila tanya, rupanya ikan bekambang! wah... macam menarik
Terus pilih 800g punya, mintak bakar dengan sambal
Sotong besar tu pulak bakar biasa..
Fuh... memang sedap rupanya ikan ni, lagi sedap daripada ikan siakap
isinya haluss dan manis.....nyummeh!

Dah siap makan, perut pun dah kenyang...maka, berlarian ke airport KK pulak
Mereka berdua ke airport KK 2 untuk balik ke tanah semenanjung untuk meeting lain di awal pagi esoknya;
dan daku pulak ke airport KK 1.... yer, daku harus mengejar flight ke Kuching pulak
Flight jam 7.45 malam, haruslah sampai Kuching dah umpama tengah malam kat sana...

Ini memang pengalaman manis...
Masuk jer dalam hall, ait....kenapa laa pulak gelap gelita?
Masing-masing berlampu malap saja....
Loh...rupanya airport KK blackout!
Huh, merasa laa daku macam dalam sauna
Dari menunggu turn dekat imigresen sampai laa kat dalam hall
Huh, bak kata geng KK daku...tahniah laa...
Ahaha... blackout sampai sudah..huhu

Dan akhirnya......sampai jua ke sini
Hotel favourite daku di bumi Kuching
Haruslah sebab ianya dekat dengan patung kucing besar tu kan
Senang nak gi seberang sungai makan mee kolok
Senang nak gi seberang makan ayam pangsun n ayam penyet
Senang jua nak beli kek lapis
Dan lagi, senang nak beli segala macam souvenir
Dan paling penting, senang nak shopping kat sebelah....hee
Last datang sini bulan Disember tahun lepas..Repeat!!

Seronok tidur ditenggelami tilam, comforter dan bantal nak gebu n empuk ......dah kena bangun
Sambung dengan mengejar meeting lagi....dan meeting lagi...
Tak sempat nak ambik gambar...
Tak sempat nak roger kengkawan..
Tak sempat nak shopping....
Dan dan... berlarian lagi....check out untuk ke airport...
Huhuhu

Borneo.... tunggu
Daku datang lagi....

P/S : Out station ni ada jugak yang manisnya....itu ajerlah motivasi untuk gumbira kena out station. huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation