Monday, 21 July 2014

#ProjectIamAMuslim

21st July 2014 (Monday)



This is my viral message with #ProjectIamAMuslim, my small effort for justice and to end the killing of innocent lives.

Humanity should be in ourselves.
Muslims are not animal!
Muslims are not terrorists!

Let's spread out our peace and justice message!

#prayforGaza

#justiceforMH17

#onelove



Friday, 18 July 2014

MH17- Takziah dan Al Fatihah

Malam tadi,  jam 12 lebih tengah malam..
Ketika dah baring kat tilam,  tiba-tiba geng dalam grup whatsapp bagi berita terkini pasal MH17 yang terhempas di Ukraine.
Khabarnya jadi mangsa tembak oleh pihak tertentu.

Ya Allah, memang berita yang sangat mengejutkan..
Dan memang berita yang menyedihkan.
Dugaan baru untuk Malaysia tahun 2014 ini.
Bertabahlah Malaysia.

Al Fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa.


Tuesday, 8 July 2014

Salam Ramadhan

Hari ni dah pun 9 Ramadhan
Salam Ramadhan semua...

Tahun ni memang unik sedikit sambut Ramadhan.. Pendek kata, hari ini dalam sejarah jugalah.

Yang pertamanya ialah first time daku sambut Ramadhan dalam keadaan demam teruk. Iya, seminggu daku demam teruk setelah simptom-simptom demam muncul pada hari Jumaat itu. Alhamdulillah, Ahad semalam boleh dikatakan daku baik dari demam. Hoyeah, lega rasanya bila dah kembali boleh bersuara dan tak perlu pakai mask bagai (merujuk kepada hari di ofis yang pergi jua semata-mata ada meeting dengan top-top itu, walaupun sebenarnya dah ada pun MC.....hoih, komited la sangat kan!). Apapun, terharu jua pada yang prihatin akan kesihatan diriku ini. Wowowowo...#feelingloveyowww

Rindu pulak dengan jurnal puasa yang biasa kubuat setiap tahun. Member-member pun dah mintak update belog ni. Ahaha.

Macam mana demam pun, bulan puasa ni memang setiap hari la masak untuk berbuka ya. Cuma waktu sahur tu, memang sederhana yang amat...kekeke. Yang penting, ambik keberkatan sahur dan harus makan obat! Gitu....

ilasskitchen sempena ramadhan 2014 ini tetap juga nak kena dijurnalkan part maincourse tu (sebab memasak jer yang boleh bagi mood happy, keke). Kat belog macam tak sempat nak letak lagi. Kat IG oklah dah dijurnalkan, uhummp.

Apapun, sekarang ni musim panas, jerebu. Musim orang demam. Khabarnya juga musim demam denggi naik mendadak. Makanya, eloklah kita semua jaga diri...jaga kesihatan. Semoga kita semua dapat berpuasa dengan sempurna. Insha allah.

Cukup dulu comeback entry ni.....
Jumpa lagi...

P/S : custom made baju raya with d awesome designer memang seronok kan. memang cool! last design baju dengan designer ialah pada 2012. hummp, tak sabar nak tengok hasilnya. tralala

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation