Friday, 22 August 2014

Hari Berkabung Malaysia

22 Ogos 2014 (Jumaat)

Hari ini telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Malaysia.
Hari menyambut ketibaan jenazah mangsa MH17.






Pada hari ini, seluruh rakyat Malaysia bertafakur seketika dan membacakan al-Fatihah kepada mangsa MH17.
Daku juga berkesempatan untuk turut sama membacakan doa untuk mangsa.
Semoga mereka tenang dan damai di sana. Amin.

Kesedihan itu sebenarnya untuk mereka yang ditinggalkan.
Bertabahlah wahai mereka yang ditinggalkan.


Tuesday, 19 August 2014

Malaysia..di sini lahirnya sebuah cinta.

18 Ogos 2014 (Isnin) - Dataran Putrajaya

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan ke 57 dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Dengan temanya;  Malaysia..di sini lahirnya sebuah cinta.

Budak-budak ni cerita mukaku banyak keluar kat tv...almaklum la kan stage manager... hahaha :D
*entah, sebab tak tengok berita pun malam tadi tu. tido, letih. tapi, kutau dorang ni pembohong sangat...ahahah*


Walaupun, sesudah subuh  hujan turun dengan lebatnya dan membasahi semua kerusi atas pentas VIP, syukur sangat event ini sukses sangat. Ramai yang bagi pujian, alhamdulillah. Daku yang bertanggungjawab kat VIP stage tu berdebar-debar la jugak...mana taknya, event nasional ni kan..live pulak tu. hohoho

Itu muka dah selesai event itu.
Kalo tengok di sebalik tabirnya tu... huh, boleh tahan membara jugak perasaan dibuatnya.
Daku sebenarnya dah 2 minggu tak masuk ofis, out station katanya.
Tiba-tiba, malam Jumaat tu dapat mesej wajib pergi rehearsal event ni pada hari Ahad..jam 6.45 pagi dah kena berkumpul.

Kisah di sebalik tabir, the making of (hari Ahad) yang rehearsal dari pagi, petang dan malam..fuhhh :

Part 1 (Sesi pagi):
Ahad sesudah subuh dah bangun, nak kena gerak ke tempat kejadian 6.45 pagi
Muncung laa jugak daku ini, sebab dah 2 minggu tak cukup tido dan tak cukup rehat
Weekend ni pulak terpaksa dikorbankan untuk event ni..huhuh
Tapi, dah tugas....terima dan buatlah sebaiknya..
Pagi ni jam 8.00 matahari dah terik sampai tak boleh nak bukak mata
Panass ooo...terfikir la kat tetamu nanti, camne la dorang kelak ya?
Pagi ni saja rasanya 3 kali rehearsal...huh...

Part 2 (petang) :
Masa ni dah rasa macam ikan kering dok berjemur
Entah dah berapa kali rehearsal dah masa ni
Pelakon-pelakon VVIP tu pun dah berapa kali berlakon turun naik tangga n duduk bangun
Panasnya ya ampun, membara sangat
Protokol oh protokol

Hari kejadian (Isnin) :

Pagi-pagi daku dah sakit perut...orang kata sindrom butterfly in my stomach? hahaha
Huh, cabaran sungguh sebab semua kerusi atas VIP stage basah oooo... maka kelam kelibut la pagi tu seawal jam 6.00 pagi. Alhamdulillah, berjaya tukar semua kerusi... sib baik pantas! Good job guys!

My gadis-gadis dulang n pembawa bendera yang cantek manis
Many thanks n good job girls....
Masa ni pun uols nak jumpa PM, TPM n Menteri kan..
Baguslah tu...peluang keemasan. 

My girls on the VIP stage...
Sib baik ada kamu semua... especially Amoi comel...hehe
Kamu sayap kanan...daku sayap kiri...

Itu maknanya teamwork....
Buat kerja beramai-ramai, segalanya menjadi mudah
Hitam merah tema pakaian kita ni memang canteklah kan...

Momen-momen sejurus semua VIP dah pulang
Hooorayh...selfie beramai-ramai.. sambil melepaskan penat berdiri
Apapun, memang seronok rasanya bila big event macam ni sukses dan mendapat pujian
Daku pun tak putus-putus orang ucap tahniah walaupun jaga stage jer pun,,hahaha
Syok sebab jadi tokey besar mencelah di mana-mana di kalangan VVIP...kekeke

Huh, dah selesai satu projek besar lepas raya.
Lepas ni ada lagi yang menanti.

Till here... daaa

Sunday, 17 August 2014

Telegram

Dulu-dulu, perkataan telegram ni aku hanya tau masa sekolah rendah. Tau kegunaannya, iaitu untuk hantar berita yg emergency. Rupa telegram tu tak pernah plak la nak tengok. Iyalah, telefon rumah dah ada kan...bagitau ajerlah melalui telefon.

Sekarang ni pulak, muncul telegram versi baru. Haa..apps telegram pulak. Versi whatsapp yang lagi advance, cloud based konsepnya. Kerana cloud based itu dan kehebatannya dalam menghantar apa sahaja attachment...dan juga kemampuannya untuk buat grupchat sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Maka, hujung tahun lepas..ku dah mula install dan guna dengan my besties. Gitu....teruja dengan telegram kan!

Yang aku pelik, bermula hari Ahad lepas sampai la hari ni...telegram aku tak berhenti-henti terima notification my contacts dah join telegram dan mesej baru. Ohoo...dah bertambah ramai yang join telegram rupanya. Cuma pelik sebab berduyun-duyun yang join setiap jam.

Akhirnya...baru ku tau. Rupanya ada viral supaya pengguna whatsapp bertukar ke telegram. Semuanya gara-gara whatsapp ni yahudi yang punya. Ohooo...ini lagi gerakan boikot zionis.

Cuma yang aku lagi pelik.....boikot, boikot jugak...tapi, bab Facebook dengan Instagram taknak pulak boikot sama. Setau aku, Facebook dah beli Instagram dengan harga 2 billion dan Whatsapp dengan harga 19 billion (err, nilai tu aku ingat-ingat lupa...sila rujuk sumber yang sah ya), gara-gara mahu monopoli. Sebab itulah juga sekarang Facebook dah mula  memperluaskan facebook messenger tu.

Jadinya sekarang ni macam mana? Kiranya, boikot separuh-separuh la ya?

Daku?
Entahlah...semuanya aku guna!
Aci tak??

Sunday, 10 August 2014

Pesanan Haji Din

Pesanan Haji Din semasa raya itu hari :

1. Jangan pakai selipar dalam rumah. Kulit kaki kita ada gunanya ya.

2. Elakkan memakai pakaian seluruhnya berwarna hitam dari hujung rambut ke hujung kaki. *oooo...baru ku tau*

3. Elakkan rasa marah menguasai diri. Kalau ada rasa marah, redakan dulu perasaan tu..kemudian baru pulang ke rumah. Kerana semasa marah itu, syaitan mudah masuk jarum.

4. Jadikan bacaan Al Quran sebagai amalan harian, tak perlu tunggu bulan Ramadhan baru nak baca.

5. ..

6. ..

..... tengah nak recall lagi apa pesanannya.  Kadang-kadang kita perlu diperingatkan. Tak gitu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation