Tuesday, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia



Selamat Hari Malaysia yang ke 51 tahun semua rakyat Malaysia!

16 September yang sentiasa diingati bagi satu sejaraj yang menyatupadukan semua negeri.

Dan....
Yang pasti, semua rakyat Malaysia dah pun memanfaatkan cuti umum hari ini dengan cara yang tersendiri.

Monday, 15 September 2014

Sushi lovers ....

Siapa sini 'hantu sushi'???
Sila angkat tangan.... Ahaha..



Ya...daku ini pun masuk kategori 'hantu sushi'...
Yer lah, sebab suka sangat makan sushi kan.
Boleh dikatakan hampir setiap minggu mesti makan sushi. Ahaha.
Who else here loves sushi as much as i am??

Hi sushi lovers....here is the fact u should know! Uhumm...

Kebanyakan orang percaya sushi sangat berkhasiat dan antara makanan rendah kalori. Namun penyelidikan baru telah menunjukkan sushi tidak semestinya baik untuk anda. Satu kajian telah mendedahkan bahawa orang yang kerap makan sushi boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung. Para penyelidik dari Rutgers University mendapati bahawa tindakan makan banyak sushi boleh meletakkan seseorang dalam bahaya berdasarkan pendedahan kepada tahap merkuri yang digunakan. Mereka berkata ikan mentah mengandungi methylmercury boleh menyebabkan penyakit jantung, masalah otak dan pembangunan sistem saraf dan menurunkan prestasi kognitif.  Oleh itu, bersederhanalah jika ingin menikmati makanan kegemaran.
*sumber : RAPI

Makanya wahai pencinta sushi terutamanya yang suka sangat makan salmon mentah tu, haruslah beringat ya. Ahah! Nasib ku ini suka semua yang hanya telah dimasak ya.....

P/S : Layan 4 album britney memang kembalikan nostalgia. Uhummm.. Btw, green tea memang sentiasa harus diamalkan minum termasuk di rumah...bagus untuk kesihatan gitu.

Sunday, 14 September 2014

Hujan, Aku dan Muzik...

September 14 (Ahad)

Bangun pagi hari Ahad ni, rasa happy sangat.
Ya....dah lama rasanya daku ini tidak ada Ahad yang damai ni. Dah lama rasa tak menikmati hari minggu dengan tenang. Urusan kerja kekadang yang menuntut pengorbanan hari mingguku.

Pagi ni hujan selebat-lebatnya. Dan lama membawa sehingga ke tengahari. Hasrat nak mencari sesuatu yang segar di pasar terus terbantut. Tapi.....hujan ni berjaya memberi aku mood happy untuk menikmati Ahad yang panjang ni.

Mood happy haruss diteruskan.
Apa yang kuperlukan hanya muzik!
Ya...ku suka menikmati muzik....
Aku suka muzik,....aku suka dengar muzik....lirik tu aku tak ambik port sangat. Janji muziknya genius dan best.



Maka pagi ni ku pilih untuk dengar album  puteri pop satu ketika dulu....Britney Spears! Penyanyi kesukaanku di kala zaman remaja dulu...boleh dikatakan kami remaja di era yang sama. Wah gituuuu...

Bila lagu ON seisi rumah, terus rasa best!
Mulakan hari dengan workout di rumah ikut rentak muzik...uhumm. Orang kata, fitness begins at home. Kan!!

Dah lepas mandi segala. Hummm...muzik best ni teruskan mood happy di kala hukan lebat ni. Hummm, hujan lebat nak buat apa ya?? Dapat makan sesuatu yang panas ni best kan. Uhummm.

Terus ku ambik 2 ketul keledek. Rebus sampai masak. Lenyek sampai hancur. Kemudian, campur tepung segala dan uli. Uli punya uli, masukkan gula di tengahnya dan uli lagi. Siap!



Inilah dia namanya kueh tradisi Cek Mek Molek. Makan panas-panas dengan air teh panas sambil baca majalah sangatlah syok! Ya ..ku suka hujan....uhumm!

Antara TV dan muzik.....aku akan pilih muzik! TV hanya akan buang masa aku saja, berbanding muzik yang buatkan aku untuk aktif buat macam-macam.

Petang ku pilih untuk operasi bebas habuk di rumah manisku ini. Seronoknya bila seisi rumah harum berkilat terutamanya ruang dapur kesayanganku..ahah.

Dah petang ni, harus ada sesi minum petang. Oleh kerana mood happy dapat duduk rumah, masuk dapur untuk buat sesuatu tanda menghargai Ahad yang aman damai. Uhumm.



Bubur chacha, menu minum petang yang dinikmati bersama keropok lekor segar dari Kelulut, Terengganu. Syok!

Hujan, muzik dan memasak...
Perkara yang mampu buatkan aku happy!
Dan sudah tentu mampu hilangkan stress ...

P/S : Masih teringat-ingat sesi full body massage thai style malam tadi. Ahaha. Hot!

Wednesday, 3 September 2014

End of Night ...

Dengan album genre folks... Dido sentiasa berjaya buatkan daku untuk layan album terbarunya.
Memang setakat ini, album baru Dido 'girl who got away' ialah ketiga daku buat koleksi
Minat Dido sejak lagunya 'Here With Me' jadi sountrack untuk siri TV Roswell dulu...

Untuk album baru Dido ni, lagu yang pada aku sedap dan layan ialah 'End Of Night', 'No Freedom' n of course lagu 'Girl Who Got Away'... uhumm. Ada 11 lagu semuanya untuk dilayan dalam album ni.

Actually, lagu-lagu Dido ialah pilihan aku untuk dilayan tatkala buat kerja di ofis. Pilihan terbaik setakat ni. Kalau pasang lagu lain, mau budak-budak ni dok dengar aku yang menyanyi dari bilikku ini. Haha.



Untuk album tempatan, lagu-lagu dari album baru Dato' CT Nurhaliza adalah pilihan aku.
Sejak-sejak album Fragmen ni keluar, memang kemain lagi daku promote kengkawan untuk dengar sama,
Bukan apa, album Fragmen menampilkan lagu-lagu yang segar dan lain dari yang lain jika dibandingkan dengan albumnya yang terdahulu.

Lagu-lagu semua sedap terutamanya lagu 'Jaga Dia Untukku'.
Cuma album Fragmen ni hanya ada 9 lagu saja,,,,,huuu, tak puas. Mau lagi!!


Kengkawan semua pulak tengah layan album n lagu apa sekarang ni???
Mind to share???


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation