Tuesday, 28 October 2014

Pukul 3 pagi

Pukul 3 pagi....
Dah macam tajuk lagu P.Ramlee kan...hehehe
Tapi..bukanlah nak cerita pasal lagu tu ya.

Manic monday with Criminal Minds ...hohoho

Malam tadi ialah malam pertama rasanya daku boleh lepak baring-baring dengan aman depan TV
Sebab apa? Yer, sebab gembira bila kerja yang diusahakan berminggu-minggu, sanggup skip makan, balik lambat n pergi awal ke ofis...akhirnya berjaya buatkan d top management happy. Alhamdulillah.
Dah lama tak bersantai-santai kat rumah dengan tenang macam ni ya..huhuhu
Dah abes cerita...terus masuk tidur

Belum apa-apa...dah terlelap..
Tido malam tadi ialah tido yang paling syok dalam tempoh 3 bulan ni....uhmmm

Tiba-tiba mataku terbuka....terjaga tiba-tiba jer ni
Dalam samar-samar cahaya lampu...kerling jam di dinding...humm, jarum jam tunjuk hampir kul 3.00 pagi
Terus tertanya sendiri, daku dah cuci muka belum? Dah solat ke belum?
Lepas tu sendiri jawab, sudah. Makanya mata tutup balik untuk sambung tidur.

Dah lama layan tidur, terjaga lagi....tengok lagi jam dinding warna oren itu.
Owh...baru jam 3.00 pagi ke? 
Rasa macam dah lama tidur.
Sekali lagi, pejam mata sambung tidur sambil fikir hujan ke sebab syok sangat tidur ni.

Tiba-tiba tidur dikacau mimpi pasal cousin daku...apehal plak mimpi yang tak berapa syok ni? 
Rasa lain macam, terus tersentak dan celik mata. Tengok jam masih 3.00 pagi!!!
Tapi pelik sebab bilik aku dah terang benderang....!
Yooooo.....hari dah cerah oittt!
Pukul berapa sebenarnya ni? Aiyooooo.......!
Terus melompat turun dari katil dengan suspennya..huhuh

Terus mengagau cari henpon nak disalahkan sebab kenapa alarm tak bunyi... + nak tengok jam berapa.
Elok henpon aku tu terbungkus dalam selimut...n paling penting tengah kong takde bateri
Aiyooo...patutlah tak bunyi alarm!
Tengok ipad....jam 7.15 pagi!!
Argghhh...dah kesiangan rupanya daku ini...huhuhu

Terus laa selesaikan segala urusan bersiap pergi kerja..termasuk la iron baju kerja!
Huhuhu...nasib baik masuk kerja jam 8.30 pagi..!
Kalau tak....alamat lambat masuk ofis laa daku pagi ni,.

Sekian, kisah 3 pagi..

P/S : baru sedar...aku tertidur malam tadi tu time tangan baru bukak henpon nak tengok fesbuk! belum apa-apa mata dah pejam...ahaha

Sunday, 26 October 2014

Teen wolf



Boleh dikatakan Teen Wolf ialah satu-satunya TV series  yang aku suka layan sekarang ni..selain Criminal Minds.
Sebab apa? 
Sebabnya ialah cinematography cerita ni memang menarik...memang buat daku kagum
Dan plot ceritanya pun menarik.... uhumm
Pelakon-pelakon pulak memang cantik lawa semuanya....tu bonus la kan...
Dulu layan kejap jer masa season 1 sebab ingat tak best...
Rupanya cerita ni lain daripada yang lain..memang mendebarkan setiap kali episod tu..huhuh

Humm...adakah nak kena cari semua season lama yang daku dah missed?
Errr...ada sesiapa layan cerita ni???

P/S : sedang test new app for blogger sebenarnya ni. harap-harap memenuhi espektasi lah!

Saturday, 25 October 2014

Leave office on time

Ahahaha...
Tergelak pulak baca artikel ni pagi-pagi hari ni...
Perli nampak,
Kekeke...



Tapi....kalau dah ad hoc...
Kalau kerja 2 bulan compress jadi 2 minggu....
Hummm...nampak gaya berkorban apa saja la jawabnya..ahaha

Takpe..takpe....
Habiss jer semua ni....ku akan celebrate beramai-ramai yg my teammembers!
Merdeka!!

P/S : Salam MAAL HIJRAH 1436H semua!

Thursday, 23 October 2014

Dua bulan rupanya...

Dua bulan dah rupanya ya...
Dua bulan daku ini skip makan dinner kat rumah...hidup sibuk sangat la konsepnya kan.
Kalau balik dah melepasi jam 9.00 malam, memang sah daku takkan makan malam.
Kalau tak, daku pergi lepak makan kat luar ngan geng.
Bila hidup dilanda kesibukan yang amat, memang macam itu lah keadaannya.
Kadang bila sampai rumah, belum apa-apa lagi dah tertidur gara-gara kepenatan otak.

Itu yang rasa mak oih, lamanya tak makan nasik. Huhu. Serius, rasa rindu nak makan nasik....macam dah lama la tak sentuh nasik sejak hidup busy nih.

Ohoo...someone is longing for my homemade cooking!
Finally, u got it tonite! 

Akhirnya malam tadi, daku makan nasik puas-puas untuk dinner. Hohoho.
Terharu sungguh dan rasa sangat best bila dapat masak untuk dinner.....best sangat dapat bau haruman tumisan bawang n rencah segala. Puas rasanya dapat makan udang galah hasil resepi speselku.

Betul, bila dapat masak-masak ni, hilang stress rasanya.

Yeah, cooking is my passion.
I love homemade cooking.
Uhumm.

Tuesday, 21 October 2014

Baking with love ..

Dalam beberapa bulan ni, harus diakui banyak aktiviti kesukaanku yang dah tak sempat nak layan.

Paling utama, aktiviti 'baking with love' di dapur comelku,,,,

Otak kiriku sekarang hanya diaktifkan melalui seni makanan...

Serius...rasa rindu sangat nak baking...rindu nak berkreativiti buat kek-kek nan comel.

Bila tengok gambar-gambar hasil seniku...terus rasa teringin...huhu


Kek comel tema bola sepak khas untuk ocha n oche

Choc cupcakes tema minion 

Paling rindu,,,,buat red velvet cupcakes nan comel ni

Yang ni tak silap bagi pada mak buyung yang teringin

Yang ni pulak masa besday Ady.....

Ini pulak khas untuk adik my friend, yang nak ada alphabet atas cupcakes

Tapi, walaupun ku suka baking...
Tetap juga rasa rindu nak buat kuih tradisional nan comel.

Ini kuih chara, buat semata-mata nak breakfast pada satu hujung minggu itu...
Serius, suka pada benda yang comel
Seronok dilihat dan dimakan....
Sayugia rasanya.....uhumm

Huuu...bila la agaknya nak baking membaking lagi ni
Teringin sangat...

Lagi teringin, nak ajak kengkawan lepak bersama makan-makan ala-ala geng Wisteria Lane,,huhu
One day my friends...one day!

P/S : huuu.....banyak aktiviti yang dirindui!

Monday, 20 October 2014

Road tax

Oleh kerana dah lama takde weekend untuk diri sendiri, maka...weekend yang baru berlalu ni daku gunakan sepenuhnya untuk bersukaria.... *wah...bersukarialah sangat kan*

Sabtu dan Ahad yang baru lepas ni, betul-betul daku guna untuk aktiviti-aktiviti kesukaan.

Sabtu - Ahad itu jauh la kereta kesayanganku tu pergi berjalan. Pusing dalam KL saja dah tak usah cerita. Pendek kata banyak la kereta itu dibawa jenjalan.

Bila sampai umah dah lewat petang semalam, baru perasan ku bawak kereta selamba jer road tax dah mati 14 Oktober! Aiyoyoyo..... Aduh, cuak sekejap. Nasib baik takde kena tahan ngan polis.

Kenapalah daku belum tampal lagi roadtax yang baru...walhal dah dapat awal Oktober lagi.

Dan yang lagi mencuakkan daku ialah....daku lupa mana letaknya roadtax itu. Huhuhu.

Malam tadi, puaslah mencari. Dalam handbag, dalam buku, dalam drawer....aduuh, tak jumpa! Operasi mencari menemui jalan buntu dan dihentikan seketika.

Hari ni datang ofis pagi-pagi, operasi mengesan dan menjejak roadtax itu. Sekali lagi, celah buku, celah kertas, drawer semua kubukak n kucari. Nan ado! Huhuhu.

Akhirnya surrender, fikir alternatif lain.

Tensen sebab lupa mana letak, last-last kubukak zip beg kerjaku nak ambik ipad comelku itu, ambik jer ipad itu....nampak sakeping kertas. Aik, kertas apekah itu?

Wawah....dengan tak disangka-sangka, itulah kertas berharga yang kucari....roadtax penyambung nyawa keretaku! Hooorayh!

Ohooo....di situ kau menyorok ya wahai roadtax! Ahaha...

Ok...masalah sudah selesai.
Daaaa....

P/S : err...kengkawan ada pengalaman yg sama pasal roadtax? boleh share ...hehe
posted from Bloggeroid

Tuesday, 14 October 2014

Tips for traveller

Hello semua...
Pagi ni, daku nak share satu tips yang sangat berguna untuk mereka yang selalu travel
Tips penting untuk diamalkan sebab biasanya urusan ni la di awal proses travel yang memeningkan kepala.
Proses apa?
Proses menyediakan bagasi.. kalau boleh memang nak bawak 1 beg ajer kan..
Memang leceh bab nak menyusun pakaian tu semua..

Mari kita lihat langkah demi langkah.
(tips ini diceduk dari satu page di Facebook)









Ada 6 langkah semuanya kan!!

2 minggu lepas daku pun follow tips ini.
Memang sangat kagum lagi takjub... sebab apa?
Sebabnya ialah luggage daku yang paling kecik itu siap kosong separuh!!
Wow!!! apa lagi ruang kosong itu aku isi pulak dengan menda yang kurang penting tapi nak guna. ahaha..

Kemudian...bila dalam perjalanan, daku terfikir kenapa ruang luggage daku tu boleh jadi kosong sampai camtu sekali? Adakah tips melipat baju ini sangat berkesan...atau beg itu tiba-tiba membesar.

Dah jauh perjalanan, baru ku sedar kenapa banyak ruang kosong!!!
Tau apa??
Rupanya....daku tertinggal keperluan underwear untuk seminggu! HAHAHA
Padanlah kosong!!!! Padahal keperluan itu yang hampir penuhkan luggage...hihihi
Apa yang ada hanyalah yang melekap di badan. huh!

Sampai destinasi... terus otak aku fikir kena cari Parkson... sebab nak cari butik brand yang aku setia tu sah-sah tak tau kat mana.
Yang untungnya... ada hikmah jugak tertinggal set underwear itu..
Sebab apa?? Sebabnya ada SALES gila-gila punya...hahaha
Percaya tak beli 2 PERCUMA 3.... ohoiii.... memang gempak habis!
Sudahnya trip daku kali ni jadi sesi shopping underwear!...
Muahaha....

Apapun kengkawan semua boleh praktikkan tips untuk traveller ni.
So well organized yoww!

P/S : Tapi....kalo pegi melancong jauh, daku lebih suka bawak luggage kosong yang hanya berisi makanan asasi rakyat Malaysia. Kemudian, baju baru harusslah beli kat tempat yang dilawati itu. Cool kan!!!

Wednesday, 8 October 2014

Contact lens

Macam dah lama nak tulis pasal contact lens..
Err...sekarang ni memang trend ya mesti pakai contact lens untuk 'jadi cantek'?

Mata hitam melayu / asia dah jadi warna biru, kelabu, biru, hazel dan macam-macam warna lagi.

Kalau dulu orang pakai contact lens sebab tak nak pakai spek tebal kan...sekarang pakai untuk nampak cantek.

Hummm..
Bukan apa...daku ni takut sikit bila tengok mata orang berkaler-kaler ni...especially those so called hijabista.

Komen???

P/S : tetap bangga dengan warna mata hitamku.

posted from Bloggeroid

Saturday, 4 October 2014

Bahaya credit card !!!

Salam semua.
Pagi ni daku nak share satu kisah yang terjadi kepadaku beberapa jam yang lalu...mengenai bahaya credit card!

Pagi ni bila check handphone, ada 2 mesej thank you daripada Maybankard kerana daku telah buat 2 transaksi menggunakan credit card VISA ku.

"RM0.00 MBB:TQ for using your Maybankard ending XXXX for IDR32,110 AT GIOSIS(QOO10)\\SINGAPORE\ SG;03/10/14;23:32.For enq call num at back of your card"

Itulah petikan mesej bagi transaksi yang dibuat di Singapore menggunakan matawang Indonesia Rupiah. Satu lagi transaksi menggunakan matawang US Dollar. Kedua-dua transaksi di Singapura, satu pada jam 11.30 malam dan satu lagi pada jam 11.32 malam, 3 Oktober 2014.

Yang misteri tu, siapa yang buat transaksi ni?
Sebabnya ialah, malam tadi daku dah selamat tidur pada jam 9.30 malam. Maka, memang sah bukan daku yang pakai credit card tu.

Pagi ni, cepat-cepatlah daku call Customer Service untuk buat report. Bila pegawai Maybank bertugas tu check, rupanya betul ada 2 transaksi dibuat malam tadi,...dan transaksi tu dibuat secara online melalui internet. Maka, pihak Maybank terus membatalkan akaun credit card daku tu untuk elakkan lagi sebarang salahguna. Untuk proses pembatalan tu, customer service bertanyalan beberapa soalan untuk pengesahan ketulenan kita sebagai pemilik akaun.

Pegawai tu mengesahkan ada transaksi melalui internet tetapi tak boleh sahkan bagaimana, sama ada spam or malware or phishing etc. Cuma, satu soalan jer dia ada tanya daku "ada tak buat transaksi pakai creditcard di stesen minyak?".
Aku jawab memang ada, itu kali terakhir aku guna credit card aku tu sebab ramai sangat beratur kat kaunter cashier kat shell tu.
Bila dengar jawapan ada buat transaksi di shell itu, pegawai Maybank terus minta details di mana shell itu.
Hummmm, suspicious ni!

Dan sekarang, akaun credit card daku telah pun dibatalkan. Credit card berserta nombor akaun yang baru akan diberikan dalam masa 5-7 hari bekerja. Semasa mengambil kad tu nanti, daku juga akan diminta untuk isi borang bantahan untuk 2 transaksi oleh makhluk misteri itu.

Huh, nasib baik lah daku bertindak pantas. Kalau tak, entah berapa banyak swipe lagi yang mampu dibuat oleh penjahat tu.

Jadi kengkawan yang ada credit card, debit  card or apa saja kad yang mampu dimanipulasikan oleh penjahat....ambillah langkah berjaga-jaga.

Semoga kisah benar daku ini dapat dijadikan panduan bersama.

Selamat bercuti dan selamat hari raya aidiladha kepada semua!

Jumpa lagi. Daa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation