Friday, 28 November 2014

Kelakar

Tiba-tiba malam ni aku banyak gelak sebab kengkawan yang kelakar
Tiba-tiba juga buatkan aku teringat...dah agak lama aku tak bergelak ketawa macam ni
Tiba-tiba juga aku teringat aku yang satu ketika dulu yang memang kelakar n sempoi n nakal
Tiba-tiba teringatkan aku yang satu ketika dulu suka ketawa sampai dah jadi trademark

Dan tiba-tiba buatkan aku tertanya ....mana perginya sifat aku yang kelakar itu?
Mana perginya skills aku yang suka wat lawak selamba?
Mana perginya aku yang dulu disukai ramai kerana ceria sentiasa?

Mana ilass yang dulu....mana?

Adakah aku yang kini terlampau bertegas?
Hummm...hidup ini untuk dinikmati dengan riang bukan?

[dot] [dot] [dot]


P/S : ilasutawa = ilass yg suka ketawa. ya, tiba2 aku teringat gelaran ini. *puff*

Wednesday, 26 November 2014

The Hunger Games : Mockingjay Part 1

Akhirnya Katniss sebagai simbolik the Mockingjay muncul!!!
Horeah...
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Mockingjay Part 1 kembali ke pawagam...


Mockingjay Part 1 ni boleh dikatakan semua scenes adalah mendebarkan
Takde ruang untuk daku rasa boring atau mengantuk...sebaliknya rasa, hey...what's next?
Tengok wajah-wajah yang muncul bersamanya as the Mockingjay memang sangat mengharukan...uhumm

I always love The Hunger Games
Everything in this movie just so perfect!

Actually sebelum daku layan movie ni...seperti biasa aku sempat tengok 'the making of' nya...
Yang paling best n membuatkan aku teruja ialah....waoh....semua lagu soundtracknya sangat best!
Lagu utama the Mockingjay ini memang sangat superb...lagu yang genius, walaupun aku tak kenal penyanyi itu

Overall....the Mockingjay Part 1 sangat best! Worth it!
Tak sabar tunggu Part 2.,,

P/S : nak baca novel the hunger games? uhmmm....macam lambat skit...hahaha

Friday, 21 November 2014

Trend

Aku seorang yang suka mengikuti perkembangan trend semasa
Especially trend dalam fesyen ni

Tudung, jubah ....dan sequins (labuci nan bergemerlapan)
Ini ialah trend semasa dalam fesyen pakaian wanita sekarang ni..

Berapa ramai yang masing-masing nak jadi founder kunun jenama masing-masing
Tapi, hakikatnya semuanya ialah trend yang ala follower gitu....
Kalau tengok instagram, facebook atau blog...berapa banyak munculnya founder2 ni..

Kalau founder yang lain daripada yang lain, daku memang salute
Tapi, sekarang nampak gaya macam takde modal sangat kecuali beberapa elemen penambahbaikan antara satu sama lain.

Buhsan!

Tudung atau selendang yang macam sama walau jenama yang berbeza
Jubah atau long dress yang juga ala-ala sama, sekali lagi jenama jer yang berbeza
Dan muncul laa trend sequins pulak yang ada ditempek dekat mana-mana baju atau tudung

Aku memang fashion follower dekat IG, FB, blog n majalah-majalah
Tapi,... aku tak suka jadi pengikut memakai trend yang sama...

Persoalannya, founder sangatkah kalau hampir sama jer semuanya?
We want something fresh!

Apapun, tahniah kepada Wardina dan Azura Abdul Karim (pembaca TV3 pertama yang on-air dengan memakai tudung) yang mengglamorkan fesyen berhijab ni.


P/S : Sama senario bila time aku balik kampung time raya terutamanya, bila jumpa satu gerai lemang pertama,..dalam 10 meter lepas tu akan jumpa gerai lemang jugak... dan akan kelihatanlah lagi berderet-deret gerai lemang juga selang 10 meter. Ahaha, kenapa dorang tak jual benda yang berlainan ek? 

Sunday, 9 November 2014

Girls Talk : Clean or Toss

Hi girls ....
Now i'm back with this girls talk label

As i said before, i love to share those basic things in our daily life

Here we go ... Basic routine to maintaining our beauty tools! 

Thanks and credit to makeup.com for the tips.
So now, have u identified which one to toss...?

P/S : basic things will lead u to something bigger. 

Saturday, 8 November 2014

Body kit

Hari ni daku keluar dengan riangnya...sebab nak keluar tengok wayang
Akhirnya, setelah berkurun lamanya tak tengok wayang...hari ni set time dengan geng..

Bila pergi ke kereta kesayanganku si baby bluehaze itu...
Aku rasa sesuatu yang pelik...
Actually dalam beberapa hari ni daku macam pelik...

1. kenapa kereta daku tu nampak pelik bahagian depan, selain platboard yang senget...nampak macam togel
2. kenapa bahagian depan kereta daku tu nampak kotor semacm?

Busy punya pasal asyik berkejaran pasal kerja...tak sempat daku nak belek kereta
Akhirnya tadi, baru daku tengok betul-betul sambil usap-usap my baby bluehaze itu

Kusentuh garisan memanjang yang kotor itu....ya kesan plaster...
Bila kupusing perhati seluruh kereta...loh, baru perasan apa yang kurang

Owh demmmm....front skirt kereta aku dah hilang!!!
Kesan plaster tu semua kesan ianya dicabut...
Tak mungkin ianya terjatuh sebab kat mana-mana, stail aku parking ialah reverse parking

Masa daku beli my baby bluehaze tu dulu, memang dah siap suh pasang set bodykit...
Now..setelah sekian lama, ada pulak yang berkenan. Hoiih!!
Dah cacat la skit ropa my babyhaze itu..
Dah satu hal nak kena gi polish...

Bila ku suh adikku si teruna check...memang dia pun kata itu kesan dicabut...bukan tercabut.
Bengang betul aku!!! Spoil mood tau. 

Mode : masih bengang. lagi bengang sebab aku takleh recall bila dan di mana kejadian ni berlaku. grrr!

Tuesday, 4 November 2014

Girls Talk : Makeup shelf life

Hi girls !!!
Now i'm back with Girls Talk entry
Today i just want to share bout our makeup shelf life....

Now let's check our makeup bag...ahaha

credit to http://www.bathandunwind.com  for this 'spring clean your makeup bag' chart
click on this pic to zoom ....


So...which one u need to toss away...?
Hope this entry will help u girls!

Till then... Daaa

P/S : under this label, lots of things i love to share with u my girls! especially those basic things..check it out soon.

Monday, 3 November 2014

Projek terakhir 2014

Alhamdulillah..
Akhirnya selesai jua projek terakhir tahun 2014 ni
Semua projek luar pejabat yang daku n team perlu selesaikan dah berjaya dicapai...hoyeah!
Lepas ni tinggal join program / projek anjuran team lain lah pulak.. Ahah!

Khamis - Sabtu yang baru berlalu ialah workshop yang perlu daku kendalikan khas untuk Zon Timur
Ke mana?
Ahah..top management pilih negeri kelahiranku lah pulak!
Layan....

Terbang ke awan biru lagi kali ni
Back to back program bulan ni saja memang memenatkan..huhuhu

Kiri kanan seat kosong
Bila tiket diberi lewat petang rabu itu, katanya dah siap check in semua
Bertuah betul my subordinate....dibaginya daku ini seat no 28D
Adoiii....layan ajerlah, maafkanlah beliau yang inosen sangat!

View from seat no 28D!
Ahah...yeah, this aircraft was half empty yoww!
And i was all alone at the back...and ended up sleeping beauty all the way

Touch down jer jam dah hampir 1 tengahari
Masing-masing kelaparan
Maka, ku bawak aje anak-anak buahku di semua makan di sini
Nasi ulam yang paling glamor di negeriku ini
Cekgu nasi ulam di Kampung Kraftangan di hadapan istana
This is Kota Bharu!

Akhirnya.....jam 2.30 petang, kami semua tiba di hotel ini
First time organised workshop kat hotel ni
Yang surprised nya....Wak Doyok pun checked in kat sini lepas kitorang
Ahaha....glamor la nampaknya hotel ni kan,...

Program 3 hari 2 malam ni daku selaku ketua urus setia merangkap pengendali workshop ni datang bersama satu set my new teammembers. Cabaran juga bila semua baru. Tapi, alhamdulillah....semua berjalan lancar. As a reward, kasi can la dorang pergi jalan-jalan bershoping sakan kat Wakaf Che Yeh lepas program malam. Daku takdelah nak ikut, tidur dengan jayanya sebab otak n mata dah tak boleh tahan. Keke.

Gambar-gambar sepanjang workshop ni semu masih dalam kamera
Gambar ni bukti kerja keras my team pack semua barang di hari terakhir
Akhirnya selesai jua program zon timur ni
Seronok sebab program sukses....dan yang paling penting dah berjaya wujudkan networking
This is pantai timur yoww!

Bila out station kat my hometown ni, semua tanya tak balik rumah ke?
Ahaha...jadual yang agak pack, mana sempat nak balik lepak kat rumah...
Macam biasa, harusslah ajak familiku datang lepak hotel...hihi.

Trademark kota bharu...Pasar Siti Khadijah
Ahah...lokasi terakhir yang daku bawak dorang jalan-jalan
Masing-masing excited nak datang sini...layankan ajer...hehe
Sempatlah daku beli macam-macam kuih tradisional trademark kelate...saja beli suh dorang semua rasa
Dah datang PSK ni tak sah kalau tak pergi ke Bazaar Buluh Kubu
Amboih masing-masing, sakan shopping...!

Itulah sedikit sebanyak projek terakhir yang perlu daku kendalikan tahun ni
Tinggal lagi lepas ni out station program anjuran central agencies, ministry n lain-lain cawangan
Uhummm, itu pun berderet sampai bulan disember nanti...
Hohoho....bertabahlah!

P/S : Aduh....macam mana ngan projek year end holiday daku ni? Argghh...kacau....!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation