Wednesday, 31 December 2014

Siaran tertunda

Alamak...hari ni dah pun 31 Disember 2014
Hari terakhir tahun 2014
Tengok belog....aduyaiii...banyaknya draf entri
Draf yang tak sempat nak publish dalam bulan Disember ni....

Siaran tertunda 2014 ..yang dah ala-ala suam kuku menanti sejuk....
Lagi parah....dah basi...keke...
Sabar ajelah! 

Kisah banjir kat tanah tumpah darahku pulak, air dah surut...stage pasca banjirlah pulak skang ni...

Sebenarnya jari menggigil-gigil nak siapkan entri khas untuk ma familia.....penting!

Err...taruk teaser dululah! Hahaha...
Errr...seperti gambarajah di bawah....uhumm

|
|
|
V

Teaser picture kununnya...kekeke
Snap dr skrin sebuah kamera...
Kejadian kununnya candid a.k.a gambar curi daripada photographer...tapi, objek di hadapannya tiba-tiba terperasan ..lalu terus objek itu bagi sign "peace yoww!" ... Hehe

To be continue .... 

P/S : semoga trip sukarelawan banjir dari ofisku selamat tiba ke lokasi dan dapat melaksanakan misi sebagaimana dirancang. semoga kalian semua dalam rahmatNya. Amin! 

Sunday, 28 December 2014

PRAY FOR PANTAI TIMUR


Nampaknya inilah peristiwa terbaru dalam bulan Disember ni....
Bukan lagi peristiwa tapi tragedi banjir terburuk dalam sejarah negara kita Malaysia...
Ya Allah...memang sedih sangat dengan apa yang berlaku di negeri tanah tumpah darahku terutamanya daerah tempat aku membesar, Kuala Krai.

Sebetulnya dari 24 Disember 2014 aku dah tak tengok berita dan tak layan semua media sosial terutamanya Facebook! Sebab apa? Iya, sebab aku letih nak tengok berita-berita tak betul dan keyboard warriors yang tau salahkan orang, lebih-lebih lagi yang masih gila berpolitik. Tak habis-habis ke kisah politik? Sampai rakyat yang menderita,...kesejukan sehelai sepinggang tiada baju kering mahupun selimut, kelaparan tiada bekalan makanan, kegelapan tanpa elektrik, kehausan tiada sumber air bersih. 

Allahurrabi...besar sungguh ujianMu! Sedih bila dapat berita live dari rakan-rakan dan saudara mara. Resah gelisah juga bila adik n abahku tak dapat dihubungi selepas 2 hari sebab handphone dah habis bateri. Kitorang adik beradik punyalah risau. Kesian sungguh adikku, kedainya Edie Tailor n Design di Bandar Kuala Krai musnah tenggelam banjir. Mesin jahit, peralatan jahit n kain-kain semua tenggelam! Sabar n bertabahlah adikku, nanti kita tengok macam mana nak recover balik semua total lost tu. Rumah tempatku membesar dahulu pun tenggelam tinggal bumbung jer. 

Huh, memang dahsyat banjir ni dalam tempoh 43 tahun di Bandar Kuala Krai. Bayangkan Hospital Kuala Krai yang letaknya di atas bukit dan tertinggi di Bandar Kuala Krai pun boleh banjir! Apapun salute pada semua petugas perubatan di Hospital Kuala Krai yang tetap gigih melaksanakan tugas dalam keadaan tiada elektrik dan mengharungi air. Hanya mampu bersimpati dengan Kuala Krai yang 90% musnah dan keadaannya kini ibarat Acheh dilanda tsunami. Huhu.

Apapun, syukur alhamdulillah....rumahku di Pasir Mas masih selamat dari air banjir. Walaupun hujan turun mencurah-curah tidak henti-henti. Seluruh keluargaku tetap juga berjaga-jaga walaupun kawasan rumah kitorang belum pernah dilanda banjir. Cuma kesian mengenangkan orang tuaku yang kini bergelap di kala malam dan ketiadaan bekalan air bersih. Syukur juga adik-adikku semua ada bersama aku sekarang ni termasuk Edie yang berjaya dipindahkan dari Kuala Krai semalam. To my mama, be strong! Tengah tunggu masa nak bawa datang ke sini. Sehingga itu, bertabahlah. Sama-sama kita doa, rumah kita tak kena air. Insha Allah.

To my adik ipar dan mereka yang sewaktu dengannya di Wakaf Che Yeh....harap bertabah jua, dengan ucapan main air berpada-pada dik! 

#prayforpantaitimur
#prayforkelantan
#prayforkualakrai

P/S : daripada penat bertekak jadi keyboard warriors atau juara kedai kopi....baiklah sujud di sejadah berdoa agar Malaysia kita tidak lagi diuji dengan tragedi dan bencana. aku memang tak boleh bayangkan macam mana kalau aku dalam situasi banjir tu, dengar kisah benar rakan-rakan dan adikku Edie pun dah tak sanggup n sedih.


Tuesday, 23 December 2014

Disember 2014

Waoh.... Hari ni dah pun 23 Disember
Sungguh cepat masa berlalu..
Sepantas hari-hari Disember yang berlalu pergi ...
Lagi seminggu dah tahun baru 2015

Sebenarnya bukan apa...entri hari ni just sebab rasa dah wendu sama belog
Selepas Kijal...ya ampun, busy nan teramat...
Banyak sangat peristiwa yang jadi Disember ni...

Takpe...cerita satu-satu
Tapi...lepas entri ni lah kot? Kekeke

Green on the hot travelling day! 
Details later yah...keke

Till here.....daaa

P/S : am now still in the office eventhou the clock shows 10 minutes to 8.00 pm.

Thursday, 11 December 2014

Kijal

Kijal ialah satu tempat di Kemaman, Terengganu.
Kijal ialah lokasi terakhir episod out station daku untuk tahun 2014 ni.
Kijal yang meninggalkan memori yang menggembirakan walaupun ada satu tragedi yang berlaku macam dalam entri belog daku sebelum ni.

Bila kena out station yang melibatkan sesi perahan otak yang kritis dan strategik, kehadiran member-member dan peserta yang gila-gila remaja sangatlah diperlukan dan dihargai. Setuju kan! Ahaha
Retreat transformasi kali ni banyak kenangan manisnya terutama kehadiran top management yang super cool n sporting habis. Hahaha. 

Petang hari kedua tu, masing-masing punyalah happy akhirnya dapat jugak jejak ke pantai di belakang Resort World (dulu dikenali sebagai Awana Kijal). Dah dapat peluang tu, masing-masing kemain berlari ke pantai lepas event dengan YBM. Hahaha.

Gaya melompat keriangan haruss lah ada kan.. Hahaha
Nasib lah ada orang yang rajin melayan tolong ambik gambar ni...hihihi

Hey supergirl...wait for us!
Hahaha... Inilah gambar favourite daku untuk retreat kali ni...muahaha
Gambar yang tengok berjuta kali pun tetap ketawa terbahak-bahak....sebab memang kelakar amat! 
Masa kejadian pun lagi kelakar..sampai orang sekeliling pun gelak tengok kitorang
Iya...kanak-kanak ribena lah sangat kan! Hihihi


1-2-3.... Say cheese! Hihihi...

Dan ini gambar semasa dinner...dengan hidangan eksotik bernama megi ketam! Muahaha
Wajah nan happy sebelum tragedi Camelia itu berlaku..huhuh

Itu saja gambar-gambar favourite yang haruss diabadikan dalam belog ini. Hihihi.
Seronok bila dapat gila-gila remaja time stress melanda ni.
Walau di mana berada, unwind session harus ada! 
Baru lah ceria sentiasa...ahah!

P/S : hooreah....cant wait for 2014 year end vacation! Yabedabedooo...




Tuesday, 9 December 2014

Al fatihah

Kami bersama dalam satu kumpulan
Beliau duduk di sebelahku
Masih ingat petang itu beliau ambil gambar kami satu kumpulan
Beliau tidak puas hati dengan gambar itu, beliau mintak daku pulak yang snap

Ya..it was an honour to be in one group with him, sat next to him, talked to him.
The most sweet moment was, we won the strategic aspirations challenge during our retreat.
We were enjoying every moments together as one big family from day 1 till day 2..
I could see him clearly during our closing dinner on day 2 ... He was really happy...
Until suddenly i saw him collapsed at the round table...next to KSU n PUU
Huuu...what a shocked! 
In second, the ballroom turned to be so chaos inside, everybody still in pulse...still shocked
YBM n KSU, together with a small group immediately sent him to Kemaman Hospital...thanks Allah, we managed to take quick action! Huuu...

Me myself together with them at the hospital from 12 am midnite waiting for a good news...
Alhamdulillah his condition could be stabilize and he will be sent to Kuantan at 2.30 am, 8 Dec 2014. 
What a relief....then went back home from Kemaman.

1.30 am, 8 Dec 2014 (Monday)...i got a message, spreading that he was no longer with us!
huhuhu.. Al-Fatihah! This Monday just a mourn day for all of us. 

That was him in red circle, so ccommitted during our session at this retreat

This was the moment on stage, we won the aspirations challenge
Look, how happy he was!

Some of his siblings, families and relatives..

Al- Fatihah, Datuk Fuad Tan Sri Hassan
Director General of JASA
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang soleh dan dikasihiNYA...Amin

P/S : anytime...anywhere...will be our turn. what's our preparation to face the day?

Tuesday, 2 December 2014

Gigi

Selain rawatan muka dan rambut....iya, rawatan gigi pun amat penting untuk daku.
Pendek kata, gigi haruslah dijaga.
Senyuman yang menawan bermula dari gigi yang sihat...tak gitu ? 


Akhirnya semalam pada 1 Disember 2014 (Isnin), berjaya juga daku jumpa doktor gigiku itu.
Appointment yang sepatutnya pada minggu lepas ditukar sebab tiba-tiba doktor itu ada hal emergency.
Akhirnya berjaya juga buat check up gigiku untuk tahun ni. Horeah! 

Selaku seorang belas pelajar yang terpilih oleh doktor gigi untuk Pertandingan Gigi Cantik masa sekolah dulu, ada yang tak kena pada gigi harusslah rasa tak senang duduk dibuatnya. Hehehe.
Bila gigiku tergigit serpihan tulang masa makan sup nan sedap tu, terus gigiku jadi sensitif sangat...mungkin sebab gigiku itu juga turut terserpih sama.

Apapun, lepas jumpa doktor gigi yang very the gentleman itu...terus hilang semua masalah. Ahaha.
Doktor hanya tampal tempat serpihan itu...yang lain-lain, gigi i in very good condition katanya. Wallah!
Doctor will see me again in our next appointment ....to be exact, 6 months after ...yeah, to see the tooth. 

So...uols semua camne, dah check up gigi? 

Oral care is a must for me. Of course, i love my teeth. 

P/ S : GIGI ialah satu band indonesia yang menjadi favourite aku. Semua lagunya aku suka especially lagu "11 Januari" yang jadi lagu wajib aku berkaroks.... Hee

Monday, 1 December 2014

The Loaf

Minggu lepas daku sempat la berlepakan di kala lepas hadir satu majlis di Cyberjaya
Waoh...'berlepakan' tu yang tak boleh tahan..ahaha

Dah alang-alang datang Cyberjaya ni...ku roger la my gff untuk lunch bersama
Sebab apa? Ahah..semuanya kerana ada satu mall baru buka...
Maka...harusslah try kan...


Taraaa....inilah dia port lepak baru kitorang...
The Loaf! 
Ya...The Loaf yang salah seorang co-owner ialah Tun M kan...

Sekarang ni dah payah pergi jauh-jauh ke KL sana kalau nak lepak makan-makan dekat The Loaf
Macam biasa....ramai orang suka lepak sini....makanan memang varieties nan best
From original utara punya masakan sehinggalah barat punya menu...dan tidak dilupakan haruslah roti nan best.

Sekarang ni The Loaf Cyberjaya tengah dalam rangka promosi lagi..
Silalah berkunjung ke sana..dan jangan lupa order air paling mahal...hahaha
Sebab apa? Ahah...ini kerana air semua free kalau uolsss dine in di situ ya....

Have fun !

Till here... Daaaaa

P/S : seronok sebab di ruang lingkup kediamanku kini banyak tempat best nak lepak makan-makan. hooreah....! Unwind session mode now is on all the time! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation