Sunday, 27 December 2015

Star Wars VII

Mode : listening to Yellow Flicker Beat n The Hanging Tree, my favourite numbers from The Mockingjay Part 1's soundtracks

Boleh dikatakan sekarang Star Wars fever sedang melanda ramai orang....hahaha
Tak terkecuali daku ini.....yang sudah pasti akan jadi antara penonton terawal di Malaysia yang layan movie best ni! Cuma...agak lambat buat movie review sebab sibuk buat research balik pasal Star Wars...imbas kembali episod sebelum ni.


Star Wars The Force Awakens ini sebenarnya ialah star wars episode VII...iaitu kisah selepas 30 tahun lepas Return Of The Jedi dalam episod VI yang mana episod ni ditayang tahun 1983 dulu! 
Makanya no wonder The Force Awakens ni menampilkan muka-muka baru dengan watak baru...especially watak heroin baru nama Rey. Bila tengok Rey ni..humm, otak mula fikir siapa dia ni sebenarnya. Btw, Rey ni memang cantik....natural beauty gitu. Selain Rey, kemunculan watak baru Finn n Kylo Ren juga buatkan otak ligat berfikir..kekeke. 
Cuma kali ni kemunculan kembali watak lama Han Solo lakonan Harrison Ford n Princess Leia lakonan Carrie Fisher. Macam biasa, ai tetap akan suka layan Star Wars ni...lagi teruja ada. Hee


Balik dari movie, terus wat researh dulu semata-mata nak masuk blog. Hehehe
Just nak flashback episod-episod Star Wars yang aku mula layan dari zaman belasan tahun dulu. Uhumm.
Terus rasa nak DVD semua episod Star Wars nak buat koleksi.


Episode I : The Phantom Menace
Released tahun 1999, masa ni umur aku masih belasan tahun
Kisah Anakin Skywalker pada umur 9 tahun ..



Episode II : Attack of the clones 
Released tahun 2002, masa ni umur aku dah 20-an
Masa ni memang best, layan segala majalah hiburan ngan kengkawan kat hostel zaman universiti
Masa ni rasa episod ni memang fenomena habis..
Lagi satu Natalie Portman sebagai Padme dalam episod ni memang cantik
Anakin Skywalker pula muncul dengan lakonan muka baru kali ni...bukan orang yang sama dalam episod I


Episode III : Revenge of the sith
Released tahun 2005, umur aku masih lagi 20-an juga
Tapi..masa ni aku dah bekerjaya...hahaha
Layan dengan geng movie ofis rasanya...
Episod memang tragis ....siap sedih oooo tengok dalam pawagam
Kisah macam mana Anakin Skywalker mula berubah to the Dark Side...
yang akhirnya dialah yang jadi Darth Vader


Episode IV : Star Wars
Released tahun 1977,  sah-sah aku belum wujud lagi dalam dunia ni...hahaha
Tengok episod ni pun kat tv jer...
Humm, nak kena tengok balik ni


Episode V : The Empire Strikes Back
Released tahun 1980, waktu ni aku belum dilahirkan lagi...heee
Tapi aku ingat aku layan citer ni kat tv ngan famili
Juga kena tengok balik, hari tu layan separuh jalan ...


Episode VI : Return of the Jedi
Released tahun 1983, waktu ni ...aku budak yang sangat kecik lagi...hahaha
Tengok kat tv juga...tapi serius dah tak ingat....
Masa tayang kat TV2 dulu, aku layan laa 
Humm..ini pun nak kena tengok balik
Almaklum inilah episod sebelum The Force Awakens kan....

Ya...begitulah kalo dah demam Star Wars kan
Minggu lepas siap tengok kedai toys yang dok tayang semua watak Star Wars.....
Tengok figurines Star Wars tu memang rasa geram nak beli.....tapi, bila tengok harga...gulp!! Hahaha
Tapi key chains n t-shirt star wars kat GSC tu boleh tahan jugak menariknya...
Berebut fans beli ooo...

So...belum tengok Star Wars? 
Sila tengok...
Dan.....aku rasa aku nak pergi tengok lagi sekali...
Dan lagi....aku nak gi kedai DVD favaourite aku, cari Star Wars movies....

Jomm,...

P/S : malam tadi boleh pulak tertido sepanjang malam hingga ke subuh kat sofa...kunun tengok Skyfall. Sekali tertido...hahaha. Dah lama ada movie ni, tapi baru nak tengok aksi agen 007 ni. Best rupanya Skyfall ni...cuma macam biasa ada trademark James Bond yang aku tak suka dalam setiap episodnya termasuk laa yang ni. Well......

Thursday, 12 November 2015

Crimson Peak

Filem genre seram thriller yang ku layan dekat pawagam ialah The Conjuring...tahun 2013 dulu
Itulah rasanya filem seram terakhir aku tengok.
Sebab, aku ni tak suka nak layan citer seram yang tah hape hape.
The conjuring tu adaptasi kisah benar n paling ku suka haruslah teknik cinematography nya tu.

Petang ahad lepas, sekali lagi ku pergi layan citer seram thrilller tahun 2015.
Kali ni, filem genre american gothic romance kategori 18SG berjaya menarik perhatian aku...
Itupun sebab filem ni disenaraikan top 3 best pick. Terus tengok trailer, humm..memang menarik.
Crimson Peak , filem arahan Guillermo Del Toro, berlatarbelakangkan kisah amerika tahun 1887 lebih kurangnya.

Ini poster filem ni, tengok poster pun dah menarik kan..


Ini pulak, barisan pelakon utama filem ni
Pada aku, lakonan semua memang mantap
Yang berlakon jadi kejam...memang real kejam lagi sadis...

Filem ni mengubah persepsi mengenai kewujudan 'hantu' ...
Biasa kalo kita tengok citer seram ni, watak hantu itulah makhluk yang perlu ditakuti atau dihapuskan..
Tapi filem ni pulak, ada perspektif lain..uhumm..
Kalau nak tahu apekah? Cubalah layan....muahaha

Yang pasti, tengok citer ni berjaya buatkan mata aku bulat menengok dari celah jari..huahaha! 
Cissss....dasar penakut kan! 
Tapi awas....citer ni memang ada scene yang kejam amat....fuh!

Apapun, daku ni memang suka cerita yang berlatarbelakangkan zaman dolu-dolu ni... 

Sekian my movie review kali ini. 

P/S : waoh......tak sangka pulak ramai yang ternanti-nanti my blog's update ya. hummm. almaklumlah kehidupan nan super duper busy lately ni. 

Monday, 19 October 2015

Kacang pool

Malam tadi tiba-tiba my family buat surprise! 
Tiba-tiba dah sampai ke rumah manisku ini. Horayh..syoknya, meriahlah sikit hari-hariku.
Macam biasalah, bila parents datang buat lawatan rumah anak...haruslah berbondong-bondong buah tangan yang dibawa dari kampung. Hee. 

Cuma kali ni memang surprise, mamaku bawakan aku 1 kg kacang pool...original punya!
Waoh..terus kurasa kagum. Ya, ini kali pertama aku tengok kacang pool yang mentah.
Pagi tadi, mamaku dah siap rebus ya. Humm, memang sedap. Lagi sedap daripada kacang tanah rebus.
Tiba-tiba datang idea nak buat set kacang pool haji larkin tu. Sedap woo. 
Dah alang-alang roti yang kubuat semalam masih ada lagi....dan sekarang ada kacang pool mentah...
Apa lagi, jom mulakan projek.


Set kacang pool in da house...hoorayh
My 1st attempt to prepare this...hee. 
My classic white loaf with kuah kacang pool
Sedap....makan ni di kala minum petang memang mengenyangkan
Orang ramai kat rumah, maka haruslah banyak aku buat..

Ingredients : 

500 g kacang pool -  lenyek / kisar
800 g daging kisar 
3 biji bawang merah ( besar ) - kisar
7 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 tbsp jintan manis, jintan putih & ketumbar - goreng tanpa minyak, kisar halus
Sedikit minyak masak / planta
1 cawan air

How to :

1. Panaskan minyak ( i campur planta sedikit), tumiskan semua bawang dan halia hingga naik bau. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar.
2. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk (berubah warna).
3. Masukkan kacang pool dan 1 cawan air, boleh tambah lagi jika perlu. Tambahkan gula dan garam.
4. Masak sehingga kuah pekat. Siap.


Inilah dia rupa kacang pool ori yang siap direbus dan sedang ditoskan
Kalau nak senang, guna kacang pool dalam tin
Senang, tak perlu nak kupas kulit...hehe

Macam mana mahu makan? 
Senang sahaja, makan bersama roti bakar yang disapu planta.
Kuah kacang pool tu diletak bawang merah dipotong dadu, cili hijau, perahan limau kasturi dan telur mata separuh masak.
Sedap....dan sangat mengenyangkan. 


Ini set kacang pool haji larkin yang kumakan hujung tahun lepas
Best sangat versi original ni, nak makan yang ni kena gi johor la ya? Hihi
Oklah tu, ada sedikit persamaan dengan yang kubuat...walaupun tetap tak boleh lawan
Humm, ini mesti ada secret recipe yang unrevealed kan. Hehe
*ya, resepi yang kuguna itu ialah dari pak haji...katanya.....*

Kepada yang tiba-tiba teringin nak makan kacang pool tu, bolehlah cuba buat untuk lepas gian. Hehe

P/S : kacang pool rebus memang sedap dimakan tatkala tengok tv. humm, baru hari ni aku kenal rupa asli kacang pool mentah tu. Ahaha. 


Sunday, 18 October 2015

Classic white loaf

Bangun tidur hari ni tiba-tiba saja rasa nak membaking
Lebih tepatnya, rasa nak buat d classic white loaf! 
Uhumm...bestnya dapat makan panas-panas roti itu.
Nothing can beats a freshly-cooked loaf of white bread. While the bread is still warm, spread generously with fresh butter and eat. Nyummeh! 


Tahdaaa...my saturday freshly-cooked classic white loaf
Wuhooo.... A good start of my sabtu- day! 
Believe me, it's just easy to make this...uhumm

Ingredients :
(original recipe is to make a 900 g loaf...but i only have a tin for half size of that! hee)

300 g white flour
1 tbsp salt
25 g butter , cubed
1 tbsp caster sugar
2 tbsp easy-dried yeast
80 ml milk ( i used fresh milk ) 
150 ml warm water
1 tbsp plain flour, to dredge

How to : 

1. Sift the flour and salt into a large bowl. Rub in the butter, then stir in the sugar and yeast. Make a well in the centre.
2. Add the milk and the warm water to the dry ingredients. Mix to a soft dough, adding a little more water if needed ( but i just left a little cause already enough for the dough). Turn out the dough and knead on a lightly floured surface for 10 minutes, or until smooth and elastic.
3. Place the dough in an oiled bowl, cover with clingfilm or a clean tea towel and leave in warm place to rise for 1 hour, or until doubled in size. Knead again for a minute or two to knock out the air! (This is an important step uols!) 


4. Shape the dough into an oblong and place in the prepared tin. Cover with oiled clingfilm and leave to rise  for a further 30 minutes or until the dough reaches the top of the tin. (Huu...beautiful, rite?)


5. Dredge top of the loaf with flour. Bake the loaf on the middle shelf of the preheated oven for 15 minutes. (Make sure preheat the oven to 220'C ok!). After that, turn down the oven to 200'C and bake the loaf for a further 20-25 minutes, or until well risen and hollow sounding when tap underneath.


6. Turn out, cool on wire rack and serve! Hoorayh....

See, easy peasy to prep and cook....isn't it?
U guys also can make this at home.
As always, i will always prefer simple home-cooking but yummylicous of course! 
My freshly-baked classic white loaf in the house yow! Am so proud...hihihi. 

Tips : 
1. Make sure the water / milk you use for kneading the dough is warm not HOT! hot water kills the yeast, so make sure it is finger-tolerable warm.
2. If your oven has separate functions for top and bottom heating / grills, don't turn on both at once, first use the bottom grill, then midway turn on the top one to even out the colour.  ( i've been asked a few times about this...here is the secret my friend...uhumm!)

P/S : ....also always love the classic hainan white bread. cecah dengan kari ayam sangat marvellous! Yummeh! Memang terbaik! Luckily i can get them from cold storage at anytime..woot! 

Monday, 5 October 2015

Shishamo fry

Siapa suka makan shishamo atau nama lainnya chapelin.
Ahah, daku ini sangat suka makan shishamo fry atau dalam bahasa melayunya ikan shishamo goreng...
Humm...masih terbayang kesedapannya....nyum nyum!

Sejak-sejak pandai makan makanan jepun, antara menu terawal yang kucuba makan ialah shishamo fry
Memang menjadi kesukaan sejak itu...lalala
Dah try jugak grill shishamo, tapi tetap takleh lawan yang goreng punya...
Sedap meh


Shishamo fry nan crunchy bersama salad favouriteku, crunchy butterhead n chery tomato
Set ini dibuat tatkala jam 11.00 malam sabtu yang lepas, gara-gara otak dok imagine saja
Inilah dia apabila jerebu melanda...nak keluar rumah pun malas
Bila dok umah, apalagi..... #ilasskitchen akan aktif...hehehe
Ala-ala tv cooking show fav daku,  itu Chuck's Day Off..
Ini namanya ilass day off....wah, gituuuuu


Shisamo fry resepi ilass ni memang sedap..crunchy! 
Tau kenapa aku suka shishamo ni?
Ahah, nampak tak apa yang kucuba tunjuk dalam gambar di atas? 
Kalo nak tau, itulah punca kenapa sedapnya shishamo ni...
Telur tau ...telur! Itulah dia shishamo roe ya...
Memang rasanya yang lemak sedap sungguh best

So....siapa yang nak cuba makan shishamo...bolehlah cari menu ini di retoren-restoren jepun
Yang bestnya skang ni, daku dah tak perlu pergi restoren jepun semata-mata nak makan shishamo..yang kadang-kadang juga boleh bikin frust bila menu takde.

Sekarang ni, daku dah boleh buat sendiri kat rumah...
Sebab, sekarang ni dah boleh beli sendiri stok shishamo nan fresh untuk dibuat sendiri kat rumah..woooohooo!!!
Best..best..best!

P/S : aktiviti jalan-jalan cari makan selalunya memberi inspirasi aku untuk masak macam-macam menu makanan nan best. home cooked cooking always the best! Uhummm

Wednesday, 30 September 2015

Jerebu lagi

Jerebu melanda lagi tahun ini! 
Mula-mula negara kita kena jerebu tahun ni, daku tengah out station...so, tak rasa sangat jerebu tu
Habis out station, terus berdepan dengan jerebu.
Huh, tahun ni pun sama....dah satu musim baru pulak kt mesia ni, musim jerebu! 

KL, Putrajaya,Selangor ..memang teruk dilanda jerebu.
Hari selasa pertama aku kat ofis lepas balik out station, ku terpaksa keluar untuk urusan bank.
Kali pertama tu. terdedah dengan jerebu. Parking kereta n terpaksa berjalan sekejap menuju ke bank.
Hoih, dahsyat sungguh...memang bau asap terus, pandangan pun kabur jer...dan la tak pakai mask!
Ku rasa ini jerebu paling teruk la stakat ni.
Punya teruk jerebu kali ni, efeknya memang terus terasa...padahal tempoh ku terdedah ngn jerebu tu sekejap ajer pun. Malam tu terus aku kena sakit kepala yang amat. Tak pernah kena sakit kepala macam tu.
Ku yakin tu mesti sebab jerebu. Almaklumlaa, sebelum ni dok dalam bangunan n umah jer.

Minggu ni pulak jerebu kembali teruk.
Semalam isnin, sekolah diisytihar tutup di KL, selangor n putrajaya.
Hari ni, selasa ...tengok jerebu macam dan ok skit daripada semalam.
Sekali, petang ni...waoh, makin teruk jerebu...tebal amat...tak nampak apa.

Kecewa betul bila keluar ofis...jerebu tak nampak apa. Huhu.
Terus terbantut hasrat nak gi beli roti canai nan sedap itu kat kedai favourite.
Hummp, apa lagi terus laa balik umah...risau takut apa pulak jadi kalo terdedah dengan jerebu ni kan.
Apa taknya, member sendiri pun dah teruk kesan terdedah jerebu.


Nasi lemak ayam bandar...siap untuk dimakan jam 10.00 malam
Takmo telur, takmo timun....takmo kacang! 
Just nak ayam goreng, sambal bilis n nasi lemak....
Tiba-tiba rasa teringin nak makan nasi lemak malam-malam ni...homemade punya!
Ini semua gara-gara jerebu lah ni....takleh nak kuar rumah
Dah lama tak makan nasi lemak rasanya....n of cos, dah lama tak buat nasi lemak
Makan siap bertambah-tambah, gambar ni 1st round makan ya..hehe
Masak seperiuk...terus habis 2 orang makan...nyum nyum!

Semoga jerebu ini cepat pulih.....
Kesian budak-budak n kesian juga kita-kita ni yang nak teruskan kehidupan macam biasa.
Semoga tahun depan dah takde musim jerebu. Insha allah.

Buat masa sekarang, jaga diri..jaga kesihatan.
Jerebu efek kepada mata, kulit dan sistem pernafasan.

Take care semua.

P/S : musim jerebu, tingkap umah semua tutup. kalo nak sidai baju pun tak guna juga, habis bau asap nanti baju yang dah dicuci tu. 

Monday, 28 September 2015

Lepak rumah

Aku ini jenis hometype person.
Kalo dapat hari cuti yang aku boleh lepak rumah dengan amannya.....waoh, sungguh nikmat lagi sayugia.
Macam-macam benda boleh buat kat rumah bila free tu kan.
Apa lagi...haruslah layan semua hobi kesukaan.
Huh...best dapat rehat kat rumah..... 

Hari ahad lepas raya haji betul-betul syok sebab dapat lepak diam-diam kat rumah.
Waoh...bestnya....
Mulakan buat aktiviti yang dirindui... I like!


Minum pagi menjelang tengahari...buat semata-mata nak layan anime ini
Gensomaden saiyuki yang akhirnya dapat kusambung layan lepas bertahun lamanya
Bertahun-tahun ok...tak sempat nak tengok sampai habis semua episod
Buat cucur jagung sambil layan pulak kopi ais taruk krim banyak-banyak...memang wallah!
Layan sampai 2 dvd tu....ada lagi 3 dvd untuk dilayan sehingga 110 episod...
Dah kenyang..sampai ke tengah hari....dah tak mampu nak heavy lunch
Sambung petang pulak sambil lipat baju ...hohoho....
Lepas tu, layan lagi sambil makan aiskrim cokelat nan yummeh!


#ilasskitchen bersiaran kembali hari ini
Dengan hidangan penuh berkhasiat ini lagi penuh warna warni
Kepada yang selalu menantikan hidangan #ilasskitchen, ini dia gambarnya
BBQ grilled lamb shoulder, jagung bakar n seleksi salad kegemaran yang crunchy
Sebenarnya perap kambing ni untuk lunch...
Tapi kenyang punya pasal, kambing ni digrill tatkala jam 6.45 petang
Hidangan spesel untuk dinner lah jawabnya...
Dinner kan haruss sebelum jam 8.00 malam....hehehe


Fresh from the oven at 12 midnight ya...hahaha
Dah tiba-tiba jam 11 malam terasa lapar nak makan bread butter puding
Maka....gigihlah masuk dapur....buat dessert ini ya...
Huu...lepas gian lama tak buat dessert....

Hummm.....tidak dinafikan lagi...memang syok dapat lepak kat rumah ni...
Bila post gambar-gambar hashtag ilasskitchen ni, masing-masing mulalah bertanya bila nak buat sesi makan-makan lagi. Hahaha.
Uhumm...boleh aje uolsss......jomm set d date okeh!

Moral entri ini ialah......i always miss my home sweet home! 

P/S : cuti lama memang bagus untuk rejuvenate! Errr..bilalah boleh nak baca semua buku-buku kat rak bukuku itu.....dok pandang kulit ke kulit ajer gamaknya kan. Huhu

Thursday, 24 September 2015

Setting n sync


Dah dekat 1.30 pagi ni..! Dah masuk 24 hb september...hari raya aidiladha 1436H ya....
Kepala aku pun dah sakit...dah weng...! 
Semua ni gara-gara smartphone nih..

Masuk jer malam 23 hb september a.k.a malam raya....aiyooo henpon daku buat hal lah pulak, KO terus
Siang tadi masih lagi laa guna hujung2 nyawa gitu..
Tak tau apesal....tak boleh cas bateri....port charger not function! 
Aiyoooo....lost contact terus dengan semua....

Akhirnya, terpaksalah 'connecting the unconnected' guna samsung nih! 
Samsung yang baru keluar dari kotak
Samsung yang aku peram dekat setahun tak usik....
Humm....sebab, ku tak minat samsung....serius! 
Nak tak nak, terpaksa laa guna untuk back up kejap...

Orang malam raya, buat kuih...buat ketupat...
Aku pulak cipta sejarah...sibuk dok godek fon....
Letih setting n sync....contacts...whatsapp...instagram...google...
Humm..itu jerlah dulu yang penting malam ni...sakit kepala dok explore henpon nih...

Apapun...oleh kerana dah masuk hari raya...
Makanya, kuucapkan selamat hari raya aidiladha dan selamat menjalankan ibadah korban kepada semua, my family n friends including uolsss yang membaca entri ini...

P/S : tensen tak dapat retrieve d history data. godek phone sambil layan anime 'gensomaden saiyuki' plak. hell girl dah berjaya habis layan season 1 sampai season 3. takdek lah sakit hati sangat dok hadap phone semata kan....humm


Thursday, 17 September 2015

Hari Malaysia 2015

Salam semua...



Selamat Hari Malaysia .... 16 september 2015
Entri ni patutnya post semalam
Tetapi....tak terpost entri ini semalam atas macam-macam faktor..hehehe

Hari Malaysia disambut 16 September 2015
Di kala ini, ramai rakan-rakan sekerja masih berada di Kita Kinabalu, Sabah...demi menjayakan Hari Malaysia malam tadi. Syabas dan tahniah kepada semua rakan sekerjaku di sana....seronoklah uolss kan! 

Daku pulak punyalah sibuk terkejar-kejar dengan macam-macam dua tiga menjak ni..
Kalut...sampai dah lupa haribulan
Dan yang paling best, serius daku lupa semalam 16 haribulan september adalah cuti umum! 
Huhuhuh..hampir saja aku pegi kerja semalam...sib baik tanya member-member, hahaha! 


Dah cuti....apa aktiviti daku semalam?
Ahah...inilah dia...
Di kala petang itu....masuk dapur goreng cucur bilis nan sedap ni.
Goreng semata-mata sebab nak layan makan sambil tengok anime Hell Girl
Dah berbulan kot tak sempat nak sambung tengok cerita ni,,,cerita yang penuh suspen ini
Anime ni, memang budak-budak kecik tak boleh tengok...kalo tengok sure tak faham laa..
Layan anime, sambil makan cucur sepanjang petang membawa ke malam...
Lagi best pulak, pekena dengan chatime hazelnut chocolate with coffee jelly....perrgh, memang syok!
Jam 8.00 malam baru stop...sambung tengok hari lain plak
*punyalah susah nak dapat masa melepak depan tv macam ni..hee*

Seronok kan dapat cuti macam ni..
Time cuti macam ni, dapat melepak bermalasan kat rumah sangatlah best!
Nak nak daku ini yang dah 3 minggu asyik out station.....tak suka!
Nasib minggu ni tak perlu nak join mereka di KK sana..
Kalo tak....harusslah stress...ya tak?

Apapun, sambutan hari malaysia ini takkan bermakna sekiranya kita semua tetap masih dengan sikap selfish masing-masing......kejap baju kuning, kejap baju merah, tak lama lagi nak baju hijau pulak.
Oh..sungguh warna warninya negara kita ni kan....
Cubalah kita semua bersatu macam warna-warni bendera malaysia kita...tolak agenda politik tu semua
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh....kan...!

P/S : masih sibuk menyelesaikan unfinished business! hummm...

Tuesday, 7 July 2015

Hormat

Masa kecik-kecik umur 10 tahun ke 12 tahun tu, dah memang biasa aku akan jadi babysitter...
Tolong jaga n main ngan adik-adik ku yang kecik.
Dukung budak tu memang dah biasa sangat dari zaman aku kecik dulu.
Almaklum la, aku kan kakak yang sulung...
*err, skang jer masih belum dukung2 budak ni...hihihi*

Masa bulan puasa yang panas terik itu, bila ku tolong jaga adikku sambil berlepakan di laman rumah...
Tiba-tiba, ada motosikal jual aiskrim lalu....
Terus mamaku beli aiskrim kon cokelat untuk aku bagi kat adik kecikku yang meragam masa tu...
Err...aku pun dah lupa, adik aku yg mana satu yg aku jaga...sebab seingat aku..masa tu umur aku lebih kurang 9-10 tahun..
Mula-mula aku pegang kon aiskrim tu bagi adik aku makan...
Semakin lama aku tengok menarik pulak aiskrim tu....di luar kawalan, aku pun sluurppp jilat aiskrim tu
Aiyoo..kantoi sudah puasa aku..ahaha. 
Malu pulak rasanya kot ada orang nampak, dah la dok lepak kt laman rumah kan...

Tapi itu kisah zaman kecik, kat rumah pulak tu...Oklah, budak kecik yang tak tahan godaan aiskrim
Maknanya kita zaman kecik-kecik dulu memang dah diajar untuk hormat bulan puasa
Kalo puasa yang yuk pun..senyap-senyap ajer lah kat dapur tu.... Takyah tunjuk kat orang

Bila dah besar panjang ni, budaya masyarakat malaysia pun semua bertoleransi antara kaum bila tiba bulan puasa
Yang bukan islam pun tau hormat bulan puasa n hormat orang islam yang berpuasa...
Macam contoh jiran chineseku dulu tu.... 

Tadi...aku keluar pergi ambil parcel kat satu courier
Laluan balik tu, aku lalu satu tempat banyak kereta parking n ada satu payung besar...
Bila sampai dekat, ku tengok atas meja tu penuh dengan botol minuman n ada bungkusan plastik n kotak rokok
Selamba jer dok minum, makan n hisap rokok kat situ..
Aku tengok muka sorang-sorang....semua muka melayu tulen...
Pastu ada sorang mamat ni, terpandang muka aku...terus air muka berubah...tak tau sebab segan ke apa.

Humm...entah laa...
Ku tak tau nak cakap apa...kalo dah besar panjang....selamba bergeng tak puasa di tempat terbuka ...
Kalo ya pun tak nak puasa, diam-diam kat rumah sudah laa...
Takde lah aku yang menengok pun rasa malu sebab yang islam ni sendiri tak reti hormat bulan puasa...

*sigh*

Sunday, 5 July 2015

Tuan rumah

Selaku tuan rumah, daku memang suka bila ada tetamu datang bertandang
Bukan apa,meriah laa sikit rumah manisku ini kan..
Dan ku memang suka masak-masak n makan-makan...
Lagi ramai lagi seronok....

Hari jumaat, daku selaku tuan rumah buat makan-makan sempena berbuka puasa kat rumahku ini
Macam biasa, aku akan tanya kengkawan...apa yang dorang nak makan...so, aku akan masaklah..spesel
Bagus tak tuan rumah macam daku ni? Hihi
Bukan apa, lagi senang...daripada aku penat masak, tapi..takde orang yang suka nak makan...tul tak? 

Sebenarnya tiap kali ramadhan, daku memang akan menjadi host iftar di rumah manisku
Ku memang suka ada kengkawan datang berkumpul berbuka puasa bersama kat rumahku
Berkongsi masakanku dengan mereka sambil bercerita macam-macam..
Lagi pun, program iftar dekat rumah lagi selesa daripada iftar kat luar
Dekat luar, letih nak cari makan tu satu hal, nak bersesak tunggu turn kat surau pun satu hal lagi
Rushing sungguh rasanya kan....

Lagi satu, Jamie Oliver d naked chef sentiasa jadi inspirasiku untuk masak-masak untuk kengkawan n famili..
Masak secara live dengan tetamu di rumah...
Konsep masakan daku ialah, ianya mesti fresh dan panas dimasak....
Bukannya makanan yang dipanaskan...uhumm! 


Iftar bersama kengkawan di hari jumaat, 3 julai 2015
5 menu yang disediakan dalam masa lebih kurang sejam, 6.30 ptg - 7.20 mlm
Dah macam rancangan mari memasak bersama chef ilass pun ada rasanya..haha
Ku memasak sambil ajar dorang macam mana nak buat semua hidangan ni
See....my cooking always easy to cook but delicous n yummy to eat! 
Dengan tema segalanya seafood, hidangan iftar yang kumasak hari ni ialah :
1.Siakap stim chinese style
2.Ketam masak cili berkrim
3.Butter prawn
4.Sotong celup tepung
5.Sardin goreng ala shishamo fry
My girlfriends pulak sponsor minuman chatime favourite kitorang n buah-buahan pelbagai jenis.
Alhamdulillah, punyalah banyak kitorang makan, kenyang sampai keesokan harinya..hahaha

Seronok rasanya bila tetamu enjoyed all the food.....hehe
Itulah kepuasan seorang tuan rumah....wallah!

Semalam pulak,4 julai 2015 (sabtu)...sekali lagi ku menjadi host program iftar di rumah manisku
Kali ni program berbuka puasa khas untuk keluarga
Berkumpul adik-beradik n ipar duai berbuka puasa di rumah manisku...
Seronok!! It's time for family gathering at my hommie



Tahdaaa....inilah dia hidangan berbuka puasa semalam :
1.Siakap stim chinese style (repeat!! sebab, masa iftar ngan geng rasa macam tak cukup..ahaha)
2. Butter prawn (request from adik iparku...lagipun, udang ialah favourite d siblings)
3. Ayam masak merah (kusediakan ayam khas untuk adik iparku....kata nak kena ada ayam)
4. Telur dadar spesel ( ini wajib ada untuk d siblings..all time favourite yo!)
5. Jus epal n jus guava (hasil buah-buahan nan banyak iftar bersama geng)
6. Bubur jagung (my favourite dessert..makan pada jam 10.30 malam)

Akhirnya, tradisi ku menjadi tuan rumah program iftar dah pun berjaya dibuat ramadhan kali ni...
Seronok dapat sama-sama berkumpul berbuka puasa....
Nak berkumpul lagi? 
Anytime..just tell me! 
Hihihi

P/S : tak sabar nak berbuka puasa bersama my big family kat kampung. wah....sekejap aje kan. dah nak masuk minggu ke3 ramadhan.

Minyak panas

Ikan rebus goreng ialah antara makanan favourite aku dolu-dolu kala
Masih ku ingat masa ku form 3, tenghari tu mamaku buat ikan rebus
Maka, macam biasalah aku akan volunteer memasak di dapur
Teringin ikan rebus goreng, maka...daku pun mulalah menggoreng ikan rebus itu
Tengah-tengah ku dok membelek2 ikan dalam kuali tu, tiba-tiba ikan tu 'Meletup!'
Minyak panas terus terpercik dengan banyaknya ke mukaku, yang takde perlindungan apa2..
Yang sadisnya, minyak panas tu betul-betul kena tepat atas batang hidungku...
Huhu....sakitnya, pedihnya tak terbayang.....cepat-cepat terus ku sejukkan muka di bawah laluan air paip..
Mamaku pun terkejut, terus sapu minyak ubat...
Huhuhu....masa kena minyak panas tu...aku memang rasa fobia habis...tobat dah tak nak goreng or masak apa-apa....sakit oiit! 

Yang paling utama kefobiaan itu ialah, hidungku tu berparut hitam nan besar ...kesan minyak panas
Bak kata jiranku, muka ialah aset ....kena jaga. Huhuhu, masa tu rasa cacat kejap rasanya
Dipendekkan cerita, hari-hari ku belek majalah n buku petua macam mana nak hilangkan parut tu
Akhirnya, dengan menggunakan pucuk daun buluh bambu yang ditumbuk n disapu dekat kesan minyak tu..alhamdulillah, cepat betul baik kesan parut minyak panas tu...licin kembali
Siap jiran-jiranku yang lain pun kagum bila mamaku cerita kisah aku dengan amalan petua lama tu...ahah!

Walaupun kerana kejadian itu, aku cakap tobat dah tak nak memasak lagi
Tapi...takde nya. Ternyata kecintaanku pada masak memasak tak kisah itu semua..ahaha
Cooking is my passion yah! Ahaha....

Hari rabu lepas, daku teringin nk makan ikan goreng tawar cecah air asam untuk berbuka puasa petang tu...
Tengah-tengah nak belek ikan tu kat kuali, tiba-tiba...sekali lagi kuali 'meletup'!
Terasa minyak panas terpercik ke pipi kiriku n leher....
Tapi, ku rasa skit jer...takde apa kot walaupun terasa jugak pedihnya...
Tapi malam tu, kusapu vaselin saja kat kesan minyak tu

Hari khamis, pergi kerja...pipiku kelihatan merah saja..kesan minyak panas
Hari jumaat, bersiap nak pergi kerja....mak oih, pipiku dah berparut kesan minyak panas
2 tompok kesan minyak panas....huhuhu


Hari jumaat, hari kedua lepas kena percikan minyak panas
2 tompok kesan minyak panas di pipi kiriku
Haih, nasib baik la perempuan boleh pakai bedak kan
Makanya, dapatlah disamarkan skit kesan tompokan minyak panas tu


Hari sabtu, hari ketiga lepas kena minyak panas
2 tompok kesan minyak panas di pipi kiri semakin ketara
Kalo nak disamarkan, rasanya kali perlu pakai concealer
Tapi, masa ni daku nak keluar pegi pasar aje pun...biarlah
Pakai bedak tipis saja..uhumm

Dekat kesan parut minyak panas tu, ku tak lupa sapu vaselin saja setiap hari
Hari isnin pagi, wah...satu tompok tu dah kering n menggelupas
Just cuci muka n pakai light scrub saja.....dah licin....warna kulit pn dah sekata

Hari selasa pagi, tompokan satu lagi tu pulak dah kering n menggelupas
Cuci muka cam biasa, n scrub skit untuk tanggalkan kulit mati
Alhamdulilah, dah hilang akhirnya kesan minyak panas tu...
Yang penting..warna kulit dah sekata...macam asal


Hari rabu....kulit wajah dah kembali macam normal...horeah...

Ya...daku ini mempunyai kulit yang sensitif
Bak kata mamaku, anaknya yang seorang ni 'kulit lokek' 
Cepat tinggal kesan kalau kena apa-apa...
Sebab tu lah muka ku ni, kalau kena jerawat seketul pon dah tinggal parut...huhuhu

Btw....bagus guna vaselin ni...vaselin mampu membantu hilangkan parut n kesan sunburn dengan cepat ya
Kesan minyak kat leher daku masih ada, sebab ku tak buat apa-apa kat situ
Tapi, bila dah start sapu vaselin malam jumaat n semlam...wah..hari ni dah hilang kesan parut minyak panas tu

Okeh..tu saja cerita minyak panas....ahaha

P/S : kalau dah suka sesuatu tahap high passionate tu, apa jadi pun, tetap tak kisah punya. Tul tak? Sama laa juga dengan daku, #ilasskitchen akan tetap bersiaran.,.wah gitu! hihi


Tuesday, 30 June 2015

Anak burung

Tiba-tiba teringat masa aku kecik dulu...
Satu hari bila ku balik dari sekolah, nampak mamaku tengah memegang sesuatu di anjung rumahku
Ingatkan apa, bila tengok dekat, rupanya mamaku tengah sapu minyak ubat dekat seekor anak burung
Kata mamaku, burung tu jatuh dari pokok durian belanda milik jiran tepi umahku 
Kesian, sayapnya patah...kata mamaku
Sambil sapu...mamaku urut-urut tulang sayap anak burung tu

Setelah sekian lama dirawat setiap hari, akhirnya burung itu sembuh...
Dan kami bela sejak tu..
Seronok tengok burung tu sihat..
Sambil-sambil tu kitorang ajar laa jugak burung tu terbang....
Humm...akhirnya kitorang terus bela atau apa ya kat burung tu? Lupa pulak...ahaha! 

Moralnya, anak burung ie haiwan pun kita ada rasa belas kasihan...apetah lagi anak orang...

Tak boleh bayang apa budak kecik 5 tahun dibuat sedimikian rupa sampai patah 13 tulang! 
Mak tiri n bapak kandung dia smackdown ke budak ni sampai patah riuk tulang belakang?
Aku mengucap panjang bila tengok gambar kecedaraan budak yaya ni kena dera..
Kesian budak ni....disahkan cacat kekal..bongkok n tempang akibat tulang yang patah..
Elok-elok lahir normal...camni kesudahannya...

Semoga penderitaan adik yaya mendapat pembelaan secukupnya
Semoga kedua-dua manusia takde hati perut tu dihukum seberat-berat hukuman.

P/S : tak sanggup nak tengok gambar adik yaya....rasa geram, marah...semua ada. huhuh 

Monday, 29 June 2015

15 minit

Jam skang 1.58 pagi isnin tatkala daku start menulis ni...
Wah...tu dia. Dah puasa ke-11 baru nak menulis dalam belog kan...
Ini semua kerana perut masih full...err, sangat full sebenarnya...
Rasanya ini malam pertama di bulan puasa aku masih berjaga tatkala melewati tengah malam ni
Hari-hari di bulan puasa, memang ku akan tido awal...otomatik lelap jam 10 ++ malam tu


Ini dia punca aku tak boleh tido malam ni
Sotong celup tepung, cucur udang + bilis, bubur chacha
Tidak kelihatan dalam gambar : dragon fruit super cool lagi yummeh n teh tarik
Hidangan supper malam ni kusediakan spesel untuk tetamu nan bertandang
Punyalah ku hidang dari kul 10.30 malam, dari panas sampai sejuk jadinya..
Akhirnya jam 11.10 malam baru sampai pasangan bertuah ni...sabor ajelah
Maka sesi makan-makan larut malam ni sampai melangkaui jam 12 tengah malam...huhu
Lepak punya lepak kan.....nasib ku tak tahan suh tido jer kat umah manisku ini, bersahur terus kan..ahaha

Owh....berbalik kepada tajuk entri ni....15 minit? 
Ahah...15 minit tu maksudnya masakan 15 minit daku sempena bulan puasa ni..
Kalau nak tau, perut n tekak melayu tulen macam daku ni haruslah kena makan nasi setiap hari
Berbuka n bersahur mesti wajib makan nasi......n kurma..gitu
Makanya balik dari ofis, setiap petang...haruslah 15 minit untuk memasak lauk pauk segala
Pagi-pagi, 4.30 pagi alarm dah bunyi....4.45 pagi baru start masak. Just nice. Lewatkan sahur konsepnya kan.
Lagi pun, konsep daku ialah semua hidangan hendaklah panas n fresh dimasak.
Tak suka konsep panaskan makanan ni...huhuh.
N....say no for bazar ramadhan's food! 

15 minutes to cook....but the menu must be delicious n yummy....special for iftar n sahur ! Uhumm...


Ikan jenahak bersama ibu santan
My first trial to make this dish
Ikan jenahak yang lagi sedap isinya daripada ikan merah...
Tak sangka sangat sedap dibuat masakan ini.....so yummeh!
Paling win ialah, ianya sangatlah senang dibuat...uhumm


Menu kedua ketam pada minggu lepas
Menu pertama haruslah my signature dish, ketam masak cili berkrim
Tak sangka ketam ni sangat sedap dibuat masakan ini
Nama menu ini ialah ketam bersalut
So easy peasy to prepare.....win! 
Rasanya ini ialah kali pertama kubuat ketam yang perlu digoreng...


Ini ialah my always favourite ayam bawang putih
Sejenis masakan menu baba n nyonya yang ku sangat suka
Pembangkit selera tatkala otak buntu nak buat lauk apa...
Cepat n senang dimasak.....paling penting sangat sedap pulak tu
Bahan-bahan pun tak complicated...
Boleh refer to my recipes list ya......

15 minit saja....
Dah cukup untuk hasilkan masakan menarik yang berbeza setiap hari untuk berbuka dan bersahur di bulan puasa.
Masak n makan berpada-pada....yang penting, jangan membazir! 
Dan perlu ingat...bulan puasa bukan hal pasal makanan saja....manfaatkan bulan yang penuh berkat ini, tahun depan ada rezeki panjang umur, insha allah boleh ketemu lagi.

#inikan puasa 

P/S : setakat ini checklist sempena ramadhan kali ni dah berjaya di'tick' .... tapi, bab malam tu, humm...mmg failed..belum apa2 dah tertido...ahahaha.

Friday, 19 June 2015

Ramadhan 1436H


Salam Ramadhan 1436H 
Hari ni dah hari kedua kita berpuasa
Semoga Ramadhan kali ini akan jadi yang terbaik untuk kita. Insha Allah.

Just want to share this ... A gentle reminder to all of us!


Thursday, 11 June 2015

Seismology

Hari jumaat lepas Malaysia dikejutkan dengan berita Ranau dilanda gempa bumi
Malaysia pun sekarang dilanda gempa bumi? 
Kerana kejadian ini kita dengar perkataan malim gunung, sesar, seismologi dsbg

Bila kejadian ni berlaku, barulah muncul pakar-pakar seismologi, meteorologi dan lain-lain tu.
Bila sebut seismology...wah, terus terasa darah geologist kembali segar dalam diri. Muahaha.
Sebagai seorang yang pernah berkerjaya sebagai seorang engineering geologist, benda-benda ni terasa dekat di hati. Wah gitu! 

Seismologi ialah salah satu subjek yang daku n kengkawan wajib ambik n lulus masa study course ni dulu.
Dulu course ni corenya hanya ada di UKM n UM. Seronok juga belajar pasal sesar n plat tektonik atau kata mudahnya, pergerakan bumi. Garis sesar aktif boleh memungkinkan berlakunya gempa bumi. Gitu!



Keratan akhbar ni jadi topik discussion oleh my geologist geng
Hangat.....wah, terasa macam kat fakulti pulak..hihi


Prof Dr Ibrahim Komoo ialah legend dalam bidang geologi kat Malaysia
Buku-buku n jurnal beliau banyak jadi bahan rujukan daku dulu
Sama juga masa membanting otak n tulang siapkan tesis dulu
Macam tak caya tesis aku dapat A okeh...wakaka....berbaloi gi berkampung kat Pokok Sena, Kedah untuk buat kajian demi sebuah tesis.
Hoih, bukan senang nak dapatkan segulung ijazah...huh
Teringat pulak kat semua Prof yang mengajar daku n kengkawan dulu....
Prof. Basir selaku penyelia tesis aku, Prof Joe selaku my fav prof becos jadi prof pertama ingat nama penuhku n ajar my fav subject, remote sensing, Prof Zaiton yg ajar seismology, Prof Kadderi merangkap majikan pertamaku masa ku jadi tutor kat UKM dulu...
Alamak, terasa touching la pulak....rindu pulak zaman belajar..huhu

Snapshot of discussion via whatsapp grup
Hebat-hebat kengkawan yang memang purely involve in this geology thing
Geoscientiest at petronas n other oil & gas companies
Engineering geologist in varieties construction n consultan companies
Ada jugak yang bertukar bidang, jadi cikgu etc...err, ada jugak jadi ptd...(ahaha)
Ada yang based in Malaysia, ada yang based oversea
Whatever it is...once geologist, always a geologist!
Proud of u guys! 

Geophysical engineering n environment
Geochemistry
Petroleum Geology (my majoring) n sedimentology
Structural geology
Paleontology ....all about fossils, dinosour etc
Geomorphology n soils science ......
Remote sensing & aerial photography......my fav subject ever! * sib baik tak sempat keje kat remote sensing*
Structural geology n tectonic...
...

Wah..banyaknya kalo nak sebut..
Aiyooo...siri imbasan subject zaman belajar dulu...kahkahkah
Macam tak caya pon ada...how i could survived all those weird things....hihi

Apapun, takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kejadian gempa di Ranau
Sama-sama kita rakyat Malaysia menghulurkan bantuan melalui tabung-tabung rasmi yang dah diwujudkan
Semoga Malaysia kekal aman dalam rahmatNya.

P/S : zaman student dulu, daku dikenali dengan imej brutal. memang sempoi gi kelas pakai seluar jeans koyak, tshirt, jam g-shock besar, sling bag. hihi....perrgh....cool! Zaman belajar ialah zaman paling seronok. Paling best bila dapat masuk lab kimia..hahaha. Always proud as a pure science student! 

Tuesday, 9 June 2015

Sesat

Baru sempat nak cerita kisah sabtu lepas
Hari sabtu lepas daku dapat satu jemputan ke program dekat KL....spesifiknya di dataran merdeka
Program tu bermula jam 8 malam ya.

Pada hari sabtu itu, dari tengahari hingga petang itu...daku berada di big bad wolf...
Sepatutnya masa kat BBW  tu daku plan paling lama 3 jam jer kat sana
Oleh kerana berlaku satu insiden di sana....maka terlewatlah pulak.
Jam 5 lebih baru dapat keluar dari sana.
Masa kat BBW tu, dapat mesej dari sorang member, katanya sekretariat advice pergi ke dataran merdeka via tren.

Via tren? 
Makanya, malam tu...gigih la daku naik ERL dari putrajaya sentral ke KL sentral...
Punyalah dah lama tak naik tren kan.
Rupanya, transit untuk tukar naik LRT ialah dekat bandar tasik selatan.
Huhu....dah bayar mahal, pergi ajerlah KL sentral
Sampai KL sentral...tercengang-cengang sebab dah ada Nu Sentral... ahaha
Punyalah lama tak datang sini kan.

Naik putra dari KL Sentral, turun dekat masjid jamek...macam diberitahu oleh mereka dalam mesej.
Dengan konfidennya, daku pun menapak...
Akhirnya...tau apa jadi? ...
Aiyoooo....daku sesat!!! Huhuhu


Huu...muka sedih
Penat lagi letih sebab sesat n tambah penat dok turun naik tukar tren
Gambar mukaku paling atas, muka sedih dekat masjid jamek...masa ni dah balik lepas surrender sesat
Rupanya, masa ni pun salah lane...haha...nak ke seberang lane tu pulak..punyalah jauh kena menapak..huhu
Gambar mukaku kat tengah tu pulak, dalam tren terpinga-pinga....nak gi mana sebenarnya ni...haha
Sib baik berjaya sampai ke BTS exchange untuk pertama kalinya dalam sejarah ERL ni
Gambar bawah...siap cekak pinggang..letih turun tangga ke ERL nak balik putrajaya..huh..
Berpeluh macam marathon ya....ahhhh! 
Gambar lane tu ialah stesen ERL di tasik selatan
Akhirnya, jejak jugak kakiku ke BTS ni...hihihi

Sebenarnya daku berada di alam kesesatan di tengah kotaraya KL tu 2 jam jugaklah...
Dari jauh ku nampak Dataran Merdeka itu....tapi, tetap tak reti nak masuk ke sana...
At last ku ambik gambar dari jauh jer...hahaha

Huuu...daha berbelas tahun tak jalan kaki camtu kat tengah KL
Aiyoooo...memang failed. Kali ni terpaksa admit, kini ku dah tak terror jalan KL
Naik kereta confirm ku akan sampai punya....huhu

Lagi satu, bila jalan kaki macam tu kat tengah KL ....huu, terasa horror lah pulak.
Perasaan horror dan letih tu, buatkan aku surrender...n patah balik cari stesen masjid jamek, terus balik umah

Malam tu...satu jer aku rasa, ....penat gilerrrr!!!!! 

P/S : malam tu telah jadi hari ini dalam sejarah, sesat! huh....buat malu diri sendiri jer selaku bekas penduduk KL ....ahaha

Sunday, 7 June 2015

Big bad wolf 2015

Big bad wolf kembali lagi.
Dah seminggu penganjuran, baru semalam sempat pergi
Penganjuran kali ni bertempat di Mines 2...bersekali dengan Book Fair.
Makanya, banyak pameran buku termasuklah oleh BBW.
Makanya juga, zon BBW kali ni tak sebesar tahun sebelum.

Cumanya, perbezaan kali ni ialah BBW offer kaedah pembelian yang sangat best.
Sangat value for money, much worth every penny yah! 


Bila masuk ke BBW tu, dorang akan approach untuk beli kotak
Ada 3 saiz untuk 3 harga berbeza
Daku beli kotak ini, yang paling besar berharga RM99.90
Beratur di kaunter, bayar dan dorang akan bagi kotak
Resit dorang akan tampal kat kotak, n satu salinan untuk kita simpan
Lepas tu, bagi marker untuk kita tulis nama dekat kotak


Bawalah kotak tu dan isilah seberapa banyak buku asal muat kotak tu
Kena susun dengan sehabis baik, jangan bazirkan walau seinci ruang pun okeh..haha
Teknik daku ialah, beli semua buku yang paling mahal
Ambl buku yang semuanya hardcover, buku yang paling best..isi yang tu dulu
Lepas tu, ruang-ruang skit yang boleh muat tu, isi dengan buku-buku best bersaiz kecik
Semasa nak pack kotak tu, satu buku eksilopedia terpaksa aku keluarkan
Sebabnya, ianya tinggi sangat, sampai takleh nak seal kotak tu
Baiklah....keluarkanlah..walaupun terasa sayang sangat! 


Tahdaaaa.....buku-buku dikeluarkan dari kotak..
Semuanya 30 buku pelbagai saiz dan pelbagai warna
Bila kira ikut harga ditampal, kesemuanya ni berharga RM310.00
Waoh....banyak betul penjimatan kan dengan kaedah beli kotak ni...seronok! 
Harga sebenar, RM310....tapi, hanya bayar RM99.90
Waoh..tq BBW for this bulk purchase offer..wee
Sekarang, dah siap susun di rak buku mini library rumah manisku..ahaha

Komen untuk BBW kali ni :
1. Ruang pameran yang tak berapa luas
2. Banyak juga kategori buku yang takde kali ni
3. Nampak macam kali ni BBW target nak habiskan buku-buku lama
4. Siri-siri buku novel n hardcover cooking book yang baru n famous n dinantikan takde kali ni, maka niat nak lengkapkan siri-siri buku koleksi aku tak kesampaian

P/S : oleh kerana kurang pilihan, kali ni daku fokus dengan beli buku masakan, buku management, buku travel n tak dilupakan novel2 thriller penyiasatan ala2 CSI! hihihi. buku paling berharga yang kudapat kali ni, of cos laa gordon ramsay punya perkongsian. horeah. satu lagi ialah buku panduan penataan gaya, Work It! 

Wednesday, 3 June 2015

Anime

2 minggu lepas daku ada bowling tournament dekat wangsa walk
Dah lepas game, pusing-pusing la kat mall tu.
Punyalah seronok n excited bila terjumpa satu kedai CD yang sangat best.
Kenapa selama ni aku lepak kat mall tu, boleh tak sedar wujudnya kedai tu.
Seronok sebab apa? 
Ahah, sebabnya ialah......semua tv siries n anime kesukaan aku ada kat sana. Yahoo! 
Berejam kat sana okeh...terasa macam dekat world of anime...hahaha


Setelah pening lalat sebab over excited diri ini ditenggelami banyaknya anime yg best
Sedar tak sedar hari pun dah nak malam..hahaha
Akhirnya, ku pilih 2 siri anime yang paling aku suka...
Akhirnya jumpa jugak setelah sekian lama dok mencari kan
Slam Dunk....my best sport anime ever! 
Gensomaden Saiyuki...the best epic action anime yg ku suka layan masa di tahun kepujian kat Uni dulu..hihi
Welcome home ....! 


Selepas seminggu beli, baru lah aku ada masa nak layan
Hanamichi Sakuragi yang dirindui...hahaha
Sakuragi yang innocent, kelakar lagi lawak tahap gaban
Sakit perut aku gelak dibuatnya..hahaha
Huu...obat stress...
Yang paling tak boleh blah, adoih...emosi betol laa aku ni
Selain naruto, citer ni jugak telah bikin aku meleleh air mata...huu, sedih bila tiba part Mitsui d crook tu
Tapi...secara keseluruhannya...banyak part kelakar...
*sambil layan anime, sambil layan buku masak...hee, obat stress konsepnya kan!


Dan....akhirnya...inilah dia....new addition to d family of my anime collection
Percaya tak, hari Ahad lepas...ku pegi lagi kedai CD tu...hahaha
Niat di hati nak beli citer Samurai X n Death Note sambil cari Hell Girl
Sekali, tengah-tengah belek....oh my! Terjumpa my favourite romantic crook anime....Ayashi No Ceres
Waoh...terus ambik tu...tak lepas
Ayashi No Ceres ni kategori anime yang budak kecik tak boleh tengok..hihi
Memang best! Anime kisah chenta lagi tragis yang satu-satunya aku layan..kuikui
Dan Hell Girl, terus beli juga....nak sambung tengok apa kesudahan
Rasanya lepas hampir 5 tahun missed jalan ceritanya..huhu

Yang pasti, setiap bulan aku mesti akan pergi jengah lagi kedai itu...
Koleksi anime harus ditambah walaupun tak pasti lagi celah mana sempat nak layan kan..
Takpe, janji ada dalam koleksi, ubat stress yang disebabkan hal ehwal ofis yang tak habis-habis kan.

Btw..ku masih mencari anime kelakar School Rumble n Ninja Boys.
Dah siap buat order kat tokey tu. Hahaha. Tak kira, mintak dia cari jugak walaupun katanya dah lama habis dari stok. Dia akan try dapatkan! Yahooo... Bestnya

P/S : untuk koleksi kesayangan, haruslah beli yang original..kualiti terjamin. dan...aku ini ialah orang tak pernah atau reti download apa-apa citer favourite tau.


Sunday, 19 April 2015

Stress

Masuk jer bulan Mac, terus kesibukan melanda tahap gaban
Grounded!! Arghhh! 
Masuk bulan April .... ughh, lagi stress jiwa raga dibuatnya
My nature of job really challenge me alot! Huuuh..

Memang rasa stress sangat..
Rasa macam tak cukup waktu nak fokus macam-macam 

Bila stress ni, memang rutin hidup pun berubah.

1. Setiap hari tido lambat, sebab memang tak boleh tido. Jiwa kacau dek kerana otak penat agaknya.

2. Setiap hari bangun lambat. Pemalas sangat nak bangun gara-gara tido tak lena, asyik terjaga jer. Dah laa bangun lambat, pagi tu laa jugak baru nak iron baju segala. Ahaha. Sudahnya masuk ofis, punch in 2-5 minit sebelum 8.30 pagi. Huhuh. 


Pagi selasa yang kelakar.....arrgh, geram pun ada
Semangat nak pakai my old stripes top pagi itu...
Bila keluar rumah, baru perasan.. Baju ku itu sebelah kiri lentik jer beriron
Sebelah kanan, ya ampun...kedut seribu...tak teriron rupanya
Hahaha....walaupun sakit hati tengok kedutan itu...
Arghh, belasah ajer lah!
Lagi haru, bukak almari baju kat ofis...satu blazer pun takde
Haha, lupa..semua bawak balik rumah sebab nak hantar dry clean

3. Setiap hari makan tak menentu. Takde lagi breakfast kat rumah, pagi-pagi dok berkejar pergi ofis sebab bangun dah lambat kan. Makanya, hari-hari breakfast dengan coklat ajer. Nasib baik coklat memberi tenaga n bagi mood bagus. Kat ofis pun dok berkejar sana sini jer.....uh, letih. 


Coklat wajib ada kat ofis...teman breakfast
Mr. Goodbar n Kracker adalah yang terbaek...nyummeh! 

4. Semakin hari aku rasa aku ni dah makin kurus. Sebab apa? Sebab asyik skip dinner jer sebab macam takde mood n hilang selera nak makan. Huuuh...otak penat memang macam ni kan. 

5. Di kala stress melanda, daku ini pun takde mood nak melayan media sosial bagi ni. Bayangkan, mesej-mesej kat group whatsapp, telegram, mesej inbox pun daku ini tak bukak n baca....kat ofis sah-sah tak sempat, kat rumah pulak tak sentuh. Media sosial yang lain pun sama..tak kuasa nak baca. Buat sakit kepala jer.

6. Tapi kan, bila balik kerja tu....rajin pulak aku ini dok online shopping. Berjam-jam pulak tu...sanggup skip dinner tu yang paling tak boleh blah! Huhuh. Macam-macam dah selamat aku online shopping, haha. Handbag, baju baru, kasut...paling best, baju raya pun dah pre-order ya. Lengkap! Hahaha.


Hasil online shopping....haruslah grab fenomena baru dunia kasut
Finally got my very 1st handmade cipelas shoes....horeah! 
Online shopping bermaksud perebutan, first come first served, hee
Yeah...diakui daku sekarang sudah terjebak dengan online shopping
N i have my own favourite brand.... 💋


7. Penjagaan diri pun dah kurang dititikberatkan. Apekah? Ahah, satunya dah skip makan segala pil supplement yang sepatutnya makan waktu pagi, tengahari n sebelum tido. Yang keduanya pulak, asyik miss pemakaian serum n krim malam itu. Losyen segala pun dah terskip. Arggh! Dan paling win ialah,..time tertido tanpa sempat buang mekap bila balik dah malam. 

8. Setiap hari mesti nak melepak kat luar dengan kengkawan. Release tension konsepnya kan. Hey, we need unwind moment kan! 


Lepak dengan geng gossip baru
We are now under one roof ya
N we share d same culture shocked yah... Ahaha
Many more gossips to come..


Lepak dengan jiran bangunan
Setelah sekian lama, baru berkesempatan lucnheon bersama
Menikmati hidangan ala chinese food di puncak nan tinggi
Discuss isu negara kununnya...kahkahkah
Once again, Tok jangan marah ok. Ahahaha


Haa...ni pulak sesi menikmati hidangan jepun pulak
Dalam banyak-banyak restoren jepun yang ada ni, sushi king tetap di hati
Lepak mensushiking bersama geng group...dua-dua nickname pendek ila
Ni namanya ila kuasa dua... Bergabung!!! hahaha
Sib baik ada nama glamer lain, milah n ilass
Cool dapat lepak walaupu kali ni bertiga ajer kan


Hidangan chinese dah, hidangan jepun dah, hidangan selatan salsa dah
Kali ni port lepak daku ngn gff ku ini ialah untuk hidangan itali pulak
D definition of stress reliever for us will always great food, cool ambience n superb music
That's all we need for our story telling lepas perasaan.

9. Hari-hari pergi n balik kerja, harus dengar lagu stress daku. Lagu stress daku ialah Angle by Sarah McMachlan. Melodi lagu ni best sangat. Lagu ni ialah antara lagu terbaik dunia tahun 1999 dulu katanya. Lovely song.....

The song is about
"Trying not to take responsbility for other people's problems
And trying to love yourself at the same time "

Begitulah kalo kehidupan ofis mengatasi segalanya.
Huu...i miss d good old time. Work life balance. 

Hope my life will back to normal. 

Ok....now nak kena tido dulu.

P/S : blogging is also one of my stress reliever. n right now, i miss my cooking moment n my kitchen so badly! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation