Friday, 20 February 2015

Kuih bakul



Kuih bakul ialah sejenis kuih yang aku tunggu-tunggu tatkala datangnya raya cina
Kuih ni memang hanya aku n famili akan dapat makan time raya cina
Huh....bestnya kuih bakul ni.
Ku boleh bayangkan bentuknya yang bulat dan berwarna coklat tu. Uhumm.

Ada dua cara nak makan;
1. Sejukkan dalam fridge, lepas tu potong nipis-nipis dan makan. Humm, sedapnya.
2. Potong nipis-nipis, celup dalam telur yang dah dipukul..kemudian goreng. Wallah, nyummeh...sedap! 

Huu...dah lama tak makan kuih bakul sejak-sejak aku mula berhijrah ke KL ni.
Rasanya sejak aku mula keluar belajar kat sini rasanya. Humm, rindu pulak suasana kejiranan rumah tempat ku membesar dulu.

Seronok sebab semua perayaan utama rakyat Malaysia ni, kitorang sama-sama sambut.
Apa taknya, jiran sebelah kanan rumahku ialah Chinese, belakang rumah aku pulak Sikh.
Time raya cina...semua sibuk beraya pagi-pagi...main mercun, tengok tarian naga, kutip angpau! Best..
Selain dapat angpau dalam sampul merah tu, yang paling syok mestilah dapat kuih bakul n limau mandarin
Selain jiran sebelah rumahku yang bagi, mestilah tokey-tokey cina yang kawan ngan abah aku..
Best bila ingat zaman kanak-kanak aku dulu.
Memang harmoni 1Malaysia orang kata.

Time deepavali atau perayaan Sikh / Hindu...wah, jiran belakang umah aku tu memang jadi macam famili dalam cerita Hindustan....siap, pasang lagu kuat-kuat n menari n bpesta....wah gitu! 
Masa tu, kurasa...oowh, memang budaya India/Sikh ni menari n berpesta time perayaan diorang.
Tapi...jiran belakang rumah taklah kamceng macam jiran sebelah rumah.

Time raya puasa pulak...itu memang confirmlah sangat happening kan!
Pagi-pagi hari, mamaku akan bagi juadah raya untuk jiran-jiran termasuklah jiran chinese aku tu....
Kitorang memang sama-sama beraya.
Humm..teringatlah pulak kat teman sepermainan aku tu, ah new, ah fatt n ah hock! Geng sangat!

Sempena raya cina yang very goat ni, kuambil kesempatan ni untuk ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua kawan-kawan chineseku yang merayakan! 

Err...mana nak dapat kuih bakul yang halal kat sini ya? 

P/S : teringat masa ku kerja kat private dulu, time CNY ni...wah, kemain berkotak-kotak dapat limau mandarin. hoh, sedap tu.

2 comments:

  1. baca entri ni sambil kira ang pow..heheh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira ang pow??
      kira angpau yang dapat atau kira ang pow yang kena pau???

      Delete

Ada nak komen?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation