Friday, 23 January 2015

Hello Kota Kinabalu

Piagam diri sendiri kepada belog kena patuh..
Tak boleh biarkan belog lama menyepi...

Semalam, 22 januari..pagi-pagi dah ke klia..flight ke labuan jam 9.00 pagi
Sampai labuan terus masuk meeting...jam 1.30 petang, meeting tamat.
Terus pergi shopping cokelat murah duty free kan. 
Jam 3.30 petang....dah terbang ke kota kinabalu la pulak.
Err...first time naik MAS wing...hehe. Boleh tahan nooo. Kihkihkih

So now, i kt kota kinabalu la....
Last datang bulan jun tahun lepas,.
Okeh...ini ialah out station daku yang pertama tahun 2015 ini.
Tahniah ilasss....! 


Hooreyh...dinner treat at haji manja, kota kinabalu
Seafood heaven yow! nyum..nyum..
Datang KK....wajib datang makan kat kedai ini...
Semuanya sedap! Wallah...


Sebelum makan, dah pilih-pilih seafood yang fresh lagi best
Sebelum balik, nak jugak bergambar dengan lobster hidup seberat 1 kg nih
Tokey dia haji manja yang offer, apa lagi...posinglah!

Humm....selesai hari pertama out station kali nih.

Daaa.

P/S : sentiasa seronok datang KK....sebab boleh shopping seafood. yeay! sambil kerja sambil shoping...

Sunday, 18 January 2015

Hot n sour chicken curry


Hari ni ku berjaya masak satu resepi ayam yang baru..uhumm
Resepi ini sebenarnya inspirasi dari resepi 'red curry duck with lychees'.
Oleh kerana ku tidak menggunakan laici atau rambutan dan kari thai dan paling utama tak guna itik, maka resepi ini dinamakan 'hot n sour chicken curry' 
Sebenarnya resepi ni kubuat hasil pemerhatian cara masak 'red curry duck with lychees' dari sebuah program tv mandarin yang ku tertengok dah separuh jalan. Err, Gordon Ramsay pun pernah buat resepi versi thai itu ya.

Kari ni memang rasanya lain daripada kari ayam yang ku biasa buat dan biasa kumakan.
Untuk yang tak berapa suka rasa rempah, mungkin akan suka rasa kari ni yang hot, sour n sweet.
So nyummeh.

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan) :
7 ketul ayam   (dah dipotong kecik)
1 biji bawang besar - mayang nipis
3 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inchi halia - tumbuk
3 sudu besar cili giling
3 sudu besar serbuk kari
2 biji tomato - potong dadu yang besar
Sedikit minyak untuk menumis
1 cawan santan pekat atau susu cair
Lada hitam
Garam
Gula

Cara masak : 
1. Perap ayam dengan lada hitam dan sedikit garam untuk seketika.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan sebelah bawang besar yang dah dimayang sehingga sedikit layu. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak di kedua-dua belah ayam itu. Kemudian angkat ayam berserta bawang goreng itu.
3. Dengan minyak yang sama yang dah dipenuhi dengan jus ayam itu, tumiskan lagi setengah bawang besar yang dah dimayang nipis sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan campuran bawang merah, bawang putih, halia dan cili giling yang dah ditumbuk. Tumiskan seketika sehingga pecah minyak. Lepas tu masukkan serbuk kari dan tumiskan lagi.
4. Masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi dan gaulkan seketika. Lepas tu masukkan air sehingga menutupi ayam itu. Biarkan merenih. *jangan terlebih air, nanti cair*
5. Masukkan tomato, kacau dan biarkan merenih lagi. Lepas tu masukkan santan pekat / susu cair. Kacau. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula. Biarkan seketika dan siap. 

Resepi ini mudah kan? Boleh lah cuba buat kat rumah.
Amaran awal, masakan ini memang pedas.... So, kepada sesiapa yang tak makan pedas, boleh kurangkan cili giling itu. Tapi, kari memang sedap walaupun pedas, ia ada rasa masam tomato yang fresh dan manis susu. (Tadi kumasak guna susu segar....pun sedap! nyum nyum)

Bak kata Gordon Ramsay "my rules are simple. Home cooking has to be easy. It got to be delicious. If you think you can't cook amazing food at home, think again!"
Sama juga dengan daku ini, my home cooking must be simple and easy but so yummy n delicious! 

Next, ku nak cuba buat red curry chicken with lychees itu. Mungkin sedap sebab ada rasa manis jus laici kan. 

P/S : sangat seronok tengok masterchef junior, they inspired me so much! love to see their happy faces in the kitchen. Most important, their dishes just so amazing n yummylicious eventhough their age only 9-12 years old! hey....i pun mula berminat masak- memasak seawal umur 10 tahun ya, hehehe. btw, most of my cooking skills are adapted from jamie oliver d naked chef! wee....

Thursday, 15 January 2015

Namanya Trainee

Kisah ini berlaku bila sekumpulan budak-budak sekolah perempuan outing selepas habis exam SPM.

Pergi ke bandar dan masuk ke KFC itu untuk makan.
Tiba-tiba mata masing-masing terus fokus kat seorang pekerja restoren yang hensem kat kaunter itu.
Biasalah budak-budak remaja lepas SPM, memang suka la usha2 orang hensem ni
Masing-masing dah on crush laa kat budak lelaki hensem tu.
Masing-masing sibuk nak tau sapa nama budak lelaki tu. 
Akhirnya dorang decide nak tengok nama budak tu masa kat kaunter tu.
Akhirnya dapat tau jugak laa nama budak lelaki tu.
Punyalah happy budak2 remaja perempuan yang jarang leh nak jumpa budak lelaki sebaya ni kan.
Masing-masing dah minat kat budak lelaki cute lagi hensem itu.

A : weyh, aku dah nampak nama dia.
B : sape nama dia weyh? Tak sabar nak tau nama. 
A : aku dah tengok nametag dia. Nama dia Trainee.
C : hah? trainee? Ape ke pelik nama dia tu.
B : nama dia Trainee ke? Aduh..orang apa ni? Agaknya keturunan portugis kot?
A : itulah, dah frust ni. Takkan nak minat orang bukan melayu.
B & C : adoooh, frust ooo. Hensem...tapi orang portugis.

Makanya dorang pun menikmatilah ayam KFC masing-masing dengan frust sambil memandang budak Trainee tu.

Dah habis makan, masing-masing basuh tangan.
Dekat situ ada sorang pekerja sedang mop lantai.
Bila tengok nametag, pelik.....namanya pun Trainee.

Akhirnya baru dorang tau...Trainee tu bukanlah nama. Tapi budak pelatih KFC. 
Hahaha. Punyalah lah malu dorang lalu keluar dari KFC itu dengan segera.

A & B & C : Adoih..apalah bodoh sangat kita ni. Napelah kita leh tak ingat Trainee tu apa.

Sekian, kisah budak perempuan dari sekolah all girls dari satu daerah di Kedah.

Aku : Hahahah, kisah ni memang lawak antarabangsa lah! Penat aku gelak kisah budak naif tak tau istilah inggeris ni. Kekeke. Lawak yang layak diperturunkan ke banyak generasi.

P/S : kisah ini kisah benar kawanku semalam. mengimbas kenangan waktu zaman dolu2 ...berkait dengan  topik 'oh my english'. tapi dorang tu semua bukanlah budak-budak tak cerdik, sorang dah jadi cikgu english, sorang masuk UIA ..now dh jadi PTD. n bahasa inggeris dorang masa SPM tu pulak dapat A2 jugak. Cuma, itulah bezanya budak2 sekolah kampung....hehehe. 

Wednesday, 14 January 2015

K-Pop


Ini ialah antara koleksi CD K-Pop yang aku ada
Yang selalu aku dengar dalam kereta
Yang selalu aku layan pagi-pagi sambil bersiap pergi kerja
Yang kadang-kadang aku layan time exercise, joging kat luar n paling penting bersenam kat umah

Ya..aku memang suka layan lagu K-Pop
So what? 
Aku suka 2NE1, aku suka Big Bang, aku suka Girls Generation, aku suka Beast, aku suka 4minute, aku suka Sisters...
So what?
Dah aku memang suka layan lagu catchy...
Dah aku suka layan melodi...aku tak pentingkan senikatanya
Yang penting...aku booooo layan lagu jiwang tangkap leleh.... No..no..no! 

Tapi..kisah budak2 fanatik k-pop yang jadi viral tu memang semua orang tak boleh terima
Memang diakui salah, sebab tak selari sangat dengan pemakaian dorang tu
Cuma kena be fair dekat dorang...

Macam kelakar pulak...bila hari2 drama melayu kat tv dok tayang adegan pelok sakan antara hero n heroin contoh malam tadi punya drama kat tv9.
Takdek pulak yang kecoh komen n kutuk.
Ohooo...sebab dorang retiss kan!
Attitude melayu mesia sangatsss!

Please ... Jangan double standard.

P/S : dah lama tak layan drama melayu....sebab kalo tengok, menyampah pun ada.

Tuesday, 13 January 2015

Lupa

Susunan ikut tahap keparahan : 

1. Setelah puas berjimba-jimba kat suatu tempat yang aku pergi, keadaan ini disedari bila dah di depan kereta di lot parking itu. Bila tekan kunci kereta, baru kereta aku itu dikunci. Loh, rupanya selama-lama kereta itu parking di situ, ianya tidak dikunci pun! Huhuhu. Dan kejadian ini dah banyak terjadi di banyak lokasi. Yang nasib baiknya, setakat ini kereta aku tidak diapa-apakan. Syukur juga tangan aku ni rajin lock strereng kereta itu. Terima kasih kepada pencipta auto stereng lock ini. *mode pemalas kalo nak kena lock pakai batang lock tu, huh!*

2. Setelah pergi ke mana-mana berhurey-hurey....tak kisah dekat atau jauh, selalunya keadaan ini disedari bila dah sampai rumah. Bila tengok lesen kereta aku ada bersama pass pekerja aku! Adoih....selamba ke mana-mana sahaja tak bawak lesen. Huh, nasib baik la belum pernah kena tahan oleh mana-mana JPJ tau polis trafik.

3. Sekali lagi keadaan disedari bila dah sampai parking. Okeh, cermin kereta belah side pemandu elok jer terbuka! Adoiiih. Kejadian berlaku ada la 5 kali kot? Kat ofis aku n kat shopping complex n kat mana-mana tempat parking yang aku kena turunk cermin untuk pass masuk. Huh, nasib baik tingkap itu lutsinar, maka orang pun tak perasan sebenarnya cermin takde pun di situ. Huhuh.

4. Bila malam menjelang, lepas tengok tv atau apa-apa aktivit kat rumah....bila mata dah berat tu...otomatik kaki n tangan aku akan melangkah ke bilik tido.....mata hanya nampak bantal jer. Keadaan disedari bila dah celik mata di kala pagi, homaaiiii.....lupa nak cuci muka! Arrghhh....kejadian ini kerap berlaku 2-3 bulan lepas. Tensen   tul! Di mana disiplin... Di mana? 

5. Keadaan disedari bila nak keluar dari rumah. Bukak henbeg, rupanya wallet tiada di situ. Biasanya wallet itu berada dalam dashboard kereta. Satu kejadian terbaru, wallet itu dalam drawer dekat ofis aku. Punca utama kejadian biasanya sebab kuar lunch hari bekerja dengan kengkawan...melenggang bawak wallet sahaja. 

6. Keadaan ini baru disedari semalam. Bila aku seronok lepak-lepak ngan member di kala petang lepas ofis. Seronok makan-makan, borak-borak. Bukak henbeg, menggagau.....eh, mana ipad aku? Mula la recall kot salah letak. Humm, confirm...tertinggal kat ofis! Elok ada atas meja. Maka...malam tadi, hasrat naknak update belog tak kesampaianlah! Gitu kisahnya... Huhu 

Uols ada yang pernah alami benda yang sama?
Mind to share? 

P/S : tapi untuk perkara-perkara fakta....aku jenis tak lupa. 

Sunday, 11 January 2015

Wajah baru 2015

Setelah 2 tahun belog daku ini kekal dengan theme layout yang sama dan header yang sama,
Akhirnya semalam ku decide untuk tukar sempena tahun baru 2015. 
Sebenarnya 2 tahun inilah tempoh paling lama belog daku ini tidak bertukar wajah.
Kalo tak, rajin ajer nak tukar theme
Dari tema penuh keremajaan sehinggalah bermacam-macam
Kalo sebelum ni, daku sangatlah gigih mengkoding HTML bagai sebab nak cun punya pasal kan.

Tapi malam tadi, pilih-pilih gambar...pastu edit mana patut nak buat header
Humm...itu pun dah makan masa....
Kalo dah malam, mata ni memang tak mampu dah bertahan..
Akhirnya decide ubah header saja ...

Header terbaru hasil editan tengah malam 
Kali pertama buat hilang tanpa sempat nak save, silap sendiri
Kali kedua buat dah kurang semangat, so...inilah hasilnya...

Mula tu nak kembalikan belog daku ini kepada warna asal usul belog aku ni
Warna favourite, PURPLE .... Tapi, akhirnya ku decide untuk terus kekal dengan background hijau
Cuma kali ni kupilih hijau gelap skit.

Sebenarnya teringat dah berapa lama tak tukar header bila tengok header belog sareque, header terbarunya dengan wajah alia, anaknya yang comel sangat tu.
*hummm, dah macam peminat alia pun ada aku ni..hihihi! little girl crush...keke*

Kepada kengkawan blogger yang lain, taknak tukar header n theme sempena tahun 2015 ni ke? 

P/S : masih fikir bil nak publish lagi cerita bulan Disember 2014 tu. tetap jugak nak post kat belog kan.

Friday, 9 January 2015

Dragon head

Hari cuti berehat sempena tahun baru 2015, memang syok dapat dok lepak 1 hari kat rumah
Sebabnya dah berhari-hari kerja aku asyik outing sana sini...
Panjang langkah...panjang jugalah fulus-fulus nan melayang..keke

Selain aktiviti masak kemudian makan dan makan lagi..
Kupilih hari rehat panjang itu untuk baca manga Dragon Head ni
Manga jepun yang dah berapa lama tertangguh nak abiskan pembacaan
*wah..pembacaan laa sangat kan!*

Ini Dragon Head Volume 8 yang kubaca hari sabtu lepas
Humm..masih banyak volume lagi nak boleh habis citer nih

Manga Dragon Head ni sebenarnya aku beli dekat Big Bad Wolf Tahun 2013...
So... Bila ada Big Bad Wolf  2014 hari tu...matlamat aku tetap sama...
Nak cari buku-buku untuk buat collection...hanya buku yang betul-betul aku follow.

Big bad wolf 2014 bulan disember tahun lepas
Tetap meriah..kali ni ku angkut adik manis 2 orang ini
Time nilah jer pun kita nak menyelam dalam lautan buku....uhmm

Dan hasil selaman di lautan buku BBB 2014, inilah dia.....
Buku masak, novel omputeh, buku leadership....tu semua aku punya
Buku novel jiwang melayu...buku teenagers sangat itu...semua adik manis itu punya
Sukses jugak dorang mengepau aku ya! Huhuh..

Iya....masuk tempat ada banyak buku memang akan buatkan aku hanyut...
Sebab memang kusuka layan belek-belek buku ni.
Walaupun agak kuciwa manga Dragon Head tak jumpa untuk cukupkan volume, tapi takpe...at least ku dah dapat 3 ketul Pretty Little Liars... Wee! Harusss buat koleksi..
Nak beli kat MPH semua season.....terbang loh duit aku kan! 

Ada suka layan manga jepun macam daku ini?
Dah banyak tau manga yang diangkat menjadi anime yang hebat
Dan ada juga manga jepun yang dan diangkat jadi filem n drama jepun / korea yg best! 
Layan....

P/S : bila cakap pasal manga n anime jepun ni, terus teringat my rock member, Lan. Hoi pakcik, sejak lu busy ngan bisnes nan kencang....dah takdek dah supplier anime jepun untuk gua tau! *bahasa rock dengan mamat rock nih harus kena menten...hahaha, baru rock!*

Thursday, 8 January 2015

Bukan sebarang tua... Ahah!

Pagi tadi lepas terkocoh-kocoh punch card...ku berlari pulak nak alihkan kereta yang letak tepi jalan
Iyalah...sedikit terlewat pagi tadi. Kalo terus masuk parking yang bersimpang siur tu, humm..mau 5 minit masa dah dibazirkan.

Tengah-tengah aku mencilok tu...tiba-tiba ada satu kereta sport putih two seats yang sangat smart!
Waoh...!! Memang kagum abes lah! .. Perrgh,, kereta sport putih yang seksis..seseksis bumbungnya
Memang boleh buatkan ramai orang jatuh chenta!
Aku macam biasa lah, akan usha orang yang drive..
Dan..agaknya drivernya pun bangga dengan keretanya yang cun itu, dia pun turunkan cermin

Guess what?
Mak oih...seorang pakcik tua lah driver itu!
Rambut pun dah putih..
Pakai spek smart.. n orangnya pun quite smart!.
Owwhh... orang tua kaya rupanya..! padanlah mampu pakai kereta mewah..kekeke

Ada pulak sebelum ni..aku dok kagum dekat geng bikers yang bawak big bike yang super smart
Ya..aku suka usha big bike kat highway time bawak kereta!
Diakui aku memang suka layan magazines motor sports n kereta sports ni...so, bila jumpa live, memang aku akan usha. Perghhh,, suka betul aku dengar ngauman enjin nya! Vrooommm.
Sekali bila sampai kat RnR... bila masing-masing bukak helmet fullface dorang tu...
Halamak....! lelaki tua lah oiiii... dah taraf atuk-atuk... n ada juga yang bawak nenek bonceng.. kihkih
Lelaki-lelaki tua nan kaya.. padanlah mampu beli motor mewah...
Arghhh!

Humm.. no wonder laa ada keratan paper semalam kata, lelaki tua semakin diminati wanita muda!
Auuww...!
Tapi... lelaki tua yang banyak duit lah kan! Keh keh keh

Nak tengok lelaki-lelaki muda pakai kereta sports or motor sports tu...sama ada dia memang kaya atas kederat sendiri atau mak bapak kaya yang sponsor! hehehe

Errr...aku pun tak kaya.
Tapi someday...mungkin aku akan beli jugak kereta or motor sports...itu pun kalo aku kategori tua dan kayalah! Hahaha

P/S : Teringat pulak pemilik big bike warna hijau masa sekolah dulu,  dah la hensem giler orangnya. macam mana tak ramai peminat, kan! n lepas tu baru tau fakta, dia memang anak bapak kaya giler! fuhhh. Dan yang menareknya, bila aku cuti semester time matrikulasi dulu, dia tegur aku. Sukanya aku bila dia melepak sama aku time tu, hahaha. Time tu lah dia bagitau dulu dia suka aku.... Hahaha. Walaupun aku suka tersipu-sipu, tapi... masa tu it's too late lah! *mode teringat kisah silam pulak..kekeke*

Wednesday, 7 January 2015

Olskool

Tiba-tiba teringat pasal meeting semalam
Meeting itu ialah meeting yang serius... Mana taknya, chairmannya ialah boss no. 1 bahagian paling popular di central agency itu

Meeting memang agak serius ....discuss isu yang selalu jadi perhatian orang ramai n media.
Meeting berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari lebih skit. 

Tiba-tiba di penghujung meeting, seorang puan itu mencelah memberi cadangan 

Puan A : saya cadangkan supaya kita semua berhubung dalam satu group untuk memudahkan kita discuss, follow thru etc. Saya cadangkan supaya kita semua masuk dalam satu group Yahoo.

Tiba-tiba semua ahli mesyorat macam tergamam sekejap. Yang tergelak pun ada.
Aku pun tergelak sama, siap pandang geng aku yg jadi urus setia. Terkeluar pulak dari mulut aku, "olskool nya pakai yahoogroup! "  Hahaha. 

Iyalah, ada ke orang masih pakai akaun yahoo sekarang ni?
Emel yahoo aku tu pun aku dah delete, tutup akaun....walaupun sayang dengan akaun emel aku tu. Kekeke.
Dolu-dolu betul laa yahoo mesenger itu sangat glamer...but not now yah! 

Geng-geng urus setia yang tergelak sama pun terus bagi cadangan yang dorang akan bukak group telegram.

Dah chairman pulak yang kagum...

Chairman : Telegram? Macam mana pulak tu? Nanti ajar saya.

Urus setia : Telegram boleh masuk ramai skit Dato'. Kalo pakai whatsap, 50 orang jer.

Betul la... Generasi babyboomers n Gen X ni memang dah tak terkejar dah dengan teknologi Gen Y n Gen Z ni.
Yang mana generasi lama yang boleh catch up tu, memang salute lah! Haha.
Tapi.....for mama n abahku exceptional...serius, aku n siblings tak menggalakkan dorang pandai...lagi bagus dorang tak tahu.tak payahlah diracuni pemikiran ngan benda tah hape-hape dunia siber ni.

P/S : i am explorer type.....so, memang agak advance ya. keke. 

Tuesday, 6 January 2015

Elak 'puffy eyes'

Mode : baru lepas main game yg best ngan si bongsu, tak sedar jam dah 2 pagi. Lagi best, jam 9.00 pagi ni...ku ada meeting yang super serius. Ugghh! 

Mata macam pedih n sakit, iyalah ku ini bukan boleh tido lambat...nanti ku jadi macam orang tak betul kalo tak cukup tidor...lagi laa dengan sakit kepala.

Sebelum tido, nak jugak memblogging dulu.
Aku sebenarnya dah perasan, dua tiga empat menjak ni....bila aku senyum, mataku macam ada eye bags! 
Arggh...bila tengok gambar, fokus pada mata, macam hover jer eye bagsnya..walhal sebelum ni mana ada macam tu. Err, mungkin juga sebab satu masa itu aku suka ala2 meniru seseorang yg suka senyum sampai sepet matanya...ahaha.

Err...apa mungkin juga kerana dua tiga empat menjak ni ku sangat laa komited mematuhi eyescare regime.
Setiap pagi n malam ku akan pakai eyes cream. Kaedahnya macam laa yang salesgirl tu dok ajar.
Dan aku pulak, jenis yang sangat rajin membaca buku atau artikel pasal segala pasal beauty regime ni.
Baru ku tau, kaedah yang digunapakai dua tiga empat menjak ni agak kurang tepat. Huh.


Thebeautydepartment.com kata begini cara yang betul bila apply eye cream sebelum masuk tido


Thebeautydepartment.com dan beberapa artikel lain yang ku baca bagitau benda yang sama
Kalo kita apply eye cream tepat di kelopak mata kita yg kulitnya sangatlah halus dan manja
Maka, eye cream itu akan menjalar masuk dan diam di situ, dan membengkak manja
Nah....tu dia, your puffy bags! 
Puffy bags just a nightmare kan?

So...kengkawan, mari kita menjaga mata kita luar dan dalam.
Tidak guna beli eye cream nan mahal ratusan ringgit kalo salah cara pakai.
So, salesgirls pun sama...jangan salah bagi advice.

Sekian girls talk malam ini.
Till here...daaa! 

P/S : ubat tido era millenium ini ialah dengan baca sesuatu kat henpon...sure terus pengsan. kalo bersiap siaga bagai sebelum nak tido, jawabnya sampai ke cerah dok terkebil-kebil dalam suram malam bawa ke pagi.

Monday, 5 January 2015

Mee Berkuah di tahun 2015



Entri ini khas untuk kengkawanku yang merindui entri masak-masak dalam belog daku ni
Selalu kalo jumpa, mulalah request aku untuk masukkan entri masak-masak.. hehe

Ok, kali ni aku just nak share satu masakan mee yang sangat suka sejak aku kecik
Pendek kata bila dah lama tak makan, mesti aku rasa teringin...hummp
Mee Berkuah Mama !

Hari Sabtu pertama 2015, ku akhirnya pilih masak ini untuk hidangan tengahari
Teringin ! plus.....stok mee kuningku dah tinggal sepeket saja... kalo nak buat mee goreng basah kena lah ada 2 peket....sebab, kat rumahku ini masih ramai rakyatnya...hehe

Akhirnya, ku decided masak Mee Berkuah Mama
Mee Berkuah ni rasanya ada atau boleh jumpa kat negeri tanah tumpah darahku lah kot?
But believe me, this mee is super sedap....paling utama...sangat mudah dibuat... dan...sangat mengenyangkan!

Bahan-bahan :
Mee kuning
3 ulas bawang merah dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk dan cincang kasar
2 biji cili hijau
5 biji cili padi hijau (kalau tak nak pun takpe)
2 biji tomato, potong 4 saja.
Sayur sawi
Lauk ; isi ayam, isi ketam, fishball, udang (nak campur macam2 lagi pun sedap!)
Sedikit udang kering (tumbuk kasar..) ---> optional 
Sedikit sos tomato dan sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih (white pepper)
Sedikit minyak
Gula, garam
Air untuk kuah

Cara Masak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah n bawang putih
2. Masukkan isi ayam, kacau seketika. Kemudian masukkan isi ketam. (dan lain-lain lauk tambahan jika suka). Biarkan seketika.
3. Taburkan serbuk lada hitam dan lada putih. Kacau.
4. Masukkan sayur sawi dan cili hijau yang dah dipotong sederhana, kacau seketika bagi layu sikit. Masukkan juga udang kering.
5. Masukkan air untuk kuah.
6. Masukkan sos tiram, sos tomato n sos cili.  Kacau. 
7. Biarkan mendidih seketika. Masukkan mee kuning.
8. Biarkan seketika. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Masukkan tomato dan cili padi yang dibelah sedikit (daku suka masuk sebijik terus tanpa potong).
10. Biarkan seketika, rasa dan angkat kalau dah sedap!

Seee.. semudah A, B, C dan semudah 1, 2, 3 ... 10. Dah siap!
Slurrp....sedap!

Selamat mencuba! Daa.

P/S : ada juga yang panggil resepi ni Mee Berkuah, ada yang panggil Mee Berkuah Lada Hitam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation