Tuesday, 24 February 2015

Buttermilk fried chicken


Harlooo...
Sekarang daku just nak share satu resepi ayam goreng yang sangat sedap n lazat...
Yang specialnya ialah buttermilk fried chicken ni ialah resepi Gordon Ramsay..
Ku buat ayam goreng ni lepas tengok Gordon Ramsay cooking show tu...
Kebetulan semua bahan ada dalam stok dapur aku..
Almaklumlah kan, stok bahan-bahan untuk masak haruslah lengkap kat dapur manisku.
Bukan apa, senang nak buat tatkala teringin macam-macam ni kan.
Uhummm..! 

Oleh kerana resepi ini ialah resepi Gordon, maka ku tepek jer terus kat sini resepi beliau itu.
Believe me, sangat mudah dan senang dibuat.
U guys should try this.



Daku sebenarnya tengok Gordon masak ni tengahari Ahad 2 minggu lepas
Terus lepas tu buat untuk makan dinner malam itu..
Humm...memang sedap ayam ni..
So crunchy...n paling best sebab creamy buttermilk dan pedas cayenne n paprika menjadikan rasa salutan tu itu marvellous..

Satu jer ku nak bagitau...
Cubalah buat.....dan makan! 
U will love this yummylicous buttermilk fried chicken.

Till here...daaa

P/S : berjaya siapkan entri ni tatkala menunggu ketibaan flight nak balik KL. Dan waktu sekarang ialah 9.05 malam. 

Lewat



Akhirnya jam 11.00 malam baru daku dapat masuk bilik hotel ni..
Punyalah lama kat lobi hotel untuk proses check in tu...huhuh..
Masuk bilik dengan mata hampir terpejam....iyalah..mengantuk owh!

Lewat segala hari ni tau...
Dari hal flight yang delayed sejam...
Hinggalah kepada proses check in kat hotel baru nan cantek yang tidak sistematik....
Yang dah letih bertambah letih...

Sekali tiba-tiba teringat malam ni ada citer Teen Wolf...
Episod penting terakhir untuk season ini..wooh, sib baik sempat nak layan untuk tempoh setengah jam terakhir...
Humm..sib baik sangat...harussss layan!!!

Lepas habis melayan citer yang superb di atas katil nan empuk kat hotel baru ni....
Ambik handphone...baru laa nak respond kengkawan kat group telegram. 
Taip beberapa patah perkataan.....celik mata, loh...dah jam 5.00 pagi...
Huu...see....mudah sangat kan daku ini tertido...! 
Aduuh....benci betol laaaa kelemahan nan satu ni ...huhu

Ok....sebenarnya daku skang ni tengah out station...
Out station sana sini yang orang nampak seronok, ....tapi, sebenarnya,..believe me, not enjoyful at all yah! 

P/S : minggu ni minggu out station ...huhuhu...

Friday, 20 February 2015

Kuih bakul



Kuih bakul ialah sejenis kuih yang aku tunggu-tunggu tatkala datangnya raya cina
Kuih ni memang hanya aku n famili akan dapat makan time raya cina
Huh....bestnya kuih bakul ni.
Ku boleh bayangkan bentuknya yang bulat dan berwarna coklat tu. Uhumm.

Ada dua cara nak makan;
1. Sejukkan dalam fridge, lepas tu potong nipis-nipis dan makan. Humm, sedapnya.
2. Potong nipis-nipis, celup dalam telur yang dah dipukul..kemudian goreng. Wallah, nyummeh...sedap! 

Huu...dah lama tak makan kuih bakul sejak-sejak aku mula berhijrah ke KL ni.
Rasanya sejak aku mula keluar belajar kat sini rasanya. Humm, rindu pulak suasana kejiranan rumah tempat ku membesar dulu.

Seronok sebab semua perayaan utama rakyat Malaysia ni, kitorang sama-sama sambut.
Apa taknya, jiran sebelah kanan rumahku ialah Chinese, belakang rumah aku pulak Sikh.
Time raya cina...semua sibuk beraya pagi-pagi...main mercun, tengok tarian naga, kutip angpau! Best..
Selain dapat angpau dalam sampul merah tu, yang paling syok mestilah dapat kuih bakul n limau mandarin
Selain jiran sebelah rumahku yang bagi, mestilah tokey-tokey cina yang kawan ngan abah aku..
Best bila ingat zaman kanak-kanak aku dulu.
Memang harmoni 1Malaysia orang kata.

Time deepavali atau perayaan Sikh / Hindu...wah, jiran belakang umah aku tu memang jadi macam famili dalam cerita Hindustan....siap, pasang lagu kuat-kuat n menari n bpesta....wah gitu! 
Masa tu, kurasa...oowh, memang budaya India/Sikh ni menari n berpesta time perayaan diorang.
Tapi...jiran belakang rumah taklah kamceng macam jiran sebelah rumah.

Time raya puasa pulak...itu memang confirmlah sangat happening kan!
Pagi-pagi hari, mamaku akan bagi juadah raya untuk jiran-jiran termasuklah jiran chinese aku tu....
Kitorang memang sama-sama beraya.
Humm..teringatlah pulak kat teman sepermainan aku tu, ah new, ah fatt n ah hock! Geng sangat!

Sempena raya cina yang very goat ni, kuambil kesempatan ni untuk ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua kawan-kawan chineseku yang merayakan! 

Err...mana nak dapat kuih bakul yang halal kat sini ya? 

P/S : teringat masa ku kerja kat private dulu, time CNY ni...wah, kemain berkotak-kotak dapat limau mandarin. hoh, sedap tu.

Tuesday, 17 February 2015

Lady boss

In my daily working life....i always wanted to have male boss instead of lady boss as my superior.
For me, male boss much more cool .... 1000x, compared to lady boss! 
And yeah, i find myself easily can cope with male boss and also male coworkers....better than opposite one.
It's not about d gender issues here...but maybe because male just naturally a complaisant boss / leader. 
Perhaps...also because of my coolness befriends with guys since i was a kid. 
Hewhewhew......*hemo...hemo!*

And when your male boss recognised you and your work ....of course because of your performance
It's just really a great compliment for you and further miles, for your career development.
As for me, as long as your performance meet up your boss's high standard and expectation, you deserve all the compliments. 
Once again, there's no gender bias in those assesment process.
People, please be fair on your judgement! 
I always believe, all bosses have their own criterias in evaluating their subordinates...n pretty face is not one of them. *huh*

Sentap owh, when your other colleagues (also men) suddenly said your existance in those meetings..and all your efforts only for those meetings ...just as 'teman makan nasik lemak' !
What the heck of statement came out from your mouth?? 
But like always, as a normal attitude of young jovial lady....i just laughed, humm...whatever! 
Definitely you didn't know me at all. 

That stories all happened way back when the top no. 1 was a man.
But now....it's all changed! Now, the top no. 1 is a great woman. Yeah, woman's rules! 
What i respect is the citizen leadership that she just introduced to all of us.
I do agree with her statement, actually only power will make us corrupt someday..
And..and..and...with that, we also need to agree with spiderman's mantra "with great power comes great responsbility!"...hohohoh

When the top no. 1 suddenly announced that she likes me because of the way i bring up myself, openly praised me in the top management's meeting......waoh, what a great surprised! Huhuhuh.... *am totally speechless*
But at the same, felt like....hoh, look.....a lady boss also can like me lah! Who said i'm only could atrract male bosses? (Serious, i hate those damn judgements).

In other way.......i also should realised now.....me n other female colleagues are now, lady boss in the making! 
Please ladies, please act like a very cool, elegant n smart leader yah! 



Till here, daaa...! 

P/S : whatever it is, i always salute smart lady bosses out there, like our milady ..hehe. 'Beauty with brain' is a package. "Beauty with brain damages" .....hoho, that's a big danger, watch out! 

Sunday, 15 February 2015

1989

Gambar atas : Cover album Taylor Swift 1989 dan di dalamnya disertakan satu sampul penuh dengan gambar TS
Gambar bawah : Design dalam album yang menarik

1989 ialah tahun Taylor Swift yang cute ni lahir...
Tahun 1989 aku masih lagi budak kecik yang tak sampai umur 10 tahun pun lagi..hee.

Seperti biasa, aku memang akan hanyut kalau dah masuk kedai muzik ni...berejam kat situ
Hari ni sebenarnya ku lama hanyut sebab mencari oldies songs....n cari album No Doubt, collection the best singles dorang. 
Sekali kedai tu pasang album Taylor Swift ni, wooh...memang best. Maka, kulepak laa kat kedai tu n dengar hampir satu album 1989 ni. Yeah...ku memang boleh lepak dekat tempat yang menghidangkan lagu-lagu yang best especially cool restaurant with great ambience!
Waoh...what a great album with great songs! Yes, i know i want this album! 

Taylor Swift ni boleh dikatakan penyanyi yang berbakat, yang paling menarik ialah sudah tentu bakat menulis sendiri lagu n kebolehan bermain alat muzik.


13 keping gambar TS dalam bentuk polaroid dengan catatannya
Humm...menarik juga konsep ni

Album ni ada 13 lagu yang semua menarik dengan tambahan 3 lagu bonus + 3 voice memos TS.
Overall, konsep album 1989 ini memang sangat menarik...ku suka.
Dan paling penting, himpunan lagu yang semuanya menarik. I like.
Walaupun ku bukanlah peminat TS, tapi....album ini berbaloi untuk dijadikan koleksi.

Humm...dah dapat, terus pasang dalam kereta..layan sambil drive.
Sanggup bawak kereta slow tu demi nak layan lagu..ahaha.

P/S : hooreah...akhirnya ku dapat kembali album No Doubt ni setelah album itu hilang entah ke mana gara-gara tinggal kat kampung. huhuh. "Simple kind of life"...after 2 weeks of hectic life, now i'm back on my blog. 

Tuesday, 3 February 2015

Give me a reason


" It's not romantic here in blue
Swimming, swimming in blue
You left me lonely and confused
Question, questioning you
So soon goodbye you stole my heart
I'm believing you
Was it a lie right from the start
Answer, answer me do... "

The Corrs, kumpulan muzik Irish yang memang menjadi kesukaanku
Koleksi lagu dan muzik video yang ku suka layan zaman study dulu-dulu
Seperti biasa ku memang suka layan genre muzik folk rock ala-ala Dido jugak
Yang paling kusuka ialah layan arrangement muziknya......n bonus kerana vokalis yang cantek bersuara merdu

Give Me A Reason ialah antara lagu The Corrs yang paling kusuka dengar
Sebab arrangement muziknya yang sangat best....paling mahal mestilah alunan violin yang superb.
Fuh...best! Dengar ulang kali...repeat banyak kali bertahun-tahun pun tetap best.
Album The Best Of The Corrs wajiblah ada dalam simpanan..uhumm.

Tertanya-tanya juga di mana The Corrs sekarang....? 
Suka adik beradik yang cun dan terer bermain muzik...n yeah, i suka drummer perempuan ya...fantastic.

Layan lagu ni...memang best! 
Nak nak lagi time tengah membaca.....dan sambil makan cokelat hersheys kisses with almond. Hee

P/S : hujung tahun lepas, adik lelakiku tiba-tiba request nak bawak balik gitar biruku itu. katanya baik dia guna daripada tersimpan jer dalam beg tu. hummm, memang tak dapatlah ya wahai adik! Hihi

Ikan merah masak tempoyak


Slurrrp!!
Itu sahaja satu perkataan yang dapat kugunakan untuk ekpresi dirimu, betapa sedapnya ikan merah masak tempoyak nih. Wallah! 
Untuk dinner malam tadi, hoyeah...ku telah berjaya masak ikan merah masak tempoyak ni. Huu..memang best, especially kuahnya tu.

Ikan merah ni asalnya kubeli sebab nak buat sup ikan merah nan lazat tu. 
Sekali bila ku bagitau nak masak sup ikan merah, ada pulak yang membangkang...tak sedap katanya.
Biasalah kalo nak makan ramai-ramai, kita ikut apa customer mau. Tak gitu..hihi.
Maka ku google la apa masakan yang best nak masak ikan merah ni. 
Tup-tup mata fokus pada ikan merah masak tempoyak.
Waoh..terus teringat betapa sedapnya ikan patin masak tempoyak temerloh.
Maka....ku decide menu utama untuk dinner malam tadi ialah ikan merah masak tempoyak, perak style!

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan) :
1-2 keping ikan merah (beli kat pasar yang dah dipotong)
5 biji cili padi merah
1 senduk tempoyak
1/2 batang timun (dipotong besar)
1 batang serai (diketuk)
Sedikit serbuk kunyit 
Air 
Gula
Garam

Cara masak :
1. Kisar kasar atau tumbuk cili padi. Kemudian gaulkan bersama tempoyak.
2. Campuran tempoyak digaulkan bersama dengan timun dan ikan sehingga semuanya dah tersalut.
3. Masukkan dalam periuk dan tambah air sehingga ikan tenggelam atau mengikut sebanyak mana kuah yang diingini. Masukkan serai.
4. Gaul campuran ikan dan masukkan kunyit. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan gula dan garam. Rasa dan angkat.

*nota : ikan ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama mendidih, nanti isinya pecah dan lembik, kurang sedap tau. tempoyak tu pulak, nak lagi pekat kuahnya, bolehlah tambah lagi kuantitinya. 

Huuu.....sedapnya lahai ikan merah masak tempoyak ni. Tak sangka sedapnya macam ikan patin masak tempoyak. Dan yang lagi bestnya ialah masakan ikan sangat mudah, tak perlukan bawang dan paling penting tempoh memasaknya yang sekejap saja. Jimat masa tau.

Selamat mencuba kengkawan.

P/S : fakta sebenar ialah, ku tak makan tempoyak dan tak makan ikan patin. sekali, bila rasa patin masak tempoyak temerloh, fuh..terus terpikat. my mama pun terkejut anaknya tiba-tiba cari tempoyak, hahaha. err, lagi satu masakan tempoyak ialah sambal tempoyak goreng pahang...amboii, sedapnya! Tapi...tapi, ku still tak boleh makan tempoyak mentah...sebab ku tak suka durian.huhuh.

Kerabu rumpai laut


Setelah berapa hari ku asyik memandang sahaja bungkusan rumpai laut yang kubeli masa out station di kota kinabalu 3 minggu lepas itu. Humm, itulah dia...pantang orang promote..terus nak beli.
Memang tak pernah lagi daku ini makan raw seaweed macam ni. Huh, agak scary kalo dilihat pada rupa fizikalnya tu.

Member orang sabah ada bagitau apa yang sedap dibuat menggunakan rumpai laut ni.
Humm...katanya selain orang blend dan minum buat jus, ada juga yang rebus buat kolagen semulajadi...dan yang paling biasa dia buat ialah dibuat kerabu dan dimakan mentah begitu sahaja.
Waoh...agak mendebarkan tu nak makan benda alah ni. Serius, ku tak reti nak makan.
Akhirnya cuti hari wilayah itu sempat lah buat research resepi untuk rumpai laut borneo ini.
Setelah compared beberapa resepi, ku decide untuk buat kerabu rumpai laut dengan sedikit modification. 

Waoh...tak sangka kerabu rumpai laut ni sangatlah best dimakan begitu sahaja.
Dimakan dengan nasi pun sangatlh sedap, memang membangkitkan selera.
Rasanya tu, waoh marvellous. 

Bahan-bahan ( 2 orang makan) 

1 tangkai rumpai laut (dibersihkan dan rendam semalaman)
Sedikit asam jawa
3 batang kacang panjang (potong halus)
Sedikit daum kesom (potong halus)
1 bunga kantan (mayang nipis)
1/4 batang timun (buang biji n potong nipis)
2 ulas bawang merah (mayang halus)
3 biji cili padi hijau (lagi best yang muda sebab kurang pedas)
1/2 biji tomato (buang biji dan potong dadu) 
1 biji limau nipis
Serbuk lada sulah
Sedikit sos ikan
Gula
Garam

Cara membuatnya : 

1. Rumpai laut yang telah direndam semalam ditos dan kemudin direndam dalam air asam jawa.
2. Sementara rumpai laut tu direndam, potong segala macam bahan-bahan ulaman tu. Kemudian gaulkan bersama dalam satu mangkuk.
3. Keluarkan rumpai laut dari air asam jawa dan potong kecil. Gaulkan bersama ulaman tadi.
4. Taburkan serbuk lada sulah, gula dan garam. Gaulkan. 
5.  Masukkan sos ikan secukup rasa dan gaulkan.
6. Akhir sekali, perahkan air asam limau nipis. Gaulkan hingga sebati. Siap.

*nota : boleh juga dimasukkan serai dalam resepi ini. 

Ahah, mudah kan. 
Untuk resepi mudah lagi lazat ini, ku bagi 5 bintang! 

So...selamat mencuba kengkawan.

P/S : humm...orang kata amalan memakan rumpai laut oleh wanita borneo menjadikan kulit mereka cantek gebu. Kolagen semulajadi lagi murah kan. 

Monday, 2 February 2015

Journey to the south

Akhirnya,...
Setelah sekian lama dalam bentuk draf, akhirnya berjaya publish jugak kisah ini. Ahaha.
Tetap jugak nak masukkan dalam walaupun kisah ini dah berlalu tahun lepas.

My journey to the south was a last minute project. Keke.
Sebenarnya percutian hujung tahun 2014 telah dirancang ke tempat lain, tapi....oleh kerana sebab yang tak dielakkan....program jenjalan itu terpaksa dibatalkan. Aduuusss!
Setiap kali ku tengok surat kelulusan ke luar negara itu, kurasa tensi. Huhuh.

So..untuk cover ....maka kali ini kupilih johor bahru sebagai destinasi pelancongan
Itu pun setelah mendapat undian tertinggi...

Hari pertama : 25 Disember 2014 (khamis)

Walaupun ku dah biasa drive dalam Johor Bahru, tapi..perjalanan ke hotel yang terletak di Masai Baru memang buatkan daku tersesat. Setelah hampir 2 jam sesat, barulah tiba. Ini semua gara-gara Waze yang tak dapat bagi direction yang tepat...hujan lebat sepanjang jalan dan satelit takde signal. Sepatutnya sampai jam 4 petang, tapj....jam 6 lebih baru lah tiba.


Lobi hotel itu bersilingkan cermin
Masing-masing pulak pantang tengok cermin..haha
Okeh, tanda gembira berjaya sampai hotel!
Boleh laa rebahkan badan n lelapkan mata barang seketika
Penat wooh perjalanan dalam hujan ni
Rehat dulu, lepas tu teruskan misi pengembaraan ini...kihkih

Destinasi pertama - Aeon Tebrau (mode takde gambar sebab sibuk shopping sempena krismas sales)
Menjejakkan kaki ke sini, sebab nak shopping barang penting yang ku tertinggal. Fuhyoo...shopping complex ni memang sangat besar. Dan yang utama, sangat banyak butik-butik dari jenama terkenal antarabangsa ada kat sini. Oklah, at least ku dan jejak kaki ke Aeon Tebrau yang kedua terbesar di Malaysia selepas Aeon Bukit Tinggi,


 Senibong Seafood Village
Tempat ni memang dah masuk dalam itinerary kategori wajib pergi
Memang best sangat, sebab selain seafood yang fresh, makanannya sangat sedap dan murah
Ku pilih pakeh untuk 4 orang, campur pulak tambahan menu orang lapar
Semua sekali baru RM130.00, ahah...mana nak dapat harga ni kat tempat lain
Menu : Nasi putih, ikan siakap 3 rasa yang sangat besar, sotong goreng tepung, tomyam campur, kailan ikan masin, kerang bakar, udang celup tepung, tembikai laici 1 jug besar.

Hari kedua : 26 Disember 2014 (jumaat) 

Pagi-pagi dah bangun. Sebab hari ini ialah hari tujuan sebenar kitorang ke JB!
Ahah...hari ni matlamat kita satu jer.... Enjoy di Nusajaya! Gituuu

Macam mana seronok pun, perut kena isi dulu.
Teringat pernah makan otak-otak yang sangat sedap dekat satu kedai makan dekat stulang laut.
Maka, dalam perjalanan....lenconglah kereta masuk ke stulang laut JB. 
Lebih tepatnya, kedai ni dekat dengan The Zone, kawasan bebas cukai itu.


Mee rebus johor untuk breakfast hari ini
Humm, bila sampai JB ....wajib makan mee rebus johor ni
Hari ini, otak-otak nan sedap tu takde lah pulak...mungkin sebab kitorang datang masih awal pagi
Tapi takpe, janji dapat makan authentic food of JB


Dah alang-alang datang kawasan bebas cukai ni, kita masuk The Zone dulu
Mari kita bershopping apa yang berkenan di hati
Bila masuk bangunan ni, uhumm....keadaan kedai semua dah suram, tak macam dulu
Mungkin sebab dah tukar management dari The Zone kepada Berjaya...
Bila masuk duty free zone ni, apa lagi..shopping cokelat lah
Dah sah-sah hantu cokelat kan...
Murah sangat, nak shopping cokelat tak perlu pergi langkawi ya!


Akhirnya sampai juga kita ke Nusajaya...tralala
Sampai jer terus beratur, beli 4 tiket....hoooreah! 
Kenapa tidak beli online? Kan lagi senang?
Jawapannya ialah sebab daku nak discount untuk rate ID Malaysian, 30% ya
Lepas tu pulak, ku dapat lagi another 30% discount sebab bayar pakai maybank credit card
Iyalah, LEGOLAND ni kan wilayah maybank! 
Ya..hari ni nak enjoykan diri bermain di Legoland....yippie!


Ahaha...muka tak boleh blah masing-masing kan!
Memang agak scary naik benda alah ni....kecut perut n sakit jantung dibuatnya
Tapi, enjoy sangat!
Kitorang rate game ni yang paling thrill n best! Terbaik!
Game ala roller coaster ni ialah Project X namanya


Tahu takpe, main kat sini memang to the max lah! 
Dari pagi sampai lah ke malam...hahaha
Janji puas hati...walaupun ada beberapa game yang kita aim tak sempat nak main
Yang paling bestnya, semua pengunjung tetap layan semua game walaupun sepanjang hari hujan ya
Pendek kata, kita semua menikmati legoland yang basah...
Baju masing-masing basah kuyup oooo...hihi
Raincoat yang legoland jual 10 hinggit sepasang ya...itupun laku ! 
Apapun, LEGOLAND memang best!
(Cerita details dalam entry khas untuk LEGOLAND ya)


Bila dah malam, perut sah-sahlah lapar
Iyalah dekat legoland tu, kitorang dok ingat main jer...dah la hujan kan
Niat asalku ialah nak makn mee sup tulang yang sangat glamer di JB
Tapi ubah fikiran bil tiba-tiba tak ingat jalan ke sana
Akhirnya ku melencong ke Danga Bay nan glamor itu....datang JB wajiblah datang sini kan
Nak makan di mana? Harusslah Restoren Singgah Selalu
Sebabnya, tekak tetap teringin nak makan otak-otak nan lazat itu
Order otak-otak 2 bakul, memang puas hati...isinya besar dan sedap
Lepas tu masing-masing order ala carte pelbagai jenis nasik
Yang paling penting, ku harus order menu istimewa ini yang mengingatkan aku kepada sedapnya makanan Bandung, Indonesia
Menu special ini ialah sup ekor goreng! Wallah...memang sedap tidak terhingga....nyum nyum

Perut sudah kenyang...hati gumbira...
Apalagi, kembali ke hotel dengan girangnya...
Tido...tido..tidoooo
Tapi...masing-masing lewat tido sebab dok terkikik kikik gelak tengok gambar-gambar di legoland yang kelakar


Hari Ketiga : 27 Disember 2014 (sabtu) 

Akhirnya sampai jua hari terakhir percutian kitorang..huhuh...
Takpe, janji matlamat utama dah berjaya dicapai...tak gitu?
Oleh kerana tido pun dah lewat...maka, ku bagi laa excuse kat adik-adik manis semua untuk bangun lambat
Penat main kan, dah tu berhujan sepanjang hari kat legoland tu

Lepas check out hotel, terus misi untuk brunch lah
Sebab terlewat, tak sempat bak breakfast dekat hotel...itulah dia !

Kali ni ku memang dah set satu tempat makan yang wajib singgah bila datang JB..uhummm
Memang sesuai sangatlah untuk tema brunch kitorang


Taraaa.....sape kenal apekah menu ini? 
Yayaya...inilah dia hidangan Kacang Pool Haji Larkin... yang sangat glamer itu
Only in johor uolssss...!
Menikmati brunch dengan menu ini memang wallah! 
Sedapnya macam nak jilat mangkuk...hihihi
Memang sangat mengenyangkan! 
Roti dia sedap...paling penting, campuran kacang n daging tu yang power!
Pekena pulak dengan ABC special...mana tak kenyang?
Kepada yang tak pernah sampai, boleh cari medan selera Larkin ni dengan fokus kepad landmarknya ialah Balai Bomba Larkin...cuma haruss diingat, parking space adalah limited


Satu lagi misi jalan-jalan cari makan dekat JB ialah tauhu bakar
Ini menu yang wajib cari dan makan
Oleh kerana tak sempat nak makan di Danga Bay sebab kedai favourite ku dah tutup,
Maka...ku order ini dari gerai Kacang Pool Haji itu
Menu ini juga adalah signature dish kedai itu
Memang sangat sedap! Marvellous


Akhirnya tibalah ke destinasi terakhir journey to the south kali ni
Sebelum balik ke KL...haruslah singgah ke lokasi shopping di tepi highway ini
Ya...tak lain tak bukan Johor Premium Outlets
Walaupun ku dah kerap datang sini sebelum ini, tapi...asal lalu jer harusslah singgah
Kat sini sahaja, kitorang habiskan masa dari tengahari sampailah dekat jam 8.00 malam
Iyalah, masing-masing punya cerewet nak pilih....plus kedai yang sangat banyak n orang yang ramai
Syok...sangat syok! Nak datang lagi.... Nak!

Masing-masing dah penat.
Maka, kita sambung perjalanan balik KL.
Perjalanan balik tu, memang ku memecut laju jer....dengan dorang sume tertido kepenatan
Bila sampai rumah.....humm, baru tau pasal tragedi banjir melanda wilayah pantai timur.

Itulah dia percutian dalam negeri selama 3 hari 2 malam di johor bahru.
Memang seronok dapat berjalan-jalan, bermain, bershoping dan yang paling penting ialah makanan yang best-best. 
Haaa, sape kata dalam negara takde tempat menarik. There are so many interesting places to treasure!

Humm..lepas ni nak bercuti ke mana ya pulak? 

P/S : penulisan ini berjaya didraf dalam flight MH2608 ke Labuan. Iya, last minute dapat arahan tengok projek dekat sana. Tralala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation