Tuesday, 30 June 2015

Anak burung

Tiba-tiba teringat masa aku kecik dulu...
Satu hari bila ku balik dari sekolah, nampak mamaku tengah memegang sesuatu di anjung rumahku
Ingatkan apa, bila tengok dekat, rupanya mamaku tengah sapu minyak ubat dekat seekor anak burung
Kata mamaku, burung tu jatuh dari pokok durian belanda milik jiran tepi umahku 
Kesian, sayapnya patah...kata mamaku
Sambil sapu...mamaku urut-urut tulang sayap anak burung tu

Setelah sekian lama dirawat setiap hari, akhirnya burung itu sembuh...
Dan kami bela sejak tu..
Seronok tengok burung tu sihat..
Sambil-sambil tu kitorang ajar laa jugak burung tu terbang....
Humm...akhirnya kitorang terus bela atau apa ya kat burung tu? Lupa pulak...ahaha! 

Moralnya, anak burung ie haiwan pun kita ada rasa belas kasihan...apetah lagi anak orang...

Tak boleh bayang apa budak kecik 5 tahun dibuat sedimikian rupa sampai patah 13 tulang! 
Mak tiri n bapak kandung dia smackdown ke budak ni sampai patah riuk tulang belakang?
Aku mengucap panjang bila tengok gambar kecedaraan budak yaya ni kena dera..
Kesian budak ni....disahkan cacat kekal..bongkok n tempang akibat tulang yang patah..
Elok-elok lahir normal...camni kesudahannya...

Semoga penderitaan adik yaya mendapat pembelaan secukupnya
Semoga kedua-dua manusia takde hati perut tu dihukum seberat-berat hukuman.

P/S : tak sanggup nak tengok gambar adik yaya....rasa geram, marah...semua ada. huhuh 

Monday, 29 June 2015

15 minit

Jam skang 1.58 pagi isnin tatkala daku start menulis ni...
Wah...tu dia. Dah puasa ke-11 baru nak menulis dalam belog kan...
Ini semua kerana perut masih full...err, sangat full sebenarnya...
Rasanya ini malam pertama di bulan puasa aku masih berjaga tatkala melewati tengah malam ni
Hari-hari di bulan puasa, memang ku akan tido awal...otomatik lelap jam 10 ++ malam tu


Ini dia punca aku tak boleh tido malam ni
Sotong celup tepung, cucur udang + bilis, bubur chacha
Tidak kelihatan dalam gambar : dragon fruit super cool lagi yummeh n teh tarik
Hidangan supper malam ni kusediakan spesel untuk tetamu nan bertandang
Punyalah ku hidang dari kul 10.30 malam, dari panas sampai sejuk jadinya..
Akhirnya jam 11.10 malam baru sampai pasangan bertuah ni...sabor ajelah
Maka sesi makan-makan larut malam ni sampai melangkaui jam 12 tengah malam...huhu
Lepak punya lepak kan.....nasib ku tak tahan suh tido jer kat umah manisku ini, bersahur terus kan..ahaha

Owh....berbalik kepada tajuk entri ni....15 minit? 
Ahah...15 minit tu maksudnya masakan 15 minit daku sempena bulan puasa ni..
Kalau nak tau, perut n tekak melayu tulen macam daku ni haruslah kena makan nasi setiap hari
Berbuka n bersahur mesti wajib makan nasi......n kurma..gitu
Makanya balik dari ofis, setiap petang...haruslah 15 minit untuk memasak lauk pauk segala
Pagi-pagi, 4.30 pagi alarm dah bunyi....4.45 pagi baru start masak. Just nice. Lewatkan sahur konsepnya kan.
Lagi pun, konsep daku ialah semua hidangan hendaklah panas n fresh dimasak.
Tak suka konsep panaskan makanan ni...huhuh.
N....say no for bazar ramadhan's food! 

15 minutes to cook....but the menu must be delicious n yummy....special for iftar n sahur ! Uhumm...


Ikan jenahak bersama ibu santan
My first trial to make this dish
Ikan jenahak yang lagi sedap isinya daripada ikan merah...
Tak sangka sangat sedap dibuat masakan ini.....so yummeh!
Paling win ialah, ianya sangatlah senang dibuat...uhumm


Menu kedua ketam pada minggu lepas
Menu pertama haruslah my signature dish, ketam masak cili berkrim
Tak sangka ketam ni sangat sedap dibuat masakan ini
Nama menu ini ialah ketam bersalut
So easy peasy to prepare.....win! 
Rasanya ini ialah kali pertama kubuat ketam yang perlu digoreng...


Ini ialah my always favourite ayam bawang putih
Sejenis masakan menu baba n nyonya yang ku sangat suka
Pembangkit selera tatkala otak buntu nak buat lauk apa...
Cepat n senang dimasak.....paling penting sangat sedap pulak tu
Bahan-bahan pun tak complicated...
Boleh refer to my recipes list ya......

15 minit saja....
Dah cukup untuk hasilkan masakan menarik yang berbeza setiap hari untuk berbuka dan bersahur di bulan puasa.
Masak n makan berpada-pada....yang penting, jangan membazir! 
Dan perlu ingat...bulan puasa bukan hal pasal makanan saja....manfaatkan bulan yang penuh berkat ini, tahun depan ada rezeki panjang umur, insha allah boleh ketemu lagi.

#inikan puasa 

P/S : setakat ini checklist sempena ramadhan kali ni dah berjaya di'tick' .... tapi, bab malam tu, humm...mmg failed..belum apa2 dah tertido...ahahaha.

Friday, 19 June 2015

Ramadhan 1436H


Salam Ramadhan 1436H 
Hari ni dah hari kedua kita berpuasa
Semoga Ramadhan kali ini akan jadi yang terbaik untuk kita. Insha Allah.

Just want to share this ... A gentle reminder to all of us!


Thursday, 11 June 2015

Seismology

Hari jumaat lepas Malaysia dikejutkan dengan berita Ranau dilanda gempa bumi
Malaysia pun sekarang dilanda gempa bumi? 
Kerana kejadian ini kita dengar perkataan malim gunung, sesar, seismologi dsbg

Bila kejadian ni berlaku, barulah muncul pakar-pakar seismologi, meteorologi dan lain-lain tu.
Bila sebut seismology...wah, terus terasa darah geologist kembali segar dalam diri. Muahaha.
Sebagai seorang yang pernah berkerjaya sebagai seorang engineering geologist, benda-benda ni terasa dekat di hati. Wah gitu! 

Seismologi ialah salah satu subjek yang daku n kengkawan wajib ambik n lulus masa study course ni dulu.
Dulu course ni corenya hanya ada di UKM n UM. Seronok juga belajar pasal sesar n plat tektonik atau kata mudahnya, pergerakan bumi. Garis sesar aktif boleh memungkinkan berlakunya gempa bumi. Gitu!



Keratan akhbar ni jadi topik discussion oleh my geologist geng
Hangat.....wah, terasa macam kat fakulti pulak..hihi


Prof Dr Ibrahim Komoo ialah legend dalam bidang geologi kat Malaysia
Buku-buku n jurnal beliau banyak jadi bahan rujukan daku dulu
Sama juga masa membanting otak n tulang siapkan tesis dulu
Macam tak caya tesis aku dapat A okeh...wakaka....berbaloi gi berkampung kat Pokok Sena, Kedah untuk buat kajian demi sebuah tesis.
Hoih, bukan senang nak dapatkan segulung ijazah...huh
Teringat pulak kat semua Prof yang mengajar daku n kengkawan dulu....
Prof. Basir selaku penyelia tesis aku, Prof Joe selaku my fav prof becos jadi prof pertama ingat nama penuhku n ajar my fav subject, remote sensing, Prof Zaiton yg ajar seismology, Prof Kadderi merangkap majikan pertamaku masa ku jadi tutor kat UKM dulu...
Alamak, terasa touching la pulak....rindu pulak zaman belajar..huhu

Snapshot of discussion via whatsapp grup
Hebat-hebat kengkawan yang memang purely involve in this geology thing
Geoscientiest at petronas n other oil & gas companies
Engineering geologist in varieties construction n consultan companies
Ada jugak yang bertukar bidang, jadi cikgu etc...err, ada jugak jadi ptd...(ahaha)
Ada yang based in Malaysia, ada yang based oversea
Whatever it is...once geologist, always a geologist!
Proud of u guys! 

Geophysical engineering n environment
Geochemistry
Petroleum Geology (my majoring) n sedimentology
Structural geology
Paleontology ....all about fossils, dinosour etc
Geomorphology n soils science ......
Remote sensing & aerial photography......my fav subject ever! * sib baik tak sempat keje kat remote sensing*
Structural geology n tectonic...
...

Wah..banyaknya kalo nak sebut..
Aiyooo...siri imbasan subject zaman belajar dulu...kahkahkah
Macam tak caya pon ada...how i could survived all those weird things....hihi

Apapun, takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kejadian gempa di Ranau
Sama-sama kita rakyat Malaysia menghulurkan bantuan melalui tabung-tabung rasmi yang dah diwujudkan
Semoga Malaysia kekal aman dalam rahmatNya.

P/S : zaman student dulu, daku dikenali dengan imej brutal. memang sempoi gi kelas pakai seluar jeans koyak, tshirt, jam g-shock besar, sling bag. hihi....perrgh....cool! Zaman belajar ialah zaman paling seronok. Paling best bila dapat masuk lab kimia..hahaha. Always proud as a pure science student! 

Tuesday, 9 June 2015

Sesat

Baru sempat nak cerita kisah sabtu lepas
Hari sabtu lepas daku dapat satu jemputan ke program dekat KL....spesifiknya di dataran merdeka
Program tu bermula jam 8 malam ya.

Pada hari sabtu itu, dari tengahari hingga petang itu...daku berada di big bad wolf...
Sepatutnya masa kat BBW  tu daku plan paling lama 3 jam jer kat sana
Oleh kerana berlaku satu insiden di sana....maka terlewatlah pulak.
Jam 5 lebih baru dapat keluar dari sana.
Masa kat BBW tu, dapat mesej dari sorang member, katanya sekretariat advice pergi ke dataran merdeka via tren.

Via tren? 
Makanya, malam tu...gigih la daku naik ERL dari putrajaya sentral ke KL sentral...
Punyalah dah lama tak naik tren kan.
Rupanya, transit untuk tukar naik LRT ialah dekat bandar tasik selatan.
Huhu....dah bayar mahal, pergi ajerlah KL sentral
Sampai KL sentral...tercengang-cengang sebab dah ada Nu Sentral... ahaha
Punyalah lama tak datang sini kan.

Naik putra dari KL Sentral, turun dekat masjid jamek...macam diberitahu oleh mereka dalam mesej.
Dengan konfidennya, daku pun menapak...
Akhirnya...tau apa jadi? ...
Aiyoooo....daku sesat!!! Huhuhu


Huu...muka sedih
Penat lagi letih sebab sesat n tambah penat dok turun naik tukar tren
Gambar mukaku paling atas, muka sedih dekat masjid jamek...masa ni dah balik lepas surrender sesat
Rupanya, masa ni pun salah lane...haha...nak ke seberang lane tu pulak..punyalah jauh kena menapak..huhu
Gambar mukaku kat tengah tu pulak, dalam tren terpinga-pinga....nak gi mana sebenarnya ni...haha
Sib baik berjaya sampai ke BTS exchange untuk pertama kalinya dalam sejarah ERL ni
Gambar bawah...siap cekak pinggang..letih turun tangga ke ERL nak balik putrajaya..huh..
Berpeluh macam marathon ya....ahhhh! 
Gambar lane tu ialah stesen ERL di tasik selatan
Akhirnya, jejak jugak kakiku ke BTS ni...hihihi

Sebenarnya daku berada di alam kesesatan di tengah kotaraya KL tu 2 jam jugaklah...
Dari jauh ku nampak Dataran Merdeka itu....tapi, tetap tak reti nak masuk ke sana...
At last ku ambik gambar dari jauh jer...hahaha

Huuu...daha berbelas tahun tak jalan kaki camtu kat tengah KL
Aiyoooo...memang failed. Kali ni terpaksa admit, kini ku dah tak terror jalan KL
Naik kereta confirm ku akan sampai punya....huhu

Lagi satu, bila jalan kaki macam tu kat tengah KL ....huu, terasa horror lah pulak.
Perasaan horror dan letih tu, buatkan aku surrender...n patah balik cari stesen masjid jamek, terus balik umah

Malam tu...satu jer aku rasa, ....penat gilerrrr!!!!! 

P/S : malam tu telah jadi hari ini dalam sejarah, sesat! huh....buat malu diri sendiri jer selaku bekas penduduk KL ....ahaha

Sunday, 7 June 2015

Big bad wolf 2015

Big bad wolf kembali lagi.
Dah seminggu penganjuran, baru semalam sempat pergi
Penganjuran kali ni bertempat di Mines 2...bersekali dengan Book Fair.
Makanya, banyak pameran buku termasuklah oleh BBW.
Makanya juga, zon BBW kali ni tak sebesar tahun sebelum.

Cumanya, perbezaan kali ni ialah BBW offer kaedah pembelian yang sangat best.
Sangat value for money, much worth every penny yah! 


Bila masuk ke BBW tu, dorang akan approach untuk beli kotak
Ada 3 saiz untuk 3 harga berbeza
Daku beli kotak ini, yang paling besar berharga RM99.90
Beratur di kaunter, bayar dan dorang akan bagi kotak
Resit dorang akan tampal kat kotak, n satu salinan untuk kita simpan
Lepas tu, bagi marker untuk kita tulis nama dekat kotak


Bawalah kotak tu dan isilah seberapa banyak buku asal muat kotak tu
Kena susun dengan sehabis baik, jangan bazirkan walau seinci ruang pun okeh..haha
Teknik daku ialah, beli semua buku yang paling mahal
Ambl buku yang semuanya hardcover, buku yang paling best..isi yang tu dulu
Lepas tu, ruang-ruang skit yang boleh muat tu, isi dengan buku-buku best bersaiz kecik
Semasa nak pack kotak tu, satu buku eksilopedia terpaksa aku keluarkan
Sebabnya, ianya tinggi sangat, sampai takleh nak seal kotak tu
Baiklah....keluarkanlah..walaupun terasa sayang sangat! 


Tahdaaaa.....buku-buku dikeluarkan dari kotak..
Semuanya 30 buku pelbagai saiz dan pelbagai warna
Bila kira ikut harga ditampal, kesemuanya ni berharga RM310.00
Waoh....banyak betul penjimatan kan dengan kaedah beli kotak ni...seronok! 
Harga sebenar, RM310....tapi, hanya bayar RM99.90
Waoh..tq BBW for this bulk purchase offer..wee
Sekarang, dah siap susun di rak buku mini library rumah manisku..ahaha

Komen untuk BBW kali ni :
1. Ruang pameran yang tak berapa luas
2. Banyak juga kategori buku yang takde kali ni
3. Nampak macam kali ni BBW target nak habiskan buku-buku lama
4. Siri-siri buku novel n hardcover cooking book yang baru n famous n dinantikan takde kali ni, maka niat nak lengkapkan siri-siri buku koleksi aku tak kesampaian

P/S : oleh kerana kurang pilihan, kali ni daku fokus dengan beli buku masakan, buku management, buku travel n tak dilupakan novel2 thriller penyiasatan ala2 CSI! hihihi. buku paling berharga yang kudapat kali ni, of cos laa gordon ramsay punya perkongsian. horeah. satu lagi ialah buku panduan penataan gaya, Work It! 

Wednesday, 3 June 2015

Anime

2 minggu lepas daku ada bowling tournament dekat wangsa walk
Dah lepas game, pusing-pusing la kat mall tu.
Punyalah seronok n excited bila terjumpa satu kedai CD yang sangat best.
Kenapa selama ni aku lepak kat mall tu, boleh tak sedar wujudnya kedai tu.
Seronok sebab apa? 
Ahah, sebabnya ialah......semua tv siries n anime kesukaan aku ada kat sana. Yahoo! 
Berejam kat sana okeh...terasa macam dekat world of anime...hahaha


Setelah pening lalat sebab over excited diri ini ditenggelami banyaknya anime yg best
Sedar tak sedar hari pun dah nak malam..hahaha
Akhirnya, ku pilih 2 siri anime yang paling aku suka...
Akhirnya jumpa jugak setelah sekian lama dok mencari kan
Slam Dunk....my best sport anime ever! 
Gensomaden Saiyuki...the best epic action anime yg ku suka layan masa di tahun kepujian kat Uni dulu..hihi
Welcome home ....! 


Selepas seminggu beli, baru lah aku ada masa nak layan
Hanamichi Sakuragi yang dirindui...hahaha
Sakuragi yang innocent, kelakar lagi lawak tahap gaban
Sakit perut aku gelak dibuatnya..hahaha
Huu...obat stress...
Yang paling tak boleh blah, adoih...emosi betol laa aku ni
Selain naruto, citer ni jugak telah bikin aku meleleh air mata...huu, sedih bila tiba part Mitsui d crook tu
Tapi...secara keseluruhannya...banyak part kelakar...
*sambil layan anime, sambil layan buku masak...hee, obat stress konsepnya kan!


Dan....akhirnya...inilah dia....new addition to d family of my anime collection
Percaya tak, hari Ahad lepas...ku pegi lagi kedai CD tu...hahaha
Niat di hati nak beli citer Samurai X n Death Note sambil cari Hell Girl
Sekali, tengah-tengah belek....oh my! Terjumpa my favourite romantic crook anime....Ayashi No Ceres
Waoh...terus ambik tu...tak lepas
Ayashi No Ceres ni kategori anime yang budak kecik tak boleh tengok..hihi
Memang best! Anime kisah chenta lagi tragis yang satu-satunya aku layan..kuikui
Dan Hell Girl, terus beli juga....nak sambung tengok apa kesudahan
Rasanya lepas hampir 5 tahun missed jalan ceritanya..huhu

Yang pasti, setiap bulan aku mesti akan pergi jengah lagi kedai itu...
Koleksi anime harus ditambah walaupun tak pasti lagi celah mana sempat nak layan kan..
Takpe, janji ada dalam koleksi, ubat stress yang disebabkan hal ehwal ofis yang tak habis-habis kan.

Btw..ku masih mencari anime kelakar School Rumble n Ninja Boys.
Dah siap buat order kat tokey tu. Hahaha. Tak kira, mintak dia cari jugak walaupun katanya dah lama habis dari stok. Dia akan try dapatkan! Yahooo... Bestnya

P/S : untuk koleksi kesayangan, haruslah beli yang original..kualiti terjamin. dan...aku ini ialah orang tak pernah atau reti download apa-apa citer favourite tau.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation