Wednesday, 30 September 2015

Jerebu lagi

Jerebu melanda lagi tahun ini! 
Mula-mula negara kita kena jerebu tahun ni, daku tengah out station...so, tak rasa sangat jerebu tu
Habis out station, terus berdepan dengan jerebu.
Huh, tahun ni pun sama....dah satu musim baru pulak kt mesia ni, musim jerebu! 

KL, Putrajaya,Selangor ..memang teruk dilanda jerebu.
Hari selasa pertama aku kat ofis lepas balik out station, ku terpaksa keluar untuk urusan bank.
Kali pertama tu. terdedah dengan jerebu. Parking kereta n terpaksa berjalan sekejap menuju ke bank.
Hoih, dahsyat sungguh...memang bau asap terus, pandangan pun kabur jer...dan la tak pakai mask!
Ku rasa ini jerebu paling teruk la stakat ni.
Punya teruk jerebu kali ni, efeknya memang terus terasa...padahal tempoh ku terdedah ngn jerebu tu sekejap ajer pun. Malam tu terus aku kena sakit kepala yang amat. Tak pernah kena sakit kepala macam tu.
Ku yakin tu mesti sebab jerebu. Almaklumlaa, sebelum ni dok dalam bangunan n umah jer.

Minggu ni pulak jerebu kembali teruk.
Semalam isnin, sekolah diisytihar tutup di KL, selangor n putrajaya.
Hari ni, selasa ...tengok jerebu macam dan ok skit daripada semalam.
Sekali, petang ni...waoh, makin teruk jerebu...tebal amat...tak nampak apa.

Kecewa betul bila keluar ofis...jerebu tak nampak apa. Huhu.
Terus terbantut hasrat nak gi beli roti canai nan sedap itu kat kedai favourite.
Hummp, apa lagi terus laa balik umah...risau takut apa pulak jadi kalo terdedah dengan jerebu ni kan.
Apa taknya, member sendiri pun dah teruk kesan terdedah jerebu.


Nasi lemak ayam bandar...siap untuk dimakan jam 10.00 malam
Takmo telur, takmo timun....takmo kacang! 
Just nak ayam goreng, sambal bilis n nasi lemak....
Tiba-tiba rasa teringin nak makan nasi lemak malam-malam ni...homemade punya!
Ini semua gara-gara jerebu lah ni....takleh nak kuar rumah
Dah lama tak makan nasi lemak rasanya....n of cos, dah lama tak buat nasi lemak
Makan siap bertambah-tambah, gambar ni 1st round makan ya..hehe
Masak seperiuk...terus habis 2 orang makan...nyum nyum!

Semoga jerebu ini cepat pulih.....
Kesian budak-budak n kesian juga kita-kita ni yang nak teruskan kehidupan macam biasa.
Semoga tahun depan dah takde musim jerebu. Insha allah.

Buat masa sekarang, jaga diri..jaga kesihatan.
Jerebu efek kepada mata, kulit dan sistem pernafasan.

Take care semua.

P/S : musim jerebu, tingkap umah semua tutup. kalo nak sidai baju pun tak guna juga, habis bau asap nanti baju yang dah dicuci tu. 

Monday, 28 September 2015

Lepak rumah

Aku ini jenis hometype person.
Kalo dapat hari cuti yang aku boleh lepak rumah dengan amannya.....waoh, sungguh nikmat lagi sayugia.
Macam-macam benda boleh buat kat rumah bila free tu kan.
Apa lagi...haruslah layan semua hobi kesukaan.
Huh...best dapat rehat kat rumah..... 

Hari ahad lepas raya haji betul-betul syok sebab dapat lepak diam-diam kat rumah.
Waoh...bestnya....
Mulakan buat aktiviti yang dirindui... I like!


Minum pagi menjelang tengahari...buat semata-mata nak layan anime ini
Gensomaden saiyuki yang akhirnya dapat kusambung layan lepas bertahun lamanya
Bertahun-tahun ok...tak sempat nak tengok sampai habis semua episod
Buat cucur jagung sambil layan pulak kopi ais taruk krim banyak-banyak...memang wallah!
Layan sampai 2 dvd tu....ada lagi 3 dvd untuk dilayan sehingga 110 episod...
Dah kenyang..sampai ke tengah hari....dah tak mampu nak heavy lunch
Sambung petang pulak sambil lipat baju ...hohoho....
Lepas tu, layan lagi sambil makan aiskrim cokelat nan yummeh!


#ilasskitchen bersiaran kembali hari ini
Dengan hidangan penuh berkhasiat ini lagi penuh warna warni
Kepada yang selalu menantikan hidangan #ilasskitchen, ini dia gambarnya
BBQ grilled lamb shoulder, jagung bakar n seleksi salad kegemaran yang crunchy
Sebenarnya perap kambing ni untuk lunch...
Tapi kenyang punya pasal, kambing ni digrill tatkala jam 6.45 petang
Hidangan spesel untuk dinner lah jawabnya...
Dinner kan haruss sebelum jam 8.00 malam....hehehe


Fresh from the oven at 12 midnight ya...hahaha
Dah tiba-tiba jam 11 malam terasa lapar nak makan bread butter puding
Maka....gigihlah masuk dapur....buat dessert ini ya...
Huu...lepas gian lama tak buat dessert....

Hummm.....tidak dinafikan lagi...memang syok dapat lepak kat rumah ni...
Bila post gambar-gambar hashtag ilasskitchen ni, masing-masing mulalah bertanya bila nak buat sesi makan-makan lagi. Hahaha.
Uhumm...boleh aje uolsss......jomm set d date okeh!

Moral entri ini ialah......i always miss my home sweet home! 

P/S : cuti lama memang bagus untuk rejuvenate! Errr..bilalah boleh nak baca semua buku-buku kat rak bukuku itu.....dok pandang kulit ke kulit ajer gamaknya kan. Huhu

Thursday, 24 September 2015

Setting n sync


Dah dekat 1.30 pagi ni..! Dah masuk 24 hb september...hari raya aidiladha 1436H ya....
Kepala aku pun dah sakit...dah weng...! 
Semua ni gara-gara smartphone nih..

Masuk jer malam 23 hb september a.k.a malam raya....aiyooo henpon daku buat hal lah pulak, KO terus
Siang tadi masih lagi laa guna hujung2 nyawa gitu..
Tak tau apesal....tak boleh cas bateri....port charger not function! 
Aiyoooo....lost contact terus dengan semua....

Akhirnya, terpaksalah 'connecting the unconnected' guna samsung nih! 
Samsung yang baru keluar dari kotak
Samsung yang aku peram dekat setahun tak usik....
Humm....sebab, ku tak minat samsung....serius! 
Nak tak nak, terpaksa laa guna untuk back up kejap...

Orang malam raya, buat kuih...buat ketupat...
Aku pulak cipta sejarah...sibuk dok godek fon....
Letih setting n sync....contacts...whatsapp...instagram...google...
Humm..itu jerlah dulu yang penting malam ni...sakit kepala dok explore henpon nih...

Apapun...oleh kerana dah masuk hari raya...
Makanya, kuucapkan selamat hari raya aidiladha dan selamat menjalankan ibadah korban kepada semua, my family n friends including uolsss yang membaca entri ini...

P/S : tensen tak dapat retrieve d history data. godek phone sambil layan anime 'gensomaden saiyuki' plak. hell girl dah berjaya habis layan season 1 sampai season 3. takdek lah sakit hati sangat dok hadap phone semata kan....humm


Thursday, 17 September 2015

Hari Malaysia 2015

Salam semua...



Selamat Hari Malaysia .... 16 september 2015
Entri ni patutnya post semalam
Tetapi....tak terpost entri ini semalam atas macam-macam faktor..hehehe

Hari Malaysia disambut 16 September 2015
Di kala ini, ramai rakan-rakan sekerja masih berada di Kita Kinabalu, Sabah...demi menjayakan Hari Malaysia malam tadi. Syabas dan tahniah kepada semua rakan sekerjaku di sana....seronoklah uolss kan! 

Daku pulak punyalah sibuk terkejar-kejar dengan macam-macam dua tiga menjak ni..
Kalut...sampai dah lupa haribulan
Dan yang paling best, serius daku lupa semalam 16 haribulan september adalah cuti umum! 
Huhuhuh..hampir saja aku pegi kerja semalam...sib baik tanya member-member, hahaha! 


Dah cuti....apa aktiviti daku semalam?
Ahah...inilah dia...
Di kala petang itu....masuk dapur goreng cucur bilis nan sedap ni.
Goreng semata-mata sebab nak layan makan sambil tengok anime Hell Girl
Dah berbulan kot tak sempat nak sambung tengok cerita ni,,,cerita yang penuh suspen ini
Anime ni, memang budak-budak kecik tak boleh tengok...kalo tengok sure tak faham laa..
Layan anime, sambil makan cucur sepanjang petang membawa ke malam...
Lagi best pulak, pekena dengan chatime hazelnut chocolate with coffee jelly....perrgh, memang syok!
Jam 8.00 malam baru stop...sambung tengok hari lain plak
*punyalah susah nak dapat masa melepak depan tv macam ni..hee*

Seronok kan dapat cuti macam ni..
Time cuti macam ni, dapat melepak bermalasan kat rumah sangatlah best!
Nak nak daku ini yang dah 3 minggu asyik out station.....tak suka!
Nasib minggu ni tak perlu nak join mereka di KK sana..
Kalo tak....harusslah stress...ya tak?

Apapun, sambutan hari malaysia ini takkan bermakna sekiranya kita semua tetap masih dengan sikap selfish masing-masing......kejap baju kuning, kejap baju merah, tak lama lagi nak baju hijau pulak.
Oh..sungguh warna warninya negara kita ni kan....
Cubalah kita semua bersatu macam warna-warni bendera malaysia kita...tolak agenda politik tu semua
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh....kan...!

P/S : masih sibuk menyelesaikan unfinished business! hummm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation