Thursday, 12 November 2015

Crimson Peak

Filem genre seram thriller yang ku layan dekat pawagam ialah The Conjuring...tahun 2013 dulu
Itulah rasanya filem seram terakhir aku tengok.
Sebab, aku ni tak suka nak layan citer seram yang tah hape hape.
The conjuring tu adaptasi kisah benar n paling ku suka haruslah teknik cinematography nya tu.

Petang ahad lepas, sekali lagi ku pergi layan citer seram thrilller tahun 2015.
Kali ni, filem genre american gothic romance kategori 18SG berjaya menarik perhatian aku...
Itupun sebab filem ni disenaraikan top 3 best pick. Terus tengok trailer, humm..memang menarik.
Crimson Peak , filem arahan Guillermo Del Toro, berlatarbelakangkan kisah amerika tahun 1887 lebih kurangnya.

Ini poster filem ni, tengok poster pun dah menarik kan..


Ini pulak, barisan pelakon utama filem ni
Pada aku, lakonan semua memang mantap
Yang berlakon jadi kejam...memang real kejam lagi sadis...

Filem ni mengubah persepsi mengenai kewujudan 'hantu' ...
Biasa kalo kita tengok citer seram ni, watak hantu itulah makhluk yang perlu ditakuti atau dihapuskan..
Tapi filem ni pulak, ada perspektif lain..uhumm..
Kalau nak tahu apekah? Cubalah layan....muahaha

Yang pasti, tengok citer ni berjaya buatkan mata aku bulat menengok dari celah jari..huahaha! 
Cissss....dasar penakut kan! 
Tapi awas....citer ni memang ada scene yang kejam amat....fuh!

Apapun, daku ni memang suka cerita yang berlatarbelakangkan zaman dolu-dolu ni... 

Sekian my movie review kali ini. 

P/S : waoh......tak sangka pulak ramai yang ternanti-nanti my blog's update ya. hummm. almaklumlah kehidupan nan super duper busy lately ni. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation