Sunday, 27 December 2015

Star Wars VII

Mode : listening to Yellow Flicker Beat n The Hanging Tree, my favourite numbers from The Mockingjay Part 1's soundtracks

Boleh dikatakan sekarang Star Wars fever sedang melanda ramai orang....hahaha
Tak terkecuali daku ini.....yang sudah pasti akan jadi antara penonton terawal di Malaysia yang layan movie best ni! Cuma...agak lambat buat movie review sebab sibuk buat research balik pasal Star Wars...imbas kembali episod sebelum ni.


Star Wars The Force Awakens ini sebenarnya ialah star wars episode VII...iaitu kisah selepas 30 tahun lepas Return Of The Jedi dalam episod VI yang mana episod ni ditayang tahun 1983 dulu! 
Makanya no wonder The Force Awakens ni menampilkan muka-muka baru dengan watak baru...especially watak heroin baru nama Rey. Bila tengok Rey ni..humm, otak mula fikir siapa dia ni sebenarnya. Btw, Rey ni memang cantik....natural beauty gitu. Selain Rey, kemunculan watak baru Finn n Kylo Ren juga buatkan otak ligat berfikir..kekeke. 
Cuma kali ni kemunculan kembali watak lama Han Solo lakonan Harrison Ford n Princess Leia lakonan Carrie Fisher. Macam biasa, ai tetap akan suka layan Star Wars ni...lagi teruja ada. Hee


Balik dari movie, terus wat researh dulu semata-mata nak masuk blog. Hehehe
Just nak flashback episod-episod Star Wars yang aku mula layan dari zaman belasan tahun dulu. Uhumm.
Terus rasa nak DVD semua episod Star Wars nak buat koleksi.


Episode I : The Phantom Menace
Released tahun 1999, masa ni umur aku masih belasan tahun
Kisah Anakin Skywalker pada umur 9 tahun ..



Episode II : Attack of the clones 
Released tahun 2002, masa ni umur aku dah 20-an
Masa ni memang best, layan segala majalah hiburan ngan kengkawan kat hostel zaman universiti
Masa ni rasa episod ni memang fenomena habis..
Lagi satu Natalie Portman sebagai Padme dalam episod ni memang cantik
Anakin Skywalker pula muncul dengan lakonan muka baru kali ni...bukan orang yang sama dalam episod I


Episode III : Revenge of the sith
Released tahun 2005, umur aku masih lagi 20-an juga
Tapi..masa ni aku dah bekerjaya...hahaha
Layan dengan geng movie ofis rasanya...
Episod memang tragis ....siap sedih oooo tengok dalam pawagam
Kisah macam mana Anakin Skywalker mula berubah to the Dark Side...
yang akhirnya dialah yang jadi Darth Vader


Episode IV : Star Wars
Released tahun 1977,  sah-sah aku belum wujud lagi dalam dunia ni...hahaha
Tengok episod ni pun kat tv jer...
Humm, nak kena tengok balik ni


Episode V : The Empire Strikes Back
Released tahun 1980, waktu ni aku belum dilahirkan lagi...heee
Tapi aku ingat aku layan citer ni kat tv ngan famili
Juga kena tengok balik, hari tu layan separuh jalan ...


Episode VI : Return of the Jedi
Released tahun 1983, waktu ni ...aku budak yang sangat kecik lagi...hahaha
Tengok kat tv juga...tapi serius dah tak ingat....
Masa tayang kat TV2 dulu, aku layan laa 
Humm..ini pun nak kena tengok balik
Almaklum inilah episod sebelum The Force Awakens kan....

Ya...begitulah kalo dah demam Star Wars kan
Minggu lepas siap tengok kedai toys yang dok tayang semua watak Star Wars.....
Tengok figurines Star Wars tu memang rasa geram nak beli.....tapi, bila tengok harga...gulp!! Hahaha
Tapi key chains n t-shirt star wars kat GSC tu boleh tahan jugak menariknya...
Berebut fans beli ooo...

So...belum tengok Star Wars? 
Sila tengok...
Dan.....aku rasa aku nak pergi tengok lagi sekali...
Dan lagi....aku nak gi kedai DVD favaourite aku, cari Star Wars movies....

Jomm,...

P/S : malam tadi boleh pulak tertido sepanjang malam hingga ke subuh kat sofa...kunun tengok Skyfall. Sekali tertido...hahaha. Dah lama ada movie ni, tapi baru nak tengok aksi agen 007 ni. Best rupanya Skyfall ni...cuma macam biasa ada trademark James Bond yang aku tak suka dalam setiap episodnya termasuk laa yang ni. Well......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation