Monday, 12 December 2016

Underworld

Page 347/366 (Mon)

Hari ni hari Isnin cuti umum sempena Maulidur Rasul
Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti semua...!
Memang seronok kan kalau hari minggu tu 3 hari.

Hari ni just nak cerita pasal movie terbaru yang daku sempat layan last week
Dah banyak movie latest yang layan cuma tak sempat nak update kat belog ni

Setelah sekian lama tunggu, akhirnya filem ke-5 Underworld dah kembali! 

 

Akhirnya! Akhirnya Selene kembali...yeah! 
Comeback dengan Blood Wars! 
Peminat-peminat tegar siri Underworld macam daku ni haruslah nak jadi yang terawal tengok filem ni
Selene yang kembali dengan lagi rock....serius daku suka suara dia yang maskulin n smart gitu..

Kisah Selene yang kini ala-ala buangan ...menjadi buruan oleh puaknya, vampire dan puak serigala, lycan.
Semuanya kerana darah anak Selene dan Michael  yang boleh jadi sumber superpower kepada puak Lycan dan darahnya sendiri untuk puak vampire.

Nak tau lebih lanjut, kenalah layan ya wahai kengkawan..
Pada daku, rasa tak puas tengok Selene ni...tengok-tengok dah habis dah...! Ahaha
Nampak gaya macam ada siri sambungan lagi lah Underworld...huhu

P/S : daku ini ialah seorang yang tak suka dan tak berapa boleh nak hadam sangat girly movies, serius memang tak berapa kuasa nak layan la. Tapi kalo watak heroin-heroin yang maskulin macam Selene atau pun Alice barulah cool nak layan...! 

Tuesday, 22 November 2016

Anime to movie

Page 329 / 366 (tuesday)

Tengah excited sebab anime-anime yang daku suka layan beberapa tahun lepas (10 tahun dahulu kot?) akhirnya diangkat jadi movie untuk tahun 2017 nanti.

Haruslah masuk dalam senarai filem untuk ditonton tahun depan.
Nampaknya semakin panjanglah senarai filem-filem tahun depan yang tunggu masa nak tengok jer..ahah.


 
Fullmetal alchemist
Macam biasa, manga jepun yang hebat akan diangkat menjadi siri anime
Dah jadi siri anime, angkat jadi filem pulak
Akhirnya kisah Edward dan adiknya Alphonse dah ready untuk masuk pawagam tahun depan
Tengok trailer macam best jer
Kalo biasanya watak hero anime jepun bila angkat jadi movie, teruslah whitewash terus oleh produser filem kan, ambik laa pelakon-pelakon hollywood jadi major.
Kali ni pulak, watak-watak hero yang berlatarbelakangkan Eropah tu dilakonkan oleh pelakon-pelakon jepun.
Waoh....gitu kan.
Tak sabar nak tengok tahun depan!

 
Ghost in the shell pun dah jadi movie yang akan masuk pawagam tahun 2017
Watak major anime ni pun jadi mangsa whitewash dan jadi pendebatan hangat di kalangan peminat-peminat manga / anime ni
Siapa jadi major? Ahaha, jangan tak tau..pelakon seksi, "the blackwidow" Scarlett Johansson..
Dari keseksian watak major, memang waoh !!! 
Trailer filem ni memang gempak! Haruslah kan kalo dah produsernya pun dah steven spielberg..

So, peminat-peminat anime ni macam mana?
Tak sabar ke nak layan citer ni tahun depan? 
Mesti best kan...

Masa ni lah baru teringat nak layan balik anime-anime ni semua....
Dah lama tinggal kot?

P/S : 2 bulan tak blogging, simpan terperap ajelah semua draf tu. dah kurang sempat nak bermedia sosial ni semua...huhuhu. 

Wednesday, 17 August 2016

Resident Evil

Page 231/366 year 2016 (tuesday)

Malam selasa ni hajat di hati nak tidur awal
Tapi dek kerana exercise petang tu, bila dah mandi segala...badan terasa segar la pulak
Malam ni semua orang tekun depan tv tengok beregu badminton negara berentap kat Olimpik Rio
Tahniah Malaysia!!! 

Jam 11 malam ni mata masih segar, nak tengok tv pun bosan rasanya
Makanya, terus layan movie...kali ni ku pilih movie lakonan Milla Jovovich....


 
Filem thriller science fiction...... Resident Evil : Apocalypse
Filem action kisah walking dead ni adaptasi daripada video game popular jepun Resident Evil
Filem ni release tahun 2004 adalah sekuel kepada filem Resident Evil tahun 2002 dulu
Apocalypse ni memang aku miss dan tak pernah berkesempatan nak tengok

Resident Evil ni permulaan kisah Alice yang bangkit dari tidur yang panjang dan jadi hasil ekesperimen Umbrella Corporation, sebuah organisasi pencipta biological weapons, yang merupakan penyebab tersebarnya virus di Raccoon City, bandar mutant zombie. Bagaimana Alice mula hidup menjadi superhuman yang hebat. Gitu. 

 
Ini dia siri-siri Resident Evil
Walaupun peminat-peminat game Residence Evil ramai yang mengkritik hebat filem-filem Resident Evil ni sebab tak sama macam siri video game itu, tapi..pada aku siri filem ni memang best
Mungkin sebab aku sendiri tak pernah layan game Resident Evil atau layan anime citer ni, dan mungkin juga kerana aku adalah peminat tegar filem aksi n thrilller ni
Lagi, daya penarik kepada filem ini ialah watak-watak heroin yang cantik lagi maskulin n hebat..siapa lagi kalo bukan watak Alice n Jill tu... Suka tengok dorang....hee

Apapun, memang tak sabar nak tengok Resident Evil : The Final Chapter yang akan release bulan Disember tahun 2016 ni. Hahaha, nampak tak betapa daku menunggu finale citer ni. 
Sementara menunggu ketibaan the final chapter tu, haruslah daku nak repeat tengok semua siri Resident Evil ni.
Rasanya macam nak pergi berkunjung ke favourite port daku mencari segala koleksi anime jepun di KL sana.

Humm...uols yang layan Resident Evil ni maybe boleh komen skit! Haha
Btw...kita geng! 
Peace yow!

P/S : nampaknya kena beli DVD lain la pulak buat koleksi, afterlife n extinction dah hantar ke kampung...huh! 

Monday, 1 August 2016

Jason Bourne

Page 214/366 year 2016 (saturday) 

Selepas filem The Bourne Legacy tahun 2012 dulu, lepas 4 tahun akhirnya sequel kisah Jason Bourne kini kembali. Finale episode dengan tajuk nama Jason sendiri.

Finally, filem Jason Bourne kembali dam baru saja release tayangan perdana di seluruh negara pada 29 Julai 2016.
Yahooo...dah lama menanti kemunculan kembali aksi lasak Jason Bourne lakonan hero mantap Matt Damon.

 


Filem berdurasi 123 minit ni memang membuatkan kita tak senang duduk
Memang mendebarkan..huh, rasanya tahap adrenalin dub dap dub dap meningkat sepanjang masa.
Filem ini akhirnya menyelesaikan teka teki bagaimana Jason Bourne boleh terjebak menjadi mangsa konspirasi CIA .....siapa identiti sebenar Jason.

Tengok cerita ni memang buatkan kita geram jer bila tengok penjahat-penjahat tu.
Tengok cerita pasal konspirasi terancang yang sangat hebat ni memang buatkan kita geram n dalam pada masa yang sama kagum dengan kehebatan teknologi perisikan yang dimiliki oleh CIA (read : Amerika).
Betapa semua orang diperhatikan.
Betapa semua satelit n teknologi-teknologi ICT di semua negara dapat dimanipulasi oleh CIA dengan teknologi perisikan mereka. Memang waoh! Perghh...kagum habis.

Pendek kata finale Jason Bourne ni memang sangat best.
Betul-betul watak hero yang sangat smart.
Intelligence yang ditonjolkan dalam filem ni memang daku sangat suka. SMART!

 
Jason Bourne dan heroin baru dalam filem ni, Alicia Vikander sebagai Heather Lee, pakar hacker n counterinsurgency. Watak perempuan ni memang smart, i like!
Heroin tetap dalam sequel Bourne ni iaitu Julia Stiles sebagai Nicky Parsons yang muncul sekejap jer dalam filem ni. Kenapa kejap jer....haaa, tu uols kena tengok!

Oleh kerana masih dalam mode Jason Bourne terbaik, rasa nak kena tengok balik semua The Bourne series sebelum ni ie Bourne Identity, The Bourne Supremacy, The Bourne Ultimatum n The Bourne Legacy. Macam kena beli baru plak, sebab semua sequel sebelum ni ku dah bawak balik kampung last year. Hee.

So....tunggu apa lagi uols?
Cepat-cepat ke pawagam terdekat sekarang! Tingkatkan adrenalin anda...

P/S : bila dah selalu layan midnite movie ni, rasa syok pulak. Lepas tu mulalah dok mengantuk keesokan harinya...hahaha.


Sunday, 24 July 2016

Lights out!

Page 206/366 year 2016 (friday yeay!)

Hari ni 22 Julai 2016..tayangan perdana serentak di semua pawagam...filem seram 'Lights Out!"
Oleh kerana nampak filem ni James Wan film...apa lagi, terus tengok malam ni jugak!! Hahaha
Tengok trailer pun dah seram siap menjerit.....haruslah dalam fikiran filem ni sure seram tahap gaban lah kan.
Ala-ala filem the conjuring gitu kan...

 
Nampak tak ni poster Lights Out
Nampak James Wan jer....memang itulah tarikannya...kan
James Wan buat prank pun scary tahap gaban...ini kan pulak filem terbarunya

Ni antara babak seram dalam filem ni..huhuh
Memang seram uolss!

Oleh kerana hari ni tayangan perdana filem ni, maka dah tak sabar....nak tengok hari ni jugak
Untuk feel lebih, harusslah tengok citer ni di kala midnite...muahaha
Harusslah feel seram lebih kan...masuk pawagam jer dah bersedia nak jerit n tutup muka dek kerana takut! Hahaha

My review;
Humm...cerita ni memang menyeramkan...especially untuk mereka yang memang takut gelap
Sound effect bab-bab mencakar oleh hantu nama diana tu memang real, memang leh naik bulu roma uols ya!
Tarikan utama hantu diana ni ialah, mata hantunya tu...fuuh, teringat dibuatnya
Imej hantu diana ni plak, lebih banyak tunjuk bayangnya sahaja...so....takde laa risau terbayang muka hantu yang buruk kan. Hehehe
Cerita ni dia ada unsur misteri sikit, siapa diana ni sebenarnya dan bagaimana dia boleh muncul menjadi kawan sophie, mak kepada rebecca n martin. 

Nak tau n merungkai misteri hantu diana ni? 
Silalah menonton di pawagam berhampiran anda....
Cuma, my komen....silalah bersedia dengan ending cerita ni...uhumm.
For me, it's quite frustating! Kenapa? Silalah tonton sendiri ya. Muahaha !

P/S : bila ramai my geng blogger especially otai-otai blogger seperti uncle gedek n pak ngah muncul mengeLIKE n mengomen gambar-gambar daku dekat instagram n facebook, barulah daku tersedar....dah lama tak update blog ni, huhu. Almaklum....bulan puasa n raya tahun ni adalah super duper hectic yow! hahaha
 

Thursday, 16 June 2016

The Conjuring 2

Page 164 year 2016 (sabtuday yeay)
Puasa ke-7

Setelah lama menanti akhirnya sekuel The Conjuring telah muncul, memang tak tunggu lamalah. Apa lagi, bulan puasa pun pergi layan movie di siang hari..ahaha.

 

Layan citer ni di kala jam 12.30 tengahari sebab dah plan habis movie harusslah balik umah masak juadah untuk berbuka puasa kan. Strategi kena ada, gitu.

Tengok tengahari pun menjerit-jerit, malam pun apa lagi kan. Hahaha. Biasalah dah nama citer seram kan, harus lah menjerit sambil pejam mata..hehe.

The Conjuring 2 ni ada kesinambungan daripada The Conjuring, kisah roh jahat yang menghantui Lorraine sejak sekian lamanya sebelum kisah di rumah berhantu dalam The Conjuring. Roh jahat yang membuatkan Lorraine sakit dan diberi visi supaya tidak meneruskan kegiatan penyiasatan paranormal mereka dalam menyelesaikan kes-kes mistik. 

Dalam sekuel ni, anak Ed dan Lorrain pun dah besar. Betapa lamanya tempoh dari kes mereka di rumah berhantu dalam The Conjuring. Macam biasa, The Conjuring 2 juga adalah based on true strory. 

Lagi? 
Ahah, silalah uols pergi layan movie ni. Memang puas hati bab terkejut-kejut tu. Sound effects memang mantop, itu yang feel sangat part seram tu. 

Apapun movie arahan James Wan memang akan tidak mengecewakan kita. *thumbs up!*

P/S : sebelum masuk hall nak tengok the conjuring 2 ni, pertama kali dalam sejarah..daku salah bagi tiket wayang n lepas tu salah masuk hall yang dah ada orang duduk dekat seat tu, nasib tak gaduh jer..hahaha. Lawak betol bila diingat balik...LOL! 

Monday, 23 May 2016

X-MEN Apocalypse

Page 143/2016 (saturday) 

Saat yang dinanti kini sudah tiba...
Kemain lama tunggu filem X-Men sequel ni...
Memang tak sabar nak tengok...
Cuma kali ni kesabaran tinggi skit sebab weekdays busy nan amat..
Tunggu sabtu baru tengok, hari ke3 tayangan serentak movie ni

 

Tengok poster pun dah gempak kan..
Tengok trailer lagi terasa gempaknya...

Apa yang boleh daku cakap, citer ni memang awesome! 
Best..best...best..
Sepanjang movie daku dok tersengih....memang puas hati

Yang kelakar tu, baru tau...ropanya Storm ni asal usulnya dari Egypt ya..
Ingat dari Afrika...hahaha..

Kali ni yang tak best ialah daku tidak berjaya beli sebarang X-Men merchandise ya..
Semua SOLD OUT!
keciwa laa skit....huhu

So...kengkawan yang minat sama daku.....cepat pergi tengok! 
Best...!

Monday, 2 May 2016

Civil war

Page 122/2016 (sunday)

Hari ni 1 Mei 2016, Hari Pekerja 2016...
Makanya esok Isnin masih cuti umum...syok kan! 

Oleh kerana hari semalam dah seharian kemas rumah, cuci umah dari siling ke lantai
Makanya hari ni reward diri sendiri dengan tengok wayang 
Haruslah tengok wayang cerita yang dinanti-nanti sejak awal tahun lagi...hahaha

 
Team Captain America or Team Ironman?
Dalam sekuel ni, alamak..team Avengers dah berpecah...!

Filem Marvel's memang boleh dikatakan semuanya daku akan tengok
Mana taknya, semua watak Superheroes Marvel's comic ni daku memang minat sejak zaman kecik
So, bila dah dibuat movie...harusslah ditengok, tak boleh miss ya...uhumm

Sepanjang 2 jam 30 minit layan movie ni, memang daku dok tersengih saja..hahaha
Apa taknya...memang best tengok watak kesukaan daku tu muncul
Kali ni, seronok tengok kemunculan watak Antman yang sentiasa cool n kelakar dan siapa lagi kalau bukan Spiderman yang masih muda remaja join team Avengers...
Memang best! Hahaha
Kemunculan watak the Black Panther pun buatkan kita tertanya-tanya, loh...ni siapalah pulak yang menyibuk ni..
Dari segi aksi, overall memang bestlah.... i memang suka...
Cuma bab jalan cerita, macam biasalah....kurang syok skit sebab elemen utama bergaduh ialah miscommunication
Alohai....cer cakap biar terang
Takpun, cer dengar dulu orang cakap sampai habis....
Hahaha

Apapun, Civil War ni memang best....especially kepada peminat-peminat Captain America
Tapi kali ni, peminat team Avengers surely will miss Thor n The Hulk! 


 

Welcome on board Capt!
Balik umah, terus letak Capt atas rak...sebaris dengan The Mocking Jay 
Demi tengok Civil War, terus beli Hollywood Combo special popcorn ni
Hasilnya....habis movie terus berkejar cari toilet
Kembung kot ...banyak betul air yang refill dalam ni..hahaha
Motif sebenar, harusslah nak bekas ni kan...hehehe

Kepada peminat team Avengers
Kepada peminat superheroes ciptaan Marvel's comic
Ayuh....cepat...saksikan di pawagam berhampiran...

P/S : yeay...tak sabar tunggu 19 Mei....satu lagi movie yang dah lama dinanti akan ditayangkan. X-MEN!

Thursday, 21 April 2016

El Nino

Kat seluruh negara sekarang ni sedang merasai kesan el nino
Masing-masing berdoa supaya hujan turun
Mana taknya, sesetengah kawasan siap empangan pun kering kan

Musim el nino ni, suhu boleh cecah 46 darjah celcius tu...
Panas tu kan...

Makanya sempena musim elnino ni...sangatlah malas nak keluar 
Rasa macam nak dok rumah jer
Masalahnya kat rumah pun panas bahang lain macam..huh! 
Tapi..ok lagi laa daripada keluar rumah...
Kalo nak keluar rumah pun....pagi-pagi hari atau petang membawa ke malam. Gitu
Bukan apa, kalo keluar di kala panas terik tu, memang terus sakit kepala....n boleh dehidrate


Panas terik nak buka mata pun tak boleh
Bila jumpa air macam ni, rasa macam nak terjun pun ada...hahaha
Motip gambar ni ialah just feel orang-orang dahulu kala yang kena berdiri bawah panas terik untuk ambik gambar, flash tak power kan.....gitu
Tak silap, daku masa darjah 1 dulu pun ambik gambar kelas beramai-ramai pun bawah panas terik.....hihi


Sempena musim el nino ni, kita semua memang kena lagi banyak minum air
Dalam rumah pun disarankan letak bekas berisi air...terutamanya rumah-rumah yang tak pasang aircond ni
Mandi pun rasa nak kena kerap selalu.....betul tak? 
Dapat mandi jer...fuh, best rasanya
Kesan el nino lagi satu ialah tido malam pun rasa tak selesa....

Motip entri malam ni...saja laa nak jugak komen pasal el nino
Tengok berita n viral.....ular pun lari masuk cari sejuk dalam sekolah....tak tahan panas jugak rupanya...
Uhumm...

Nak komen jugak pasal el nino? 
Jom mengomen beramai-ramai
Katanya el nino ni mungkin boleh berlarutan ke 5 bulan akan datang.

P/S : mode bekerja sampai ke malam ni. sib baik ofis sejuk....heee


Sunday, 17 April 2016

Tidur bermakna

Hujung bulan Mac hinggalah hujung minggu lepas, huh....memang kehidupan agak tidak teratur seperti biasa
Rutin hidup dah berubah...
Waktu tidur berubah...waktu bangun pun berubah
Waktu pergi kerja berubah...waktu balik kerja pun berubah
Sabtu ahad pun dah tak sama macam biasa ada ketikanya...
Tapi...dan nama pun kerja kan...layan ajerlah
Sumber rezeki kita kan....kenalah buat sehabis baik..gituuuu

Biasanya kehidupan normal daku dipengaruhi oleh rutin tidurku
Kalo rutin tidur dah berubah, maka rutin yang lain pun akan berubah
Huh....letih jadinya...
Mind clock pun berubah....
Paling penting...rutin exercise dah berubah
Humm..mana badan tak lemau n rasa macam kurang fit
Huuuh.....i miss my swimming session so bad! Serius...

Btw...bila rutin tidur terganggu ni..rasa macam nak spend weekend dengan tidur jer
Tapi..masalahnya aku ni tak suka tidur waktu weekend..
Rasa macam rugi jer kalo habiskan hari dengan tidur...
Dilemma betul kan...

Makanya....dua-dua keperluan nak kena dipenuhi...
Tidur...dan aktiviti penuh makna..
Maka...jadilah aktiviti tidur bermakna...hahaha
Hey..hey...hey....harusss bijak kan!


Page 93/2016
Aktiviti tidur bermakna No. 1 ...pergi salun rambut
Hari ni genap setahun daku tak gi salun buat sebarang treatment ya
Tak gi trim rambut...n tak buat treatment dalam tempoh setahun ni..
Betapa punya takde masa kan sebelum ni...
Singgah salun pun semata-mata beli produk rambut nan habis sahaja...
Dalam tempoh setahun ni pun daku tak gi swimming macam biasa, dah save di situ
Kalo tak, kena buat treatment rambut sebab air kolam penuh klorin kan..
Hari ni 4 jam dekat salun....betul-betul daku bagi kepala kat amoi jelita tu
Memang daku bantai tidur secukupnya..hahaha
Bangun celik mata untuk cuci rambut jer...selain tu, semuanya daku tidur
Yang ajaibnya..memang lena betul daku tidur kali ni..hahaha
Akhir sekali...tengok rambut dah dapat macam yang nak..yeay!
2 in 1 konsepnya...tidur dapat....rambut best pun dapat...best best!



Page 107/2016
Hari ni hari tidur sambil memanjakan diri sendiri namanya
Apalagi...haruslah dapatkan rawatan diri untuk freshkan badan dan otak yang lesu
Berehat sambil badan dibelai sambil tidur diiringi muzik mendayu-dayu
Lampu pulak suram-suram jer...aroma herba pun menusuk hidung
Memang pakej untuk tidur laa...hahaha
Huuh...bestnya badan dapat urut...sambil-sambil muka pun buat facial..
Syoknya lahai kalo hari-hari leh macam ni..hahhaa
Finally dapat cari waktu...selepas 2 bulan tak datang sini...
Almaklumlah...kehidupan tak terurus...muka pun tak terurus rasanya..huhu
Paling best bila muka dipakaikan masker tu laa...syok jer dapat tidur
Kena pulak amoi kali ni pandai mengurut...syok ah
Tapi dia pun komen, badan penat nih....rasa stress jer...humm, TQ kerana memahami ya

Itulah aktivti tidur bermakna yang daku akan buat kalo dah rasa nak tidur sangat
Alang-alang tidur...biarlah berfaedah...nak nak di hari minggu kan..
Rugi juga kalo kerja dok membuta kat rumah jer...tul tak kengkawan?

Btw....uols semua ada buat aktiviti tidur bermakna jugak ke? 
Mind to share? Heee

P/S : memang betul...bila badan penat..otak pun letih. Memang skang ni macam dah jadi habit baru daku pulak time malam.... Tau apa? Habit malas nak pakai krim malam segala. Paling haru, balik kerja...cuci mekap guna cleansing milk jer. Lepas solat langsung tertidur... See, mana sempat nak cuci muka, toner n moisturize ni semua lagi. Bad...bad.. 

Saturday, 26 March 2016

Roti jala

Page 86/2016 (saturday)

Pagi ni bila bangun tido jer, terus otak bagi signal nak menjala pagi ni
Bukan menjala ikan...tapi menjala tepung...hahaha
Sebabnya, semalam daku masak gulai kawah banyak...makanya, hari ni masih ada lagi gulai itu
Gulai kan lagi sedap sehari selepas....hummm...

Maka...gigihlah menjala pagi ni...


Inilah hasilnya....roti jala di hari sabtu
Dengan 2 cawan tepung gandum, dapat lebih kurang 20-25 keping roti jala
Makan cecah dengan gulai daging tu..pergh, memang sedap
Saja masak roti jala n bihun goreng + kopi o panas...
Fuh, memang kenyang banget laa kami bertiga

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
2 cawan santan (daku guna 1 1/2 cawan air + 1/2 cawan santan pekat)
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning telur
Sedikit garam

Cara masak :
1. Blend semua bahan sampai sebati.
2. Masukkan dalam acuan roti jala (test dulu supaya adunan boleh dijala...kalo pekat, boleh tambah sedikit air)
3. Jalakan di atas kuali leper yang dah dipanaskan dengan sapuan minyak.
4. Tunggu beberapa minit, adunan roti jala itu akan dengan sendiri akan tertanggal daripada kuali.
5. Angkat dan gulunglah ikut suka hati.

See..mudahkan menjala!
Selamat mencuba kengkawan peminat roti jala.
Memang sedap dan kekal lembut sampai ke petang...nyum nyum.


Page 85/2016 (Fri)
Siblings's night out ... Konsepnya makan malam kat luar hari ni
Kali ni saja try restoren ni pulak...thai cuisine katanya
Tapi, masing-masing kita 3 orang ni tak puas hati dengan food ni
Agak kurang puas hati dengan kualiti makanan especially rasa jika dibandingkan dengan harganya agak pricey...
Takpelah...cuba jaya konsepnya kan...yang penting dapat nikmati suasana santai angin sepoi-sepoi bahasa
Syok jugak bila 2 orang ni datang bertandang ke rumah manisku...boleh laa lepak-lepak camni
Bukan senang nak lepak bersama...almaklum masing-masing dah jauh

Oleh sebab tak puas hati dengan dinner malam tadi tu..
Pagi ni terus laa daku masak roti jala n bihun goreng...
Brunch sampai kenyang..makan kat rumah lagi sedap kan adik-adikku..
Untung kakak nan seorang ni suka jamu korang kan...hahaha

Kan dah cakap, homecook always the best! Gituuuu.....kekeke
Nanti datang lagi....roti jala pun masih ada kat dapur tu....hee

P/S : acara makan-makan ialah trend agenda merapatkan silaturahim...tul tak uols? hee


Friday, 25 March 2016

Batman V Superman

Page 84/2016 (thursday )

Batman Vs Superman...mana satu pilihan korang? 
Bagi daku pulak, selama ni (baca...dari kecik) daku adalah peminat Batman
Antara filem Batman dan Superman (man of steel)..setakat ni, aku hanya pergi pawagam layan Batman saja
Cakap laa Batman mana satu....semua daku layan ya...hahaha
Apa taknya, filem-filem Batman sebelum ni memang meletop especially barisan pelakonnya sendiri
Dibandingkan dengan Batman, Superman pulak aku lebih suka layan versi anime.
Siri TV Superman pun daku just layan sekali sekala saja...
Walau macam manapun, tetap ingat semua watak-watak dalam Superman ni.

Hari ni daku sempat layan Batman V Superman : Dawn of Justice
Dah alang-alang cuti, gunakan masa sebaiknya...hehe


Macam biasa...poster filem superhero ni memang gempak!

Filem berdurasi 152 minit ni pada aku agak slow di permulaan cerita, dah tengah n nak hujung...baru best!
Ini boleh dilihat daripada suasana dalam pawagam....orang boleh siap main henpon, n ada lelap mata buat seketika...
Pad aku, filem ni sarat sangat...dengan masing-masing watak nak cerita kisah masing-masing...Lol! 
Daripada filem ni, baru aku tau...Gotham City n Smallville ni tak jauh rupanya....hahaha
Ben Afflect yang pegang watak superman betul-betul jadikan imej Batman ni besar...
Kira oklah tu kan, Batman pada aku ialah watak lelaki hero perkasa secara semulajadi...sebab dia mana ada superpower macam watak superhero lain. Kira hebatlah tu kan!

Gelagat Lex Luthror dalam filem ni pun berjaya buatkan kita geram....sebab, dia memang psiko! (cuma macam tak paham skit masalah dia ni...kenapa mesti nak lagakan Batman n Superman....humm)

Apa-apapun, babak kemunculan Wonder Woman menyelamatkan Batman...berjaya buatkan semua penonton tepuk tangan dan bersorak beramai-ramai, hahaha!!!
Nampak sangat kemunculan Wonder Woman yang seksi lagi jelita dinantikan sebagai penyelamat....kekeke

Seperti biasa, watak superhero dengan aweknya n babak-babak romantis tak terlepas, sama jugak dalam filem ni...siap sempat beromantis dengan background Batman tengah berperang dengan penjahat tu. Hahaha....sebuk jer kan!

Kepada peminat-peminat Batman, filem ni ialah sekuel Man of Steel ya..
So jangan kuciwa kalo cerita ni pasal Clerk Kent n Lois Lane...hihi

Apapun, untuk filem berdurasi 2 jam setengah ni, 'bolehlaaaa' untuk dilayan....

P/S : rasa macam nak tengok balik semua cerita Batman....dari zaman daku sekolah sampai sekarang. Syok kan!

Thursday, 24 March 2016

Kerja apa?

Biasa kalo orang tanya korang kerja apa....korang cakap tak?
Kecuali orang-orang yang dalam sektor yang sama...biasanya daku akan cakap aku ni kerja gomen jer.
Bukan apa...malas nak pening terangkan details kerja aku
Apa tugas daku
Kat mana tempat kerja daku
Siapa bos daku

Bila mamaku datang bertandang kat rumah manisku ni,
Dah la lama
Wrong timing pulak tu
Datang tatkala daku sesudah subuh dah keluar kerja, n balik pulak dah malam
Tinggallah mamaku sorang-sorang kat rumah
Almaklumla weekdays..sah-sah semua orang kerja
2 minggu + 1 minggu mamaku datang bertandang.
Betul-betul di kala kerjaku sangat hectic jadualnya..

Kalo tak, biasanya lunch hour aku akan sempat balik makan tengahari dengan mamaku
N malam boleh laa makan malam awal
Ini, jumpa kejap time malam sebelum daku tido
Sah-sah mama aku cakap, "busy sungguh anakku nan seorang ni" ...huhu
Itulah masalahnya bila datang bertandang buat surprise....kebetulan time tengah hectic schedule
Haaa.maka, terperap di rumah laa jawabnya..hee

Macam manapun, tetap la daku curi masa bawak gi makan-makan kat luar
Humm, dah berminggu diperhatikan kehidupan super busy...barulah daku cerita serba sedikit apa kerja yang daku perlu setelkan tu. 
Paling penting, siapa bos yang daku pulun sangat buat kerja tu. Hahaha
Barulah beliau faham...keke


Page 74/2016 (monday)
Monochrome on monday blues, a day before the hectic schedule started...LOL!
Rushing sana sini memang penat
Dapat peluang rehat macam ni, huh....memang best
Gajet nak kena bawa ke hulu ke hilir juga, dunia teknologi sekarang...banyak benda update via emel yang nak kena akses sepanjang masa..termasuklah di kala malam dan weekend

Motif entri malam ni sebenarnya nak bagitau kenapa daku sunyi dari belog n media sosial lain
Tak sempat dah nak catch up kengkawan via whatsapp, tak sempat nak update blog,
Tak sempat nak update IG....FB memang langsung tak bukak lah..
Cerita favourite pun tak sempat nak layan...
Huhu....motip sangat kan! Kekeke
Malam ni sempat blogging pun sebab cuti rehat....yeay! 

Tapi...ada jugak yang best bila mamaku ada di rumah
Dah tengok anaknya busy, hari-hari mamaku masak yang sedap-sedap...hahaha, untung kan! 
Love u mom! 

P/S : memang bukan senang nak dapat gaji sebulan....tul tak? 

Tuesday, 1 March 2016

29 Februari

Page 60/2016 (monday)

Hari ni tanggal 29 februari 2016...
Setelah 4 tahun, akhirnya tanggal ni kembali bertemu kita setelah 4 tahun
Humm, rasanya 29 feb tahun 2012 n 2008..,memang daku takde buat entri khas sempena tahun lompat
Makanya tahun 2016 ni kena tulis sesuatu....
Ya lah next nak jumpa 29 feb lagi 4 tahun, tahun 2020 ya! Waoh! 
Wawasan 2020 sangats kan!  Especially baby yang lahir hari ni
Ropanya, member daku pun punya anak yang lahir tahun lompat...hari ni sambut besday ke5nya..
Special kan orang yang lahir 29 feb ni...

Sempena tanggal 29 feb ni... Nak pastikan belog ni ada entri untuk hari ni..
Uhumm...harusss lah


Demi nak masak spesel sempena 29 feb ni, gigihlah daku pegi beli daging tetel
Uhum, ini memang hari ini dalam sejarah...sebab tak pernah seumur hidup aku beli daging tetel kat pasar
Siap pegi pasar bagitau dekat tokey, saya nak daging tetel
Dia pun tunjuk, inilah dia daging tetel
Haha....kudus rasanya....rupanya daging-daging 'perca' ...
Selama ni hanya reti beli daging batang pinang, daging lembut n tulung rusuk
Daging tetel ni kira sejarah,,,,semata-mata nak masak Gulai Kawah!
Tu dia.....gulai kawah, meriah tu....kali ni ikut resepi ajaran tokey restoren merangkap tukang masak kenduri
Waoh, memang sedap lagi marvellous dapat masak ikut ajaran kaedah nak masak yang betul
Akhirnya terbuat lah jugak rempah gulai kawah yang kubeli import khas dari kampung..
Gulai ni sangat sedap makan dengan nasi putih taruk sambal skit...perrgh
Sedap jugak bila buat cecah dengan roti putih buat breakfast...kekeke
Ratah sajer....lagi lah best....nyummeh!
Tq kawan mamaku yang perturunkan ilmu....hee


Hari ni dapat surprise lagi...
Dapat gadis kimono yang comel ni....dan segala jajan majan tulisan jepun...ahaha
Ada orang baru balik dari jepun....bagi souvenir gitu
Thank you so much atas ingatan....err, sebahagian jajan tiada dalam ini gambar sebab sudah habis dingap
Lapar punya pasal di kala petang kat ofis tu
Btw, sukalah gadis jepun pakai kimono ni...comel sangat! 

Malam ni jugak, sempat layan tv show '2 days n 1 night' korea tu
Tengok dorang bercamping di puncak gunung, tiba-tiba rasa rindu nak gi camping
Waoh...syoknya kalo dapat camping di puncak gunung...di tepi air terjun
Woooh...last pegi suasana macam tu kat gunung nuang....
Huu, best woo....penat hiking naik gunung...tup-tup jumpa port air terjun dah macam kolam
Lepas tu, masak-masak ramai-ramai...malam pulak dok tepi unggun api, lepak sambil minum kopi
Pulak tu, member layan main gitar pulak....best wooo!
Tido malam, sejuk......sambil layan segala macam bunyi dalam hutan..bertemankan bunyi air terjun yang mengalir....
Huuu.....syok bila teringat! 
Humm...nak kena ajak geng-geng lama ni....baru syok! 

Apapun, 29 feb....jumpa lagi 4 tahun akan datang!

P/S : datangnya Mac bermakna bermulanya kehidupan super duper busy lagi tensen.......welcome!

Sunday, 28 February 2016

Banyak hobi

Bila tengok belog ni,,..aduhai, sendu pulak takde entri baru 
Drafnya banyak...tapi tersimpan rapi macam tu, tak sempat nak publish...
Dan akhirnya...basi sudah kisah minggu 4, 5,  6 ...tahun 2016 ni

Bukan apa, sekarang ni rasa makin lama tak cukup waktu pulak
Dalam sehari hari tu, atau waktu weekend tu..banyak sangat benda nak dibuat.
Hummm...kena buat jadual harian pulak rasanya ni...macam dolu-dolu
Memang sangat well organised....sebab secara automatik akan jadi sangat disiplin...gitu

Sekarang ni banyak betul hobi nak buat bila lepas ofis atau weekend tu
Makanya....sedikit terabai laa agenda update belog...
Hobi, hobi jugak...tapi sekarang ni semua agenda hobi harus buat lepas selesai house chores; 
basuh baju - lipat baju, vakum lantai - mop lantai, masak memasak - cuci dapur, buang habuk - lap segala cermin
Belum lagi part exercise...demi nak kekal fit kan...huhuh....*yang penting, flat abs...kekeke*
Dah setel segala baru leh layan hobi....huhuh


Page 58/2016 (sat)
Hari ni hari entertain adik-adik student ni, orang dapat pelepasan balik kampung katanya
Layanlah dinner kat restoren korea lagi, nak makanan korea kata dorang
Ahaha...layan ajelah....
Errr,  I ada nampak macam student remaja cam dorang tak? Hahaha


Sebelum kisah dinner kat restoren korea tu, ada lagi kisah hobi jalan-jalan cari makan ni
Petang tu, jalan-jalan seremban cari makan ini, gara-gara tengok JJCMTV3 pegi sini
Ahah, inilah dia Cendol Haji Sharif n rojak kat Seremban...katanya sejak tahun 1920
Cendol special sedap, cendol campur sedap..cendol kacang merah pun sedap
Rojak mee pun sedap...pasembor pun tak kurang sedapnya...nyum nyum


Hobi yang satu pun ni memang nak kena layan .... Dah macam rutin setiap bulan pulak,,keke
Manicure n pedicure demi kesihatan kuku n kulit tangan n kaki
*padahal...sah-sahlah nak kuku cantik lagi berkilauan licin bersinar...hahaha*


Ini hobi lama yang baru bermula kembali
Lepas berkurun lamanya, nampaknya ini novel melayu pertama yang daku baca
Dah baca separuh, tengah gigih nak habiskan baca satu buku
Demi nak buat review novel ni...best ke tidak kan
Harusslah buat review, sebab penulisnya Q Aulia ni gigih hadiahkan daku karya sulungnya ini
Terharu n teruja gitu bila seorang novelis bagi karyanya untuk dibaca
Wah...dah macam layan movie,,.nak jadi orang pertama yang baca naskah bertulis ni
Nanti full entry untuk review ni daku akan buat khas dalam belog ni



Ini pun hobi baru dua tiga menjak ni, layan drama 'Gemersik Kalbu'
Cerita ni dah lama kot, tahun 2012...tapi sekarang baru nak tengok sampai habis
Masa keluar tahun 2012, cerita ni tayang kat slot Akasia TV3 kul 7 malam
Sah-sahlah aku tak layan cerita kul 7 malam ni
Masa ni sukanya aku rasa sebab Aqasha buat comeback dalam lakonan
Err, haruslah daku layan cerita ni sebab Aqasha
Ya, aku memang minat Aqasha sejak dia mula menyanyi dulu..hahaha
Dan rasanya Aqasha the only artis lelaki yang aku follow IG nya..sebab, dia ni cool owh!
Dalam lakonan cool, dalam IG nya pun cool!
Btw, cerita Gemersik Kalbu ni pun best, lagu-lagu soundtrack pun best termasuk lagu Obsesiku nyanyian Aqasha
Humm, nampak gaya daku kena cari novel Gemersik Kalbu ni, kalo tak sampai sudah tak tahu jalan ceritanya

Tu hobi yang ada yang tak sempat nak layan betul-betul
Belum lagi masuk hobi nak layan muzik
Hobi nak masak-memasak resepi baru,
Hobi nak buat seni kraf
Hobi nak mengaktifkan penggunaan otak kiri, melukis, mewarna....ini pun kena dirajinkan
Melepak dengan geng pun hobi jugak tu, ubat release tensen katanya...tapi, dah lama tak berkesempatan

Humm....kengkawan semua pulak macam mana?
Macam mana bahagikan masa?

P/S : hari ahad memang best kalo dapat lepak kat rumah diam-diam kan. *mode rileks!*

Wednesday, 24 February 2016

Mak mak

Page 54/2016 (tues)

Mode : sambil blogging sambil layan tv show " 2 days 1 night" yang kelakar...

Malam ni just nak cerita kisah mak mak pulak. 

Selama ni daku dok dengar jer kisah kengkawan daku yang stay dekat dengan mak dorang
Kisah hajah n kisah timoat..yang layan cerita-cerita drama melayu kat tv tu especially drama tv3 kul 7 malam tu
Kitorang sama-sama gelak aje lah dengar kisah dorang terjebak n melayan drama melayu gara-gara mak dorang
Hahaha...
Iya lah, daku ni sah-sah laa tak berapa nak layan TV
TV kat rumah sekadar penyeri ruang tamu dan untuk bagi bising jer rumah ni...

Sekarang ni giliran daku rasa semua tu n gelak sendiri..hahaha
Iya...sekarang ni mamaku ada di rumah manisku ni...
Pejam pelik dah 2 minggu mamaku ada kat sini..
Bila balik dari kerja mesti mamaku tengah layan TV ....
Malam pun sama...
Yang bestnya...walaupun baru 2 minggu mamaku stay kat sini...
Seluruh jalan cerita drama melayu tu daku dah tau
Sebab apa...sebabnya, sepanjang cerita tu mamaku akan cerita pasal kisah cerita tu....hahaha
Petang tadi kulayan jer mamaku yang layan sinetron indonesia...lepas tu layan korea...malam pulak layan drama melayu...hahaha....dengan daku sekali gigih melayan. LOL!

Owh..baru tau. Rupanya bila layan TV beramai-ramai ni seronok.
Seronok sebab ada yang tukang cerita bila daku bertanya..
Lepas tu bila ada scene lucu lagi kelakar..ketawa ramai-ramai..hahaha
Selama ni manalah aku nak layan sangat segala drama tu...kan!


Malam ni bawa mamaku makan kat restoren korea
Waoh...menu korea sangat untuk dinner malam ni
Almaklumlah baru lepas layan cerita korea kul 6.30 - 7.30 pm 
Apa tah kemaruk mamaku nak makan makanan korea...layan ajerlah..hihihi
Dahlah dalam peti sejuk tu dah ada sebekas kimchi....mamaku buat stok makan dengan nasi katanya
Huahaha...dah kalah orang korea ni tengok gaya mamaku
Aku pun tak makan kimchi minchi segala ni...hihihi
Pendek kata, layan ajelah....
Tapi..menu korea malam ni memang sangat sedap....daku pun dah lama tak lepak restoren ni
Yang penting, sedap dan mengenyangkan lagi menu nan sihat...gitu!

Apapun, untung jugak daku kali ni
Untung sebab mamaku ada di sisi tatkala kesihatan tidak mengizinkan..
Humm...sekarang ni kena patuh makan segala ubat yang doktor bagi tu..
Err...alamak, lupa pulak nak makan ubat malam ni.....!!

So..till then...chow! 

P/S : huuu...bila mamaku dah balik kampung nanti, mesti akan teringat punya saat melayan tengok TV ni. Macam-macam emosi yang tukang tengok tu...marah, sedih, kelakar... Over dari orang yamg berlakon kat TV tu. Hahaha. Layaaaan!

Thursday, 18 February 2016

Deadpool

Ok....siapa yang dah tengok filem Deadpool? 
Angkat tangan atau angguk la sendiri ya..hehe

Sebenarnya ada orang request daku untuk buat review pasal Deadpool ni
Katanya dah tak sabar nak baca apa my review kat belog ni...hehehe


Inilah dia Deadpool
Watak filem dari Marvel comic...
Google jer boleh tengok berapa banyak style mamat topeng merah ni

To jeff, err....apa ya nak tulis review pasal filem ni...
Hahaha...tiba-tiba lost pulak.
Yang daku boleh ingat...memang banyak daku gelak
Dan....dan.... Banyak juga adegan yang tak sanggup daku nak tengok...huh

Sebelum tu, nak bagitau jugak di sini...bahawasanya filem Deadpool ni aku layan hari rabu minggu lepas
Di kala ramai orang baru berpusu-pusu balik dari kampung...cuti raya 1malaysia konsepnya kan..
Dan yang lagi gempak ialah....daku dok di tengah-tengah row seats yang paling depan sekali
Depan mengadap skrin! ...itu yang jadi ada banyak adegan tak berapa nak sanggup tengok..kekeke

Macam biasa, daku tak nak laa jadi spoiler untuk siapa yang belum tengok kan
Apapun Ryan Reynolds yang pegang watak Deadpool ni memang sangat happening n cool...
Sesuai dengan watak Deadpool...
Cumanya filem ni kategori 18SG ya...so, budak-budak tak boleh lah nak layan
Memang patut...sebab dialog semua memang banyak sangat double meaning...n d F words...
Dan...aksi-aksinya memang ganassss! Huh....

Overall....Deadpool memang seronok dilayan sebab asyik buatkan uols tergelak jer....dari awal sampai laa habis movie ni... Abaikan bab d double meaning words...or curse words....filem ni menghiburkn n santai.
Macam biasalah citer-citer superhero ni...klimaksnya haruslah nak selamatkan girlfriend kena tangkap dek penjahat.

.........boleh lagi sape nak nak layan tu
But for me....no repeat! err...not so my type loh..hahaha
Ada dialog kelakar...tapi lupa lah pulak...maka tak dapat nak cerita kat belog ni...

P/S: kepada adik-adik bawah umur tu..tak payah laa nak cari cetak rompak or download...memang tak sesuai pun...pegi belajar lagi bagus ya! Hihihih

Wednesday, 17 February 2016

Tetamu special

Page 47 / 2016 ( tuesday )

Malam ni rumah manisku dikunjungi tetamu special
Wah,,,,suka la daku bila ada yang nak datang bertandang...
Haruslah masak menu special khas untuk tetamu yang datang
Nak pulak tetamuku itu tak pernah rasa lagi my signature dish..
Gitu...


Nasi arab berempah special
Special sebab nasi ni layer with tulang rusuk lembu...uhumm
Makanya balik kerja terus gigih rebus tulang lembu selama hampir 2 jam supaya empuk
Dan...terus basuh n rendam beras basmathi selama 30 minit...
Wallah....! Menu utama katanya kan



Ayam masak merah 
Ahah, ayam masak merah ni biasanya kubuat untuk pakej nasi minyak speselku
Tapi buat malam ni semata-mata adik iparku nan seorang ni suka makan ayam
Juga gigih balik kerja perap ayam
Yang penting...ayam perap siap..tinggal goreng jer


Daging masak hitam 
Ini special sebab my first attempt....woot woot
Semuanya kerana Chef Shers tau...inspirasi gitu
Terus buat sebab nak makan sama lemang
Rendang daging masak hitam ni memang sangat sedap bila makan the next day lepas masak
Aroma rempah dan kerisiknya...huuuh, memang tak boleh tahan
Buat lawan makan dengan nasi arab pun sedap! Lalala

Malam ni memang dinner special
Special menyambut kedatangan mamaku....!
Hahaha..haruslah spesial kan..
Biasalah...kalo mamaku datang...harusslah anaknya chef ilass akan masak sedap-sedap
Adik iparku yang datang menghantar pun sampi licin makan...hahaha

Huh....makan malam yang menghepikan
Perut memang full!
Sampai air hazelnut chocolate chatime yang adikku belikan pun dah tak boleh masuk..

P/S : ai selaku tuan rumah memang suka laa volunteer masak macam-macam kalo ada yang datang bertandang. barulah best gathering kan... 

Thursday, 11 February 2016

Salah crocs?

Dalam beberapa hari lepas, entah macam mana aku terbaca news feed kt laman sosial aku.
Homaaigoshh....tup tup keluar gambar kaki budak putus
Adohai...ngeri owh! 
Bila terbaca berita macam ni...apatah lagi tertengok gambar lah pulak
Humm..memang tak tau dah nak cakap apa
Geram ada
Nak marah pun ada
Sedih pun ada

Pendek kata..mengucap panjanglah!





Diagram di atas menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku semasa kejadian.
Aduh......ngilu rasanya.


Makanya? 
Adakah kasut spesies ini yang merbahaya?
Punca kaki tersepit?

Apapun..kesian adik ni....baru 4 tahun kan. Huh
Semoga adik ini dan keluarga bertabah.
Kepada yang lain-lain, jaga keselamatan diri semasa naik eskalator.
Malang tidak berbau orang tua-tua kata.

P/S : err..petang semalam siap buat kajian kat eskalator, macam mana kaki boleh tersepit. Elok lah pulak malam tadi keluar diagram ni. 

Sunday, 17 January 2016

Oh petai

Page 16/2016 (saturday) 

Lepas sesi joging selepas subuh hari ni, terus pergi pasar basah
Humm..otak dah fikir macam-macam nak beli..ahaha
Otak dah terinspirasi nak masak something hasil sesi makan-makan kat satu medan selera hari selasa lepas
Setelah sekian lama tak makan nasi campur..ahaha

Dan...kali ni memang hari ini dalam sejarah...
Rekod! 
Sebab apa? Sebabnya untuk pertama kali dalam hidup aku ni, hari ni aim utama aku ialah nak beli petai! 
Wowowo....memang kagum habis
Aku yang tak makan petai leh beli petai...hihihi

Kebetulan gerai akak tu ada jual petai gantung-gantung tu,..ooo seikat RM6
Err, serius aku tak tau itu mahal ke murah...yang pasti seikat ada 3 papan..
Bolehlah...sebab nak sikit aje pun..uhumm

Dan seperti yang kuagak...
Kat umah sure lah si jejaka nan sorang tu pelik, mimpi apa laaa kakaknya nan sorang ni beli petai
Sebelum ni, kalo dia makan petai kat umah aku ni,,,sure aku komplen habis-habisan dek bau petai tu
Ape tak nya, pening kot bau petai yang super strong tu,...hahaha

Tapi...dek kerana aku termakan sejenis makanan ada petai hari selasa tu...
Fuh,,otak aku ni asyik dok teringat-ingat kesedapannya
Err....aku pun tak tau apa nama masakan tu..,yang pasti ianya sangat sedap....nyum nyum..


Tahdaa...inilah dia lebih kurang masakan yang daku dok kemaruk teringat dari hari selasa tu
Humm...i want to call this... 'sambal tempe petai'
Senang aje pun nak buat ni...cuma warnanya sedikit merah gelap sebab aku just guna cili giling
Bahan-bahan utama pun senang, tempe, petai, tauhu basah, tauhu kering, ikan bilis, cili giling, bawang merah, bawang putih dan air asam jawa
Bila dah siap...wallah, memang sangat menyelerakan
Ok...resepi sambal ni, akan dikongsikan dalam my next entry ya
Ini lain tau, sebabnya petai dipotong nipis dengan kulitnya dan digoreng garing...
Sebab tu rasanya daku ini boleh makan..memang marvellous! 
(Gambar : sambal tempe petai dalam mangkuk besar woo..bila nak habis makan ni? Haha)


Sambal tempe petai tu sebenarnya aksesori sahaja
Makannya memang sedap bila dikombinasikan dengan dua menu ni
1. Ikan kembung masak sambal hijau
2. Sayur sawi masak lemak putih, dengan fuchuk n suhun
Alhamdulillah...nikmatnya makan malam malam sabtu ni
Ikan kan daging putih yang paling bagus untuk kesihatan..gitu

Humm.....rupanya petai yang digoreng dan dijadikan sambal tempe tu memang sedap..
Hahaha..,.rekod dan cipta sejarah ni
ilass makan petai....untuk kali kedua selepas hari selasa lepas...hihihi

Kengkawan semua masak apa pulak sempena weekend ni?
Makan di rumah atau makan di restoren pilihan di luar sana?
Boleh share ...

Btw..kalo mama aku tengok aku beli n makan petai ni....mesti dia lagi kagum...hihihi
Peace yow! 

P/S : humm...dah macam lama #ilasskitchen tak bersiaran kan....kena diaktifkan balik ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation