Sunday, 17 January 2016

Oh petai

Page 16/2016 (saturday) 

Lepas sesi joging selepas subuh hari ni, terus pergi pasar basah
Humm..otak dah fikir macam-macam nak beli..ahaha
Otak dah terinspirasi nak masak something hasil sesi makan-makan kat satu medan selera hari selasa lepas
Setelah sekian lama tak makan nasi campur..ahaha

Dan...kali ni memang hari ini dalam sejarah...
Rekod! 
Sebab apa? Sebabnya untuk pertama kali dalam hidup aku ni, hari ni aim utama aku ialah nak beli petai! 
Wowowo....memang kagum habis
Aku yang tak makan petai leh beli petai...hihihi

Kebetulan gerai akak tu ada jual petai gantung-gantung tu,..ooo seikat RM6
Err, serius aku tak tau itu mahal ke murah...yang pasti seikat ada 3 papan..
Bolehlah...sebab nak sikit aje pun..uhumm

Dan seperti yang kuagak...
Kat umah sure lah si jejaka nan sorang tu pelik, mimpi apa laaa kakaknya nan sorang ni beli petai
Sebelum ni, kalo dia makan petai kat umah aku ni,,,sure aku komplen habis-habisan dek bau petai tu
Ape tak nya, pening kot bau petai yang super strong tu,...hahaha

Tapi...dek kerana aku termakan sejenis makanan ada petai hari selasa tu...
Fuh,,otak aku ni asyik dok teringat-ingat kesedapannya
Err....aku pun tak tau apa nama masakan tu..,yang pasti ianya sangat sedap....nyum nyum..


Tahdaa...inilah dia lebih kurang masakan yang daku dok kemaruk teringat dari hari selasa tu
Humm...i want to call this... 'sambal tempe petai'
Senang aje pun nak buat ni...cuma warnanya sedikit merah gelap sebab aku just guna cili giling
Bahan-bahan utama pun senang, tempe, petai, tauhu basah, tauhu kering, ikan bilis, cili giling, bawang merah, bawang putih dan air asam jawa
Bila dah siap...wallah, memang sangat menyelerakan
Ok...resepi sambal ni, akan dikongsikan dalam my next entry ya
Ini lain tau, sebabnya petai dipotong nipis dengan kulitnya dan digoreng garing...
Sebab tu rasanya daku ini boleh makan..memang marvellous! 
(Gambar : sambal tempe petai dalam mangkuk besar woo..bila nak habis makan ni? Haha)


Sambal tempe petai tu sebenarnya aksesori sahaja
Makannya memang sedap bila dikombinasikan dengan dua menu ni
1. Ikan kembung masak sambal hijau
2. Sayur sawi masak lemak putih, dengan fuchuk n suhun
Alhamdulillah...nikmatnya makan malam malam sabtu ni
Ikan kan daging putih yang paling bagus untuk kesihatan..gitu

Humm.....rupanya petai yang digoreng dan dijadikan sambal tempe tu memang sedap..
Hahaha..,.rekod dan cipta sejarah ni
ilass makan petai....untuk kali kedua selepas hari selasa lepas...hihihi

Kengkawan semua masak apa pulak sempena weekend ni?
Makan di rumah atau makan di restoren pilihan di luar sana?
Boleh share ...

Btw..kalo mama aku tengok aku beli n makan petai ni....mesti dia lagi kagum...hihihi
Peace yow! 

P/S : humm...dah macam lama #ilasskitchen tak bersiaran kan....kena diaktifkan balik ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation