Saturday, 26 March 2016

Roti jala

Page 86/2016 (saturday)

Pagi ni bila bangun tido jer, terus otak bagi signal nak menjala pagi ni
Bukan menjala ikan...tapi menjala tepung...hahaha
Sebabnya, semalam daku masak gulai kawah banyak...makanya, hari ni masih ada lagi gulai itu
Gulai kan lagi sedap sehari selepas....hummm...

Maka...gigihlah menjala pagi ni...


Inilah hasilnya....roti jala di hari sabtu
Dengan 2 cawan tepung gandum, dapat lebih kurang 20-25 keping roti jala
Makan cecah dengan gulai daging tu..pergh, memang sedap
Saja masak roti jala n bihun goreng + kopi o panas...
Fuh, memang kenyang banget laa kami bertiga

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
2 cawan santan (daku guna 1 1/2 cawan air + 1/2 cawan santan pekat)
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning telur
Sedikit garam

Cara masak :
1. Blend semua bahan sampai sebati.
2. Masukkan dalam acuan roti jala (test dulu supaya adunan boleh dijala...kalo pekat, boleh tambah sedikit air)
3. Jalakan di atas kuali leper yang dah dipanaskan dengan sapuan minyak.
4. Tunggu beberapa minit, adunan roti jala itu akan dengan sendiri akan tertanggal daripada kuali.
5. Angkat dan gulunglah ikut suka hati.

See..mudahkan menjala!
Selamat mencuba kengkawan peminat roti jala.
Memang sedap dan kekal lembut sampai ke petang...nyum nyum.


Page 85/2016 (Fri)
Siblings's night out ... Konsepnya makan malam kat luar hari ni
Kali ni saja try restoren ni pulak...thai cuisine katanya
Tapi, masing-masing kita 3 orang ni tak puas hati dengan food ni
Agak kurang puas hati dengan kualiti makanan especially rasa jika dibandingkan dengan harganya agak pricey...
Takpelah...cuba jaya konsepnya kan...yang penting dapat nikmati suasana santai angin sepoi-sepoi bahasa
Syok jugak bila 2 orang ni datang bertandang ke rumah manisku...boleh laa lepak-lepak camni
Bukan senang nak lepak bersama...almaklum masing-masing dah jauh

Oleh sebab tak puas hati dengan dinner malam tadi tu..
Pagi ni terus laa daku masak roti jala n bihun goreng...
Brunch sampai kenyang..makan kat rumah lagi sedap kan adik-adikku..
Untung kakak nan seorang ni suka jamu korang kan...hahaha

Kan dah cakap, homecook always the best! Gituuuu.....kekeke
Nanti datang lagi....roti jala pun masih ada kat dapur tu....hee

P/S : acara makan-makan ialah trend agenda merapatkan silaturahim...tul tak uols? hee


Friday, 25 March 2016

Batman V Superman

Page 84/2016 (thursday )

Batman Vs Superman...mana satu pilihan korang? 
Bagi daku pulak, selama ni (baca...dari kecik) daku adalah peminat Batman
Antara filem Batman dan Superman (man of steel)..setakat ni, aku hanya pergi pawagam layan Batman saja
Cakap laa Batman mana satu....semua daku layan ya...hahaha
Apa taknya, filem-filem Batman sebelum ni memang meletop especially barisan pelakonnya sendiri
Dibandingkan dengan Batman, Superman pulak aku lebih suka layan versi anime.
Siri TV Superman pun daku just layan sekali sekala saja...
Walau macam manapun, tetap ingat semua watak-watak dalam Superman ni.

Hari ni daku sempat layan Batman V Superman : Dawn of Justice
Dah alang-alang cuti, gunakan masa sebaiknya...hehe


Macam biasa...poster filem superhero ni memang gempak!

Filem berdurasi 152 minit ni pada aku agak slow di permulaan cerita, dah tengah n nak hujung...baru best!
Ini boleh dilihat daripada suasana dalam pawagam....orang boleh siap main henpon, n ada lelap mata buat seketika...
Pad aku, filem ni sarat sangat...dengan masing-masing watak nak cerita kisah masing-masing...Lol! 
Daripada filem ni, baru aku tau...Gotham City n Smallville ni tak jauh rupanya....hahaha
Ben Afflect yang pegang watak superman betul-betul jadikan imej Batman ni besar...
Kira oklah tu kan, Batman pada aku ialah watak lelaki hero perkasa secara semulajadi...sebab dia mana ada superpower macam watak superhero lain. Kira hebatlah tu kan!

Gelagat Lex Luthror dalam filem ni pun berjaya buatkan kita geram....sebab, dia memang psiko! (cuma macam tak paham skit masalah dia ni...kenapa mesti nak lagakan Batman n Superman....humm)

Apa-apapun, babak kemunculan Wonder Woman menyelamatkan Batman...berjaya buatkan semua penonton tepuk tangan dan bersorak beramai-ramai, hahaha!!!
Nampak sangat kemunculan Wonder Woman yang seksi lagi jelita dinantikan sebagai penyelamat....kekeke

Seperti biasa, watak superhero dengan aweknya n babak-babak romantis tak terlepas, sama jugak dalam filem ni...siap sempat beromantis dengan background Batman tengah berperang dengan penjahat tu. Hahaha....sebuk jer kan!

Kepada peminat-peminat Batman, filem ni ialah sekuel Man of Steel ya..
So jangan kuciwa kalo cerita ni pasal Clerk Kent n Lois Lane...hihi

Apapun, untuk filem berdurasi 2 jam setengah ni, 'bolehlaaaa' untuk dilayan....

P/S : rasa macam nak tengok balik semua cerita Batman....dari zaman daku sekolah sampai sekarang. Syok kan!

Thursday, 24 March 2016

Kerja apa?

Biasa kalo orang tanya korang kerja apa....korang cakap tak?
Kecuali orang-orang yang dalam sektor yang sama...biasanya daku akan cakap aku ni kerja gomen jer.
Bukan apa...malas nak pening terangkan details kerja aku
Apa tugas daku
Kat mana tempat kerja daku
Siapa bos daku

Bila mamaku datang bertandang kat rumah manisku ni,
Dah la lama
Wrong timing pulak tu
Datang tatkala daku sesudah subuh dah keluar kerja, n balik pulak dah malam
Tinggallah mamaku sorang-sorang kat rumah
Almaklumla weekdays..sah-sah semua orang kerja
2 minggu + 1 minggu mamaku datang bertandang.
Betul-betul di kala kerjaku sangat hectic jadualnya..

Kalo tak, biasanya lunch hour aku akan sempat balik makan tengahari dengan mamaku
N malam boleh laa makan malam awal
Ini, jumpa kejap time malam sebelum daku tido
Sah-sah mama aku cakap, "busy sungguh anakku nan seorang ni" ...huhu
Itulah masalahnya bila datang bertandang buat surprise....kebetulan time tengah hectic schedule
Haaa.maka, terperap di rumah laa jawabnya..hee

Macam manapun, tetap la daku curi masa bawak gi makan-makan kat luar
Humm, dah berminggu diperhatikan kehidupan super busy...barulah daku cerita serba sedikit apa kerja yang daku perlu setelkan tu. 
Paling penting, siapa bos yang daku pulun sangat buat kerja tu. Hahaha
Barulah beliau faham...keke


Page 74/2016 (monday)
Monochrome on monday blues, a day before the hectic schedule started...LOL!
Rushing sana sini memang penat
Dapat peluang rehat macam ni, huh....memang best
Gajet nak kena bawa ke hulu ke hilir juga, dunia teknologi sekarang...banyak benda update via emel yang nak kena akses sepanjang masa..termasuklah di kala malam dan weekend

Motif entri malam ni sebenarnya nak bagitau kenapa daku sunyi dari belog n media sosial lain
Tak sempat dah nak catch up kengkawan via whatsapp, tak sempat nak update blog,
Tak sempat nak update IG....FB memang langsung tak bukak lah..
Cerita favourite pun tak sempat nak layan...
Huhu....motip sangat kan! Kekeke
Malam ni sempat blogging pun sebab cuti rehat....yeay! 

Tapi...ada jugak yang best bila mamaku ada di rumah
Dah tengok anaknya busy, hari-hari mamaku masak yang sedap-sedap...hahaha, untung kan! 
Love u mom! 

P/S : memang bukan senang nak dapat gaji sebulan....tul tak? 

Tuesday, 1 March 2016

29 Februari

Page 60/2016 (monday)

Hari ni tanggal 29 februari 2016...
Setelah 4 tahun, akhirnya tanggal ni kembali bertemu kita setelah 4 tahun
Humm, rasanya 29 feb tahun 2012 n 2008..,memang daku takde buat entri khas sempena tahun lompat
Makanya tahun 2016 ni kena tulis sesuatu....
Ya lah next nak jumpa 29 feb lagi 4 tahun, tahun 2020 ya! Waoh! 
Wawasan 2020 sangats kan!  Especially baby yang lahir hari ni
Ropanya, member daku pun punya anak yang lahir tahun lompat...hari ni sambut besday ke5nya..
Special kan orang yang lahir 29 feb ni...

Sempena tanggal 29 feb ni... Nak pastikan belog ni ada entri untuk hari ni..
Uhumm...harusss lah


Demi nak masak spesel sempena 29 feb ni, gigihlah daku pegi beli daging tetel
Uhum, ini memang hari ini dalam sejarah...sebab tak pernah seumur hidup aku beli daging tetel kat pasar
Siap pegi pasar bagitau dekat tokey, saya nak daging tetel
Dia pun tunjuk, inilah dia daging tetel
Haha....kudus rasanya....rupanya daging-daging 'perca' ...
Selama ni hanya reti beli daging batang pinang, daging lembut n tulung rusuk
Daging tetel ni kira sejarah,,,,semata-mata nak masak Gulai Kawah!
Tu dia.....gulai kawah, meriah tu....kali ni ikut resepi ajaran tokey restoren merangkap tukang masak kenduri
Waoh, memang sedap lagi marvellous dapat masak ikut ajaran kaedah nak masak yang betul
Akhirnya terbuat lah jugak rempah gulai kawah yang kubeli import khas dari kampung..
Gulai ni sangat sedap makan dengan nasi putih taruk sambal skit...perrgh
Sedap jugak bila buat cecah dengan roti putih buat breakfast...kekeke
Ratah sajer....lagi lah best....nyummeh!
Tq kawan mamaku yang perturunkan ilmu....hee


Hari ni dapat surprise lagi...
Dapat gadis kimono yang comel ni....dan segala jajan majan tulisan jepun...ahaha
Ada orang baru balik dari jepun....bagi souvenir gitu
Thank you so much atas ingatan....err, sebahagian jajan tiada dalam ini gambar sebab sudah habis dingap
Lapar punya pasal di kala petang kat ofis tu
Btw, sukalah gadis jepun pakai kimono ni...comel sangat! 

Malam ni jugak, sempat layan tv show '2 days n 1 night' korea tu
Tengok dorang bercamping di puncak gunung, tiba-tiba rasa rindu nak gi camping
Waoh...syoknya kalo dapat camping di puncak gunung...di tepi air terjun
Woooh...last pegi suasana macam tu kat gunung nuang....
Huu, best woo....penat hiking naik gunung...tup-tup jumpa port air terjun dah macam kolam
Lepas tu, masak-masak ramai-ramai...malam pulak dok tepi unggun api, lepak sambil minum kopi
Pulak tu, member layan main gitar pulak....best wooo!
Tido malam, sejuk......sambil layan segala macam bunyi dalam hutan..bertemankan bunyi air terjun yang mengalir....
Huuu.....syok bila teringat! 
Humm...nak kena ajak geng-geng lama ni....baru syok! 

Apapun, 29 feb....jumpa lagi 4 tahun akan datang!

P/S : datangnya Mac bermakna bermulanya kehidupan super duper busy lagi tensen.......welcome!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation