Thursday, 16 June 2016

The Conjuring 2

Page 164 year 2016 (sabtuday yeay)
Puasa ke-7

Setelah lama menanti akhirnya sekuel The Conjuring telah muncul, memang tak tunggu lamalah. Apa lagi, bulan puasa pun pergi layan movie di siang hari..ahaha.

 

Layan citer ni di kala jam 12.30 tengahari sebab dah plan habis movie harusslah balik umah masak juadah untuk berbuka puasa kan. Strategi kena ada, gitu.

Tengok tengahari pun menjerit-jerit, malam pun apa lagi kan. Hahaha. Biasalah dah nama citer seram kan, harus lah menjerit sambil pejam mata..hehe.

The Conjuring 2 ni ada kesinambungan daripada The Conjuring, kisah roh jahat yang menghantui Lorraine sejak sekian lamanya sebelum kisah di rumah berhantu dalam The Conjuring. Roh jahat yang membuatkan Lorraine sakit dan diberi visi supaya tidak meneruskan kegiatan penyiasatan paranormal mereka dalam menyelesaikan kes-kes mistik. 

Dalam sekuel ni, anak Ed dan Lorrain pun dah besar. Betapa lamanya tempoh dari kes mereka di rumah berhantu dalam The Conjuring. Macam biasa, The Conjuring 2 juga adalah based on true strory. 

Lagi? 
Ahah, silalah uols pergi layan movie ni. Memang puas hati bab terkejut-kejut tu. Sound effects memang mantop, itu yang feel sangat part seram tu. 

Apapun movie arahan James Wan memang akan tidak mengecewakan kita. *thumbs up!*

P/S : sebelum masuk hall nak tengok the conjuring 2 ni, pertama kali dalam sejarah..daku salah bagi tiket wayang n lepas tu salah masuk hall yang dah ada orang duduk dekat seat tu, nasib tak gaduh jer..hahaha. Lawak betol bila diingat balik...LOL! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation