Wednesday, 17 August 2016

Resident Evil

Page 231/366 year 2016 (tuesday)

Malam selasa ni hajat di hati nak tidur awal
Tapi dek kerana exercise petang tu, bila dah mandi segala...badan terasa segar la pulak
Malam ni semua orang tekun depan tv tengok beregu badminton negara berentap kat Olimpik Rio
Tahniah Malaysia!!! 

Jam 11 malam ni mata masih segar, nak tengok tv pun bosan rasanya
Makanya, terus layan movie...kali ni ku pilih movie lakonan Milla Jovovich....


 
Filem thriller science fiction...... Resident Evil : Apocalypse
Filem action kisah walking dead ni adaptasi daripada video game popular jepun Resident Evil
Filem ni release tahun 2004 adalah sekuel kepada filem Resident Evil tahun 2002 dulu
Apocalypse ni memang aku miss dan tak pernah berkesempatan nak tengok

Resident Evil ni permulaan kisah Alice yang bangkit dari tidur yang panjang dan jadi hasil ekesperimen Umbrella Corporation, sebuah organisasi pencipta biological weapons, yang merupakan penyebab tersebarnya virus di Raccoon City, bandar mutant zombie. Bagaimana Alice mula hidup menjadi superhuman yang hebat. Gitu. 

 
Ini dia siri-siri Resident Evil
Walaupun peminat-peminat game Residence Evil ramai yang mengkritik hebat filem-filem Resident Evil ni sebab tak sama macam siri video game itu, tapi..pada aku siri filem ni memang best
Mungkin sebab aku sendiri tak pernah layan game Resident Evil atau layan anime citer ni, dan mungkin juga kerana aku adalah peminat tegar filem aksi n thrilller ni
Lagi, daya penarik kepada filem ini ialah watak-watak heroin yang cantik lagi maskulin n hebat..siapa lagi kalo bukan watak Alice n Jill tu... Suka tengok dorang....hee

Apapun, memang tak sabar nak tengok Resident Evil : The Final Chapter yang akan release bulan Disember tahun 2016 ni. Hahaha, nampak tak betapa daku menunggu finale citer ni. 
Sementara menunggu ketibaan the final chapter tu, haruslah daku nak repeat tengok semua siri Resident Evil ni.
Rasanya macam nak pergi berkunjung ke favourite port daku mencari segala koleksi anime jepun di KL sana.

Humm...uols yang layan Resident Evil ni maybe boleh komen skit! Haha
Btw...kita geng! 
Peace yow!

P/S : nampaknya kena beli DVD lain la pulak buat koleksi, afterlife n extinction dah hantar ke kampung...huh! 

Monday, 1 August 2016

Jason Bourne

Page 214/366 year 2016 (saturday) 

Selepas filem The Bourne Legacy tahun 2012 dulu, lepas 4 tahun akhirnya sequel kisah Jason Bourne kini kembali. Finale episode dengan tajuk nama Jason sendiri.

Finally, filem Jason Bourne kembali dam baru saja release tayangan perdana di seluruh negara pada 29 Julai 2016.
Yahooo...dah lama menanti kemunculan kembali aksi lasak Jason Bourne lakonan hero mantap Matt Damon.

 


Filem berdurasi 123 minit ni memang membuatkan kita tak senang duduk
Memang mendebarkan..huh, rasanya tahap adrenalin dub dap dub dap meningkat sepanjang masa.
Filem ini akhirnya menyelesaikan teka teki bagaimana Jason Bourne boleh terjebak menjadi mangsa konspirasi CIA .....siapa identiti sebenar Jason.

Tengok cerita ni memang buatkan kita geram jer bila tengok penjahat-penjahat tu.
Tengok cerita pasal konspirasi terancang yang sangat hebat ni memang buatkan kita geram n dalam pada masa yang sama kagum dengan kehebatan teknologi perisikan yang dimiliki oleh CIA (read : Amerika).
Betapa semua orang diperhatikan.
Betapa semua satelit n teknologi-teknologi ICT di semua negara dapat dimanipulasi oleh CIA dengan teknologi perisikan mereka. Memang waoh! Perghh...kagum habis.

Pendek kata finale Jason Bourne ni memang sangat best.
Betul-betul watak hero yang sangat smart.
Intelligence yang ditonjolkan dalam filem ni memang daku sangat suka. SMART!

 
Jason Bourne dan heroin baru dalam filem ni, Alicia Vikander sebagai Heather Lee, pakar hacker n counterinsurgency. Watak perempuan ni memang smart, i like!
Heroin tetap dalam sequel Bourne ni iaitu Julia Stiles sebagai Nicky Parsons yang muncul sekejap jer dalam filem ni. Kenapa kejap jer....haaa, tu uols kena tengok!

Oleh kerana masih dalam mode Jason Bourne terbaik, rasa nak kena tengok balik semua The Bourne series sebelum ni ie Bourne Identity, The Bourne Supremacy, The Bourne Ultimatum n The Bourne Legacy. Macam kena beli baru plak, sebab semua sequel sebelum ni ku dah bawak balik kampung last year. Hee.

So....tunggu apa lagi uols?
Cepat-cepat ke pawagam terdekat sekarang! Tingkatkan adrenalin anda...

P/S : bila dah selalu layan midnite movie ni, rasa syok pulak. Lepas tu mulalah dok mengantuk keesokan harinya...hahaha.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation