Tuesday, 22 November 2016

Anime to movie

Page 329 / 366 (tuesday)

Tengah excited sebab anime-anime yang daku suka layan beberapa tahun lepas (10 tahun dahulu kot?) akhirnya diangkat jadi movie untuk tahun 2017 nanti.

Haruslah masuk dalam senarai filem untuk ditonton tahun depan.
Nampaknya semakin panjanglah senarai filem-filem tahun depan yang tunggu masa nak tengok jer..ahah.


 
Fullmetal alchemist
Macam biasa, manga jepun yang hebat akan diangkat menjadi siri anime
Dah jadi siri anime, angkat jadi filem pulak
Akhirnya kisah Edward dan adiknya Alphonse dah ready untuk masuk pawagam tahun depan
Tengok trailer macam best jer
Kalo biasanya watak hero anime jepun bila angkat jadi movie, teruslah whitewash terus oleh produser filem kan, ambik laa pelakon-pelakon hollywood jadi major.
Kali ni pulak, watak-watak hero yang berlatarbelakangkan Eropah tu dilakonkan oleh pelakon-pelakon jepun.
Waoh....gitu kan.
Tak sabar nak tengok tahun depan!

 
Ghost in the shell pun dah jadi movie yang akan masuk pawagam tahun 2017
Watak major anime ni pun jadi mangsa whitewash dan jadi pendebatan hangat di kalangan peminat-peminat manga / anime ni
Siapa jadi major? Ahaha, jangan tak tau..pelakon seksi, "the blackwidow" Scarlett Johansson..
Dari keseksian watak major, memang waoh !!! 
Trailer filem ni memang gempak! Haruslah kan kalo dah produsernya pun dah steven spielberg..

So, peminat-peminat anime ni macam mana?
Tak sabar ke nak layan citer ni tahun depan? 
Mesti best kan...

Masa ni lah baru teringat nak layan balik anime-anime ni semua....
Dah lama tinggal kot?

P/S : 2 bulan tak blogging, simpan terperap ajelah semua draf tu. dah kurang sempat nak bermedia sosial ni semua...huhuhu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation