Monday, 3 April 2017

Ghost in the shell


Page 92 year 2017 (sunday)

Di kala semua pawagam full house dengan orang tengok filem Beauty and the Beast, daku pulak buat tak heran langsung. Biarlah depa berebut, tapi aku rasa masing-masing sibuk nak tengok gara-gara filem ni jadi kontroversi kat Malaysia sebab tak lulus tapisan filem, puncanya ada adegan gay. Gitu..

Pada mulanya saja laa tengok jugak kot-kot ada seat belakang yang kosong, tapi...memang penuh! 
Bila baca review orang kata filem beauty n the beast ada 10 juta lagu nak dilayan, takpelah....next time lah aku tengok...hahaha.

Ghost in the shell ni filem yang dinanti sejak tahun lepas lagi, .....dan aku rasa semua peminat-peminat siri anime, manga atau pun video game ghost in the shell haruslah nak tengok termasuklah aku ini. 
Filem ni pun kontroversi bila Scarlett Jo jadi Major.

Komen aku setelah tengok cerita in ialah :
1. Filem ni memang hebat lagi futuristik sesuai dengan jalan cerita di tahun masa akan datang. Dan sesuai dengan kos pembikinan filem ni sangat mahal. Bab teknologi yang ditunjukkan dalam cerita ni, bab cyber war dan lain-lain berkaitan alam siber ni memang best.
2. Peminat-peminat Major dalam siri anime / manga / games haruslah akan boikot cerita ni..hahaha. Iya, langsung tak sama beb! Aduh, memang akan pening skit...dan aku rasa ada yang frust bila nampak beberapa orang keluar awal dari pawagam. Maafkanlah, dah nama adaptasi sahaja...bukan anime / manga / games version filem ya.
3. Apapun, kepada peminat action movie....filem ni best dari segi semua aksi-aksi ganas tu.

Lagi?
Pegi lah layan....tak boleh nak kasi spoiler sangat...

p/s : dari last week aku rasa aku nak blogging....tapi akhirnya....hahaha, sendiri mau ingat! Takpe, nanti mood nak membebel tu datang balik, aku akan blogging. Hee. 

Friday, 10 March 2017

Logan 3

Sempena bulan 3 tahun 2017, haruslah mulakan dengan filem Logan 3


 

Seperti biasa, filem-filem favourite yang dinantikan haruslah dilayan bila ianya mula ditayangkan di pawagam. Gitu...
Akhirnya Logan, filem ketiga dan terakhir khusus mengenai karakter Wolverine muncul.
Filem terakhir kemunculan Hugh Jackman sebagai Wolverine yang telah dilakonkannya selama 17 tahun katanya.

Kalau biasanya filem X-Men boleh dikategorikan filem 13PL, filem Logan ni memang strictly bukan untuk adik-adik di bawah umur 18 tahun...walaupun pelakonnya budak-budak! Ahaha
Pada aku, filem ni memang ganas dan kejam, banyak babak membunuh yang tak sanggup nak tengok. Arrgh!
Filem ni pada aku agak slow di permulaan cerita, tapi lepas tu......adrenalin terus meningkat naik.

Kepada peminat X-Men khususnya Wolverine, cepat-cepatlah layan di pawagam berhampiran.
Oh lupa nak cakap, budak Laura si wolverine kecik tu...lakonannya memang superb! I like...thums up!

P/S : tahun 2017 tahun busy, nak blogging tak sempat....tapi kembali journaling secara offline nampaknya agak menarik, boleh buat koleksi n belek-belek. Hobi lama yang kini kembali, offline sketching n journaling! 

Sunday, 22 January 2017

Resident Evil Final

Page 21 year 2017 (saturday)

 

Holla! 
Sekian lama menanti, akhirnya hari ni dapatlah tengok filem yang dinanti-nantikan dari tahun lepas
Nampaknya filem pertama dilayan di tahun baru 2017 ialah lakonan Milla Jovovich
Apa lagi kalo bukan Resident Evil : The Final Chapter..

Kepada peminat-peminat Alice, haruslah tak sabar nak tengok penampilan terakhir beliau kan! 
Walaupun dalam final chapter ni tidak ada kemunculan Jill yang cantik tu,tapi...kemunculan  watak baru lakonan Ruby Rose memang dinantikan termasuklah daku ini..hihi.
Haruslah, Ruby Rose kan si cantik yang maskulin ni. 
Bolehlah tengok sekejap sebab lepas tu dia mati dalam cerita ni.

Apapun, dalam the final chapter ni...aksi-aksi Alice memang hebat.
Babak-babak aksi memang menggerunkan lagi mendebarkan! Adrenalin meningkat lain dengan lajunya..haha
Dalam filem ke-6 sekuel Resident Evil akhirnya baru laa tau kisah sebenar di sebalik tersebarnya T-Virus tu.
Memang best!

Pendek kata, peminat-peminat Alice cepat-cepatlah pergi layan.
Mestilah best kan!

P/S : Selamat tahun baru 2017 kepada semua kengkawan blogger! Walaupun dah hari ke-21, tapi...better late than never. Kan ! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation