Monday, 3 April 2017

Ghost in the shell


Page 92 year 2017 (sunday)

Di kala semua pawagam full house dengan orang tengok filem Beauty and the Beast, daku pulak buat tak heran langsung. Biarlah depa berebut, tapi aku rasa masing-masing sibuk nak tengok gara-gara filem ni jadi kontroversi kat Malaysia sebab tak lulus tapisan filem, puncanya ada adegan gay. Gitu..

Pada mulanya saja laa tengok jugak kot-kot ada seat belakang yang kosong, tapi...memang penuh! 
Bila baca review orang kata filem beauty n the beast ada 10 juta lagu nak dilayan, takpelah....next time lah aku tengok...hahaha.

Ghost in the shell ni filem yang dinanti sejak tahun lepas lagi, .....dan aku rasa semua peminat-peminat siri anime, manga atau pun video game ghost in the shell haruslah nak tengok termasuklah aku ini. 
Filem ni pun kontroversi bila Scarlett Jo jadi Major.

Komen aku setelah tengok cerita in ialah :
1. Filem ni memang hebat lagi futuristik sesuai dengan jalan cerita di tahun masa akan datang. Dan sesuai dengan kos pembikinan filem ni sangat mahal. Bab teknologi yang ditunjukkan dalam cerita ni, bab cyber war dan lain-lain berkaitan alam siber ni memang best.
2. Peminat-peminat Major dalam siri anime / manga / games haruslah akan boikot cerita ni..hahaha. Iya, langsung tak sama beb! Aduh, memang akan pening skit...dan aku rasa ada yang frust bila nampak beberapa orang keluar awal dari pawagam. Maafkanlah, dah nama adaptasi sahaja...bukan anime / manga / games version filem ya.
3. Apapun, kepada peminat action movie....filem ni best dari segi semua aksi-aksi ganas tu.

Lagi?
Pegi lah layan....tak boleh nak kasi spoiler sangat...

p/s : dari last week aku rasa aku nak blogging....tapi akhirnya....hahaha, sendiri mau ingat! Takpe, nanti mood nak membebel tu datang balik, aku akan blogging. Hee. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation