Friday, 10 March 2017

Logan 3

Sempena bulan 3 tahun 2017, haruslah mulakan dengan filem Logan 3


 

Seperti biasa, filem-filem favourite yang dinantikan haruslah dilayan bila ianya mula ditayangkan di pawagam. Gitu...
Akhirnya Logan, filem ketiga dan terakhir khusus mengenai karakter Wolverine muncul.
Filem terakhir kemunculan Hugh Jackman sebagai Wolverine yang telah dilakonkannya selama 17 tahun katanya.

Kalau biasanya filem X-Men boleh dikategorikan filem 13PL, filem Logan ni memang strictly bukan untuk adik-adik di bawah umur 18 tahun...walaupun pelakonnya budak-budak! Ahaha
Pada aku, filem ni memang ganas dan kejam, banyak babak membunuh yang tak sanggup nak tengok. Arrgh!
Filem ni pada aku agak slow di permulaan cerita, tapi lepas tu......adrenalin terus meningkat naik.

Kepada peminat X-Men khususnya Wolverine, cepat-cepatlah layan di pawagam berhampiran.
Oh lupa nak cakap, budak Laura si wolverine kecik tu...lakonannya memang superb! I like...thums up!

P/S : tahun 2017 tahun busy, nak blogging tak sempat....tapi kembali journaling secara offline nampaknya agak menarik, boleh buat koleksi n belek-belek. Hobi lama yang kini kembali, offline sketching n journaling! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

top navigation